Unexeption: Thirteen

3 tahun akan datang…..

“Takkan kita nak stop cari dia?” Soal Lay memandang Cyrus yang dah layu di meja kerjanya.

Cyrus berdengus seperti budak kecil. “Dia memang….. MENYUSAHKAN!!!’ jerit Cyrus ke udara. “Nak je aku tonyoh kepala hotak budak tu! Di mana dia bersembunyi? Dia ingatkan ini Hide and Go seek Forever ke?!”

Lay dan Sky terkejut melihat Cyrus meletup sekali lagi. Take note; jangan pernah buat Cyrus naik Angin.

Cyrus menarik nafas sedalam yang mungkin untuk beberapa kali dan memandang ke arah dua orang bawahannya. “Cam mana dengan  budak tu? Dah di uruskan ke?”

Sky tertawa kecil dan duduk di kerusi yang tersedia di hadapan meja Cyrus. “Kau memang layak jadi Ketua Cy, semarah mana pun kau.. tetap kau jalankan tanggungjawab kau.”

Cyrus meramas mukanya, dia rasa penat dengan semua masalah di Heaven dan Dunia manusia tetapi apa boleh buat? Dah menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua keselamatan menjaga keseimbangan dunia manusia.

“Jangan risau Cy, dia dah di hantar ke dunia manusia dua minggu lalu untuk menerima pembelajarannya. Sekarang, kita kena tumpukan perhatian mencari kakak kau. Dia tak boleh jatuh ke tangan Devil, takut bala jadinya.”

Sky tersenyum kecil membuat dua Angel memandang kearahnya. “Kau senyum apasal?”

Sky menggeleng. “Tak, aku terfikir. Raven bencikan Devil dan Angel, dia takkan pilih antara dua pihak ni. Aku rasa baik tutup kes ni.”

“Tak!” jerit mereka berdua.

“Kita tak boleh ambil risiko dengan buat keputusan cam tu, siapa tahu apa yang akan berlaku nanti. Kita pernah tangkap Claw dan kemungkinan besar dia akan berpihak pada Devil. Kalau cam tu berlaku…. Dunia ni akan hancur!” jerit Lay naik okta 2. Gila budak ni? Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga dari mengikut teori Sky yang tidak menetap.

“Sky, aku tahu kau cintakan Raven tapi kita tak boleh biarkan Raven berkeliaran di luar sana. Okay, kita mungkin boleh tapi bagaimana kalau Devil tangkap dia dan menggunakan kuasa Raven secara paksa? Kau tak pernah fikirkan tentang tu ke?”

Sky memandang kearah lelaki yang 2 ratus tahun lebih tua dari dia. Mukanya murung dan dia menggeleng. “Maafkan aku tapi…  Aku taknak sesiapa sakiti dia lagi. Aku nak dia bahagia menjalani hidupnya tanpa ada sesiapa mengganggunya lagi.”

Cyrus mengangguk setuju. “Ya, aku pun nak rasa tinggal bersama Raven. You know, me, Lady Rya, dan dia sebagai satu keluarga tapi….”

“Dia terpaksa dihapuskan.” Kata mereka bertiga serentak, sedih. Ya, Fallen Angel perlu dihapuskan walauapapun yang terjadi. Ini untuk mengelak dari kemusnahan dunia. Dah berapa kali di sebut, keseimbangan dunia harus di kekalkan dan Fallen Angel adalah major factor yang akan memusnahkan dunia. Mahu tak mahu, Raven mesti di hapuskan.

<><><><><><><><><> 

“Vyle!”

Vyle berputar kearah suara yang memanggil namanya dengan sebakul limau di pinggangnya. “Ya?” soalnya dengan senyuman manis.

“Cukup untuk ni hari. Esok pagi kita ke pasar jual semua ni.” Kata seorang perempaun bernama Linda. Umur 28 dan mempunyai ladang buah-buahan sendiri.

“Ok!”

Mereka berdua berjalan seiringan pulang ke rumah agam Linda. “malam minggu kau ada plan ke?”

Vyle menggeleng. “Kenapa? Ada special event?”

Linda menjungkit kening dua kali. “Yup, perempuan bujang cam kita ni mesti keluar refreshing our youth. Kau faham kan?” Linda mengenyit mata.

Vyle tertawa kecil. “Party?” Linda mengangguk semangat. “Jenis cam mana?”

“parti terbuka kat tengah pekan. Tak lah jenis clubbing tapi nice romantic lantern party untuk mengeratkan silaturahim penduduk dank au tahu apa maksudnya kan?”

“Hot Guys?” Vyle meneka apa ada dalam fikiran Bossnya.

“Jack Pot!”

Vyle tertawa janggal. Ini salah satu personality pelik Linda, logic tapi pelik. Perempuan 25 tahun hidup di pekan kecil selalunya baik, peramah, gadis ayu terakhir dalam dunia tapi dia ni kalah perempuan Bandar. Party dan Boys. Seriously, kalau dia tinggal di Bandar… dah tentu ramai lelaki jadi pakwe dia. 10? Tak…. Seratus dan tak di syak lagi!

“So? Kau nak ikut ke tak nak?” linda mencebik apabila melihat Vyle menggeleng. “Ala… bolehlah, kau dah lama kerja kat pekan ni dan kau perlu fit in dengan penduduk kat sini. Nanti malam apa aku nak cakap kalau mereka Tanya tentang kau?” katanya merungut dan letakkan baku limaunya di meja veranda rumah. “tentu mereka ingatkan pekerja terbaik aku seorang yang sombong dan jahat. Plus, kau nampak muda sangat untuk perempuan umur 20 tahun. Come on Vy, kita kena cepatkan masa tu balik biar muka kau lebih matang! Biar nampak seksi dan lebi-”

“Okay!” jerit Vyle. “Okay…. aku ikut kau pergi ke pekan malam nanti. Happy?” Soalnya dah penat dengar linda membebel tanpa henti. Bukan dia tak tahu bossnya satu ni, selagi dia tak dapat apa yang dia nak… pelbagai cara dia gunakan. 

“Yeah!! You are the best Vyle” katanya memeluk Rose dengan erat. “Oh! Ada seorang ni yang cuuuuuuuuuuuuute sangat dan dia baru je habis belajar kat Bandar. Aku rasa dia akan datang ni malam. Tak silap aku nama dia Eden ke? Entah lah! tapi Kau pasti terpikat dengan dia, He’s a bad boy type! Kalau aku…..”

Aduh….. dia mula lagi…. Ini satu lagi personality yang aku tak suka pasal Linda, mulut dia cam mulut ikan. Pok-pek-pok-pek tanpa henti.

Aku teruskan langkahku ke barn. Daripada aku dengar dia berceloteh, baik aku letak limau ni sebelum ia rosak.

“lepas tu korang keluar date dan- Eh? Vyle!! Tunggu aku!” Linda mengambil bakulnya dan mengejar Vyle. “Kau ni, time aku bercakap dengarlah!”

“Sorry lah, tapi aku sayangkan buah ni dari cerita kau.” kata Vyle mengusik membuat muka Linda merah.

“Kau kejam!” jeritan manja Linda membuat Vyle tertawa.

Mereka meletakkan hasil petikan mereka dalam gudang yang khas untuk buah-buahan dan sayuran yang telah dituai.

“So, kau dah ingat apa-apa tentang keluarga kau? atau you know.. any memory?” Soal Linda mula membuka buku.

Vyle menggeleng. “Tak…. Tetap dengan hasil yang dulu. Hanya nama dan….” Vyle mengeluh. “kemalangan budak lelaki tu.”

“boyfriend kau tu? Siapa nama dia?”

Vyle menggeleng tidak ingat. Dia tersenyum tawar. “Aku rasa aku hilang ingatan sebab trauma sangat tentang kejadian tu kot tapi aku ingat time kami keluar date ke amusment park.” Vyle tertawa kecil. “Dia terjatuh dalam tasik Underground Tunnel , mukanya memang priceless.”

Linda tersenyum meleret dan menyiku perut Vyle. “Tentu time tu dia nak Kiss kau tapi kau terlampau malu dan TERsengaja tolak dia kan?” Linda mencuit pipi Vyle. “Betul kan???”

Vyle memukul lengan Linda. “Manalah aku tahu! Buat malu je kau ni…” Vyle memegang kedua belah pipinya, dia dapat rasakan mukanya panas. Sangat panas.

“Ala… buat apa nak malu? Kau patut happy sebab kau ada kenangan manis yang kau dapat ingat dengan boyfriend kau dan trust me, kalau itu tiada dalam kepala hotak kau… dah tentu kau bukan Vyle yang aku kenal sekarang ni.” Vyle tersenyum manis mendengar kata-kata Linda. “I mean look at you!” dia memandang Vyle dari atas ke bawah membuat Rose rasa janggal. “Cinta buat kau nampak Sexy dan berpengalaman. Kau boleh handle perasaan Girly kau kalau kau depan lelaki. Tentu bad bot tu terpikat kat kau dan-”

Vyle mengeluh panjang. Aku ingatkan aku dapat kata-kata semangat untuk ingatkan memory tapi rupanya pasal nak pikat lelaki lain. Ada nak kena orang tua ni, nasib kau jumpa aku tiga tahun lalu da jaga aku kalau tak… ada yang kena belasah cukup-cukup! Desis hati Vyle.

Vyle menutup mulut murai Linda. “kita tunggu dan lihat time party hujung minggu nanti okay? Jangan kau nak berceloteh benda yang tak tahu jadi ke tak.”

Linda mengangguk dan Vyle lepaskan tangannya. “Fine, kita tunggu hujung minggu ni. Sekarang, apa kau nak untuk dinner ni malam?”

Terukir senyuman riang di wajah Linda. “Sebab tu kau my best employee! Kau serbah guna… kau masaklah apa yang kau ada. Aku main Ngap je!”

Vyle mengusap dagunya dan memandang keatas. “Alright. Sup Paya dan Masak kaki katak goreng tepung. Rasa sedap tu.” Vyle memandang mulut Linda terngagah luas dan dia tertawa. “Acha jelah! Jom masuk, dah nak gelap dah ni.”

“Ish, aku ingat kau betul betul nak masak katak tadi.” Rungut Linda ketakutan.

Vyle hanya tertawa mendengar rungutan dan bebelan Linda sepanjang perjalanan mereka ke Rumah Agam putih.

~Flashback~

Linda sedang mengutip buah Epal di kebun epal seperti hari-hari biasa tetapi hari ini ada sedikit kelaianan. Seharian dia memetik hasil tanamannya, cuaca mendung tapi hujan tidak turun. Kenapa dengan cuaca hari ni?

Linda tak seberapa kisah dengan Cuaca, yang penting kerjanya siap untuk ni hari. Pekerjanya tak dapat datang sebab ingatkan hujan akan turun.  Nampaknya mereka dapat cuti free ni hari.

Semasa Linda khusyuk memilih epal yang masak, dia tetiba dengar ranting pokok epal yang berdekatan kedengaran seperti di langgar dan bunyi ‘THUD’ membuat Linda turun dari tangga.

Dia terdengar orang mengerang kesakitan membuat Linda tambah takut. “Siapa tu?” tiada respon. Dia memandang sekelilingnya mencari si pemilik suara. “K-kalau kau pencuri…. B-baik kau blah, aku takda duit….”

Kedengaran orang mengerang sekali lagi dan kali ni dia melihat pelepah burung beterbangan dari satu arah. “Ada serigala makan gagak ke? tapi…. Kenapa pelepah tu terbang keudara?” dia menjilat jari telunjuknya dan arahkan ke udara. Tiada angin.

Dia terdengar seseorang terbatuk dari tempat yang sama dan segera mendekatinya. “Oh my…. Kau tak papa ke?!”

Linda terus berlutut di hadapan seorang perempuan terlentar di bawah pokok epalnya, tercedera. “Dik…. Dik…. Kau okay ke?”

Riak wajah perempuan itu yang kelihatan mengalami kesakitan akhirnya pengsan serta merta. “Dik, Jangan mati!  Nanti polis ingat aku bunuh kau! eh?” Linda melihat perempuan itu masih bernafas dan menepuk dahi. “Bodoh!” katanya.

Tetiba Guntur berdentum membuat Linda terkejut sedikit. “itu tanda nak hujan. Baik bawah kau balik rumah sebelum kau jadi baja pokok epal aku.” Dengan itu, Linda mengangkat perempuan itu kembali ke rumahnya.

Sesampai di rumah, Linda meletakkan perempuan tak di kenali itu di sofa rumahnya. Tak larat nak bawa dia ke tingkat atas. Patah pinggang nanti.

Linda mengambil sehelai selimut tebal dan selimutkan badan perempuan itu. “Waa…. Cute juga perempuan ni.” Dia terlihat seutas rantai berbentuk Teddy Bear mengelilingi lehernya. Ia bercahaya seperti ada ribuan kelip-kelip dalam rantai itu. “Wow… Itu diamond ke Kristal?”

Kilat sambar menyambar dan angin bertiup kencang dengan hujan lebat membasahi bumi. Linda segera menutup pintu dan tingkap rumahnya selepas itu menghidupkan Fire-place di ruang tamu.

 Beberapa minit kemudian, perempuan itu akhirnya membuka mata dan memandang sekeliling, tangannya secara automatic memegang rantainya. Dia terlihat Linda yang sedang membaca buku dekat dengan Fire-place.

“kau siapa?”

Linda berputar kebelakang dan tersenyum manis. dua Hot coco yang berada di meja sebelah kerusinya di bawah ke tempat perempuan itu. Linda duduk bertentangan dengannya dan berikan Hot coco.

“Kau dah okay? Aku jumpa kau pengsan di kebun aku tadi.” Kata Linda dengan lembut takut nanti budak di depannya ketakutan pula. “Kenapa kau di sini?”

Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. “Aku tak tahu… Aku tak ingat apa yang berlaku tadi..”

Mata linda terbeliak besar. “Amnesia? Kau ingat nama kau ke?”

Dia memandang kearah Linda dan mengangguk teragak-agak. “Aku rasa…. Ah….!” Kepalanya tetiba sakit lagi. “Aku di mana ni? Kau siapa? Kenapa aku tak ingat apa-apa ni?”

Linda segera duduk di sebelahnya dan memeluk bahu perempuan itu. “jangan risau. Kau selamat di sini. Nama aku Linda, tuan tanah kat sini. Kau boleh tinggal di sini sehingga ingatan kau pulih.”

Dia memeluk Linda. Dia perlukan seseorang sekarang, dia takut… dia takut dengan sesuatu yang dia sendiri tak tahu.

Linda membelai lembut rambut perempuan dalam dakapannya cuba untuk menenangkannya. “Kau tak perlu risau.” Dia memandang wajah sedih perempuan itu dan mengusap air matanya. “Ingat nama kau?”


Dia mengangguk. “….V-Vyle….”

2 comments:

  1. Wau.. best as ever! X sabar nk tunggu next entry..

    -Eiyka-

    ReplyDelete
  2. Thank you Eiyka ^^ oh and Sorry sebab lama tak post new entry u.u

    ReplyDelete