NCK: Bab 7
Scy sedang memandang lelaki yang dia dah kenali sebagai adik Accel
berada di depan computernya sambil membongkar memori Nerve Gear lamanya. Dia
tak tahu cam mana lelaki ni boleh tahu tempat tinggalnya dan masuk kedalam
rumahnya tanpa izin.
‘Kad access universal’ kata Yuki dengan bangga sebaik sahaya Scy
temui Yuki duduk di ruang tamunya dan minum jus epalnya!
“Apa kau buat tu?” Soal Scy dah penat menunggu dengan diam.
“salin memori FDO ke E-Mail ku. Ia terus di hantar ke Hamusphere ku
di rumah.” Jawabnya tanpa melepaskan pandangannya pada skrin. “Kita tiada masa
untuk berjumpa dengan kawan-kawan mu sebab masa dah suntuk. Izumi sedang
rancang sesuatu dan aku pasti dalam masa terdekat ni sesuatu akan berlaku. So,
kita akan berjumpa dengan kawan kau yang ada mungkin akan main NCK setelah aku
dapat Friendlist dari Nerve Gear mu.”
Scy tersenyum nakal. “Kita akan buat surprise kat mereka kan?”
Yuki berputar memandang Scy dan mengangguk. “Yup. Surprise terbesar
untuk mereka. So, sementara menunggu benda ni upload… apa patut kita buat,
babe?”
Scy tertawa kecil dan bergerak ke dapur. “Nak ice cream? Aku ada perisa
choco chips mint.”
“Dua sudu?”
Scy memandang Yuki di bahunya dan tersenyum. “Satu sudu cukup.”
Yuki tertawa kecil dan kembali memandang skrin. Mereka dah jadi
official couple dalam dua hari lalu dan Yuki yang luahkan perasaannya. Walaupun
Scy lebih tua dari dia, Yuki tidak kisah kerana dia cintakan Scy dan usia bukan
penghalang cintanya.
Yuki tersenyum sendiri dan masukkan pendrive dalam USB computer itu
setelah upload memory Nerve Gear telah selesai. Dia membuka fail pendrivenya
dan menekan icon yang satu-satunya ada dalam fail tersebut.
Sebuah software yang boleh membawa Yuki masuk ke main system Game
NCK. Dia dapat Software ni dari Ayaka seminggu sebelum dia di bunuh. Dia
ingatkan benda ni tak berguna tapi bila tahu kakaknya ada bersama Izumi dan
lelaki tu ada rancangan jahat, dia terpaksa bermain sekali dan menggunakan
software ini untuk menyenangkan dia mengenali NCK dengan cepat.
Dia masukkan chace profile kawan-kawan Scy yang dia perlukan,
Toshiro, Akira, Hades dan Medeis. Mereka berempat ialah rakan terdekat Scy dan
di perlukan untuk bekerjasama menyelamatkan Kakaknya.
Setelah beberapa minit loading info… Profile tentang empat pemain
dalam NCK akhirnya keluar beserta dengan gambar sekali.
Yuki tersenyum puas.“Oh… Idola Puak Domitor ialah Hades?” Mata Yuki
terbeliak melihat Pemain Puak Umbra yang merupakan Toshiro. “Jadi lelaki ni pun
masuk. Tentu dia cari Kak Kumiko juga. Bagus, senang kerja kami.”
“Apa kau jumpa tu?” Soal Scy sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya
dan melihat Yuki tersenyum melihat gambar pada skrin computer.
“Kawan-kawan kau.” Jawab pendek dan Scy terus duduk di sebelahnya
melihat ke empat profile pemain NCK. Dia boleh cam mereka semua kerana ada nama
tertera dalam profile tersebut.
“Toshiro ialah pemain Unbeatable tu? Wow… aku sepatut nya dah agak
tentang ni. Kau rasa dorang pun main dengan tujuan yang sama ke?”
Yuki mengangguk, pasti. “Yes. Mereka takkan main tanpa sebab kan?”
“dorang tiga ni mungkin tidak tapi Toshiro… aku pasti 100% dia masuk
sebab Accel.”
><><><><
“Ah-Choo!!”
“Bless you..” jawab mereka semua bila melihat Toshiro bersin.
“Dude, kau okay ke?” soal Akira melihat Toshiro menggosok hidungnya.
“Ya, aku rasa ada orang sedang mengumpat tentang aku.” Toshiro
menarik nafas dalam. “So, korang pasti kita kena join in peperangan mengarut
ni?”
Hades dan Medeis mengangguk serentak.
Loky memandang kearah Medeis sambil menjungkit kening. “kenapa
korang tetiba nak ikut serta? Sebelumnya bukan main korang bantah.”
“Sebaaaab, setelah aku dan Hades berceloteh semalaman tentang perang
berat sebelah ni. kami mula rasa curiga sebab kenapa empat puak ni nak sangat
hancurkan Puak Umbra. Aku tak nak bergaduh dengan pemain umbra sebab aku selalu
minta pertolongan dengan mereka. Tapi…”
“Puak umbra tetap tak boleh di percayai.” Sambung Hades selepas
Medeis mengeluh. “Tapi, puak yang bekerjasama ni pun tetap tak boleh di
percayai. Terutamanya Puak Littera, apa kita perlu buat ialah perhatikan mereka
semua kalau-kalau ada perkara mencurigakan antara mereka semua.”
“Cam mana kalau tak da?” Soal Luciey pula.
“Senang. Kita berlawan dengan mereka.” Jawab Akira dan memandang
kearah Hades. “Kan?”
Hades berdengus tapi mengangguk. “Cam tulah. So, jom bergerak!
Meeting dorang dah nak bermula!”
Medeis dan Luciey menyeru penyapu mereka. “Alright. Kita ada tiga
kenderaan. Kami dan Cyril. So, siapa tumpang siapa?”
Mereka semua saling berpandang dan akhirnya mata mereka jatuh ke
Hades dan Akira membuat dua musuh ketat ini terkejut beruk.
“NO! aku takkan naik naga dia!”
“Aku takkan bagi Pondan ni naik Cyril!”
Mereka berdua tertawa besar melihat mereka meletup.
Medeis tersenyum nakal. “kami tak cakap pun korang kena bersama, kan
luciey?”
Luciey mengangguk. “Siapa bagi korang cadangan tu? atau korang nak
sendiri?”
Dua musuh ini naik merah menahan marah dan malu pada masa yang sama
membuat yang lain tertawa lebih besar dari sebelumnya.
“O-Okay—okay! Kita dah kesuntukan masa ni.” Toshiro mengelap air
matanya akibat ketawa pecah perut dan menahan tawanya. “Biar aku dengan Hades.
Kita tak nak ‘kemalangan’ tak di ingini dalam perjalanan kan?”
Akira terus meluku kepala Toshiro. “Beruntung aku dapat kawan cam
kau.”
Toshiro mengusap kepalanya yang sakit tapi tersengih-sengih. “Sama
lah.”
><><><><><
Izumi sedang berdiri di tepi tanah istana terapungnya memandang
pulau yang berada di bawahnya. Dia sedang menunggu sesuatu. Dia sedang menunggu
berita tentang keberadaan Angel kesayangannya. “Ada berita?” Soalnya sebaik
sahaja dia rasa kehadiran seseorang d belakangnya.
Sotong lintah yang berada di belakang Izumi menggeleng. “Cik Kumiko
tidak dapat di temui. Nama Accel terlalu banyak dalam permainan ni dan satu pun
tidak menyerupai cik Kumiko.”
Izumi menggenggam tangannya di sisi membuat satu penumbuk. “Kumiko….
sampai bila kau nak berlawan? Kau nak tinggal di sini buat selama-lamanya ke?”
Izumi berputar memandang orang bawahannya. “Pastikan beritahu aku
update tentang Kumiko setiap jam faham?” Izumi mengeluarkan main game system
dan log out dari game tersebut sebaik sahja melhat sotong lintah itu
mengangguk.
><><><><><
Lord Filly bersama beberapa tentara Puak Domitor bergerak masuk
kedalam hutan yang penuh dengan tumbuhan liar yang menakjubkan. Dia dan
konco-konconya dalam perjalanan ke tempat perjumpaan antara empat Puak untuk
berbincang untuk menyerang Puak Umbra. Tempat perbincangan mereka ialah di
kawasan Puak Mediocris. Tempat yang paling selamat di pulau itu.
Mereka akhirnya tiba di tepi jurang dengan pemandangan air terjun
yang besar membentuk sebuah pelangi bersama pelbagai jenis tumbuhan di
sekeliling mereka. Terdapat sebuah meja panjang di tepi jurang tersebut dan
Ketua kepada tiga Puak sudah tiba dan duduk di meja tersebut.
“Ah Lord Filly, selamat datang ke Puak Mediocris.” Sapa Lady Fairie
sebaik sahaja melihat Ketua Puak Domitor tunjukkan diri. “Sila duduk.”
“Terima kasih.” Lord Filly duduk di sebelah Lord Crumb. “Nampaknya
ada lagi kerusi kosong.. siapa yang akan ikut serta?”
Mereka terdengar bunyi naga meraung dan segera mendongak keatas. Lord
Filly tersenyum apabila dia melihat pemain kebanggaannya bersetuju untuk
mengikut serta.
Lord Cytrus, Ketua pada Puak Slyph juga tersenyum melihat dua pemain
X-FDO juga datang. Dia pasti yang Medeis membantah rancangan mereka. Apa yang
buat dia nak ikut serta? Dia juga lihat ada beberapa penumpang yang mengikuti
mereka.
Lord Crumb hanya tersenyum sinis dalam diam. Nampaknya mereka akan
hapuskan Puak Umbra dengan senang dengan bantuan pemain handal.
Empat ketua ini melihat pemain-pemain kebanggaan mendarat dan
membuat mereka terkejut ialah mereka membawa tiga pemain tidak di kenali
bersama dan salah satunya ialah Puak Umbra.
“Pengawal tangkap dia!” Lord Crumb segera memberi arahan kerana
cemas. Bukan sahaja pengawal Lord Crumb yang bergerak malah pengawal Puak lain
pun.
Hades dan yang lain segera mengeluarkan senjata mereka untuk
melindungi Toshiro. “Berhenti!” jerit si hacker. “Dia kawan. Dia ialah Toshiro
The Black Warrior FDO.”
Mereka semua turunkan senjata dengan perlahan masih tidak percaya
apa idola Puak Domitor ini katakan.
“Betul kata Hades..” Medeis tampil kehadapan. Semua orang kenal
Medeis dan Luciey sebagai X-FDO. “Dia Black Warrior dan akan tolong kita semua.
Jangan risau.”
Ladi Fairie tersenyum lega. “Baiklah. Semua pengawal turunkan
senjata. Tiada bahaya di sini.” Para pengawal akhirnya turunkan senjata dan
kembali ke posisi mereka.
Begitu juga enan sekawan ni, mereka meletakkan senjata mereka
masing-masing dan duduk di kerusi kosong.
“Kita ada tiga orang baru. Dua dari Puak Fortis; Akira, The Knight
dan Loky, juga X-FDO. Seorang dari Puak Umbra… Well.. korang dah tahu.” Luciey
depakan tangan kepada Toshiro di depannya. “The Black warrior. Jangan Tanya
kenapa dia di Puak Umbra. Sensitive.”
Toshiro berdecit, merenung kearah Luciey. “Kau buat aku kedengaran
seperti Akira. Aku tak pondan okay.”
Hades tertawa dan ber’high five dengan Toshiro. “Good one!”
“Hoi! Sejak bila kau sokong Tomboy ni!” marah Akira dah berdiri nak
tumbuk Toshiro membuat mereka ketawakan dia.
Empat Ketua ini hanya menggeleng melihat keakraban mereka.
“Baiklah semua, kami berbangga mempunyai pemain terhandal dalam FDO
ikut serta perbincangan kami. So, mari kita teruskan strategy peperangan
kita?”Lord Cytrus bersuara.
“Cam mana kalau kita lengkapkan kumpulan HDe’O?”
Mereka semua terkejut mendengar suara yang tidak di ketahui bergema di
sekeliling mereka dan pengawal terus dalam posisi bersedia. Enam X-FDO ini pula
tidak berganjak kerana menunggu si penyuara muncul.
Di depan meja makan, muncul dua pemain, seorang lelaki dan seorang
perempuan secara magic dengan senyuman nakal mereka.
“Jangan angkat senjata, kami datang secara aman.” Classier segera
mengangkat tangan dengan senyuman nakalnya. “Sup everyone! Aku Classier. Itu..
Hades dan Medeis.” Dia menuding jari kearah mereka untuk tunjukkan pada Scy.
“Itu pula Toshiro dan Akira. Kan aku dah kata aku akan bawa kau ke kawan kau?”
Scy memeluk tubuh sakit hati dengan adik Accel ni. Hampir sama
perangai menjengkelkan mereka. Patutlah adik beradik.. “Alright kau menang.”
Mereka semua buntu melihat lelaki yang kenali mereka berempat dan perempuan
yang mencebik. “Korang siapa dan cam mana tahu kami di sini?” soal Luciey.
Scy terus tumpukan perhatian kepada mereka dan tersenyum. “Hai
Korang! Dah lama kita tak jumpa!” Dia memandang kearah Toshiro dan terus
memeluknya dengan penuh riang. “Shiro-nii!!! Scy rindu kat abang!”
Mereka semua terbeliak bulat. “SCY??!!!!”
Scy melepaskan pelukan Toshira dan buat jari Piece. “The one and
only!! So, kenapa semua berkumpul ni? ada perbincangan ke?” tanpa segan silu
Scy duduk di sebelah Medeis dan Classier juga duduk bertentangan dengan Scy.
“K-kamu siapa?” Soal Lady Fairie.. dia terkejut melihat tetamu tidak
di kenali.
Hades menepuk dahinya dan menggeleng. “Lords dan Lady… Ini Ialah
salah satu member HDe’O, Scyntilla dan ini…” Dia memandang kearah Classier.
“Classier… pakwe Scy. Jangan risau, aku tak merbahaya. Kan?”
Classier mengenyit mata kearah Scy membuat dia naik merah.
Medeis dan Hades tersenyum lebar hingga ke telinga. This is
SOMETHING!!!
“Wow… banyak kejutan dalam pertemuan ni.” Loky menghembus nafas
panjang. Tak sangka semua ini berlaku dalam satu masa.
Lord Cytrus hanya menggeleng. “Okay-okay… ada lagi kejutan?”
Mereka semua tertawa kecil dan menggeleng.
“Good. Mari teruskan perancangan kita.” Katanya. “Kita semua tahu
yang Puak Umbra telah mencuri Anchient Scroll dan kita semua di sini sekarang
untuk mengambilnya semula dari Mereka. Scroll itu sangat penting kepada Puak
Sylph.”
Lord Crumb mengangguk setuju. “Kita tak tahu apa yang terkandung
dalam scroll tu tapi mereka tak boleh mencurinya tanpa sebab.” Aku tahu apa fungsi nya… desis hatinya
dalam hati. “Mereka tahu sebabnya dan kita semua tahu Puak Umbra akan
gunakannya untuk kegunaan mereka sendiri. Kita harus menghalangnya sebelum
terlambat.” Dia cuba meyakinkan mereka yang Puak Umbra itu mempunyai rancangan
jahat.
Mereka mulakan perbincangan mereka tentang Anchient Scroll,
menerangkan kenapa mereka perlukan kepada orang baru seperti Akira, Toshiro,
Classier dan Scy.
Hades yang mendengar semua ini tidak sedap hati. Dia melihat Cyril
yang dalam bentul Largenya juga tidak dapat tidur dan memandang sekeliling.
Seperti ada orang sedang memerhatikan mereka. Mereka dalam bahaya sekarang ni…
Ada sesuatu yang tak kena. Dia dapat rasakan dalam dirinya.
“Hades kau okay? Kau Nampak gelisa?” soal Akira dengan nada
berbisik.
Hades mengangguk perlahan. “Aku okay.”
Hades teringatkan rantai yang NPC angel berikan kepada Maya dan
suruh dia pakai. Dia terus memegang rantai tersebut seperti minta bantuan atau
petunjuk kenapa dia rasa gelisa sebegini. Kenapa Cyril Nampak tak senang duduk
dan dalam posisi berjaga-jaga.
“….jadi, Kawasan Puak Umbra itu ialah pusat kekuatan mereka. Kalau
kita boleh tarik mereka keluar dari kawasan mereka dan ke Puak Mediocris, kita
boleh kalahkan mereka dengan senang kerana element Mediocris dan Umbra
berlainan.” Kata Lord Filly. “Begini rancangannya, kita akan tarik mereka
keluar dengan menyatakan misi kepada setiap pemain Puak Umbra. Misinya kononnya
ada kena mengena di kawasan sini dan suruh mereka datang pada masa yang
berbeza. Kita akan tangkap mereka satu persatu sehingga Lady Qiunn perasan
pemainnya berkurang. Dengan itu dia akan perasan dank e sini. Dari situ kita
hapuskan ketua mereka! Faham?”
Tiga ketua ini mengangguk kagum dengan perancangan Lord Cytrus tapi
Toshiro tidak. Dia mengangkat tangan setelah memikirkan rancangan tersebut.
“Nanti-nanti.. Kita tahu yang ia mustahil untuk kalahkan Pemain umbra kerana
mereka licik dan pantas. Plus, korang sendiri kata yang mereka suka main tipu.
Bagai mana kalau salah satu dari mereka terlepas dan beritahu kepada Lady
Quinn? Rancangan ni akan rosak bila Puak Umbra nak berperang dengan kita.”
Lord Crumb menjungkit kening. “JAdi Black Warrior, kalau itu tak
menjadi, kamu ada rancangan lain?”
Mereka semua memandang kearah Toshiro. Dia tersenyum membuat
rakannya juga tersenyum. Itu bermaksud dia ada plan yang lebih bernas dan hebat
dari ketua yang tidak berpengalaman ni.
“Baiklah, first. Kita boleh declair peperangan je. Lagipun empat
Puak lawan satu? Itu memang peluang yang tipis bagi mereka.” Katanya sambil
memikir. “Tambahan pula pemain berpengalaman… aku pasti mereka takda peluang.
So, begini cara aku berlawan.” Rakannya tertawa mendengar ayat Toshiro. “Kita
mempunyai pemain ahli sihir yang boleh membatalkan setiap hela licik mereka. Korang
boleh Nampak penipuan dalam perlawanan kan?” Soal Toshiro kepada Medeis. Medeis
mengangguk. “Good, ia senang untuk hentikan mereka bila mereka menipu. Next.
Kita ada Puak Fortis dan Littera. Korang pakar dalam berlawan, korang boleh
menyerang mereka dengan senang kalau mereka tidak menipu. Ia takkan sesusah
mana.
Akhir sekali Puak Mediocris.Korang pakar dalam perubatan dan mereka
boleh bantu kita dalam menyembuhkan Pemain yang tercedera sebelum kena penalty.
Plus, korang boleh mengawal nature.. kalau mereka bersembunyi, gunakan kuasa
nature korang untuk menangkap mereka.”
Tiga member HDe’O ini tersenyum. “Jadi… itu bermaksud kita akan
berlawan di hutan?”
Toshiro mengangguk. “Di Hutan Gelap. Kita berlawan sehingga kita
dapat ketua mereka dan mengambil Scroll tersebut balik. Tamat cerita. So?
Amacam?”
Mereka semua tersenyum lebar dan memandang satu sama lain dan kagum
memandang Black Warrior itu. Mereka tak sangka yang plan nya lebih terperinci
dari rancangan Lord Cytrus.
Tetiba mereka dengar seorang bertepuk tangan dan mula mencari siapa
yang berbuat sedemikian tapi tiada satu pun di antara mereka yang bertepuk
tangan.
“Wah… wah! Rancangan yang hebat!”
Mereka terus berputar memandang kearah depan jurang. Terdapat
seorang perempuan berbaju serbah putih dengan rambut merah ikal di ikat satu
terbang dengan holo-wings di belakangnya. Serta sebilah pedang di sisinya. Dia
tersenyum sinis memandang wajah mereka yang terkejut.
“Surprise! Surprise! Can I crash the party? Jangan risau, aku bawa
kawan sekali.” Katanya dengan nada riang. “Kan my friend?”
“Yes, betul tu.”
Mereka berputar memandang ke pintu masuk ke tempat mereka dan
kelihatan ketua Puak Umbra berdiri megah di depan mereka dengan baju serbah
hitam.
“Lady Quinn!!”
(A/N: CUT!! Bersambung ke Bab seterusnya..... hahaha ^_~)
argh! angah...sambung cepat...excied giler ni...geram betul ngan angah ni...dah la bg entry lambat...lamatu kena tunggu...satu pulak tu...tak cukup angah...
ReplyDeleteAhhh...! Tidak!! sorry-sorry, aku terlalu taksub dengan anime sampai lupa nak post n3 baru.... :P hehe
ReplyDeleteBut, Thanks salmi sebab sudi membaca!! ^_^