Unexeption: Seventeen


“Vyle! Kau nak ke mana tu?” Soal Linda yang sibuk berdandan di depan cermin bila dia lihat Vyle lalu di hadapan pintu biliknya.

Vyle terlajak sedikit sebelum perasan yang Linda memanggilnya. Dia kebelakang sedikit untuk melihat Linda di muka pintu. “Take a little walk. Kau pula nak ke mana?”

“I have a date!” sahutnya dengan gembira dan sambung memakai maskaranya.

“I should have known.” Vyle tertawa kecil dan berlalu pergi.

“Kau nak kemana tu! Kalau nak keluar boleh tak kita keluar sekali???” panggil Linda membuat Vyle kebelakang ke posisi sebelumnya. Kali ni dia menyandai di bingkai pintu sambil memeluk tubuh.

Dia menjungkit kening. “Aku hanya jalan-jalan sekitar ladang laa. Tak sampai keluar pecan.”

“Really? Kalau cam tu hantar aku ke depan pagar ladang boleh? Aku takut date aku sesat kalau dia masuk ladang kita.” Pintanya dengan manis. Rumah mereka jauh di tengah Ladang Buah Linda jadi keberangkalian tetamu yang baru masuk Ladang itu akan sesat adalah sangat tinggi.

Vyle mengangguk tanpa teragak-agak. “All right.”

>X<X>X<X>X<

Is it me or Vyle actually avoiding me?

Ean mengetuk jarinya di atas meja kaunter sambil memikirkan kemungkinan Vyle telah mengelakkan diri darinya beberapa hari yang lalu. Why? Sebab dah hampir seminggu dia tak Nampak batang hidung nenek kebayan tu! Selalunya dia akan jumpa Vyle pukul lapan lebih begitu di dapur sedang menghantar buah-buahan Nenek Mary tapi sekarang tidak lagi. Hari pertama Ean ingat Vyle lewat bangun tapi bila ia berlaku selama tiga hari berturut-turut, dia dah syak yang Vyle mengelakkan diri dari dia.

Dia ada Tanya Nenek Mary, sempat lagi orang tua tu kenakan dia. Nenek Mary kata Vyle ubah jadual penghantarannya pada pukul 3 petang. Masa untuk dia keluar buat kerja keduanya menjaga kaunter tiket bas. Dari situ dia yakin yang Vyle sememangnya mengelakkan diri dari dia. Perempuan tu langsung tidak menjawab mesejnya, apatah lagi panggilannya!!!

Ini buat Ean tambah risau. Sangat risau. Setelah tahu yang Vyle ialah Fallen Angel yang di buruh oleh Heaven dan Hell, Ean mula terfikir siapa Vyle sebenarnya.

Jadi nama Vyle ialah Raven, seorang half devil dan half Angel. Dia berada di pekan kecil ni untuk bersembunyi dari seluruh dunia. Tapi persembunyiannya tak lama lagi di temui sebab pencarian Angel mencari keberadaan Vyle telah membuahkan hasil.

Dia di tugaskan untuk tangkap Vyle. Ia misi yang sangat mudah dari apa yang dia sangkakan sebelum mengetahui apa misinya. Perkara yang dia perlu buat ialah pergi ke rumah Linda, menangkap Vyle dan bawa dia ke Heaven. Misi selesai… tapi….

“Arrrrggghhhh!!!” Ean menghentak penumbukkan di kaunter tersebut rasa sangat bengang sekarang ni. Kenapa mesti Vyle? Dia gembira bila tahu yang Vyle bukan seorang manusia tapi Fallen Angel? Kegembiraannya di rempuh ombak tsunami dalam sekelip mata mengetahui Vyle akan di hapuskan sebaik sahaja dia di hantar ke Heaven.

Kenapa? Kenapa mesti Vyle? Kenapa Vyle mesti jadi perempuan dari kehidupan lalunya? Kenapa Vyle yang harus menjadi Fallen Angel? Kenapa Vyle? Kenapa perempuan tu yang dia harus jatuh cinta?

This is so frustrating!!!

“Nek! Saya keluar sekejap!

>X<X>X<X>X<X>X<

Vyle melambai kereta sport warna merah berlalu pergi membawa majikannya ke Date mereka. Vyle tertawa kecil bila mengingatkan wajah Linda yang bersinar-sinar bila datenya tiba di depan pagar. Ini pertama kali dia lihat Linda begitu gembira, adakah lelaki ni akan jadi boyfriend dan terus jadi suami Linda?

“I hope so.” Katanya berharap dengan tinggi. Vyle kembali masuk ke dalam lori dan pandu kembali ke rumah agam mereka. Mungkin plan dia nak jalan-jalan terbatal bila dia lihat langit mula menggelap.

Nak hujan.. desis hatinya sedih. Vyle menarik nafas dalam cuba tenangkan hatinya yang resah selama beberapa hari ini.

Dia tak sangka yang lelaki yang dia mula suka ialah Angel. Ean ialah Angel. Vyle menggeleng laju cuba alihkan mindanya dari perkara negative.

Look at the bright side Vyle. Lelaki tu buat kau sakit, bila tahu yang dia bukan manusia, kamu berdua tidak boleh bersama. Bermaksud dia takkan sakiti kau lagi…. Tapi…..

Air mata mula bertakung membuat Vyle segera parking lorinya. Dia keluar dari kenderaan tersebut dan menutup pintu lori itu dengan kuat.

Damn! Kenapa dia sedih? Kenapa dia menangis?? Bukankah itu perkara yang bagus? Itu yang kau nakkan kan? Ean jauh dari kehidupan kau tapi kenapa hatinya rasa seperti di robek mencari serpihan-serpihan kecil?

Dia tak boleh pandu kalau begini. Nanti ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Dia mengambil keputusan untuk berjalan balik ke rumah agam mereka. Mungkin ini boleh bantu dia untuk sembuhkan luka di hatinya. Nampaknya plan dia untuk jalan-jalan terjadi juga akhirnya.

Vyle mengelap air matanya sebelum mengalir dan mula berjalan dengan perlahan sambil kepala tertunduk memandang kakinya yang bergerak.

Dia tak faham, macam mana dia boleh lihat Angel? Bukankan Angel makhluk yang tidak dapat di lihat? Kan lebih baik kalau dia tidak boleh lihat Angel, jadi dia tak dapat lihat Ean atau berjumpa dengan dia tapi….

Vyle menendang batu yang ada di hadapannya melepaskan geram yang amat. Mindanya bercelaru! Dia tak faham, dia langsung tak faham walau satu pun sekarang ni. Dia tak tahu siapa diri dia sebenarnya, wajah Ean sama dengan wajah lelaki dalam cebisan memorynya, dan sekarang dia dapat tahu yang Ean adalah seorang Angel?

“For Heaven sake, Someone tell me what’s going on here!!” Jerit Vyle ke dada langit. Dia membuka mata melihat awan hitam telah berkumpul dan setitis air hujan jatuh ke pipinya bergabung dengan air matanya, membasahi seluruh tubuhnya.

Dia dah jatuh cinta dengan Ean… Dia dah jatuh cinta dengan Angel….

“You look confuse dearie… nak aku bantu ke?”

Vyle berputar memandang kearah seorang suara tersebut dan terkejut beruk melihat makhluk bersayap kelawar berdiri dengan senyuman sinis di belakangnya.

“K-Kau Devil?”

Devil kecil itu menjungkit kening sebelum tertawa pecah perut. “Rav… Rav…. Kau memang lawak, patut lah abang aku jatuh cinta kat kau.” Katanya sambil tersenyum menunjukkan taringnya. “Oh well, aku datang sini sebab Sulfur bagi arahan untuk bawa kau ke tempat yang lebih selamat.”

“Lebih…. Lebih selamat? Apa maksud kau?”

Sly bercekak pinggang, keningnya di jungkit lagi sekali. “Duh! Heaven dan Hell tengah buru kau sekarang ni dan sekarang mereka berkeliaran di kawasan ni kerana mereka percaya kau berada di sini. Thanks to your explosive soul seminggu lalu, mereka pasti kau berada di sini.” Katanya sakit hati.

“A-apa kau cakapkan ni?” Vyle mengambil selangkah kebelakang bersedia untuk melarikan diri.

Devil kecil ni memutarkan bola matanya fed up dengan perangai perempuan ni. “Itu pun nak aku terangkan juga ke? Heaven nak kau di hapuskan dan Hell nak kau untuk menjadi senjata utama mereka memerintah dunia ni—Hey!!”

Vyle mengambil kesempatan ini untuk berputar dan melarikan diri dari makhluk yang bernama Devil ini. Dia berlari di dalam hujan sekuat yang mungkin dengan mindanya bermain dengan apa yang Devil itu katakana tadi.

Heaven dan Hell inginkan dia? Apa keistimewaan Vyle sampai kedua pihak nakkan dia? Senjata utama? Apa yang dia merapukan ni?! Dia seorang Devil bermaksud dia tidak boleh di percayai… dia mungkin cuba kelirukan Vyle dan bawa dia ke Neraka. Dia tak sebodoh itu untuk percayakan seekor Devil dengan mudah.

Langkah Vyle semakin cemas bila dia dengar gelak ketawa nyaring datang mengejarnya dari belakang. “Kau salah orang!! Bukan aku yang kau cari!!”

Sly ketawa lagi besar dari sebelumnya. “Its Obvious it’s you! Come on la Rav, do you want to do this the hard way or what?”

Vyle terjumpa pencangkul bersandar tepi pokok dan mengambilnya untuk lontar kearah Sly.

Sly segera mengelak pencangkul itu dan tersenyum sinis. “Hard way It is.” Sly tingkatkan kelajuannya dan mencapai segumpal rambut Vyle. “Where do you think you are going, bitch!”

“Aaaaahh!! Lepaskan aku!” Jerit Vyle kesakitan.

“Aku janji takkan sentuh kau walau sehelai dari rambut kau tapi di sebabkan kau degil sangat, aku kena buat kau tunduk pada aku! Now stay Still!” Sly menarik rambut Vyle membuat Vyle terjatuh di tanah yang berlumpur.

Vyle bergelut ingin melepaskan diri, Dia menarik satu lagi tangan Sly dan menggigitnya sekuat hati.

“Arrrggghh! You Little Bitch! How dare you!” Dia menarik Vyle dengan kasar dan lontar perempuan itu ke pokok berdekatan. “Ouch…. Tentu sakit.”

Vyle merasakan kepalanya sangat sakit dan memegangnya. Dia ketahui tangannya berlumuran dengan darah bercampur dengan air hujan.

Bas berlanggar dengan lori minyak menyebabkan letupan besar dan kematian yang banyak. Darah bertumpahan di merata tempat, berpuluh mayat mati di tempat kejadian….

Seorang budak perempuan mati di langgar lori menghulurkan tangannya, berlumuran dengan darah dengan harapan akan di bawah ke tempat yang aman

Ean berada dalam pangkuannya berlumuran dengan darah sambil tersenyum untuk kali terakhirnya kepadanya.

“Aaaaaah!!!! Tidak! Hentikannya!” Memori lama kembali menyerang minda Vyle membuat dia kepalanya yang rasa seperti nak meletup pada bila-bila masa sahaja.

Sly tertawa besar melihat Vyle menjerit macam orang gila. “Damn girl! Kau ni dramatic sangat!” Dia meresakan kehadiran dari belakangnya dan segera berputar, satu pukulan kuat tiba pada badannya membuat dia terlontar jauh sampai dua batang pokok dia rempuh.

Ean segera terbang mendekati Vyle, risau melihat perempuan itu menjerit. “Vyle! Vyle! Kau okay… Kau berdarah!” DIa melihat darah di tangannya dan kembali memandang Vyle. Matanya menunjukan kesengsaraan.

Vyle melihat Ean yang bersayap putih membuat dia menjerit lebih kuat. DIa segera menolak Ean dan merangkak kebelakang menjauhkan diri dari Ean.

Mengintai kejadian di ruang tamu dari dalam almari, melihat dua makhluk bersayap putih membunuh Papanya tanpa belas kasihan dan tinggalkan dia sendiri dalam almari dalam ketakutan.

“Jauhkan diri kau dari aku!!” Jerit Vyle sekuat hati.

“Kau dengar tak tu white rooster? Jauhkan diri kau dari Raven.” Sly kembali berdiri dan bersedia untuk berlawan dengan Angel yang mengganggu plannya. “Kau takkan bawa dia ke Heaven dan hapuskan dia. Dia terlalu penting untuk Sulfur.”

Ean segera bangun dan lindungi Vyle di belakangnya. DIa sempat toleh ke belakang melihat Vyle memeluk lutut di bawah pokok tersebut sambil bergoyang kebelakang dan kedepan. Ia buat Ean risau.

“Sesiapa sahaja Lelaki nama Sulfur ni… aku takkan serahkan Vyle kepada kau.” Kata Ean dengan serius. “Oh dan nama dia bukan Raven tapi Vyle.”

Sly mengangkat bahu. “Vyle, Raven… who cares, no body cares about Luciefer.. apa yang mereka nak hanya kuasanya sahaja.” Sly terus terbang kearah Ean dan kedua Angel dan Devil ini berlawan melihat siapa akan dapat makhluk yang tak ternilai ini.

>X<X>X<X>X<
             Sulfur berhadapan dengan Hades kerana Sulfur tidak puas hati dengan tindakan lord of the underworld ini.

“Kenapa hantar hamba abdi kau untuk ekori aku sepanjang.masa.” katanya dengan nada menggerunkan. Dia tak taha dengan puluhan mata mengekorinya di mana sahaja dia pergi. Kalau boleh ke dalam bilik mandi pun ada. Nasib baik dia hanya mandi… kadang-kadang.

Lord Hades menarik sengih. “Untuk memastikan kamu tidak menipu aku.” Katanya dengan jujur. Tidak perlu nak berdalih, dia tak takut dengan budak kecil ini.

Sulfur menjungkit kening. “Really? Sepanjang stalking kau dah buktikan yang aku ni boleh di percayai?”

Lord of the Underword ini tertawa kecil. “Selama ni kau tak lalkukan benda-benda mencurigakan dan buat rutin harian kau. I think you’re clean.”

Sooo….. hamba abdi kau akan berhenti ekori aku?”

Lord Hades mengangguk. “Kau jangan risau lagi pasal tu. Kamu bebas dari hambaku.”

Sulfur rasa hairan dengan Lord Hades. Dia tak bercakap kasar pun dengan dia, selalunya dia akan tengking atau maki sulfur. Tapi kali ni dia hanya dengar cakap Sulfur. Ia mencurigakan tapi Sulfur hanya endahkan hal tersebut. Buat sementara waktu ini.

Sulfur mengangguk tanda puas hati(walaupun tak sepenuhnya) dan bergerak keluar kembali ke rumahnya. Dalam perjalanan kembali, dia memikir kenapa Lord of te Underworld itu berperangai passive. Dia berkelakuan senyap dan cool. Bukan watak Lord Hades yang sebenar, dia selalunya suka menjerit dan panas baran. Pelik… sangat pelik…..

Tiba sahaja Sulfur di rumahnya, dia terkejut melihat adik tirinya terlentar di lantai ruang tamunya berlumuran dengan darah. “Sly!!” Dia segera mencapai adiknya kedalam pangkuan. “Sly, apa dah jadi kat kau ni?”

Sly membuka matanya dengan perlahan dan terbatuk. “Damn Sulfur, you look hot up there…”

Sulfur berdecit. Masa sekarang pun dia masih main-main. “Be serious Sly! Apa dah terjadi?”

Sly cuba untuk bangun tapi kesan serangan dari perlawanan dengan Ean masih terasa di badannya dan dia sangat sakit. “Angel serang aku….”Jawabnya pendek. Dia memandang abangnya dengan wajah bersalah. “Maafkan aku sebab tak dapatkan Luciefer tu. Angel tu lindungi dia.”

Mata Sulfur terbeliak bulat. Angel? “Siapa? Sky?” Sly menggeleng. “Cyrus?” adiknya menggeleng lagi. “Hell Sly! Siapa??”

“Aku tak tahu!!” Jeritnya balik. “First time aku jumpa Angel tu!”

Sulfur terus terdiam dan fikirkan siapa lagi Angel yang Sly tak kenal. Tiada. Sly kenal semua Angel dalam dunia ni.

“Dah-Dah… perkara tu tak penting sekarang. Kau kena di rawat cepat.” Dia mengangkat Sly bride style dan bawa dia ke bilik Sly.

Sly hanya berdiam diri di dalam dakapan abangnya. Dia mencengkam baju Sulfur dengan erat menandakan dia marah dalam senyap. Apa istimewanya Luciefer tu?

>X<X>X<X>X<X>X<

“Ean…..”

Ean kaku bila dia dengar Vyle memanggil namanya sebaik sahaja dia meletakkan Vyle di atas sofa. Tangan Vyle masih mengelilingi leher EAn.

“Vyle… kau okay tak?” Dia membelai rambut Vyle dengan lembut dan melihat luka besar pada dahinya. Devil tak guna… harap kau mati desis hatinya marah yang amat.

Vyle memeluk Ean dengan erat membuat Ean terkejut. “Ean….”

“V-Vyle…. Kau—” ayat Ean mati bila dia dengar tangisan kecil di sebalik telinganya. Vyle menangis?

DIa melepaskan tangan Vyle dari lehernya dan bergerak pergi meninggalkan Vyle yang tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Ean kembali dengan semangkuk besar air paip bersama tuala kecil. Dia merawat luka di kepala Vyle dengan lembut takut untuk sedarkan Vyle.

Dia masih ingat selepas dia kalahkan Devil kecil itu, Vyle meronta-ronta dan melarikan diri dari Ean. Vyle kata dia takutkan Ean. Apa maksudnya dengan tu? Namun, dia akhirnya dapat tenangkan Vyle dan bawa dia kembali ke rumah agam.

Nampaknya kedudukan Vyle telah di ketahui. Adakah dia akan melarikan diri? Persoalan yang tepat, adakah Ean akan biarkan Vyle melarikan diri?

Ean menghabiskan rawatannya pada kepala Vyle sebelum dia memberi satu kucupan di dahinya. “Aku takkan biarkan sesiapa sakiti kau.”

>X<X>X<X>X<

Vyle membuka matanya dengan perlahan mendapati yang dia terlentar di sofa ruang tamu. Dia kembali mengingati apa yang berlaku can macam mana dia boleh tertidur di ruang tamu sampai ke malam.

Memori petang tadi masuk kedalam kotak pemikirannya membuat dia bangun dengan laju dan dapati kepalanya sakit seperti kena pukul dengan kayu baseball. “Jadi kejadian petang tadi tu betul?”

“Vyle? Kau dah bangun?”

Ean? Vyle berputar memandang Ean baru keluar dari dapur, half naked. “W-Whaat…” Dia segera berpaling. Apa Ean buat kat sini dan half naked?????

“baguslah kau dah bangun.” Kata Ean sambil menghembus nafas lega. “Sorry sebab guna bathroom tanpa kebenaran. Do you mind?”

Vyle menggeleng tanpa memandang Ean. Dia hanya tunduk memandang tangannya menggenggam selimut. “It-It’s okay.”

Ean tersenyum. “Aku rasa kau pun patut pergi mandi. Tapi jangan basahkan kepala.” Katanya menuding kearah baju Vyle yang kotor dengan lumpur. “Aku nak tukar baju kau tu tapi.. not appropiete la kalau aku yang buat kan?”

Muka Vyle tambah merah dari sebelumnya. Dia segera bangun dari sofa tersebut tapi di sebabkan dia masih lemah, dia hampir terjatuh tapi Ean lebih cepat dan menangkap Vyle.

“Kau okay ke?”

“Y-Ya aku okay.” Katanya segera melepaskan diri dari dakapan Ean dan bergerak ke bilik air.
Sebaik sahaja pintu bilik air di tutup, Vyle jatuh terduduk di lantai sambil menutup mukanya yang merah tahap gaban.

Dia Nampak Ean half naked, dia sentuh badan Ean yang half naked dan Ean terfikir nak gantikan bajunya?? This is really emberassing!

“Alright Vyle… you got this, nothings wrong with seeing someone half naked and touch his masculine body. That’s right. Nothing wrong with it.” Katanya cuba tenangkan diri.

Vyle menghembus nafas lelah. Ini hari macam-macam dah berlaku kat dia, mungkin Hot bath akan bantu dia tenangkan diri. Vyle terus bergerak ke almari yang tersedia di bilik laundry itu dan mengambil sehelai tuala dan jubah mandi.

Dia membuka bajunya yang kotor melontarnya ke dalam bakul. Vyle membuka pintu kaca tandas, masuk ke dalam dan tadah air dalam tub mandi untuk hot bathnya. Dia berdepan dengan cermin yang di selaputi dengan kabus dari wap air panas tub. Dia mengelap cermin itu melihat dirinya yang berbalik di kepala. Ean yang balut.

Dia gembira yang Ean ada di saat dia dalam bahaya dan merawat dia sampai dia bangun. Dia tak ingat sangat sebab apa dia takutkan Ean semasa di ladang tu tapi sekarang dia tak takut lagi. Apa yang dia takuti ialah adakah dia dapat hapuskan perasaannya terhadap Ean? Sebab mustahil untuk mereka bersama.

Vyle mengikat rambutnya menjadi sanggul tinggi dan masuk ke dalam tub mandi dan relakskan segala ototnya yang sudah bekerjakeras untuk selamatkan dia dari makhluk bersayap kelawar itu. Semakin lama dia dalam tub mandi.. semakin berat matanya untuk terbuka… dia rasa sangat tenang dan pada bila-bila masa dia akan tertidur.

“Vyle, Linda teks. Dia kata malam ni dia tak dapat balik.”

Vyle mengangguk lemah. “Hmmm…”

“Dia kata ada kemalangan berdekatan dengan jalan ke sini. Jam teruk. Jadi dia bermalam di hotel berdekatan sehingga kemalangan tu di uruskan. Dia jangka esok pagi dia balik.”

“Hmmm….” Jawab Vyle dengan kepala semakin kedepan bersedia untuk masuk mode tidur. Tapi dia tersentak dari tidurnya bila pintu kaca bilik mandi di ketul dari luar.

Vyle melihat bayangan Ean yang samar-samar di sebalik pintu kaca tersebut. “E-Ean?!”

Ean tertawa kecil. “Oh kau bangun rupanya. Aku ingatkan kau tertidur dalam tu.”

“A-Aku hampir tetidur tapi kau ketuk—Wait—cam mana kau boleh masuk?” Soalnya hairan Ean berada di depan pintu kaca.

“Kau tak kunci pintu bilik air. Sebab tu aku main masuk je.” Katanya slamber. Dia dari tadi membelakangkan pintu kaca itu kerana menghormati privacy Vyle.

Vyle memandang pintu kaca bilik air pastikan dia kunci dan ya. Nasib baik dia ingat untuk kunci pintu kaca. Kalau tak mungkin Ean akan merempuh masuk dan Nampak dia completely naked. Lebih teruk dari Ean.

“Well, itu je yang aku nak katakan. Aku keluar dulu—”

“Jangan!” sahut Vyle tapi dia segera menutup mulutnya.

“Huh? Kenapa ni Vyle?”

Vyle masukkan kedua tangannya kedalam air, bermain dengan jari jemarinya. “Errm… umm… tolong jangan pergi. Tunggu di situ sampai aku habis mandi boleh?” pintanya dengan muka yang merah cherry. “Setelah apa yang terjadi tadi petang.. aku takut yang makhluk tu akan kembali dan dengan kau berada di sisi aku rasa sedekit selamat.

Vyle melihat tangannya dalam air yang menggeletar. “Tolong jangan pergi.” Vyle melihat Ean duduk membelakangkan cermin kaca dan menyandar padanya.

“Okay. Aku pun rasa tenang bila Nampak kau di depan mata aku. Jadi aku boleh pastikan kau tak apa-apa.”

Mereka senyap untuk beberapa minit sepertnya malaikat baru lalu depan mereka.

“Ean… siapa aku sebenarnya?”

“Vyle… Kau ni siapa?”

Mereka berdua memandang sesame sendiri dengan pintu kaca sebagai penghalang, terkejut kerana menyoal dengan serentak.

“Apa?” Soal mereka dengan pada yang sama sekali lagi.

Vyle tertawa kecil. “Sorry. Aku tak tahu kenapa makhluk tu kejar aku. Dia kata Heaven nak aku mati dan Hell inginkan kuasa aku.” Vyle tertawa sedekah, tangannya menggeletar dan air matanya mula bertakung. “Kuasa apa yang ada dalam diri aku? Aku hanya seorang perempuan yang tak ingat siapa diri dia. Tinggal di kampung tidak di kenali bersama dua orang perempuan yang baik hati menjaga dia…” Vyle berhenti dari bersuara kerana nada suaranya telah pecah.

Ean menghembus nafas dalam memandang siling bilik tersebut memikirkan apa yang Vyle katakan. Kalau betul Vyle mengalami Amnesia.. bermaksud dia tak ingat bahawa diri dia adalah Fallen Angel. Macam mana dia boleh hilang ingatan? Apa dah jadi kat dia sebelum ni?

“Jangan risau. Apa pun kau, siapa pun kau, aku tak kisah. Selagi aku di sini, aku akan jaga kau Vyle. Tiada Angel atau Devil akan tangkap kau. Aku akan pastikan kau takkan menderita lagi.” Katanya dengan senyuman. Dia memejamkan matanya dan bayangkan senyuman Vyle semasa mereka keluar untuk pertama kalinya. “Aku tahu  kau bukan perempuan yang jahat, aku pasti kau alami banyak situasi yang sukar bersendirian tapi jangan risau. Kali ini, aku akan berada di sisi kau untuk lindungi kau sepanjang masa. Pastikan kau selamat dan tidak lagi bersendirian—” Ean segera berpaling bila pintu kaca di buka dan melihat Vyle telah memakai jubah mandinya berlutut di sebelahnya dengan senyuman yang sangat manis bersama sisa air matanya.

Vyle tunduk ke depan memberi kucupan di pipi Ean. “Thank you Ean… Thank you.”

Comments

Popular Posts