Rose Princesses: Final Stage


Chapter 26

Rose Princesses dan Shinee berada di bilik tidur tetamu menemani Onew yang sedang terlentang diatas katil tidak sedarkan diri. Sudah sejam lebih Fiona berada di dalam sana dan mereka berdua masih belum pulang lagi.

Semua orang mula risau, rasa resah dan tidak senang duduk didalam bilik tersebut. Mea berada di tepi katil memegang erat tangan Onew, berharap yang Onew akan sedar dari pitamnya. Key pula di sebelah kanan katil melihat wajah pucat Onew, terfikir-fikir adakah Fiona akan selamat. Viola dan Jonghyun pula menyandar di tingkap bilik, kedua mereka memandang kearah firuga raja Robella yang seterusnya. Manakala Ann dan Teamin duduk di kerusi yang tersedia di bilik itu. Hanya Minho berdiri lebih jauh dari mereka semua, menyandar di tepi pintu memandang wajah abangnya yang pucat dari jauh. Dia tidak mahu dekat dengan Onew kerana dia tahu yang Luna masih ada di dalam sana. Dia tidak mahu tunjukkan wajah risaunya(hampir menangis) di depan orang lain.

Viola orang yang paling risau antara mereka semua. Orang yang paling disayangi dan hormati belum pulang dengan selamat walaupun semuanya telah selesai (Atau itu yang dia sangkakan).

Fee? Kau tak apa-apa ke? kenapa aku rasa lain macam ni? Adakah Luna baik-baik saja? Mindanya penuh dengan persoalan yang tiada jawapannya. Dia yang duduk di tepi tingkap asyik memandang keluar memikirkan keadaan mereka berdua.

Tanpa disedari bahunya dipeluk oleh Jonghyun membuat dia tersentak dari lamunannya. Jonghyun mengucup kepalanya dan memeluk tubuh Viola seolah cuba menenangkan hati gelisah kekasihnya. “Kita kena yakin yang mereka tidak akan apa-apa.”

Viola hanya mengangguk akur dengan Jonghyun. apa lagi dia boleh buat selain berharap? Berteriak, mengamuk pun tiada gunanya.

Minho melihat Viola dan Jonghyun dari pintu bilik. Dia terus melangkah keluar menyembunyikan dirinya di sebalik dinding luar. Luna… Kau tak apa-apa ke?

Key melihat Minho keluar dari bilik tersebut dan turut keluar memastikan Minho baik-baik sahaja. Tekaannya salah, Minho tidak baik pun malah, kelihatan teruk. Mukanya tertunduk memandang kasut hitamnya. Menyandar di dinding seperti orang yang tidak bermaya untuk berdiri. Keluhan di keluarkan.

Key bergerak ke tepi Minho dan menyandar seposisi seperti abang yang sepuluh bulan awal darinya. “Kau rasa mereka mengalami kesulitan ke?”

Minho hanya mengangguk tidak melontarkan suaranya. Dia tidak boleh kata tidak kerana dalam masa yang lama ini, mustahil mereka tidak mengalami sebarang masalah didalam sana. Entah apa yang membuat mereka tinggal di tempat itu dengan lama, Minho sendiri tidak mahu fikirkan yang bukan-bukan sebab takut jadi kenyataan pula.

“Adakah… Luna kalah di tangan Devil?” Key soal teragak agak. Dia tahu yang dia pasti akan lebam kalau soal dia perkara ini.

Minho mengangguk lagi. “Mungkin. Luna sendiri tidak yakin yang dia boleh kalahkan seekor devil yang lebih 100x ganda kuat dari kita semua.”

Entah kenapa dia lega mendengar respon Minho. lega tak di tumbuk oleh abang sendiri. Kelegaannya berubah menjadi risau apabila tersedar sesuatu. “Jadi? Fee sekarang berlawan dengan Devil? Devil sendiri?!” Key rasa seperti satu pukulan di kepala mendapat tahu nyawa Fiona dalam bahaya. “Luna, ketua Rose Princesses sendiri tidak dapat kalahkan Devil apatah lagi Fiona?! Apa yang Luna fikirkan meletak nyawa Fee dalam bahaya!!”

Minho mencengkam leher baju Key. Matanya membara menunjukkan dia sedang marah kerana Key meragukan Luna. “Jangan pernah meragukan rancangan Eliza!! Kita hanya boleh yakin dengan Fiona sekarang! Blue Rose dalam bentuk yang kedua dan… Red Rose, pertama..” Minho mengeluh panjang, melepaskan Key dan balik menyandar didinding. “Fee masih ada peluang untuk hidup dari Luna.”

Key hanya berdiamkan diri. Ini kali pertama dia dengar ayat seperti itu keluar dari mulutnya. “K.. Kau terima ke Luna kalah?”

Minho tersenyum tawar dan menggeleng. “Aku percaya yang Luna akan kembali dan aku percaya yang Fiona akan cari cara untuk menyelamatkan Luna. Kenapa lagi Luna pilih Fiona untuk bantu dia selain Fiona berkemampuan untuk kalahkan Devil? Betul?”

XOXOXOXOX

Perlawanan Skull Slave dan Fiona semakin rancak apabila Fiona menghentam kepala hotak tengkorak itu dengan pedang hell di gandakan dengan pedang Heavennya mengakibatkan retakan yang tidak terpulih di dahi tengkorak itu.

Luna yang menjadi penonton semakin tertarik dengan kekuatan Fiona. Sangat mengujakan, sangat menakjubkan, sangat.. sangat menggoda….

Sudah beberapa kali Luna bangun duduk bangun duduk menunggu gilirannya untuk berlawan dengan Fiona tapi dia menahan dirinya untuk tidak tergesa-gesa. Dia tidak mahu rosakkan hiburannya sendiri walaupun dia nak sangat join hiburan itu.

Fiona menjeling kearah Luna yang gelisah sambil membelah dua tengkorak durjana. Fiona tersenyum sinis dan merejam kedua belah pedangnya ke Skull Slave lagi satu di sebelah baratnya mengakibatkan letupan besar di belakang Fiona yang sedang berhadapan dengan Luna bersama senyuman sinisnya.

Luna tertawa pecah perut melihat keyakinan Fiona mengalahkan Skull Slavenya. “Hebat! Hebat!” katanya dengan tawa besar disertakan tepukan gemuruh.

Dah sah gila desis hati Fiona melihat Devil(tanggapan Fiona) tertawa giler kuasa. Kagum ke Devil melihat kuasanya yang lebih hebat dari Luna mengalahkan Skull slave?

Setelah ketawa Luna redah, Luna mengeluarkan scepternya dan tersenyum kearah Fiona, menghalakan senjata maut itu kearah Fiona seolah menyuruh Fiona bersedia bertemu ajalnya. “Round Two…” Luna mula menyerang Fiona dengan penuh gairah.

“Requipt!” dua bilah diseru. Satu pedang samurai dan satu lagi Death Blazer. Sebilah pedang yang seberat 12 kilo dan sepanjang 2 meter yang boleh menghancurkan dan membelah batu besar pada masa yang sama.

Bermulalah pertempuran antara dua rakan karib. Fiona hanya mengelak dan mempertahankan diri dalam pertarungan tersebut


Apa patut aku buat? Kalau aku cederakan Devil tentu Luna juga cedera.. Desis hati Fiona terbahagi dua tidak tahu sama ada dia patut lawan atau tidak.

“FIGHT BACK!” Luna menghayunkan Scepternya, Fiona segera mengelak dengan melompat kebelakang tapi pipinya tercalar akibat terkena hujung mata senjata Luna.

Fiona hampir terpelanting tapi dia dapat mengimbangkan badannya sebelum terhempap di lantai yang melintang.

Fiona termengah-mengah kepenatan. Dia mungkin tak dapat kalahkan Luna kalau dia terus membuang tenaga hanya untuk mengelak setiap serangan Luna tanpa membalasnya. Kalaulah Viola ada di sini.. tentu dia akan tembak Luna dengan pistol icenya atau memerangkap Luna dengan Cage Gunnya desis hati Fiona.

“Dah mengaku kalah? Tentu kau fikirkan kakak kau untuk selamatkan keadaan betul?” Luna masih dalam keadaan stabil, kelihatan tidak penat.. langsung! Dia menganggap pertarungan ini seperti bermain kejar-kejar dengan Fiona. “Panggilah ka-”

Ayat Luna terpotong apabila Fiona melontar pedangnya kemuka Luna tetapi pedang itu bertukar menjadi kelopak-kelopak rose biru sebelum terkena hidungnya dan mengelilingi Luna.

Wajah kejam tidak berhati perut Luna bertukar menjadi tenang dan memandang kelopak bunga rose biru mengelilinginya. Senyuman nipis terbentuk apabila dia mencapai kelopak bunga tersebut dengan lembut.

“memang itu aku nak buat…” katanya seolah-olah berbisik. Fiona memejamkan matanya dan berfokus untuk membuat komunikasi dengan kakaknya di luar sana.

‘Vee? Kalau kau dengar tolong jawab.’ Kata Fiona mencari kakaknya dalam mindanya.

Viola yang sedang menunggu dengan yang lain terkejut apabila terdengar suara Fee. “Fee?” Dia memandang kearah Onew selepps itu di sekelilingnya mencari Fiona. Tiada.

“Vee, kau okay ke?” Jonghyun sendiri terkejut apabila Viola tetiba memanggil nama adiknya.

‘Vee, kalau kau dengar… aku nak minta tolong dengan kau..” Kata Fiona lagi apabila mendapat balas dari Viola walaupun suara itu bukan kepadanya. Yang penting dia dapat berhubung sudah.

Viola menyentuh dadanya apabila mengetahui yang suara itu datang dari mindanya. Dia memejamkan mata dan berfokus pada komunikasi mereka dan melupakan keadaan sekeliling. ‘Fee? Kenapa kau lama sangat? Luna okay ke?’

‘Maaflah’ kedengaran suara Fee tertawa ketakutan. ‘Aku ada sedikit masalah dengan Luna sekarang jadi.. aku minta tolong dengan kau.’

Viola tidak faham apa yang Fiona maksudkan. ‘k-kau berlawan dengan Luna ke? kenapa?’

‘tiada masa untuk jelaskan kerana hanya ada sedikit masa. Kalau kita nak Luna balik, Kita kena bergabung menjadi satu untuk menghasil Death Tear.’

‘D-death Tear? Kau nak bunuh dia ke?’ jerit Viola tidak sangka yang Fiona sanggup menggunakan senjata membunuh itu kearah Luna. senjata yang digabungkan antara sebilah pedang ‘Death Blazer’ dengan Gun ‘Bullet Tear’ dan menjadikan sebuah senjata maut yang boleh menghancurkan 1/3 dunia hanya dengan satu tembakan.

‘Ini sahaja caranya untuk mengembalikan Luna ke asalnya. Jadi, kau setuju?’

Viola menggigit kuku tidak tahu apa nak buat. adakah dia nak tolong Fiona atau tidak. Dia tak nak Luna di bunuh! Senjata tu berkemungkinan besar boleh kalahkan Luna dengan satu tembakan tapi kenapa Fiona nak gunakan senjata ni? TAk dah cara lain ke? memang Dia tak nak buat! tak nak!

Tapi…‘Fee…. Baiklah aku buat.” Viola akhirnya akur dan setuju dengan Fiona. Ini untuk kebaikan Luna juga lagipun kalau babak-babak planning Fiona yang ambil, sebab Viola lagi terer menyerang dari merancang.

Viola membuka semula matanya dan memandang yang lain di bilik itu. Mereka semua tertumpu padanya kerana sudah menyebut nama Fiona, dia terus pejamkan mata hingga mengendahkan panggilan dari Jonghyun.

“Aku nak tolong mereka jadi tunggu kami bertiga di sini. Okay?” tanpa menunggu respon dari mereka, Kelopak Rose biru muncul mengelilingi Viola menandakan yang dia akan bergabung satu jasad dengan Fiona di Dimensi Devil.

Luna yang terganggu dengan kelopak bunga Rose tersentak kembali kepada Luna yang jahat apabila Kelopak Rose Biru itu terbang mengelilingi Fiona pula.

Luna mengetap bibitr tidak sangka dia leka dan sementara itu Fiona mengambil kesempatan untuk membuat langkah. Luna memajukan scepternya kearah Fiona langkah berjaga-jaga.

Setelah transformasi pergabungan antara dua roh dalam satu jasad(Fiona) selesai, Fiona membuka matanya memandang kearah Luna dengan posisi berjaganya. “Hai Lu..”

Luna terkejut mendengar suara tersebut. “V-Viola?”

“Ya… Vee di sini untuk menolong Aku mengembalikan Luna kami yang asal.” Fiona mengangkat tangan kirinya yang sedang memegang Death Blazer ke tepi dan pedang seberat 12 kilo itu dengan perlahannya bertukar bentuk menjadi separuh pedang dan separuh bazooka.

Luna terkejut melihat senjata Death Tear itu sehingga tangannya menggeletar ketakutan. Tapi dia cuba kuatkan semangatkan dan menelan ketakutannya kedalam perut. Kalau dia rasa takut tentu dia akan kalah. 

“Sebesar mana pun senjata mu… aku tetap akan kalahkan kau Twins.” Katanya dengan nada yang yakin walaupun ada sedikit keraguan di sebalik suara itu.

Fiona menghalakan senjata besar itu kearah Luna dan tersenyum sinis. “Kita lihat siapa yang akan termakan ayatnya sendiri.”

Luna mengetap bibir dan terus menyerang Fiona tidak memberinya peluang untuk chas tenaga senjatanya itu. Dia menumpukan menyerang pada Senjata si besar merosakkan senjata itu sebelum ia membunuhnya. Tetapi setiap serangannya bagaikan sebatang kayu kecil memukul besi tidak memberi apa-apa kesan terhadap senjata kebal itu hanya bunyi ‘cling! Clung!’ yang diperoleh dari memukul bazooka tersebut.

Fiona hanya berdiri tegak di tempatnya sambil melindungi dirinya menggunakan Death Tear sebagai pelindung dan bukannya senjata berlawan. Hanya Luna yang bertungkus-lumus berlawan menyerang Fiona sehingga dia kehabisan nafas dan segera menjarakkan diri dari Fiona untuk mendapatkan udara.

“Ke… kenapa kau tak lawan?” Soal Luna termengah-mengah mengelap keringatnya yang jatuh ke pipinya.
Fiona menghalakan senjatanya semula kearah Luna dan memulakan meng’chas senjatanya. Bebolah bewarna biru terbentuk di mulut senjata itu dan lama semakin lama ia membesar. Apabila ia sudah selesai di chas Fiona terus melepaskan tembakannya di sertakan kelopak Rose biru kearah Luna.

Luna terus melompat setinggi yang mungkin untuk mengelak serangan maut itu dan dia berjaya, kembali mendarat dengan selamat dengan senyuman kemenangan di wajahnya. “Tak lah hebat sangat. Bebola biru itu takkan meletup kerana dimensi ni tak ada penghujungnya”

Fiona memberikan senyuman kearah Luna membuat Luna terasa Hairan. Fiona menuding jari ke belakang Luna. “Lihat di belakang..”

Luna berputar kebelakang, terkejut beruk melihat bebola biru itu hanya terapung dan tidak bergerak kemana-mana. tetiba, terdapat satu riaksi pada bola biru menyala itu. Aura berwarna biru hitam keluar dari bebola hitam itu dan menyelubungi dimensi itu.

Luna terasa dirinya tertarik kearah bebola biru tersebut dan memandang kearah Fiona. Matanya menunjukkan yang dia perlukan keterangan kenapa bebola biru itu terhenti di belakang Luna dan menarik dia kedalam.

“Itu ialah Bullet Tear. Ia boleh diarah oleh tuannya untuk menerima misinya dan ia tak akan hampakan tuannya…” Kata Viola walaupun mulut Fiona yang bergerak.

“Kami telah arahkan Bullet Tear untuk menyerap Luna kedalam dirinya dan ia hanya akan lenyap apabila kau telah masuk kedalam Bullet Tear tu.” sambung Fiona.

Luna terangkat diudara dan tertarik kebelakang menuju Bullet Tear tersebut. Dia ingin berenang melepaskan diri tetapi Aura Biru hitam itu melemahkan diri Luna dan mata hujaunya bertukar ke warna asal.

Luna mendepakan tangannya kearah Fiona dan tersenyum nipis. “…Aku tahu korang dua boleh…” katanya dengan nada yang lemah seperti orang yang hendak pitam tak lama lagi.

Fiona tersenyum gembira dan menyambut tangan Luna. “Arahan kedua kami…”

Si kembar terpisah dan Viola muncul disisi Luna sambil memeluk erat lengan Luna. “… Ialah membawa kita keluar dari dimensi ini.”

Luna tertawa kecil dan akhirnya tidak sedarkan diri sudah tidak dapat menahan dirinya untuk bangun.

Fiona dan Viola tersenyum lega dan membawa Luna keluar dari dimensi neraka itu.

Onew yang terlentang tidak sedarkan diri terbangun dengan mengejut dan terus terduduk membuat semua orang terkejut.

Satu cahaya biru muncul di depan Onew dan Si kembar tiba di depan katil Onew sambil memimpin Luna yang tidak sedarkan diri. “Kami dah tiba!.. dan bawa souveniers sekali..”

Mereka yang lain akhirnya lega dan gembira yang mereka semua kembali dengan selamat. Minho terus bergerak mendekati Si kembar dan mengambil Luna dari mereka. Dia membawa Luna ke tepi katil dan meletaknya di sebelah Onew.

Onew yang tetiba bangun mengejut terasa seperti kepalanya di pukul dengan pemukul besball. Pening. Dia beralih ketepi dan melihat Luna tidak sedarkan diri dan melihat yang lain juga ada di bilik tersebut. “Apa dah jadi? Dan… ini bukan bilik ku.”

Mereka semua tertawa. Tentulah Onew tidak tahu apa yang telah berlaku kerana dia menjadi jahat tanpa dia sedar. Kasihan Onew memandang yang lain dengan riak muka blur ingin tahu apa yang telah berlaku sampai mereka semua ada di bilik tetamu dan kenapa dia di bilik itu? Kenapa Luna pitam?

XOXOXOXOX

Danny berada di biliknya bergelap. Pintu di kunci, langsir tingkap di tutup. Hanya terlantar di atas katilnya rasa lemah dan tidak bermaya. Rasa bersalah masih menghantuinya tentang melanggar peraturan Master dan Servant, dan juga hampir menipu, mengkhianati Luna.

Akibat tidak melindungi Master, Danny akan menjadi lemah dan tidak bermaya kerana tujuan dia hidup ialah melindungi Luna dari terjebak dengan masalah. Luna umpama nyawa kepadanya, jika Luna dalam bahaya bermaksud nyawanya juga dalam bahaya.

Dia ingin keluar dari masalah ini, dia ingin lupakan masalah ini tapi bagaimana? Memori itu menghantuinya setiap kali dia melelapkan mata. Rasa bersalah dan kecewa dengan tindakannya sendiri.

“Kenapa? Puteri takkan maafkan aku kali ni! Aku tak sanggup berhadapan dengan dia lagi… apa patut aku buat?” kata Danny dengan penuh rasa kecewa dan hampa. “padamkan ingatan ini dari mindaku! Hentikan rasa perit dihati ini! Aku tidak sanggup lagi dengan memory ini!!” Jeritnya meminta tolong.

Dia rasa seperti dirinya terperangkap di dalam kegelapan yang sangat sunyi dan sangat sejuk. Memory mempergunakan Masternya sendiri untuk kepentingan diri menghantui dirinya membuatkan dia lebih sejuk dari sebelumnya. Dia ingin semua memory itu hilang supaya dia boleh berhadapan dengan Masternya dan meminta maaf. DIa ingin melaksanakan tugasnya tanpa ada rasa bersalah dalam dirinya. Dia ingin melindungi Luna sekali lagi seperti mana dia lindungi masternya sebelum lari ke Dunia manusia. 

“Aku boleh tolong…”

No comments:

Post a Comment