New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Saturday, 5 January 2013

The Chosen One

Bab 16


Selepas mendengar penjelasan dari Phoenix, Ketua Sekolah, Elli dan Violet terkejut mengetahui yang Aoi telah korbankan nyawanya untuk memberi jasadnya kepada Permaisuri Biru.

Aily dan Phoenix berada dalam bilik Alex melawat Aoi yang sudah telantar diatas katil king saiz Alex tidak sedarkan diri selama sebulan lebih. Wajah Aoi yang kelihatan pucat membuat mereka semua risau tentang keadaan Aoi. Tetapi yang lebih menyedihkan ialah Alex yang tidak lagi hadir kesekolah selepas mengalahkan Black. Dia selalu menjauhkan dirinya dari orang lain termasuk rakan karibnya. Apabila mereka datang melawat Aoi, Alex tiada dibiliknya bersama mereka.

Aily berada di sisi kakaknya memegang erat tangan sejuk Aoi. “Kak, Aily dapat rasakan ikatan kita masih lagi terjalin. Tolong bangun kak, jangan buat Alex terseksa lagi.” Aily menahan Air matanya tidak mahu menangis dihadapan Aoi.

Luhan memeluk bahu Aily dan mencium kepalanya seolah-olah memberi Aily sedikit semangat. Aily menyandar di badan Luhan dan menangis dalam dakapannya. “Luhan, tiada cara lain ke nak bangunkan Kak Aoi?”

Luhan hanya berdiam diri memeluk kekasihnya yang dia sayangi itu. Sabar Aily, percayalah yang Aoi akan kembali desis hatinya memeluk erat Aily.

Pintu dibuka dengan kasar dan kelihatan Sora berlari masuk kedalam dan mendekati mereka. “Ada perkembangan?”

Mereka menggeleng. “Dia kelihatan pucat dan tangannya sejuk membeku. Kami takut yang Aoi takkan bertahan.”

Sora terduduk dilantai mendengar penjelasan Jun. “Maksud Aoi akan mati?” Sora memandang Violet yang duduk disebelah Aoi. “Tiada harapan lagi ke untuk Aoi? Takkan dia akan mati begitu jak?”

XXX

Di satu ruang yang kosong dimana tiada penghujungnya terdapat seorang gadis berbaju putih terapung bagaikan tiada graviti dalam keadaan memeluk tubuh tidak sedarkan diri.

Kesejukan dalam tempat itu menyedarkan Aoi dari tidurnya. Apabila dia membuka matanya, dia terus memandang sekeliling terkejut kerana dapat membuka mata sekali lagi.

“Aku dimana? Ini di mana?” Aoi mula berlari ke satu arah yang tidak ketahui berharap dia jumpa sesiapa atau sesuatu atau apa-apapun yang penting ada benda lain selain dia didalam ruang serba putih itu.

Air matanya mula bergelinang keluar dan terapung-apung diudara. Rasa takut menguasai diri, kesunyian dan sekejukan.

 Kakinya sudah penat berlari, rasa lenguh dan kejang. Aoi memandang sekelilingnya yang kosong, masih tiada apa-apa yang dapat dilihat selain ruang kosong yang berwarna putih.

“Dah tiada harapan…” Aoi memandang kearah tangannya yang kelihatan pucat kerana kesejukan. Badannya menggigil, matanya sudah mula berat tidak tahan rasa kesejukan yang semakin meningkat setiap minit.

Mungkin di sinilah tempatku untuk menghembuskan nafas terakhirku. Bersendirian dalam keadaan kesejukan seperti mana pernah berlaku tujuh tahun lalu.

Mungkin, aku dah ditakdirkan untuk bersendirian dari permulaan dan juga bersendirian pada akhir hidupku. Apa dosaku sampai aku mesti hidup dalam kesunyian?

Walauapapun, aku tidak menyesal mati sekarang kerana….. Aku dapat mengalami banyak suka duka bersama mereka. Perasaan takut menjalani tanggungjawabku sudah mula hilang apabila aku berjumpa dengan Sora. Dia telah buka pintu baru untukku menjalani hidup yang lebih gembira bersama yang lain. Senior Zack, Senior Jeff, Senior Lui, Senior Yongwha, Senior Junki Senior Kai, senior Hana, Senior Joan Hyomin, Leiya, Elli, dan Violet. Mereka semua telah mengajarku erti sahabat kalau tidak mungkin ia akan jadi lebih rumit dan mereka tetap menganggap ku bedak nerd, skema tahap gaban.

Tekaknya yang dahagakan air membuat dia lebih lemah untuk berdiri. Sesiapa, tolong keluarkan aku dari sini……

XXX

Tingkap bilik terbuka dengan sendirinya membuat Phoenix dan yang lain terkejut. Alex bersama dengan Leiya meluncur masuk memalui tingkap tersebut dengan penyapu terbangnya dan land di hadapan katil Alex. Wajahnya ketat sambil memegang sebotol potion. Leiya pula kelihatan penat dan segera Violet menyambut Leiya memberi dia duduk di sofa yang telah tersedia di bilik Alex.

“Alex, apa kau nak buat?” Elli hanya memandang Alex mendekati Aoi dan duduk disisinya.

“Kami berjumpa dengan Grum untuk mencari beberapa herba yang tiada di rumah hijau. Kami telah Berjaya buat the forbidden Potion dan…..”

 “Apa? Kau nak bagi Aoi minum benda tu? Kau dah gila ke?” Cloud tidak setuju dengan cadangan Alex. The Forbidden Potion ialah potion yang sangat merbahaya yang mempunyai risiko tinggi untuk membunuh. Walaupun ia terbukti boleh menyembuhkan apa sahaja penyakit tetapi, jika adunan dan teknik membuatnya tidak betul, ia akan menjadi racun dan bukannya penawar. Sebab itulah ia diharamkan untuk membuat potion ini kerana mejoriti mereka yang meminum potion ini mati serta merta.

“Ini satu-satunya cara untuk bangunkan Aoi! Aku tahu apa kesannya tapi aku tak sanggup lihat Aoi tinggalkan aku begini.”

“Betul kata Alex. Kita dah kesuntukan masa sebelum Aoi pergi, jadi ini ialah peluang terakhir kita untuk mencuba Potion tu.” Leiya yang berehat di sofa bersama Violet memandang yang lain perlukan persetujuan dari mereka.

Aily memegang erat tangan sejuk Aoi dan Aily ganas mengambil alih. “Lakukannya.”

Luhan terkejut mendengar Aily memberi keputusannya. “Aily? Kau nak Aoi mati ke?”

Aily menggeleng sambil memandang wajah kakaknya yang kelihatan tidak berupayah. “Kita tiada lagi pilihan. Tak kisahlah ia Berjaya atau tak aku hanya nak Kak Aoi lepas dari kesengsaraannya. Dia sudah bertahan selama ini untuk bersama kita dan sanggup terseksa. Biarlah Alex buat yang penting Dia lepas dari semua ni.”
Luhan memandang Cloud, Cloud memandang Elli, Elli memandang Jun dan Jun memandang Alex. “Baiklah Lex, kalau itu yang Aily mahukan kami setuju.” Jun memandang Sora yang masih terdiam memandang wajah Aoi. “Sora apa jawapan kau?”

 “Permaisuri Biru pernah cakap yang kita semua sayangkan Aoi sampai takut kehilangannya kan?” Sora memandang ke Alex. “Apa yang patut kita buat ialah percaya yang Aoi akan kembali dan berharap yang Aoi dapat rasakan ini semua. Alex, aku setuju.”

Alex mengangguk tanda faham. Dia mengangkat kepala Aoi dan memberi Aoi minum air potion tersebut hingga habis.

Mulut Alex berkumat kamit membaca satu jampi penawar semasa menuangkan liquid tersebut kedalam mulut Aoi.

Alex mengucup dahi Aoi dan mendekati telinganya. “Aoi, don’t give up.” katanya dengan lembut.

XXX

Aoi yang hampir pengsan di lantai tersedar apabila terdengar satu suara yang amat dikenali. Rasa dahaganya tiba-tiba hilang dan lidahnya terasa sedikit pahit.

“Alex?” Dia mengangkat kepalanya dan melihat sekeliling. Tiada wajah yang ingin dia jumpa kelihatan.
Dia cuba untuk berdiri walaupun dia sudah tiada tenaga. Kakinya menggeletar dan terjatuh semula. Air matanya ditahan dari mengalir turun. “Aku tak… takkan mengalah….” Dia cuba berdiri kali yang kedua tetapi tetap tidak berdaya.

Dia menangis teresak-esak kerana tidak berjaya untuk bangun. Menangis menutup muka di atas lantai yang sejuk. “A… Al.. Alex…. Alex....” Nama tersebut diulang berkali-kali kerana rasa rindu dihati terhadap lelaki yang disayanginya itu.

“Aoi.. Jom.”

Aoi terus mendongak melihat suara siapa yang memanggilnya. Dia terkejut melihat suasana di sekelilingnya berubah menjadi sebuah hutan dan dihadapannya sebatang pokok mati yang besar.

Rantai yang di pakainya tiba-tiba bercahaya dan berekor rama-rama keluar dari rantai tersebut seolah-olah menyuruh Aoi supaya tidak bersedih. Rama-rama tersebut membantu dia bangun dengan perlahan dan itu membuat Aoi sangat gembira kerana ada juga yang membantunya walaupun kakinya sedikit menggeletar.

Dua cahaya berwarna biru muncul turun dari pokok besar dihadapannya dan mengelilingi Aoi seperti memerhatikan gadis tersebut dari atas ke bawah.

  
Aoi hanya berdiam diri membiarkan cahaya tersebut mengelilinginya. Rama-rama tersebut semakin bertambah setiap saat dan hinggap di batang kayu pokok besar itu membuatkan ia kelihatan sangat cantik dan menenangkan.

Cahaya tersebut berhenti dihadapan Aoi dan muncul satu figura dari setiap cahaya tersebut. Aoi tergamam melihat Black dan Permaisuri Biru berdiri dihadapannya dengan senyuman yang manis.

Permaisuri Biru ketawa melihat wajah Aoi yang blur. “Ini pasti mengejutkan untuk kamu kan?”

Aoi menggeleng. “Ini lebih dari itu. Tak terfikir yang Black akan tersenyum cam tu dengan kau.”

Black tertawa kecil. “Patutlah Sofia pilih kau sebagai pengganti. kau tak teragak agak nak bercakap. Ikut sedap mulut kau je kan?”

“Sofia? Mama?” Aoi memandang Permaisuri Biru apabila Black memanggil dia sama seperti nama mamanya.
Permaisuri Biru mengangguk. “Maafkan mama kerana tak beritahu dari awal Aoi. Tapi, ini untuk menghalang Hati Gelap Black menguasai dunia magik kita.”

“Macam mana kau boleh jadi mama aku sedangkan kau dah mati?” Aoi mengendahkan kata permaisuri biru. Dia rasa amat marah kerana mama yang di rinduinya ialah orang yang selama ini berada dalam dirinya.

“Dia tidak akan mati selagi aku belum mati. Tapi disebabkan lama hidup di dunia, magiknya semakin lemah kerana menyembunyikan rupa sebenarnya selama beribu tahun. Dia mengambil keputusan untuk kahwin dengan papa kamu hanya untuk melahirkan generasi baru untuk mengambil alih tempatnya.” Kata Black panjang lebar.

“Sebab itu aku tiada magik semasa lahir? Betul ke?!” Suara Aoi naik volume 2. Aku hanyalah alat bagi dia? Orang yang aku sanjungi ialah orang yang gunakan aku! desis hatinya marah.

Permaisuri Biru menggeleng kepalanya. “Kau tiada magik kerana perbuatan Angelica yang telah sumpah kau sebelum kau lahir. Hanya satu cara sahaja untuk mengembalikan magik kau iaitu dengan membuat perjanjian dengan mama. Mama sendiri tidak sanggup melihat kau rasa tidak diperlukan di rumah agam dan buat plan tentang buku yang kau jumpa di bilik papa. Ia semua untuk kebaikan kau juga dengan meminjamkan magik mama kepada Aoi. Walaupun magik pinjaman mempunyai had yang singkat, Mama selalu ada di sisi kamu apabila kamu memerlukannya.”

Aoi memikirkan balik tentang perubahannya semasa selamatkan Nightwalker dan membina benteng sekolah. “Itu semua ialah magik pinjaman dari Mama? Saya takkan ada magik selamanya ke?”

Black menarik sengih. “Budak ni risau sangat. Sejibik dengan kau Sofia.” Black memandang kearah Aoi. “Dengar. Kau mempunyai magik yang lebih berkuasa dari Sofia, sebab itu Angelica menyekat magic kau. Sepatutnya kau yang ditakdirkan bunuh aku tapi Angelica mengubah takdir. Jadi….”

“Jadi, mama dan Aoi telah buat perjanjian bergabung tenaga untuk mengalahkan black. Magik Aoi akan bebas apabila kita bergabung menjadi satu dan korbankan diri untuk mengalahkan Black.”

Black berdengus. “Aku sendiri rasa menyesal kerana libatkan anak buah sendiri untuk bunuh aku.”

“Anak Buah?!”

“Hei, Mama kau tu Kakak aku. Jadi aku ni pak cik kau, anak tak kenal diuntung, sanggup kau bunuh pak cik sendiri.”

Aoi menjelir lidah. “Patut pun kau dibunuh! Kau dah pulih atau tidak, tetap jahat!”

Permaisuri Biru meluku kepala dua budak yang menyakitkan hati. “Macam anjing dengan kucing!”

“Aduh! Sof, Sakit tau!”

Permaisuri Biru berdehem cuba mengawal rasa gembira kerana Black dan Aoi kelihatan akrab. “Walauapapun, Aoi dapat temui buku coklat yang mengunci Black di Enchanted Library yang telah menolong kita untuk mengubah takdir sekali lagi. Aily dapat jumpa buku tersebut dan mewakilkan diri untuk menolong kamu dari korbankan diri bersama mama.”

Aoi mengangguk tanda faham. Semuanya masuk akal, Dia tiada magik kerana sumpahan Angelica. Hanya Dia yang boleh kalahkan Black tapi magiknya tersekat. Mamanya bergabung dengan dia untuk bangkitkan magik Aoi dan mereka berkorban nyawa mengalahkan Black. Mama Aoi memang ditakdirkan mati dalam pertempuran kedua tertulis didinding enchanted library. Terima Kasih kepada Aily, dia dapat kembali ke bentuk tubuh badannya semula selepas Black dan mamanya lesap didunia mereka.

Aoi memandang wajah Mamanya dan Black dengan riaksi yang gembira. “Aku kembali ke bentuk badanku semula itu bermaksud….”

Mereka berdua tersenyum. “Ya, Kau masih ada harapan lagi.” Kata permaisuri Biru mencium dahi Aoi.

“Jangan Happy sangat budak. Nanti kau kena minta maaf dengan semua orang sebab kau dah tidur lama sangat, Heavy-sleeper. Yang paling penting pakwe kau yang sombong lagi angkuh tu.” Black memegang bahu Aoi. “Best juga nampak dia sensara cari the forbidden potion tu. Tapi, thanks kerana dia aku dapat berchatting dengan Anak buah skema aku ni.”

Aoi memukul dada Black. “Kau memang kejam. Tapi, thanks sebab datang. Tak sangka buruk juga wajah pak cik aku.” Aoi menjungkit kening tiga kali. “Buruk dari yang aku bayangkan.”

“Hey, Aku paling hensem di Xanvera city tau!” Black meluku kepala Aoi. “Bagus kau blah sekarang sebelum terlambat. Si Alex bebal tu dah tunggu kau, tak nak ke kau jumpa jejaka pilihan kau tu?” Black fire dia balik.

Merah muka Aoi dibuatnya oleh usikan Black. Rasa nak bagi penumbuk je di muka orang tua ni! Nasib baik kau pak cik aku desis hati Aoi cuba control perasaannya.

“Jack! Dah-dahlah sakat dia!” Permasuri Biru sudah pedap dengan perangai nakal adiknya yang tk pandai matang-matang.

“Yes, Ma’am.” Black memetik jarinya dan rama-rama yang hinggap di batang pokok tersebut berterbangan ke satu arah berkumpul menghasilkan satu portal. “Kau masuk ke dalam tu dank au akan kembali ke jasad kau semula.”

Aoi tersenyum gembira mendengar berita tersebut. “Thanks… PAK CIK JACK…..” Aoi tersengih-sengih kerana itu kali pertama dan terakhir dia jumpa pak ciknya.

Black memeluk Aoi dengan erat. “Tak guna punya budak… Kau jangan nak happy sangat.”

Aoi bertukar pelukan kepada Mamanya. “Jaga Aily dengan baik dan ingat…. Kamu dah tahu siapa diri kamu sebenar dan rahsiakannya kalau kamu ingin bebas menjalani hidup kamu tanpa terperangkap di rumah agam seperti mama. Kamu fahamkan?”

Aoi mengangguk. Magiknya yang melangkaui Permaisuri Biru pastinya disimpan didalam rumah agam khas untuk hidup selama beribu tahun sebagai persediaan untuk mengalahkan penjahat baru yang mungkin akan muncul.

Air mata menuruni ke pipi rasa sedih yang tidak mahu di rasa akhirnya datang. “Aoi akan rindukan mama dan pak cik black.”

Black mengusap kepala Aoi. “Goodbye little devil”

Aoi hanya tersenyum dan bergerak masuk keportal persebut.

XXX

Mata Aoi terbuka secara perlahan dan melihat siling yang berukiran flora yang sangat halus. Dia bangun dari baringnya dan memandang sekeliling bilik tersebut. Matanya berhenti apabila melihat Alex tidur sisinya sambil memegang erat tangannya seperti tidak mahu dilepaskan. Aoi tersenyum nipis, kerana insane yang dia ingin lihat berada di depan matanya sekarang.

Badannya masih lagi lemah kerana dia susah untuk menangangkat tanganya yang bebas. Rambutnya disentuh dengan perlahan.

“Dah panjang sedikit …. Dah berapa lama aku ‘tidur’?” Dia melihat jam didinding.. 10.30pm waktu pelajar bersekolah. Aoi terus memandang ke luar tingkap dan memandang bintang yang bertaburan didada langit. “Mungkin agak lama sehingga tangan sendiri susah nak angkat.”

Dia menyentuh pipi Alex dengan perlahan rasa bersyukur kerana dapat peluang kedua untuk melihat wajah yang disayanginya itu.

Alex terbangun apabila terasa pipinya tersentu dan segera mengangkat kepala dan memegang erat tangan Aoi. Dia masih half-asleep dan kerana bilik itu gelap, susah dia nak lihat sekeliling.

Aku bangunkan dia desis hati Aoi. Dia tersenyum melihat Alex yang masih mamai menggosok matanya cuba sedarkan diri. Heavy-sleeper, tentu Alex penat menjagaku selama ini desis hati Aoi hanya berdiam diri.

Alex memandang kearah Aoi yang tersenyum memandangnya dan terkejut besar. “A… Aoi?”

Aoi tergelak kecil. “Baru perasan ke?”

Alex terus memeluk Aoi apabila dapat mendengar suara dan senyuman Aoi. “Thank God…”

Aoi yang masih lemah tidak dapat menampung badan Alex yang tiba-tiba melompat memeluknya tapi, dia membiarkannya kerana dia gembira yang Alex masih menyayanginya dan membalas pelukan Alex.

“Lex, berapa lama aku ‘tidur’?”

Alex terus melepaskan pelukannya dan memandang Aoi dengan wajah yang marah. “Itu soalan pertama yang Aoi tanya? Aoi tau tak bagaimana perasaan kami selama Aoi tak sedarkan diri? Cemas, takut, sedih, kecewa dan banyak lagi unpleasant emotions!” Alex mengeluh kecewa. “Aoi tau tak betapa rindunya Alex dengan senyuman Aoi tu?”

Aoi mengangguk. “Tapi serius ni, berapa lama Aoi ‘tidur’? Aoi tak nak tidur lama sangat sebab rosak kulit nanti. Plus, siapa yang atur laporan Ketua? Cam mana dengan fashion minggu ni? Masih preppy style ke?”

“AAAOIIII……..” Muka Alex merah menahan marah. Dia penat-penat risau tentang Aoi tapi ini perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya selepas bangun? Baik tidur lagi sampai minggu depan.

Aoi tergelak melihat wajah Alex yang berang. Tak sangka, dapat juga dia usik Alex setelah sekian lama tak lihat mukanya. Itulah perkara yang paling dia suka kalau bersama Alex, sakat hingga merah muka budak tu dibuatnya.

“Aoi main-main jelah!” Aoi mencium pipi Alex tanda minta maaf. “I miss you.”

Alex tersenyum sinis. “Stupid, I miss you more.” Alex memeluk pinggang Aoi dan memberi satu kucupan dibibir kepadanya.

XXX

Urgent meeting tiba-tiba dipanggil oleh ketua Phoenix sebaik sahaja sekolah tamat. Aily, Sora dan Violet juga turut serta kerana mendapat jawatan sebagai mengurus jadual Phoenix dilantik yang oleh pengetua kerana mereka selalu skip kelas kononnya berlatih. Thanks tu Aily ganas, kegiatan menipu mereka kantoi kerana Aily yang sedang berjalan-jalan di kawasan sekolah(skip kelas juga) dan ternampak phoenix lepak di jambatan utama ke hutan larangan bersama member baru mereka Elli.

Mereka semua duduk dalam keadaan kegelisahan menunggu Alex masuk ke bilik mesyuarat.

“Kenapa si Alex ni tiba-tiba call urgent meeting pulak ni?” Senior Yongwha mengeluh kerana penat baru je keluar kelas dah dipanggil untuk meeting. Tak kau penatnyer? Nak tunggu lagi budak tu datang? Sempat kau tidur.

Pintu dibuka membuat mereka memandang kearah Alex yang masuk bersama Aoi. mereka mengerdip mata beberapa kali tergamam melihat perempuan yang dalam keadaan kritikal di atas katil Alex tiba-tiba hadir mesyuarat, siap dengan baju sekolah pulak tu.

Mereka berdua duduk ditempat mereka dimana Aoi di kerusi boss dan Alex si sebelahnya. Aoi melihat fail-fail di depannya. Di buka fail tersebut satu per satu melihat laporan selepas mengalahkan pak ciknya.

Yang lain hanya berdiam diri. Rasa takut juga kerana mungkin perempuan di depan mereka adalah hantu, roh tidak aman dengan kerjanya disekolah.

Aoi memandang wajah mereka satu persatu. “Betulke aku ‘tidur’ sampai sebulan lebih?” Aoi inginkan kepastian. Mana tahu Alex saja balas balik selepas dia menyakat dia. “Korang kenapa bengang? Ak…” Dia terhenti dan terus memandang Senior Zack. “Aku masih hidup. Kalau aku hantu dah lama aku haunted korang satu-satu. The Forbidden Potion yang Alex dan Leiya buat nasib baik berkesan membuat aku tersedar tadi. Walaupun ia berisiko besar, kamu tetap mengambil langkah tersebut untuk menyelamatkanku. Aku juga dengar yang Seior Youngwha juga tolong dalam proses buat potion tu. tahu tak betapa pahit plus pekatnya aku kena rasa benda tu? nak mati taste buds aku tau!” Aoi memeluk tubuh. “Orang tua tu dah balik ke? Atau masih lagi berkeliaran di bandar? Aily, Messed ah dikembalikan ke bilik pengetua? Dan kenapa kamu bertiga ada di sini?” Aoi melihat tiga lagi wajah baru di meja menyuarat mereka.

Mereka semua memandang sesame sendiri apabila mendengar Aoi bercakap panjang lebar, bercakap tak formal, memanggil pengetua orang tua, dan bercakap bukan-bukan. Dah sah dan tak syak lagi itu memenang Aoi. “AOI!!!!”

Aoi menarik sengih. “CIK Aoi!” Sempat lagi Aoi membetulkan ayat mereka.

Sora dan Violet terus memeluk Aoi kerana rindu yang amat sangat. “Kau dah pulang!”

“Tentulah aku balik. Siapa nak atur semua monyet, monyer, monyet-monyet ni kalau aku tak dah? Tengok laporan ni. Hancur, bertabur!” Aoi mengenyit mata kearah ketua sekolah yang kadang kala tidak boeh diharap.

Aily memeluk kakaknya menangis kegembiraan akhirnya Aoi telah sedar dari tidur yang lama. “Yeah! Kak Aoi dah balik!!”

Elli menyapa bahu Aoi dan menunjukkan thumbs up. “Welcome back!”

“Thanks!”

Mesyuarat yng patut diadahkan sudah bertukar menjadi party kepulangan Aoi. Perempuan yang mereka tunggu-tunggu untuk bangun akhirnya berada bersama mereka termasuk dengan senyumannya yang mereka rindui.

Rupa-rupanya, aku sebenarnya tidaklah bersendirian selama ini. Cuma aku yang cuba untuk menghindari diri aku dari mereka dan membuat diriku sendiri kesunyian. Mungkin dari awal lagi aku tidak kesunyia jika aku tidak bandingkan diri aku dengan keluargaku yang lain.

Tapi, semua ini tidak akan terjadi jika tidak kerana Sora. Dialah orang yang mengubah hidupku dengan kepala batunya sampai buat aku terjatuh diats Alex sehingga aku di anti oleh pelajar perempuan dan di tambah lagi dengan jawatan penolong setia the Fo… Ooops, The Five Lords ni. Ketua yang lain yang firstnya tegas dan tak friendly menjadi lebih peramah setelah berlajar mengenali antara satu dengan yang lain.

Thanks to Alex jugalah aku dapat mempelajari erti cinta sejati yang hanya aku dapat baca dalam novel-novel cinta yang Violet pinjamkan.  Alex lelaki pertama yang cari pasal denganku memprotes kemarahanku. Walaupun ia agak mejengkelkan pada mulanya, tapi dia sebenarnya ada secret crush dengan aku sampai sanggup sakat aku sehingga aku sakat dia balik.

Aku harap, semua ini akan menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan. Bersama dengan Aily dan Alex. Bersama rakan-rakanku yang lain tanpa ada yang boleh memisahkan aku dari mereka lagi.

Harap Identiti kami berdua tiada siapa akan tahu dan mengurung kami seperti mana Mama pernah alami. Selagi mulut ini tidak bersuara, selagi itu kami bebas menjalani hidup kami.

~The End~

P/S : Akhirnya tamat juga Cerita ni kan3x… sekaran guntuk novel ke-2 ‘Rose Princesses’ please look forward to it! ^_^

2 comments:

Savior of Tales