The Chosen One: Chapter 11
Bab 11
“Tadi aku baca tentang sejarah Permaisuri Biru memerangkap Black dan mengetahui yang Permaisuri Biru memerangkap Black di hadapan rumah Grum. Di tanah lapang tu.” Senior Lui menunjuk kearah luar tingkap.
“Mungkin di tempat tu jugalah Black akan dibebaskan. Masalahnya, tempat tu diluar tembok sekolah.”
Seorang perempuan berlari didalam lorong sempit bersama
patung didalam pelukannya. Dia menangis ketakutan kerana bayangan hitam sedang
mengejarnya.
Dia terjatuh ketanah apabila bayangan hitam muncul di
depannya. Kakinya terseliuh, tidak dapat bangun. Dia tergamam tidak tahu apa
dia ingin lakukan, dia memeluk patungnya dengan erat berharap agar dia
terselamat. Bayangan hitam tersebut menghampirinya.
“Tidak.. jangan…” Perempuan itu merayu untuk dilepaskan,
tetapi bayangan hitam itu tidak mempedulikan rayuannya . “Tolong! Siapa
tolong!”
Bebola air muncul dari tanah memerangkap bayangan hitam
tersebut dan melarutnya hingga ia lenyap. Perempuan memandang sekelilingnya
mencari siapa yang membunuh bayangan hitam tersebut. Matanya terbeliak apabila
dia nampak Luhan diatas bumbung rumah yang tidak jauh darinya sedang
menghayun-hayunkan wandnya.
“Lord of the Water….”
Luhan muncul didepan perempuan itu dan menghulurkan tangan
dengan senyuman yang manis. “Awak okay?”
Perempuan itu terus tunduk hormat dihadapan Luhan. Takut
diapa-apakan. “Saya minta maaf.”
Luhan tergelak kecil. “Kenapa nak minta maaf bukannya terima
kasih?”
Perempuan itu mendongakkan kepalanya dan tersentak melihat
Luhan ketawa. “Terima kasih….”
Luhan menolong perempuan tersebut dengan mengangkatnya
bridal style. Perempuan tersebut memejam matanya kerana takut. “Jangan risau.
Saya takkan apa-apakan awak.” Luhan membaca satu jampi dan mereka tiba di
sebuah bilik kecil dimana Jun, Alex dan Cloud berada.
Cloud melihat Luhan meletakkan perempuan tersebut di kerusi.
“Siapa perempuan tu?”
Luhan mengambil robenya
dan memakaikan kepada perempuan tersebut. “Dia nyaris jadi mangsa Bayangan
hitam.” Luhan menghayunkan tangannya. teacup kosong diatas coffee table terisi
dengan sendirinya dan terbang kearah Luhan. Luhan menyambutnya dan berikan
kepada perempuan tersebut. “Minum ni, panaskan badan awak.”
Perempuan itu menggeleng dan menolak the tersebut dengan
sopan. Patungnya digenggam kuat seperti berharapkan sesuatu.
Luhan mengeluh kecil. “Kan saya cakap jangan risau. Awak
selamat dengan kami.” Luhan cuba memujuk perempuan tersebut. “Minumlah.”
Perempuan itu akhirnya mengambil air tersebut dari tangan
Luhan. “Terima kasih.” Patungnya tetap dipegang erat tidak ingin dilepaskan.
Jun mendekati perempuan tersebut apabila dia ternampak
kakinya luka. Dia tunduk kebawah dan menyentuh kaki perempuan tersebut.
Perempuan itu memegang sleeve lengan Luhan takut dengan Jun.
Luhan cuba menenangkan perempuan itu. “Dia kawan saya. Dia akan rawat kakimu.”
Perempuan itu mengangguk tanda faham.
Cahaya hijau keluar dari tangan Jun merawat kaki perempuan
itu. “Kau sayang sangat dengan teddy bearmu kan?” Soal Jun cuba beramah mesra.
Perempuan itu mengangguk. tidak menyebut satu patahpun.
Alex yang sedang focus dengan kerjanya beralih pandangan
kearah perempuan tersebut. “Siapa nama kau?” Perempuan itu memandang Luhan,
genggamannya di sleeve lengan Luhan belum dilepaskan.
“Mukanya memang seram tapi dia tak makan orang.”
Tak guna kau Luhan, dah kau kacau daun di phone sekarang kau
nak cari nahas lagi desis hati Alex.
Perempuan itu pandang kembali kearah Alex. “Aily. Nama saya
Aily.”
Cloud memandang Aily memeluk patungnya. “Nama teddy bear kau
pula?”
Aily memandang patungnya dan tersenyum. “Mr. Brown.”
Luhan lega kerana Aily akhirnya selesa dengan mereka. “Aku
Luhan, yang ni Jun. Yang muka seram tu Alex dan satu lagi Cloud. Kau buat apa
keluar malam-malam? Kan dah diberi amaran jangan keluar rumah pada waktu
malam.”
“Aku bukan penduduk sini. Kami datang ke Xanvera city
beberapa hari yang lalu sebelum ada bayangan hitam.Tujuan kami nak mulakan
hidup baru di bandar besar. Tapi….” Mata Aily mula berkaca. “Mama sanggup
korbankan nyawanya untuk selamatkan aku dari bayangan hitam tu. Sekarang aku
tak tau nak kemana.”
Luhan memegang bahu Aily seolah-olah memberi semangat
kepadanya. “Sabar ya.”
Cloud memandang kearah Alex. “Apa patut kita buat dengan
Aily ni?”
“Apa lagi, kita kena lindungi dia dari bayangan hitam tu.”
Alex tersenyum nakal memandang Luhan.
Remang bulu romanya melihat senyuman Alex. Apa lagi yang dia
fikirkan ni desis hati Luhan.
“Luhan, Aily cam suka jak ama kau. Kau jaga dia okay?” Alex
menjungkit kening tiga kali. “Bukan sesalu kau lindungi perempuan. Jadi hero
sekali-sekala tak salah kan?”
Jun yang sudah selesai merawat Aily menepuk-nepuk bahu
Luhan. “Good luck my friend.”
Pintu bilik dibuka. Pengetua dan Sir Adrian masuk kedalam
dengan muka serius.
Pheonix segera berdiri tegak dan tunduk hormat kepada
pengetua mereka. “Selamat kembali, Pengetua.”
“Terima kasih.” Pengetua mereka tersenyum manis. “.. Dan
siapa perempuan kecil ni?”
“Makwe Luhan.” Jun tergelak kecil.
Sir Adrian memeluk tubuh. Mukanya serius takda masa nak
berlawak. “Kami disini ingin memberikan kamu tugasan baru.”
Mereka memandang sesama sendiri dan kembali melihat
Pengetua. “Apa tugasannya?” Soal Cloud.
Pengetua duduk dikerusi yang telah disediakan dan memandang
anak muridnya satu-satu. “Selepas melihat laporan dari Penolong setia, kami
dapati mejoriti bayangan hitam berada di sekeliling sekolah untuk mencari
sesuatu untuk bebaskan Black dari sangkar dimensinya. Kita tidak boleh berharapkan
dengan ketua-ketua sekolah kerana mereka hanya pelajar yang masih dalam
latihan. Kita tidak boleh pastikan jika mereka dapat melindungi sekolah dan
rahsia didalamnya. Jadi, Kamu berempat segera kembali kesekolah sebaik sahaja
matahari naik. Faham?”
Pheonix hanya berdiam diri. Ikutkan hati mereka tidak mahu
kembali kerana mereka ingin menolong cikgu mereka di sini.
Sir Adrian faham riak wajah mereka. “Jangan risau tentang
kami. Kami boleh survive sebab kami lebih berpengalaman dari kamu. Yang penting
sekarang pelajar di Xanvera Academy. Mereka perlukan kamu melindungi mereka
dari bayangan hitam. Kita tidak tahu berapa lama benteng sekolah itu boleh
bertahan.
Sebelum perkara yang tidak diinginkan berlaku, lebih baik kita
bersedia dulu. Lagipun, kamu juga perlukan rehat setelah seminggu menolong
rakyat Xanvera city yang dalam bahaya.”
Luhan mengangguk. “Baiklah kalau itu yang pengetua mahukan.
Kami akan baya Aily sekali untuk keselamatannya juga.”
Pengetua bersetuju dengan Luhan dan kembali berdiri. “Kami
minta diri dahulu. Lebih banyak lagi tugasan yang kami ingin selesaikan.”
“Kamu berempat jangan ambil kesempatan berdating apabila
balik kesekolah. Terutamanya kau Alex.”
Sir Adrian dan Pengetua terus hilang dari pandangan setelah
pengetua habis membaca jampinya.
Jun dan yang lain ketawakan Alex yang kena warning oleh sir
Adrian.
“Woi, lawak sangat ke?!” Mukanya merah menahan marah.
Aily ketawa kecil dan menari sleeve lengan Luhan. Suruh dia
mendekatinya. “Tak sangka, Alex ada awek.”
Luhan tambah ketawa. “Hah, maksudnya Alex bukan orang yang
garang. Muka dia strict time dia serius je. Jadi, jangan takut sangat dengan
dia.” Luhan mengusap rambut Aily.
Aily mengangguk. Dia memandang kearah Mr. Brown. Kak Aoi,
mereka akan lindungi Aily desis hati Aily.
XXX
Senior Junki berlari masuk keasrama Thunder. Waden asrama
terlihat Senior Junki berlari menegurnya.
“Sorry, Ini penting!” Sia teruskan lariannya ke tingkat dua.
Dia memandang setiap nombor pintu mencari bilik 104. Dia break mati apabila
terjumpa bilik yang dicarinya. Tanpa membuang masa dia terus buka tanpa
mengetuknya.
Aoi dan Sora terkejut apabila Senior Junki memanggil nama
Aoi sambil masuk kedalam. “Aoi, ada sesuatu yang kau patut tahu!”
Aoi yang baru sahaja pulang dari sekolah meluku kepala
Junki. “Kau bodoh ke apa? Tak reti ketuk ke?”
“Bark!” Nightwalker yang berada dikepala Aoi setuju dengan
tuannya.
Sora memukul bahu Junki, melepaskan marahya. “Macam mana
kalau time ni kami tengah tukar baju hah?!”
Junki menggaru pipinya yang tidak gatal dia, tersengih-sengih.
“Sorry-sorry.”
“Sorry naik lorilah!” Sora menengking kearah Junki.
“Itu tak penting sekarang. Laporan aku lagi penting dari
itu.” Muka Junki menjadi serius. “Aoi, aku dapat tahu sesuatu dalam buku
Astronomi lama yang tersimpan rapi dalam library. Ia mengatakan ruang dimensi
Black akan terbuka apabila the inner planet telah berbaris lurus. Ia akan
berlaku dalam masa lebih kurang seminggu.”
Tiba-tiba ada bayangan yang kabur dihadapan mereka. “Chak!”
Senior Kai muncul dengan senyuman nakalnya.
“Senior!” Aoi berteriak memarahi Kai. Aoi orang yang paling
tak suka babak-babak surprise ni, dia orang yang paling terkejut.
“Hehe, sorry.” Senior Kai cuba menenangkan api yang membara.
“Aku datang sini nak laporkan sesuatu jugak.”
“Hah, apa lagi?” Soal Aoi acu tak acu.
“Dimensi Black akan terbuka apabila Runes circle dibuat.
Tetapi cicle tu aku tak tahu macam mana bentuknya.”
Aoi mengangguk tanda faham. “Begitu…”
Sora menggaru kepalanya yang tidak gatal, confuse. “Nanti,
maksud kamu, dimensi sangkar Black akan terbuka apabila Runes circle dibuat
dalam masa inner planet berbaris. Cam tu?” Soal Sora. “Kalau salah satu ni
takda, dimensi Black takdapat dibukalah kan?”
Mereka mengangguk, meng’iya kan persoalan Sora. Pintu dibuka
dengan kasar membuat mereka berempat terkejut.
“Sorry gang….” Langkah Leiya terhenti apabila dia lihat Kai
dan Junki dibilik Aoi. “Apa Senior buat di sini?”
Aoi bercekak pinggang. Apa kes semua orang main serbu bilik
aku je ni desis hati Aoi. “Kau pun tak reti ketuk ke jugak?”
Leiya tersengih. “Ini hal mustahak. Jadi, ketuk mengetuk tak
penting sekarang!”
“Apa yang penting nyer?” Sora menyahut nak semua urusan Aoi
selesai, sebab dia nak mandi.
“Ini kes potion yang Aoi minta. Aku dah cari dalam semua
buku, tak jumpa macam mana nak buat potion untuk kembalikan bayangan hitam
kejasadnya semula.”
Aoi hampa kerana Leiya tidak berhasil untuk mencari cara
membuat potion tersebut. “Bermakna kita kena buat strategy baru.”
“Aku ada plan…” Senior Hana Represantative Defense Againts
the Dark Arts (R.D.A.D.A) muncul berdiri di tingkap bilik Aoi.
Sora menepuk dahinya. Give up aku dengan konco-konco si Aoi
ni desis hati Sora.
“Apa rancangan Senior?” Aoi terus menyoal.
Senior Hana mengenyit mata dan mendekati mereka. “Aku
terjumpa buku lama di Library kelmarin dan terjumpa cara bagaimana menghalang
Bayangan hitam mendekati pelajar kita.” Hana memeluk bahu Aoi.
“Iaitu dengan….”
Satu cahaya muncul di satu sudut bilik dan Senior Yonghwa
kelihatan dengan sejambak bunga ditangannya.
“Light flower!” Senior Yonghwa sambung
ayat Hana.
Yang lain buat muka blur. “Apa tu Light flower?” Hana
menyoal Yonghwa. “Aku nak katakan dengan cahaya.”
“Yala aku tahu..” Yonghwa memberi setiap orang light flower.
“Light flower ni boleh mengeluarkan cahaya apabila dicampur dengan….”
“Pixie dust.” Hyomin, Represantative Care of Magical
Creature(R.C.M.C) muncul dibilik Aoi dengan bantuan Pixie. “Aku dah runding
dengan kawan kecil kita dan mereka sedia membantu.” Hyomin buat peace. “Senior
Aoi jangan risaulah!”
Aoi mngusap kepala Hyomin. “Kau memang bleh diharap. Tak
sia-sia aku pilih kau jadi pengganti bekas R.C.M.C.”
Hyomin tersenyum gembira. Hyomin mempunyai kelebihan untuk
berkawan dengan haiwan magical dengan mudah. Sebab itulah Aoi memilihnya
sebagai R.C.M.C. Hyomin mamandang Nightwalker diatas kepala Aoi dan mendepakan
tangannya. “Come here..” katanya dengan lembut.
Tanpa keraguan, Nightwalker terus melompat kedakapan Hyomin.
“Good Boy.” Hyomin mengusap-usap badan Nightwalker.
Representative Charm Studies, Senior Joan masuk kebilik AOi
tanpa mengetuknya. “Tapi, Light flower terhad hanya boleh berbunga setiap
hujung bulan. Plus Ia hanya boleh digunakan sekali sahaja.”
Aoi bercekak pinggang. “Tak reti ketuk ke?”
Senior Joan memeluk tubuh. “Aku memang nak ketuk tapi aku
dengar bilik ni riuh rendah sangat. Jadi aku masuk jelah.” Kata Senior Joan.
“Aku datang sini sebab nak beri tahu yang aku dah jumpa jampi lama yang boleh
membuat cahaya. Kita boleh ajar pelajar kita cara-caranya dalam kelas tambahan
subject Charm esok pagi. Ia tak membunuh bayangan hitam hanya boleh menghalau
mereka dari mengganggu mereka.”
Aoi hanya berdiam
diri memandang ketujuh-tujuh ketua.
“Kenapa Senior?” Hyomin hairan Aoi tak berkata apa-apa.
“Tuggu…” Kata Aoi menyuru mereka berdiam diri.
Senior Lui muncul di bilik Aoi dengan muka yang serius. “Aoi
aku ad….” Lui berhenti apabila melihat ketujuh-tujuh ketua ada didalam bilik
Aoi. “Kenapa kamu di sini?”
Aoi menggeleng kepalanya. “Aku dah agak dah, Senior Lui
confirm datang juga.”
Semua orang ketawa mendengar ayat Aoi. Betul kata Aoi, semua
Ketua berada di bilik Aoi membuat laporan dalam masa yang sama.
Senior Lui buat muka blur, tak tahu apa-apa. “Kenapa kau
orang ketawa?”
Aoi memetik jarinya dan semua terdiam dengan serta-merta.
“Maklumat apa yang Senior Lui dapat?”
“Tadi aku baca tentang sejarah Permaisuri Biru memerangkap Black dan mengetahui yang Permaisuri Biru memerangkap Black di hadapan rumah Grum. Di tanah lapang tu.” Senior Lui menunjuk kearah luar tingkap.
“Mungkin di tempat tu jugalah Black akan dibebaskan. Masalahnya, tempat tu diluar tembok sekolah.”
Mereka semua terdiam tak tahu apa mahu dibuat. Aoi menarik
nafas dalam dan memandang kesemua representative dihadapannya. “Tempat itu tak
akan jadi merbahaya selagi barang yang boleh membebaskan Black masih berada
disekolah kita. Yang penting sekarang, pastikan kamu bertindak dengan cepat
kalau terjumpa dengan orang yang mencurigakan. Faham? Leiya, tolong beritahu
Jeff tentang ni okay?” Aoi mengenyit mata.
Yang lain memandang Leiya. Soalan yang sama didalam minda
mereka. Kenapa Leiya bukan adiknya Hyomin? Hyomin hanya ketawa kecil papabila
muka Leiya bertukar menjadi merah.
“Dari mana kau tahu hah?” Leiya memandang kearah Aoi yang
tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Adalah…. Erti kata lain, ada koncoku di bilik kamu lapor
dekat aku.” Aoi menjungkit keningnya tiga kali.
“Vee yang kasi tahu? Tak guna punya budak! Buat malu orang
je.”
Aoi hanya ketawa melihat muka Leiya yang merah. Leiya dan
Jeff sedang dilaun cinta sekarang. Thanks to violet, Aoi dapat berita yang
hangat tentang Leiya dengan Jeff. Aoi memeluk bahu Leiya cuba menenangkan
rakannya yang panas membara. “Janganlah marah. Bukan selalu ketua dan ketua
berfeeling… Nanti…” Aoi beralih kearah yang lain dan tersenyum nakal. “Aku rasa
bukan kamu dua je yang lovey-dovey secara rahsia….” Aoi dapat mendengar kata
hati beberapa orang ketua yang juga mampunyai hubungan sulit.
Yang lain menelan liur tiga kali
apabila Aoi berkata sedemikian. Takut Aoi tahu tentang rahsia mereka.
memang
dah tahu pun… ^w^b
Comments
Post a Comment