Final Step: Part 1
Step by step dah kembali!!!! kali ni untuk Scence ke tiga pula! huhuhuhuhuhuhuhu.....
Okay, yang ni tak da cover bab malas nak buat... seterusnya, tiada introduction characters sebab kita dah tahu watak2nya kan?
So, mari kita Enjoy lovey-dovey scence tentang fav couple kita ni... hohohohoho
ENJOY!!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------Final Step
Part 1
Kai dan L sedang mengubah suai kelas mereka untuk
pertandingan kelas pada hari Festival sekolah kali ke-24.
“Kai, kau letak meja tu kat tepi. L, pastikan kain-kain
hitam tu tak koyak. Mahal tu di beli.”
L dan Kai memutarkan bola mata mereka penat dengar arahan
ketua kelas mereka yang asyik membebel tanpa henti.
Penolong ketua kelas melhat Kai meletakkan meja terakir di
penjuru kelas. “Kai, lepas tu kau tolong Joon dengan-Eh?” dia melihat Kai
melangkah keluar dari kelas. “Kau nak ke mana?”
“Nak berehat sekejap.” Katanya sambil putarkan lengannya
menunjukkan dia dah penat mengangkat kerusi dan meja. Dia pergi sebelum
penolong ketua kelas nak bersuara.
L pula menarik sengih sambil menggulung kain hitam. “ye lah
tu….”
Setelah tida di tangga sekolah, Kai terus melajukan
langkahnya naik ke bumbung sekolah dengan perasaan gembira. Why? Tentulah nak
date dengan orang yang tersayang. Dah 3 minggu lebih mereka menjalinkan
hubungan dan selalu dating kat bumbung sekolah. Taklah cam berjanji jumpa kat
sana. Sebenarnya, Suzy selalu skip kat atas sana untuk melukis dan kalau Kai
ada masa, dia akan temankan Suzy. Tiada apa-apa yang mereka buat kat atas
bumbung, hanya Kai temankan Suzy melukis sambil berborak kosong.
Bagi kai, bersama dengan Suzy dah cukup baginya.Buat sementara ni, hehehe…..
Kali ni, Kai akan dapat apa yang dia nak dari Suzy. Sudah 3
minggu lebih dia dengan Suzy dan sampai sekarang dia tak dapat-dapat lagi fasa
ke 3 dalam ber’couple.
Fasa pertama: menjadi Couple
Fasa Kedua: Dating
Fasa ketiga: every couple do when they are dating. Faham
kan?
Kekadang orang
jadikan fasa ketiga ke fasa kedua. Untung orang tu. Tapi bagi Kai? apa boleh
buat…. Nsib badan…
Sebaik Sahaja Kai tiba di Bumbung sekolah dan dia membuka
pintu…. Kosong. Tiada sesiapa ada di atas bumbung itu, hanya easel, canvas
berbalut dan seset warna. Orang yang dia
jangka 100% akan ada di tempat itu, tiada.
Kai mengeluh panjang dan kembali ke kelas dengan bad
moodnya.
“Ai Kai, awal kau balik?” L menjungkit kening sambil
melemparkan senyuman nakalnya. “Kenapa? Cushion empuk kau takda ke?”
PACK!! Senaskah buku sejarah setebal 176 muka surat mendarat
tepat di muka L.
“Kau diam!!” jeritnya naik okta 2. Di mana Suzy? Setahu aku
kalau babak-babak buat kerja cam ni dia orang pertama skip kelas. P.E pun dia
skip, dah tentu buat kerja cam ni dia lari. Pelik? Apa budak tu buat sekarang?
<><><><><><><><><>
“Bea Su Ji! Kau nak kemana tu hah?!” Ketua kelas mereka,
Yeonghwa bercekak pinggang melihat rakan kelasnya cuba larikan diri. “Kau dah
di lantik untuk tolong aku dan aku tak boleh buatnya sendiri. So, Get your Butt
back here and Help ME!”
Suzy yang berada di pintu kelas mengeluh dan dengan kaki
yang berat 100 kilo di heret semula masuk kedalam kelas. “Kenapa aku kena buat
benda ni semua??”
Yeonghwa rasa nak lempang je budak di depannya ni. “Kan
rakan kelas kita dah lantik kau menjadi pengganti penolong ketua kelas.”
Katanya dengan lembut tapi ada unsur menahan marah pada nadanya. “Sunny kena
campak dan mahu tak mahu kau kena ambil alih tempatnya. Faham?”
Suzy menggeleng. “Tak, boleh aku pergi sekarang?”
Yeonghwa meramas rambutnya. Panas!!! Okay, cool down
Yeonghwa… kau boleh handle budak ni.
“Dengar sini Bea Su Ji, Kita perlu menang
pertandingan kelas ni dan juga individu. Kau tahu tak betapa susahnya aku rayu
kat cikgu untuk masuk pertandingan ni????” Soalnya menahan marah yang amat.
“Kau nak buat drama ke pertandingan kelas?”
Suzy mengangkat bahu. “Mana-mana je-mmmmfffhhhttt!!!”
sepasang tangan menutup mulut Suzy.
“Sorry Yeonghwa. Dia akan tolong kau selepas aku cakap kat
dia okay?” IU menjeling kearah Suzy dan menariknya keluar dari kelas.
Suzy dan IU melawan mata buat beberapa minit sehingga IU
mengeluh mengalah. “Kau boleh tak tolong bekerjasama dalam hal ni… tahun lalu
kau skip tugas hingga festival sekolah daaaaan… tak tolong kami time tu juga.”
Kata IU dengan mata puyunya. “Please help us…”
1001 kemungkinan Suzy berdering memberi amaran kepadanya
yang dia akan menyesal menerima tugas itu. Sebab tu dia tak nak terima tapi
selepas nampak rayuan kawannya satu ni… “Aaaaarassooeeeee….. Aku buat.”
Suzy bergerak masuk kedalam Kelas dan berdepan dengan
Yeonghwa. “Apa patut aku buat?”
<><><><><><><><><><>
Dua pasang couple sedang berjalan seiringan pulang dari
seharian mengatur kelas untuk pertandingan yang akan diadahkan 2 minggu dari
sekarang.
“So, cam mana hari korang kat kelas?” Soal L kepada IU
dengan senyuman manisnya.
IU membalas senyuman L. “Penat tapi BEST! Kali ni kami akan
ikut pertandingan kelas lagi!”
L memandang IU dengan riak wajah terkejut. “Apa? Jadi….”
“Kita akan bersaing?” Soal Kai kepada Suzy yang Kai peluk
dibahu.
Suzy mengangguk lemah. “Dalam seumur hidup aku, ini kali
petama aku memerah otak cam ni.”
“Perah?” kai tertawa kecil. “Apa kau buat? Sebab tu ke kau
tak ke bumbung sekolah?”
Suzy mengangguk lagi dan merebahkan kepalanya di bahu Kai.
“Aku ambil alih tempat Sunny sebagai penolong ketua kelas. Balik ni kena kira
bujet kelas dan bahagikan untuk beberapa perkara. Lepas itu kena pastikan persediaan
semua lengkap sebelum Festival sekolah daaaaannn….” Suzy menggeleng menyerah
kalah. “Aku tak tahu kalau memory otak aku boleh terima semua ni lagi…”
Inilah sebab Suzy tak nak join mana-mana pertandingan
Festival sekolah. Banyak kerja nak buat dan mesti tepat pada waktunya!
Mereka bertiga ketawa melihat muka masam Suzy. “Wei, nak aku
lempang muka korang satu-satu ke?”
“Sorry-sorry…” kata IU menahan tawanya. “Oh ya! Tahun ni ada
pertandingan individu kan? Deabak.. kali ni boleh menang untuk diri sendiri.
Ada hadiah lumayan pula tu. Tentu seronok kan?”
L mengangguk. “pandai President sekolah buat. Pemenang
pertandingan dapat Voucher R&J untuk malam Unggun Api nanti. Nampaknya ada
dua couple of the year kan?”
Apa yang L maksudkan ialah pertandingan individu terbahagi
kepada dua iaitu lelaki dan perempuan. Siapa yang menang dalam pertandingan ini
akan mendapat voucher couple untuk malam unggun api yang diadahkan selepas
tamatnya Fextival sekolah. L kata ada dua couple pada tahun tu sebab couple
lagi satu menang nya dari pertandingan Most Matching Couple in School contest
yang di adahkan setiap tahun. Satu couple yang tiada hubungan istimewa dan satu
lagi couple yang sememangnya ada hubungan istimewa.
Kai memandang kearah Suzy dengan senyuman nakal. “Nak join
in Couple contest tu?”
Suzy menggeleng. “Nope. Itu khas untuk couple sebenar, takda
orang tahu yang kita bercouple kecuali mereka…” Suzy menuding jari kepada
kawannya dan L. “… dan Jess. Aku tak nak hebohkan dulu.”
Kai mengangguk faham. Dia sendiri tak nak hebohkan hubungan
mereka. Malas nakk dapat perhatian dari orang lain dan dia nak bersama Suzy
bersendirian tanpa ada peminat cemburunya mengekori mereka dengan senyap. Ngeri
tu…. Peminat stalker. Tak leh dia bermanja dengan Suzy nanti. Hehehe…
“Kalau cam tu Pertandingan individu lah. Pastikan kau menang
okay?”
Suzy menggeleng lagi. “Sorry Kai, tapi aku tak boleh ikut
pertandingan tu sebab tanggungjawabku
mengurus barang. Aku takkan dapat stiker banyak kalau stuck dengan
makanan seharian. Kan?”
Muka Kai murung. “Tema pertandingan korang apa juga hingga
kau stuck dengan kerja kau?”
IU dan Suzy berpandangan sesama sendiri dan tertawa kecil.
“It’s a secret. Kalau kami beritahu itu bermakna kami belot kelas kami
sendiri.”
“Lagipun, aku rasa IU yang akan menang pertandingan Individu
tu sooo…” Suzy menjungkit kening kearah L. “Pastikan Senior L menang juga
supaya IU tak di kebas orang…”
<><><><><><><><><>
IU berada dalam biliknya sedang menjahit costume untuk pertandingan kelas
mereka nanti. Dia dah di berikan kerja sebagai penjahit dengan 3 orang rakannya
lagi. Kerjanya hanya untuk membuat detail pada baju itu. Mereka tak boleh beli
baju yang siap pakai sebab itu melanggar peraturan pertandingan.
Dia tetiba terfikir tentang ayat Suzy yang dia kemungkinan besar
akan menang dalam pertandingan individu. Mukanya terus naik merah. “Kalau aku
menang… dan bukan L sebagai partner ku… tentu teruk kan? Harap L menang nanti…
Harap L menang nanti..” Doanya dengan nada berbisik.
*Tling!
IU segera mengambil phonenya dan melihat SMS yang datang.
Dia tersenyum membaca SMS iu.
From: DarkXHorse
Subject: Yo Pakwe L! aku nak minta tolong sikit dari kau ni boleh tak?
Ini pasal tugas Suzy penjaga stock barang korang….
IU membalas SMS Kai dengan menanyakan apa yang perlu dia
bantu dan mereka berdua start planning master plan mereka.
Beberapa minit syok ber’SMS, IU menerima panggilan dari Suzy
dan tertawa kecil. “Speak of the Devil”
Dia menjawab panggilan itu. “Yobosaeyo?”
“Aaaaaiiiiiieeeeeeuuuuuuuu!!!!!”
IU memandang skrin phonenya. Nama ‘Suzy’ tertera pada skrin
itu dan di letakkan semula di telinga kanannya. “Whea-yo? Aku dengar kau cam
zombie vs plant 3 sudah ni. Apa masalahnya?”
“Ottokke? Bajet tak
cukup… tak cukup nak beli dessert untuk costumer nanti… apa patut aku buat??”
Katanya seperti orang jumpa hantu. Cemas + takut
“Apa? Suzy, kau jangan nak takutkan aku. Mati kita oleh
Yeonghwa kalau bajet kurang. Kata Sunny yang dia dah kira Bujet tu dan cukup
untuk semuanya. Cuba kau kira balik, nanti salah kira…”
“Arassoe… aku kira
balik. Kalau tetap kurang aku call kau. Anyeong.”
…..
“Okay.”
Suzy mematikan taliannya dan mula mengira balik bajet kelas
dari awal. Dari dia kira duit baik dia buat math. Lebih berbaloi tapi ini sudah
jadi tanggungjawabnya.
Suzy mengeluh apabila pengiraan bajet tetap sama. Kurang.
“Aku bodoh atau Sunny yang salah kira?”
Dia membuka buku kecil yang dia selalu bawa dan di buka
setiap helai sehingga dia terjumpa beberapa wang kertas. Dia tersenyum Gembira.
“Aku yang bodoh.”
Suzy mula mengira balik bajetnya dan.. “Yes! Lebih! Boleh
buat extra thing ni.”
*Knock*Knock*knock*
“Dik… boleh kakak masuk?”
Suzy yang tersenyum gembira berubah dengan serta merta.
Segera dia mengemas barangnya masuk kedalam fail kuning dan masukkan dalam laci
mejanya. “Masuklah.”
Kakaknya Victoria, masuk kedalam dengan senyuman nipisnya.
Dia duduk di sofa yang tersedia di bilik Suzy dan memandang adiknya. “Cam mana
pelajaran adik?”
Suzy memutarkan bola matanya. Pentingkah untuk kau? desis
hatinya. “Okay je. Apa kau nak?”
“Salah ke akak Tanya pasal pelajaran adik kat sekolah?”
soalnya kelihatan sedih dan kecewa.
“Kan aku dah jawab tadi. Okay je. Nak jawapan apa lagi?”
Soalnya dengan dingin. “Kau selalunya datang ke bilik aku kalau ada sebab je.
Apa kau nak?”
Victoria mengeluh. “Boleh tak jangan berperasangka buruk
tentang kakak kau sendiri?”
Suzy tertawa sedekah. “Tak perlu berperasangka buruk. Dah
jadi lumrah sejak kita lahir lagi. Baik kau cakap apa kau nak sebelum aku
keluar rumah.” Suzy bangun dari kerusi balajarnya dan mengambil sweater dan
dompetnya dari beg sekolah.
Victoria melihat adiknya memasukkan dompetnya dalam
sweaternya. “Akak…. Err…”
Setelah mendengar apa kakaknya nakkan mata Suzy terbeliak
bulat. “moe? TAK!!!”
<><><><><><><><>
Seminggu dah berlalu, hanya 5 hari lagi sebelum Festival sekolah bermula. Semua pelajar
semakin sibuk dengan kerja-kerja mereka. Gerai telah di buat di sekitar kawasan
sekolah dan pertandingan kelas(6 kelas setiap tahun) telah menghiasi kelas
mereka dmengikut tema mereka sendiri.
Kelas 3-C pula sedang mengadakan mesyuarat. Walaupun ada 5
hari lagi, mereka mesti pastikan yang semua persediaan mereka lengkap tanpa ada
cacat celah.
“So, hari ini kita akan tukar orang untuk menjadi escoter
dan hantu.” Kata ketua kelas dengan semangat membuat yang lain mengeluh.
“Kenapa nak tukar lagi?” Soal salah seorang dari kelas
mereka.
Ketua kelas mereka tersenyum lebar. “Sebab kita ada saingan
kali ni. Aku dengar yang budak 2-A akan menang dalam pertandingan kelas sebab
mereka ada senjata istimewa.”
L menjungkit kening. “Siapa?”
Ketua kelas mereka menarik sengih kearah L. “Tak lain dan
tak bukan…. Awek engkau.”
Mereka semua memandang kearah L membuat L malu. “H-Hey! Apa
nampak-nampak?”
Ketua kelas mereka ketawa kecil. “Aku terdengar yang mereka
akan buat IU sebagai punca utama pendapatan mereka untuk menang pertandingan
kelas dan sekali gus menang pertandingan individu. Ini tak boleh jadi! Takkan
mereka nak borong semuanya?” Ketua kelas mereka menulis nama dua rakan kelasnya
di papan putih dan setelah itu memukul nama-nama itu menandakan dia serius.
“Korang dua akan jadi Escoter! Tiada alasan, faham?!”
L dan Kai saling berpandangan. Mereka akhirnya berpaling
semula kearah Ketua kelas mereka.
“Kenapa kami dua kena tukar sekali? Bukannya perempuan je
ke?” Soal Kai acuh tak acuh.
“Seeebab…. Korang dua popular kat sekolah ni dan tentulah
perempuan akan ikut korang ke kelas kita! Kalau perempuan kita menang, mereka ada Can berdating dengan Kai time
Malam Unggun nanti. Itu reward korang kalau korang menang amacam setuju?”
Perempuan yang terpilih bertepuk tangan gembira sambil
memandang kearah lelaki pujaan mereka.
“kalau IU yang menang?” Soal L in-the-matter-of-Factly.
Mereka semua terdiam. IU
awek L dan tentulah L taknak nampak bertfriendnya keluar date dengan
Makwe dia.
Kai tertawa kecil membuat semua orang memandang kearahnya.
“Jangan risau, walaupun aku popular dari kau… aku tetap akan bagi tiket
kemenangan ku tu kat kau. Jangan risau lah.”
L tersenyum lega mendengar ayat itu keluar dari mulut Kai.
“tapi, kan…” Kai mendekati L.
“tapi, kan Best kalau Suzy yang menang. Confirm aku dapat
keluar dengan dia malam unggun nanti.” Katanya berbisik. “Malangnya…. Awek kau
lebih cute dari awek aku.”
“Kau mengaku IU lebih comel?”
Kai meluku kepala L. “Tak….! Mereka anggap Awek kau lebih
comel. Tentulah aku akan cakap Suzy yang lebih comel. Teruk betul lah kau ni.”
L tersengih-sengih sambil mengusap kepalanya. “Sorry… otak
lambat respon.”
<><><><><><><><><><><>
“Excuse me but what?!” Terkejut yeonghwa mendengar apa yang
IU bisikkan kepadanya. “jadi siapa nak
gantikan tempat Suzy jaga stock barang?”
IU memukul bahu Yeonghwa. “Relax lah. Kau nak seksa budak tu
hingga kering ke? dia dah bantu kau selesaikan masalah bujet kelas dan juga
pengaturan café kita. Tema pun dia bagi dan strategy. Hampir semua dia buat dan
kau? hanya tahu mengarah dan ulang-alik dari bilik guru je. So, bagi dia rehat
time Festival sekolah. Bagi dia ganjaran selepas apa dia buat. Jangan kedekut
sangat la Yeonghwa…” katanya panjang lebar mengungkit semua perkara yang Suzy
buat untuk pertandingan kelas itu.
Ini buat Yeonghwa mengalah. “Aracchi. Aku beritahu dia untuk
rehat time Festival sekolah tu.” Yeonghwa ingin memanggil Suzy yang sibuk
menolong kawannya melapik meja dengan kain putih tapi di halang orang IU.
“Tak perlu. Biar aku yang beritahu dia time Festival sekolah
nanti.”
“Okay, yang penting kau tak lari ikut Suzy pula dan
tinggalkan tanggungjawab kau.”
IU menggeleng. “Takkan lah aku nak buat cam tu…” katanya
dengan senyuman teramat gembira.
Langkah pertama
selesai…..
Aku memandang kearah Suzy yang termenung melihat pintu kelas
kami. Kerjanya menyusun costume kami hanya tergantung di tangannya menangis
masih tidak di letakkan di tempat penyidai yang di sediakan.
Aku menggeleng dan menegur kawanku satu ni. “Hoi.”
“Kamcha-gia!” dia tersentak dari lamunannya dan memandang
kearahku.
Aku tersenyum sinis. Yeay! Ada mangsa! “Apa kau renungkan
tu?” aku menyiku perutnya.
Dia buat tawa mengutuk. “he-he. Aku nak lari sekarang ni
tapi kerja aku bertambah setiap minit. Dah seminggu aku tak melukis dan rasa
cam Hell Girl! Hell!”
Dia menggantungkan costume kami di penyidai kain. Mataku
tertumpu pada salah satu costume itu.
Hatiku berbunga. Hehehe…
“So, apa yang halang kau?” Soalku buat muka biasa. “Aku
alihkan tumpuan Yeonghwa sementara kau cabut okay?”
Aku melihat Suzy menjungkitkan keningnya dan aku pasti
yang….
“Apa kau rancangkan ni?” Soalnya dah mula musykil kat aku.
Dah aku agak, aku kena berhati-hati dengan budak 1001 kemungkinan ni.
“Jangan risaulah! Aku tolong kau sebab aku kawan kau. kali
ni aku balas jasa kau tolong aku dengan L.” kata ku dengan senyuman manis +
ber’nawaitu.
Suzy yang menjungkit kening akhirnya tersenyum gembira dan
memegang kedua tanganku. “Komao IU!! Aku janji aku akan balas jasa kau ni!” dia
terus bergegas lari keluar Kelas melimpasi Yeonghwa.
“Eh? Bea Su-”
“Yeonghwa!!” Aku mengalih tumpuannya. “Jangan marah dia, ada
masalah perempuan sikit, terpaksa ke tandas. Kau faham kan?”
“masalah perempuan?” Yeonghwa menyoal sebelum mukanya
bertukar menjadi merah. “Oh okay… aku faham.”
Suzy berlari pantas ke tangga sekolah dan menarik nafas
dalam sebelum naik ke tingkat tiga. Kenapa? Dia terpaksa mendaki gunung
Everest(tangga sekolah) sebelum naik ke bumbung sekolah.
Setelah penat, lelah, dah nak pitam naik tangga ke bumbung
sekolah. Akhirnya! Dia sampai ke Paradise!
Angin bayu membelai
lembut wajahnya
Bermain dengan rambut
panjang yang ikal
seperti merindui
kedatangannya
Dia berharap semua ini
akan kekal.
Suzy terus ke easel kecilnya, membuka satu canvas bersaiz S dan
letak pada Easelnya. Dia mula melukis mengikut gerak hatinya…
Beberapa minit kemudian, Suzy terdengar bunyi pintu terbuka
dan melihat Kai berdiri di situ sambil menutup pintu itu.
“Well, Well, Well…. Nampaknya kucing dah keluar kandang?”
Suzy menjelir lidah dan tertawa kecil. “Cam mana kau tahu
aku ada di sini?”
Kai mendekati Suzy dan duduk di sebelahnya. “Hmmm… 1001
kemungkinan?”
Suzy memukul bahu Kai. “Nak perli aku ke?”
Kai tertawa kecil dan memandang wajah Suzy. “Miss you,
Cupcake.”
Suzy terkaku dari
melukis apabila mendengar ayat Kai. Nak tahu sesuatu? Dia masih belum biasa
dengar Kai panggil dia Cupcake.
Kai tersenyum sinis dan mendekatkan mukanya kearah wajah
blur Suzy. “Cupcake.. kau okay ke?”
Suzy tersentak dari lamunannya dan terkejut. Wajah mereka
dekat sangat. “er.. umm… K-Kai…”
“Yes?” Soalnya dengan nada tak bersalah.
Suzy mencebik. “Stop it.”
“Whea?”
Suzy memutarkan bola matanya dan menolak Kai jauh.
“Berhentiii-” Kai merebahkan dirinya sebelum Suzy sempat menolaknya.
“-iieee!!!”
“Woah… Cupcake. Tak sangka yang kau ni gelojoh rupanya. Kita
belum proper kiss lagi.” Kai tertawa melihat muka Suzy naik merah.
“Bicchoessoe?!” Suzy ingin bangun tapi Kai menariknya semula
dan memeluk Suzy dengan erat. Suzy kekal di atas Kai.
Mereka senyap buat seketika, hanya mendengar angina bayu
bertiup mengelilingi mereka.
“Hey Cupcake..” sahutnya tenang dengan mata tertutup.
“Hmm?” jawabnya lemah. Mukanya merah bak apple sekarang.
“Don’t you miss me?” katanya buat Suzy sedikit blur. “Cam
sekarang, hanya kita berdua.”
Suzy tersenyum nipis dan mengangguk. “Yeah… I miss you.”
<><><><><><><><><><>
Hari yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba! Festival sekolah
ke-24 kembali lagi! Terdapat banyak gerai didirikan di sekeliling kawasan
sekolah dengan pelbagai jenis jualan dari souvierners ke makanan. Permainan ke
persembahan
Ramai tetamu datang melawati festival sekolah mereka dan
melihat pencapaian pelajar dalam berdikari mendirikan gerai mereka dan
memperoleh pendapatan sendiri. Dengan cerianya pelajar menjemput ibubapa,
keluarga, dan orang yang tidak di kenali ke kedai mereka untuk mendapati
Sticker hati pada Card pin Mereka untuk pertandingan individu.
Cara untuk menang pertandingan individu ialah, mendapat
Stiker hati sebanyak yang mungkin dari pelawat yang datang dengan menarik hati
mereka. Tidak semudah itu kerana, terdapat 1500 lebih pelajar dalam sekolah itu
dan peluang untuk menang adalah saaaangat tipis.
Kelas 2-A juga sibuk melayan tetamu yang berpusu-pusu datang
ke Café kelas mereka.
“Selamat datang ke Maid Café, Master!” Kata IU dengan riang,
senyumannya memikat hati pelanggan (lelaki) yang datang. DIa tunjukkan tempat
duduk kepada beberapa lelaki. “Ini hari Master nak apa?”
Lelaki itu meng’odder tanpa melepaskan pandangan dari IU.
“Chees cake please…” begitu juga yang lain. Mereka tidak dapat melepaskan
pandangan mereka kerana IU sangat sesuai memakai baju Maid Pink. Terserlah
kecomelannya
IU mendapat 3 sticker hati dari mereka. “Thanks Master.”
Katanya sebelum pergi ke ‘dapur’ mereka di sebalik kain putih yang menutup ¼
dari kelas mereka.
“Suzy! 3 cheese cake!” katanya kepada Suzy yang memakai
apron hitam, membancuh teh.
“Okay.” Katanya acuh tak acuh, mengambil 3 cheese cake dari cake
displayer dan letakkan dalam pinggan kecil. “Nah.”
IU mengambilnya, dia melihat wajah unhappy Suzy dan
tersenyum nipis.
“Kau tersenyum kenapa?”
IU tidak memberi jawapan hanya menggeleng dan bergerak pergi
ke meja tiga lelaki itu. 2 jam dari
sekarang….
Sementara di makmal
BIO
Seorang lelaki, sedang berdiri di pintu bilik makmal sambil
memegang dadanya. Di bahunya ada Card Pin dengan 36 Sticker hati. Dia termenung
kebawah kelihatan sedih membuat sepasang wanita mendekatinya.
“Umm…” mereka berdua tertawa teruja melihat lelaki sedih di
depan merek sangat handsome. “Encik… Errr….”
Lelaki tu mendongak memandang dua figura kecil darinya
“Adakah kamu takut denganku?” Soalnya dengan sedih.
Kedua perempuan itu terkejut, gembira melihat ketampanan
lelaki itu. Suara sangat lunak! “Tak… Encik kenapa bersedih?”
Lelaki itu tersenyum, menayangkan gigi taring(palsu)nya.
“Sebab tiada sesiapa nak mencintai Vampire seperti
aku…”
Kai mengibas jubahnya dan tunduk hormat. “Jikalau dua wanita
anggun di hadapan ku ini tidak takutkan aku, sila masuk kedalam dan buktikan
diri anda. Dengan itu, kita akan bersama selamanya…” Lelaki itu membuka pintu makmal
untuk mereka. “Selamat ke Haunted House tapi adakah vampire yang kesunyian ini
layak menerima hati cik adik?” Dua perempuan itu terus melekatkan hati di Card
Pinnya. “Terima kasih dan sekarang….” Lelaki itu memetik jari dan datang
seorang lelaki berbaju pirate dengan mata tertutup sebelah dari bilik makmal itu
dengan sebuah kotak.
“Sila derma untuk membaiki mata ini, aku ingin melihat wajah
kamu yang cantik dengan kedua mata kerana satu tidak mencukupi. Serta, hati
kamu berdua…” katanya dengan wajah ceria. Make up tu tak mencacatkan senyuman
manisnya.
Perempuan itu meletakkan sejumlah wang dan juga sticker hati
kepada lanun itu dan masuk kedala Makmal BIO.
“Dua je?” Soal Lanun itu melihat sticker yang dia dapat. Dia
mengira sticker kawannya. “Kau dapat empat. Kai, apa rahsia kau hah?”
Vampire, Kai tersenyum bangga. “rahsianya… aku lebih
menggoda dari kau.”
L mencebik dan menumbuk bahunya, coolly. “Aku kena kalahkan
kau. IU tengah tunggu-” dia terasa seperti ada orang memerhatikan mereka. Dia
menggeleng, tentu pelanggan yang memandang mereka. “Aku masuk dulu.”
Kai berdengus. “Malu lah tu.”
Kembali ke kelas 2-A
beberapa jam kemudian….
“Suzi! Ada orang nak jumpa kau!”
“Okay! Yuri, susun cake ni.” Suzy yang mengatur cake di
dapur keluar dari kelas. Dia terkejut melihat siapa yang datang berjumpa
dengannya.
“Adik….” Sahutnya dengan lembut
Suzy memeluk tubuh. “Vic.”
IU yang sibuk melayan Pelanggan yang makin berkurang mula
risau. Ini tak boleh jadi ni desis hatinya, dia segera ke dapur mencari Suzy
tapi tak jumpa. “Yuri, mana Suzy?”
“Apa? Oh, dia keluar tadi. Ada orang nak jumpa dengan dia.”
IU mengangguk dan keluar dari kelas itu untuk mencari Suzy.
“Oh, Yuri, sediakan senjata rahsia!” Café mereka dah hilang pelanggan dan dah
sampai masanya untuk keluarkan senjata rahsia.
Langkah IU terhenti dan segera bersembunyi di sebalik
dinding apabila melihat wajah tegang Suzy bercakap dengan seorang perempuan.
Dia mengintip.
Suzy mengeluarkan dopetnya dan mengeluarkan sejumlah wang
yang agak banyak. “Kau hutang aku 300 lagi.”
Vic tersenyum gembira dan mengambil wang itu. “Thanks dik!
Akak tahu kau boleh tolong akak.”
“Mana semua duit yang mama bagi minggu lalu? 1000 dah habis
dalam masa seminggu?” Suzy menyoal marah.
“Adik, akak terpaksa guna sebab ada emergency.”
“Seperti?” Suzy menjungkit kening sambil memeluk tubuh.
Kakaknya tidak menjawab, hanya berdiam diri mengelakkan pandangan Suzy. Suzy
menggeleng fed up dengan kakaknya. “Okay, pergi sana sebelum aku tukar
fikiran.”
“Thanks dik…” Vic kata dan pergi.
Suzy mengeluh dan mengusap mukanya kecewa dengan perangai
kakaknya. Kau boleh tipu orang tapi bukan aku. “IU, apa kau nak?”
IU yang di sebalik dinding terkejut dan keluar dari tempat
tu. “Umm… Aku mengganggu ke?”
Suzy tersenyum nipis dan menggeleng. “Tak juga. Napa?”
IU tersenyum manis dan menarik Suzy kembali ke kelas. “JOM!
Kami perlukan kau sekarang!”
“Eh? Kenapa?” 1001 kemungkinannya bordering memberi amaran.
Petanda tak bagus ni….
Mereka kembali ke kelas mereka dan Yuri dah sedia senjata
rahsia mereka. Mata Suzy terbeliak bulat.
“Untuk apa ni?”
“Untuk kau.”
“Aku kena pakai?” IU mengangguk. “Semuanya?” IU mengangguk
lagi. “Tak nak!”
hehe gurau je ^_^
tekan kat 'to be continue' tu untuk part 2
yeay.. dah ada sambungan..
ReplyDelete