Unexeption: sixteen

“Ean…”

“Vyle…” Bisik Ean membuat bulu roma Vyle remang.

“Ean…” Dia menyebut nama Ean sedikit keras dari sebelumnya tanda amaran. “Berhenti.”

Ean mencebik. “Kenapa? Tiada siapa yang Nampak.”

PACK!

“Aku dah kata jangan kacau aku! Tak nak aku jadi mangsa Para peminat kau.” Vyle bercekak pinggang dengan senduk di tangan kirinya, bekas memukul kepala Ean.

Ean menggosok kepalanya yang dia pasti ada benjol tak lama lagi. “Issh minah ni, aku bukan datang untuk kacau kau lah! Nenek Mary suruh aku tolong kau.”

Vyle menjungkit kening tanda tidak percaya. “Really? Kau tolong apa? Tolong kacau adalah!”

Ean tertawa. “Itu sahaja perkara aku boleh buat dalam dapur ni. Kalau aku masak confirm tebakar satu rumah ni.”

Vyle menggeleng. “Kalau cam tu keluar dari dapur. Beritahu nenek Mary aku boleh buat Lunch sendiri.” Vyle kembali kepada kerjanya memeriksa Sup seaweed untuk grand lunch mereka nanti.

“Tak Nak.”

Vyle kembali memandang Ean. Wajahnya sangat serius membuat Vyle kebelakang sikit, entah kenapa wajah itu buat jantungnya berdegup cepat. “K-kenapa?”

Sebab aku taknak tinggalkan kau bersendirian desis hatinya. Sejak peristiwa di Love Boat tersebut, dia dapat rasakan yang Vyle dalam bahaya.

Ean tersenyum nakal. “Aku nak kau sentiasa di sisi aku.” Katanya dengan ayat menggoda sambil mengenyit mata.

Muka Vyle terus naik merah, dia segera mengalihkan pandanganya dari Ean. “M-mengada je kau ni. Kalau kau nak tolong ambil sayur kubis di sana tu dan potong.”

Ean tertawa kecil dan bergerak mengikut arahan. Dia mengambil sebiji kubis bunga dari kotak sayuran dan memotong sayur tersebut. “Kau tahu tak dapur ni boleh terbakar hanya dengan aku potong sayur ni?”

“Ha-Ha Very Funny. Kau tahu tak kau boleh mati awal kalau kau becakap lagi?” katanya memberi amaran tapi senyuman kecil tetap terbentuk pada hujung bibirnya.

Ean menarik sengih. “Kau boleh buat apa dekat aku?”

“Masak kau hidup-hidup dan bagi makan kat peminat kau.” Jawabnya slamber sambil tangannya bergerak sekeliling dapur.

Ean hanya memandang Vyle ke sana dan ke mari segera menyiapkan makanan tengahari sebelum tiba masanya. Dia memandang wanita amnesia itu dari atas hingga bawah. Susuk tubuh badan yang cantik, dia tak boleh tak perasan tentang benda tu. Selain dari tu, dia pasti Vyle ialah perempuan dalam kehidupan sebelumnya. Perempuan ni sangat penting bagi Ean, dia pasti sebab kalau tidak dia takkan dapat rasa Vyle dalam bahaya sekarang ni.

“Kau…. Tak minat aku ke?”

Langkah Vyle terhenti untuk seketika. Dia teringatkan Love boat semalam di mana dia dah syak yang Ean adalah teman lelakinya yang telah mati. Tak… yang mati takkan hidup lagi dia menafikan segalanya.

Vyle berputar memandang Ean dan membuat muka supaya Ean tak Nampak perasaannya yang sebenar. “Dan biarkan diri aku kena pijak peminat kau? Not even in the other life.” Dia kembali pada kerjanya

“Cam mana kalau aku pastikan mereka tak kejar kau?” soal Ean membuat Vyle terkejut.

Kenapa cara dia bersuara kedengaran serius? Dia sedang bergurau ke? Vyle menelan air liurnya takut untuk memandang wajah Ean tapi perasaan ingin tahunya lebih kuat dan dengan perlahan matanya mengerling ke wajah Ean.

Jantung Vyle berdegup sekali lagi. Wajah serius itu yang membuat Vyle takut. Mengapa dia takut? Dia sendiri tak tahu.

Vyle segera mengalihkan perhatiannya dan bergerak pergi. “Jangan nak merapik lah Ean—”

“Aku tak main-main.” Ean menarik lengan Vyle sebelum dia sempat berjalan pergi dan putar perempuan itu menghadapnya. Dia nak lihat mata Vyle, dia nak lihat kebenaran jika perempuan ini masih ada perasaan terhadap Ean dari kehidupan sebelumnya.

It’s there…

Ean melepaskan genggamannya pada lengan Vyle bila dia lihat mata Vyle yang sedang menahan segala perasaan yang ada dalam tubuh kecilnya itu. Ean hendak tersenyum tapi juga bersedih pada masa yang sama. Walaupun gadis dalam kehidupan lalunya ini masih cintakan dia, mereka tidak boleh bersama. Dia angel dan Vyle adalah manusia.. Dua makhluk yang tidak akan boleh bersama walaupun di kehidupan seterusnya.

Rambut depan Ean menutup matanya yang sedih dan segera berpaling. “A-Aku nak keluar kejap, ada sesuatu aku lupa buat.”

Vyle hanya melihat Ean bergerak keluar. Dia menyentuh dadanya yang terasa sebak. Please don’t give me that look… it’s hurt just to see that face desis hatinya menahan tangisan dari mengalir.

Dup*Dap*

Jantungnya tetiba berdegup kuat mambuat Vyle susah untuk bernafas.

Dup*Dap*

Sekali lagi, denyutan kuat membuat kepalanya sakit dan mendapat bayangan seorang perempuan bersayap hitam menjerit kesakitan yang amat.

“Apa ni???” dia rasa belakangnya mula rasa panas. “Aaaa…” dia menutup mulutnya supaya tiada siapa kedengaran.

Adakah itu sebuah mimpi? Kenapa kepalanya sakit? Badannya sakit? Satu badan panas!!

“Itu pun kau.”

Ean tersentak dari lamunannya bila dengar Light bersuara dan mendarat di depannya. “Kau kenapa?” Soal supervisor Ean.

Ean menggeleng. “Nothing. Kenapa?”

Light menarik sengih. “Jangan cakap kau dah jatuh cinta kat manusia sudah. Ada tak pasal-pasal kau kena hukuman.”

Ean terus merenung tajam kat Light. “Not funny.”

Light mengangkat tangan mengalah. “Okay, shish… sejak kebelakangan ni susah sangat nak bergurau dengan kau.” Light berdehem cuba tenangkan ketegangan suasana dan keluarkan sepucuk surat kepada Ean. “Congratulation, kau telah berjaya menarik perhatian The Five Elder dan mendapat misi pertama kau.” Katanya dengan senyuman manis.

“Really?? Secepat ni? Wow!” Ean mengambil surat tersebut dengan gembira. Dia ingin membukanya tapi di larang oleh Light.

“kau tak boleh buka sekarang. Selepas kau ke heaven dan jumpa ketua keselamatan untuk dapat badge rasmi nanti petang. Okay?”

Ean mengangguk dan menyimpan sampul surat itu di poket belakangnya. “Thanks Light.”

Light tersenyum tawar. “I don’t deserve your thanks. Just… listen to your heart bila kau berada di jalan buntu dan buat yang terbaik untuk orang yang kau sayangi dan di sekilingmu. Oh and Good luck.” Dengan itu Light terbang pergi meninggalkan Ean yang kebuntuan dengan ayatnya tadi.

Hah? Apa yang dia merapukan ni? Ean mengangkat bahu tidak kisah dan ingin memulakan kerja luar rumahnya tapi terhenti bila dia dengar sesuatu barang pecah dari dapur.

Vyle!

Dia segera membuka pintu dapur dalam keadaan cemas tapi yang hairannya tiada apa pun yang pecah dalam dapur tersebut dan Vyle kelihatan biasa sahaja. Tumpukan perhatian dalam masakannya.

“Ean? Kau dah siapkan kerja kau ke?”

Ean terkaku. Jadi apa yang dia dengar tadi tu?

“Vyle, kau okay ke?”

Vyle tertawa kecil. “Of course I’m okay. What with the question?”

Ean menggeleng tersenyum lega mendengarnya. Mungkin imaginasi aku desis hatinya. Dia bergerak mendekati Vyle dan menyambung kerja potong sayur. “Aku tolong kau. Lebih cepat lebih bagus kan?”

Vyle menjungkit kening hairan dengan perangai baik Ean tapi dia tak merungut dan menyambung kerjanya.

Kedua pasangan ini tidak perasan bahawa rantai Vyle sedang bercahaya biru dan semakin malap.

Sesuatu yang terjadi, tapi tiada siapa yang tahu apa….

>X<

Lord Hades berada di throne chairnya sedang menunggu berita dari trusted right hand man nya, Gyn.

Bebola api muncul di depan mata Lord Hades membuat ruler of the underworld ini tersenyum sinis. “Good news?”

Gyn tunduk berlutut pada pemerintahnya dan mengangguk. Dia tidak mendongak memandang Lord Hades, dia hanya tunduk kerana gerun dengan makhluk di depannya ini. “Seperti yang Lord Hades katakan. Everything falls right into place. Tuan jangan risau.”

Senyuman Lord hades semakin lebar dari sebelumnya. “Perfect. Adakah mereka sedang memerhatikan dia?”

Gyn mengangguk. “Every second.”

Sulfur berada dalam biliknya bermain dengan bebola lava. Lava tersebut tidak sakiti dia walau sedikit pun. Dia Devil, hidup di bawah tanah tak hairan baginya. Apa yang buat dia hairan ialah kenapa Lord Hades hantar hamba abdinya mengekori dia ke mana sahaja dia pergi. Ini sangat pelik. Adakah Tuan Underworld ini tidak percayakan dia?

Sulfur menarik sengih. “Heh, siapa pernah percayakan aku?” Soalnya sedikit kecewa. Raven juga tidak percayakan dia. Dia menggenggam erat bebola lava di tangannya, membuat bola tersebut retak dan air lava panas mengalir keluar dari bola tersebut. Sulfur terus melontar bola tersebut ke dinding membuat bola tersebut meletup dan air lava tepercik merata tempat.

Dia tak boleh keluar dari underworld untuk cari Raven kalau ada mata-mata sedang memerhatikannya. Dia tak boleh bahayakan nyawa raven, dia tahu Lord Hades nak ambil kesempatan keatas Raven dan dia takkan bekerjasama untuk bagi Raven kepada Lord Hades. Even his life Is on the line.

Buat sementara ni, dia kena duduk diam sehingga keadaan menjadi redah.

>X<

“Ke mana pulak mamat miang ni pergi?” Soal Vyle rasa sangat menjengkelkan terhadap lelaki yang bernama Ean itu. Vyle meletakkan mangkuk salad di atas meja picnic dan melihat sekeliling laman rumah penginapan nenek mary.

Dia dah selesai hias laman tapi mana pulak lelaki ni? Takkan dia menghilang selepas hias semua ni? Desis hatinya memandang sekeliling kalau-kalau dia lihat kelibat Ean tapi bukan Ean yang dia lihat tapi Nenek Mary dan Linda datang ke laman belakang dengan wajah kagum tertulis di wajah mereka.

“Korang dua buat semua ni?” Soal Nenek Marymelihat dekorasi lantern night dan makanan untuk Dinner bersama pelanggan. Ini dah kali ke dua mereka adahkan makan dengan pelanggan, Nenek Mary baik sangat.

Vyle mengangguk. “Yup. Tapi entah pergi mana Ean menghilang. Dari tadi petang aku tak Nampak dia.”

Linda menarik sengih dan menyiku perut Vyle. “Risau ke? Takut dia keluar dengan perempuan lain ke?” soalnya mengusik.

Muka Vyle naik merah, dia segera menggeleng. “What? No! Aku terfikir je kalau-kalau dia tak sempat nak join dinner dengan kita.”

“Jadi kau risau la aku skip dinner?” Ean muncul dari pintu sliding dan menyentuh dadanya. “Awww… aku tak tahu kau sayangkan aku sampai cam tu sekali.”

Nenek Mary dan Linda tertawa kecil membuatkan Vyle tambah merah dari sebelumnya. “Takda lah!” Dia memandang dua wanita terpenting dalam hidupnya. “Linda! Nenek mary it’s not funny.”

Nenek mary mengelap air matanya dan menepuk tangan Vyle dengan lembut. “Youth life. Sangat seronok. Jangan ambil hati sayang. Kamu tahu kami hanya mengusik kamu.”

“Vyle tahu tu tapi…” Vyle menjeling kearah Ean. “Tapi kalau berkaitan dengan Ean aku tak nak. Alergic.”

Ean pula ketawa besar. “Patut lah kau ‘gatal’ dengan aku!”

“Aku tak maksudkan cam tu lah!” Vyle dah naik tangan nak pukul Ean kerana menuang minyak atas api tapi terbatal bila pelanggan nenek mary akhirnya turun dan orang pertama mereka sapa ialah EAn dan yang kedua ialah Nenek Mary.

“Haaa, semua dah ada. Baguslah, jom makan semua, cucu nenek dah sediakan makanan special untuk kamu semua!”

Semua mengambil tempat duduk masing-masing. Terdapat dua meja picnic di laman tersebut dan Vyle berharap untuk duduk berasingan dengan Ean tapi Linda dah ada plan tersendiri dengan menarik Ean duduk dahulu dan memaksa Vyle duduk berdepan dengan Ean. Linda yang duduk di sebelah Vyle mendapat renungan maut dari pekerja setianya tapi Linda buat tak tahu.

Sepanjang makan malam Vyle hanya berdiam diri dan cuba tumpukan sepenuh perhatiannya dengan makanan dan Linda berceloteh tanpa memandang kearah Ean. Dia tak nak sakit lagi, setiap kali dia memandang kearah mata Ean, dia melihat sesuatu yang dia tidak sepatutnya tahu, dan perkara itu membuat satu badannya sakit. Dia perlu jauhkan diri dari Ean, Dia tidak boleh rapat dengan lelaki ini kalau tidak entah apa akan jadi nanti.

“Vyle…”

Vyle tertawa kecil mendengar cerita Linda. “So, Lelaki tu sejutu dengan kau lah?”

“Vyle…”

Vyle mengalihkan pandangannya pada Ean. Mata mereka bertemu dan jantungnya berdegup kuat. Dia segera alihkan pandangannya. “Apa?”

Ean diam seketika memerhatikan gerak-geri Vyle dan menggeleng. “Nothing. Forget it.” Dia kembali menjamah makanannya.

Vyle hanya diamkan diri. Apa dia nak cakapkan? Ah, malas nak tahu dan jangan ambil tahu. It’s only do you worst.

Setelah dinner date mereka bersama pelanggan selesai, Mereka semua kembali ke bilik masing-masing untuk berehat. Tapi salah seorang dari mereka pula pergi menyelinap keluar ke laman rumah.

Ean membuka pintu biliknya dengan perlahan dan memandang kekiri dan kekanan untuk memastikan semua orang telah tidur dan tiada siapa pun berkeliaran di laluan tingkat dua pada waktu malam. Dia berjungkit turun ke bawah dan berhenti seketika di depan bilik Vyle. Dia tersenyum sendiri. ‘dia selamat ni malam.’ Desis hatinya dan turun ke bawah.

Dia melihat ruang menunggu Rumah penginapan itu. Kosong. Line clear! Dia dengan senang hatinya ingin bergerak pergi tapi langkahnya terhenti bila dia dengar sesuatu seperti benda jatuh dari tingkat atas dan memandang ke tangga.

Apa tadi tu? Ean mengangkat bahu. Tikus kot.

Dia terus bergerak keluar ke laman rumah dan seperti dia dah agak, Light berada di atas meja picnic menunggu Ean untuk keluar.

“You are late. Super late.” Katanya dengan menjengkelkan. “Kan dah kata datang heaven petang. Asal sekarang kau nak pergi? Kau ingat Cyrus akan tunggu kau ke?”

Ean mengusap lehernya rasa bersalah. “Sorry tapi aku sibuk seharian ni, aku rasa Tuan Cyrus akan faham.”

Light memutarkan bola matanya sambil menggeleng. Budak ni memang berani mati untuk kedua kali. “Kita tunggu dan lihat. Dah Jom gerak.” Light kembangkan kepaknya dan terus terbang ke langit malam.

Ean mendongak melihat Light terus terbang pergi tanpa tunggu dia. “Cheh… tak guna.” Dia juga keluarkan sayapnya dan kembangkannya untuk beberapa kali. Dah berapa minggu dia sembunyikan kepaknya, rasa kebas sikit bila keluarkan. Setelah tamat sesi panaskan kepak, dia terus terbang sepantas cahaya naik ke langit menuju ke Heaven.

Ean tidak sedar bahawa terdapat sepasang mata melihat dia sedang bercakap dengan seorang Angel dari dalam ruang menunggu rumah penginapan.

Vyle menutup mulutnya bila mengetahui perkara yang dia sendiri tidak akan jangka ia berlaku.

Ean ialah Angel??

>X<

Cyrus sedang sibukkan diri seperti biasa dengan laporan yang berlambak, datang setiap hari. Kenapa dia buang masa sibukkan diri sedangkan dia boleh balik dan rehatkan diri? Oh ya, dia kena tunggu budak New Born tu.

Kalau dia lambat seminit dua Cyrus tak kisah tapi ini 5 Jam Lambat!! Memang nak kena budak tu! Kau tunggu bila kau sampai ke sini, aku cabut kepak baru dia biar dia tahu yang keselamatan Dunia tidak boleh di bawa main.

“Errr… Cy, aku rasa kertas tu dah koyak kau kerjakan.”

Cyrus tersentak dari lamunannya dan mendongak melihat Sky tersenyum sambil membawa sebuah fail di tangannya. Dia tunduk memandang kertas yang dia telah ronyokkan dan segera letakkan ke tepi. “Sorry, aku terfikirkan sesuatu tadi. Fail tu laporan tentang Raven ke?”

Sky mengangguk dan hulurkannya kepada Cyrus untuk di periksa. “Tiada perkembangan sangat. Sama seperti biasa dan ada beberapa manusia mengaku yang mereka pernah terserempak dengan perempuan ni. Angel yang dalam penyamaran kata dia berada di area sini.” Sky tundukkan peta yang ada tanda bulatan merah di atasnya. “Kemungkinan dia berada di sini tapi ada juga mengatakan yang Raven berada di beberapa tempat lagi.”

Cyrus melihat Rare Area yang di bulatkan. Bulatan Besar. “Cam mana nak cari dia di sekitar ni? Kalau ini sebuah Bandar atau kampung kecil, kita boleh cari tapi ini lebih dari lima kampung dan satu Bandar kecil.”

Sky mengangkat bahu. “Lebih baik dari cari seluruh pelusuk dunia kan? Listen Cy, kita dah dapat petunjuk dan aku yakin yang kita akan jumpa dia tak lama lagi. Don’t worry.”

Cyrus menghembus nafas lelah. Mungkin kali ni Sky betul, mereka perlu cari Raven sebelum Devil yang jumpa dia dulu. Mereka tidak tahu apa yang Devil-Devil tu akan buat kat Kakaknya.

Pintu pejabat Cyrus di ketuk dari luar dan Cyrus memberi dia untuk masuk kedalam. Kedua Angel berpangkat tinggi ini terkejut melihat siapa yang masuk ke dalam pejabat Cyrus bersama Light.

“Sorry guys aku lambat. Ada masalah along the way.” Light memandang kearah Ean memberi signal kepadanya untuk minta maaf.

Ean tunduk sedikit dan meminta maaf secara berbisik. Bukan dia segan dengan dua Angel ternama ni tapi dia rasa janggal di bawah renungan mereka. Apa ada di muka dia sampai dua Angel tu Nampak dia seperti makhluk yang datang dari marikh?

Cyrus menarik nafas dalam cuba tenangkan riak wajahnya semula. “Kamu Ean bukan?”

EAn mengangguk. Dia ingatkan Tuan Cyrus akan terus pandang dia dengan lama.

Sky hanya memandang wajah Ean masih lagi kaku di posisinya. Ini ialah lelaki yang Raven cintai yang telah mati tiga tahun lalu. Dia dihidupkan sebagai New Born Angel. Dia tahu semua ni tapi dia tetap terkejut melihat Ean. Adakah dia mempunyai Guardian Angel kerana dia di takdirkan menjadi New Born Angel bila dia hidup dan memburu perempuan yang dia cintai? Raven?

“What a twisted plot.”

“Apa?”

“Sky?”

“Excuse me?”

Ketiga-tiga angel memandang kearah Sky yang bersuara tanpa sebab. Sky baru perasan yang dia tersasul segera menggeleng sambil tertawa. “Nothing. Forget what I just said.”

Cyrus menjungkit kening hairan tapi dia endahkan. “anyways, kamu lambat untuk misi pertama kamu. Kamu tahu tak disiplin dan ketepatan masa sangat penting untuk menjalankan misi?”

Ean mengusap lehernya rasa bersalah. Yup, dia dah agak dah yang dia akan kena marah. “Errr….”

“Saya maafkan kamu kali ni. Tapi lain kali saya tak teragak agak…” Dia mematahkan jarinya dan lontarkan renungan tajamnya. “Patahkan sayap kau dan lontar kau keluar dari Heaven gate.”

Ean menelan air liur tiga kali dan mengangguk faham. Tuan Cyrus lebih menggerunkan dari apa yang dia bayangkan!!

Cyrus mengambil salah satu fail yang tersimpan rapi di tepi mejanya dan membuka Fail yang baru di berikan kepada Sky. Dia mengambil peta dalam fail tersebut untuk di pindahkan ke fail yang lagi satu. “Ini Misi pertama kau.”

Ean tampil ke hadapan dan mengambil fail tersebut. Dia rasa teruja dan takut pada yang sama, ini ialah misi pertamanya, dia takkan sangka yang dia akan menerima misi dari Ketua keselamatan sendiri. Ini memang satu penghormatan yang sangat besar untuk seorang New Born Angel.

Ean membuka fail tersebut hanya mendapati sekeping gambar perempuan yang dia kenal, malah, cintai.

Vyle??

(A/N: Fewwww! Alright, time to get the show started~~ bergelut dengan plot cerita ni. Cam mana endingnya nanti eh? hehehe)

2 comments:

  1. Finally..de n3 bru..
    Raven jdi mnuasia ke?

    ReplyDelete
  2. Hahaha... maaf nurha lambat post baru sebab busy awal tahun ni hehe.. and nope. Dia hanya hilang ingatan. Still half blood

    ReplyDelete