Rose Princesses: Collecting Memory


Chapter 10

Eliza berlari menuruni tangga di laluan rahsia istana. apabila sampai ke bilik rahsia tersebut. Dia membuka kasutnya dan di letakkan di anak tangga terakhir.

“Baiklah.” Eliza melangkah di atas air jernih dan bergerak secara perlahan ke tengah kolam itu. Bilik gelap yang hanya ada cahaya yang menakjubkan datangnya dari bebola berwarna oren yang terapung di udara.

Eliza mendongak keatas dan mendepakan tangannya memandang bebola oren itu. Bajunya berubah menjadi gaun berwarna emas dan matanya bertukar ke warna merah. mata yang membuktikan dia sebagai keturunan sebenar di kerajaan Robella. Dia memejamkan matanya. Terdapat cebisan aura dari bebola itu turun menngelilingi Eliza dan setelah itu, bergabung dengannya. Semakin lama, semakin banyak aura tersebut turun bergabung dengan Eliza.

Eliza terangkat dari air tersebut dan terbang kearah bebola oren itu. Dengan perlahan dia diangkat untuk bergabung dengan bebola oren yang merupakan Heart of Robella.

Matanya terbuka luas apabila dia tidak dapat menampung kuasa Heart of Robella itu dan terus jatuh kedalam air. Gaun emasnya hilang dengan serta merta diikuti dengan mata orennya.

Eliza berenang ke permukaan dan menarik nafas panjang mengambil udara. “Tak guna…” katanya dengan perlahan. “Tak guna! Tak Guna! Tak Guna!!!” dia memukul-mukul air  tersebut melepaskan geram.

Dia melihat tangannya yang menggeletar. “Kenapa? Apa yang aku takutkan sangat sehingga tak dapat terima kuasa tu?” Dia menutup mukanya rasa sangat kecewa. “Maafkan Eliza Papa… Eliza takkan dapat selamatkan dunia ni dari Lycant dan Shadow….” Dia mula mngalirkan air mata dan air matanya berubah menjadi mutiara. Mutiara-mutiara mata jatuh kedasar kolam tersebut. Eliza menangis sekuatnya rasa takut, kecewa, risau dan sedih bercampur aduk dalam hatinya.

“Dah banyak kali aku cuba. Tapi, semuanya gagal! Kenapa? Kenapa?” Soal Eliza memandang Heart of Robella. “Kau jahat! Kau memang jahat!” jerit Eliza menangis mengeluarkan mutiara mata lagi banyak. “Sebanyak mana kau nak aku menangis? Sehingga kolam ni penuh dengan tangisan ku ke? sehingga tiada lagi air untuk ditangiskan?”

XOXOXOXOX

Sudah seminggu Jessica berada di istana Robella dan juga sudah seminggu Luna berkurung jarang keluar dari kamarnya. Banyak alasan dia berikan, tak enak badanlah, nak melukis di verandalah, nak bersendirianlah dan banyak lagi.
Onew dan Key berada di perpustakaan utama sedang membuat assignment mereka.

Akhirnya dapat juga aku relax… Si kembar dan Jessica selalu bertengkar. Mea pula… Ya ampun!! Mengomel tanpa henti tentang Luna yang tak keluar bilik. Perempuan memang menyakitkan hati desis hati Key.

“Aku setuju.” Kata Onew yang mendengar rungutan hati Key

BAMM!! Pintu bilik tersebut di buka oles Mea diekori oleh si kembar.

“Speak of the devil.”  Onew mengeluh, baru je dia cakap pasal mereka, dah muncul depan mata. “Apa korang nak adukan lagi?”

Mea tidak berganjak dari tempatnya. Tidak bersuara hanya memandang Onew dengan renungan tidak puas hati. Fiona dan Viola memandang Mea yang masih tidak bersuara. Mereka mengeluh.

“Vee jom.” Viola mengangguk tanda faham. Fiona dan Viola mendekati Key dan menarik Key keluar dari perpustakaan tersebut meninggalkan Onew bersama Mea.

“O.. Oii.. kenapa aku di heret keluar?”

“Diam, kalau tak aku tembak tengkorak kau.” Kata Viola mengugut.

Setelah pintu library di tutup oleh Si Kembar, Mea hanya memandang ke lantai tidak bersuara sejak dari tadi.

Onew menjungkit kening. “So?”

Mea menarik nafas dalam. “Nevermind. Kalau aku cakap pun kau takkan setuju.” Mea berputar dan ingin beredar keluar tapi Onew segera memegang tangan Mea.

“Tunggu.” Katanya ingin tahu apa dalam fikiran Mea. Dia tidak dapat mendengar rungutan hati Mea, itu buat dia risau. “Ini pasal Luna?” Mea menggeleng. “Pasal Jessica?” Mea menggeleng lagi.

Aick? Kalau bukan pasal dua kess ni jadi apa? Desis hati Onew. Nak sangat dia tahu apa dalam fikiran Mea tapi sekarang dia tidak dapat fikirkan apa-apa pun. Onew menarik sengih. “Ini pasal aku kan?”

Mea hanya berdiam diri tidak menunjukkan sebarang reaksi. “Bukan.” Akhirnya dia bersuara. Dungu, tak kuasa aku nak cakap pasal kau. perasan, pervert desis hati Mea.

Onew tersenyum, akhirnya dia dapat dengar suara hati Mea. “Kau dah kembali.”

“Apa?” Dahi Mea berkerut. “Apa kau merepekkan ni?”

Onew memegang kedua tangan Mea dan memandang tepat ke matanya. “Sejak akhir-akhir ni, kau selalu mengomel tentang Jess dan Luna. inilah, itulah. Buat aku pening kepala.”

“Kau kan selalu dengar aku mengomel. Jadi aku buat kau pening kepala hari-hari? Gitu?” Soal Mea sakit hati.

Onew menggeleng. “Hari sebelumnya omelan kau tentang aku je. Pervert, gatal, miang, playboy, sweetalker.”

Muka Mea berubah warna merah, malu. “K… Kau memang perverted old man.”

Onew tertawa. “Sebab tu aku tak pernah jemuh mendengarnya sebab… kau hanya tumpukan perhatian kepada aku seorang je.”

Mea melepaskan tangan Onew dan memeluk tubuh. Cuba act cool walaupun jantungnya racing selaju roket nak berlepas ke bulan. “Aku nak kau dengar benda ni sekali je dan fikir jawapannya. Okay?” Onew mengangguk.

Mata Lizard, betul Violet, ekor Yu desis hati Mea. “Itu kata kuncinya. Kalau kau dah dapat jawapannya beritahu aku okay?” Mea beredar dari bilik tersebut.

Onew segera mengambil sehelai kertas dan sebatang pen, segera menulis kata kunci Mea. “Apa maksud Mata Lizard, Betul Violet, Ekor Yu?”

XOXOXOX

Luna berada dalam biliknya sedang melakar di sketch booknya wajah Mr. D. fikirannya melayang tentang majlis ulang tahun Eliza.

Sikiiit lagi aku dapat jumpa dia tapi… thanks to that girl, melepas peluang ku desis hati Luna. “Dia kembar Dunia manusia Mr D ke? tapi kenapa dia ajak aku keluar ke veranda?” Luna terbayang kejadian Mr. D memberi isyarat kepadanya untuk mengekorinya. “Dia macam kenal aku. mungkin kerana muka mirip Eliza?”

Pensel di tangan Luna tetiba patah apabila terfikir tentang En Edward. “Orang tua gila tu saja nak sakitkan hati aku! aku tak pernah kacau dia, dia pula nak kacau hidup aku. apa kes dia nak kenakan aku cam tu?”

Luna meletakkan bukunya di atas meja dan keluar dari bilik tersebut. Rasa bosan juga kalau berkurung dalam bilik hanya kerana perempuan tu. Dia mula bergerak ke satu bilik yang tidak belum pernah dia jejaki lagi.

Harap tak jumpa perempuan tu desis hati Luna. DIa membuka pintu bilik tersebut dan terpegun melihat suasana di dalamnya.

So familiar desis hatinya. “Cam bilik aku kat mansion dulu.”

Dia mula bergerak ke closet untuk mengetahui pemilik siapakah bilik ini. “pakaian budak 10 tahun? Wah, semua gown sutera mahal. Walaupun fesyen agak ketinggalan zaman tapi tetap hebat. Mungkin ini bilik Eliza?”

Luna terlihat sehelai baju terselit diantara dua gaun mewah. “T-shirt?” Dia terus menurunkan  gaun-gaun tersebut dan terkejut melihat terdapat banyak baju casual di sebalik gaun mahal.

“Puteri Eliza yang baik, peramah, bersopan santun, bergaun 24/7 rupanya ada baju casual yang lebih banyak dari jumlah gaunnya.” Luna menggantung balik gaun tersebut menyembunyikan rahsia Eliza.

Luna menutup closet Eliza dan memandang barang-barangnya pula. “Siapa Eliza ni sebenarnya?” Dia menuju ke almari barang Eliza dan terkejut apabila terjumpa sebuah diari kecil yang mempunyai red love diamond sebagai kunci.

“Key! Itu bukan buku tapi diari aku!” kata Eliza memujuk Key memulangkan diarinya.

Key menjelir lidah. “Betul ke? Aku nampak cam novel je. Kaci tau aku cam mana buka nya.”

“Kau takkan dapat buka kecuali aku yang sentuh Diamond tu!”

Luna tersentak dari lamunannya. “Apa tadi tu?” Luna segera membongkar barang Eliza dan terjumpa hair clip berbentuk sayap angel.

“Untuk aku?” Soal Eliza ragu-ragu untuk menerima hadiah dari Minho. “Betul ke ni?”

Minho meramas rambutnya dan segera memakaikan hairclip tersebut di rambut Eliza. “Jangan 

pernah hilangkan clip rambut ni okay?”

Eliza tertawa. “Okay.”

Jessica sedang bersiar-siar di dalam istana sedang memikirkan teguran Minho. “Kau kena minta maaf dengan Luna. kau yang salah.” Katanya mengikut dialek Minho. “Cheh, jangan harap aku nak minta maaf dengan Duplicator Devil.”

Langkah Jessica terhenti dihadapan pintu bilik Eliza. “Kau dah mati. Kenapa kau datang balik?” Soal Jessica kepada pintu tersebut seolah-olah Eliza masih ada di hadapan pintu tersebut dengan senyumannya yang jahat. “Pergi sebelum aku bunuh kau” dia berbisik merenung bayangan Eliza kecil.

Eliza menggeleng. Jessica tersentak membaca mulut Eliza walaupun dia tidak bersuara. Eliza menyentuh pintunya dan tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri.

‘Aku dah kembali…’

Tanpa membuang masa, Jessica membuka pintu bilik Eliza dan kelihatan Luna berada di tingkap bilik bersama dengan Diari Eliza yang terbuka.

“Luna… Luna…” Tiada respon dari pemilik nama itu. Tak mungkin desis hatinya. “Eli…. Elizabeth?”

“Ya?” Luna berpaling kearah Jessica. “kenapa Jessy?” Soal Luna dengan mata yang Jessica sangat gerunkan. Mata Eliza.

 “Tak mungkin… Kau dah kembali?”

Luna tertawa. “Apa kau merepekkan ni? Aku ke mana?” Luna melihat dirinya memakai sweater dan berseluar panjang. “unexceptable.”

Luna membuka sweaternya biarkan dia bersinglet dan mencapai gunting untuk memotong seluarnya menjadi pendek. “baru puas hati, Kan Jessy?”

“berhenti panggil aku nama tu.” satu badan Jessica menggeletar. “Aku benci kau panggil aku itu. Kenapa kau kena kembali ke sini?”

Luna yang dari tadi menahan gelaknya akhirnya terkeluar semua apabila melihat wajah takut Jessica. “maaf.. Aku saja nak menguji kau.” Kata Luna menahan tawanya. “Tak sangka kau benci Puteri Eliza sampai cam tu sekali.”

Jess rasa tertipu oleh Luna. “Kau memang licik!”

“Okay-okay.” Luna cuba menenangkan Jessica. “Aku tak nak tuang minyak kedalam api jadi aku minta maaf dan tidak akan ganggu kau lagi okay?” Luna mengambil buku tersebut dan beredar dari bilik Eliza. “maaf sebab kenakan kau. aku tak dah niat jahat.” Katanya sebelum menutup pintu bilik.

Kau memang keji desis hati Jessica. Dia berpaling ke belakang untuk keluar dari bilik tetapi dia terliihat bayangan Eliza kecil. “Aku dah kembali Jessy. Aku dah kembali.”

“Pergi sekarang!” suara Jessica naik volume dua.

Eliza menarik sengih “Aku takkan pergi.. aku akan tinggal di sini buat selama-lamanya..” bayangan Eliza lenyap dari pandangan.

XOXOXOXOX

“Putera Danny, putera tak apa-apa?” Soal personal butler Danny, En Joan. “Putera hanya merenung gambar tersebut selepas pulang dari majlis ulang tahun Puteri Eliza. Putera nak turun ke dunia manusia ke?”

Danny menggeleng. “Tak. Joan, Aku nak kau sediakan kereta untukku berangkat ke kerajaan Robella.”

“Baik Tuanku.” En Joan tunduk hormat ingin beredar.

“Nanti, jangan beritahu mereka aku nak datang, okay?” Danny tersenyum manis. “Aku nak beri kejutan kepada mereka terutamanya si tetamu khas tu.”

“Kenapa?”

Danny tersenyum manis. “Sebab aku dah jatuh cinta dengan dia.” Dari dulu lagi desis hati Danny.

Comments

Post a Comment

Popular Posts