Unexeption: Three

Setelah beberapa hari berlalu, Breeze hairan dengan abangnya yang menjadi serius setelah turun untuk pantauan pertamanya. Kepalanya kekiri dan kekanan mengekori abangnya yang mundar-mandir memikirkan sesuatu. Dia bosan melihat abangnya kekiri dan kekanan berkali-kali. Dia naikkan kakinya di atas katil abangnya, bersilah.

“Sky, kau okay ke?”

Sky mengangguk dengan keluhan. Okay, Breeze tahu itu bukan tanda ‘okay’.

“Sky, masalah kau takkan selesai kalau kau tak bersuara…. Cuba kau ceerita dengan kembar kau ni. Mungkin aku boleh membantu?”

Sky menggeleng. “Aku tengah cari sesekor Devil.”

Mata Breeze terbeliak besar. “Kau mengganti The Hunters ke?”

“Tak….. ini tiada kena mengena dengan memburu devil. Aku nak tutup mulut dia je.”

“Bukan sama je ke? untuk apa?”

Sky akhirnya melabuhkan punggung di sebelah Breeze setelah lenguh kaki berdiri. “Tak perlu kau tahu untuk apa. Arrrgggghhhh!” dia meramas rambutnya marah yang teramat. “Aku patut bawa partner time tu. Kalau tak ini semua takkan terjadi!”

Kesabaran makin tipis sakit hati dengar abangnya mengaduh tanpa dia tahu apa sebabnya. “Baik kau cakap apa yang kau merapukan dari tadi sebelum aku beritahu papa.”

Sky menjeling kearah adiknya. Dia tak boleh di percaya sebab semua rahsia Sky dia beritahu kat semua orang, sehingga rahsia yang dia sendiri tak tahu sampai ke telinga orang tapi kalau dia tak bagi tahu tentu Papanya jadi umpan. “Alright. Beginilah, aku cari seekor Devil, Reaper. Kau rasa di mana patut aku cari dia?”

Breeze mendongakkan kepala sambil menyentuh dagu. “Tanya The Keeper. Diakan tahu semuanya, tentu dia ada rekod devil sekali?”

Sky memandang adiknya dan memeluknya. “Great! Eh? Aku tak boleh masuk sebab aku jurusan- oh…. Hehehe..”

Breeze tak sedap hati melihat pandangan abangnya terhadapnya. “K-kau suruh aku bawa kau ke sana ke?”

Sky menjungkit kening dua kali dengan senyuman liciknya. “Apa guna adikkan? Kau tak nak tolong abang kau yang kasihan ni ke?”

Breeze menggaru pipinya yang tak gatal rasa takut pula nak tolong abangnya yang satu ni. “Bukan tak nak tolong tapi ia berisiko tinggi! Kalau Papa dan Elder lain tahu cam mana? Kena kita nanti tau! Ini soal maruah family!”

“I know but masalah aku ni pun terikat dengan maruah keluarga! Come onlah Breeze, u’r my buddy, u’r my buddy.”  Kata Sky memujuk.

“Okay, tapi hanya sekali je tau?”

Sky mengangkat sumpah. “Yes ma’am!”

Breeze bangun dari katil abangnya dan bergerak jauh sedikit dari katil. “Gate open.”

Muncul satu portal dimensi muncul dihadapan Breeze. “ini boleh bawa kita ke mana saja kita nak dan aku dah setkan ke mana kita akan pergi. Ingat Sky, kita dalam bilik tu sekejap je tau. Jumpa The Keeper dan kembali di sini. Faham?”

Sky bangun dari katilnya dan bergerak ke tepi Breeze. “faham! Mari mulakan misi kita.”

Breeze menggelengkan kepala dah masak dengan perangainya.

Mereka berdua masuk kedalam portal tersebut dan mengembara ke suatu tempat di dalam Rumah Crystal Heavens di mana semua pentadbiran di jalankan.  Mereka sampai di bilik simpanan rahsia di mana semua sejarah heaven di rekodkan di tempat itu.

Sky memandang sekeliling dan kagum melihat rak buku yang sangat tinggi dipenuhi dengan buku dan skrol lama. Rama-rama besar beterbangan di merata tempat da nada ang membawa buku dan skrol di kaki mereka.

“Apa gunanya Rama-rama tu?” Soal Sky menuding jari sambil memandang Breeze.

“Mereka penjaga buku di sini. Mereka yang mengatur semua sejarah-sejarah yang pernah berlaku dahulu. Nampaknya The Keepers takda sekitar sini.” Breeze mengeluh. Tentu The Keepers ada meeting sekarang ni. Well, dia kena cari sendiri. “Hey! Bookerfly!” jeritnya memanggil salah satu rama-rama besar itu. “Ada rekod tentang…. Tentang apa Sky?”

“Hmm? Oh, tentang…. Ada tak rekod berkaitan dengan devil yang boleh menjejakkan kaki di Holy Ground?” Bookerfly itu menggeleng.

“Abang nak cari Devil tu ke? Kenapa?”

Sky mengeluh. “Dia satu ancaman besar kepada kita semua. Entah kenapa aku rasa suatu hari nanti dia akan menjadi punca dunia manusia kucar-kacir.” Katanya sambil memikir, dia teringatkan pertempuran mereka. Perempuan itu tidak terbang pergi tapi melenyapkan diri. Bila di fikir semula, Sky tidak pernah Nampak dia menggunakan sayapnya. “Oh, tentang Wingless devil ada?”

Bookerfly itu bergerak pergi. “Ada rekod! Jom!” kata Breeze dan mereka mengekori Bookerfly itu.

Rama-rama itu jauh ke dalam bilik tersebut di mana rekod tersulit di simpan rapi dan menarik salah satu buku tebal dari rak buku yang paling tinggi. Ia berikan kepada Sky.

“Mystical creature.” Katanya dan membuka buku itu dan melihat isi kandungannya. “Ini bukan Wingless Devil tapi Wingless Angel. Dia tiada Sayap kerana dia half Angel, half manusia.”

Adakah perempuan itu half manusia dan half demon? Desis hati Sky musykil.

“Bookerfly, ada tak rekod tentang terjadinya half Blood ni?” Breeze pula menjadi interested dengan pencarian abangnya. Bookerfly itu terbang ke sebuah rak buku yang tidak jauh dari tempat mereka dan mengambil salah satu buku darinya.

“Doom Encounter?” Breeze menerima dan membuka buku tersebut dan skip beberapa lembar. Dia terbaca sesuatu pada muka surat tertentu. “Patutlah…..”

“Apa?” Soal Sky.

“Zehel Angel, mereka perlu berpartner kalau pergi menjalankan misi sebab pernah berlaku kejadian Angel jatuh cinta dengan manusia dan apabila dia tahu roh yang si Angel akan ambil ialah roh orang yang dia cintai, Angelic tu tidak dapat tunaikan dan biarkan perempuan itu hidup. Dia mendapat hukuman mati di mahkamah Elders.”

“Cam mana perempuan yang hidup tu?”

“Dia mati di tangan Devil kerana dia juga bercinta dengan Angelic tu. Hukumannya menjadi hamba kepada para devil. Kess ni berlaku lebih 2000 tahun lalu. Ryan dan Julia” katanya menyebut nama si pemecah rekod sejarah Dooms Encounter

Sky mengambil buku tersebut dari tangan Breeze dan cari sesuatu. “Aku dah agak. Ada Doom Encounter antara Devil dan Angel rupanya. Ini tentang Guardian Angel yang bertemu dengan Distracion Devil dalam menjaga seorang budak lelaki. Mereka jatuh cinta sehingga terlupa tentang budak jagaan mereka. Bukan itu sahaja, hubungan mereka di tentang oleh kedua belah pihak kerana ianya tulah untuk Devil dan Angel ada hubungan sulit. Mereka boleh di hapuskan kalau mereka teruskan.”

“Angel dan Devil? Tak sangka ada Angel nak hidup dengan Devil jijik tu.” Katanya meluat. “jadi apa jadi dengan dua couple tu?”

“Cheh, cakap jijik tapi nak tahu juga.” Tawa Sky. “Mereka terpaksa berpisah dan diharamkan keluar dari tempat masing-masing buat selama lamanya. Kess ni berlaku 1000 tahun lalu. Nama Devil tu Rin dan Angelicanya pula…. Rosella”

“Woah…. Sedihnya. Patutlah Pentadbiran berhati-hati dalam meletakkan tugas untuk Guardian Angel. Pentadbiran memastikan rival mereka untuk menjaga Guardian kid mereka adalah lelaki supaya peristiwa Dooms Encounter ni tak berlaku lagi.kerja Zehel dan Guardian ni susa- eh nanti…” Breeze baru tangkap sesuatu. “Abang,… Abang dah jatuh cinta dengan devil tu ke?”

Sky terus meluku kepala Breeze. “bukan.” Sky mendekati Breeze dan berbisik pada telinganya.

Mata Breeze terbeliak besar. “Seriously!! Minah tu memang berani buat cam tu dengan Abang!! Cam mana kalau Blossom tahu?!”

Sky menutup mulut Breeze. “Shhhh! Tiada sesiapa yang tahu kalau kau tutup mulut kau tu. Nama keluarga kita kan rosak. Ingat, papa tu Elder ke-3 di Heaven.”

Breeze mengangguk faham. “Kalau sampai di telinga Angel lain, tentu ada kontroversi tentang sejarah-”

“Eherm…. Kenapa aku nampak dua Angel sedang stalking kat bilik simpanan Rahsia ni?”

Breeze dan Sky kecut perut apabila mengetahui seorang keeper berdiri di belakang mereka. Matilah… Matilah… Matilah… Matilah…

Breeze berputar memandang The Keeper tersebut dan tersenyum janggal. “Kami nak cari sesuatu tapi jangan risau. Kami dah jumpa apa yang kami nak!” Katanya dengan yakin. Dia tahu apa ada dalam kepala The Keeper itu, iaitu menghalau mereka keluar.

The Keeper itu menghulurkan tangan minta buku yang ada di tangan Sky dan tanpa banyak soal, Sky memberi buku tersebut kepada si penjaga. “Sekarang, kalau korang dua tiada apa-apa urusan lagi… tolong pergi sebelum aku laporkan hal ni kat Lord Firold.”

Breeze terus membaca jampi portal dimensinya dan mereka berdua bergegas keluar. Tiba sahaja di bilik Sky kembali, Breeze terus merebahkan diri di katil abangnya lega masalah dah selesai. “Sky, jangan pernah ajak aku pergi sana lagi.”

Sky mengangguk setuju dan melabuhkan punggungnya di penjuru katilnya. “Nanti, Kita ada cari ke tentang asal-usul Devil tu?”

Breeze terus bangkit dan memandang abangnya. “Tiadalah! Eh, tapi kita dapat tahu yang dia tu halg blood. Kira okay lah tu kan?”

Sky mengeluh, nampaknya pencarian mereka hanya berbaloi sebesar kacang je. Dia bangun dan bergerak keluar.

“Kau nak ke mana?”

“buat pantauan di Dunia manusia. Siapa tahu apa si Devil tu akan buat.” Katanya melangkah keluar dari rumahnya.

<><><><><><><><><><> 

“Rav!”

Raven berputar memandang orang yang menyahut namanya dan tersenyum apabila melihat rakannya berlari kearahnya. “Kenapa lambat ni hari?”

Lelaki itu termengah-mengah cuba mengembalikan kestabilan degupan jantungnya dan tersenyum. “Lupa set jam penggera.” Katanya dan mereka berdua berjalan seiringan menuju ke sekolah.

“Oh Ean, Tahniah atas kemenangan korang dalam tekwando peringkat negeri baru-baru ni.” Kata Raven dengan senyuman. Matanya menjeling ke suatu arah.

Ean mengangguk dan tersenyum bangga. “Well, kami memang the legend. Dah tentu menang!”

Raven menyiku lengan Ean dengan kuat. “Cheh! Tak payah nak berlagak sangat!”

Ean tertawa. “Bukan berlagak tapi kenyataan. Aku tahu kau cemburu sebab aku lebih hebat dari kau.”

“Oh ya?” Raven menjungkit kening. “Apa kena mengenanya Tekwando dengan lari 100 meter?”

Ean memukul pahanya. “Kekuatan kaki. Nak Uji?”

Raven tertawa sinis. “Bring it on….”

“Sedia…” mereka buat posisi sedia. “3…. 2….” Ean terus pecut. “Mula!”

“Woi! Kau main tipu!” Raven terus mengejar Ean di belakang. Raven dan Ean berkejaran dengan senda tawa tapi Tawa Raven redah menjadi serius memandang makhluk bersayap putih terbang di belakang Ean. Itu ialah Guardian Angel Ean, nampaknya Ean akan ditempuhi pelbagai rintangan tak lama lagi.

“Siput sedut! Siapa lambat kena belanja aku nanti rehat!!”

Raven tersentak. “Apa?!” Dia terus mengejar Ean tanpa menghiraukan Guardian Angel yang tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Ya, Raven buat tak tau je tentang Angel tu.

Akhirnya mereka tiba di sekolah dan teka siapa menang….

“Yeah!! Kan aku dah kata, budak tekwando tak leh kalahkan pro runner cam aku ni!” jerit Raven dengan happy. “So, pasal bet kita. Kau kena belanja aku-”

“Chop!” katanya memotong ayat Raven. “Aku cakap siapa kalah kena belanja AKU. Aku kalah jadi, aku belanja diri sendirilah.”

“Tak guna…. Ambik ngkau!” Raven terus menginjak kaki Ean dan menghentak kaki masuk ke bangunan sekolah.

“Aduh…. Dudududuh… eh, Tunggu aku!” Ean terjungkit-jungkit mengejar Raven dari belakang.

Guardian Angel, Lay hanya menggeleng sambil tertawa melihat dua telatah kawan baik ini. “Kenapa Cupid tak datang dan panah dorang dua ni?” soalnya pada diri sendiri.

“Sebab, kuasa panah cupid tak sekuat dengan kuasa Devil.”

Lay menoleh kekiri apabila mendapati kehadiran seekor Devil. “Sulfur, apa kau buat di sini?”

Sulfur, Destructive Devil tersenyum sinis. “Buat apa lagi? Sesatkan Guardian kid kau lah, dan aku tahu cam mana nak lakukan benda tu.”

Lay merenung tajam kearah Sulfur. “Langkah mayat aku dulu.”

“Di mana kau nak lakukannya?” Sulfur tersenyum sinis menerima cabaran lay.

Sementara di dalam kelas, Raven memandang sekeliling kelas mencari di mana Guardian Angel Ean.
Dia mungkin berlawan dengan Destructive Devil sekarang ni… siapa namanya? Oh ya, Sulfur desis hati Raven dan mengangkat tangan. “Cikgu, boleh saya ke tandas?”

Guru yang sedang mengajar mengangguk dan Raven terus bergegas keluar dari kelas dan bergerak ke mana? Bukan ke tandas okay, dia ke bumbung sekolah untuk mencari di mana pertempuran antara dua makhluk sedang ‘dilangsungkan’

Dia memandang sekeliling kawasan sekolah dan tersenyum melihat dua makhluk itu berlawan di padang sekolah. Jarang dia jadi penonton cam ni, so dia tak nak miss peluang keemasan seperti ini.

Dia melihat si Angel menggunakan sunlight kearah si Devil dan si Devil melawannya dengan menelan serangan tersebut menggunakan black portal.

“Cool…!” bisik Raven kagum. Walaupun mereka berdua baru Noob, mereka tak gentar berlawan satu sama lain dan tidak memberi belas kasihan. “Siapa akan menang agaknya ya?”

“Mungkin Sulfur.”

Raven terkejut mendengar seseorang atau lebih kepada seseekor berbisik di telinganya. “Claw! Apa kau buat di sini?”

Claw mengenyit mata dan memberi paycheck kepada Raven. “ini half gaji kau selama sebulan. Half lagi aku punya.” Katanya dengan nada mengusik.

Raven mengambil paycheck tersebut dan kembali menonton perlawanan di bawah. “kenapa kau cakap Sulfur yang menang? Sebab dia Devil?”

Claw menggeleng. “nampak dari riak wajah mereka pun kau boleh tahu. Cuba nampak betul-betul, Sulfur berlawan dengan penuh yakin dan sepertinya dia boleh kalahkan budak Angel tu. Manakalah Lay, itu nama Angelic tu, Dia bergelut mencari cara untuk mengalahkan dia. Dia masih amatur dan kalau dia tersilap langkah, Dia akan mati dan nyawanya milik kita. Melainkan ada Angel Fortuitea datang menolong.”

Raven menjungkit kening menandang Claw. “Kita? Tak, nyawa tu milik korang je. Aku tak termasuk dalam golongan korang.”

Claw tersenyum tapi hatinya kecewa. “Kau boleh kata apa je tapi kenyataan tu tak boleh di ubah. Walaupun kau Half Blood, darah Devil masih mengalir dalam darah-” Ayat Claw terpotong dan memandang kearah langit wajahnya menjadi tegang. “Raven, baik kau kebalakang sikit.”

“Untuk apa?” Soal Raven, dia nak nonton perlawanan kenapa dia di- Raven terasa sesuatu yang datang dan menandang kearah mana Claw lihat. “Itu…. Angel Fortuitea ke?”

Claw mengangguk. “Kau masuk kelas sekarang. Sebelum mereka syak kau.”

“Kau pula cam mana?”

Claw tersenyum sinis. “seperti biasa.” Claw terbang pergi meninggalkan Raven dan pertempuran itu.

Raven mencebik. “Penakut. Jangan harap aku nak lari dari peluang keemasan ni. Dah dapat nampak Guardian Angel dan Destructive Devil lawan, masuk Angel Fortuitea pula? Ini jarang ni berlaku kat sekolah.” Katanya menunggu Angel penyelamat itu datang dan seperti yang dia tunggu-tunggukan, Angel Fortuitea muncul laju bak cahaya tiba di antara mereka berdua.

Mata Raven terbeliak besar melihat siapa salah seorang Angel Fortuitea yang muncul itu. “Dia Sky…” Raven terus menutup mulutnya teringatkan tentang diri Devilnya yang berani steal a kiss dari anak Elder ke-3.

Sky dan Light muncul menyelamatkan lay yang sudah cedera parah bertarung dengan Sulfur.

“Chis, kenapa korang selalu kacau daun?” Soal Sulfur meludah darahnya. “Aku mengalah kali ini sebab kawan kau datang menyelamat. Tapi lain kali jangan kau ingat kau boleh simpan Guardian kid kau lama sangat.” Sulfur kembangkan kepak kelawarnya dan terbang pergi menyelamatkan diri.

“Lay, kau okay?” Light mendekati Lay yang sudah terduduk di tanah.

“Ya, aku okay. Nasib baik korang datang kalau tak, habis riwayat aku.” Katanya sambil tertawa kecil.

Sky turut tertawa tapi pandangannya tak berganjak dari melihat Sulfur terbang pergi.

Sulfur melimpasi Raven dan Raven berlakon kononnya dia tengah termenung jauh memikirkan sesuatu. Setelah Sulfur jauh dari Raven, si Half Blood ini kembali memandang tiga Angel di padang bola. “Chis, tak guna punya Destructive Angel. Aku Half Blood boleh kalahkan dorang tiga tu dengan muda.” Raven terkejut melihat Sky memandang kearahnya, tepat ke arahnya dan segera berputar masuk kedalam bangunan berlakon seperti dia tak nampak apa yang ada di padang bola. Aduh! Aku patut turun awal tadi desis hatinya mula risau.

Tak syak lagi, itu Devil Half Blood tu desis hati Sky. “Light, kau bawa Lay balik ke heaven.”

Lay menggeleng. “Aku tak boleh tinggalkan Guardian kid aku keseorangan hingga dia selamat sampai di rumahnya.”

“Jangan risau, biar aku gantikan tempat kau sementara kau di rawat. Yang penting kau balik ke sini secepat yang mungkin, okay?”

Light membantu Lay bangun. “Thanks Sky. Guardian Kid aku di kelas 2-B. nama dia Ean.”

Sky mengangguk dan melihat mereka pergi sebelum pergi mencari Guardian Kid Lay. Dia terbang naik ke bumbung sekolah dan terbang kebawah menggunakan tangga kecemasan. Dia berhenti di tingkat 2, keluar dari tangga kecemasan dan teruskan ke laluan bangunan tingkat 2.

2-B…. 2-B….2-B….2-B…. ah! Ni dia desis hati Sky berhenti apabila melihat sign board kelas dan masuk kedalam kelas tersebut mencari budak bernama Ean. Bull’s eye.

Raven terkejut melihat Sky masuk kedalam kelasnya dan bergerak betul-betul ke sebelahnya. Dia menjadi cemas, tapi dia tak tunjukkan riak cemas kerana dia telah di latih oleh Claw untuk pocker face. Dia kononnya hanya menumpukan perhatian pada papan putih yang sedang di conteng oleh guru di hadapan.

Sky memandang kearah Raven dan tersenyum sinis. Angel tersenyum sinis? Ini hanya ada satu jawapan, Sky sangat bencikan half blood itu. “Aku tahu kau boleh dengar, half Blood.”

Raven mendengarnya tapi dia buat tak tahu. Dia sengaja menguap untuk buat Sky sakit hati.

Ean ternampak Raven menguap dan menulis sesuatu di kertas kosong dan berikan kepada Raven. “Shht! E-mail datang.”

Raven tertawa kecil dan mengambil ‘e-mail’ tersebut.

Kalau mengantuk p tdo…. Jgn nak buat mulut badak sumbuh dlm klass

Kening Raven terangkat. Tak guna punya Ean… desis hatinya dan mula menulis di kertas kosong. Dia lempar kertas itu ke kepala Ean.

Aduh! Ean menggosok-gosok kepalanya dan mendapat jeliran lidah Raven. Dia membuka ‘air mail’ nya.

Suka hati mak nenek angkat sebelah bapa saudara keturunan raja atuk aku lah! Kalau kau bosan cari benda lain nak usik. Bukan aku jadi mangsa.

Ada nak kena budak ni…..

Cam tu ke ckp dgn org lebih tua dr kau? hormat ckit abg kau ni.

Sowey… aq hormat ko c-kit je, tapi biadap baaaaanyak!

Nak aku lempang kau? hormat ckit maksud kau kena lbih mn’hormati aku dgn b’ckp baik kat aku!

:P Cuba lah lempang kalau berani!! Ko ingt aq tkut ke dgn ko tu?? Huh! Tunggu mal-----------

Kertas Raven di tarik oleh guru kelas mereka dan dia membacanya. “Apa kata korang belajar menghormati guru dalam kelas dengan…. Berdiri di luar!!!”

Raven dan Ean tunduk akur dan bergerak keluar kelas berdiri sampai masa subjek guru itu tamat.

Akhirnya Sky berpuas hati. Tak guna punya Half Blood, kau buat tak tahu aku di sini dan main cinta-cintun dengan Guardian Kid kawan aku? Tunggu Cupid datang panah korang baru aku izinkan. Tapi aku rasa itu takkan berlaku.

Raven masih lagi buat tak perasan Sky yang tepat berada di hadapannya memeluk tubuh memandang Raven dengan wajah tak puas hati. Raven tersenyum sinis.

“hey Ean, kau masih percayakan hantu tak?”

Ean terkejut. “Kenapa kau nampak ke hantu tu sekitar sini?” Soal Ean mula takut.

Raven mengangguk dan memandang tepat kearah Sky dengan senyuman nakal. “Dia berada di depan kita sekarang. Dia serbah putih dan sangat hodoh.”

“Apa kau cakap!” Jerit Sky marah. Aku hodoh? Kau samakan aku ni hantu makhluk jelmaan Devil yang low life tu??!! Jerit hati Sky.

“Kau jangan main-main Raven, aku tahulah sekolah kita ni banyak hantunya, tak perlulah kau terangkan cam mana mukanya…” kata Ean. Tanggapan Ean ialah Raven mempunyai mata yang boleh nampak makhluk halus, dan selalu Raven ceritakan hantu-hantu kat Ean.

“Rupa dia?” Raven tersenyum meleret. “Mata dia bulat dan menakutkan, mulut dia koyak rabak, hidung dia pula senget ke kiri 230 darjah dan dia ni bising sangat. Suka berteriak.”

“Kau nak aku bunuh kau ke?!” Sky dah sedia nak cekik perempuan half blood di hadapannya ni.

“Raven!”

“Jangan risau, dia takkan boleh bunuh manusia sebab dia akan di hapuskan kalau dia buat cam tu.” Raven mengangkat kening double jerk kepada dua lelaki itu. 1) untuk menyedapkan hati Ean 2) untuk memberi amaran kepada Sky.

<><><><><><><><> 

Masa berlalu dengan pantas dan waktu persekolahan telah tamat. Raven pun selamat tiba di rumahnya tanpa ada gangguan dari Angel Fortuitea itu.

Raven menutup pintu rumahnya, melempar beg sekolahnya ke tepi rak kasut dan bergerak ke sofa untuk merebahkan badannya.

“nasib baik dia menjaga Ean, kalau tak habis aku di kejar sampai rumah.” Rungut Raven disertakan keluhan. Dia mengangkat tangannya keatas kepala dan mencapai teddy bear putih dan memandangnya. “Aku tak patut pakai headbane yang Claw bagi tu…”

Miey bertukar hidup dan memeluk tangan Raven. “Kan Miey dah kata, kalau nak lakukan misi…. Buat cara Rav-rav sendiri, bukan cara Devil buat.”

Raven memeluk Miey. “Ya, mungkin aku akan try buat kaedah tu tapi…. Pengumpulan roh jadi lambat pula.”

Miey menggeliat keluar dari pelukan Raven dan berdiri di atas perut alf Blood itu. “Dengar Sini! Kau nak akhiri hidup kau dengan penuh rasa bersalah dan menderita ke?” Raven menggeleng. “So…. Miey cadangnya do your own way! Itu cara terbaik!”


Raven mengeluh dan rebahkan kepalanya. “Okay, kita try esok.”

No comments:

Post a Comment