Racing Heart: 19# Race

Ini hari ialah pusingan Akhir, lain kata, hari kedua terakhir untuk perlumbaan Shinto’s Cup dan hanya 10 peserta yang tinggal. Sepuluh peserta itu termasuk, Sakura, Shou, Lei, Shinn, Yui dan Tomoko.

Perlumbaan untuk pusingan kali ini ialah Grip-Race. Tapi, ada sedikit kelainan dari perlumbaan sebelumnya. Bukan sahaja di mulakan lambat malah peserta terpaksa race di atas jalan raya yang ada kereta biasa lalu. Dah terbukti perlumbaan ni memang susah nak menang. Si pemandu kena guna skill dan pengalaman mereka untuk menang. Mereka kena mengelak dari bertembung dari kereta biasa semasa memandu dengan kelajuan yang tinggi pada masa yang sama untuk kekalkan diri mereka dalam perlumbaan. Bagi sakura pula, dia rasa perlumbaan ni mencabar kan dan rumit tapi pada yang sama mengujakan!

Melihat jam yang dah nak masuk jam 12pm, Sakura akhirnya bersetuju pergi lunch dengan Lei sebelum mereka ke titik permulaan semula.

“Hey Cherry!” sahut Lei berlari ke meja makan dan duduk di kerusi yang kosong. “Sorry lambat.”

Sakura menggeleng dengan senyuman. “It’s okay. Aku yang awal sikit. Tahu la kan? Teruja sangat dengan perlumbaan ni!”

Lei tersenyum melihat kegembiraan Sakura. Really, she’s unique than other girl.

Mereka bertukar cerita sementara menjamah makanan mereka. Bila mereka selesai makan, Lei memandang kearah Sakura dengan wajah serius.

“Cherry, aku nak Tanya kau sesuatu…”

“Okay, apa dia?”

“Aku- Well… Susahnya..” Lei menggaru kepalanya yang tak gatal membuat Sakura risau. Lei cuba mencari keberanian dan berdehem. “A-Aku… sukakan kau, Cherry.”

Cherry tersenyum manis “Akupun sukakan kau.”

Lei meramas rambutnya dan menggeleng. “Bukan itu maksudku. Suka cam… Cintakan kau.”

Sakura terkejut dan blushing tak tahu apa nak cakap.

“Petama aku jumpa kau, aku fikir kau ni comel dan aku, of course nak kenal kau lebih dalam tapi kau pergi sebelum kita mula berborak. Tapi lepas tu aku jumpa kau lati time pertandingan tag-race dan aku tahu time tu aku nak bercakap dengan kau lebih dari 5 minit. Aku gembira kita sebagai Tag-Pertner time tu dank au anggap aku sebagai kawan kau.

Aku first ingatkan itu hanya tarikan semata-mata tapi aku tak leh buang kau dari mindaku. Kawanku yang buat aku faham yang aku sebenarnya suka kan kau lebih dari seorang kawan. Bila ketua kumpulan aku beritahu tentang Shinto’s Cup, Aku hanya boleh fikir untuk jumpa kau lagi dan Aku gembira aku dapat. Kau perempuan yang istimewa Cherry, So… aku terfikir…” Lei berhenti dan memandang Sakura dengan harapan. “Will you go out with me?”

Sakura terkedu tak tahu apa nak cakap selepas dengar luahan lebar Lei. “Umm-aku…” Sakura menarik nafas dalam dan memberikan senyuman tawar. “Thank you Lri tapi aku tak boleh sebab aku dah adak boyfriend.”

Lei mengeluh sedih luahannya di tolak. Sakura mencapai tangan Lei dengan senyuman.

“Kau lelaki yang hebat Lei,” katanya. “Kau lucu, charming, oh dan Cute. Banyak perempuan gembira  kalau kau ajak mereka keluar.

“Nak tahu? Lelaki tak suka di panggil cute.” Lei tertawa kecil namun kelihatan suara sedih.

“Okay baiklah. Kau Handsome, Dazzling, Hot, gorgeous..” Remang bulu roma Lei dengar ayat terakhir Sakura. “Pretty, Beautiful?”

Lei rasa nak pengsan buat Sakura tertawa. “Okay apa kata----”

“Aku rasa good looking cukup.”

Sakura tertawa.

“Thanks sebab buat aku gembira lagi.”

Sakura tersenyum dan menepuk tangan Lie dengan lembut. “maaf sebab tak dapat balas cinta kau tapi kita tetap kawankan?”

“Tentulah, kau tak boleh buang aku dengan senang okay!” Lei tersenyum tapi sedih.

>X<

Bila Sakura dan lei sampai ke titik permulaan, tempat tu dah penuh dengan ramai orang. Mereka parking di tempat khas untuk peserta dan ke kawasan permulaan di mana terdapat peserta dan juri.

“Semuanya dah ada? Good. AKu nak terangkan plan perlumbaan ni hari. Aku ricky. Salah satu juri kamu untuk hari ini.” Dia berhenti dan melihat setiap peserta pastikan mereka berikan tumpuan. “Seperti korang dah tahu, korang akan ada Grip Race, dan hanya lima peserta pertama yang terpilih untuk pusingan akhir. Korang akan berlumba bersama kereta biasa di jalan raya umum tu jadi be careful sebab kamu taknak ada sebarang…. Masalah.” Juri yang lain tertawa kecil membuat Ricky mengeluh tahu kenapa mereka ketawa.

“Masalah?” Soal salah satu dari peserta.

Ricky mengangguk. “Ya masalah. Ia pernah berlaku sebelum ni dan tak, aku takkan beritahu apa masalahnya.” Katanya sebelum ada orang nak Tanya. Juri itu keluarkan satu cardboard dan bentangkannya di atas meja, pin setiap sudut dengan batu. “Ini peta yang menunjukkan jalan yang kamu akan guna ni hari.”

Sepuluh peserta itu mengelilingi peta tersebut dengan Ricky berada di tengah-tengah. Sakura perasan yang peta tu hanya menunjukkan Bandar Shinto. Ada satu garisan merah yang panjang mengelilingi jalan raya dan dia pasti itu jalan untuk perlumbaan mereka.

“Ya, garisan merah ni jalan untuk perlumbaan kamu. Di sini,” Dia tunjuk. “Tanda biru kat sini ialah tempat korang bermula iaitu di mana kita sekarang ni, dan diiiiii sini.” Dia tunjukkan satu lagi titik biru di atas peta. “Ialah garisan penamat. Kamu akan mula memandu melalui Argyle Street dan lepas tu kamu kena masuk ke West Kowloon High-way. Keluar dari jalan Tsing Yi dan teruskan memandu...” Ricky menerangkan sambil tngannya bergerak arah jalan dari titik permulaan.

“Kamu akan tiba di Ting Kau Bridge. Di sini, aku nak korang ambil laluan ke terowong Tai Lam. Ingat jalan bawah dan bukan atas. Terowong tu akan bawah korang kembali ke jalan Kwai Chung Road; ambil round about ke dua dan pusing ke kiri di mana kamu akan sampai ke sini, garisan penamat. Ada soalan?”

“Cam mana kami nak ingat semua selok-belok tu semua? Banyak sangat!” sahut salah seorang dari peserta.

“Ah! Pasal tu.” Juri itu tersenyum. “Ini tahun, perlumbaan ni akan menggunakan GPS. Jalan korang dah di install’kan dalam setiap satu GPS kamu.”

“Tahun ini?”

“Y-yeah. Sebenarnya---” Dia berhentik sejenak. “Cam mana nak cakap yea?--- Ummm.. oh! Korang ni boleh di kira sebagai bahan ujikaji.” Katanya slamber dan tersenyum melihat riaksi para peserta. “R&D dari Shinto’s Racing Cup(SRC) ada buat satu device GPS dan baru keluar pada tahun ini. Director pada GPS tu nak test benda tu jadi…. Korangnya jadi bahannya.”

“maksud kau,  GPS tu tak pernah di Test lagi?!” soal salah seorang lagi dari peserta mula risau dan marah.

“Well, Aku sendiri tak boleh pastikannya. Aku pasti ia sudah tapi entahlah….. orang SRC taklah sewaras mana bila di fikirkan balik.”

“Kau nak cakap yang GPS tu akan rosak atau glitch Time berlumba?”

“Mungkin juga tapi kalau kau bernasib baik mungkin tak.” Ricky mengangkat bahu tak nak ambil kisah sangat.

Sakura pula terkejut beruk. First, mereka ialah bahan ujikaji untuk SRC! Lepas tu, GPS tu mungkin akan rosak tengah jalan dan Dia akan sesat entah siapa tahu di mana?! Dia tak lah kenal 100% tentang jalan Bandar tu sebab dia tak da masa nak ketahuinya!

Good Lord, aku kena hafal mati jalan perlumbaan ni desis hati Sakura risau. Dia memandang kearah peta yang mempunyai nama dan jalan di sekelilingnya.

“Aku tak suka pasal benda ni SEDIKIT pun. Tak boleh ke bagi kami peta yang dah ada tanda kemana kami nak pergi?” Rungut Yui tak puas hati.

“Ah, aku pun fikir cam tu!” Ricky mengenyit mata kearah Yui. “Tapi malangnya, bagi mereka uji GPS tu akan jadi sia-sia.”

“You Got to be kidding me! Kami boleh kalah di sebabkan benda berkarat tu!”

“Kan aku dah kata tadi, kalau korang bernasib baik mungkin tak. so, satu nasihat dari aku ialah baik kamu berharap agar korang dapat GPS yang bagus.” Juri itu tersenyum manis seperti ia taklah masalah yang besar sangat. “Aku baru teringat sesuatu, dalam masa kurang 5 minit, staff Tech kami akan mula installing GPS kedalam kereta korang.”

“Cam mana korang nak nak pastikan pelumba lain tak main tipu dan ambil jalan pintas?” salah satu pelumba menyoal.

“Kami ada staff di sepanjang jalan perlumbaan, kalau korang main tipu, kami dapat kesan.”

Kira-kira 15 minit kemudian, 10 kereta di bahagikan samarata, membuat dua barisan dan menunggu signal untuk permulaan perlumbaan mereka. Tomoko dan Lei beruntuk sebab mereka berada di barisan paling depan. Sakura dan Shou berada di tengah-tengah. Not to mention bersebelahan, tak kau kerigitan Sakura di buatnya? Nasib baik dia pakai topi kalau tak kantoi. Manakala Yui dan Shin berada di belakang dua couple itu.

Sakura melihat pada GPSnya di mana Sakura minta di install pada Headboard, hadapannya.

Aku tak sangka aku kena bergantung dengan menatang kecil yang mungkin akan rosak dalam masa beberapa minit. Apa orang SRC fikirkan hah? Desis hatinya risau.

Sakura mengeluh, melihat titip hijau berkelip-kelip tanpa henti pada Skrin GPS itu. Dia menggeleng pasrah dan memandang ke depan. Mahu tak mahu terpaksa percayakan benda ni, so Mr.GPS, tolong bebaik dengan aku dan biarkan aku menang okay?

Seorang perempuan berambut ikal hitam paras pinggang, memakai baju tank top perak dengan mini skirt warna hitam menayangkan kakinya yang halus dan licin berjalan ke tengah garisan permulaan. Dia berdiri diantara dua kereta yang berbaris dan naikkan bendera Hijau.

“Sedia Racers?” soalnya dengan microfon melekat di teliinga. “5…4….3..2….1… GO!!” perempuan itu terus mengibarkan benderanya dan kesemua 10 kereta memecut laju melimpasinya.

Sakura mengekori kereta Shou dengan rapat. Dia kekalkan posisinya di tengah-tengah jalan tapi bila berada dah nak sampai di lebuh raya, Dia dan semua kereta yang lain memecut laju. Satu kereta(Di mana pembaca tak perlu tahu siapa) memecut laju melimpasi kereta Sakura. Dengan adanya kereta biasa dan kereta peserta, lebuh raya empat lorong itu nampak penuh.

Sakura tingkatkan kelajuannya dan menukar posisi ke lorong kanan. Dia putar ke lorong bertentangan dan kembali ke lorongnya semula, lakukannya beberapa kali lagi dan mula tingkatkan kelajuan untuk mengalahkan kereta di depannya. Sakura kekalkan kelajuannya untuk memotong kereta yang lain. Dia menjeling kearah GPSnya dan melihat garisan merah yang lurus untuk beberapa meter.

Dia memandu mengikut jalan dalam GPS dengan senang, melambung kereta lain bila dia boleh dan tak ambil perhatian sangat dengan GPS tu. Bila dia fikir dah tiba masanya untuk keluar dari lebuh raya, dia check GPSnya.

Shit, hanya beberapa meter je?

Dia perasan yang jarak keretanya dan jalan keluar lebuh raya tak jauh bermaksud susah sikit nak keluar. Dia memandang kearah cermin tepinya dan melihat kereta di belakang dekat dengan keretanya. Dia kena ambil risiko, tanpa berfikir panjang dia bertukar ke lorong kiri dan keluar dari lebuh raya, Tindakannya hampir buat dia berlanggar dengan kereta belakang.

Sakura menghembus nafas lega, kalau dia terlimpas jalan keluar tadi dah tentu dia keluar dari perlumbaan tu.

Nasihat untuk diri; ambil perhatian dengan GPS desis hatinya sambil menggeleng.

Cabaran tadi tu hanya permulaan. Dia mengikuti jalan dalam GPS, Berputar kekiri dan kanan, mengelak dari bertembung dengan kereta. Dia membuat pusingan tajam mengikuti jalan dalam GPS, selepas melimpasi beberapa kereta dimana membawanya ke jambatan. Dia melihat pada lorong lain dan rasa hairan. Kereta yang limpas tadi tu nampak samalah? Dia teringat kereta tu kepunyaan salah satu lawannya dan ia bergerak bertentangan jalan.

Oh… maksudnya hanya ada 8 kereta yang tinggal untuk di kalahkan desis hatinya sambil mengangkat bahu.
Sakura akhirnya tiba di jambatan dan teringat tentang nasihat Ricky untuk ambil jalan bawah dan bukan atas, jadi dia keliru kenapa lawannya ambil jalan atas? Dia menggeleng dan terfikir bila agaknya lawannya akan sedar yang dia ambil jalan yang salah.

Dia pandu menerusi terowong yang koosong itu dan jalannya yang lurus membuat dia pandu lebih laju. Beberapa saat kemudian, dia berjumpa dengan lawannya yang lain. Sakura tersenyum gembira dan memecut melambung kereta itu.

Disebabkan jalan yang lurus, Sakura teruskan memecut. Beberapa minit kemudian, dia keluar dari terowong ke jalan raya yang kosong. Dia pusing ke kiri dan biarkan keretanya Drift sedikir, mengikut lengkung jalan. Dia teruskan kelajuannya dan pandu kehadapan. Dia memandu melimpasi Round about pertama dan bila dia tiba di round-bout ke dua, dia membuat pusingan kiri yang tajam tanpa memerlahankan kelajuan keretanya.
Pada masa itu, dia berada di atas jalan Kwai Chung dan dan mengikut GPS, dia tahu garisan penamat dah dekat. Sakura menjangka yang dia di tempat ke enam. Dia kena cari kereta ke lima dan lambung besi karat tu. di sini, dia tersenyum dari telinga ke telinga(Demon Queen) apabila melihat mangsanya di depan. Dia menukar Gear dan mendekati mangsanya dan sekarang berada dekat di belakang kereta itu umpama Dracula berdiri dibelakang leher mangsa menunggu untuk menerkam.

Driver depan perasan kemunculan Sakura dan remang bulu romanya satu badan apabila mendapati Aura menggerunkan dari kereta Pink Spider itu. Sepertinya dia boleh nampak kereta itu tersenyum jahat kepadanya.

Sakura memandang kearah GPS dan melihat garisan penamat kurang 500 meter. Dia kena bertindak sekarang kalau tidak dia akan kalah!

Dia berputar mengambil laluan kanan tapi di halang oleh kereta depan. Dia ingin kembali ke laluan kiri tapi di halang sekali lagi. Dia lakukannya sekali lagi dan lagi tapi berterusan di halang. Ini buat dia sakit hati bila garisan penamat dah semakin hampir! Dia ada 200 meter untuk kalahkan lawannya.

Dia kekalkan posisinya, berfikir cam mana nak kalahkan mamat menjengkelkan di depannya. Dia memandang kekiri dan kekanan tapi tiada apa-apa yang boleh di gunakan. Garisan penamat hanya 50 meter apabila dia terfikir sesuatu, namun dia hanya ada satu peluang sahaja. Dia perlahankan keretanya meninggalkan sekurang-kurangnya 3 meter dari lawannya.

30

20

10

Penonton bersorak apabila sakura dekat dengan garisan penamat tapi dia endahkan dan tumpukan perhatian pada yang satu dia menunggu hingga 5 meter ke garisan penamat apabila dia berputar ke kanan dengan tajam dan menekan pedal minyak dengan kuat. Thank you Yamato! Sebab installkan ingine keretanya apabila sakura paksa abangnya upgrade. walaupun agak mahal tetapi berbaloi dengan duitnya. Enginenya boleh memecut dengan laju dalam masa yang singkat.

(A/N: okay! Semua hembus nafas lega!! *Tarik nafas* hembus! hehe)

Pada waktu ini, lawannya tak boleh buat apa-apa. Sakura melambung kereta itu dengan senang dan tamatkan perlumbaan itu beberapa saat sebelum lawannya.

Dia berhenti dan parking di sebelah kereta yang lain. Dia terus rebahkan kepalanya di steering kereta dan menghembuskan nafas lega. Memang sengit…. memang mendebarkan dan…… SERONOK!!!!

Dia Berjaya masuk ke lima terakhir hanya dengan beberapa saat! Dia melompat keluar dari kereta dan penonton bersorak kuat untuknya, Sakura tersenyum gembira umpama dia bertemu dengan syurga! Dia menyertai dengan empat pemenang yang lain dan duduk mengelilingi Ricky.

“Tahniah Cherry! Kau Berjaya!” ucap Lei yang duduk di sebelahnya. “Tapi kan, kenapa aku nampak kau lemah sangat hah? Aku ingatkan kau akan kalah tadi, bila kau jadi lembik sangat hah? Beberapa saat je? Itu bukan Cherry yang aku kenal.”

Sakura memukul bahu Lei. “Tapi aku menanglah!”

mereka berdua tertawa dan berborak hingga kesemua peserta Berjaya sampai ke garisan penamat.

Sakura menjeling kearah Shou yang bercakap dengan kawannya dan tersenyum gembira untuknya. Shou rasa ada orang sedang memandangnya dan berputar kearah sepasang mata itu, mata mereka bertembung dan segera Sakura berpaling arah. Shou memandang perempuan misteri itu buat seketika sebelum kembali kepada rakannya.

“Testing, testing… eherm! Berfungsi kebenda ni—” Ricky mengetup kepala microfon itu membuat bunyi bengit yang menyakitkan telinga. “Ah, ia berfungsi.” Dia tertawa, sementara juri lain memutarkan bola mata mereka. Ricky mengendahkan mereka dan naik ke pentas buatan sendiri. “Thank you, sebab datang pada hari ini! Tapi yang penting ialah, Thank you, kepada para pelumba membuat persembahan yang menghiburkan!” Penonton memberi tepukan gemuruh kepada peserta dan juga bersiul kuat.

“First, aku nak mengucapkan tahniah kepada lima pemenang. Tempat ke lima, yang mempersembahkan perlumbaan yang sengit, kita ada Cherry! Tempat ke empat, Dari Emperor; Shinn Long! Tempat ke tiga; Jiran kita, Tien Chung! Tempat ke dua; juga jiran kita; Lei Xing dan last but not least, tempat pertama jatuh kepada Prince of Shinto kita, Shou Lan dari Emperor!” Penonton terus bersorak dan menjerit dengan kuat.

“Kepada yang tidak Berjaya, terima kasih kerana turut serta dan semoga kita berjumpa pada tahun depan! Ah sebelum korang pergi, saya nak berjumpa dengan 10 peserta. Itu sahaja untuk malam ni, tolong check web SRC untuk info lebih tentang pusingan akhir.  Selamat malam semua!” Dia matikan microfonenya dan turun dari pentas. Semua penonton mula bersurai.

“Tahniah sekali lagi kepada yang Berjaya masuk ke pusingan akhir!” Ricky tersenyum, dan menyuruh peserta mengelilingi dia. “Perlumbaan akan di mulakan pada hari ahad pada jam 10 tapi kamu berlima kena ada di sini sejam awal. Perlumbaan ni ialah Drag-Race dan nama korang akan di pilih secara rawak sebelum perlumbaan. Tempat untuk Final Round ialah di Shinto’s Race- Course no.0”

“kosong? Kau serious ke? Aku hanya dengar 1 dan seterusnya je.” Kata Tien,

“Ia litar yang istimewa, yang di buat khas untuk acara ni. Ia lebih besar dari yang lain dengan struktur jalan yang lebih bagus. Ada soalan lagi?”

Tiada yang mengangkat tangan atau menyoal, dua peserta mula menjerit marah.

“Benda berkarat tu bawa aku ke Bandar lain!”

“Menatang tu bawa aku balik ke Garisan Permulaan!”

Ricky menggigit pipi dalamnya cuba menahan tawanya. “Aduh, malangnya kan—maksud aku maaf korang, cuba nasib korang lain kali, okay?” Tanpa menunggu maklum balas, dia berputar kepada yang lain. “So, ini bermaksud 8 peserta yang lain okay? Tiada masalah?” mereka menggeleng tiada masalah membuat Ricky menepuk tangan sekali dan tersenyum. “Bagus. Well, terima kasih kepada semua yang menjadi bahan ujikaji untuk barang ni. Staff Tech kami akan uninstall barang tu sekarang dan Good Luck untuk Finals nanti. Good night everyone.” Dia melambai dan pergi, meninggalkan mereka yang terkejut melihat gelagatnya yang slamber.

Sakura menggeleng dan mengeluh. Aku telah di pergunakan desis hatinya

Mereka kembali ke kereta mereka di mana Staff Tech sedang menunggu mereka. Sakura dan Lei berada di belakang, Shou, Shinn, Yui dan Tomoko.

“Malangnya aku tak dapat masuk.” Yui kecewa.

“Tahun depan ada lagi kan?” Tomoko cuba ceriakan Yui walaupun dia juga sedikit kecewa.

Shinn memeluk bahu Tomoko dan mencium dahinya. “Cam tulah! Sentiasa bersemangat!”

Sakura yang melihat situasi itu hanya tersenyum.

“Kau tersenyum sendiri apa hal?” Lei tersenyum nakal, mengusiknya.

“Oh… nothing.” Katanya dengan muka tak bersalah tapi senyuman masih melekat di wajahnya. Lei tak percaya tapi dia biarkannya. Mereka tiba di kereta mereka, buka kunci kereta untuk staff Tech uninstallkan GPS di kereta mereka.

“Apa-apa pun, Jom celebrate?” Yui bercadang dengan senyuman. “meraihkan kemenangan Shou dan Shinn masuk ke pusingan Akhir!”

Tomoko dan shinn mengangguk manakala Shou mengeluh tapi tidak menolak. Sakura berdiri di pintu pemandu yang terbuka bersama Lei dan kereta Shou parking di sebelah kiri keretanya.

Shou keluarkan Phonenya dan tekan satu nombor.

“Siapa kau call malam-malam buta ni?” Soal Yui tapi tak sempat Shou nak balas, mereka terdengar deringan telefon berbunyi. O_o

“Hey Cherry, aku rasa itu phone kau.” Tegur Lei apabila dia check bukan phonenya yang berdering.

“Oh okay.” Dia mengeluahkan phone dari jaketnya dan menjerit kecil tapi cukup untuk Shou mendengarnya dan melihat kearah Sakura dan phone di tangannya.

“I…. Ak-aku.. abang aku call. Aku err…. Aku kena pergi.. errmmm… Bye!!” Dia terus melompat masuk kedalam keretanya, reverse dan memecut pergi.

Sakura Slide butang hijau. “H-Hello?”

“Sakura, kau ke tu?”

Sakura sumpah dirinya sendiri dalam hati dan bersihkan tekakya. “Shou?”

“Yeah. Kau tidur ke?”

Sakura menggaru kepalanya yang tak gatal. “Y-ya—tak! Kenapa? Aku ingat kau ada race ini malam?”

“Ya, tapi dah tamat dah.”


“Ye ke?” Sakura buat nada teruja. “So? Cam mana? Biar aku teka, kau dapat nombor satu kan?”

Shou tertawa kecil. “Yes, Tahniah. Lagipun bukannya susah mana race ni.”

“Aww… sikap rendah dirinya kau.” Katanya dengan tawa kecil. “Cam mana dengan yang lain?”

“Well, Yui nak pergi celebrate. So, nak join in? kalau kau penat tak pa aku boleh beritahu—”

“Aku nak!” Sakura potong dan berdehem malu sebab jawab cepat sangat. “Aku nak, boleh ambil aku?”

Shou tertawa. “no prob, aku sampai dalam masa 30 minit.”

“Kay, Love you!”

Shou tersenyum. “Love you too.”

Sakura matikan taliannya dan menghembus nafas lega, melontar phonenya ke tempat duduk penumpang.


“Nota untuk diri; matikan phone time Race!!!”

Comments

Popular Posts