Rose Princesses: Surrender or DIE??


Chapter 25

Rose Princesses dan Shinee berada di bilik mesyuarat terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dari dalam istana dan mengesyaki ia datang dari bilik Onew. Tanpa membuang masa mereka semua berlari keluar istana dan menuju ke tingkap bilik Onew, bukan tingkap lagi tetapi sebuah lubang yang besar dan Onew sudah tiada di dalam bilik tersebut.

“Dia di mana?” Teamin memandang kekiri dan kekanan mencari kelibat Onew kalau-kalau dia masih berada di kawasan istana.

Sebuah bebola bewarna hitam menyerang kearah mereka membuatkan letupan yang sangat besar. Nasib baik mereka sempat mengelak jika tidak pasti ada yang cedera akibat serangan yang mengejutkan itu.
Mereka memandang kearah dari mana datang bebola itu; di atas langit dan melihat Onew yang kelihatan sangat berlainan. matanya merah memandang mereka dengan dingin dan tidak berhati perut seperti ingin menghapuskan mereka. Urat-urat hitam timbul di mukanya dan lengan. Jarinya yang tajam bagaikan jari seekor raksasa yang ingin mengoyak daging mangsanya.

Mea rasa seperti satu pukulan di kepala apabila melihat keadaan Onew sekarang. dia tidak tahu apa nak buat. Melihat keadaan Onew sekarang, dia tahu yang Luna dan Devil sudahpun bertarung.

Onew mengeluarkan bebola hitam lagi dari tangannya dan tersenyum sinis, senyuman yang boleh membuat orang rasa trauma sepanjang hayat. “Kamu akan mati…” Katanya dengan suara double. Suara Onew dan satu lagi suara seperti suara seekor rasaksa.

Dia melontar bebola hitam tersebut kearah mereka. Jonghyun segera bergerak kehadapan dan melontarkan sebuah tumbukan udara yang besar melawan bebola hitam itu mengakibatkatkan letupan besar membuat mereka terbang jauh ditolak angin kuat dari letupan tersebut. Hancur semua yang ada di sekeliling mereka, tumbuhan yang Mea baru sahaja tanam musnah dengan sekelip mata.

XOXOXOXOX

Ketawa Devil bergema di ruang dimensi itu melihat Luna bergelut mengelak dari serangan skull slave yang menyerang tanpa henti.

Cheh! Kenapa dengan kepala tengkorak ni tak hancur-hancur? Makin banyak aku balas, makin kuat tulangnya! Desis hati Luna risau kalau dia tidak dapat mengalahkan tengkorak yang tak berotak itu. Melawan dengan menghumban dirinya untuk makan Luna. menghancurkan lantai di mana Luna pijak sehingga tiada lagi tempat Luna untuk land.

Luna memandang kekiri dan kekanan; mengelak dengan melompat ke serpihan lantai yang masih boleh lagi di pijak. Apa yang Devil sedang rancangkan ni? Kenapa kepala durjana ni yang lawan aku bukan dia? Desis hatinya lagi.

Dia melihat salah satu Skull Slave terbang kearahnya dengan laju. Luna menggenggam erat scepternya dan menunggu masa yang tepat untuk menyerang.

“Bat’er up!!” Jeritnya memukul tengkorak itu dengan scepternya. Senjatanya sebagai kayu pemukul dan tengkorak pula sebagai bola besball.

Tengkorak itu terlempar kebelakang dan terlanggar lagi satu tengkorak dan terpantul ke sangkar Devil membuat sangkarnya bergoyang. Tengkorak bekas pukulan Luna berkecai hancur menjadi serpihan-serpihan kecil.

“Strike!” Jerit Luna, sekarang pula seperti bermain bowling. 2 in 1 game. Dia akhirnya dapat menghancurkan salah satu tengkorak durjana itu tapi kegembiraannya hilang di tiup angin apabila tengkorak yang baru sahaja hancur bercantum semula seperti biasa.

Devil pula menggantikan tawa Luna. “Kau takkan ada peluang!..... kalau kau tak dapat kalahkan slave aku…. kau tak ada peluang untuk kalahkan aku…”

Luna mengetap bibir. Sekarang dia berada dalam zone bahaya sekarang. kalau dia tak dapat cari jalan bagaimana hendak kalahkan Skull Slave, dia mungkin akan mati sebelum dapat berlawan dengan Devil.

XOXOXOXOX

Manakala, Rose Princesses dan Shinee sedang berusaha bertahan untuk menghalang Onew ke bandar. Mereka tahu yang Onew akan membunuh apa saja yang bernyawa di sekelilingnya. Oleh itu, selagi jantung mereka berdegup, selagi itu Onew akan tinggal di kawasan istana untuk menghapuskan mereka.

Si kembar menjadi Blue Rose dan menyerang Onew dengan requipt’ing senjata mereka hingga yang terkuat untuk melemahkan Onew tapi Onew tetap dapat bangkit setelah menerima serangan dasyat dari Si kembar malah, dia masih tersenyum dengan senyuman yang lebih menakutkan.

“My turn!” Ann pula terus mengeluarkan test tubenya yang lebih besar dari yang lain dan ingin melontarkan kea rah Onew. Tetapi mata mereka bertemu membuat Ann kaku dari melontar botolnya kearah Onew.

Mata yang menggerunkan itu melemaskan Ann kedalam laut gelap lagi sejuk. Terjunam ke dalam tanpa ada menghujungnya. Cuba mencapai ke dasar tapi badannya tidak dapat memberi apa yang dia inginkan. Dia rasa seperti ada sesuatu yang menariknya masuk kedalam dan menahannya untuk bergelut. Sangat sejuk, sangat dalam, sangat sunyi…

“Ann!” terdengar suara yang sangat dia kenali tetapi sangat jauh. Ann ingin bersuara memanggil pemilik suara itu tetapi terasa seperti ada batu tersekat di rongga lehernya membuat suaranya tidak keluar.
Dia terlihat satu figura terjun kedalam laut tersebut dan cuba menggapai tangan Ann. Semakin dekat lelaki itu berenang kearahnya, semakin jelas wajah lelaki itu.

“Te… Teamin…!” sahutnya dengan perlahan dan tangannya mula mencapai tangan Teamin.

Mata Ann terbuka luas dan mendapati dia berada dalam dakapan Teamin. Kelihatan lelaki yang disayanginya tersenyum lega melihat Ann membuka mata.

“Kau selamat… baguslah.” Katanya dengan lembut. Di sebalik suara itu, terdapat kerisauan dan keresahan yang perempuan yang di kasihinya tidak akan membuka mata.

Ann tersenyum nipis tapi senyumannya serta merta hilang apabila sebuah letupan besar datang dari pertempuran antara mereka dengan Onew. Ann ingin kembali ke medan pertempuran tapi badannya tidak bermaya untuk bangkit. Terasa pening sebaik dia ingin bangun.

“Kau tinggal di sini dan biar kami yang uruskan.” Kata Teamin dan ingin pergi ke abang-abangnya semula tetapi Ann menghalangnya dengan memegang tangannya.

“Boleh aku ikut?” Soal Ann dengan watak Pink Rose yang manja dan periang. Dia tidak mahu hanya menjadi penonton dan tidak berbuat apa-apa. Luna berada di dalam Onew (Entahlah di mana) sedang berlawan dengan Devil yang sebenar. Bersendirian tanpa ada bantuan seperti mereka yang berkerja sama untuk tidak kalah di tangan Onew, kawan sendiri, keluarga sendiri.

Teamin tersenyum nipis faham perasaan Ann. Dia menundukkan diri dan memberi satu kucupan di dahi cuba tenangkan Ann yang resah gelisah memikirkan satu-satunya keluarganya yang tinggal, Luna.

“Hoi! Bukan masa untuk lovey-dovey sekarang!” Jerit Minho yang baru sahaja mengelak serangan Onew dan land di tempat mereka. Dia memandang Ann dan Teamin yang sempat ambil kesempatan. “Kau nak aku panggang korang sampai hangus ke?” Tangannya sudah mengeluarkan renjatan elektrik yang bervoltan tinggi tinggal tunggu untuk menyerang sahaja.

Temin segera berdiri dan lari ke medan pertempuran meninggalkan Ann bersama Minho. Baik dia cabut dulu sebelum abangnya betul-betul panggang dia. Teamin tahu orang yang di panggang bukan Ann tapi hanya dia seorang.

Minho berdengus kecawa dengan adiknya yang bongsu itu. Dia kembali memandang Ann membuat Ann terkejut kecil melihat wajah marah Minho dan tersenyum memberi respon.

Minho mengeluh kecil. “Ann, aku nak kau alirkan liquid kau dari sini ke tempat Onew sana.” Katanya menunjuk kearah Onew yang menjadi center serangan mereka.

Kepala Ann senget sedikit tidak tahu apa yang Minho rancangkan tapi dia hanya menurut dan mengeluarkan test tube di setiap celah jarinya. Nafasnya menjadi berat kerana mengeluarkan lebih banyak test tube dalam satu masa dan di tuang ke tanah. Liquid pink itu di serap kedalam tanah dan mengalir kearah Onew.

Ann mengangguk semula memberi singnal kepada Minho yang dia sudah selesai. Sekarang giliran Minho pula untuk bertindak memerangkap Onew. Dia tidak mahu lakukan tapi terpaksa sebelum keadaan menjadi lebih parah.

“Pastikan Liquid tu naik ke tanah dan memerangkap Onew. Keraskan ia tapi tidak terputus dari tanah. Faham?” Minho beri lagi satu arahan dan Ann segera bertindak menuang satu lagi Liquid.

Liquid itu memberi tindak balas muncul dari tanah di mana Onew berada dan memerangkap Onew sepenuhnya dan mengeras dengan serta merta berbentuk seperti belon pink. Tanpa membuang masa Minho menyentuh tanah di mana Ann menuang Liquidnya, renjatan elektrik dari tangannya mengalir mengikut liquid Ann ke perangkap, merenjat Onew yang berada di dalam belon itu.

Kedengaran jeritan kesakitan Onew dari dalam belon itu membuat Mea tidak sanggup untuk mendengarnya. Dia menutup telinganya berharap ia akan berakhir. Dia tahu ia menyakitkan tapi ia untuk kebaikan Onew juga.

Tetapi perangkap yang menghantar renjatan elektrik itu mula retak apabila ia tidak dapat menampung kuasa Minho yang voltannya semakin tinggi cuba membuat Onew tidak sedarkan diri.

Onew bebas semula tetapi terbaring di tanah bernafas dengan berat. Hangus tapi tidak melecur. Onew menjadi lebih marah dari sebelumnya dan mendongak memandang mereka semua. “Mati…. Mati..” Katanya berulang-ulang kali. “MATI!!”

Onew memaksa dirinya untuk berdiri semula dan kedua tangannya membuat bebola hitam, lama semakin lama bebola itu membesar dan bukan sahaja di tangan, di sekelilingnya jua terhasil enam bebola hitam.

Mea tidak tahan lagi melihat Onew dan ingin berlari kearah Onew menghalang dia dari menghancurkan keluarganya sendiri tapi di halang oleh sikembar, lengannya di pegang erat oleh Viola dan Fiona.

Tidak! Aku tak nak Onew bunuh adik-beradiknya sendiri! Jerit hati Mea. Cahaya putih muncul disekelilingnya membuat Si Kembar melepaskan dia mengetahui apa yang sedang berlaku. Rose putih yang sudah mati akibat serangan mereka subur semula dan kelopaknya mengelilingi Mea, menenangkan hati resah pewatak White Rose.

Mea mendepakan tangannya dengan lembut kearah Onew dan akar rose bangkit dari bawah tanah dan melilit bebola hitam Onew ditarik kedalam tanah. Akar yang berduri itu tumbuh semula dari tanah dan melilit Onew pula, setiap tubuh badannya di lilit mengunci pergerakan Onew.

Mea datang mendekati Onew membuat Onew bergelut lebih kuat untuk melepaskan diri. Mea menyentuh muka Onew, tersenyum nipis tapi tenang membuat Onew tetiba berhenti bergelut apabila melihat wajah Mea.

“Tenangkan dirimu, my love…” Katanya dengan lembut, menenangkan Onew.

Mereka yang lain hanya melihat Mea menenangkan Onew. Kagum juga melihat Mea yang dapat menghentikan kegilaan Onew.

Dahi mereka bersentuhan dan Mea menutup matanya. “Semua ini adalah sia-sia dan hanya akan membuat hati mu lagi kosong dan resah…. Kembalilah kepada kami dan kami akan terima kau dengan hati yang terbuka…”

XOXOXOXOX

Luna terperangkap di atas serpihan lantai tidak dapat bergerak lagi. Skull slave pula ingin menyerang dari dua hala, di kiri dan kanan. Kali ini Luna akan hancur, di mana lagi dia akan pergi tanpa ada lantai untuk dia land?

“Kau akan jadi milik aku! kau dah tak dah pilihan… mengalah sajalah….” Kata Devil dengan angkuh. Yakin dengan kekalahan Luna.

Luna tersenyum sinis. “Kalau aku tidak mengalah mati dan kalau aku mengalahpun mati. Jadi, baik berlawan sampai mati!” Dia berdiri bersedia untuk menerima serangan Skull slave itu. Skull slave tersebut mula menyerang Luna dari dua arah dan Luna tidak berganjak pun dari lantai itu dan scepternya juga tidak memberi sebarang pose yang ia juga akan menyerang skull slave itu.

Apabila Skull slave itu semakin dekat dengan Luna hanya tiga meter jauhnya. Luna menyebarkan sayapnya dan terbang keatas membuat skull slave yang bergerak dengan kelajuan tinggi hancur berlanggar antara satu sama lain.

Luna tersenyum melihat skull slave itu hancur tetapi senyumannya hilang apabila terasa cahaya hijau diatasnya. Devil sedang menunggu Luna dari atas.

“Ia sebuah pera-” sebelum Luna sempat berhenti dari terbang keatas, Dia sudah masuk kedalam melalui lubang sangkar itu. Cahaya hijau itu semakin cerah sebaik sahaja Luna masuk kedalam sangkar Devil. Cahaya yang sangat terang lagi kuat itu telah menyebabkan sangkar usang, berkarat milik Devil hancur berkecai akibat tidak dapat menampung kuasa yang teramat kuat.

XOXOXOXOX

Onew memberikan riaksi yang ketara apabila mendengar ayat Mea dan matanya mula tertutup. Seperti dia sudah menemukan ketenangan dalam dirinya.

Mea tersenyum gembira tapi elegent. Dia berputar kearah Fiona dan berkata. “Masa untuk bawa Luna pulang.”

Fiona mengangguk dan memeluk kakaknya dengan erat. “Vee, aku perlukan separuh dari kuasa kau untuk membawa Luna pulang. Kau boleh-”

Viola mengangguk sebelum Fiona menghabiskan ayatnya. “Bawa Luna pulang dengan selamat, okay?”

Fiona mengangguk dan melepaskan pelukan mereka. Dia bergerak mendekati Mea dan tunduk dihadapan Onew. Mata kirinya mengeluarkan api biru menyala dan merenung tepat ke mata Onew, mencari di manakah Dimensi Devil berada.

Apabila Fiona jumpa lokasi dimensi itu, dia terus masuk kedalam mata Onew dan travel dalam portal laluan ke dimensi Devil. Dia terkejut melihat apa yang telah berlaku. Lantai berpetak hitam putih rentak dan banyak serpihan lantai terapung di udara seperti tiada gravity walaupun dia melekat memijak lantai. Bukan itu sahaja, terdapat banyak rantai besi melekat di lantai dan tiada penghujungnya.

Pelik? Bukankah tempat itu hancur teruk? Rantai besi sudah lenyap akibat over load dari kuasa Devil? Kenapa ia kelihatan seperti tiada pertempuran yang telah berlaku? Adakah Fiona masuk ke dimensi yang salah? Atau memang tiada apa yang berlaku di tempat itu?

Mata Fiona yang berligar-ligar sekeliling tempat itu akhirnya terhenti apabila terlihat satu figura sedang duduk bersimpul kaki, menutup muka dengan tangannya, bersama scepternya di pangkuannya. Tak syak lagi, itu pasti Luna. tiada perempuan lain yang ada scepter selain Luna.

Fiona berjalan dengan berhati-hati melangkah kearah Luna dan apabila dia berada di depan Luna, Fiona ingin menyapanya tetapi niatnya terbatal dan tangannya di tarik semula. Dia tidak tahu kenapa dia teragak-agak untuk menyapa perempuan yang menutup muka itu. Fiona bukannya melangkah lebih dekat kepada Luna tapi dia melangkah kebelakang. Kenapa? Kenapa dia buat seperti itu kalau dia yakin perempuan itu adalah Luna?

Dia tidak tahu kenapa jantungnya berdegup kencang secara tetiba apabila melihat Luna tidak bergerak walau sedikit pun, di tenung dengan lebih lama, Fiona baru perasan yang perempuan di depannya tidak mempunyai sedikit calar di badannya, bajunya sudah berubah dari pemakaian Red Rose sebelumnya. Adakah dia sudah naik ke Awakening kedua? Tapi kenapa tiada kesan pertarungan di badannya? Dia kelihatan seperti baharu. Tidak ada calar walau sedikit pun.

“L… Luna?” Akhirnya suara yang hilang di mulutnya ditemu jua.

Luna tersentak dan tersenyum sinis di sebalik tangannya. suasana di ruang dimensi itu tetiba menjadi tegang, Fiona sendiri tidak senang hati dengan keadaan di sekelilingnya sekarang. yang lebih mengejutkan ialah, skull slave Devil muncul dari belakang Luna, kelihatan lebih menyeramkan dari sebelumnya. Matanya lebih ganas dari sebelumnya.

Fiona menjadi semakin takut apabila Luna tidak memberi sebarang respon dengan sekeliling mereka yang menjadi seram dan menakutkan. “L… Luna, kau kenapa?”

Luna tertawa tiga dekah. “Na├»ve…” Dia mendongak memandang kearah Fiona. Matanya bertukar ke warna hijau dan sangat menggerunkan. Memberi Fiona seram sejuk melihat mata hijau yang bercahaya itu. “My ride to get out dah tiba…” katanya dengan nada double. Suara Luna yang dingin bercampur dengan suara rasaksa.

Dengan suara Luna, Fiona dapat teka apa yang telah berlaku. “K… Kau Devil?” Fiona rasa nak rebah ke tanah apabila Devil merasuk kedalam badan Luna.

Luna menggeleng dengan senyuman sinis. “Aku Luna… Luna kamu semua tapi lebih berbeza dari yang dulu.” Kata Luna dengan senyuman bangga. “Lebih hebat, lebih berkuasa dan lebih penting… tidak dapat di kalahkan!” Luna tertawa ke udara, suaranya bergema di ruang dimensi itu.

Luna kembali memandang kearah Fiona dengan senyuman evilnya terukir di hujung bibirnya. “Apa kau nak buat sekarang… Blue Rose Fiona?”

Fiona mengetap bibir tidak sangka yang Luna akan jatuh kedalam tangan Devil. “Requipt…” Katanya berbisik di hujung nafas.

Fiona mengangkat pedang samurainya naik kearah Luna menandakan dia akan berlawan untuk dapatkan Luna semula. “Terima? Jika aku menang, kembalikan Luna kepada aku.”

Luna tertawa geli hati mendengar ayat Fiona. Dia mendekatkan lehernya pada mata pedang itu seolah-oleh memprotes keberanian Fiona. “Kau berani ke bunuh aku? Devil dan aku telah bersatu dan kami takkan terpisah lagi... dan sampai bila-bila pun kami takkan terpisah.”

Fiona terkejut memegang erat pedangnya, sangat marah mendengar Devil claim dirinya bersatu dengan Luna. “Hentikan semua ni! Aku tahu Luna berada di dalam sana dan pastinya dia dengar apa yang aku katakan ini.”

Luna memegang mata pedang itu dengan tangannya sendiri. Tapak tangannya mengalirkan liquid merah panas, riak wajahnya menunjukkan dia tidak main-main. Dia menarik pedang Fiona mendekatkan Fiona kepadanya. Luna menghalakan Scepternya di belakang leher Fiona.

Fiona tidak sangka yang Luna sanggup cederakan tangannya sendiri hanya untuk menarik dia ke scepternya. “Ap- Requipt!”

Ayatnya tertukar apabila Luna menarik scepternya untuk memenggal leher dan Fiona sempat menyelamatkan diri dengan menyeru satu lagi pedang samurai di tangan kirinya dan mengunci pergerakan Luna untuk menarik scepternya. Dengan itu, Fiona melepaskan dirinya dan bergerak sepuluh jauh dari Luna, samurainya terpaksa di lepaskan ke tangan Luna.

Luna lontar pedang Fiona ke udara dan memegang pemegang pedang tersebut. Luna terseyum sinis. “Apa kau nak buat sekarang? lawan atau give up?” Luna menjeling kearah pedang Fiona memberi signal kepada di si adik. Sekarang pedang sebenarnya ada sama dia. Fiona takkan dapat requipt pedang yang lebih kuat jika pedang pertamanya tiada di tangannya.

Fiona membalas senyuman sinis Luna membuat Luna terkejut kecil. “Kau terlupa sesuatu…. Aku boleh menyeru dan menghilangkan senjata sendiri.” Fiona menjungkit kening sambil memuncungkan mulutnya kearah pedangnya.

Luna memandang pedang samurai di tangan kanannya. Tanpa perasaan Luna melihat pedang itu bertukar kepada kelopak rose biru mengelilingi Luna dan lenyap dari penglihatan. “hebat..” katanya dengan nada mendatar.

Luna memandang kearah Fiona dengan senyuman membuat Fiona terkejut. Senyuman itu lain dari yang sebelumnya, ia kelihatan tenang tanpa ada agenda disebalik senyuman itu. Matanya juga kembali kewarna asal.

Senyuman Luna terus berubah ke senyuman sinis. Matanya kembali bewarna hijau menyala. “Tak lah ‘epic’ sangat..” Kata Luna dengan menggunakan ayat Si kembar selalu guna. Mengejek Fiona.

Fiona menghalakan pedangnya kearah Luna dengan yakin. Akhirnya dia dapat cara untuk kembalikan Luna ke dirinya yang asal. Walaupun mereka telah bergabung tenaga untuk menjadi awakening kedua, Devil mengambil alih badan Luna. Fiona tahu yang dia boleh memberi Luna ke tempat asalnya mengawal tubuhnya semula dengan kuasa Rose Prnicesses. “Requipt!”

Dua belah pedang muncul di tangannnya. “Sword of hell dan Heaven berada di dalam genggamanku dan dengan pedang ini jugalah aku akan menyedarkan di mana tempat asal kau, Devil.”

Skull slave Luna bergerak kehadapan menampilkan diri untuk berlawan dahulu. Luna kembali duduk diatas serpihan lantai terapung dan berkata, “Round One.”

Skull Slave meluncur laju kearah Fiona dan bermulalah pertempuran antara Fiona dan Skull Slave.

No comments:

Post a Comment