The Chosen One: Chapter 5
Bab 5
Sora berada di atas katilnya melihat kearah pintu bilik air
menunggu Aoi keluar dan memberitahu semua rahsia yang Aoi sembunyikan. Dia
sendiri tak menyangka kawannya ialah Permaisuri Biru, salah satu sorcerer yang
terkuat didalam dunia. Tak pasal-pasal, dia buka buku sejarah hanya untuk
mengetahui siapa itu Permaisuri Biru. Dah lah subjek dia paling benci ialah
sejarah, tak semena-mena dia buka buku.
Sora beralih pandangan kearah Nightwalker yang sedang berehatkan
di tepi katil Aoi. Nightwalker ialah loyal companion kepada Permaisuri biru.
Tetapi kenapa pada mulanya dia nak membaham Aoi ye? Desis hati Sora.
Sora menghempas badanya ke atas tilamnya dan melihat siling
bilik. Banyak persoalan diminda yang dia ingin Tanya kepada Aoi. Bila
difikirkan balik, dia tidak tahu apa-apa tentang Aoi. Siapa keluarganya,
tinggal dimana? Apa dia suka makan? Hobbynya selain membaca? Dan banyak lagi.
Phoenix tiba di luar tingkap bilik dengan menggunakan
penyapu terbang mereka.
“Sora tengah tidur ke?” Jun melihat Sora terlentang diatas
katil dengan matanya tertutup.
“Mana Aoi? Dia keluar?” Luhan mendekatkan kepalanya ke
tingkap melihat sekeliling dan tiada kelibat Aoi didalam. “Kalau dia keluar
pasti Nightwalker ikut dia.”
Alex menolak Luhan ketepi dan mengenakan jampi kepada
tingkap tersebut untuk membuka kunci. Mereka masuk dengan senyap.
Telinga Nightwalker bergerak-gerak, mendengar beberapa tapak
kaki berjalan didalam bilik tuannya. Apabila dia membuka mata Nightwalker lihat
Alex, Jun duduk di katil Aoi. Luhan dimeja belajar Sora dan Cloud hanya melihat
Sora yang baring diatas katil. Nightwalker kembali tidur kerana dia tahu mereka
tidak datang dengan tujuan yang jahat.
Aoi yang berada didalam bilik air mencapai tualanya dan
berkemban. Satu lagi tuala kacil untuk membalut rambutnya yang basah. Dia
memegang tombol pintu, dia rasa takut untuk berhadapan dengan Sora sekarang,
apatah lagi dengan phoenix esok di pagi. Mungkin mereka akan serbu bilik ni
esok dan minta penjelasan desis hati Aoi.
Aoi menarik nafas dalam. Dan membuka pintu bilik air.
“Baiklah, apa kau nak ta….” Aoi terkejut apabila melihat Phoenix berada didalam
biliknya. Mereka memandang kearah Aoi yang hanya berkemban.
“Aaa….. AAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!”
Sora tebangun dari tidurnya dan melihat sekeliling. Dia
melihat phoenix dengan muka yang merah dan memandang kearahnya. Sora memandang
nightgown yang dia pakai dan segera manarik selimut menutup badannya.
“Pervert!!” Sora melempar semua barang yang ada berdekatan
dengannya kearah mereka berempat.
“Nightwalker!” Nightwalker segera bergerak kearah Aoi dan
melindungi tuannya dari dilihat oleh yang lelaki.
“Maaf… stop throwing already!” kata Luhan menahan sakit di
kepalanya terkena jam penggera Sora.
“Sorry! Very sorry.”Jun tunduk berlindung dipenjuru katil.
Alex hanya memandang keluar tingkap. Cuba untuk menahan muka
malunya apabila melihat Aoi hanya berkemban.
“Dah lah!” Cloud memegang kedua2 lengan Sora. Muka mereka
sangat dekat. Mereka berdua dapat rasakan nafas satu sama lain.
Aoi yang curi pandang dari badan Nightwalker terlihat
kedudukan Cloud dan Sora. “Wei! Apa kau buat dengan kawan aku tu!” Aoi
mengambil krim pencuci mukanya dan lontar kearah Cloud.
Tepat kena kepala Cloud dan secara tidak langsung bibir
mereka berdua terlekap. Mereka terkejut melihat aksi yang jarang dilihat oleh
mata kasar.
Aoi memanggil wandnya muncul ditangannya. “Flue” Cloud melayang di udara dan
terhempar dilantai. Aoi membaca lagi jampi untuk mengenakan baju kebadannya
secara magic.
Dia berdiri dari tempat persembunyiannya dan berlari kearah
Sora yang mengeras seperti batu. Aoi cuba menggoncang badan Sora, menepuk-tepuk
pipinya tetapi tidak Berjaya. Muka Sora kelihatan sangat-sangat merah, panas
dan Aoi dapat lihat roh Sora keluar dari jasadnya.
E’eleh budak ni dah melampau desis hati Aoi. Aoi mendekati
telinga Sora dan membisikkan sesuatu kepada Sora membuatkan Sora segar kembali.
Dia memandang Cloud dan mukanya jadi blush.
Cloud yang blur memandang kearah Aoi. Aoi mengangkat kening
double jerk.
‘Aku beritahu Sora yang kau suka dia.’ Cloud dapat dengar
suara Aoi bergema dikepalanya.
Dia boleh guna telepati? Desis hati Cloud. Tidak
disangka-sangka Aoi mempunyai kuasa untuk telepati dan membaca minda orang.
“Baiklah.” Aoi bangun dari katil Sora dan baring dilantai
bersama Nightwalker. Aoi mengusap-ngusap badan Nightwalker dan haiwan tersebut
membuat muka rasa seronok diusap oleh tuannya. “Apa kamu nak Tanya?” Soal Aoi
sambil mengusap kepala Nightwalker.
Alex memandang Luhan. Luhan memandang Jun dan Jun memandang
Cloud.
“Bagaimana kamu boleh jadi Permaisuri Biru?” Soalan pertama
keluar dari mulut Cloud memandang muka Aoi yang sibuk memanjakan haiwannya.
“Sebab namaku ialah Biru.” Aoi tersenyum manis.
“Serius lah sikit.” Jun sedikit hampa dengan jawapan Aoi.
Maksud Aoi dalam bahasa Jepun ialah Biru.
Aoi tersengih melihat muka rakannya yang sakit hati. “Aca
je.”
Aoi memutar kearah mereka dan menyandar dibadan nightwalker
yang mempunyai bulu yang tebal lagi lembut. “ia bermula semasa umurku eman
tahun. Aku masuk kedalam bilik bacaan ayah dan terjumpa satu buku kecil yang
menarik perhatianku untuk membukanya.” Aoi berkata tanpa melihat muka
rakan-rakannya. Dia hanya memandang pasu besar dipenjuru bilik disebelah pintu
biliknya.
“aku buka buku tersebut dan keluar cahaya-cahaya kecil
berwarna biru mengelilingiku. Ia Nampak sangat cantik dan menenangkan.
Tiba-tiba cahaya tersebut membentuk menjadi seorang wanita yang anggun. Dia
mengusap kepalaku dan mengatakan aku ialah orang yang akan mengganti
tempatnya.” Aoi menarik nafas panjang. “Setelah itu, aku pengsan. Apabila aku
membuka mata, aku berada dikatilku. Aku ingatkan mimpi tetapi semuanya…..
reality.” Mereka melihat wajah Aoi seakan-akan ingin menangis. Aoi tersenyum
tawar kearah mereka, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Aoi memandang phoenix satu persatu. “Kenapa kamu jadi the
Four Lords dan apa kerja kamu yang sebenarnya?”
“Kami telah dipilih sejak kami berumur tiga tahun. Kami
dilatih sehingga umur kami duabelas tahun.” Kata Jun.
“Kami ingatkan kami special dan latihan kami hanya menguasai
semua yang berkaitan dengan magic. Luhan Berjaya menguasai magic spell tanpa
ada halangan.” Cloud menunjuk kearah Luhan.
Luhan hanya tersenyum sinis. “tapi, pada suatu hari setiap
satu batu element yang berbeza dimasukkan kedalam badan kami untuk meningkatkan
kuasa magic kami.”
“Banyak halangan kami lalui dalam menguasai kuasa semulajadi
palsu ini.” Muka Alex merah menahan marah. “Mereka ingatkan kami ni hanya
patung. Pawn dalam permainan catur. Hanya digunakan sebagai korban.”
Aoi dapat menbaca fikiran Alex. Banyak benda dia lalui
selama dia dalam penjagaan. Alex orang yang paling terseksa disebabkan dia
mendapat fire element. Dia hampir mati terbakar disebabkan apinya sendiri.
Aoi mengeluh perlahan. Dia menggoyangkan wandnya dan
menghilangkan rakannya semua termasuk Sora.
XXX
Cloud dan Sora muncul secara ghaib ditaman sekolah.
Kedua-duanya jatuh terhempap ditanah.
“Aduh…. Tak guna Aoi!” Sora menyumpah seranah kawannya
kerana dia juga ditendang keluar dari bilik.
Aku roommate dia! Kenapa aku kena
keluar juga hah?! Desis hati Sora.
Cloud hanya melihat gelagat Sora yang menyumpah rakannya.
Dia tertawa kecil. Sora sedar yang Cloud memandangnya segera berdiri dan
memandang kearah lain. Dia dapat rasakan mukanya masih hangat dan jantungnya
berdegup dengan kencang.
Cloud juga berdiri dan membersikan bajunya yang kotor. Dia
melihat nightgown Sora yang pendek hingga lutut.
Cloud menanggalkan sweater dari badannya dan mengenakannya
di badan Sora. “pakai ni sebelum kau kesejukan.” Katanya dengan lembut.
Sora hanya menurut tanpa bantahan. Dia masih lagi tenang
selepas kejadian tu desis hati Sora yang sedikit kecewa.
Mereka berdua duduk di bangku taman yang telah disediakan.
Sora cuba untuk menenangkan dirinya dengan memandang sekeliling. Malam pada
waktu itu sangat menenangkan. Diterangi dengan cahaya bulan penuh dengan
bintang yang bertaburan di dada langit. Kelip-kelip ke tepi tasik seolah-oleh
menari menandakan kegembiraan yang mereka lalui. Suara-suara cengkerik
bernyanyi menambahkan lagi ketenangan malam ditaman itu.
Sora akhirnya mendapat mengawal degupan jantungnya dan
beralih kearah Cloud.
“Err… Cloud.”
“Ya?” Cloud tersedar dari lamunannya dan memandang Sora.
“Betul ka k… kau suka aku?” Muka Sora menjadi merah. Relax
beb, Relex! Desis hati Sora.
“Tak. aku tak sukakan kau.” Jawab Cloud sambil melihat
langit malam.
Sora terkejut. Air matanya mengalir keluar turun ke pipinya.
Dia cuba menahan kepedihan di dadanya. “Oh ya?” Sora berdiri dari kedudukannya
dan berlalu pergi. “Thanks for being honest.”
Jalannya semakin laju menjauhi Cloud di bangku tersebut. Dia
rasa sangat bodoh untuk mempercayai kata-kata Aoi. Dia tidak sangka dia akan
malu sebegini. Dia rasa ingin berjalan sejauh yang mungkin. Tiba-tiba, sepasang
tangan memeluknya dari belakang. Tangan seseoarang yang dia sangat kenali dan
cintai.
“Aku belum habis cakap lagi.” Cloud berkata seolah-olah
berbisik di telinga Sora. Pelukannya dieratkan.
“Aku tidak suka kau…”
“Aku tahu!” jerit Sora sambil menangis teresak-esak.
“Lepaskan aku… please Cloud. Don’t toy around with my feelings” Sora menutup
mukanya dengan kedua tapak tangannya. Tetapi dia tidak tahu kenapa dia tidak
mahu berganjak dari dakapan Cloud.
“I’m not, you idiot!” kata Cloud. “Like I said just listen
you moron!”
Sora tersentak. Benci! Dia sempat lagi maki aku time-time
begini. Dia tak faham langsung desis hati Sora.
Cloud mengeluh. “Aku cintakan kau. Sekadar suka tidak cukup
bagiku, aku mahu lebih dari itu. Suka memberi banyak maksud. Tapi cinta hanya
membawa satu maksud dan perkataan itu hanya untuk kau seorang.”
Air mata Sora mengalir lagi. Tapi kali ini tangisannya ialah
tangisan kegembiraan. “Bodoh!”
“A…. APA?!” Cloud melepaskan dakapannya dan melihat Sora
yang sedang menangis. “B… Bodoh?”
“Ya. Kau memang bodoh. Sempat lagi kau berjiwang sedangkan
hatiku hampir hancur disebabkan ayat kau! Tak pandai mengayat betullah kau ni!”
Cloud meramas kepalanya. Sakit juga hatinya, sudah dia dapat
keyakinan untuk confess, akhirnya dikritik pula.
“tapi… aku happy kau cakap kua cintakan aku.” Kata Sora
dengan muka yang blush.
Cloud tersenyum sinis melihat muka Sora. “Eiii… hodohnya
awek baru aku ni. Muka merah macam epal ditambah pula mata bengkak. Tak cute
lah.”
Sora memukul dada Cloud. “Tak guna punya Bf.” Sora tertawa
juga akhirnya. Segala mimpinya menjadi kenyataan. Pada mulanya hanya halayan
sahaja untuk dapatkan Cloud, meminati lelaki pujaan ramai dan berjiwang dengan
Violet tentang kehebatan the Four Lords dan akhirnya, tidak disangka-sangka
perasaan minat bertukar menjadi cinta dan mereka berdua akhirnya bersama jua.
XXX
Manakala, didalam bilik Aoi. Dia bersendirian memandang
bulan penuh melalui tingkap biliknya. Dia mengeluh panjang. Aoi memandang
kearah mata Nightwalker. Haiwan tersebut seolah-olah cuba menenagkan Aoi. Aoi
hanya tersenyum tawar sambil mengusap-usap kepala Nightwalker.
Nightwalker menggeleng kepalanya tidak ingin diusap oleh
tuannya. Ia tahu bahawa Aoi sedang sedih tetapi dia tetap sembunyikan
kesedihannya walaupun tiada sesiapa yang melihat.
Aoi mengeluh dan memeluk leher nighwalker. “Night, ini kali
kedua aku berbohong? Apa akan terjadi jika mereka tahu perkara sebenar?”
“Aku dah agak dah.” Aoi memandang kearah tingkap bilik dan
melihat Alex berdiri di sebelah tingkap tersebut. Alex berjalan kearah Aoi dan
duduk disebelahnya. “Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan riak
wajah kau masa kau ceritakan sejarah kau. Ada sesuatu yang kau masih
sembunyikan dari kami?”
Aoi mengangguk. “kau nak aku mula dari mana?” dia cuba
menahan tangisannya mengalir keluar.
Alex tersenyum nipis member semangat untuk Aoi. “Apa kata
cerita sebenar dari cerita kau terpilih jadi permaisuri biru.”
Aoi memeluk lututnya dan memandang Alex dengan muka yang
sedih. Dia tidak sangka dia akan membuka kembali buku sejarah hidupnya.. “Aku
dilahirkan tanpa sebarang magic didalam diriku. Tetapi, aku boleh membaca minda
dan masa hadapan.”
Alex terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Aoi
tetapi dia tidak tunjukkan sebarang reaksi.
“Disebabkan perkara itu, seluruh ahli keluargaku menjauhkan
diri dariku. Mengabaikanku seolah-olah aku tidak wujud dirumah agam. Ia sangat
menyakitkan hati apabila perasaan tidak diperlukan wujud didalam hati. Dengan
itu, aku membaca semua buku yang berkaitan dengan magic bertujuan untuk mencari
cara memnghidupkan magicku dalam diri ini. Tetapi, setiap jampi, potion, circle
dilakar. Semuanya tidak membawa sebarang hasil. Kerana semua itu hanya boleh
berkesan jika saya ada kuasa magic.
Pada suatu malam, aku memdapat satu visi. Sebuah buku kecil
berwarna coklat. Sangat usang dan misteri. Ia menyuruh aku mencarinya disuatu
bilik dibawah tanah dimana tempat bacaan Ayah. Tanpa membuang masa, aku mencari
buku itu. Setiap rak aku cari dalam bilik tersebut. Akhirnya aku dapat buku
itu. Apabila buku itu aku buka, keluar cahaya-cahaya kecil berwarna biru
membentuk seorang wanita yang cantik.
Dia mengatakan akulah ialah orang yang dia cari, orang yang
akan menghidupkan dirinya semula. Dia kata dia akan tunaikan permintaan ku
asalkan aku menerima syarat-syaratnya. Boleh dikatakan system barter.” Aoi
tergelak kecil tetapi matanya memberitahu dia menyesal membuat perjanjian itu.
“Kau terima syarat-syaratnya untuk magic betul?” Alex
melihat Aoi dengan muka yang serius. “Apa syaratnya?”
Air mata tidak dapat ditahan lagi. Ia mengalir seperti
singai turun ke pipinya. Alex memeluk Aoi dan cuba menenangkannya.
“A… Aku berjanji untuk memberikan j…jasadku kepadanya
apabila Black terlepas dari sangkarnya… aku
cuba sedaya upaya untuk mengelakkan
diri dari berkawan, dari terlibat dalam sesiapa dan juga jatuh cinta dengan kau.”
Alex terkejut mendengar luahan Aoi. “aku
tak mahu semua itu berlaku kerana aku takut aku akan terluka mala orang
sekelilingku juga turut bersedih.” Aoi menangis dalam dakapan Alex.
Alex tidak tahu yang mana dia patut rasa sekarang, samaada
gembira kerana Aoi juga cintakan dia atau sedih dengan nasib Aoi sekarang.
“Adakah kau akan kembali selepas pertarungan dengan Black
berakhir?”
Aoi hanya menggeleng dia sendiri tidak tahu jika dia akan
kembali atau lenyap selama-lamanya. Dia sendiri tidak ingin memikirkan perkara
itu.
“Maafkan aku Aoi.” Kata Alex memeluk Aoi dengan erat. “Aku
yang buat kau terpilih sebagai penolong setia kami. Kalau tidak, kau takkan
rasa sebegini terseksa sekarang. Maafkan aku.” Alex juga berasa bersalah kerana
dialah yang memulakan penderitaan Aoi. Jika bukan dia yang pilih dia kerana
membalas dendam, tentunya Aoi akan menjalankan misinya tanpa gangguan.
Aoi memandang Alex dan menggeleng. “Tidak. Aku berterima
kasih kepada kau, Alex.” Aoi tersenyum nipis. “kalau bukan kau yang pilih aku,
mungkin hidupkan menjadi sangat boring. Pada awalnya aku tidak sehaluan dengan
Sora walaupun kami sebilik. Dia selalu mengikut aku kemana sahaja aku pergi
sehingga tersandung atas kau. Selepas terpilih menjadi Penolong setia, Sora
berjanji untuk tidak memberitahu sesiapa. Dia sangat loyal dan honest. Kami
menjadi bestfriend dan diamembuka pintu baru dalam hidupku. Aku mempunyai
bestfriends, kawan bergaduh, gelak-tawa, meluah perasaan, berkongsi hobi dan
sebagainya. Mala, dia juga mengajar aku untuk jatuh cinta. So, thanks to you now
I know my live is not worthless.” Aoi tersenyum manis akhirnya.
Alex mencium Aoi secara tiba-tiba membuat Aoi tergamam.
Nightwalker mengalihkan pandangannya kearah yang berlainan. Aoi memegang
bibirnya dan melihat muka Alex yang kelihatan merah.
“A… Alex…”
“Itu salah kau sebab buat muka
cute.” Alex berkata tanpa melihat Aoi. Aduh, kenapa aku tetiba serang dia pula?
Jatuh air muka aku desis hati Alex.
Comments
Post a Comment