Rose Princesses: Who am I?


Chapter 11

Duniaku seperti sebuah permainan teka teki… penuh dengan persoalan dan tanda tanya. Aku ingin lari dari semua ni, hentikan semuanya sebelum ia menjadi parah…

Apa yang aku sedang buat ni? ingin membngkar semuanya tapi tidak pernah bertindak… ingin mengetahui diri sendiri tapi tak pernah buka buku.. buka buku? Bukankah itu yang aku buat setiap hari? Buku apa lagi yang patut aku buka? Sebanyak mana lagi buku yang harus dibuka untuk mengetahui segela-galanya? Kenapa setiap buku yang dibuka bukan benda yang aku perlukan?

Sebagai Alasan? Mungkin aku buka buku lain untuk mengelakkan diri dari menemui kebenaran…. Apa yang menakutkan sangat sampai aku sendiri takut untuk membuka kebenaran?

Luna berada di dalam ruang gelap dan dia terapung-apung dengan air mata yang bertebangan di sekelilingnya. Sebaik sahaja dia membuka mata… kelihatan filem yang bergerak mengelilinginya memutar semula memori lamanya.

Dengan perlahan Luna menunding kearah salah satu memori lamanya. Memori tentang tragedy pembunuhan mamanya yang tidak dapat dilupakan walaupun dia ingin memadam ingatan tersebut dari mindanya.

Apa semua ni? kenapa semua ni ditunjukkan semula? Aku tak nak semua ni… aku tak perlukan semua ni! hentikan filem-filem ni diulang tayang!

Luna menutup telinganya dan berteriak sekuat mungkin tidak ingin melihat semua memori lamanya yang dipenuhi kesedihan. Apa yang dia hendakkan ialah maju kehadapan dan lupakan semua kisah silam yang menyedihkan.

“Hentikan! Hentikan!” akhirnya jeritan hati Luna bersuara di mulut. “Mereka hanya mencaci, memaki, memandang hina terhadap ku!! Aku tak perlu semua ni.. mereka memang pathetic! Aku mahu semua ni hilang! Hilangkan dari minda aku!!”

Tetiba kedengaran seorang budak perempuan ketawa melihat Luna terseksa. “Kau memang bodoh..”
Luna terus memandang sekelilingnya mencari suara budak kecil itu. “Siapa tu?” Matanya terus tertumpu pada tayangan filem tentang penghinaan di majlis formal di rumah agamnya. Dia terus memandang kearah lain.

perempuan kecil itu muncul dihadapan Luna bersama teddy bear di dalam dakapannya. “Aku tak pernah jumpa perempuan sebodoh kau…”

Luna memandang kearah budak perempuan itu. “Kau siapa?”

Perempuan itu menarik sengih. “Aku? kaulah… Aku ialah kau versi budak perempuan lapan tahun.” Katanya dengan angkuh. “Nama aku Elizabeth, Darah emas keturunan raja di Kerajaan Robella.”

Luna menggeleng menafikan apa yang dia dengar. “Tak mungkin.. Apa yang kau merepakkan ni?”

Eliza tertawa melihat muka blur Luna.. “Aku ialah kau dan kau ialah aku.. tak kah ini muda untuk di fahami?” Eliza mendekati Luna dan melihat wajahnya dengan senyuman sinis. “menyedihkan.. sangat, sangat menyedihkan…”

Luna ingin menampar Eliza kecil tetapi budak yang dihadapannya tidak dapat di sentuh. Luna memandang telapak tangannya yang kesejukan setelah menyentuh Eliza… Dia mendongak melihat wajah Eliza yang tersenyum sinis.

“Kau takkan dapat sentuh aku selagi kau tak terima ‘semua’ ni.. terima setiap takdir yang telah menimpah ke atas diri kau.” Eliza mendekati telinga Luna. “Aku akan menghantui kau, membuat kau terseksa dan menderita sebagai hukuman kerana menolak semua yang telah menimpa keatas diri kita….”

Satu badan Luna menggeletar apabila mendengar ancaman Eliza.. Dia memandang ke kiri dan Eliza lenyap dari penglihatan.

Kedengaran gelak tawa Eliza membuat Luna ketakutan dengan kehidupan yang akan dia tempuhi nanti.

XOXOXOXOX

Onew sedang bersiar-siar di taman utama istana sambil melihat proses pembaikan Angel of Heart fountain.

Ya ampun.. mereka berlima bergaduh kalah-kalah gajah masuk kebun desis hati Onew mamandang sekeliling taman tersebut. Habis semuanya rosak, tumbuhan yang sudah lama di jaga rapi selama berpuluh tahun hancur dalam satu malam.

Onew teruskan berjalan meninggalkan tempat tersebut dan pergi ke pagar utama masuk taman tersebut. Sebaik sahaja dia menutup pagar taman, sebuah kereta limousine putih parking dihadapan Onew.

Onew menundukkan diri apabila tingkap kereta bahagian belakang dibuka. Onew tersenyum melihat jejaka yang dia sangat kenali. “Apa kes kau datang ke tempat ku?”

Danny mengenyit mata. “Nak lawat ex-classmate aku. tak boleh ke?”

Onew tertawa. “Siapa cakap tak boleh. Selalunya kau beritahu dulu baru datang.”

Danny membuka pintu keretanya dan menyuruh drivernya jalan balik ke kerajaan Ageha. “Aku call Joan bila aku nak balik.” Katanya sebelum kereta itu berlalu pergi.

Onew dan Danny berjalan seiringan menuju keistana sambil menghayati alam semula jadi disekelilingi mereka.

Danny menghirup udara segar dengan wajah yang ceria seperti selalu. “Dah banyak berubah tempat ni. terutamanya pelbagai jenis flora yang tumbuh disetiap jalan ni. bila kau tukar cita rasa kau hah?”

Onew tersenyum manis. “Bukan aku yang urus semua ni tapi White Princess. Dia dalam proses menguasai powernya. Jadi, kawasan istana ni jadi tempat latihannya.”

Danny mengangkat kening double jerk. “Sejak bila kau izinkan orang lain tukar keadaan istana kesayangan kau ni?”

Onew hanya berdiam diri membuat muka tidak bersalah. Sorry but it’s a secret desis hati Onew berbunga seperti bunga yang kembang mekar di sekelilingnya.

XOXOXOXOX

Ann dan si kembar berada di padang. Ann sedang mengajar si kembar cara menguasai power mereka walaupun Ann tidak seberepa tahu seperti apa power mereka tapi dia tetap mengajar mereka.

“Baiklah. Mari kita mula dengan mengenali power kamu.” Katanya dengan serius. “First mari kita menguji kecekapan kamu melawan aku.”

“Kami? Lawan budak empat tahun muda dari kami?” Viola menarik sengih.

“It’s a piece of cake!” kata Fiona dengan yakin.

Ann tertawa melihat keyakinan mereka dan mereka bertiga terus bertukar menjadi Rose Princesses.

Fiona memegang pedangnya manakala Viola dua machine gunnya ditangan bersedia untuk menyerang. “Ready my little prey?”

Ann tersenyum gembira melihat semangat si kembar. “As I ever ber.” Ann mengeluarkan test tubenya di setiap celah jari. “Mari mulakan.” Katanya dengan senyuman yang masih melekat di mukanya.

Dan mulalah pertarungan antara crazy Blue Rose dan cheerful Pink Rose. Ann mengelak setiap serangan pedang Fiona dan peluru Viola yang mengerangnya bertubi-tubi tanpa henti.

Hebat! Peluru Vee tak kena Fiona pun desis hati Ann kagum dengan kerjasama mereka.

Luna terbangun dari tidurnya apabila terdengar bunyi letupan yang besar dari luar tingkap dan segera keluar ke veranda. Kelihatan dari situ pertarungan antara Pink Rose dan Blue Roses. Luna tersenyum melihat mereka berlatih bersungguh sungguh.

Tetapi senyumannya tidak berkekalan. “Sampai bila nak simpan rahsia ni dari mereka?” Soal Luna dengan serius.

Bayangan Eliza kecil muncul dari bayang-bayang Luna dan memeluk Luna dari belakang. ‘Sampai Red Rose ditemui.’ Katanya dengan nada menyeramkan.

“Dan siapa red rose tu?” Luna menjeling ke Eliza yang berada di tepinya.

Eliza tersenyum sinis. ‘Dia ialah musuhmu dan juga musuhku.’

Luna terus memandang ke tepi padang dimana Mea, Jessica dan Shinee berada. “Jessica?”

Eliza tertawa kecil dan menghilangkan diri. Luna hanya berdiam diri apabila Eliza lenyap dari sisinya, matanya tidak berganjak dari Jessica yang khusyuk memandang perlawanan Ann dan si kembar.

Bolehka mereka berlima bersefahaman dan tidak menimbulkan sebarang pergaduhan? Desis hati Luna risau tentang Awakening mereka yang kedua yang memerlukan keyakinan dan kepercayaan.

 Ann melontar test tube kearah Fiona untuk mengurangkan serangan yang lebih banyak.

Senang desis hati Fiona terus memotong test tube kecil itu.

Ann tersenyum membuat Fiona terkejut. Cecair tersebut tetiba mendidih dan mengeluarkan cahaya yang mengaburi pandangan Fiona. “Ahhh!!!”

“Fee! Requipt!” senjata Viola berubah dan segera menembak Ann.

Peluru Viola terkena di bahu Ann dan peluru tersebut mengeluarkan ais, merebak ke tangan kiri Ann.

Viola mendekati Fiona untuk melihat keadaan Adiknya. “Kau okay?”

Fiona menggosok matanya dan memandang kearah Ann yang tidak dapat bergerak kerana tangan kirinya di beku oleh Viola. “Aku dah dapat nampak.” Fiona menunjukkan signal okay dengan senyuman kepada Viola.

Viola dan Fiona memandang Ann dengan riak wajah kemenangan. “Kami menang.”

Ann menggeleng sambil tertawa. Test tubenya di buka dan di tuang keatas ais beku di tangan kirinya. Ais tersebut cair dengan serta merta. “Sorry tapi aku masih boleh berlawan dalam keadaan ni. Don’t Underestimate your apponent.”

Mereka bertiga berubah balik ke diri mereka yang asal dan jatuh ketanah termengah-mengah kerana kepenatan.

Mereka menunjukkan thumbs up kepada mereka sendiri, ucapan tahniah berlawan bersungguh-sungguh hingga keakhirnya.

Ann berdehem menghilangkan rasa gembiranya. “Nama power, Worrior twin . seruhan menukar weapon, Requipt. Kekuatan, bergabung berdua. Cara berlawan sangat strategic dan berkerja sama dalam satu pasukan. Saling bergantung antara satu sama lain dan focus dalam menjatuhkan lawan. Hebat!” Ann menunjukkan thumbs up lagi sekali.

“Worrior Twin?” Fiona memandang Viola dan Viola memandang Ann.

“Nama yang Epic!”

Mea tersenyum melihat mereka bertiga yang akhirnya dapat menyesuaikan diri. Tak sangka yang Si kembar akan membuka hati mereka untuk menerima orang lain lagi desis hati Mea.

Mea tersentak apabila bahunya dipeluk oleh seseorang. Dia memandang ke tepi dan melihat wajah yang paling dia benci dalam alam semesta. Mukanya merah menahan marah dan segera menolak Onew jauh-jauh.
Pervert! Tak guna punya lelaki, tak malu ke depan orang ramai? Desis hati Mea.

Onew tertawa mendengar suara hati Mea. ‘Jadi kau nak sembunyi-sembunyilah kan? Tak sangka yang kau pun sama pervert’. Onew bertelepati dengan Mea.

Muka Mea bertambah merah naik 120%, dapat dia rasakan mukanya panas ke telinga. Jantungnya racing cam kereta F1.

“Eeeeee!!!!” Mea terus berjalan mendekati Ann dan Si kembar untuk melarikan diri dari the prince of pervert.

Danny menyapa bahu Onew dan menunding kearah Mea. “Itukah minah yang telah menabat hati kau?”

“Who knows.” Kata Onew tersenyum melihat Mea melangkah dengan laju mendekati Ann dan si kembar.

Danny menggeleng kepala. Sudah masak dia dengan Onew yang sudah lama dia kenal dari sekolah menengah lagi.

“Okay… aku faham.” Danny berputar kearah adik-adik Onew dengan senyuman yang gembira. “Yo! Lama tak jumpa.” Mereka semua saling bersalaman mesra antara Shinee dan Danny.

Teamin menepuk bahu senior lamanya. “Lama kau tak jenguk kita orang. Kenapa? Dah break up dengan awek pujaan kau?”

Danny meluku kepala Teamin. “Sejak bila aku break up dengan mana-mana awek hah?”

“Ala Dan… kau kan selalu bagi alasan dengan kami yang kau selalu sibuk kalau kami ajak kau berfoya-foya. Kau tentu takkan tolak selain kau ada awek nak di jaga.” Jonghyun menjungkit kening double jerk. “Kau boleh tipu orang tapi… kami Shinee tidak boleh.”

Danny meluat dengar ayat Jonghyun. “Gitu ke korang layan senior kamu hah? Aku datang sini atas nama urusan okay. tak lebih, tak kurang.”

“Urusan? Kenapa tak cakap time majlis je?” Soal Key.

Danny tersenyum nakal. “Sebab urusan aku datang selepas majlis tamat. Sekali lah aku jenguk korang semua sementara aku selesaikan urusan mustahak aku ni.”

Danny memeluk Bahu Minho dengan erat. “What’s up bro?” Sudah lama dia tidak jumpa member yang paling rapat dengannya time sekolah menengah.

Minho dan Danny ber’high five. “As always. Apa urusan kau kat sini? pasal Jessica ke?”

Danny memandang kearah Jessica dan tersenyum sinis. “Maybe.”

Jessica tersentak melihat senyuman Danny dan segera memandang kearah lain. Kenapa dengan dia tu? apa disebalik senyuman sinis tu? desis hati Jessica takut melihat Danny.

“Kalau urusan cari awek baru baik tak payah.” Sampuk Onew sambil mereka berlima berjalan menuju masuk kedalam istana. Jessica hanya mengekori mereka dari belakang.

Luna yang berada di veranda melihat Danny sedang masuk kedalam istana bersama Shinee. Matanya tidak berganjak dari wajah Danny yang sama dengan Mr. D.

‘Apa nak di persoalkan? Dialah Mr. D pujaan kau.’ Eliza muncul sekali lagi di belakang Luna. ‘Dia ialah Putera kerajaan Ageha bernama Danny. Pasti kau pernah dengar lawak ni kan?’ Luna berputar memandang Eliza yang tersenyum sinis.

Eliza tertawa melihat Riak wajah Luna yang penuh dengan persoalan. ‘Kau ingat aku nak tipu kau? buat apa?’ Eliza menyentuh muka Luna. ‘Kan aku dah kata kau kena terima takdir yang akan menimpah diri kamu.’

Eliza melangkah kebelakang dan duduk di pagar veranda. Dia memandang kearah matahari yang sedang naik. ‘Apa kau nak buat sekarang?’ Eliza memandang wajah Luna yang shock. ‘Aku suka nampak wajah kau yang takut melihat apa yang akan berlaku.’ Eliza menghilang dari pandangan mata Luna dengan tawanya.

Comments

  1. Yaey!! tekaan saya betul!!!
    suka2.. hehehe thanks sbb update entri ni cepat2.. :)

    ReplyDelete
  2. more!!!!!!agak over,tpi,who cares,right???wannit more!!!!

    ReplyDelete
  3. asyu asyura novelis: TQ for waiting ^_^

    Glowing Heart: Relax my friend.. new chapter is on the way

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts