Racing Heart: 16# Race
“nanti ada orang yang akan tunjukkan jalan
yang mana kamu patut ambil sepanjang perlumbaan kamu nanti. So, semuanya ada 8
checkpoint. So tolong nampak sign tersebut hati-hati kalau tak nak sesat nanti.
Sekarang, mari mulakan Perlumbaan besar kita, racers tolong ambil tempat kamu
masing-masing” pemegang bendera bersuara. Ryo dan Hiroshi bergerak ke kereja
mereka yang parking secara bersebelahan di garisan permulaan.
Sakura berada di barisan hadapan bersorak
sekuat hati untuk Ryo. Yamato dan Takeshi turut berada di sini Sakura. Manakala
Shinn dan Shou berada jauh dari mereka atas sebab-sebab tertentu.
“Sedia? MULA!” pemegang bendera itu
menurunkan bendera di tangannya dan dua kereta itu memecut bak cahaya.
“Abang, boleh kita ekori dorang?” Soal
Sakura teruja melihat dua kereta itu hilang dari pandangan.
“Sorry Dik, kali ni tak boleh.” Yamato
menggeleng. “Bukan untuk Race kali ni.”
Sakura mencebik. “Why?”
Takeshi mengusap kepala Sakura. “Aigoo~~
comelnya baby squirt Yamato ni. lain kali jela ya?”
Sakura menepis tangan Takeshi. “jangan
panggil aku baby Squirt!”
“Jadi? Queen Cherry?”
Sakura mencebik membuat Takeshi mengusap
kepala Sakura. “comel sangat-sangat dan sesuai di panggil baby squirt!” Takeshi
terus mengelak tubukan sakura dari kena mukanya. “Slow sangat baby Squirt.. slow
sangat.” Katanya dan lari pergi sebelum kena belasah lagi teruk oleh sakura.
“Kau tunggu Takeshi, KAU TUNGGU!!!”
jeritnya marah kearah Takeshi.
Takeshi tertawa sambil mendekati dua rakan
HKnya.
“Kau nampak rapat dengan dia.” Kata Shinn
yang dari tadi memandang gerak-geri mereka.
“Dia? Maksud kau squirt?”
“Squirt?”
“Sorry, maksud aku sa-Cherry, Queen.”
Takeshi rasa nak tumbuk diri dia sendiri sebab hampir cakap nama Sakura depan
mereka. Dia kena berhati-hati supaya tak tersebut lain kali. Tapi nasib baiklah
dua jejaka tu tak perasan.
“King namakan dia squirt. Dia- cam mana nak
cakap ya? Kecil, comel dan senang di sakat. Pendek kata squirt.” Katanya sambil
mengusap dagu. “dan ya, kami rapat. Kami semua.”
“semua?” soal mereka lagi,
“ya, King, Ryo, aku dan Cherry. Kamu semua
dah kenal lama.”
Shinn mengangguk faham. “So, dia tu ahli
kumpulan Spiderlah?”
“Ya dan tidak.”
Shou dan Shinn blur jadi Takeshi jelaskan
lebih lanjut. “Queen tu bergerak solo. Dia kekadang berlumba untuk Spider bila
dia di perlukan dan bila dia nak tapi selalunya dia berlumba dengan sesiapa
sahaja dia nak dan cabar dia.” Hujar Takeshi. “Dia suka test power dengan skill
memandunya tapi kalau dia masuk dalam mana-mana team, dah tentu dia tak dapat
uji kebolehannya lagi kan? Lagipun, dia tak boleh masuk mana-mana Team.”
Dan aku masih tak faham kenapa Yamato tak
nak masukkan Sakura dalam Spider. Queen, pelumba yang hebat! Desis hatinya
berfikir.
Shou hairan. “Kenapa dia tak boleh join
mana-mana team?”
“Tak perlu risau pasal tu.” kata Takeshi dan
ubah subjek. “So, korang kenal dia di HK? Cam mana?”
“Well, pertama kami dengar pasal kereta
Pink Spider muncul entah dari mana dan kalahkan girlfriend aku—Dia tempat ke3
dalam pelumba wanita.” Takeshi mengangguk, itu pasti Tomoko desis hatinya.
Shinn teruskan bercakap. “selepas tu dia menang lawan pelumba wanita tempat
ke2. Dia juga menang pertandingan Drag race dan lepas tu dia kalahkan Yui.
Kau ingat Yui kan?”
“Yup. Sepupu korang, pelumba wanita nombor
satu. Sekarang Cherry dapat gelaran tu. sebab tu dia naik pangkat dari Princess
ke Queen di Tokyo.” Kata Takeshi dengan senyuman penuh bermaknanya. Itu hanya
satu permulaan, dia tahu sakura takkan berhenti sehingga dia berlawan dengan
pelumba lelaki terbaik.
“Oh ye ke? Wow… anyway, dia jadi popular di
Shinto, jadi misterius cam tu. aku afak terkejut juga nampak dia, di Jepun. Aku
ingat dia berada di HK.”
Takeshi mengangkat bahu buat muka tak tahu.
“Cuti sekolah. Mungkin dia melawat keluarga kot? Entahlah.”
Shou dapat melihat kemusykilan dalam ayat Takeshi
tapi hanya berdiam diri. Mustahillah Takeshi tak tahu tentang Cherry kan? Sebab
baru je beberapa minit lalu mereka cakap yang mereka tu rapat. Shou cuba
mengutip balik apa yang telah berlaku dari mula dan dia pasti kawannya satu ni
sembunyikan sesuatu. Pastinya ia boleh membantu dia menyelesaikan Siapa Cherry sebenarnya.
Shinn mengeluh sakit hati. “mungkin juga.
God aku harap ada orang beritahu aku siapa budak Cherry ni sebab kami tak tahu
apa-apa tentang Cherry LANGSUNG. Kecuali yang dia tu pelumba yang hebat. Tiada
siapa tahu dia sekolah di mana, tinggal di mana. Ianya seperti ‘Cherry’ hanya
muncul pada waktu malam dan bila matahari menjelma dia akan… poof! Hilang”
Takeshi mengeleng sambil tertawa kecil. Kau
tak tahu betapa betulnya kau Shinn desis hati Takeshi.
>X<
Ryo menggenggam erat sterring keretanya
hingga tangannya jadi pucat apabila memikirkan apa yang Hiroshi katakana
sebelum perlumbaan mereka bermula.
“Aku kalahkan kau dan bawa lari awek kau.
Jangan risau, kami akan ‘jaga’ dia dengan baik.”
Ryo mengetap bibir. Dia boleh dengar
degupan jantungnya berdegup kuat di telinganya. Dia nak sangat pecahkan kepala
Hiroshi sengal tu dengan tayar keretanya biar dia rasa apa yang Ryo rasa
sekarang ni.
Aku akan kalau kan kau bastard, aku akan
tunjukkan kau apa jadi kalau kau main-main dengan Shadow king! Jerit hatinya
melihat kereta Ferrari kuning berada di depan keretanya.
Dia kena bersabar untuk tidak melambungnya
sekarang. Bukan sekarang, belum lagi.
Dia putar ke kanan dan lepas itu ke kiri,
mengikut gerak-geri lawannya di hadapan.
Hiroshi pula tersenyum di dalam keretanya
dan menekan padel minyak, menyuruh keretanya bergerak lebih laju di jalan yang
lurus. Dia tahu keretanya adalah yang terbaik. Ianya design terbaru dengan gear
yang sangat mahal di dalam pasaran. Mustahil kereta buruk(Taklah buruk, kereta
Dodger Viper jer) boleh kalahkan dia.
Ryo baru je limpas check point ketiga dan
mengambel keputusan untuk menggunakan short cut yang di benarnya. Dia berputar
ke kiri dengan tajam dan memecut di jalan sempit itu. Dia tingkatkan kelajuan
sebaik sahaja keluar dari jalan itu dan dapati dia sekali lagi di belakang
Hiroshi.
Dia perasan yang mereka menuju ke jalan
besar. Walaupun dah lewat malam, masih ada kereta biasa di atas lebuh raya itu.
Ryo hanya tumpukan perhatian di depannya dan melihat checkpoint seterusnya.
Yang ini mungkin susah sikit sebab dia kena tukar lorong kerana laluan kereta
dari arah depan.
Sebaik sahaja ada kereta bergerak di
depannya, Ryo segera swerve keretanya
ke lorong kiri dan kembali ke lorong sebelah kanan.
“Damn car!”
Dia mengira jarak antara keretanya dan
checkpoint. Ryo dapati yang dia hanya ada satu peluang je untuk jayakan benda
ni kalau tak dia kena buat U-turn dan itu makan masa yang lebih lama. Bermaksud
tak dapat hentam lawannya cukup-cukup.
Menekan pedal minyak, dia bawa keretanya ke
lorong kiri sekali lagi. Kali ni tiada kereta di jalan raya itu dan tanpa buang
masa, dia memecut laju keluar dari lebuh raya itu dan buat satu lari putaran
tajam ke jalan utama. Dia memecut keretanya sehingga 170km/h bila dia nampak
hiroshi di hadapannya.
Ryo tersenyum sinis. “Eat my dust bastard.”
Ryo tahu ada di hujung ada jalan mati
dengan satu roundabout. Dia menekan pedal minyak lebih kuat, melambung kereta
Hiroshi. Shadow king itu menukar gear secara serentak menekan paddle breaknya
dan paddle minyak. Dia buat drift yang cantik di roundabout itu dan
meninggalkan Hiroshi yang terkejut dan marah pada masa yang sama.
Hah!
Dang it I’m good! Take that Hiroshi bastard! (Cam
kenal je ayat ni?)
Ia mengambil masa 10 minit selepas Ryo tiba
di garisan penamat tanpa kereta Hiroshi di belakangnya. Dia parking keretanya
dan keluar dengan senyuman bangga. Sakura berlari kearah Shadow king itu dengan
senyuman yang gembira. Yamato juga mendekati mereka.
“Hebatlah kau Ryo! 20 minit je?” sahut
Sakura gembira dan dia menjerit ayat yang lebih kuat dari itu. “NAMPAKNYA
SPIDER SEMEMANGNYA LEBIH HEBAT DARI MANA-MANA KUMPULAN!”
Sakura puas hati selepas menjerit dan
mendekati hiroshi bersama Yamato dan Ryo. Sakura melontarkan senyuman semanis
gula satu kilo kepada ketua Knight. “Masih nak teruskan bet kita? Atau kau nak
malukan diri kau, hiroshi?”
Remang bulu roma Ryo dan Yamato dengan
ancaman Sakura yang mempunyai maksud tersirat. Kau tarik balik taruhan
tu, kau mati.
Hiroshi mengetap bibir rasa marah dan
memandang mereka dengan penuh rasa jijik. “Kami takkan tarik balik apa yang
kami cakap.
“bagus!” katanya gembira. “bersedia untuk
di contact dalam masa terdekat ni okay?”
Dengan itu Sakura menarik abang dan Ryo ke kumpulan mereka dan mula bercerita betapa hebatnya perlumbaan Ryo antara Hiroshi tu. Takeshi pula berikan alasan yang panjang kepada dua rakannya sebelum bergerak ke kumpulan mereka dengan senyuman lebar di wajahnya.
Shou dan Shinn mula memerhatikan kumpulan spider tu dengan penuh minat.
“Kau tahu Cherry ingatkan aku tentang siapa? Soal Shinn melihat gadis bertopi itu tersenyum dan ketawa bersama rakannya.
Shou mengangguk setuju melihat personality Cherry yang nampak familiar dengan seseorang dia kenal, seseorang yang rapat dengannya. Seseorang, yang dia fikirkan sejak beberapa hari ni dan seseorang itu ialah---
“Sakura.” Kata Shinn, mengangguk pada dirinya sendiri. “Dia memang buatkan aku teringatkan Sakura. Cara dia ketawa dan gelagatnya. Suaranya juga. Nada suara mereka sangat sama, Sakura dan Cherry. Kalau tak silap aku, mereka tu orang yang sama.” Kata Shinn dengan tawa. “Tapi mustahillah, sebab Sakura tak tahu satu pun pasal kereta dan dia dah sah tak pandai berlumba.”
Tak, Sakura tahu pasal kereta lebih dari mereka semua desis hati Shou teringatkan pembicaraan nya dengan Yui tentang Sakura semasa mereka tolong cari kereta untuk Sakura.
Adakah kemungkinan besar yang Cherry ialah little blossom-nya dalam penyamaran?
>X<
“Tahniah kepada Ryo kicking their ass off!!” sahut Takeshi dengan senyuman lebar di wajahnya. Sakura tertawa kecil. Ryo turut tersenyum sambil mereka berdua minum minuman mereka.
Sakura ingin mengambil segelas minuman di atas meja tu tapi segera Yamato ambil dan minumnya. “underage.” Katanya
Sakura mencebik. “Stupid Yamato”
Spider, sakura, Shou dan Shinn berada di club Asuna untuk merayakan kemenangan mereka. Beberapa orang penting duduk di bilik VIP manakala member biasa berada di bawah. Yamato, Asuna dan Sakura duduk di salah satu sofa yang tersedia; Shinn, Takeshi dan Ryo pula di sofa lagi satu, manakala Shou duduk di Loveseat.
“Ala yamato, biarlah dia rasa sikit.” Pujuk Asuna. Mata Sakura terus bersinar-sinar dan mengangguk.
“No. kau masih muda untuk mabuk.”
“Jadi Ryo tu? dia setahun muda dari aku!” rungutnya menuding jari kearah Ryo yang minum satu gelas minuman keras bersama Takeshi.
“Ada aku kesah pa jadi dengan mamat tu?” katanya membuat Ryo murung tapi di endahkan oleh Yamato. “tambahan pula kau tu perempu--”
Sakura menggeleng keras dan memeluk tubuh. “Nothing will happen! Lagipun, kita semua kawan diri sini!”
Yamato menjeling kearah Shou dan kembali memandang Sakura. “Kau tak boleh terlampai yakin.”
Dahi Shou berkerut. Kenapa King Spider tu balik-balik menjeling kearahnya cam dia ni penjenayah Tokyo semenjak sesi perkenalan mereka. Shou tak tahu kenapa Yamato layan dia cam tu. adakah dia dah sakitkan hati Yamato secara tak sengaja? Dia mula berfikir kenapa Yamato bencikan dia. Satu lagi cerita misteri yang tidak di terungkaikan. Dia mengeluh dan minum minumannya.
20 minit kemudia, Sakura dah bosan tahap gaban. Yamato asyik dating dengan Asuna, bukannya dia kisah sangat; tapi babak antara Yamato dan Asuna sentiasa muncul di kepalanya membuat dia malu sendiri. Takeshi dan Ryo pula menyanyi kalah katak dalam kolam sumbangnya dengan karaoke. Shinn ada juga join in dorang nyanyi sekali sekala. Dan Shou… Sakura memandang kearahnya dengan senyuman kecil. Shou mendongak dari membaca majalahnya membuat mata mereka bertembung. Sakura terus blush dan alihkan pandangannya. Shou berdengus dan sambung membaca majalahnya.
Sakura mengeluh bosan dan beritahu mereka yang dia nak turun ke bawah untuk menari. Dia bangun dan belum sempat abangnya nak halang. Sakura mula bergerak keluar tetapi jatuh. Dia berdengus dan duduk di kerusi berdekatan untuk melihat kakinya terseliuh atau tidak. Dia menghembus nafas lega sebab kakinya okay. Dia mula menyandar pada kerusi itu tapi kerusi itu bergerak.
Dia rasa pelik. Kerusi ni… bergerak ke tadi? Sakura berberak apabila ‘kerusi’ itu bergerak. Dalam keadaan blur, dia nak bersuara tapi ‘kerusi’ itu bersuara dulu.
“Boleh tak kau pergi?”
Sakura berputar dan matanya terbeliak terkejut. dia sedang memandang mata Shou yang membara. Kenapa mereka dekat sangat?
“A-Apa?”
“Aku cakap… pergi.” katanya lagi cuba menahan marah. Sakura mengerdip mata masih dalam keadaan blur dan bila dia perasan… dia melompat bangun.
“Ak---Aku minta maaf—A—aku ak perasan yang—Sorry!”
“Whatever.” Shou menghalau Sakura dengan tangannya. “lain kali nampak dulu kerusi yang kau nak duduk tu ada orang ke tak.”
“o-okay..” Sakura blush dan kembali ke kerusinya semula. Plan nak menari terbatal.
Riak wajah SHou jatuh sebaik sahaja Sakura tinggalkan dia. Dia secara tak sengaja terhidu bau minyak wangi sakura dan terkejut mendapati bau campuran Vanila dan strawberry dengan sedikit bau peach. Baunya sama dengan little blossomnya. Adakah ia satu kebetulan? Boleh ke bau mereka sama? Mustahil ke begitu? Lebih panjang dia fikirkan, ia menjadi semakin rumit.
Shou berdengus dan mengambil minumannya, di habiskan sekali. Cherry dengan personality misterinya buat dia sakit kepala.
>X<
Sekitar tengah malam, sejam selepas kejadian terduduk atas Shou, sakura kembali bosan. Bukan itu saja, dia juga dah meluat mendengar Ryo menyanyi cam katak kurang air. Mengeluh kerana sakit hati, dia mengambil mikrofone di tangan Ryo.
“Hey! Tak nampak ke aku tengah buat apa ni?” Ryo memprotest
“Kau nak buat aku pekak ke hah?”
“Apa kau merapukan ni? Suara aku khas di import dari heaven kau tahu!” rungut Ryo half mabuk, half sedar.
“Apa? Import dari heaven?” Sakura tertaw mengutuk. “Bayi baru lahir lagi sedap dari kau!”
“Kejamnya…” Ryo merajuk. “Takeshi, Cher kejam kat aku!!”
Takeshi terasa namanya di panggil dan melihat Ryo menangis dengan dramatiknya. “Apa?” Ryo ulang apa yang dia cakap tapi Takeshi tetap tak dengar apa-apa. Dahi Takeshi berkerut seketika sebelum dia teringat kenapa dia tak dengar apa-apa. Dia mengeluarkan kapas dari telinganya membuat Ryo terkejut.
“Sorry, kau cakap apa tadi Ryo? Aku tak dengar.”
“maksud kau… selama ni kau pakai benda tu kat telinga kau?” Soal Ryo menuding jari kearah kapas putih di atas meja. Takeshi mengangguk.
“Jangan ambil hati tapi suara kau teruk. Kesian telinga aku ni tak tahan selepas 2 buah lagu kau bawa.”
Sakura menahan dirinya dari tertawa besar dan bila melihat uka Ryo yang cam minum satu botol cuka, dia akhirnya ketawa besar, pecah perut.
“Kesiannya! Selama ni… kau pakai… dan.. Ryo…” Sakura terjatuh di sofa memegang perutnya yang sakit akibat ketawa banyak sangat. “Aduh… teruknya… aku dah tak boleh tahan.” Katanya masih lagi ketawa.
Shinn yang sibuk mencari lagu seterusnya
akhirnya perasan yang Ryo dah berhenti. Dia mendongak dari memandang buku lagu
tu dan melihat Sakura tertawa pecah perut, Takeshi tersenyum seperti melihat
satu hiburan dan Ryo merajuk. Dengan menjungkit kening dia membuka kapas di
telinganya. “Apa aku miss?”
Sakura melihat Shinn keluarkan kapas dari telinganya dan ketawa sekali lagi. Baru je tawanya dah redah tapi sekarang di tambah pula?
“KAU PUN?!”
Comments
Post a Comment