NCK: Bab 6
“Tak.”
“Huh? Kenapa?” Soal Toshiro menyembunyikan senyuman nakalnya.
Akira meramas mukanya tahu apa yang Rivalnya satu ni nak buat. “Aku
kata tak. Maksudnya Tak.”
Toshiro cuba menahan dirinya dari mengukirkan senyuman di wajahnya.
“Dude, ia untuk kebaikan semuanya. You have to face it sooner or later.”
“I hope later, not Now!” sahut Akira cuba menahan dirinya
dari meletup depan orang ramai. “Kenapa kau tak cakap aku akan berjumpa dengan
Tomboy tu? kau tahu tak dia tu spisis jenis apa di dunia ni?”
Toshiro memeluk tubuh hanya tersenyum masih lagi menahan tawanya
dari berderai. “A-Apa?”
“That’s what I mean. Aku sendiri tak tahu dia tu spisis apa dalam
dunia ni. She’s unknown spicies for crying out loud!”
Toshiro mengangguk sambil mengusap dagunya dia tertarik nak tahu apa
akan jadi lepas ni. “So, kau rasa dia tu ‘spisis’ apa?”
Akira mengeluh. “Spisis wanita pada zaman neolitik yang hanya tahu
membunuh makhluk lemah dan bepersonaliti ganas seperti binatang buas dalam
hutan safari!”
Toshiro hanya keluarkan tawa kecil dan selebihnya masih di tahan.
“Dan?”
Akira memutarkan bola matanya. “Cam je kau tak kenal tomboy tu.
Kalau dia masuk Puak Umbra, dah tentu dia menjadi ‘the most wanted’ dalam list
penjenayah Permainan NCK!!!”
Toshiro menjeling kearah Akira beberapa kali memberi signal kepada
Akira. “nahaslah kau.”
“Kau panggil aku apa?”
Akira terus kecutkan diri seperti mana perutnya kecut ketakutan
sebaik sahaja mendengar nada suara yang menggerunkan datang dari belakangnya.
“Toshiro, kau memang cari gaduhkan?”
Toshiro hanya mengangkat bahu terhibur melihat apa yang terjadi
sekarang ni.
Akira berputar memandang perempuan menggerunkan dalam dunia dan
tersengih. “H-Hades…”
Hades yang memeluk tubuh dengan wajah menakutkan hingga buat orang
tak tidur malam selama hari lima malam
tertampal di mukanya. “unknown spicies,
huh? Wanita zaman neolitik??? Seperti binatang buas hutan safari???” Hades
menumbuk-numbuk tapak tangannya bersedia nak belasah lelaki pondan di depannya.
“Most wanted criminal???! That’s it,
pondan! Kau dah cross the line!”
Medeis dan Luciey segera menahan Hades dari membunuh lelaki paling
dia benci dalam dunia. “Lepaskan aku! Biar aku cincang cincang badan pondan
satu ni bagi makan kat Cyril!! Lepaskan aku!!!”
“Pondan?? Dah berapa kali aku cakap kat kau yang aku ambil avatar
perempuan ada sebab! Kau tak faham bahasa ke!”
Akira pula naik berang akibat di panggil Pondan. “Aku lelaki tulen! 100%
man made for crying out loud woman!!”
“Pondan tetap pondan dan kau tak boleh menafikannya sebab ia.dah.terbukti!” jerit Hades pula taknak
kalah. Dia cakap benda yang betul. Akira guna avatar perempuan dalam FDO dan
itu bermaksud dia pondan. Muktamad!
Toshiro dan Loky tertawa besar melihat dua musuh ketat ini memaki
hamun sesame sendiri tanpa hent. Nasib baik mereka di taman awam kalau dalam
kedai, dah tentu mereka kena tendang keluar sebab mengganggu ketenteraman
pelanggannya.
“Hades! Dah-dah lah tu.” Pujuk Luciey menarik perempuan yang dia
sendiri tak sangka kuat sangat dari terlepas membaham Akira hidup-hidup.
Medeis memandang kearah Toshiro yang senang-senang mentertawakan
orang. “Not helping here!!”
Toshiro menelan semua tawanya bila Nampak Medeis memberi amaran dan
mengangguk. “Akira, kau patut faham perasaan seorang perempuan. Mereka
sensitive.”
Akira dan Hades menjeling kearah toshiro secara serentak.
“aku tak sensitive!”
“Dia bukan perempuan!”
Hades kembali memandang musuhnya. “Aku bukan perempuan? Jadi aku ni
apa; unknown spicies maybe?!”
“Ya! Kau spisis yang tak di kenali!”
“Toshiro!” jerit Luciey dan Medeis marah. Itu buat keadaan makin
teruk bukan tenangkan!!
Loky menggeleng melihat mereka bergaduh cam anjing dan kucing.
“Jangan risau korang, kata orang tua.. kalau mereka suka bergaduh itu bermaksud
mereka suka sesama sendiri.”
Hades dan Akira berhenti menyalak dan berdengus berpaling arah lain
selain orang yang paling meluat bagi mereka.
Medeis dan Luciey akhirnya melepaskan Hades setelah mendapat
kepastian yang Hades dah berhenti meroyan.
Toshiro pula berdehem membersihkan tekaknya setelah ketawa pecah
perut. “Okay, back to business.”
Mereka kembali duduk di meja tersedia dalam gazebo taman tersebut
dan mulakan perbincangan mereka.
“Okay, apa yang korang dapat tentang Accel?” soal Akira memandang
kearah geng mereka.
“Kami tak dapat banyak sangat Cuma teori.” Kata Loky. “Kalau Accel
ada kena mengena dengan perantis Ayaka dan masih hidup… kemungkinan besar Accel
terperangkap dalam permainan NCK”
“berita baiknya ialah Accel masih hidup.” Kata Toshiro membuat yang
lain terkejut termasuk Akira.
“Dude, kenapa kau tak cakap Accel masih hidup?”
“kan aku dah kata time aku beritahu kau tentang mesej Ayaka tu?
Akira menggaru kepalanya yang tak gatal. “Aku ingatkan kau cakap
pasal kubur Accel.” Mereka terTawa kecil.
“Stupid.” Bisik Hades tapi Akira mendengarnya.
“Tomboy.”
“Pondan.”
Ini buat Akira naik berang. “AKu kata aku tak po—”
“Dah!” sampuk Medeis. “Aku tak kuasa nak dengar korang bertekak 24
hour. Toshiro, cam mana kau tahu Accel masih hidup?”
“Aku dapat mesej dari Ayaka dalam nerve gear lama ku. Dia kata Accel
masih hidup dan orang yang tahu di mana Accel sekarang ialah lelaki bernama
Yuki Kinamoto.”
“nanti-nanti… kau guna Nerve gear untuk main NCK? Kau tahu tak nerve
gear tu boleh membunuh kalau kau mati dalam permainan maya?” potong Luciey
risau.
“Ya aku tahu sebab tu aku keluarkan chip destruction dalam Nerve
gear tu. so, ia selamat di gunakan.”
Loky mengusap dagunya. “Aku pernah dengar nama Minamoto ni… tapi di
mana ya? Oh!” Dia memetik jari membuat yang lain tumpuhkan perhatian pada Loky.
“Encik Minamoto tu Luciey, pemilik syarikat tempat Papa kerja.”
Luciey mengangguk setuju. “Oh ya! Dia lelaki berpengaruh di
Nadeshiko ni. So, kau rasa dia tahu di mana Accel berada? Tapi apa hubungannya
dengan Accel?”
Akira dan Toshiro mengangkat bahu. Medeis pula segera mengeluarkan
smartphonenya dan search keluarga Minamoto. “Oh! Look here!”
Dia zoom in gambar yang dia jumpa dan tunjukkan kepada mereka. “Ini…
Accel kan?”
Mereka melihat gambar keluarga minamoto yang ada dua orang anak,
satu lelaki dan satu perempuan yang berumur awal belasan tahun.
“Ini budak yang serbu masuk pejabat Izumi. Jadi, dia dan Accel adik
beradik?” Akira memandang kearah Toshiro.
“Kita kena cari budak ni. Akira, kau ingat tak apa dia dan Izumi
gaduhkan time tu?”
Akira menggeleng. “Yang aku ingat budak tu soal kenapa perempuan
bernama Himiko ke tak silap aku nama dia…. Terlentar di katil dan akan
berkahwin dalam keadaan tak sedarkan diri dengan Izumi. Aku rasa perempuan tu
mesti mangsa 300 pemain juga kan?”
Medeis yang membaca article tentang keluarga Minamoto tu terkejut
beruk. “Akira…. Kau pasti ke nama perempuan tu Himiko?”
Akira menjungkit kening. “Kenapa?”
Medeis memandang wajah mereka satu persatu. “Aku pasti perempuan
yang kau cakapkan nak kahwin dengan perantis Ayaka tu bukan Himiko tapi
Kumiko.”
Toshiro memetik jari. “Ah ya! Kumiko. siapa perempuan tu?”
Medeis kelihatan seperti orang yang baru Nampak hantu. “Kumiko tu
ialah kakak budak Yuki ni dan dia adalah… Accel.”
><><><><><
“Ack!”
Accel tersandung ketanah kerana khusyuk memerhatikan sekelilingnya
dan bukan di depannya. “Sheesh… kenapa kawasan Puak Umbra ni menakutkan
sangat.” Dia bangun dan bersihkan habuk di bajunya. Dia tetiba berhenti
membersihkan badan bila dia rasa sesuatu benda tajam mencucuk belakangnya.
Accel dengan perlahannya mengangkat tangan. “aku datang secara
aman.”
“Semua pemain cakap cam tu.” kata perempuan bertopeng yang menyucuk
belakang Accel. “Nama.”
“Accel.”
Perempuan itu menarik sengih. “Beater palsu lagi? Kau ke orang yang
kalahkan Richeal dari Puak Machinor tu?” Accel mengangguk. “APa tujuan kau ke
sini? Nak upah assassin untuk balas dendam atau nak maklumat berharga?”
“Neither.”
Perempuan itu menjungkit kening. “Jadi, apa tujuan kau kalau bukan
dua tu?”
Accel berputar memandang perempuan bertopeng itu dan tersenyum
nipis. “Kali ni, aku yang bawa maklumat untuk kamu.”
“Speak up. Apa maklumatnya tu?”
Accel menggeleng. “Take me to your leader.”
Perempuan itu terkejut dengar ayat Accel dan tertawa besar. “Kau
ingat ini cerita Man In Black ke ‘take me to your leader’…” dia buat nada alien
dan tertawa lagi. “Okay, you’re cool.”
Accel tertawa kecil. “Siapa nama kau?”
Perempuan itu membuka topengnya dan tersenyum. “Lyca dan kau ialah
Accel. So, kenapa kau di sini? Selalunya orang yang datang sini minta
pertolongan dari kami untuk selesaikan kerja kotor.”
“Really? Korang ni kejam sangat ke?”
Lyca menggeleng dan menyuruh Accel mengekorinya masuk ke dalam
Bandar Umbra. “Tak juga, kami lebih kepada bekerja sendiri dari bekerja
berkumpulan.”
“Hmm… cam beater lah. Suka Solo.” Kata Accel puji diri sendiri. Ala…
tiada siapa percaya yang dia beater sebenar sebab mereka fikir Beater dah mati
di bunuh Ayaka.
“Yup! Kebanyakan pemain sini jadi Puak Umbra kerana nak jadi seperti
Beater dan kau tahu tak berapa banyak pemain Umbra bernama Accel atau Beater?”
Accel menggeleng. “Banyak ke?”
Lyca mengangguk. “Sangat banyak sehingga kami beri mereka nickname
khas. Nampak ni.” Lyca memandang sekelilingnya yang kosong seperti tiada
penduduk tinggal di tempat mereka. Dia tarik nafas dalam. “ACCEL! BEATER! ADA
ORANG NAK JUMPA KORANG!!!!”
Accel terkejut mendengar Lyca menjerit namanya dan nama gelarannya
ke udara dan lebih sedozen pemain Umbra keluar dari tempat persembunyian
mereka, berkumpul di depannya.
“Ini ialah pemain-pemain fanatic Accel si Beater FDO.”
Accel memandang kesemua 14 pemain di depannya. Kebanyakannya
perempuan dan 3 lelaki.
“Lelaki sebagai Accel?”
Lyca tertawa membuat 3 pemain Umbra tu naik marah. “Tak, mereka
ambil nama Beater je. Dan 11 orang lagi ni ada nama Accel dan juga Beater.”
Lyca memandang 14 kawannya dengan senyuman nakal. “Guys, dah dengar berita
tentang seorang lagi Accel muncul dan kalahkan Richeal?” Mereka mengangguk.
“Here she is but sekarang bukan masa untuk puji kehebatan idola korang.”
Katanya bila Nampak 14 pemain ini mula teruja. “Kami nak berjumpa denga Lady
Quinn sebab urusan penting. Jom Accel.”
Accel mengangguk dan mengekori Lyca ke rumah agam terbesar di tempat
itu. Well, satu-satunya rumah agam di tempat tu.
“Lady Quinn, kita ada tetamu.”
Lady Quinn yang sedang membaca dalam library mininya mendongak
memandang orang bawahannya yang paling setia. “SIapa yang berani datang sini?
Lord Crumb tu ke?”
Lyca tertawa kecil mendengar nada marah Lady Quinn. “Tak, pemain
yang agak terkenal di pulau ni. Accel.”
Lady Quinn bangun dari meja kerjanya dan letak buku yang dia baca di
tempatnya semula dan cari buku lain. “Accel yang mana? Banyak Accel aku kenal
di tempat ni.”
Accel menahan tawanya teringatkan 14 pemain Accel atau Beater yang
dia jumpa tadi.
“Dia Accel yang lain lah. Accel yang dah kalahkan Richeal.”
Pencarian buku Lady Quinn tertangguh dan akhirnya berputar memandang
Lyca dan Accel. “Oh, jadi khabar angin tu betul lah ye.” Lady Quinn mendekati
mereka. “Jadi apa tujuan Accel ni datang ke sini? Nak minta bantuan?”
Accel menggeleng. “Aku di sini untuk membantu kamu.”
Lady Quinn mula berminat dengan ayat pertama Accel kepadanya.
“Interesting, tiada siapa dari Puak lain akan bantu kami. Kenapa kau nak bantu
kami dan apa yang kami perlukan bantuan dari kau?”
“Aku dengar kau sebut nama Lord Crumb. Dia pernah datang sini? Apa
tujuannya jumpa kau?”
“Tujuan?” Lady Quinn menarik sengih. “Untuk dapatkan Anchient Scroll
dari Puak Sylph.”
“kenapa?”
Lady Quinn memandang wajah Accel buat seketika sebelum kembali duduk
di meja kerjanya. “Well, Accel... Kamu tahu tak setiap Puak mempunyai
keistimewaan tersendiri?”
Accel mengangguk. Dia dapat tahu dari seorang pemain puak Domitor.
“Ya..”
“You see, Kami Puak Umbra di sangka sebagai villain atau assassin
dalam dunia ni tapi sebenarnya pemain dari puak ni tak seperti Puak lain. Kami
lebih suka bergerak sendiri dari berkumpulan dan kami selalu di anggap assassin
kerana library ni.” Dia depahkan tangan ke sekelilingnya. “Kami memegang segala
rahsia tentang tempat ni, sejarah dan juga yang baru berlaku.”
Accel mengangguk kagum. “Jadi kau tau apa fungsi ancheant scroll
tu?”
Lady Quinn mengangguk. “Ancheant Scroll adalah kunci untuk naik ke
Nura Castle. Kita semua tahu untuk lulus ujian Noble tribe tu adalah mustahil
sebab Heaven Guard yang superly powerful. Walaupun mereka berjaya kalahkan
heaven guard, pelindung halimunan istana tu masih terkunci dan untuk membukanya
ialah dengan menggunakan Ancheant Scroll.”
Accel tersenyum, Menarik ni. “So, Mereka akan menjadi Noble Tribe
setelah dapat Ancheant Scroll dan tumpaskan musuh mereka.”
Lady Quinn tertawa kecil membuat Accel blur. “Mereka takkan sampai
ke sana tanpa pemain Sylph sebab hanya pemain Sylph je yang boleh membuka
Ancheant Scroll tu.”
“Ouch.... sedihnya. Mereka tak tahu kan pasal ni?”
Lady Quinn menggeleng. “Mereka gelojoh sangat untuk dapatkan skrol
tu hingga tak nak dengar penerangan aku. Anyways, apa bantuan yang kau nak
berikan kepada kami?”
“Oh ya, hampir terlupa.” Accel tertawa kecil. “Lady Quinn, we are
going to crash their party.”
Lady Quinn suka cara Accel berkata-kata. Penuh determination dan
misterious. “I’m listening.”
><><><><><
Scy berada di depan condonya sedang menunggu seseorang yang berjanji
untuk mengambilnya ni hari. Katanya dalam masa 15 minit, lelaki tu akan
mengambil dia tapi ini dah masuk 30 minit.
“Aku akan bunuh dia.” Bisiknya menahan marah.
Sebuah Kereta hitam datang dari kanan berhenti tepat di depan Scy.
Tingkap kereta belakang terbuka menayangkan wajah Yuki Yamamoto di dalamnya.
“Yo! Sorry lambat.”
Scy mencebik. “maaf tak di terima. Bagi aku sebab kenapa kau
lambat.”
Yuki mengusap lehernya rasa bersalah. “A-Aku... urrm... well....”
“Well?” Scy memeluk tubuh menunggu jawapan Yuki.
“Just come inside dan aku tunjukkan kau sebab aku lambat. Kan aku
kata ni hari kita ke suatu tempat” Yuki membuka pintu kereta dan slide lebih
dalam beri ruang kepada Scy.
Scy masih teragak-agak nak masuk sebab pertemuan pertama mereka,
Yuki a.k.a classier culik dia ke amusment park untuk bermain seharian. Bila Scy
nak balik, Yuki tetiba je kiss pipinya kata ‘thanks for the wonderful date’.
Sebenarnya Scy berharap nak ‘date’ dengan Yuki lagi tapi dia takkan beritahu
lelaki ni tentang tu. Buat malu je nanti.
“Coming or not?”
Scy mengeluh dan masuk kedalam kereta. “Okay, kita nak ke mana kali
ni?” Soal Scy sebaik sahaja driver start memandu.
“Ingat kan pertemuan pertama kita?” Scy naik merah teringatkan kiss tadi
dan mengangguk. “Kau soal aku cam mana aku tahu siapa diri kau sebagai Scy
dalam HDe’O dan pasal Beater...”
Warna merah pada wajah Scy redah. “Ya, kau belum jawab soalan ku
lagi.”
Yuki memandang wajah Scy dan tersenyum nipis. “Ni hari aku akan
beritahu kau semuanya tapi jangan terkejut pula.”
Scy mula rasa tak sedap hati ke tempat mereka pergi sekarang ni.
“K-kau takutkan aku ke?”
Yuki tertawa kecil dan menggeleng. “Tak lah.”
“Tuan Muda, kita dah sampai.”
Scy memandang kearah Luar tingkap dan mengetahui mereka berada di
hospital swasta.
“Jom.” Yuki keluar dari Kereta, begitu juga Scy.
“Apa kita buat di sini?”
Yuki menghulurkan tangannya kearah Scy dan tanpa banyak soal, dia
menyambutnya. Scy dapati tangan Yuki yang sejuk sepertinya dia dalam ketakutan.
Mereka berdua masuk ke dalam hospital dan naik elevator. “Aku selalu
rasa takut setiap kali aku ke sini.”
Scy memandang tangan mereka. Yuki eratkan genggaman mereka
sepertinya perlukan sedikit dorongan. “kenapa?”
“Well, seorang yang aku sangat sayangi terlentar di katil hospital
hampir 2 tahun dan tidak tahu bila dia akan sedarkan diri.” Yuki tertawa
gementar. “Setiap langkah aku ke bilik tu, macam-macam berita buruk yang muncul
di mindaku. Berita yang aku takuti ialah... Dia mati.”
Scy menggenggam erat tangan Yuki dengan kedua tangannya. “Jangan
fikir cam tu, tentu orang yang kau sayangi tu seorang yang tabah sebab sampai
sekarang dia masih bertahan. Kau jangan pernah putus asa berharap yang dia akan
sedar satu hari nanti.”
Yuki mengangguk. “Aku harap bukan aku je yang berharap dia akan
bangun sebab.... semua kawan-kawannya ingatkan dia mati. Sekarang hanya aku
sendiri yang menolong dia teruskan hidup dan sekarang aku perlukan kau untuk
sokong dia juga.”
Scy tersenyum kecil, tak tahu kenapa Yuki buat jantungnya berdegup
dengan kencang dan gembira pada masa yang sama.
Pintu Elevator terbuka dan mereka mula bergerak ke satu bilik
pesakit VIP. Scy tetiba rasa gementar setiap langkah dia ambil untuk ke bilik
tersebut. Adakah kerana untuk berjumpa dengan orang yang Yuki katakan itu atau
benda lain.
Bila dia masuk sahaja pintu pesakit itu, Scy rasa seperti berada di
antara mimpi indah dan mimpi ngeri kerana dia melihat Accel terlentar di atas
katil bernyawa tapi kelihatan sangat
pucat bersama pelbagai jenis wayar dan hos di sekelilingnya
“Accel….”
Comments
Post a Comment