Rose Princesses: Misterious kidnapper
Chapter 2
Viola dan Fiona sedang berjalan dibandar sedang mencari
hadiah untuk menceriakan Luna selepas break up dengan Kyoya.
“Vee, kau rasa Luna suka apa?” Fiona melihat setiap kedai
yang mereka lalu kalau-kalau ada barang yang berkaitan dengan benda yang Luna
suka.
Viola memeluk tubuh kerana kesejukan. Entah kenapa dia kena
ikut adiknya keluar time sejuk cam ni hanya untuk carikan cheer up present
untuk Luna. “Diakan suka melukis, apakata belikan dia satu set cat lukisan
baru?”
Fiona menggeleng. “Mea dah hadiahkan tu time birthdaynya.”
Fiona meniup telapak tangannya kerana sejuk. “Vee, kau ingat tak buku yang Luna
terima setiap tiga hari tu?”
Viola memandang kearah Fiona. “Kenapa? Kau tahu siapa ke?”
Fiona menggeleng dan tersenyum. “Tak, tapi bagus juga kalau
kita tahu siapa lelaki yang bagi buku merepek tu ke Luna. Boleh jodohkan
dorang.” Dia mengangkat kening double jerk.
Viola tertawa mendengar ayat Fiona. “Mamat mana yang hantar
buku-buku tu memang tahu Luna sangat! Mungkin stalker tak?”
Langkah mereka terhenti apabila terlihat seorang lelaki
berbaju pelik bersandar di tiang lampu jalan seperti menunggu seseorang.
Tanpa teragak-agak, mereka mendekati lelaki tersebut untuk
mulakan hobi mereka. Di pandang dari atas kebawah lelaki lingkungan awal 40
tahun ini. Rasa nak tergelak nampak slyte misai askarnya yang bewarna coklat.
Tak gatal ke misai pakcik tu desis hati Fiona. Rasa ingin
tahu juga apa pakcik bulu di mulut tu buat di tempat tu.
Viola menyapa orang tua tersebut. “Pakcik.. ooohh tok, atok
ni pengawal di raja ke? Puteri mana shopping time winter ni?”
Fiona memandang wajah lelaki tersebut. Kelihatan serius
dengan tugasnya. “Woah… misai atok memang hebat. Buat dimana?” Dia mengangkat
kening tiga kali.
Viola dan Fiona ber-high five dihadapan orang tua tersebut.
Tangan mereka masih melekat dan memandang bodyguard tersebut dengan wajah puppy
face. “Pakcik… tunggu siapa?”
Orang itu tersenyum memandang mereka berdua. “Tunggu kamu.”
“Apa?”
OXOXOXOXO
Mea berada disebuah kafe yang tidak jauh dari rumah mereka
sedang mencari inspirasi untuk design baju baru. Dia selalu duduk ditepi
tingkap melihat kawasan sekeliling jika ada orang yang lalu lalang boleh
memberi dia sedikit inspirasi.
Tangannya bersedia dengan sebatang pensel dan satu sketch
book kecil untuk melukis baju terkini.
“Fesyen yang simple, bergaya tapi diguna seharian. Preppy
style?” Mea menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan menggunakan belakang
pensel. “Hmmm…..” tangannya mula melakar baju yang terlintas dimindanya.
Mea melihat hasil karyanya dan menggeleng. Tak ini terlampau
simple desis hatinya tukar ke kertas kosong.
“Cik adik sedang buat apa?” seorang lelaki datang mendekati
Mea yang pening memikirkan Idea.
Mea mendongakkan kepalanya melihat lelaki mana yang
menyapanya. Dia menahan gelak apabila lelaki tersebut berpakaian seperti
pengawal di raja. “Ada pertandingan cos-play ke?”
Lelaki itu tersenyum dan tunduk hormat. “Boleh saya duduk?”
Mea mengangguk mempersilahkan lelaki tersebut duduk
dihadapannya. “boleh. Lagipun, kau boleh jadi inspirasiku.” Mea tersenyum
melihat lelaki yang terlalu feeling dalam watak pengawalnya. Hensem juga mamat
ni, tapi cos-player. Tak nak lah desis hati Mea.
Lelaki tersebut ketawa kecil. “Terima kasih Cik Mea.”
“Tak, Than….” Mea terhenti apabila menyedari lelaki yang
tidak dikenali itu menyebut namanya. “Cam mana kau boleh tahu namaku?”
“Sebab Cik Mealah yang saya cari selama ni.”
“excuse me?”
OXOXOXO
Luna yang berada dirumah rasa tak senang hati. Ulang-aling
dari ruang tamu ke dapur, risau tentang Dua Kembar tersebut yang belum balik
lagi.
Dorang dua memang buat orang resah desis hati Luna. Kakinya
penat berjalan mundar mandir dan dia ambil keputusan untuk duduk diam di sofa
ruang tamu sambil membaca buku. Sabarkan diri menunggu yang lain pulang ke
rumah.
Buku ‘The Tales of Heroes.’ disambung baca. Mengisahkan
empat wanita yang memegang gelaran rose princesses bertanggungjawab untuk
melindungi Robella dari kejahatan. Walaupu ia hanya salahsatu cerita yang dia
dapat dari penerima misteri, Luna tetap membacanya untuk mengisi masa lapang
selain dari melukis.
Dahi Luna berkerut. Robella? Aku rasa aku dah baca tentang
kerajaan ni. Melindungi Robella dari penjahat yang bernama Lycant tak silap aku
desis hati Luna. Dia menyambung bacaannya walaupun rasa curiga dengan buku-buku
yang dia baca separuhnya ada yang berkaitan.
Lycant…. Macam pernah dengar desis hatinya lagi terfikir
balik nama musuh Robella itu.
“Rose Princesses mempunyai tiga kali Awakening. Yang pertama,
menjalinkan hubungan kepercayaan. Kedua, menjalinkan hubungan Keyakinan dan
ketiga, hubungan….. apa?” Luna tertawa apabila membaca awakening yang ketiga.
Memang mengarut! Desis hati Luna. “Adakah menjalinkan hubungan yang berkekalan?
Lesbian ke apa Puteri Rose ni?” Dia memegang perutnya menahan ketawa dan
sambung membaca.
…… untuk Awakening
ketiga, Rose princess haruslah bersatu dengan pasangannya dengan melalui
perkahwinan. Tetapi perkahwinan ini berdasarkan cinta sejati barulah awakening
ketiga wujud didalam diri mereka….
Kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu
datang melawat. Luna rasa sedikit janggal. Kalau si kembar, tentu dorang barge
in jak. Kalau Mea pula lama lagi dia balik, dia kata jam 12 dia balik. Ini baru
jam 11. Kalau Mr. D? tak mungkin dia datang awal kerana keselamatannya yang
ketat.
Luna bangun dari sofanya dan berjalan kearah pintu utama.
“Siapa tu?” Soal Luna berhati-hati. Tiada siapa yang berani datang ke sarang
singa betina tanpa beritahu dahulu. “Cakap siapa diluar?”
Luna hanya berdiri 10 meter jauh dari pintu rumahnya apabila
tiada yang menjawab. Butang loceng ditekan lagi beberapa kali membuat Luna
semakin takut. Buku digenggam dengan erat tanda berjaga-jaga, menjadi senjata
mempertahankan diri.
Loceng ditekan banyak kali bartambah laju membuat bulu roma
Luna remang satu badan. “Vee, Fee… itu tak lucu! Hentikan sekarang!”
Pintu yang berkunci terbuka dengan kasar dan angin kuat
masuk kedalam membuat Luna susah buka mata melihat siapa dihadapan pintunya
berdiri tegak memandangnya.
Dia mendepakan tangannya kearah Luna dan dengan sekelip mata
Luna pitam tidak sedarkan diri.
“It’s time to go my beloved princess.”
XOXOXOX
Fiona membuka matanya dan menyedari yang dia berada di atas
katil bersaiz king. Dia memandang sekeliling.
Bukan rumah…. Itu perkara pertama yang terlintas di mindanya. Dia
memandang tubuh badannya dan menghembus nafas lega.
“masih ada.” Katanya lega dia masih berbaju lengkap. “Vee….
Vee!” Fiona segera melompat turun dari katil dan berlari keluar mencari
kakaknya. Tetapi sebaik sahaja dia membuka double door berwarna putih telur,
ternampak berbagai jenis dress tersusun di bilik yang bersaiz sama seperti
biliknya dengan Viola.
“APA KES!” jeritnya terkejut melihat baju yang kelihatan
sangat mahal dan gown yang diperbuat dari suterra mahal itu. “Adakah closet
sebesar bilik tidur kami? Orang yang culik aku lebih kaya dari kami dan Luna.”
Dia menggeleng kepalanya. Bukan sekarang nak puji penculik. Kena cari Vee desis
hatinya dan segera membuka pintu yang tidak jauh dari pintu closet tersebut.
Dia tersenyum apabila melihat Violet tertidur lena di atas
katil tersebut dengan senyuman. Dia agak terkejut juga yang bilik mereka
terhubung.
Fiona mendekatinya
dengan senyap takut bangunkan kakaknya. Dia melihat wajah Violet yang kelihatan
tenang dengan senyuman terukir diwajahnya. “sweetdream lahtu.” Muka Fiona yang
tersenyum terus berubah menjadi riak wajah tidak puas hati. “TAK ACIH!!” dia
menjerit di sebelah telinga Viola.
“Mak! Luna kena pan…” ayatnya tak kesampaian apabila dia
sedar yang dia di bilik yang tidak dikenali bersama dengan Fiona yang kelihatan
marah. “Fee? Di mana kita?”
“In hell.” Katanya dan duduk di sebelah Viola. Fiona
tersenyum. “Luna kena apa? Pancake? Pan….”
Viola berdengus. “Pancinglah!” kacau je orang mimpi desis
hatinya. “Aku mimpi kita pancing ikan yang bernama Luna di tasik malam yang di
pancar oleh bulan penuh yang indah dan cuba teka….”
Fiona mengangkat bahu. “Apa? Apa?”
Viola tersenyum nakal. “Mea jadi cacingnya.”
Fiona ketawa pecah perut. Tak sangka mereka akhirnya dapat
‘pancing’ Luna yang sekian lama mereka ingin buat dan Mea sebagai bahan
pancingan memang buat orang pecah perut.
Tapi, Viola menunjukkan muka ketat.“Tapi.. apa petandanya
tu? kita dapat kenakan Luna dengan gunakan Mea ke? Kan Luna jadi Devil kalau
kita prank dia.”
Fiona menahan ketawanya. “Walau… walauapapun, jom keluar
dari tempat ni sebelum atok misai tebal dengan konco-konco misainya datang.”
Viola mengangguk dan dengan senyapnya mereka keluar.
Sesenyap mungkin supaya isi rumah tersebut tidak sedari pemergian mereka.
XOXOXOX
“AHHH!!!!”
“apa tu?” Soal Viola seolah-olah berbisik.
Fiona mengangkat bahu. “mungkin orang kena dera kot?”
Remang bulu roma si kembar dan segera bergerak sesenyap yang
mungkin sebelum mereka jadi mangsa seterusnya.
“Comelnya! Elegent! Funky!!” jerit Mea memuji setiap helaian
pakaian yang tergantung di closet sebesar biliknya itu. “Gown sutera yang
saaaangggatt berkualiti! Sangat cantik!”
Dia mengeluh kecil dan keluar dari closet tersebut. Memandang
semua baju-baju buat kali terakhir. “Aku kena lari walaupun mereka tahu
kelemahan aku. Well, yang penting aku dapat Idea untuk fesyen baru!” dia
tersenyum nipis dan menutup pintu closet tersebut.
Dia melihat sekeliling bilik yang penuh dengan ukiran yang
cantik bertemakan putih emas bagaikan bilik di dalam istana. “Apa kes nak culik
orang miskin cam aku ni? Nak jadi wang tebusan dengan siapa?” Mea mengeluh
kecil.
Mana ada orang nak culik orang miskin, aku dahlah penniless,
tumpang rumah orang pula tu… oh! Mungkin dia nak tebus wang dari Luna sebab aku
bestfriendnya? Desis hati Mea. “Baik aku keluar dari sini cepat.”
Tanpa membuang masa dia bergerak keluar dari bilik tersebut sebelum
lelaki cosplayer tu cari dia. Yang hairannya, kenapa pintu tak berkunci dan…
tiada pengawal di depan pintu? Ah, lantaklah! Yang penting dapat keluar desis
hati Mea happy.
XOXOXOX
Luna rasa seperti hidungnya dicucuk-cucuk dengan sesuatu
membuat dia tersedar dari tidurnya.
“A-Choo!!” matanya terus terbuka luas sebaik sahaja bersin.
Dia terpegun melihat suasana di sekelilingnya yang dipenuhi dengan bunga rose
berwarna merah yang mekar dengan indahnya. Kelopak-kelopak bunga tersebut
berterbangan jatuh ke tanah membuat Luna tidak terkata cantiknya suasana
tersebut.
Dia mencapai dan memetik sekuntum bunga ros tersebut dan
menghidunya. “Mama….” Katanya seolah-olah berbisik teringatkan mamanya yang
telah meninggal dunia semasa umurnya 13 tahun. Mamanya selalu membawa dia ke
taman dibelakang rumahnya apabila mamanya pulang dari kerja overseas bersama
papa tirinya. Walaupun hanya untuk seketika, ia cukup bermakna kepada Luna
bersama mamanya di taman rose yang dikhaskan untuk Luna sempena harijadinya
dari mama. Tanpa disedari, air mata bergelinang turun kepipi apabila peristiwa
yang dia ingin lupakan bermain diminda sekali lagi.
“Siapa tu?!”
Luna tersentak dari lamunannya dan memandang kearah suara
tersebut. Terlihat seorang lelaki yang sebaya dengannya menolak dahan pokok
yang menghalangnya dari melihat Luna.
Minho terkejut melihat seorang wanita sedang menangis sambil
memegang sekuntum rose di tangannya. jantungnya berdegup kencang secara
tiba-tiba melihat Luna mengalirkan air mata.
Air mata Luna mengalir semakin deras bagaikan sungai. Perasaannya
tidak dapat ditahan seperti selalu, setiap kali orang melihatnya bersedih, dia
akan cuba sembunyikannya. Tapi tak tahu kenapa, kali ini mulutnya tidak dapat
tersenyum dan air matanya tak henti-henti mengalir.
“H… Hei. Kau apa hal?” Minho ingin mendekatinya untuk
kepastian kenapa perempuan itu menangis di taman privatenya.
“Go away!” Luna menepis tangan Minho dan mengalihkan
pandangannya dari lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia memeluk tubuh
memandang ke tanah rasa sakit hati kerana ada orang melihat dia dalam keadaan
yang lemah.
Berhenti! Berhenti menangis! Kau sebagai anak perempuan dari
syarikat terbesar dunia tidak boleh tunjukkan kelemahan kau! Bodoh!
Hentikannya! Desis hatinya menyumpah serana dirinya sendiri.
Minho meramas rambutnya tidak tahu apa mahu dibuat.
Perempuan ni memang menjengkelkan! Mungkin dia salah satu obsess fan dari
campus ni desis hati Minho. “Hoi, kau buat apa di tempat aku ni hah? Baik kau
keluar dari sini sebelum aku panggil pengawal heret kau keluar.” Katanya
mengugut.
“Shut it! Just shut up!” jerit Luna menutup mukanya yang
merah kerana menangis.
Berspeaking? Dia orang putih ke? Desis hati Minho lagi. “Get
out from my private garden now!”
Luna bangun dari tanah dan menampar muka Minho. “Aku
fahamlah! Tak payah nak ulang dalam BI!”
Apa? Minho terkejut buat kali pertama dalam hidupnya ada
perempuan berani menamparnya. Minho menyentuh pipinya dan memandang wajah
perempuan di depannya. Terkejut sekali lagi melihat wajah marahnya. “Tak
mungkin….”
Luna mengelap air matanya dan bergerak keluar dari taman
tersebut melalui arah dimana Minho muncul.
Minho hanya memandang Luna berjalan lenyap di antara semak
tersebut. “Kenapa wajahnya tadi sama dengan Eliza?” Minho menggeleng keras.
“Tak mungkin perempuan poker face tu Eliza.” Katanya menafikan penglihatannya.
XOXOXOX
Viola dan Fiona sedang bergerak sesenyap semut melalui laluan
yang entah kemana akan bawa mereka. tempat yang sebesar istana ini memang
mengelirukan dan menyakitkan hati. Siapa yang tinggal di rumah ni confirm sesat
tanpa peta.
Langkah mereka terhenti apabila kedengaran hentakan tapak
kaki berjalan dari laluan sebelah kiri.
“Ada orang datang. sembunyi atau serang?” soal Fiona
menunggu arahan kakaknya.
“Serang. Bunyi highheels memang berbeza dari kasut.” Viola
tersenyum nakal.
Mereka bersembunyi diantara patung baju besi menunggu
perempuan tersebut melalui jalan mereka.
“SERANG!”
“AH!!!”
Mea tertunduk menutup telinganya apabila suara nyaring
berteriak dari dua arah.
“Mea!” Viola dan Fiona terkejut melihat Mea ada di istana
bersama mereka.
Mea mendongak dan tersenyum lega. “Twin!”
Viola dan Fiona berdengus. “Sorry salah orang. Jom pergi,
kita kena cari jalan keluar.” Mereka berputar dan berjalan pergi meninggalkan
Mea.
“Wei! Jangan tinggalkan aku!” Mea mengejar mereka. “Vee, Fee
sorrylah aku tak dapat cam korang dua cam Luna. jangan tinggalkan aku.” Mea
buat muka puppy faces memujuk si kembar.
Viola memandang kearah Mea dengan rasa tidak puas hati. “Tak
pa. tak kesah sangat pun, Jom Fee kita cari jalan keluar.”
“Sure, kena cari sebelum Luna risau.” Kata Fiona. Mereka
cuba menyakat Mea. Tak kisahlah dalam keadaan genting atau tidak, mereka tetap
ada masa nak menyakat orang.
Mea rasa sakit hati kerana diabaikan. “kalau aku tak join
sekali, Luna akan risau. Kalau kamu tipu dia confirm kantoi gak kan? Luna tentu
dapat tahu kamu menipu atau tak.” Mea fire ke telinga dua kembar tersebut
membuat mereka berpatah balik mengambil Mea.
Mereka tersenyum sinis. Boleh tahan Mea ni, semakin hari
semakin pandai balas usikan mereka. “Okay-okay. Jom!” Viola dan Fiona berpaut
pada lengan Mea dan menariknya berjalan bersama mereka.
“Tunggu, cik adik sekalian!” suara seorang lelaki dari
belakang membuat mereka bertiga rasa takut.
Tanpa membuang masa, mereka segera melarikan diri tanpa
menoleh kebelakang.
“Lari Mea! Lari!!” jerit Viola menyuruh Mea lajukan
langkahnya.
Fiona memandang Mea
di belakang mereka yang sudah tertangkap. “Mea tertangkap!”
Mereka berhenti melangkah dan berputar kebelakang melihat
Mea ditangkap oleh seorang lelaki yang berbaju casual.
Jonghyun tersenyum sinis menggenggam tangan Mea ke belakang
berhadapan dengan Viola dan Fiona.
“Vee, Fee tolong!” dia cuba bergelut tetapi Jonghyun sangat
kuat. “Lepaslah!”
“Lepaskan Mea!” Jerit Viola menunding kearah Jonghyun.
Fiona membuka langkah bersedia bersama dengan Viola. “Kami
tahu lawan, jangan menyesal kalau dah tumpas.”
“uish… menggigil aku satu badan.” Jonghyun ketawa tidak
takut walau sediiikit pun. “Cubalah kalau berani.”
Fiona dan Viola terus berlari kearah Jonhyun menyerang
lelaki itu. Tetapi, setiap serangan mereka dielak malah, Jonghyun tidak
lepaskan Mea walaupun di serang.
Tiba-tiba, tangan Si kembar terikat tanpa sesiapa datang
mendekati mereka. Mereka berputar ke belakang apabila terdengar tapak kaki
seseorang berjalan mendekati mereka dan
melihat seorang lelaki yang menggoyangkan jari jemarinya seperti mengawal
sesuatu.
Fiona terkejut melihat benang yang mengelilingi mereka
berdua dan datangnya dari jari lelaki tersebut. Tetapi dia hanya berdiam diri
takut untuk bersuara. Vee, apa patut kita buat? desis hatinya risau.
Key tersenyum sinis melihat wajah takut mereka bertiga.
“Masa untuk buat eksperimen.”
Jonghyun tertawa. “Aku bagi perempuan ni kat ‘ketua' kita dan
mereka berdua kita punya. Our puppet.”
Fiona dan Viola teringat tentang jeritan yang mereka dengar
sebentar tadi. Takut mungkin jeritan itu ialah jeritan kesakitan eksperimen
dari lelaki dua itu.
Mea menutup matanya tidak sanggup mengetahui apa yang akan
berlaku kepada mereka sebentar lagi. Luna, kau di mana? Desis hatinya berharap
yang Luna akan datang menolongnya sekali lagi.
“Maaf cik adik, rakan
kamu takkan tolong kamu lagi.” Onew muncul di laluan itu selepas terdengar
suara hati Mea bersama buku ditangannya.
Mea melihat Onew tersenyum memandangnya membuat dia sedikit
blush. Dia dapat baca fikiran aku ke?
“Yup, aku boleh dengar semuanya.” Onew tersenyum bangga.
“Key, Jonghyun lepaskan mereka. tak baik permainkan tetamu terhormat kita.”
“Alah… baru je nak test kuasa dorang tiga ni.” Key memetik
jarinya dan mereka bebas dari ikatan benangnya.
Jonghyun melepaskan Mea dan salute. “Sorry cik adik. Tangan
kau mesti sakitkan?”
Mea memengang pergelangan tangannya dan menggeleng. “Tak.”
Sakit giler woi! Body taklah sasah sangat sampai boleh genggam orang kuat sampai
nak patah! Desis hatinya sumpah serana mamat di hadapannya.
Onew hanya tertawa mendengar rungutan Mea. “Okay-okay,
sorrylah sebab adik-adik aku ni selalu cam ni. Mari ikut saya pergi berjumpa
dengan orang yang bertanggungjawab atas kamu bertiga.” Onew mula berjalan dan
mereka bertiga segera ekori takut mendekati Key dan jonghyun.
Jonghyun dan Key hanya tergelak melihat riak wajah mereka
dan mengekori dari belakang.
“Kau rasa yang mana satu watak mereka?” soal Jonghyun
seolah-olah berbisik kepada Key.
“Tak mungkin salah seorang dari kembar tu ketua. Jadi,
perempuan yang fesyen clothes ni red rose, kembar ni pula putih dan biru.” Kata
Key dengan yakin.
Jonghyun hanya mengangguk setuju. “Tak boleh bantah budak
pandai kan?” Jonghyun menjungkit kening. “Tapi, jangan terlampau yakin.” Kata
Jonghyun memandang belakang Viola. Diperhatikan dua kembar tersebut cuba
mencari perbezaan mereka. tak dah! 100% sama! Desis hatinya
Luna berlari masuk kedalam istana tanpa hala tuju hanya
mengikut hatinya. Tanpa disedari dia tiba di satu bilik dan kurungkan dirinya
dalam bilik tersebut memeluk kaki di hujung penjuru bilik menangis melepaskan
semua yang telah dia pendam selama ini. Tangisan yang ditahan selama bertahun
tahun akhirnya di luahkan didalam bilik tersebut. Tangisannya bergema di ruang
bilik tidur yang bertemakan purple itu.
Beberapa minit telah berlalu, Luna sudah redah dari
kesedihannya dan sedar yang dia berada di dalam bilik tidur kanak-kanak. Dia
tertawa kecil. Rasa amat bodoh kerana berlari ke rumah lelaki tersebut selepas
menamparnya. Tambahan pula dia berada di dalam bilik mungkin bilik adiknya.
Dia bangun dari tempatnya dan bergerak ke tandas yang comel
itu. Menyegarkan muka, memandang matanya yang bengkak selepas menangis.
“Apa patut aku buat?” Luna mengeluh kecil dan mengeluarkan
phonennya. “Tiada signal? Di rumah besar ni tiada signal?!” cam mana nak
contact dorang ni? Hati Luna mula risau. Dia takut nanti mereka risau dia balik
lambat. Dia malas nak tunjukkan muka bengkaknya dengan mereka nanti mereka
menyoal cam detective lagi.
Dia keluar dari bilik tersebut dan mula mencari jalan
keluar. Dia memandang setiap penjuru tempat tersebut. Ini bukan rumah, ini
istana! Desis hati Luna. Dia teruskan berjalan tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling yang serba mewah.
“kamu bertigalah dah lama kami cari selama ni. Ia sudah
menjadi takdir kamu untuk menjadi Rose princesses.” Kata encik Edward kepada
Mea dan si kembar menerangkan takdir mereka menjadi rose princesses.
Mea menggeleng kepala
pening.“Wou.. wou… rewind and stop!” katanya cuba mengutip balik semua
keterangan En. Edward. “Kami sampai ke sini untuk menjadi ‘Rose Princesses kamu
dan dah jadi takdir? Walaupun kami bukan dari sini?”
Teamin mengangguk. “Cam tulah. Kami tau ia memeningkan tapi,
ia kenyataan.”
“Lagipun, Ann juga salah satu dari Rose princesses.” Sambung
Key menepuk bahu Ann cuba menguatkan kepercayaan mereka.
“Betul ke budak? Kau tak tipu kan?” Viola memandang Ann,
tidak percaya dengan Key.
Ann mengangguk laju. “Betul! Rose Princesses ni boleh
upgrade kuasa dengan awakening sebanyak tiga kali dan yang terakhir ialah kuasa
yang paling kuat!” katanya dengan penuh semangat.
“Really? Woah…. Ini memang epic!” jerit Fiona terpegun
dengan takdir luar biasa mereka. “Aku nak kuasa peringkat tiga tu! cam mana nak
dapat??”
Minho tergelak melihat mereka. lembab betul mereka tiga ni
desis hatinya. “Kau kena naik dari tangga pertama dulu baru sampai ke puncak.
Takda orang lompat terus ke gunung tanpa mendaki.”
Mea berdengus. Sombongnya desis hati Mea. “Sure, whatever.
Kami bertiga nak sangat tapi kami ada orang tengah tunggu kami di rumah. Kalau
ini dimensi lain, tentu kami di dimensi ini ada kan? tak boleh ke mereka je yang
ganti tempat kami?”
Onew menggeleng lemah. “malangnya takda. Sebab tulah kamu
terpilih. Rose Princesses tiada duplicatenya.” Katanya dengan serius. “Kalau
kamu risaukan rakan kamu di dunia manusia, kami boleh carikan duplicatenya di
sini. nyawa mereka saling berhubung. Jika duplicatenya selamat di sini, dia
juga akan selamat di sana. Mereka sama saja betul?”
“TAK SAMA!” Viola dan Fiona meletup secara tiba-tiba. Marah
apabila Luna dikatakan sama dengan orang lain.
“maaf kalau kami biadap tapi, kamu dah menghina rakan kami.
Jadi, kami bertiga tarik balik tentang menolong kamu.” Kata Fiona dengan
serius.
“Kenapa?” mereka semua terkejut melihat keputusan si kembar.
Mea hanya mengangkat bahu, dia sendiri tidak boleh lembutkan hati mereka kalau
mereka dah buat keputusan.
“Seperti yang Fee katakan, kamu menghina Luna di depan kami
dan itu unacceptable.”
“Maaf tentang tu tapi
janganlah sampai tarik balik.” Kata Onew. “Dia tu kawal kehidupan kamu ke
sampai kamu cakap cam tu?”
“Luna yang kamu katakan ni orang yang ego ke?” Key menambah.
“teruknya perempuan tu… kamu msti jadi hamba dia kan?”
“Tak! Luna tak cam tu.” Mea cuba membantah tafsiran mereka.
Jonghyun yang hanya duduk diam akhirnya berdiri mendekati
mereka.“Setuju jak dan kami akan bawa kau pulang ke tempat Luna kamu. Luna tak
guna kamu tu.”
Penat dengar telatah manusia ni desis hati Minho . “Luna
ini, Luna itu. Hidup kamu dalam genggaman dia ke? Perempuan yang tiada
pendirian cam kamu memang pathetic! Luna tu takkan ubah hidup kamu, hanya kamu
je yang boleh! Grow up and stop being a child!” Minho yang bersikap dingin
akhirnya menaikkan suaranya.
Viola dan Fiona rasa bagaikan berpuluh anak panah menusuk ke
dada mereka. rasa nak bunuh-bunuh mereka semua. “Kamu tak tahu siapa dia!”
“Sudahlah culik orang pastu paksa kami jadi entah apa kami
tak tahu!” Fiona menunding kearah Key marah.
“Jangan tuduh dia sesuka hati ka….”
Lantai bergegar kuat seperti mengalami earthquake. Mereka
hilang keseimbangan dan mula cemas. Shinee, Ann dan En Edward terus berjaga-
jaga apabila dapat rasakan tekanan kuasa yang sangat kuat berhampiran dengan
mereka. Si kembar dan Mea pula ketakutan kerana siling bilik mula retak.
“Apa dah berlaku?” soal Mea memeluk si kembar dalam
ketakutan.
“Gempa!! Help!!” pintu bilik tersebut terbuka dan Luna masuk
kedalam takut tetiba ada gempa bumi. Dia berlari memeluk rakannya.
Gegaran itu terus berhenti sebaik sahaja Luna masuk kedalam.
Si kembar dan Mea terkejut melihat Luna yang sepatutnya ada di dunia manusia berada
didalam dakapan mereka.
Shinee, Ann dan En Edward hairan melihat perempuan yang tidak
di kenali tiba-tiba masuk ke dalm istana. Tambahan pula Mea dan si kembar kenal
dia. Setahu mereka, mereka hanya mengambil tiga orang. Jadi, cam mana Luna
boleh datang ke dimensi mereka?
“Luna? apa kau buat di sini? cam mana kau boleh datang ke
sini? kau tak papa ke?” Soal Mea bertubi-tubi.
Luna hanya boleh mengangkat bahu dan menggeleng. Badannya
menggeletar kerana dia fobia dengan gempa bumi. “A… Aku sendiri tak tahu dari
mana, aku buka mata jak terus ada di taman bunga ros…..”
“Kau…” Minho terus bersuara apabila mendengar perempuan itu yang
menamparnya muncul lagi dihadapannya. “Apa perempuan sengal yang tampar aku tu
kan?!”
Luna terkejut melihat Minho berada di bilik tersebut dengan
rakannya dan memandang balik kearah Si kembar. Mengendahkan kewujudan lelaki
menyakitkan hati itu. “Vee, Fee, apa kes korang buat d istana ni? Ini kerajaan
apa hah? Bukan pranks Mr. D betul kan? Apa kes aku kat sini? bukan rancangan
kamu kan????”
Si kembar ketawa melihat muka blur Luna yang keliru berabis
dan pada masa yang sama mereka dapat idea gila untuk mendapat keuntungan dua
kali dalam satu situasi.
Mea perasan perubahan muka si kembar dan ingin memberi
amaran tetapi Fiona segera menutup mulut Mea. Mereka yang lain hairan dengan
telatah mereka tetapi hanya berdiamkan diri.
Viola memegang bahu Luna membuat muka serius. “Luna, ini
perkara serius. Kami bertiga telah terpilih untuk buat kerja penting di
kerajaan ni buat sementara waktu, jadi kami nak kau balik dulu. Okay?” harap
ini menjadi desis hatinya. Risau juga kalau-kalau rancangan meraka gagal.
Dahi Luna berkerut dan terus merenung kearah shinee dan yang
lain. “Tugasan apa? Korang tak bersubahat kan?” Tak percaya aku dengan
duplicater ni desis hatinya tidak aman.
Remang bulu roma mereka melihat renungan maut Luna dan
segera mengangguk. terpaksa juga dorang berbohong ikut rancangan si kembar
kerana ingin mengambil hati mereka untuk bersetuju.
Luna menghembus nafas lelah. “Okay. kalau cam tu aku balik
dulu. Jangan lupa makan, tidur, berlatih, dan JANGAN sesekali buat hal!” Luna
menunding kearah si kembar. “Vee, jangan nak buat idea giler untuk keseronokan
diri dan Fee, jangan selalu setuju dengan kakak kau tu faham?”
“Yes, Ma’am!” mereka berdua salute seperti seorang askar.
Luna memandang shinee dan yang lain pula. “Kau pula encik.
Jangan ikutkan hati mereka sangat. Kamu lima orang pula jangan seksa mereka
bertiga sebab mereka ‘bertugas’ kat sini dan kau budak kecil.” Luna berdengus
kecil penat nak beri amaran dan nasihat tentang rakannya. “Jangan bersendirian
dengan mereka, terutamanya si kembar giler ni, faham?”
Ann tersentak Luna mendekatkan mukanya kepadanya. “F…
Faham.” Mak oi!! Ngerinya desis hati si budak pemalu ini.
Luna menarik nafas dalam. “Alright. Pemberitahuan dah bagi
jadi…. Hantar aku balik.” Luna menggerakkan kakinya keluar pintu.
Tidak, jangan pergi… jangan desis hati Mea. Dia menarik
tangan Fiona dari mulutnya dan segera menghalang Luna melangkah keluar dari
bilik tersebut. “Kau tak boleh pergi!!”
“Kenapa plak? Kan korang boleh lawat aku.” Luna tersenyum
manis.
Lidah Mea keluh tidak tahu apa nak dia katakan. “Errm..
kau.. well, ermm…”
“Dia nak kau turut tinggal kan sini.” Fiona menyampuk penat
menunggu Mea bersuara. “Dia nak kau jadi modelnya untuk design baju baru untuk
budak kecil ni. Kan dia selalu dapat idea kalau kau desak dia.” Fiona mengenyit
mata.
Shinee ternganga mendengar yang Luna akan tinggal. Apa yang
mereka rancangkan ni? Bukannya mereka nak dia pulang dan setuju dengan kami ke?
Apa semua ni?
Luna menggeleng. “Aku tak boleh tinggallah. Assignment aku
belum siap lagi nanti kalau dah siap baru aku datang sini bantu kau, okay?”
Fiona dan Viola berada dalam zone bahaya. Luna seorang yang
perfectionist, tentu kerja dulu baru enjoy tapi, kalau dia pergi sekarang,
tentu mereka tidak dapat berjumpa dengannya lagi.
Onew terdengar isi hati si kembar dan mengangguk faham. Dia
menyampaikan mesej bantuan menggunakan telepati kepada adik-adiknya termasuk En
Edward dan Ann.
“Di sini ada library yang penuh dengan berbagai buku. Kau
boleh baca sebanyak mana kau mahu untuk essigment kau.” Onew buat strategi
untuk mengambil hati Rose princesses.
Key mengangguk setuju dan melontarkan buku yang dari tadi
dia pegang kepada Luna. “Itu salah satu buku yang ada di dalam library ni.”
Luna mmbaca tajuk tersebut. “The History of Time?” matanya
bersinar-sinar tertarik dengan buku ilmiah tersebut.
Minho tergelak sinis melihat wajah Luna. “Kau boleh borak
tentang buku dengan Key kalau kau tinggal sini. dua-dua ulat buku.”
“Kalau kawan kau sibuk dan kau bosan, Ann ada untuk temani
kau.” Jonghyun menepuk bahu Ann memilih dia untuk jadi suka relawan. “Dia ni
easy to talk to kan Ann?”
“B.. betul.” Ann mengangguk malu.
Teamin mendekati Luna dengan sepinggan cake coklat. “plus,
kalau nak makan dessert pun boleh dan the di sini semua diimport dari luar
Negara. Kau tentu happy kat sini.”
Luna hanya menggeleng menolak tawaran mereka dengan baik.
“Takpa. Aku senang sangat kamu semua baik hati kecuali mamat sengal kat
belakang tu…”
“Hey!”
Luna menjeling kearahnya buat seketika membuat Minho terdiam
takut. “Itu buat aku rasa tenang untuk tinggalkan mereka bertiga ni kat sini
jadi… goodbye!”
Luna ingin memulas tombol pintu tetapi Viola terus bersuara.
“Kau bersendirian dirumah, tentu dia p rumah untuk ‘pujuk’ kau balik dengan
dia.”
Fiona mengangguk setuju. “Kau patut berada di sini untuk
beberapa hari lupakan tentang Kyoya buat sementara waktu. Pasal Mr. D kau tu,
kami dah e-mail dia yang kau pergi luar negara kerana ada panggilan urgent.
Jadi, kau patut tinggal kat sini.”
Mea memegang tangan Luna meminta tolong kepadanya. “Tolong
tinggal untuk kami okay? tolong kami buat kali ni je.”
Luna tersenyum melihat telatah mereka yang
bersungguh-sungguh membuat dia tinggal di tempat itu. Luna menyentuh dahi Mea
dengan dahinya. Harap semangat kamu cam ni hingga akhirnya desis hati Luna. “Okay…”
Mereka semua gembira mendengar keputusan Luna dan bersorak.
Ann segera mendekati Luna dan memeluknya. “Kita kan jadi kawan baik!”
Viola dan Fiona terus terdiam melihat Luna dipeluk oleh Ann
dan ingin menolak perempuan kecil tu jauh-jauh tapi dihalang oleh Mea. “Don’t
worry, kau nak dia sendirian time kita tiada ke?”
Mereka menggeleng dan hanya melihat Ann bermesra dengan
Luna. rasa sakit hati melihat perempuan itu cuba mengambil hati rakan yang amat
disayangi. Tangan digenggam dengan erat cuba menahan marah yang membara didalam
dadah. Mea hanya berdiam diri melihat kemarahan si kembar.
“Ann, bawa tetamu istimewa kita ke biliknya.” Kata En.
Edward.
“Okay. Jom, aku tunjukkan bilik yang sesuai untuk kau.” Ann
menarik tangan Luna keluar dari bilik mesyuarat.
Viola menumbuk meja mesyuarat sekuat hatinya akhirnya dapat
juga dia melepaskan kemarahannya. “Tak guna!”
Fiona hanya memandang kearah luar tingkap menghembus nafas
yang berat. “Jangan beritahu Luna pasal babak ni.” Katanya tanpa memandang
mereka.
Mea menepuk dahinya melihat perangai mereka yang masih belum
berubah. Dia beralih pandangan kearah shinee dan En. Edward. “kami akan setuju
menjadi Rose princesses kalau Luna tinggal di sini bersama kami. Kami tak mahu
memorinya dipadam semua yang berkaitan dengan kami kerana dia seorang yang
penting bagi kami. Harap kamu boleh bekerjasama seperti mana kami akan buat
kepada kamu okay?” Mea memandang wajah mereka satu persatu menunggu keputusan
mereka. “Oh, dan jangan beritahu perkara ni kepada Luna. kalau tak dia tentu
membantah dan suruh kami semua balik ke dimensi kami.”
“Kami setuju” Kata En. Edward sambil memetik jari. Terpapar
satu gambar di skrin putih. “Mari kita mulakan pembelajaran kita.”
Comments
Post a Comment