FDO: Bab 2


12thFloor, AlFeiham. 3 Dicember2024….

“Bansai!” bunyi gelas kaca bersentuhan meraihkan kejayaan dalam mengalahkan monster.

“Arigato Medeis-san… kalau bukan sebab kau datang, dah tentu kami mati dalam pertempuran tu.” kata seorang lelaki berperisai merun kepadaku. Aku hanya tersenyum manis gembira membantu mereka.

Mereka adalah satu kumpulan kecil yang bernama Black Caith. Comel nama tu dan mempunyai member seramai lima orang. seorang perempuan dan empat lelaki. Perempuan pemalu ni ialah adik kepada ketua mereka yang berperisai merun, Loky.

“Hebatlah kau Medeis-san! Tak sangka dengan satu hayunan kapak kau, kau boleh bunuh monster tu!” Puji si lelaki berperisai kuning pula, Enddy.

“Umm.. Ano, Medeis-san… berapa level awak?” Aku memandang si pemalu, Luciey.

“Kira-kira….  Level 10 keatas…” jawabku sambil memandang bar lifeku.


maaf tapi aku tak boleh beritahu mereka berapa level ku sebenar sebab kamu akan syak aku sebagai Beta tester. Sebenarnya… aku memang Beta tester. Sekarang semua Beta tester menjadi sampah di mata pemain di Aircraft ni. Siapa nak rasa seperti satu sampah setiap kali di kelilingi orang ramai? Aku tak.

“Hey, Aku pun!” kata Mondou berperisai jingga. “Aku level 12.”

Aku tersenyum nipis. “Kita sama. Nampaknya kita kan jadi saingan sengit kan?”

“Hey-hey, tak perlulah nak sebut pasal saingan-saingan ni. Ne, Medeis-san, kau nak join group kami ke? well, maaflah kalau terlalu cepat tapi kami perlukan orang cam kau ni dalam kumpulan kami.” Si lelaki berperisai kelabu pula bersuara, Neon.

Join kumpulan? Hmm…. Aku nak mereka nampak aku cam pemain biasa, seperti mereka semua. Mungkin ini boleh bantu aku untuk ubah pandangan mereka terhadap kami, Beta tester. “Hai! Tentu best berkumpulan dengan korang.”

Riak wajah mereka cerah dengan senyuman gembira dan sekali lagi. “BANSAI!! Selamat datang ke kumpulan kami, Medeis-san!”

“No, no…. panggil Medeis je. Tak perlu formal sangat.” Aku mengangkat cawanku ke udara seperti mereka dan gelas kami bertembung. “Please take care of me.”

Dengan itu, aku dah menjadi secara rasminya menjadi member dalam Black Caith, group pertama aku. Tapi, aku kena rahsiakan siapa aku sebenarnya. Kalau mereka tahu tentu mereka akan benci aku. suatu hari nanti ya, mereka akan tahu tapi bukan sekarang. belum lagi, aku kena buat mereka percaya dengan aku.

Pada malam aku bersedirian di bilik sedang mengatur storage ku yang penuh dengan barang. Potion healer, transportation stone, costume yamg mempunyai defence yang tinggi, senjata; Axes yang mempunyai nilai yang tinggi dari segi attack dan damage. Semua aku atur mengikut susunan. Aku mengubah baju dan senjataku ke tahap sederhana supaya mereka tak syak aku mempunyai level yang tinggi.

 Aku melihat semua kemahiranku dan teknik yang ku pelajari dari berlawan. Kemahiran memasak = 5, kemahiran menjahit = 4, dan kemahiran magic = 8… aku ada kemahiran magic. Setiap Beta tester mempunyai keistimewaan dan aku mempunyai kuasa magic. Ini ialah kuasa yang aku tak nak tunjukkan kepada mereka. aku tak perlukan healer dan transportation stone sebab aku boleh sembuhkan Hp aku dan pergi dari tempat ke tempat yang lain menggunakan Magik tapi…. Aku tak nak di anggap penipu dalam permainan maut ni. dah cukup sengsara aku di FDO ni. berlawan untuk hidup, aku tak nak tambah lagi beban.

*Knock*knock*knock*

Aku terus swipe close akuanku dan suruh sesiapa yang ketuk pintu bilikku masuk ke dalam. Luciey masuk ke dalam bilikku dengan bantalnya sendiri.

“Umm… Medeis-chan, boleh tak aku tidur dengan kau ni malam? Aku tak boleh tidur.”

Aku tersenyum manis, “Boleh, duduk sini. tidur sebelah aku.” Dia terus datang dan melompat naik katilku. “Woah… relaks lah, katil ni senang patah. Ada kita tidur di lantai nanti.”

Dia tersengih-sengih. “Sorry, dah lama aku tak tidur cam ni dengan Girlfriend. Semenjak aku terperangkap di FDO ni, Abang dah menjadi strict dan memerhatikan aku 24/7. Aku nak berkawan pun tak boleh disebabkan abang.”

Dia merebahkan badannya di katil dan menarik selimut ke paras pinggang dan memandang ke siling bilik. aku turut baring disebelahnya. “Jadi, Neon, Enddy, dan Mondou? Mereka tu kawan kan?”

Dia mengangguk. “Abang kata mereka bertiga boleh jadi kawan dan dalam masa yang sama menjadi bodyguardku. Bunyi cam terkongkongkan?” kami tergelak bersama.

“yea, Patutlah Mondou nak aku join group dorang. Tapi, aku suka. Bukan selalu kita dapat berborak dengan pemain lain cam ni kan?” Dia mengangguk setuju.

“Dengan semua pertempuran, naik level buka tingkat baru, dan…. Teruskan hidup..” aku terus memandang Luciey. “Ne, Kau rasa aku akan hidup ke? kau rasa aku akan keluaar dari tempat ni ke?”

Aku tidak dapat menjawab persoalan Luciey, dia dah nak menangis, air matanya mula bergelinang turun membasahi bantal. “Tentulah! aku akan melindungi kau, kita akan berjuang bersama hingga kita dapat keluar dari tempat ni. Jangan risau, selagi aku ada bersama… dah tentu aku akan lindungi kau.” itu yang keluar dari mulutku. Dan aku rasa menyesal pula cakap ayat tu kat dia. Sebab? Aku senrdiri tak pasti kalau aku boleh lindunginya, aku tak pasti jika aku sanggup melindungi Luciey dengan menggunakan peralatan senjata yang tidak begitu kuat. Lagipun, aku tak seberapa mahir menggunakan kapak ni sendiri tanpa ada pertolongan magik.

“Arigato Medeis… Arigato..”  katanya dengan senyuman gembira sebelum melelapkan mata. “Aku rasa selamat bila berada dekat kau.”

Aku mula rasa tambah bersalah dan berputar membelakangkan dia. Aku bodoh…. sangat bodoh.

Aku bangun dan duduk di tepi katil, swipe open akaunku dan memilih costume dan senjata yang boleh melindungi kumpulanku dan tidak membenarkan mereka tahu siapa diri aku yang sebenarnya.

<><><><><><> 

Dua minggu telah berlalu dengan cepat dan mereka pergi berlatih di dalam hutan, berlawan dengan mentadak gergasi level 7. Ini hari Loky nak naikkan level Luciey ke level 10. Disebabkan Loky jenis overprotected brother, rakan sekumpulannya turut membantu bila Luciey ada masalah dengan menatang ni.

Sebenarnya, Luciey pandai berlawan Cuma dia jenis yang penakut dan teragak-agak nak lawan. Comel tapi itu takkan bantu dia dari teruskan hidup.

“Switch. Luciey, kau tamatkannya!” kata Neon dan Luciey segera menamatkan riwayat si mentadak gergasi itu.

Muncul mesej maya di hadapan Luciey mengatakan ‘Tahniah! Anda dah naik level 15! Reward ialah starry shield.’ Cam tulah katanya.

“Omedeto Luciey! Lepas ni kita boleh buat duel kan?” Medeis memeluk bahu Luciey dan mereka berdua ber’high five.

“Arigato! Tapi kalau lawan kau, dah tentu aku kalah.” Mereka semua tertawa.

“Okay, itu cukup ni hari, kalau kita semua dah naik lebih level 20 kita boleh naik ke tingkat 18. Dengar ada pemain dah buka tingkat ke-25.”

Neon mengangguk. “Itu tentu Beater. Tak mustahillah. Kalau kita dah kuat, kita pula rasmi buka tingkat baru!”

Enddy dan Neon ber’high five. Tetiba perut Enddy berkeroncong. “Sebelum tu… Apakata kita berehat dulu.”

Medeis mengangguk setuju. “Aku ada masak lunch untuk kita semua.”

Mereka memandang kearah medies. “KAU MASAK?!!”

Medeis mengangguk dengan bangga. “Level 5! Lima level lagi aku akan master dalam bidang masak memasak ni!” katanya sambil tertawa keudara sambil bercekak pinggang.

“Giler….” Kata Mondou melihat telatah Medeis.

“ERT budak ni.” sambung Neon.

Medeis memandang Neon dengan renungan mautnya. “Apa tu?? Baik kau cakap kalau kau nak hidup lama.”

“Err…. Erm…” Aduh…. kalau aku beritahu confirm kena NGAP aku kali ni desis hati Neon memandang kearah rakannya yang lain minta bantuan.

“ERT….” Medeis memandang kearah Luciey. “Eeeeee… Riak Takbur.” Mata Medeis membesar dan kembali memandang kearah Neon.

“Ooooowwwhhh… Riak takbur ea??” Medeis menggulung sleevenya dan mendekati Neon manakala Neon melangkah kebelakang. “Kau memang nak kena kan?”

“Sabar Meddy… alah… gurau-gurau je, no hard feeling right?”

Meddeis mengangguk tapi muka sakit hatinya masih lagi ada. “Nope! Plus, aku suka sangat sampai nak belasah kau cukup-cukup!”

“Sorry!!!” Neon terus melarikan diri dan di kejar oleh Medeis hingga tiba di perkampungan.

“ARRRGGGHHH!!! Meddy-Chan! Gomennei! Aku janji takkan ulang lagi!!” rayu Neon sambil memukul-mukul tanah tanda menyerah kalah.

Medeis belum puas lagi dia seksa Neon dengan cara wrestling, di pulas tangannya ke belakang dan hempap dia di tanah. “Kau takkan terlepas lagi kali ni Mr. Pain-in-a-neck!”

“Arrrggghhh!! Mondou, Enddy! Tolong aku!!!” Jerit Neon meminta bantuan dari dua rakan kamcingannya. “Luciey! Loky!!”

Tapi mereka semua hanya melihat Neon terseksa dengan wajah bersalah. “Sorry, bukan kami tak nak bantu tapi….”

“Kalau kami masuk ccampur…  tak merasalah kami Lunch Meddy nanti.” Mondou sambung ayat Enddy.
“begitu ke kawan?? Meddy-chan! Sorry-sorry!”

Medeis melepaskan Neon dan bangun dari badannya. “Aku lepaskan kau kali ni. kalau kau buat lagi….” *crack*Crack* Medeis mematah-matahkan tangannya. “nahas kau.”

Neon menelan air liurnya tiga kali. “Yes ma’am…”

Loky tertawa kecil dan mengusap kepala Medeis dari belakang membuat Medeis sedikit terkejut. “Dah-dah… jom kita makan. Tak sabar aku nak rasa makanan Kakak kita satu orang ni.”

Medeis blushing. “B-Bila aku jadi kakak kau hah?” Medeis menepis tangan Loky dan menarik tangan Luciey, bergerak pergi mencari tempat yang sesuai untuk makan dan diekori oleh empat mamat menyakitkan hati. “Luce-Luce, jom kita makan? Kau special dari dorang empat orang tu.”

Setelah mendapat spot picnic yang sesuai, mereka menjamah makanan Medeis dengan tenang.

“Mmmmmm! Yummy! Meddy-Chan, ini memang top class!!” kata Mondou memberi thumbs up sambil mengunyah sandwich daging Medeis.

“Heh, tentulah… nampak siapa yang masak..” kata Medeis dengan bangga.

“Boleh jadi isteri misali ni kan, bang?” Luciey menyiku bahu Loky membuat abangnya tersedak.

“Air! Air!” Enddy segera memberi segelas Air kepada Loky.

Loky menghembus nafas lega dan memandang Medeis. “Err.. Urmm… Mondou, Enddy, Neon! Time untuk latihan. JOM!” loky segera menarik mereka tiga orang dan bergerak jauh… jaaauuuuuhhh! Dari dua perempuan itu.

Luciey tertawa kecil melihat telatah Medeis dan Loky dengan muka yang merah padam. Dia berbisik ke telinga Medeis. “Kau suka Loky kan?”

“APA????!!!”  Medeis menggeleng sekuat yang boleh dengan muka yang naik merah bak Apple masak kat pokoknya. “Tak-Tak-Tak-Tak!! TAK MUNGKIN!!”

Luciey tersengih. “Jangan nak berdalih, dah tertulis kat muka kau tu yang kau suka abang aku kan? Kan? Jujur je lah~~~~” Luciey mengenyit mata. “Medeis and Loky sit on a tree! K.I.S.S.I.N-Mmmffpp!”

Medeis terus sumbat pai apple kedalam mulut Luciey biar diam budak satu ni. “Okay! okay! janganlah teriak, kalau abang kau dengar cam mana?”

Luciey mengangguk sambil mengunyah makanannya. “Okhkay lfa Thou…”

“APa? Telan dulu baru becakap.”

Luciey menelan makanannya dan tersenyum. “Okay la tu… lagi bagus, kan????” Luciey mengangkat kening tiga kali. “korang couple pastu ambil system kahwin. Romantic apa??”

Medeis menjelir lidah. “Kahwin? Tak gila kau-”

“ARRRGGGHHH!!!!” dua perempuan itu tersentak apabila jeritan yang sangat di kenali terdengar.

“Abang! Meddy-chan Jom!” Meddeis mengangguk dan biarkan Luciey pergi dahulu.

Medeis membuka akaun usernya dan mengeluarkan senjatanya. Dia memandang senjata terkuatnya ‘takpa, mereka dah terima aku. aku rasa aku dah boleh tunjukkan siapa diri aku sebenar.’ Desis hati Medeis dan ingin tap open senjatanya. “Tak… bukan sekarang.” katanya lagi mengubah fikiran dan memilih senjata tahap sederhana.

Dia terus bergegas ke tempat kejadian dan melihat rakan sekumpulannya bergelut mengalahkan raksasa level 18?? Dorang semua hanya ada level 16 paling tinggi! Kalau Medeis lainlah… nampaknya Medeis yang kena jadi Hero kali ni. Opps, Heroine.

“Meddy! Tolong!” jerit Neon bergelut dari menatang gergasi yang ada banyak tangan cam sotong kurita.

“Coming!” jerit Medeis dan memotong tangan sotong itu yang memegang Neon. “baiklah… Loky! Apa rancangan kau?”

Loky yang sedang melindungi adiknya berpaling kearah Medeis dan mengangguk. “Enddy serang kekiri, Neon dan Mondou belakang. Medeis lindungi Luciey! Aku bahagian hadapan.” Setelah menerima arahan dari Loky, mereka semua bergerak mengikut planning.

Serangan mereka tidak memberi kesan kepada haiwan tu. Medeis turut geram kerana senjata kapaknya tidak memberi damage yang tinggi terhadap raksasa di depannya ni. Luciey turut menyerang tapi dalam kawalan Medeis. Susah juga nak tumpukan dua benda dalam satu masa.

“Ahhh!!”

“Luciey!” Jerit mereka semua melihat Luciey terlempar jauh akibat serangan menatang itu.

Medeis hilang tumpuan terhadap luciey?? Begitu ke seorang beta tester? Senang hilang tumpuan?

“Meddy! Hati-hati!” Medeis memandang kearah sotong itu kembali apabila Mondou menjerit namanya. PACK!! Medeis terlempar jauh akibat kena tamparan dari tangan sotong kurita itu. Pandangan Medeis kabur memadang Luciey. Bar life Luciey dalam keadaan merah.

Dia berpaling pada bar lifenya pula. Warna kuning…. Kalau dia terima satu lagi pukulan, dia tentu akan mati. Medeis memaksa dirinya untuk bangkit dan bergerak kearah Luciey. “Luce, minum ni…” katanya memberi Luciey sebotol Healer dan tolong dia untuk minum liquid merah itu.

Kelihatan bar life luciey naik sedikit demi sedikit. “Rehat okay? aku lindungi kau di sini.”

Luciey mengangguk sambil tersenyum tawar. “okay…”                                                     

Sementara itu, Enddy mengelak serangan liquid hitam sotong itu dan memotong tangannya. “Loky! Panah dia!”

Loky mengangguk dan memacukan panahnya kearah Mata raksasa itu. Apabila panah itudekat dengan mata sotong kurita tu, panah tersebut berputar 360 darjah kembali ke arah loky dengan kelajuan 2x ganda dari sebelumnya.

“Loky!” panah Loky tepat kena di dadanya membuat semua orang hilang tumpuan dan terkena serangan sotong kurita itu. Semua orang terlempar jauh dan sotong itu menjerit kemenangan. Mondou mendapat nasib yang malang kerana setelah dia dapat serangan itu, dia pula di tangkap dan di hentam dengan terus hingga kehabisan nyawa.

“MONDOU!!!” jerit mereka semua melihat mondou bercahaya dan pecah bak kaca. Menandakan dia dah mati.

Medeis melihat rakannya mati di depan mata dan Air mata mengalir turun ke pipi. Tidak… Mondou dah mati.. desis hati Medeis tidak percaya apa yang dia lihat. Dia memandang Bar life rakannya yang lain dan mendapati mereka semua dalam zone merah. Dia tak boleh berdiam diri melihat rakannya mati asalkan dia boleh menyelamatkan mereka. Dia tak nak mereka mati seperti Mondou. Dia kena buat sesuatu.

Tanpa membuang masa Medeis berdiri di hadapan mereka semua dan membuka Akaun usernya, pergi user, equiptment dan tap open senjata dan costume sebenarnya. Mulut Medeis berkumat-kamit membaca satu mantera dan cristal pada senjatanya bercahaya merah. Tetiba, bar life Loky, Neon dan Enddy kembali menjadi hijau.

Mereka semua hairan kenapa bar life mereka boleh jadi hijau balik dan memandang kearah Medeis.

Medeis hanya tersenyum tawar kerana tahu apa yang bermain dalam minda mereka. Dia kembali berhadapan dengan raksasa sotong itu dan kumpulkan tenaganya pada bahagian kapaknya. Dia terus menyerang raksasa itu dengan membelah dua haiwan itu. Dengan senang Medeis mengalahkan sotong itu dan mendapat mesej maya.

Medeis memandang kearah mereka dengan wajah bersalah dan dia terima apa yang rakannya akan cakap terhadapnya. Ya, dia terima.

“K-Kau… Kau seorang beta Tester?” Soal Neon sebaik sahaja dia bangkit berdiri. Medeis mengangguk tidak memandang mereka tepat pada mata mereka. “Dan Kau sembunyikannya selama ini dari kami, kenapa?”

Medeis memeluk tubuh tidak dapat menjawab persoalan Neon. “Maafkan aku…”

“Kau… Kau boleh selamatka Mondou! Kalau kau gunakan senjata kau tu dari tadi… Mondou dah tentu selamat dari serangan Sotong tu!!” Jerit Enddy menuding jari kearah Medeis membuat Medeis tambah bersalah.

“Maafkan aku… M-maafkan aku..”

“Itu saja ke yang kau boleh kata? Maaf? kau ingat maaf kau tu boleh kembalikan Mondou ke? HAH??!!”

Medeis menutup telinganya apabila mereka berdua menjerit memarahi dia. “Luciey?”

Luciey bertapuk di belakang Loky entah kenapa dia tak tahu tapi yang dia pasti Luciey tentu tak boleh maafkan dia. “Aku faham… jadi, apa korang nak dari aku?”

Neon dan Enddy tambah marah. Nak dari kau? kau cakap senanglah! Kau tak tahu betapa sakitnya hati kami bila kau cakap cam tu! jerit hari mereka berdua.

“Dah, kita akan bincang benda ni di rumah nanti. Jom balik. Medeis…” Medeis memandang kearah Loky tapi Loky tidak memandangnya. “Kau perlu rehat. Kembali ke bilik kau dan nanti kita bincangkannya secara baik dan tenang.”

Medeis terasa terpukul apabila mendengar ayat Loky yang kedengaran dingin itu. Dia tahu, Loky naik berang terhadapnya.

<><><><><><><> 

“TAPI Loky! Dia Beta Tester! Dia tak boleh di maafkan!” Neon menghentak meja sambil menjerit naik okta 3. “Dia boleh selamatkan Mondou kalau dia sekuat tu! dia boleh…”

“Neon… aku faham perasaan kau. tapi ingat, dia tu ahli pasukan kita juga. dia tentu ada sebab tersendiri kenapa mereka menyembunyikan hal ini dari kita semua.”

“Apa sebabnya?!” sahut Enddy pula. “Dia sembunyikan hal ni sebab apa? Aku tak faham apa yang dia fikirkan.”

Luciey hanya duduk diam bersedih melihat abang dan rakannya bertekak kerana Medeis seorang Beta Tester.

Kenapa kalau Meddy seorang Beta Tester? Dia sama je dengan kita… mangsa dalam permainan maut ni. Kenapa Enddy dan Neon benci sangat dengan Medeis? Apa salah dia? Kenapa Beta tester di benci sangat? Mereka semua tu kan kuat… tentu boleh tolong kita keluar dari permainan ni. kita patut berharap dengan mereka bukan benci mereka semua…. Aku tak faham kenapa? Kenapa pemain lain benci sangat dengan Beta Tester semua ni? desis hati Luciey. Dia tetiba terfikir sesuatu dan segera bangun dan berlalu pergi.

“Luce, nak ke mana?” Soal Loky memandang adiknya berdiri di pintu gerbang ruang tamu ke laluan bilik.

“Ke Medeis. Aku nak tahu sesuatu, daripada aku dengar kamu menjerit dan terus menerus salahkan dia… lebih baik aku tanya dia sendiri.” Jawab Luciey dengan nada perlahan. Dia takut jumpa Medeis sekarang tapi dia tetap nak jumpa perempuan yang paling dia percayai. Dia terus pergi ke bilik Medeis tanpa mendengar respon dari yang lain.

Loky menghembus nafas lelah. “Aku tak tahu apa nak buat…”

“Tak perlu. Kita patut halau je dia dari sini.” Jawab Enddy dengan nada serius dan marah. “Kau tak patut menaruh harapan dengan Beta Tester tu. nampak-nampak dia ada plan tersendiri kenapa dia ikut kumpulan kita. Kita tak tahu berapa level sebenarnya kan?”

Loky terus mencengkam baju Enddy. “SHUT IT!! Kau tiada hak nak mengata buruk tentang dia! Aku dah kata jangan nak menuduh sembarangan tanpa usul periksa! Kita tak tahu kenapa dia buat cam tu so jangan nak sembarangan mengata!!”

Enddy menepis tangan Loky. “Betullah! Itu kenyataannya! Beta Tester mempunyai banyak muslihat! Tak perlu rasa syak wasangka. Semua Beta Tester cam tu! entah-entah dia tu Beater!”

“Abang!” mereka semua terus tumpukan perhatian kearah Luciey yang kelihatan sedih…. menangis. “Medeis… Medeis abang…”

“Kenapa dengan dia?” soal Loky mendekati adiknya.

Luciey memeluk erat abangnya dan menangis. “D-dia dah pergi! Dia d-dah takda di bilik dia....”

“Apa?” Loky memandang Neon dan Enddy. Mungkin dia dah dengar apa yang kami katakan tadi kot? Tetiba muncul mesej maya di hadapan Loky menyatakan Medeis dah keluar dari group Black Caith mereka. 

Neon pula mendapat mesej suara dari seseorang dan dia membukanya. “Dari Medeis…” mereka semua terus tumpukan perhatian dari benda berbentuk diamond yang merupakan mesej suara dari Medeis.

“Gommenei Minna…. Rasanya itu saja yang aku boleh kata setakat ni tapi aku betul-betul minta maaf sebab sembunyikan perkara ini dari korang semua. Ya, aku Beta tester tapi aku bukan Beater. Aku sendiri tak pernah lihat siapa Beater tu tapi yang aku tahu dia mempunyai level yang lebih tinggi dari aku. level sebenar aku ialah level 30. Aku sembunyikan hal sebenar dari kamu semua tentang siapa diri aku sebenar kerana aku nak rasa seperti pemain lain juga. tanpa rasa dimaki dan di singkirkan. Dipandang seperti sampah atau penipu, Cheater dalam permainan maut ini. Aku mempunyai keistimewaan iaitu magic. Maaf sangat sebab tak dapat selamatkan Mondou.. maaf banyak-banyak…. Oh! Selamat hari jadi Neon… aku dah bekalkan lunch khas untuk kau tapi kalau kau tak suka kau boleh buang. Tolong jaga Luciey okay? Enddy, Neon, Luciey dan… Loky… Sayonara… pastikan kamu semua selamat okay? Aku berjanji akan keluarkan korang dari permainan maut ni.” kedengaran suara Medeis bergetar seperti dia ingin menangis tapi ditahan. Mereka semua sekarang rasa serba salah setelah Mesej suara itu lenyap pecah.

“Medeis… Tolong jangan pergi..” nangis Luciey tambah kuat dari sebelumnya.

Yang lain hanya berdiam diri hanya mendengar tangisan Luciey yang bergema di ruang tamu mereka. Medeis dah pergi. Dia tidak akan kembali lagi.


“Medeis… kau bodoh, kenapa kau bodoh sangat??” Kau tak perlu lari.. kita boleh selesaikan masalah ni, aku tak kisah kalau kau Beta Tester atau tak, kenapa kau terlalu mengikut rasa bersalah kau tu desis hati Loky memeluk erat Luciey yang menangis dalam dakapannya.

1 comment:

  1. sama mcm dgn anime sword art online tp yg ni lagi best
    keep it up angah !!!and please smbung lagi citer ni ...

    ReplyDelete