FDO: Bab 9

72nd Floor, Reaperstream. 23 January 2026

Sekarang dah setahun lebih mereka berada di FDO. Mereka tidak sangka yang mereka semua berjaya bertahan di dalam permainan maut itu tanpa bertemu ajal. Mereka mungkin baik-baik je di dunia game tapi bagaimana di dunia reality? Jasad mereka dalam keadaan baik ke di hospital? Apa yang telah berlaku di dunia manusia, perkembangan dan kemajuannya sekarang menjadi persoalan bagi mereka.

Terdengar keluhan panjang keluar dari mulut seseorang. “Ne Shiro-Nii… berapa lama lagi kita nak berjalan ni?” Scy rasa cam kakinya dah nak tercabut dah. “Scy penatlah…”

“Ya lah, Accel, berapa lama lagi?” Medeis memandang kearah Accel yang sibuk berbincang dengan Hades tentang membuat peta tingkat 72.

“Lima minit.” Jawab Accel ringkas tanpa memandang kearah mereka.

Toshiro meramas rambutnya. “Lima minit, lima minit. Dah enam kali aku dengar kau cakap cam tu. sebenarnya berapa lama kau nak makan masa kami ni hah?”

Hades dan Accel memandang kearah mereka bertiga dengan pandangan sakit hati. “Urusai!” kata mereka serentak dan kembali pada pembuatan peta mereka.

Accel dan Toshiro berpandangan dan segera mengalihkan padangan mereka ke tempat lain. Medeis dan Scy perasan. Memandang sesame sendiri dan mengeluh panjang.

Satu kepala batu dan satu Ego tinggi. Kalau begini, plan mereka nak satukan dua lovebirds bodoh ni takkan berhasil.

Scy menjungkit kening memberi signal kepada Medeis. Medeis mengangguk setuju. Chea…. Ada rancangan! Ada rancangan!

“Shiro-Nii!!! Scy lapar, Scy penat, Scy tak faham kenapa kita patut ada di sini sedangkan kita hanya scanning tingkat ni je!” keheningan suasana gelap pecah dengan suara Scy yang merungut secara tiba-tiba.

Accel yang khusyuk membuat peta terkejut beruk. Dia yang paling terkejut di kalangan mereka. kenapa??

“Hades, Accel, kita rehat sekejap tak leh ke? kaki aku dah lenguh ni berjalan je ikut korang dua… apakata kita rehat n eat lunch? Amacam?” Medeis tersenyum buat muka innocent. Mereka ada rancangan.

Hades menunjukkan muka geram tapi berubah apabila melihat signal dari Medeis. *Wink*Wink*

“Oh ya, Accel, kau dan yang lain berehatlah. Biar aku sambung kerja kita dengan Medeis. Kan?” Hades menjungkit kening kearah Medeis dan dia memberi respon dengan senyuman sengih.

“Yup! Yup!” Medeis segera menarik Accel berubah posisi dengannya di sisi Toshiro manakala Medeis sebelah Hades. “Jom, lebih cepat siap lebih bagus kan?”

Mereka berdua terus jalan meninggalkan mereka bertiga. ‘Hey Hades, kau rasa okay ke tinggalkan Scy dengan mereka? nanti kacau daun cam mana?’ bisik medeis.

Hades tersenyum yakin. ‘don’t worry, Scy tahu apa yang dia nak buat… aku dah beritahu dia kelemahan Accel.’

Medeis menjungkit kening. ‘apa bendanya?’ Hades hanya tersenyum memberi respon membuat Medeis mencebik. ‘tak pa kalau tak nak beritahu…’

Sementara Accel dan yang lain pula rehat dibawa pokok mati yang sememangnya menyeramkan tapi disebabkan Scy dah cerewet tahap gaban nak makan, nak makan…. Accel terpaksa menyerah kalah dan duduk sekali dengan mereka.

Dia swipe open akaunnya dan mengeluarkan picnic basket. Toshiro dan Scy hanya menunggu lunch apa yang Accel akan hidangkan untuk mereka.

“Yeah! Sandwich telur!” jerit riang Scy dan segera mencapai makanannya. Tahu je dia yang mana dia punya.

Toshiro pula mengambil Sandwich salad spicy dari basket itu dan mengunyahnya. “Thanks. Tak sangka kau bawa lunch, aku ingatkan kau nak habiskan kerja kau je pastu balik rumah.”

Accel mencebik. “Aku tahu ni pasti berlaku.” Dia mengambil segigit dari roti ayamnya dan memandang sekeliling. Gelap, berkabus, dan menyeramkan. Mereka seperti berada di tempat perkuburan pada waktu malam Cuma tiada kubur di tempat itu. patutlah di panggil Reaperstream, tempat ni menyeramkan sangat.

“Accel…”

“Ahhh!”

Toshiro dan Scy hairan dan akhirnya tertawa kecil melihat Accel menjerit terkejut. “Kau menjerit kenapa?”

Accel blushing dan sakit hati+malu. “Non of your business.”

Scy tersenyum dan bangkit dari tempat picnic mereka. “Scy nak jalan2 sekitar sini kejap. Wait for me okay??” Dia terus berlari pergi. Ke mana?? nanti kita ketahui.

Tinggal mereka berdua makan lunch mereka dengan rasa janggal. Apa nak cerita ni?? lepas kejadian yang drastic tu, tiada siapa berani nak tegur sesame sendiri seperti biasa lagi. Kalau ada hal penting je baru bertegur sapa.

Sementara di bahagian si hacker dan Witch kita pula….

“Aku rasa Scy akan rosakkannya.” Hades akhirnya berkata. Dia terlupa yang mereka berada di tempat gelap seperti tempat perkuburan pada tengah malam dan Scy tu jenis yang buang tebiat dan suka berpaut dengan abang kesayangannya tu. mustahil dia tak ambil semua kredit.

Medeis mengangguk setuju. “Kan aku dah kata dia akan rosakkan segalanya?”

Terdengar bunyi tapak kaki berlari kearah mereka. “Scy tak rosakkan lah!” jeritnya dengan manja. “Scy dah tahan diri nak ruin plan korang tapi, Ini untuk kebaikan Shiro-nii! So, Scy lari dari tempat kejadian untuk Accel-chan tu!”

Hedes’ dan Medeis tersenyum lebar mendengar berita yang amat menggembirakan dari Scy dan memeluk gadis Lolita itu.

“U R D’BEST!!!”

Haaa…. Apa nak jadi dengan mereka dua ni? ditambah dengan suasana yang gelap dan menyeramkan, dah timbul macam-macam di fikiran Accel hingga dia rasa resah-gelisah. Entah apa akan jadi kalau dorang Hades buat peta tu lama sangat.

*Creak*Creak*

“Ahhh!!!” Accel terus berpaut pada lengan Toshiro membuat Toshiro yang tengah khusyuk makan makanannya tertangguh. “B-bunyi apa tu?”

Toshiro memandang kearah bunyi tersebut dan terlihat arnab hitam kecil melompat masuk kedalam semak dan tertawa kecil melihat muka Accel yang ketakutan sampai menutup mata. “Arnab je lah. Nothing big, tak sangka Beater ni penakut rupanya.”

Accel memandang muka Toshiro dengan riak muka sakit hati. “Kau tu apa kurangnya? Tak kau terfikir ke kalau-kalau ada…. Ahhhh!!” Tetiba terdengar bunyi-bunyi menyeramkan mendekati mereka membuat Accel memeluk lengan Toshiro dengan lebih erat. “A-Apa t-t-t-tu??”

Terbang seekor kelawar kecil melimpasi mereka membuat kedua pemain ini melihat haiwan terbang itu pergi tidak mengganggu mereka pun tapi ini buat Toshiro tambah ketawa dari sebelumnya.

Accel terus mencebik dan putarkan kepalanya memandang Toshiro. “Kau ketawa sebab ap-” Ayatnya mati di tengah jalan kerana mata mereka seling bertemu dan muka yang hanya beberapa inci jauhnya.

Keduanya terdiam, kaku dan sesat dalam pandangan masing-masing. Erti kata lain, I’m lost in your eyes.

Toshiro mulakan langkahnya dengan menggerakkan mukanya kehadapan membuat Accel berpaling tapi Toshiro menyentuh pipi Accel membuat dia kembali memandang Toshiro. Dengan perlahan bibir mereka semakin dekat setiap detik sehingga….

BOOM!!!! percikan bunga api dilepaskan keudara membuat mereka berdua segera memandang kearah tempat tersebut dan kembali memandang sesama sendiri.

Muka Accel terus naik merah seperti apel, dia segera berdiri tanpa memandang kearah Toshiro. “Sory-sorry-sorry! S-S-Scy dah d-dalam bahaya, J-Jom pergi.” Dia terus berlari kearah tempat bunga api dilepaskan tanpa menunggu Toshiro.

Toshiro mengeluh panjang sambil berdiri. “Second target…. Failed.” Dia terus berlari mengekori  Accel.

Sementara di bahagian tiga minah kacau daun pula…..

Mereka bertiga sedang berlawan dengan lima lelaki yang tidak dikenali. Mereka berempat nampaknya pemain biasa sebab cursor di kepala mereka berwarna hijau. Ini bukan Team battle atau challenge.

“Kau ingatkan tembak fireworks tu datang bantuan ken anti?” Soal seorang lelaki yang merupakan ketua antara empat lelaki itu

“Kami nak peta tu. tak boleh ke bagi je tanpa banyak songeh?” Soal salah seorang lelaki itu kepada mereka sambil memacuhkan double pistol kearah mereka.

Scy menggeleng, dia juga memacuhkan senapangnya kearah salah satu dari mereka. “Sorry but kami tak berminat nak bagi kepada stranger.”

Tiga lawan empat? Nampaknya takda harapanlah mereka kali ni….

Hades’ memandang kearah lelaki berambut silver sedang berdiri slamber atau cool memandang kearah mereka. Tentu dia ketua mereka desis hatinya memandang tajam kearah lelaki tersebut dan apa dia dapat? Senyuman sinis dari lelaki itu.

“Serang!” jerit Medeis, dia dah penat menunggu dan mereka semua mula bersilang pedang, berpanah-panahan dan *Bang*Bang*

Medeis menggunakan magicnya berlawan dengan salah seorang dari lelaki itu, manakala Scy dengan lelaki sama senjata dengannya. Hades pula? Bersama lelaki yang bersenjatakan pedang. Hanya lelaki berambut silver tu je yang berdiri memandang mereka berlawan. Kenapa dia tak lawan? Tunggu saat saat akhir ke?

“Korang!!” jerit Toshiro dan Accel yang akhirnya tiba di tempat itu dan membantu mereka. Toshiro menolong Medeis manakala Accel berhadapan dengan lelaki berambut silver itu.

“Kau ketua?”

Lelaki itu mengangguk dan akhirnya menghayunkan pedang kearah Accel. SLING!! Mereka bersilang pedang dan main tolak menolak.

“Kau pula? Ketua ke?” Soal lelaki itu sambil menolak pedangnya bergelut dengan Accel.

Accel menggeleng sambil bergelut. “Nope, tak terfikir pun nak jadi leader.”

Lelaki itu tersenyum mendengar berita itu dan kumpulkan tenaga pada pedangnya. “Bagus!” dia terus menolak pedangnya sekuat hati membuat Accel kalah dalam perlawanan persilangan pedang mereka dan tertolak kebelakang.

Peluang besar untuk lelaki itu untuk mengalahkan Accel! Dia terus menghayunkan pedangnya kearah Accel yang terduduk di tanah.

“ACCEL!!!” pergerakan lelaki itu terhenti, terkejut mengetahui siapa gerangan lawannya itu.

“Accel?” Dia terus menjatuhkan pedangnya ke sisi dan memandang kearah perempuan yang bangun sambil memeluk tubuh.

“Kau sia-” muka marah Accel berubah menjadi terkejut apabila dia perhatikan wajah lelaki itu. “Akira? Kau masih hidup?”

Akira tertawa kecil. “Geng! Dorang kawan. Jatuhkan senjata!” dengan itu, mereka berhenti menyerang dan memandang kearah mereka berdua.

Toshiro menyimpan pedangnya dan bergi ke tepi Accel. “Dia kawan kau ke?”

Accel mengangguk dan memandang semula kearah Akira. “Tak sangka yang kau akan ke front line. Nak tempah nama jadi pemain ‘gate open’ ke?”

Akira mengangguk. “Cam tulah dan Aku terfikir nak jumpa Beater kat sini dan ber’cakap dengan dia tapi…” Akira memandang kearah Scy, Medeis dan Hades’ “Tak tahu yang mana satu mereka. Kata orang, dia masih muda, kecil..” dia memandang Scy. “…. ada keistimewaan dari pemain yang lain, nakal…” dia memandang Medeis pula. “Dan…. Pakar dalam permainan ni dan menakutkan.” dia memandang Hades’ pula. Ketiga-tiga ada personality yang Akira utarakan dan membuat Scy dan Medeis tertawa tapi tidak Hades’.

“Aku menakutkan? Apa yang gerun sangat tentang muka aku ni!!” jeritnya membuat yang lain tersentak, yang buat dia tambah menakutkan ialah Cyril turut but bunyi ‘Hisssssshhhh’ menandakan dia turut marah seperti nak makan orang.

“Beater tu bukan kami bertiga tapi…. Perempuan depan mata kau tu.” kata Medeis menuding jari kearah Accel.

Akira terkejut beruk dan tersenyum, ingin memeluknya. “Hebatlah kau Accel!! –Uhgff” satu tumbukan sampai di perut Akira sebelum dia sempat memeluk Accel.

“S-Sorry, tindakan reflex…” kata Toshiro sendiri terkejut kenapa dia menumbuk lelaki itu.

Hades’ menggeleng. “Dah-dah! Jangan nak bersuai mesra, cemburu-cemburu kat sini. Accel, kami dah jumpa Pintu ke tempat Big Boss. Kau nak peek in ke?”

Accel memandang kearah Hades dengan mata yang bersinar-sinar. Hades memang boleh diharap. “Okay. korang nak join sekali? More player the better.”

Akira mengangguk setuju. “boleh juga. aku nak nampak cam mana Beater FDO kita berlawan tapi tadi tu lebik semacam je kau. betul ke kau yang buka semua tingkat ni hah?” dia menjungkit kening saja nak sakat dia.

Accel menjelir lidah. “Of courselah! Orang cross-dressed cam kau tak patut critic aku.”

Mereka semua terkejut beruk. Cross-dressed? Pondan ke si Akira ni?!

“Ho-Hoi! Aku buat tu bersebab okay. Aku buat cam tu sebab…. S-sebab…”

Hades mendekati Akira dan menepuk-nepuk bahunya. “Aku faham maksud kau. Aku pun cross-dressed juga.” katanya membuat Akira sedikit terkejut. Yup! Hades dulunya menggunakan avatar lelaki untuk bremain FDO. Sebab tu semua baju Hades seperti pakaian lelaki.

“Okay-Okay. Jom gerak. Aku dah naik bosan dah ni.” Kata toshiro dengan meluat memandang muka Akira. Kenapa? Lu pikirlah sendiri.

Hades mengangguk dan keluarkan peta tinggat tersebut dan bergerak dahulu memimpin mereka kearah pintu bilik Big Boss. Hades dan Akira sibuk berborak tentang peta tersebut, masih lagi nak semua peta semua tingkat-tingkat tu dari mereka.

Accel dan Toshiro pula paling belakang. Accel nak bersama yang lain tapi Toshiro tak benarkan. Dia memegang lengan Accel seperti seorang banduan.

“lepas?”

“Tak.”

“Please”

“Still tidak.”

“Why?” Accel mencebik.

“No reason.” Jawabnya dengan muka masam. Hehehe…. Faham-fahamlah.

Accel memandang kearah tangan mereka. Toshiro memegang pergelangan tangannya membuat dia sedikit blushing. Terlintas dalam fikirannya yang dia nak berpegang tangan dengan Toshiro-eh? Tak-tak-tak-tak!! Dia dah janji takkan fall dengan mamat tu. so, keluar kau dari fikiranku keluar!!

“kita dah sampai!” Kata Hades menunjukkan pintu bertemakan metal black kepada mereka. pintu yang sangat besar dan mengerikan membuat bulu roma Accel remang satu badan.

“Okay, mari kita berdepan dengan Monster kita ni.” Medeis memandang kearah Accel yang ketakutan dan tersenyum nakal. “Mungkin dia ada gigi yang tajam dan mata yang terkeluar dari kepalanya. Masih tergantung-gantung lagi. Atau tengkorak yang berlumuran darah dan membuat bunyi yang menyeramkan... dan-

“Medeis!” Medeis tertawa mendengar jeritan ketakutanAccel .

Scy hanya menggeleng. “Okay-okay. Jom masuk dan selesaikan menatang satu ni. kalau dah selesai boleh kita balik atau survey tingkat baru tu.”

Mereka semua mengangguk kecuali Accel yang menggeleng seperti kepala robot yang rosak. Mereka tak menghiraukan Accel dan Membuka pintu besat itu dan masuk kedalam bilik yang tersangatlah gelap.

“Sedia Transportation stone kamu.” Kata Akira kepada mereka semua. Seperti yang diarahkan, mereka mengeluarkan batu tersebut untuk kecemasan. Mana tahu mereka tak sanggup berhadapan dengan menatang tu, boleh selamatkan diri dari terbunuh.

Tetiba, lantai yang mereka pijak tetiba berlubang dan mereka semua jatuh ke dalam lubang yang gelap itu. “AAAAAHHHHHH!!!!!!”

Toshiro terus memeluk Accel yang menjerit dengan Air matanya sudah mengalir keluar kerana takut. Babak-babak horror cam ni memang bukan makanan Accel. “Semuanya akan okay…” bisiknya membuat Accel terhenti menjerit dan memeluk Toshiro dengan erat.

Akhirnya mereka jatuh di hujung lubang itu. life bar mereka dah jadi setengah disebabkan terhempas tadi. Accel jatuh di atas Toshiro mengakibatkan nyawa toshiro di tahap oren. Mereka segera mengeluarkan Healer dan kembalikan Hp mereka ke hijau.

“kau okay?”

Akira melihat kemesraan Toshiro dan Accel. Dia berdegus kecil dan Hades mendengarnya membuat Hades perasan apa yang Akira maksudkan.

Accel mengangguk. “Aku O-ooooo-o-o….” Accel menuding jari kebelakang Toshiro kerana dia nampak sepasang mata merah menyala di dalam bayang. Apabila wajah sepasang mata itu keluar…. “AAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!”


To be continue…..

No comments:

Post a Comment