FDO: Bab 4

30th Floor, Moiterra. 12 January 2025….

Genap lima bulan kami berada di dalam permainan FDO ini dan 400 pemain dah mati lagi. Nak berapa orang lagi? Seribu? Dua ribu? Ayaka Nigoshi, apa yang kau cari sebenarnya ni?

Aku sekarang berada di tingkat 30 dan semakin banyak tingkat dibuka, semakin susah Big Bossnya. Aku sekarang mempunyai kumpulan sendiri dan kumpulan yang terbesar di dalam permainan FDO ni. nama Guild kami ialah Royal Blood Oath. Jawatanku dalam guild ini ialah vice president. Member kami lebih 500 pemain dan semakin susah di kendalikan.

Aku perlukan vacation, sebab tu aku lari ke sini. rasa tiga hari cuti dah cukup, pastu balik ke tingkat 38 iaitu tingkat yang baru je terbuka beberapa minggu yang lalu. Siapa yang buka aku tak tahu. Aku hanya berpeluang buka tingkat baru sebanyak 5 kali je… yang 33 kali aku tak tahu siapa. Mungkin beta tester yang lain atau… Beater. Aku tak syak kalau Beater yang buka semua tingkat ni.

“Ne, Onii-chan…. Kenapa tidur kat sini? tak takut ke kalau ada orang datang bunuh?” Aku membuka mataku dan melihat seorang perempuan berambut emas dan costume Lolita berwarna pink. Tiana?

Toshiro bangun dan stretching. “Aku akan tahu bila ada orang datang..” Toshiro kata masih lagi mamai. Dia memandang wajah perempuan itu sekali lagi. Dia bukan Tiana… wajah dorang hampir sama desis hati Toshiro ingatkan perempuan itu adiknya.

“Hensemnya!!” dia terus duduk di sebelah Toshiro membuat dia terkejut beruk. “Ne, Ne Onii-chan… nama apa? Ada kumpulan ke? Girlfriend? Girlfriend??”

Wo mak oi! Budak ni terus melekat cam magnet dengan Toshiro ni. “Err…. Toshiro. Kumpulan Royal Blood Oath dan Girl…. Hmmmm…”

Mata perempuan itu tambah bersinar. “No Gf? Boleh scy apply!!”

Aduh! sakit telinga aku. ini memang bukan Tiana. “Maaf tapi kau siapa?”

“Oh! Sorry-sorry. Nama saya Scyntilla.” Katanya dengan manja.

“Skientila? Skintiala?” Toshiro buntu, susah sangat nam sebut nama budak ni. nickname pemain pun nak berbelit-belit.

“Scyntilla. S-C-Y-N-T-I-L-L-A… scy je kalau tak larat sebut panjang-panjang.” Jelasnya. “Shiro-nii… abang dari Royal Blood Oath kan? Abang agak popular kat sini. abang Vice President tu kan? Abang lebih hensem dari apa dorang cakapkan!!”

“err… Thanks?” Toshiro; seorang yang agak pendiam berjumpa dengan perempuan yang banyak cakap = buntu tahap gaban. haha

“YOU WELCOME!!” aduh hyper sangat budak ni. “Abang buat apa kat sini?”

“Tengah vacation tapi nampaknya tak jadilah…” kata Toshiro sedikit kecewa. Dia dapat rasakan yang budak perempuan yang nama scy ni takkan lepaskan dia.

“Oh cam tu….”

Tu-lit!

Muncul satu symbol mesej di hadapan Scy dan segera dia tap open dan membacanya.

Toshiro hanya memandang perempuan itu membaca mesejnya. Dia tak boleh baca sebab ia dah diprotect tapi lihat dari jenis mesej tu, ia seperti mesej kumpulan. Mungkin ketua group dia dah call.

Scy mengeluh panjang. “Shiro-nii, Scy terpaksa pergi dulu. Anyways, nice meeting you.”

“Kau nak ke mana?” Toshiro bukan busy body tapi perempuan ni mirip sangat dengan adiknya. Dah lah dia ni abang yang penyayang, dia rindu sangat dengan Tiana dan lima bulan tak jumpa, mustahil tak rindu betul?

Scy yang ingin berlalu pergi berputar semula memandang Toshiro. “Scy? Petang ni Scy dan Group scy nak pergi ke tasik Glow. Nak berlawan dengan menatang kat dalam tasik tu. Napa?”

“Aku nak join in sekali, tak pa kan?”

“Apa?!” mata Scy bersinar-sinar. “Boleh!- oh tak-tak-tak… abang kena tanya dulu pakcik Scoth. Dia tu tegas sangat dan ganas! Abang ken-”

“Okay, jom pergi.” Kata Toshiro memotong ayatnya. Mungkin ini vacationnya tapi itu tak bermaksud dia tak boleh berlawan kan?

<><><><><><><><> 

“Apa? Budak ni nak join in sekali?” soal Scoth memandang Toshiro dari atas ke bawah. “Hmm…. Nama siapa?”

Toshiro tunduk tanda hormat. “Toshiro. Salam berkenalan.”

“Julian, Hey! Patutlah Scy melekat dengan kau, budak hensem rupanya.” Kata perempuan yang sedang menggilap senapangnya di atas meja.

Scoth berdengus. Lelaki yang lingkungan 30 tahun, berbaju military itu kelihatan tidak senang melihat Toshiro. “Baiklah Kakoi-san, tolong terjemahkan diri kamu!”

Toshiro terus mengangkat tangan tabik hormat. “Saya, Toshiro! Specialist dalam bermain pedang! Telah membuka lima Tingkat menggunakan tangan saya sendiri!” Dui! Menggerunkan mamat ni!

“Apa?!” jerit Scy dan Julian. Scoth turut terkejut tapi dia kekalkan muka tegangnya. Seorang askar tidak patut menunjukkan wajah lain selain menggerunkan.

“Scoth! Kau kena masukkan budak ni sekali! mungkin dia boleh tolong kita dapat drop tu!” Julian melompat turun dan bergayut di bahu Scoth. “Come on lah! Dia hebat!”

Scoth berdehem. “Dia bukan penembak. Dia pemain pedang.” Katanya dengan suara menggerunkan.

Scy memukul lembut bahu Scoth. “Uncle, boleh lah… please..” Scy buat mata puppies eyes nya. Takda orang boleh tolak mata tu. seorang pun tak pernah.

Scoth mengeluh panjang. “Dia seorang pemain pedang tapi… kali ini dia di kecualikan.” Dia memandang kearah lelaki di hadapannya. “Kau tahu apa yang akan kita hadapkan nanti?” Toshiro menggeleng. “Bagus. Ini satu latihan khas untuk kau budak.”

Muka Scoth yang menyeramkan membuat dia remang bulu romanya satu badan. kalau raksasa yang mereka hadapi tu teruk, tentu ia seteruk Scoth desis hati Toshiro sambil menelan air liur tiga kali.

Scy mendekati Toshiro dan ingin menariknya keluar tapi di halang oleh Scoth. “Kau nak bawa dia kemana hah?”

Scy tersenyum manja. “keluar! Boleh lah uncle… ya? ya?”

“Maaf tapi kau dan Julian ada latihan sebelum kita keluar. Aku nak bercakap dengan budak baru ni. kau tak kisah kan budak?”

Sweat drop. Alamak, dia dah gerun habis dengan lelaki ni. nak berborak dengan dia lagi? Aduh! mati lah payau. “B-Boleh…”

Scy memandang Toshiro dengan mata comelnya. “Eeeeeeh??? Shiro-nii lebih pilih Uncle?”

Toshiro hanya mengangguk. “Abang dan uncle Scoth citer je. Nanti Abang datang okay?” katanya dengan nada lembut dan suara yang penuh kasih sayang. Seperti seorang abang.

Scy blushing dan mengangguk. Dia berpaling kearah Scoth dengan renungan mautnya. “uncle pastikan jangan seksa Shiro-nii okay? kalau tak… NAHAS!”

Scoth sedikit terkejut mendengar suara garang Scy. Jangan fikir budak cute tak ganas okay? “jangan risau. Just a little talk.”

Scy melepaskan tangan Toshiro dan menarik Julian keluar dari rumah mereka meninggalkan Toshiro dengan Scoth. Bersendirian. Budak kecil tinggal dengan lelaki yang menggerunkan. Mampus dia.

“Toshiro.”

“Y-Ya!” Toshiro mengangkat tabik hormat. Dui, tindakan reflex yang baik bila dalam keadaan takut.

“kau tak perlu risau. Aku tak makan orang.” katanya dengan nada yang sedikit lembut dari sebelumnya. Sikit jelah.

“O-Okay….”

“Dengar sini budak. Kau suka Scy ke? sebab aku nampak cam korang dua ni rapat je semacam.” Scoth soal sambil menggilap senjatanya yang OMG! Besarnya, kalau tembak dari jauh pun takkan tersasar target ni!! Kalau salah cakap confirm riwayat hidup Toshiro tamat di sini sahaja. *gulp*

“Tak-tak… muka Scy mirip dengan muka adik aku. Tiana. Tapi… personality mereka tak sama.” Kata Toshiro menggaru pipinya yang tidak gatal. “Scy LEBIH aktif dari Tania.”

“kau akan jumpa adik kau bila kita semua keluar dari sini. tak payah nak berdramatik sangat.” Katanya tanpa memandang Toshiro. Dia menumpukan perhatiannya kepada senjata apinya itu.

Toshiro menggeleng. “Tak, Dia dah pergi lima tahun lalu. Dia mengalami kemalangan langgar lari dan tak dapat diselamatkan.” Terdengar nada-nada sedih dari ayat Toshiro. “Bila nampak Scy, aku ingat dia tu Tiana tapi tak… orang yang dah tiada tak boleh hidup balik.”

“Sebab tu ke kau nak join peperangan kami ni?” Peperangan? Oh ya, Scothkan bekas askar. Tentu dia anggap semua ni perang. Boleh terima akal juga lah. “Dengar sini budak. Aku tak berapa tahu kenapa kau ingat anak buah aku tu adik kau tapi satu yang pasti. Aku nak kau lindungi, jaga Scy time peperangan kita dengan Titans satu ni. Kau janji itu?” Soalnya dengan serius sambil test senjatanya. Diacuhkan kearah Toshiro.

Mana taknya buat orang kecut perut seperti mengugut. “B-baiklah!”

Scoth menurunkan senjatanya. “Bagus. Perbualan kita tamat di sini. Jom kita pergi menghadap Titans satu ni.” Dia bangkit dan begerak keluar pintu. Toshiro hanya mengikut dari belakang.

Kelihatan Scy dan Julian sedang test power senjata api mereka dengan menembak plat target yang jauhnya 100m.

“Cadets! Masa untuk bergerak.” Julian dan Scy tabik hormat dan mendekati dua jejaka itu. Scy terus berpaut pada Toshiro.

Mereka mulakan perjalanan mereka pada waktu senja dan perjalanan mereka memakan selama 45 minit untuk tiba di tasik itu. Apabila mereka tiba di lokasi mereka, matahari dah pun tenggelam.

Scoth memberi arahan kepada mereka untuk bersembunyi sehingga signal diberikan.

“So, makhluk apa yang kamu semua sedang buruh dan Drop apa yang kamu idamkan?” Soal Toshiro kepada Scy dengan berbisik. Scy dan Toshiro bersembunyi di tempat yang sama manakala Julian dan Scoth solo-solo.

“Titans namanya. Dia keluar setiap malam dan drop yang kami nak ialah…. Internity Gun. Hanya penembak sahaja boleh dapat benda ni dan kami nakkannya!” bisik Scy semangat nak dapat reward tu.

“kau military tapi kenapa cute?”

Scy tersentak mendengar soalan slumber Toshiro dan blushing. “Aku ganas di dunia sebenar. Aku dilarang bermanja sebab askar tak patut tunjukkan wajah lain selain garang. Uncle selalu strict tapi bila FDO dilancarkan, Uncle bagi chan ama Scy untuk jadi diri Scy sendiri dalam dunia ni. supaya Scy tak terbawa-bawa, uncle and Untie temankan Scy. Nampaknya, perangai Scy yang sebenar hanya bawa malang je kan? Kami terperangkap kat sini sebab Scy..” katanya rasa sebak di dada. Kalau scy tak ikutkan hati nak bermanja, dah tentu mereka bertiga tak terperangkap dalam permainan maut itu.

“Taklah..” Scy tersentak dan memandang Toshiro. “Bukan salah Scy. Jangan pernah salahkan diri sendiri, apa yang Scy patut buat ialah berusaha untuk hidup. Demi Uncle dan Untie Scy.”

Scy tersenyum tawar dan mengangguk. muncul serbuk merah di pipi scy. “Okay, Scy akan buat cam tu..”

“Shhh…” Toshiro menyuruh Scy senyap bila dia rasakan sesuatu datang dari dalam tasik itu.

Kelihatan ada pergerakan dalam tasik tersebut membuat semua orang bersedia. Apa yang ada dalam tasik tu Toshiro tak tahu yang pastinya ia sesuatu yang sangat kuat. Dia dapat rasakan ketegangan situasi sekarang. tentu Scy dan yang lain pernah nampak menatang ni.

Akhirnya, menatang yang ditunggu-tunggu keluar jua dan mak Oi! Besarnya!


“Itu dia! Sedia semua cadets!” jerit Scoth. Itu signalnya.

Scy mengeluarkan senjatanya yang sememangnya mantap! “Ready Shiro-Nii!”

Toshiro mengangguk dan mengeluarkan pedangnya. Dia terus turun dari pokok, tempat persembunyian mereka dan mendekati menatang itu.

Menatang itu menjerit menandakan dia bersedia untuk melawan. Toshiro tersenyum teruja. Time untuk beraksi!

“Budak! Kelemahannya berada di mata!” Jerit Scoth dan Toshiro mengangguk menerima arahan. Dia kena serang bahagian mata yea? Itu benda senang!

Toshiro berlari kearah haiwan itu dan menghayunkan pedangnya tapi di tepis oleh ekor menatang itu. SLING!!

“Woah… Titans ni kuat juga yea??” Toshiro semakin teruja. Semenjak jadi pemain pedang handal ni, dia dah biasa dengan berlawan. Tentulah! untuk pemain yang level 38 dah tentu handal berlawan betul?

Toshiro mencuba lagi nasibnya untuk mendekati menatang itu. Thanks tu penembak-penembak handal, Toshiro dapat berlari naik dari ekor Titans itu ke kepalanya. Sebaik sahaja dia nak cucuk mata kirinya…. Tetapi  terdapat satu shield yang menghalang pedang Toshiro dari mencucuk mata Titans tersebut. Dengan itu, Toshiro terlempar jauh di tepi tasik.

“Apa?? Apa dah jadi?” Muncul mesej maya di hadapan Toshiro.


Titans itu berteriak terasa dia di dalam bahaya. Dia menghayunkan ekornya kearah Julian dan Slash!! Julian serta merta mati di depan mata mereka.

“JULIAN!!”

“UNTIE!!”

Scoth dah naik berang dan keluar dari tempat persembunyiannya menukar senjata spinernya ke double machine Gun. “You’ll Die! DIE!!” jeritnya sambil menembak Titans itu tanpa target yang tepat.  Dia dah naik marah! Julian, Isteri kesayangannya dah di bunuh oleh raksasa Syaitan ni! Dia takkan benarkan ia hidup! Dia takkan maafkan Titans tu… TAKKAN!

“Uncle!” Scy turun dari tempat persembunyiannya dan pergi ke tempat pakciknya. “Berhenti! Uncle berhenti!”

Titans itu menjerit kesakitan dan menghayunkan ekornya sekali lagi. Tapi hayunan ini akan kena pada kedua penembak tu.

Toshiro segera bertindak dan menyelamatkan Scy dari serangan maut Titans tersebut. malangnya, Scoth tidak dapat di selamatkan dan terlempar jauh terheret di tanah.

Scy menolak Toshiro, dan bergerak ke Scoth. “Uncle, Uncle…. Jangan mati..” rayunya dengan air mata yang tak henti mengalir.

Toshiro pula terus berlawan dengan Titans tersebut melindungi Scy menyelamatkan Scoth. Dia tak boleh bunuh tapi dia boleh menghalang.

Scy swipe open akaunnya dia ingin tap masuk ke Item tapi tangannya bergetar tidak dapat menekan butang yang betul. “Tak guna! Berhenti menggigil!” Jerit Scy memarahi tangannya sendiri.

Dia memandang bar Life pakciknya yang sudah kosong. “Scy… teruskan hidup.” Itu kata terakhir Scoth sebelum dia mati, pecah dan lenyap.

“Tak-tak-tak-TAK!!! Uncle!!” Jerit Scy memeluk tubuh. Dia memandang kearah Titans durjana itu dengan renungan yang penuh dengan rasa dendam dan marah yang amat. Dia tap open senjatanya yang paling kuat dan acuhkannya kearah Mata Titans tersebut.


“DIE!!” jeritnya dan peluru senjata itu meluncur laju dan kena tepat pada mata kiri Titans tersebut.

Titan itu menjerit kesakitan dan bar life raksasa itu turun ke kuning. Scy menembak satu lagi peluru ke mata Kanan Titans tersebut. kena pada sasaran. Titan itu mati dengan serta merta.





Scy memakai kedua rewards yang dia dapat dan memandang kearah Toshiro dengan wajah yang tersangatlah sedih. Air mata bergelinang turun ke pipi. “Shiro-Nii… sekarang Scy nak kemana?? Scy dah takda sesiapa lagi..”

Toshiro mendekati scy dan mengusap lembut kepalanya sebelum memeluk Scy. “Scy masih ada abang. Apa kata Scy ikut abang masuk Royal Blood Oath. Scy takkan bersendirian lagi, Scy akan sentiasa bersama Abang.” Katanya dengan lembut.

Scy hanya mengangguk, tambah menangis dalam dakapan Toshiro. Kau hanya anggap aku sebagai adik je ke? Kenapa adik? Tak boleh ke lebih dari seorang adik? Kenapa semua anggap aku sebagai seorang adik je? Desis hati Scy menjerit sebenarnya dia tak mahu dianggap sebagai adik oleh Toshiro tapi… apakan daya, dia tak boleh kata tidak kerana jika dia cakap cam tu bermaksud dia dah takda sesiapa lagi. Dia tak nak bersendirian, dia paling tak suka benda tu terjadi. Biarlah dia jadi seorang adik, asalkan Toshiro berada disisinya. Itu yang penting.

Toshiro dan Scy berada di gerbang transportation floor dimana tempat itu sahajalah mereka boleh berpindah dari tingkat ke tingkat lain. Tronsportation stone pula hanya untuk tukar tempat ke tempat lain hanya di tingkat itu sahaja.

“Ready Scy?” Soal Toshiro memegang tangan Scy

Scy mengeratkan tangan Toshiro dan mengangguk. wajahnya blushing. “Ready. Ini first time aku ke front line. So, please take care of me Shiro-nii…”

“Sudah tentu.” Toshiro turut tersenyum manis. “Transport! 38th Floor!” dengan itu, mereka pergi ke Tingkat 38 dimana guild Royal Blood berada.


<><><><><><><><><><> 
“So, Scyntilla. Kamu nak join in Guild kami?” Soal president Royal Blood Oath, HighLifth. Dia duduk di meja panjang bersama dengan enam lagi ketua. Memandang kearah Toshiro dan Scy.

Scy mengangguk. “Boleh kan?”

HighLifth mengangguk dengan senyumannya. “Tentu boleh. kami alu-alukan pemain handal seperti kamu. Harap kamu boleh sumbangkan tenaga untuk persatuan ni.”

Scy mengangguk. “Scy akan! Jangan risau.”

Highlifth tertawa kecil melihat semangat perempuan itu dan berpaling kearah Toshiro. “Kau nak dia jadi Apprentice kamu? Tapi dia penembak. Cam mana kau nak latih dia?”

“jangan risau, walaupun kami menggunakan senjata berlainan, itu tidak menghalang aku dari mengajarnya cara untuk berlawan dan mempertahankan diri.” Toshiro kata dengan nada yang serius. Ini kali pertama Scy lihat wajah Toshiro sebegitu rupa.

“Baiklah. Saya harap kamu tak hampakan kami semua.”

Toshiro dan Scy tunduk hormat. “Kami takkan Tuan.”

“Tuan! Tuan!” kedengaran seorang pemain berperanan sebagai askar di Royal Blood Oath masuk kedalam bilik utama dimana Highlifth berada bersama Toshiro dan Scy. “Ada berita baru!” Katanya sambil menghulurkan surat khabar kepada president mereka.

Highlifth mengambil surat itu dengan senyuman manis. “Terima kasih. Berita baru apa lagi ni? dah Toshiro bawa member baru sebagai apprenticenya sekarang apa pula?”



Highlifth membaca berita hangat itu dan tersenyum gembira. “Beater ye? Nampaknya Pemain ni memang handal.”



Comments

Popular Posts