New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Friday, 1 December 2017

Fitth H.O.P.E


Little Believers

Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern.

Ia hanyalah kisah dongeng disebarkan oleh orang-orang nightmare tentang cahaya mistik akan muncul pada malam Helloween merayakan hari kegemilangan orang Nightmare. Ada mengatakan sesiapa yang temui cahaya tersebut, digalakkan untuk mengekorinya kerana ia akan membawa kamu ke suatu tempat yang kamu inginkan, atau ada kata akan menunaikan apa sahaja permintaan. Juga, terdapat bisikan-bisikan halus mengatakan Jack o’the Lantern ialah satu bala kepada mereka yang mengekorinya. Ia akan membawa kamu ke tepi jurang, kedalam gua dipenghunikan binatang buas dan banyak lagi khabar angin tentang cahaya mistik yang diperkatakan bukan sahaja orang Nightmare malah orang-orang Vicious.

Dan, dah tentu. Ia hanya kisah dongeng, tiada siapa pernah melihatnya dengan mata mereka sendiri. Malah, mereka tidak pasti apa sebenarnya fungsi Jack o’the Lantern pada orang-orang Nightmare sendiri.

Adakah kamu masih percayakan Lagenda cahaja mistik ini?

Cuba tanya budak 16 tahun yang tercegat di depan pintu kaca kedai roti keluarganya, jelas diluar sana cahaya kuning beterbangan lembut seperti ia sedang menunggu seseorang pada waktu malam yang dingin.

“Athen! Simpan Kek tu dalam almari sebelum kamu jatuhkannya!”

Athen melompat, hampir jatuhkan kek tersebut kerana jeritan ayahnya dari dapur dan bergegas—dengan penuh berhati-hati meletak kek tersebut kedalam almari kaca untuk dilihat oleh tetamu mereka.

“U-Um, Da?”

“Ada apa Ath?” Ayahnya menyahut dari belakang kedai, muncul dengan tangan memegang sebiji kek kosong dan diletakkan diatas kaunter yang penuh dengan kelengkapan menghias kek. “Panggil Ma kamu turun Athen, Da nak dia rasa resipi terbaru Da.”

“Um, O-okay, sebentar tapi Da.” Dia memanggil semula, mata tidak beralih dari Jack o’the Lantern kerana takut ia menghilang kalau dia alihkan pandangannya. “Da Nampak tak benda terapung tu?”

“Hm? Mana?”

“Depan pintu kita.” Athen depakan tangannya kearah makhluk tersebut.

Ayahnya berhenti menghias dan mencari apa yang Athen ingin tunjukkan sebelum matanya jatuh pada buku berjudul ‘The wonders of mystical world’. Ayahnya menghembus nafas lelah. “Baiklah Ath, cukup membaca untuk ni hari. Buku-buku yang kamu baca tu buat kamu berhalusinasi.” Arahnya dengan lembut dan menolak anaknya ke tangga naik ke rumah mereka. “pergi panggil Ma kamu dan kita rasa resepi baru Da. Boleh kan?”

Athen mengangguk. Bila dia dipertengahan anak tangga, dia menarik nafas dalam dan jeritan kuat pecah di kerongkong Athen memanggil Ibunya.

“Ya! Ma dengar! Tak perlu nak menekik telolong sampai satu kota ni dengar!” balas Anastasia sama kuat can lebih ganas dari anaknya.

Athen bergegas turun, mengambil bukunya diatas kaunter bayaran dan mengambil tempat duduk di tepi tingkap kedai dimana mereka selalu letak kuih muih terbaik mereka untuk dipamerkan dan menarik perhatian pelanggan. Dia cuba mengendahkan kewujudan cahaya mistik diluar kedai mereka. Dia betul-betul cuba tapi gagal kerana kali ini dia mendengar cahaya tersebut membisikkan namanya.

“Da dengar tu?”

“Hm?” Ayahnya berpaling ke tangga, mendengar derapan kaki isterinya turun sebelum munculkan diri bersama bibir dicebik manja.

“Abang, saya nampak gemuk ke? Lihat ni, dan ni dan ni! dari mana semua ni datang?!” soalnya, tangan mencapai sekeping biskut dari balang diatas kaunter dan masukkan kedalam mulut. “Saya menggemuk! —Oh sayang Athen, tak sudah-sudah Ma tengok kamu dengan buku merapu tu.” Cepat saja Anastasia mengubah topik.

“Isteri abang gemuk? Mustahil!” Athen memutar bola matanya bila kedua ibubapanya mula bermanja lagi. “ini semua hasil kasih sayang abang pada sayang! Sayang sentiasa kelihatan cantik dimata abang!”

“Awww abang sungguh romantic—Athen! Duduk tegak bila duduk, nanti tulang belakang kamu membongkok macam si hodoh tu.” Ibunya cakapkan tentang lelaki bongkok dari cerita dongeng notre dome.

Athen hanya akur, tegakkan belakangnya dan dapat rasa sakit di hujung tulang belakangnya kerana membaca terlalu lama. “Dan buku Athen bukan merapu.”

“Ma tahu, Ma pun seperti kamu dahulu tapi di sini hanya wujud binatang buas yang hanya tahu baham apa sahaja ia lihat.” Suara Anastasia manis seperti kek yang suaminya hias untuk dirinya seorang, tidak sabar untuk rasa resepi terbaru itu. “kecuali Kek Da kamu! Oooo abang itu Nampak sedap!”

“Termasuk Jack o’the Lantern?” soalnya dengan nada rendah, takut dia salah sebut. Mata memerhatikan cahaya mistik yang masih berada didepan pintu kedai mereka membisik, memanggil-manggil namanya tanpa henti.

“Hm? Mengapa? Kamu dapat melihatnya ke?” Soal Anastasia dengan nada mengusik membuat wajah Athen bertambah pucat. Anastasia tertawa. “Kalau kamu melihatnya pergi kejar; setahu Ma ia akan bawa kamu pada seuatu yang hati kamu teringinkan dalam dunia.”

“Walaupun ia bawa kita kedalam ribut salji yang membunuh?”

Anastasia mengeluh kecil, tidak sabar untuk rasa resipi suaminya dan juga penat melayan karenah Athen. “Versi Enchanted lebih indah sayang, pergi. Follow your dream or whatever—

Tidak sempat Anastasia menghabiskan ayatnya, Athen telah berlari keluar dari kedai meninggalkan sepasang suami isteri ini sedikit menggigil.

“Sayang tahu kita di Vicious dan bukan Enchanted kan? Dia akan buat apa sahaja jika perkataan Enchanted terlibat dalam tu.”

Anastasia mengambil sesuap kek buatan suaminya dengan girang. “Jangan risau, dia perlu jauh dari buku tu sekali sekala. Mungkin lepas dia balik dia berubah 180 darjah dan tiada siapa boleh buli dia lagi.”

“Atau kita jumpa pecahan tubuh badannya dibawah timbunan salji tebal.”

Athen menyesal…

Dia terlalu teruja sehingga mengekori cahaya itu kedalam hutan dalam gelap pada cuaca sejuk seperti ini. Dia menyesal kerana sebaik sahaja dia berada didalam hutan, cahaya kuning itu hilang dari pandangannya dengan begitu sahaja dan didalam kegelapan malam, dia tidak dapat melihat apa-apa dan suasananya sangat sunyi. Terlalu sunyi.

Dia menyesal percaya Jack o’the Lantern membawanya kesuatu tempat yang dia tersangat inginkan pergi. Enchanted. Mustahil ia akan tunjuk Athen, seorang budak berdarah Vicious jalan ke tanah seberang. Apa yang dia fikirkan? Ivy dapat ke Enchanted dan itu juga bermaksud dia jugak kemungkinan akan pergi juga?

Dia lupa yang dia berada di tanah yang tiada harapan. Setiap impian, cita-cita atau harapan kecil wujud dalam diri seseorang akan dihancurkan dengan reality yang kejam. Mengingati mereka siapa diri mereka sebenarnya dan tidak akan boleh menjadi sesiapa selain orang Vicious.

Seluruh badan Athen kejang bila dia dengar serigala menyalak tidak jauh darinya dan menjadi cemas. Memandang sekelilingnya dengan tangan tersebar; mencari apa sahaja untuk melindungi dirinya atau mencari petunjuk dia berada di hutan mana. Sekali lagi serigala itu menyalak, Athen semakin cemas dan cuba melarikan diri namun, budak ini dikenali sebagai budak lembik adalah satu fakta, kerana tidak sampai lima langkah dia sudah tersandung jatuh mencium tanah.

Lututnya pedis mengetahui lututnya terluka teruk sama dengan dagunya juga tercalar, terhempap ke bumi dahulu. “T-tolong…” matanya menyengit bukan dari air salji. Dia menggigil kesejukan dan lututnya sakit seperti dicucuk jarum bila seluarnya yang basah menyentuh luka. “J-Jack o’the Lantern? Mengapa kau bawa aku ke sini?” Soalnya dengan nada rendah, takut binatang buas mengesan kehadirannya. Dan, tiada harapan kepada persoalan Athen, cahaya mistik itu tidak menjawab panggilannya dan tinggalkan dia menggigil keseorangan dibawah pokok mati.

Athen menggeleng patah hati, memeluk tubuhnya cuba mengekalkan kehangatan badan. Matanya rasa menyengit mengugut untuk mengalirkan air mata tapi dia tahan, kepala menyandar pada batang pokok dibelakangnya.

Mengapa nasib malang sentiasa berlaku kepadanya? Dia tertanya akan nasibnya selama dia hidup di dunia itu. Dari kecil dia dibuli oleh sepupunya, Utopia anak kepada makcik Grisella yang asyik memaksa Athen untuk menurut perintah si puteri berangan itu. Dan nasib malangnya terus menimpah bila mereka mula bersekolah; rakan sebayanya mengejek dan mengutuk Athen tentang personalitynya yang pelik, dirinya yang lembik dan lebih suka menyendiri dengan buku dari mengikut rakan-rakannya merosakkan hidup rakan sebayanya yang lain. Sehingga dia mendapat gelaran Athen si pelik dari kawan-kawannya. Termasuk Utopia, sepupu yang sepatutnya sentiasa berpihak padanya dalam keadaan susah senang. Nampaknya syarat itu hanya berguna dalam satu hala; hanya Athen sahaja perlu ada berada di sisi Utopia dan bukan Utopia berada di sisinya. Ini kerana Utopia malu mendapat sepupu yang cuba menerokai makhluk mistik dari Enchanted dan juga Vicious; namun lebih berminat pada makhluk Enchanted.

Apa salahnya jika dia ingin mengkaji kehidupan di tanah Enchanted? Mengapa dia dianggap pelik untuk mengkaji tanah musuh mereka? Tidak, tanah musuh ibubapa mereka. Dia tidak terjebak dalam peperangan mereka, malah dia tidak lahir lagi pada masa itu dan mengapa dia terima hukuman hidup di Vicious? Tidak, dia bukan tidak sukakan tanah kelahirannya, dia tidak suka budak-budak yang membulinya. Dia suka Viciouc kerana banyak kehidupan mistik dia boleh kaji, haiwan buas di gunung furious, tumbuhan beracun di lembah merana dan Makhluk nightmare di istana Dementis. Dia suka mengkaji dan menerokai dari kecil tapi bila dia mula cuba mengkaji tanah seberang, dia telah dirasmikan sebagai orang asing, pelik dan bukan orang Vicious sebenar kerana berminat akan Enchanted. Niatnya pada Enchanted tidak sama seperti niat orang Vicious ingin menghancurkan Enchanted.

Dia lain, dia berbeza. Dia pelik.

Semua orang mengelakkan diri kerana takut berjangkit dengan ‘kepelikan’ Athen.


Kadang kala Athen tertanya, jika dia mati, ada sesiapa akan menangis akan kematiannya? Ada sesiapa akan kesah? Adakah ia merubah kehidupan di Vicious?

Serigala menyalak makin dekat pada Athen dan ia berlari kearahnya. Cemas, Athen bangkit dan terus pecut melarikan diri, dengan dua ekor serigala dekat mengejarnya di belakang.

Dia tak bermaksud dia nak mati sekarang!!!

Jack o’the Lantern bodoh! Dia hanya tertanya bukan berhasrat untuk mati! Dia tak boleh bezakan dua keinginan itu ke?! Dia masih sayangkan nyawanya for Dementis’ Sake!!! Dia masih banyak benda untuk dia kaji dan teroka di Vicious, Dia masih berharap untuk masuk Dementis dua tahun akan datang dan mengkaji kehidupan orang-orang nightmare dan dunia mereka! Dia juga masih berharap mungkin suatu hari nanti dia berjaya melepaskan diri ke Enchanted dan terokai kehidupan mistik di situ pula! Dia taknak mati dengan penuh tanda tanya tentang dunia yang penuh misteri ini!

Athen hampir mati melanggar dinding berduri kalau bukan kerana Jack o’the Lantern muncul menyuluhkan cahaya dihadapannya. Itu bukan berita baik kerana serigala-serigala itu masih panas mengejarnya dan ia makin dekat. Athen kaku bila dia lihat dua pasang mata merah dari celah semak, memandang tepat kearahnya, menunggu saat untuk membaham lelaki kurus itu.

Oh shit…

Dan saat Serigala itu keluar dari bayangan hutan, beberapa cahaya Jack o’the Lantern muncul mengelilingi Athen dan menyerang serigala tersebut bila ia datang dekat. Menyerang tanpa henti sehingga salah seekor terlempar ke pokok berdekatan dan kedua ekor serigala melarikan diri ketakutan.

Athen pula hampir pitam. Seluruh badannya menggeletar teruk seperti dia kena penyakit Parkinson, ingatkan disitulah nyawanya tamat dan dibaham serigala ialah cara dia mati. Malah, dia siap berdoa didalam hati supaya semua orang maafkan segala kesilapannya menjadi pelik dan minta ibubapanya hidup aman tanpa mati dari penyakit kencing manis atau obes. Juga berharap sepupunya dapat banyak jerawat dan rambutnya gugur kerana membuli Athen selama ini.

Dia tidak jangka Jack o’the Lantern selamatkan dia—Heck, dia tak jangka Jack o’the Lantern boleh melawan! Ini satu penemuan yang baru! Kalaulah Athen membawa journalnya untuk catat informasi ini…

“H-hey… nanti!” Athen mengejar cahaya kuning itu bila ia mula beralih pergi, mengekorinya melalui tepi tembok berduri sehingga cahaya tersebut berhenti diantara dua longgokan batu. Kening Athen ternaik, mustahil alam boleh membuat menara batu seperti itu. Jarak antara dua menara itu sebesar satu lengan Athen. Mengapa Jack o’the Lantern tunjukkan tempat tu padanya? Apa istimewanya batu-batu tersebut?

Seperti ia boleh membaca minda Athen, cahaya itu masuk kedalam tanah; mengejutkan Athen seketika sebelum ia muncul semula.

“Sesuatu tertanam dibawah ni?” Soalnya dan cahaya tersebut mengulang langkahnya seperti tadi, tenggelam dan naik semula. Fahm maksud cahaya tersebut, Athen mencari sebatang kayu untuk dia mengorek tanah dimana cahaya tersebut terapung. Sehingga dia tercucuk sesuatu keras; dengan segera dia mengeluarkannya dan temui… ia sebuah buku journal.

“Siapa punya—Hey!” Berpuluh Cahaya Jack o’the Lantern muncul dan mengelilingi Athen, berputar dengan laju membuatkan cahayanya terang sehingga menyilaukan mata Athen. Dia dapat rasakan dirinya kakinya tidak mencecah tanah lagi sebelum… PAM! Jatuh terduduk diatas lantai kayu.

Athen membuka matanya semula dan perasan yang dia sudah kembali ke biliknya dan terus mencari kelibat-kelibat cahaya mistik itu namun ia tidak lagi kelihatan di mana-mana, juga tiada di depan kedai mereka bila dia menjenguk dari tingkap biliknya.

Woah….” Athen menyentuh dahinya, tidak menyangka dia… dia si lembik Athen dapat merasakan keajaiban seperti itu didalam hidupnya. Dia kembali pada buku didalam tangannya, tertanya mengapa Jack o’the Lantern inginkan Athen jumpa buku tersebut dan adakah ia perkara yang Athen inginkan selama ini? Apa yang Athen inginkan dari buku ni?

Mengangkat bahu, dia membuka buku tersebut. dia akan tahu bila dia mula baca buku tu.

Matanya membulat bila dia baca hak milik siapakah buku journal itu dan senyumannya melebar.

Hak milik; Hansel Gingerman. Jika jumpa, sila kembalikan dan saya akan berikan kamu ganjaran yang sangat lumayan

Athen geli geleman pada perkataan yang Hansel garis, mengenali kepakaran lelaki itu dalam menggoda wanita—dan juga lelaki.

Penuh dengan ribuan tanda tanya, Athen membuka muka surat seterusnya dan bertemu dengan lakaran wajah Ivy the Devil; untuk beberapa muka surat membuat Athen berdengus geram. Kalau buku ni tentang obsesi Hansel pada anak Maleficent tu, dia akan bakar kerana ia sangat meluatkan. Athen menampar muka surat buku itu dan mendarat pada lembaran yang lebih menarik.

Ia tentang perbezaan makhluk mistik Vicious dan Enchanted!! Siren dan mermaid, Trolls and Elfs! Oh my Lord, perbezaan potion making antara dua tanah juga ada??

Athen berpaling ke tingkap biliknya semula dan menjerit. “Terima kasih Jack o’the Lantern!!”

Senyap sikit Athen! Da dan Ma nak tidur ni!”

Athen mengabaikan jeritan ayahnya dan pergi ke meja belajar, mula membaca dan menemui perkara baru yang dia tidak pernah tahu tentang Enchanted, juga Vicious.

Wahai mayat Hansel Gingermen yang telah dibaham Neverbeast, Aku berjanji akan buat ceremony terima kasih pada kau pada musim bunga nanti! jerit hati Athen teruja.

>X<

“The Arrival of Princess Charlotte Elizabeth Diana Pendragon, with… um, Sir Knight, Mareline…!”

“Abang!” Charlotte berlari kearah Louis sebaik sahaja dia masuk kedalam istana dan memeluk abangnya dengan erat. “Abang tunggu kepulangan Char ke?”

Louis memandang Mareline dahulu, mengucapkan terima kasih padanya kerana telah menjaga keselamatan adiknya sebelum mengangguk dengan senyuman pada Charlotte. “Dah tentu, ini urusan kerajaan kamu yang pertama! Dah tentu abang akan sambut kepulangan kamu. Jadi, macam mana? Adakah menghadiri majlis Sultan Aladdin menyeronokkan?”

Charlotte mengangguk gembira. “Charlotte dapat menyelesaikan masalah salah faham diantara Putera Ali dan Puteri Melody—Bukan Putera Ali yang tumpahkan minuman tu pada Puteri Melody tapi monyet bernama Abu tu yang salah.” Charlotte ketawa sopan dengan gelengan ayu. “Abang patut lihat bagaimana mereka bertengkar. Beribu bahasa pelangi Char dengar keluar dari mulut mereka.”

Louis tersenyum, kelihatan lega. “Abang gembira kamu dapat berseronok.”

“Ya, sangat seronok.” Balasnya dengan sisa tawanya sebelum dia perasan abangnya asyik pandang dia semacam. “Kenapa ni bang? Ada sesuatu tak kena dengan muka Char ke?”

“Tak bukan itu…” Katanya dengan lembut, memandang adiknya dari hujung kaki ke hujung rambut sebelum menghembus nafas sedih. “Abang… tidak perasan yang kamu sudah besar rupanya. Tak sedar yang kamu dah nak berumur 15 tahun, abang masih ingat kamu masih bayi dalam tangan abang dan jerit minta diangkat tinggi—” Dia memeluk pinggang adiknya dan bawa dia berputar membuat Charlotte ketawa girang. “—keudara macam ni. Dan sekarang, tengok, kamu dah besar—sudah bersedia untuk memerintah dalam masa empat lima tahun lagi! Abang akan rindukan Cherr kecil abang.”

“Aww, abang…” Charlotte memeluk abangnya dengan erat. “Char akan selalu jadi Cherry kecil abang, buat selamanya—walaupun dia dah besar dan pandai memerintah kerajaan.” Katanya dan memandang wajah abangnya semula. “Sebab Cherr yang ini tidak akan berubah!”

Louis mengusap rambut adiknya dengan lembut dan memeluknya semula. Mengucup ubun-ubun rambut Charlotte dengan penuh kasih. Dia menghembus nafas sedih. “Jangan pernah berubah.”

Charlotte menggeleng. “Tidak akan.” Dia merenggangkan pelukan mereka dan memandang abangnya dengan senyuman lebar. “Abang, abang tahu tak will of wisp tu wujud?”

“Hm? Will of the wisp?” Soal Louis. “Maksud kamu cerita yang Philippe selalu beritahu kamu tu ke?”

“Ya! Dalam perjalanan pulang tadi kami sesat didalam the Woods dan kalau bukan disebabkan will of the wisp tu, kami mungkin takkan dapat keluar!” sahutnya girang. “Ia muncul dan tolong kami cari jalan keluar tapi… Mareline tak percaya yang Cherr Nampak Will of the Wisp.”

Louis kembali memandang satrianya yang mengangkat bahu kecil. “The Woods do like to attracts young children. Nasib baik ia membawa kami keluar dari bawa ke jurang.”

“Will of the wisp makhluk yang baik.” Puteri Charlotte menjelir lidah. “cerita tentang will of the wisp bawa orang ke ajal mereka tu mengarut.”

“Dah tentu Tuan Puteri.” Mareline tunduk, mengiakan saja.

“Dia masih tak percaya.” Puteri Charlotte kecewa, cucu kepada seorang wanita yang percayakan segalanya wujud, tidak percayakan segalanya wujud. Sekurang-kurangnya dia jadi satria seperti neneknya. Tidak lah dia kecewakan generasinya.

“Takpe lah Cherr, apa kata kamu pergi berehat. Abang pasti kamu penat seharian ni, pergi kembali dana bang jumpa kamu masa makan malam nanti. Okay?”

“Okay. Ayahanda Raja Arthur dah kembali?”

“Belum lagi. Abang pasti dia akan tiba sebelum makan malam. Pergi berehat.”

“Baiklah.” Charlotte memeluk abangnya dan kembali ke biliknya.

 Setelah Charlotte hilang dari pandangan, Putera George berpaling pada Mareline pula. “Will of the Wisp?”

“Puteri Charlotte seorang yang istimewa dari kecil. Everyone just love her.”

“Yeah, she’s too pure for this world.”

“Just wait until she’s in love.”

Wajah Louis berubah diantara horror dan menakutkan. “No…”

“Dia 15 tahun Tuanku. She’s practically a young lady and…” Mareline tersenyum nakal. “She reads love stories.”

Louis berpaling kearah mana adiknya menghilang, ingin mengejar adiknya tapi hentikan niatnya. Dia kembali memandang Mareline. “Burn all that books.” Arahnya dan kembali berlari masuk istana. “CHERR!”

Mareline hanya boleh menggeleng melihat betapa pucatnya wajah Putera George.

>X<

“Apa maksud Tuan gaun saya telah diubah? Tanpa pengetahuan saya?? Dan bukan warna yang saya inginkan?!” Papa Koala menutup telinganya sudah mengagak amukan dari Ivy the Devil. Dia dengar berita dari adik beradik Gingermen yang Ivy the Devil mengalami saat-saat stress dan dia diamarankan untuk berhati-hati bila Ivy datang ke butiknya nanti.

Well, Dia dan pekerjanya sudah bersedia apa sahaja jeritan Ivy dengan perkataan-perkataan warna-warninya.

Papa Koala memasang senyuman manis. “Cik Ivy, kamu telah secara rasmi menjadi The Great Wizard’s apprientice dan mengikut peraturan tatasusilah diantara Ahli sihir dan Raja yang dia khidmat, setiap majlis yang diadahkan, Ahli sihir kenalah memakai tema warna yang sama bersama lambang kerajaan dengan Raja.”

“Tapi saya hanyalah anak murid Wizard Merlin.”

“Secara rasmi dan dikenali oleh seluruh kerajaan di tanah Enchanted. Ahli sihir Merlin ialah ahli sihir diraja Camelot dan kamu anak muridnya; bersamaan, Kamu harus dikenali kamu ialah anak murid Guru kamu. Bermaksud…?”

“Saya kena pakai pakaian yang serupa dengan Wizard Merlin…?” soalnya dengan nada takut yang dia betul; dan jawapannya betul. “Oh great! Aku akan kelihatan seperti bini muda Wizard Merlin lusa.”

Papa Koala tertawa dengan gelengan terhibur. “Jangan risau Cik Ivy, kami telah mendapat nasihat dari encik Hansel yang kamu fanatic warna gelap—bukan warna hitam, kita bukan nak adakan majlis perkuburan.”

“tapi kamu akan buatkan satu untuk saya kan?” Soal Ivy dengan suara penuh harapan.

“Maybe.” Jawabnya dengan senyuman. “Cik Ivy, saya minta maaf kerana mengubah gaun permintaan kamu tanpa izin tapi jangan risau, saya telah buat tiga jenis gaun untuk kamu pilih.”

“Okay… okay, saya harap Tuan tidak menghampakan saya.”

Itu dia, nada yang Hansel amarankan padanya. Nada menahan marah dan jika kau cuba panaskan dia, percayalah, neraka datang ke dunia.

“Baiklah.” Papa Koala menepuk tangannya dan pekerja butik bergegas ke tempat mereka kedalam bilik jahitan. “Gaun pertama!”

Salah seorang pekerjanya keluar bersama patung memakai rekaan gaun pertama Papa Koala dan jawapan Ivy jelas tertulis pada wajahnya.


“Ini ialah gaun tema tradisional Camelot bersama lambang bunga Camelot disulam tangan pada bahagian atas dan dibawah, mengelilingi skirt. Lapisan demi lapisan kain siffon untuk kembangkan gaun ini. Ia tak sekembang yang kamu inginkan, sedikit sexy di bahagian sini dan jubah panjang mencecah lantai diperbuat dari sutera berat. Juga mempunyai sulaman yang sama pada hujung kain seperti skirt gaun. Apa pendapat kamu?”

“Jika ini gaun tradisional Camelot.. Good Lord saya sanggup ke masa silam pada raja pertama Camelot dan suruh dia tidak menyentuh bidang fesyen langsung.

“Sebenarnya ini diperbuat oleh tukang jahit diraja pertama.”

“Dia patut dipecat sebaik sahaja dia buat lakaran idea gaun rasmi.” Tambah Ivy. “Saya taknak tanya kain apa dia guna untuk gaun tradisional. Next?”

Papa Koala mengeluh dan mengangguk. “Gaun seterusnaya! Gaun ini mempunyai warna merah gelap yang selalunya digunakan untuk pakaia lelaki tapi disebabkan kamu mempunyai identity sendiri, kamu terkecuali—

“I take that as a compliment.” Ivy tersenyum bangga.

“Bahagian atas di tebuk manik halus untuk menghasilkan ilusi bunga kecil dengan sleeveless bentuk hati. Manakalah skirt berlapis tiga dengan tambahan kain menyerupai ikatan apron disisi berbentuk bunga ros. Jika kamu lihat di sini setiap rompol skirt mempunyai tebukan bunga-bunga tema Camelot.” Papa Koala dekatkan diri pada telinga Ivy. “Dengan daun poison Ivy.”

Ivy mengangguk, menelitit setiap sudut gaun tersebut dan dia… sukakannya. “Boleh tahan. Sekurang-kurangnya bunga Camelot tidaklah sebesar yang satu ni. Ia… agak keterlaluan.”

“Saya setuju.”

“Tuan setuju?” Ivy tidak sangka perkataan itu akan keluar dari Papa Koala dan menunggu mengapa dia bersetuju namun Papa koala senyapkan diri tanda dia tidak ingin berikan sebarang komen. “Baiklah, apa kata kita tengok gaun yang terakhir?” Ivy yang menepuk tangan kali ini dan menyahut ‘yang terakhir!’ dan pekerja butik keluar dengan gaun pilihan yang ketiga.


Ayat pertama keluar dari bibir Ivy ialah; “Wow…” dan tergelak bersama gelengan.

“Itu wow buruk atau wow baik?”

“Wow Baik! Sangat baik.” Ivy tidak tahu apa dia nak cakapkan pasal rekaan ketiga papa koala. Dia tidak terkata, Ivy hanya boleh menggigit jarinya dengan senyuman lebar. “Well, memperkenalkan si cantik ni.”

Mendengar pujian dari Ivy, Papa Koala tersenyum jua. “Ini ialah rekaan yang digabungkan dengan pilihan gaun ekstrem kamu sebulan lepas dan juga sedikit pengubahsuaian mengikut citarasa Enchanted dan tema Camelot. dari atas hingga kebawah ialah kain net siffon, bahagian atas disulam secara terperinci dan perlahan untuk memastikan ia tidak koyak atau… kamu tahu, dedahkan terlalu banyak kulit. Membuat ilusi yang sulaman ini melekat pada kulit kamu. Bahagian bawah pula sulaman bunga Camelot disulam besar mengelilingi skirt gaun ini.” Dia mengembangkan sebahagian skirt dan tunjukkan sulaman lambang bunga Camelot yang begerlipan dibawah cahaya lampu. “Dibawah gaun dijahit sutera cina berwarna emas. Ia tidak dapat dilihat dengan jelas kerana dua lapisan sifon dan sulaman berat. Tidak terlalu kembang seperti kamu inginkan, tidak frilly, kelihatan wicked—saya tahu itu yang kamu nakkan dan a little bit of skin to show off. Oh dan dah tentu disertakan dengan mantel merah serupa dengan gaun ini, Cuma sulaman emas merah digabungkan.”

“Papa Koala… You never cease to amaze me.” Puji Ivy membuat Tuan kedai butik ini tersenyum bangga. Berjaya menggembirakan pelanggannya yang paling cerewet.

“Saya tahu macam mana nak menggembirakan kamu lebih dari sekarang.”

“Oh really?” kening Ivy ternaik dengan penuh teruja. “I dare you.”

Papa Koala menerima cabaran tersebut dan menepuk tangan. “Bring out the goods!” dan pekerja-pekerjanya keluar bersama sekotak biru dalam tangan mereka dan membukanya dihadapan Ivy untuk dipersembahkan isi kandungan kotak-kotak tersebut.

Mata Ivy bersinar serupa dengan ratusan berlian yang ada didalam setiap kotak perhiasan itu. “Oh wow… Tuan menang.”

“Ah, Diamond is a girl best friend.” Kata Papa Koala dengan gelakan kecil. “Baiklah, pilih yang mana kamu suka dan kamu boleh mencubanya dengan gaun pilihan kamu.”

“Oh yeah. Don’t mind if I do.”

“Oh dan mana burung gagak kamu?”

“Dia tak suka ikut shopping gaun dengan aku tanpa ada Hansel. Dia fikir ia membosankan.”

“Burung tu berfikir?”

Ivy hanya mengangguk, segala tumpuannya berada pada berlian bergelipan didalam kotak.

>X<

Tangan Raja Arthur menggeletar membaca surat yang ada didalam tangannya, seluruh tubuh badannya kebas dan segera duduk diatas sofa berdekatan sebelum kakinya gagal menanggung badan. Satu hembusan nafas berat dilepaskan dan tangan yang menggigil itu menutup mulut menahan kesedihan dari didengari oleh orang diluar pejabatnya. Air mata yang jarang jatuh, mengalir turun membasahi pipi, jatuh menitis diatas chop mohor dibawah tandatangan bertulis ‘Morgana Avalon Pendragon’

Kepada kakanda Arty yang tersayang,

Jikalau kakanda membaca surat adinda ini, adinda berharap kakanda ada ruang didalam hati kakanda untuk mendengar rayuan adinda dan mungkin, adinda pinta, memaafkan kesalahan adinda menyumpah Louis yang tercinta. Kakanda, segala kelakuan adinda pada majlis sambutan hari lahir pertama Louis bukanlah dalam kawalan adinda kerana adinda telah disumpah dengan sumpahan bernama ‘Losing Heart’. Seorang wanita digelar sebagai ‘Bloody Mary’ telah berjaya meletakkan sumpahan ini pada adinda 3 bulan sebelum Adinda dikawal sepenuhnya oleh ahli sihir kejam itu. Adinda ingin mengaku kesalahan atas segala jenayah pembunuhan yang telah berlaku pada masa itu. Kesemuanya salah adinda kerana tidak dapat mengawal diri adinda pada waktu-waktu jenayah itu berlangsung. Adinda juga ingin meminta maaf kerana tidak beritahu Kakanda tentang sumpahan ini; Kakanda dan Genny kelihatan begitu bahagia mendapat cahaya mata pertama dan Adinda tidak sanggup menghancurkan kebahagiaan Kakanda. Dan jangan salahkan Wizard Merlin kerana adinda juga meminta Wizard Merlin untuk sembunyikannya. Dia hanya mematuhi perintah Adinda.

Wahai kakanda, banyak adinda ingin merayukan maaf pada kakanda akan segala perbuatan adinda selama ini, rahsia yang adinda simpan dari kakanda. Adinda tidak berharap kakanda akan maafkan adinda setelah berpuluh tahun kejadian malang itu terjadi, dendam didalam hati kakanda pasti dalam untuk adinda keluar dan memohonkan maaf. Adinda hanya boleh berdoa, agar dengan surat ini, segala salah faham, rahsia yang adinda simpan dapat menjelaskan segala keraguan kakanda pada adinda.

Berakhirnya dengan surat ini, adin  Morggie ingin memohon seribu kemaafkan dari Kakanda Arty; dan semoga, keluarga kakanda sihat dan Louis membesar menjadi pemerintah yang bijaksana.

Adindamu yang tercinta,

Morgana Avalon Pendragon

Raja Arthur merintihkan tangisan yang perit disebalik kedua tangannya, seluruh tubuh badannya menggeletar, tidak dapat menampung perasaan yang melimpah ruah didalam dirinya. Perasaan bersalah, sedih, marah dan gembira bercampur aduk dan hanya boleh diluahkan dalam bentuk air mata.

Dia tidak pernah berdendam pada adiknya. Kakanda tidak pernah dendamkan Morggie, kakanda tidak salahkan Morggie jerit hatinya kerana bibirnya tidak dapat mengutarakan kata-kata itu. Raja Arthur sebenarnya salahkan dirinya sendiri kerana gagal melindungi adiknya dari bahaya, mengabaikan adiknya bila dia dalam kesusahan dan Lupakan adiknya sebaik sahaja dia mempunyai keluarga sendiri. Dia lalai, buta, dan leka akan kebahagiaannya sendiri tanpa dia sedari adiknya merana dibelakangnya. Raja Arthur seorang yang peka akan sekelilingnya apatah lagi dengan adiknya Morgana seorang yang pendiam. Dia tahu adiknya akan pendam segala perasaannya demi kebahagiaan Raja Arthur; Dia yang menjaga Morgana dari kecil dan mengetahui setiap ekspressi wajah Morgana samada memendam perasaan sedihnya atau menyimpan suatu rahsia. Raja Arthur dapat melihat tembus ke mata hijau adiknya namun dia leka setelah berkahwin, lupa tanggungjawabnya bukan sahaja sebagai Raja, Suami dan seorang Ayah. Dia juga seorang abang yang adiknya perlukan.

Dia leka dan dia telah kehilangan Morgana yang tersayang. Adiknya mati dalam keadaan terhina. Sebegitu hina dan selama dua abad Raja Arthur mengabaikannya. Tidak cuba mencari kebenaran dan mengelakkan diri dari segalanya.

Seekor buruk gagak menyahut nyaring, menarik perhatian Raja Arthur untuk melihatnya di jendela. Ia mengebangkan kepaknya seperti dia sedang mengatakan sesuatu pada Raja Arthur.

Raja Camelot ini kenal milik siapa burung tersebut. “Adakah… kamu Burung Ivy the Devil?”

Diaval menyahut dua kali sebelum terbang meninggalkan Raja Arthur bersendirian. Kerjanya sudah selesai dan dia kembali pada tuannya semula.

Raja Arthur memandang surat terakhir adiknya dan mengelap air mata yang membasahi pipinya sebelum dia mengeluarkan sehelai kertas kecil disebalik surat tersebut.

Saya diamanahkan untuk dedahkan kebenarannya.

Vivian Hood.

>X<
“Oh hai Diaval, dah sampaikannya untuk aku?” Soal Ivy menyambut kedatangan Diaval dan meletaknya di bahu kanannya. Diaval mengangguk dengan sahutan kecil. “Good, aku baru je habis ambil gaun aku dan accessories dari butik Lord Koha.” Katanya dan mengabai orang yang lalu disebelahnya hairan melihat Ivy bercakap dengan burung gagak. Ada ke burung gagak di Enchanted???

Ivy tertanya, bagaimanakah riaksi Raja Arthur? Dia ingin berikan surat itu pada Raja Arthur sendiri namun mereka tidak mempunyai hubungan yang sangat baik dan mengetahui ego seorang lelaki. Lebih baik Ivy serahkan tanggungjawab ini pada Diaval dan biarkan Raja Arthur mengetahui kebenaran tentang mangkat Lady Morgana seorang diri. “Jom masak Stuffed Turkey? Aku tolong.”

>X<

(A/N: Flip hair like a majestic unicorn and feel the freedom breeze in my lucious locks~~ lolol, anywayssss I'm FREE! well, not THAT free, only a couple of assignments but tak susah sangat lol. there's a perk to be a designer student Ehe! Apapun, Hope u enjoy this chapter too love!)

P/S: korang tengok tak title pages kat atas sekali? bawah header, the 'Le First Project'? click it and am sure u'll like the content *wink wink*

Savior of Tales