New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Saturday, 21 March 2015

Unexeption: Another life

Epiloge

                Dunia Heaven dan Hell telah kembali seperti biasa setelah execution secara besar-besaran menghapuskan pengikut Luciefer di jalankan. Ia mengambil masa beribu tahun untuk kembalikan bumi ke bentuk yang asal, 2000 tahun. Elder Zeus memandang bumi dari Pintu Heaven bersama dengan rakan rapatnya Elder Firold.

“Kau tak rasa sedih ke Firold? Kedua anak kau telah tiada. 2000 tahun sudah berlalu.” Kata Elder Zeus tanpa melepaskan pandangan pada bumi yang kembali pulih itu.

Firold tertunduk dan tersenyum tawar. “Ya, Kadang-kadang aku terbayang mereka bergaduh di dalam rumah dan senyuman mereka. Walaupun 2000 tahun dah berlalu, bayangan mereka masih segar dalam ingatan aku. Aku rasa aku tahu kenapa ingatan kita tidak di hapuskan.”

“Ini beri pengajaran untuk kita semua supaya tidak mengulang kesalahan yang sama lagi. Peraturan antara Angel dan Devil semakin ketat dari sebelumnya. Aku harap kali ini tiada lagi kemalangan seperti sebelum ini berlaku.”

Elder Firold tersenyum kecil melihat bumi baharu di bawah mereka. Melihat dua pelajar sekolah di dalam sebuah rumah sedang bergaduh sementara bersiap untuk ke sekolah. “Aku harap mereka akan bahagia walaupun melalui hukuman mereka ni.”

Elder Zeus memandang ke lokasi yang Elder Firold lihat dan tersenyum. “Ya. Kali ini kita tidak boleh masuk campur masalah yang mereka hadapi di masa hadapan nanti. Ini jalan yang mereka pilih dan ini hukuman yang mereka terima.”

Elder Firold menarik nafas dalam rasa berat di dalam dada melihat kedua manusia di bawah mereka akan mendapat dugaan besar tak lama lagi. Dia tersenyum kecil. “Apapun pilihan mereka di masa hadapan kelak, kali ini aku akan sokong mereka. Mereka di jatuhkan hukuman di sebabkan aku juga. Kalau aku dengar penjelasan Sky dan Breeze dulu, mungkin mereka semua akan selamat.”

Elder Zeus hanya menganguk faham isi hati Firold. Penyesalan yang akan menghantui Firold sepanjang hidupnya.

Be safe my children… Papa minta maaf atas semua kesalahan papa. Papa harap kamu akan bertemu dengan kebahagian kamu di bumi.

Di sebuah rumah yang menjadi tumpuan Elder Firold, dua beradik yang telah menjalankan penghapusan dan hidup di bumi sebagai hukuman sedang bergaduh di meja makan bersama ibu bapa baru mereka yang kedua beradik ini anggap ibu bapa kandung.

“Sky! Aku dah kata stoking kau jangan letak sembarangan. Kenapa kau letak dalam bakul baju aku!” Marah Breeze,  menghempas punggung duduk di meja makan berdepan dengan Sky.

Sky hanya tertawa. “Sorry lah dik, abang tak perasan itu bakul baju kau. Abang sibuk dengan urusan sekolah sampai penat.”

Breeze mencebik. “Apology not accepted.”

“Okay-okay. Aku belanja kau makan nanti balik sekolah. Please forgive me?” Pujuk Sky.

Breeze akhirnya tersenyum dan mengangguk. “Okay! Janji tau belanja nanti balik sekolah.”

“Ya… abang belanja. Promise.” Sky mengangkat tangan sumpah.

>X<

BAMM!!

SMASH!!!

“SULFUR!!!”

“Aaarrggghh!! Aku dah kata aku tak nak, tak nak lah! Jangan nak paksa aku!” jerit sulfur kepada perempuan tua yang sedang bercekak pinggang, muka merah seperti nak meletup setelah rumah dah berselerak dari bergaduh.

“Kau diam! Anak tak kenang budi, Semalam kau dah balik tengah malam mabuk dan sekarang kau nak keluar lagi?? Aku kata tidak boleh bermaksud tidak boleh!!”

Sly keluar dari biliknya sambil memandang dirinya di dalam compact powder, memuji dirinya sendiri yang seksi, berpakaian sekolah yang sangat menggoda. Skirt pendek 4 inci tinggi dari lutut, baju ketat dan butang bajut-T terbuka menayangkan lurah-V nya yang mengiurkan.

“Dan kau nak ke mana pula dengan pakaian cam tu Sly??”

Senyuman Sly hilang dan berpaling ke mak barunya yang mereka fikirkan mak kandung. “Mak, nak ke sekolah lah. Takkan nak pergi party? Kalau mak nak marahkan Sulfur, janganlah libatkan Sly sekali.”

Maknya mengurut dahinya yang mula sakit. Kenapa lah aku dapat anak seperti mereka ni? Apa salahnya sampai Heaven hukum dia dengan anak yang tidak berdisiplin ini

Sulfur memutarkan bola matanya dah tahu maknya akan berdramatik. “Baiklah aku pergi sekolah. Tak yah nak simpan tangisan ngina.”Dia mencapai beg sekolahnya dan bergerak keluar. “Sly Jom!!”

Sly tersenyum lebar bila abangnya panggil. “Aku naik motor lagi, yeay!!!” Dia berlar keluar dari rumah meninggalkan mak mereka mulakan drama telenovelanya sendiri.

Nak buat apa mereka hiraukan perempuan tua itu? Mereka jadi seperti ini di sebabkan dia juga. Mak dia dulu seorang penari kelab malam, melayan semua lelaki untuk dapatkan duit lebih. Sulfur dan Sly tidak pernah tahu siapa ayah mereka tapi mereka tahu yang ayah mereka berlainan. Namun, Sly dan Sulfur tetap saling menyayangi. Walaupun mak mereka tidak pernah sayangkan mereka dulu.

Sulfur baling helmet sparenya kepada Sly dan naik motorsikal hitam kesayangannya bersedia untuk bergerak ke sekolah. Sly naik menyusuli Sulfur dan memeluk erat abang tirinya.

“Pegang kuat-kuat. Kita dah lewat ke sekolah ni.” Sulfur menghidupkan injin motornya dan memanaskan injin motor tersebut.

Sly tertawa di antara bunyi motor. “Sejak bila ko fikirkan nak ke sekolah awal ni hah?”

Sulfur tersenyum sinis. “Semenjak kau bising nak tackle ketua pengawas sekolah.” Dia terus memecut laju motornya meninggalkan perkarangan rumah mereka.

>X<

Sebuah kereta berhenti di depan pagar sekolah, menarik perhatian semua pelajar yang ada di depan sekolah untuk melihat kereta limo hitam yang melambangkan kekayaan.

Seorang wanita berambut emas ikal hingga pinggang di hias dengan klip rambut bunga rose putih keluar dari kereta tersebut. Sebuah senyuman manis terpapar pada wajahnya dan menyapa setiap pelajar yang memandang kearahnya. Yang dia kenal dan juga tidak di kenali.

“Bloom!!”

Perempuan rambut emas ini berputar bila mendengar namanya di sahut dan tersenyum lebih lebar dari sebelumnya, terdapat warna merah manis muncul pada pipinya bila lihat Sky datang kearahnya juga dengan lambaian selamat pagi.

Bloom melambai kecil. “Hai…”

Breeze menyambut tangan Bloom dan di pegang erat. “Balik ni kau free tak?”

Bloom memandang Skyt seketika, cuba memuaskan hatinya memandang wajah hansem Sky sebelum beralih pada si adik. “Kenapa? Ko nak shopping dengan aku ke?”

Breeze menggeleng. “Sky nak belanja kita makan nanti balik. Kau kena free nanti balik ok?? Mesti!”

Muka Bloom naik merah bila dia fikirkan dia dan Sky keluar makan bersama. “Umm.. O-Ok.”

Sky menggeleng. “Jangan nak paksa Bloom, Breeze. Tak baik tau.” Dia kembali memandang Bloom dengan senyuman. “Aku harap kau boleh join in. aku tak sanggup layan Breeze kalau bab-bab makan ni. Boleh kan?”

Hati Bloom berbunga. Sky mengajaknya sendiri! OMG! “Okay!” senyuman semanis madu di lemparkan kepada Sky senyuman membuat semua lelaki terpikat namun Sky tidak lihat senyuman itu. Tidak berkesan langsung.

“Jom masuk kelas! Takut Senior Cyrus hukum kita sebab lambat lagi.” Kata Breeze berpegangan tangan dengan Bloom.

Bloom tertawa. “Jangan risau, abang kau ada di sini. Takkan kena hukum punya.”

“Cheh, nak ambil kesempatan lah tu.” Usik Sky dan tertawa bersama mereka.

>X<

A-Choo!!”

“Bless you Senior.” Kata Lay sambil meletakkan report di atas meja Cyrus.

President ini menggosok hidungnya yang gatal sambil sumpah serana orang yang mengumpat dia dalam hati. “Mesti budak tak puas hati kat aku ni.” Katanya berbisik. “Hah Lay, ini laporan bila?”

“Laporan minggu lalu. Oh, Senior tahu tak yang…”

“Ya, aku tahu.” Cyrus mengambil satu fail di dalam lacinya dan membaca isi laporan itu jantung yang berdebar kuat. “Aku harap dia orangnya.”

Lay hanya berdiam diri buat seketika. Dia tahu Cyrus menyembunyikan sesuatu dan dia tak nak Tanya. Dia tahu yang Cyrus akan beritahu semuanya bila masa telah tiba.

“Baiklah, kau boleh masuk kelas Lay. Thanks for the report.” Kata Cyrus dengan senyuman.

Lay hanya mengangguk membalas senyuman Cyrus dan bergerak keluar dari bilik tersebut. “Ah, Senior. Dia akan datang pada pukul 9 pagi. Good Luck.” Katanya pada pintu bilik sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu.

Cyrus agak terkejut mendengar ayat Lay. Dia tahu ke? Cyrus menggeleng. Mustahil sesiapa tahu pada tu sebab dia tak pernah ceritakan. “9 pagi. Dia takkan terlepas.”

Cyrus memandang sebingkai gambar di hujung mejanya. Gambar Rosella dengan Cyrus yang masih 10 tahun. “Mama, jangan risau. Semuanya akan okay.”

Cyrus memegang hatinya yang berdebar mengingatkan kata-kata mamanya sebelum dia meninggal dunia. ‘cari kakak kamu dan bawa dia pulang. Tolong mama Cyrus. Cari dia.’

Entah kenapa dia rasa nak mencari kakaknya yang dia tidak kenali dalam seumur hidupnya. Kalau dia jumpa Kakak dia pun, kakak dia akan terima Cyrus ke? Atau mereka akan jadi musuh? Entah lah dia menunggu saat tu untuk tiba.

Vyle…

>X<

Kerja Ean tertangguh bila dia rasa satu suara berbisik di suaranya. Bulu roma di lehernya remang.

There it is again… rasa kekosongan dalam hatinya. Kenapa dia rasa seperti ini semenjak dua tiga hari ni? Dia rasa something kurang dalam hidupnya, sepertinya sekeping puzzle hilang dalam kehidupannya. Ia tak lengkap.

“Yo Player!” Light menepuk bahu Ean membuat Ean tersentak dari lamunannya dan menjeling kearah Light. “Woa… aku kacau kau angaukan awek baru kau ke?”

Ean menggeleng. “Aku dah break dengan dia minggu lalu.” Jawabnya secara mendatar dan sambung merenggangkan badannya.

“Hah? Lagi??” Soal Light terkejut. “Wei! Ini dah ke empat kali bulan ni Bro! nasib baik perempuan tu sekolah lain kalau tak tentu dia kejar kau minta penjelasan.” Light menolong Ean merenggangkan badannya dengan menolak belakang Ean untuk lelaki atlet itu mencapai kakinya.

Ean mendongak memandang Light dengan pandangan sakit hati. “Aku dah beritahu dia sebab kami break. Kalau dia cari aku, aku akan beritahu dia perkara yang sama sampai dia terima kenyataan.”

Light mengeluh panjang. “Haissh…. Kau ni heartless sangat. Kenapalah perempuan boleh jatuh hati kat kau yang heartless ni? Cuba lah aku sekali sekala kan?”

Ean menarik sengih. “Ye ke? Aku rasa aku nak jadi kau supaya takda perempuan kejar aku selalu dan fikir pasal perempuan.” Senyumannya pudar sedikit bila kekosongan itu terasa sekali lagi.

Light memeluk tubuh. “kau nak cakap aku tak laku ke?”

Ean tertawa. “Aku cakap ‘tak di kejar perempuan selalu’ bermaksud kau laku Cuma limited.”

“Aku tak tahu kalau itu satu pujian atau hinaan, Ean. Dengan personality ice prince kau ni, aku tak tahu bila kau berlawak atau memaki.”

Ean terus meluku kepala Light. “Kau ni—”

“Light! Ean! Jangan nak main! Pergi lari panaskan badan sekarang!” sahut couch mereka dan tanpa banyak songeh, mereka berdua berlari sekeliling padang. Tapi misi nak panaskan badan mereka bertukar menjadi satu lumba lari antara mereka berdua setelah satu pusingan membuat couchnya menggeleng.

“Haiiih… apa nak jadi dengan mereka dua ni.”

>X<

“Vyle Lorde come down here now!” jerit seorang lelaki yang berpakaian kerja semalam, terbangun dari tidurnya atas sofa ruang tamu. Dia bangun terkejut melihat jam dinding rumah mereka.

Kedengaran tapak kaki turun ke tingkat bawah dan tertawa melihat pak ciknya bergegas keluar dari tandas dan memakai baju kemejanya.

“Stop laughing kid, kenapa kau tak bangunkan pakcik hah? Ni hari kau dah masuk sekolah—” langkahnya berhenti bila dia lihat rumah telah di kemas dan anak buahnya telah bersiap dengan baju seragam sekolahnya.

Vyle turun dari tangga dan land di depan pakciknya dengan lompatan kecil. Dia depakan tangannya dengan manja. “So, How do I look? Nampak kecil sangat ke? Atau Vyle nampak gemuk?” Dia melihat pakciknya hanya memandang kearahnya. “Pakcik Claw!”

Claw tertawa besar melihat muka Vyle naik merah. Dia memegang kedua bahu Vyle dengan lembut. “you look beautiful. Now….” Dia putar badan anak buahnya, membuka ikatan rambut Vyle yang di ikat satu. Dia mula mengambil bahagian atas rambut Vyle dan menocangnya. “That’s much better.”

Vyle memegang ikatan rambutnya dan tersenyum. “Thanks pakcik.” Vyle mengambil necktie pakciknya yang berada di atas sofa dan pakaikan untuk Claw.

Claw tertawa kecil. “Aku besarkan kau selama ni. Hias rambut kau ialah satu keutamaan bagi aku.” Katanya membuat Vyle tertawa. “Aku masih ingat first time aku tocang rambut kau ni.”

“sangat teruk.” Komen Vyle membuat mereka berdua tertawa. “Tapi Vyle suka. Vyle ada Pakcik boleh jaga Vyle sementara kita tunggu papa bangun dari koma.” Vyle selesai mengikat necktie Claw dan menyentuh kedua bahu pakciknya. “Ta-daa! Sekarang pakcik nampak hensem! Bersedia untuk mulakan kerja.”

Pakciknya memutar badan anak buahnya dan tolak dia keluar dari rumah. “U-huh dan kamu lambat ke sekolah.” Dia sempat mengambil beg sekolah Vyle dan pergi ke kereta.

Vyle melihat seekor anjing berbulu putih lebat tidur di dalam rumah anjing dan menjerit. “Miey jaga rumah okay!”

Pakciknya menolak kepala Vyle masuk kedalam kereta. “Dia tahu apa nak buat, Vyle masuk cepat!” Claw berlari ke tempat duduk pemandu, sempat menuding jari kearah Miey. “Dengar cakap Vyle. Duduk rumah.” Dengan itu dia masuk kedalam dan lihat anak buahnya ketawakan dia.

“Kenapa kau ketawa lagi?”

Vyle menggeleng. “Nothing. I just feel like it.”

Claw turut tersenyum melihat Vyle gembira. Dia mula pandu kereta kearah destinasi mereka.

Dalam perjalanan mereka mula bercerita dan pakciknya beri banyak nasihat tentang persekolahan.

“Kau kena pastikan yang kau—Eh kejap. Perkara ni dah bermain dalam kepala aku beberapa hari ni. Kenapa sekolah ni?” Soalnya memandang anak buahnya dengan serius. “Setelah kau keluar dari hospital, kau nak sangat masuk sekolah ni. Kenapa bukan sekolah yang dekat dengan rumah dan hospital hah?”

Vyle menggeleng perlahan. “Entah lah, dari dulu Vyle nak masuk sekolah tu. Mungkin ia takdir?”

Pakciknya tertawa. “Takdir la sangat. Jangan cakap kau dah ada boyfriend tunggu kau kat sana sudah.”

>X<

 “Sky!!” Light masuk ke dalam kelas setelah menghabiskan latihan pagi dan mandi di bilik air lelaki, dan terus menyerbu ketua pengawas yang berada di tempat duduknya. “Kau dengar news tak? Ada budak baru datang ke sekolah ni hari. Kau rasa dia lelaki ke perempuan? Kalau lelaki kau nak ambil dia jadi anggota pengawas sekolah lagi ke? Kalau perempuan baik tak yah sebab aku—”

“Ehermm..”

Ayat Light terhenti dan berputar memandang dua wanita yang sedang berdiri di tepinya. Satu memeluk tubuh sambil menjungkit kening dan satu lagi tersenyum manis seperti bidadari.

“Oh! Morning Bloom! Breeze. Kau nak stripsel ke? Nak aku belikan kat co-op?” Soalnya dengan senyuman nakal.

Breeze menarik nafas dalam cuba menahan dirinya dari maku Light. Matanya beralih pada budak olahragawan sekolah. “Kenapa dengan Ean tu?”

“Hah?” Mereka lihat Ean bergerak masuk kedalam bilik darjah dan duduk di tempat duduknya tanpa menyapa sesiapa tapi tingkah lakunya itu membuat perempuan terpikat kepadanya! “Oh, seperti biasa terkenangkan awek kesayangan dia. Anyways, Sky aku—”

Light terus menerus cakap tanpa henti tentang entah apa ke jaddah Sky tak dengar sebab matanya tertumpu pada Ean. Entah kenapa dari hari pertama sekolah dia tidak suka pada lelaki olahragawan itu. Entah kenapa, dia meluat Nampak muka dia. Sangat meluat.

Bloom perasan riak wajah Sky dan mengeluh. “Sky, bukannya kau kena jumpa Cyrus ke sebelum start kelas?”

Sky tersentak dari lamunannya dan memandang kearah Bloom. Dia tersenyum kecil. “Oh ya. Thanks sebab ingatkan aku.” Sky bangkit dari tempat duduknya dan bergerak keluar kelas.

Mendengar bunyi dari belakangnya dan berputar kebelakang melihat Sky bangun dan bergerak keluar pintu. Ean dapat rasakan yang Sky tak suka dengan dia tapi dia abaikan sebab dia fikir selagi Sky tak kacau dia, Ean takkan kacau Sky. Lagipun, Sky tak penting, hatinya yang terasa kosong ni penting.

BAMM!!

Ean terkejut melihat pintu kelas terbuka hamper menghempap muka Sky yang hendak keluar. Senyuman sinis terpapar pada wajah si lelaki berambut merah dan senyuman itu khas untuk Sky. “Hello prefect.”

Sky menggenggam erat tangannya jadi penumbuk. “Sulfur… kenapa dengan baju kau tu.” Soalnya marah melihat pemakaian Sulfur.

“Ini?” Dia menarik T-shirt black metalnya yang style koyak rabak di bawah baju-T sekolahnya. “Fashion. Good luck ke bilik president Prefect. Kirim salam dengan senior Cyrus kata aku dah hias kereta dia.”

Mata Sky terbeliak bulat dan terus mencengkam collar baju Sulfur. “Kau apa hal hah! Tak boleh ke sehari tak kacau ketenteraman orang?”

Sulfur memengang collarnya dan berdecit. “Chiss! Kau apa hal nak berang kat aku hah?! Bukan kereta kau pun!” Sulfur memaksa Sky melepaskan bajunya. “Jangan nak jadi budak baik lah Sky. Walaupun kau ketua pengawas, kau bukan guardian angel di sekolah ni!”

“Siapa kata aku guardian angel!” jerit Sky melepaskan marah. Matanya membara penuh dengan kemarahan yang tak terkira tapi entah kenapa.

“Berhenti korang dua!” Ean masuk campur menahan kedua dada lelaki yang semakin lama semakin dekat dan akan bertumbuk tidak lama lagi. “Sky, kau pengawas bukan gangster macam Sulfur. Korang dua ni macam budak-budak!”

Sky dan Sulfur menepis tangan Ean dengan serentak.

“Cheh, kau jangan nak berlagak hero kat sini! Tak cukup ke dengan tumpuan perempuan di sekeliling kau hah? Wei Ean, dengar sini urusan antara aku dan Sky tiada siapa boleh masuk campur. Termasuk Cyrus. ”

“Sulfur. Bilik pengetua sekarang juga.”

Mereka semua memandang ngina suara garau yang sangat di kenali dalam sekolah itu dan menelan air liur berat. Pelajar yang berkumpul untuk menyaksikan perlawanan antara gangster sekolah dan ketua pengawas berlari lintang pukang bila lihat Pengetua mereka datang.

Sulfur berdengus dan tanpa bantahan dia bergerak keluar kelas. Dia sempat menjeling kearah Ean dan Sky. Mata yang memberi tanda amaran untuk mereka berdua bersedia.

Pengetua sekolah memandang kearah Sky dengan mata yang mengecewakan. Saya anggap kamu boleh jalankan tugas kamu dengan penuh dedikasi, bukan seperti ini. Hanya kerana perkara kecil kau dah naik berang dan nak tumbuk Sulfur. Kau tahu apa akibatnya kalau kamu bertumbuk kan?”

            Pelucutan jawatan jawab hati Sky. Dia hanya memandang lantai dan mengangguk.

            "Bagus lah kamu tahu. Lain kali jika saya dapati kamu seperti ini lagi, saya tak teragak-agak mengambil tindakan terhadap kamu.” Dia mengalihkan pandangannya ke pelajar lain. “Semua masuk kelas dan duduk di tempat masing-masing. Kelas tak lama nak mula.”

Dengan itu, Pengetua bergerak pergi kearah pejabatnya di mana Sulfur sudah mengunggu untuk menerima hukumannya.

>X<

Claw memarking kereta di depan pintu pagar dan kedua mereka keluar dengan serentak. “Maafkan aku sebab tak dapat temankan kau. Meeting pakcik start dalam masa sejam.”

Vyle menggeleng kecil. “it’s okay. Vyle faham, Vyle pasti Vyle boleh terangkan semuanya kat cikgu nanti. Don’t worry.”

Claw memegang kedua-dua bahu anak buahnya dan mengusap rambutnya dengan lembut, penat dia tocang rambut Vyle, takkan dia nak hancurkan pula?

“Your father must be proud of you. Lihat kau bergelut hingga ke tahap ni, aku pasti kau akan okay nanti.”

“Pakcik.. You proud of me. Lambat masuk sekolah bukan penghalang bagi Vyle. Vyle boleh catch up pelajaran. Ketinggalan dua tahun tak menjejaskan semangat Vyle.”

Pakciknya tertawa melihat gelagat Vyle. “Okay-okay. Aku gerak dulu, kalau ada apa-apa call okay? Pakcik akan pecut ke sini ASAP.” Dia mencium dahi Vyle sebelum kembali masuk kedalam keretanya.

Vyle melambai kearah kereta yang di pandu pergi sehingga hilang dari penglihatan Vyle. Dia berputar kearah sekolah dan masuk ke dalam bersedia untuk memulakan hari persekolahannya.

>X<

 Sulfur mengeluh panjang melihat penyapu sampah di tangannya sekarang. Hukumannya ialah kerja amal? Kerja amal selama 20 jam??? Seriously?? Pengetua dia takda hukuman lain lagi ke? Cuba lah gantung sekolah dua minggu or anything yang membawa tidak ke sekolah. That’s all he want. Tak nak ke sekolah!

Dia melontar penyapu itu ke pagar simen sekolah membuat batang penyapu itu patah dua. “Shit! I hate this school!”

“Kalau ya pun, tak yah la nak buli penyapu tak bersalah tu.”

“Huh?” Sulfur memandang kearah suara yang berani menegur dia semasa dia tengah berang. Berani perempuan ni mengganggu dia. Memang nak kena perempua ni—

Mata Sulfur terbeliak bulat melihat seorang perempuan berambut hitam berbaju sekolah sama dengan dia berdiri seperti biasa di depan matanya. “Kau budak baru ke? Tak pernah aku Nampak kau di sekolah ni.”

Perempuan itu mengangguk. “Saya sesat. Tahu tak di mana bilik kaunsel?”

Sulfur terdiam buat seketika sebelum tersenyum mengalah. Perempuan ni tak takutkan dia ke? Tak Nampak tak cara pemakaiannya seperti gangster dan dia berani tegur seperti Sulfur dan pelajar baru ni kawan lama? Memang berani.

“Kau masuk bangunan ni dan pergi tingkat tiga. Block C, you’ll never miss it.” Katanya slamber. Lepas ni dia akan pergi tanpa kata apa-apa dan lupakan aku.

“Thanks. Oh dan…” perempuan itu tersenyum kecil. “kalau nak lepaskan geram apa kata pergi tumbuk punching bag. Lebih baik dari lontar penyapu yang tak membantu tu.” Dan dia pergi meninggalkan Sulfur kaku terkejut.

Perempuan itu beri dia nasihat? Tersenyum seperti Sulfur ni bukan satu ancaman baginya?

Sulfur melihat dia bergerak pergi meninggalkan dia dan tersenyum. She’s one interesting girl.

>X<

“Korang! Korang! Dengar berita tak?” Seorang perempuan masuk kedalam kelas dengan senyuman lebar. “Pelajar baru seorang perempuan dan dia sebaya dengan kita!”

Pelajar dalam kelas mereka bersorak gembira. Bukan selalu mereka dapat transfer student. Bloom tersenyum gembira. “Bestnya! Boleh jadi kawan kita nanti.”

“Oh dan perempuan ni super duper cantik!! Trust me!”

Breeze terus berhigh five dengan Bloom. “Boleh jadi geng kita! Bestnya!!”

Sky hanya tertawa melihat telatah adik kembarnya dengan Bloom. Girls, always so hyper.

Ean pula hanya berdiam diri melihat gelagat rakan kelasnya yang rancak berbual tentang pelajar baru ini. Apa istimewanya pasal transfer student tu? Bukannya ada apa-apa—

Mata Ean tertumpuh pada satu figura di laman sekolah, matanya terbeliak bulat melihat rambut hitam yang panjang bergerak pergi hilang di sebalik bangunan sekolah. “Itu…” Ean mengerdip mata beberapa kali. Adakah itu satu khayalan? Ean menyentuh dadanya yang berdegup dengan kuat sebentar tadi. ‘Tak mungkin itu dia… kan?’

 ‘Sky Fullbuster, di minta datang ke bilik kaunsel sekarang juga. Ulang suara, di minta Sky fullbuster datang ke bilik kaunsel sekarang juga.’

“Hmm… Cyrus nak apa dengan aku?” Sky memandang Light. “Aku gerak dulu. Kalau aku lambat, jumpa korang time rehat nanti okay?”

Light bagi signal okay bersama dengan Breeze dan Bloom.

Dia bergerak keluar dari kelas dan menuju ke bilik kaunsel yang berada di tingkat tiga bangunan akademik. Dia terfikir apa yang Cyrus nak kat dia sedangnya baru sahaja tadi dia jumpa Cyrus.

Weird but duty calls.

Dia buka pintu bilik kaunsel dan dapati lambaian rambut hitam yang di tiup ngina yang masuk dari tingkap sekolah. Matanya terpaku pada sepasang mata biru yang bersinar seperti berlian.

Perempuan itu kembalikan tumpuannya pada Cyrus yang turut kaku pada masa itu. “Errm… Pres? Jadual saya?”

Cyrus tersentak dari lamunannya dan berikan jadual tersebut. “Ah ya, ini dia dan.. err.. Itu ialah Sky, ketua pengawas yang akan jadi tour guide kepada kamu untuk sehari ni.” Katanya dengan pandangan tidak lepas dari wajah Vyle. Wajah dia serupa dengan mama…

Vyle mendekati Sky dengan senyuman dan menghulurkan tangannya. “Hi. Vyle.” Katanya ringkas.

Sky menambut tangan tersebut. “Sky. Sky Fullbuster” Dia turut tersenyum. “Boleh saya tengok jadual awak?”

Tanpa banyak soal Vyle memberi jadualnya kepada Sky. Pengawas tersebut agak terkejut mengetahui Jadual mereka adalah sama. “Kau classmate aku.”

“Really? That’s great!” senyuman Vyle semakin lebar. “Lets be friend.” Dia berputar kearah president sekolah dan tunduk hormat. “Terima kasih atas bantuan Pres. Kami bergerak dulu.”

Sky juga tunduk kearah Cyrus dengan wajah blur dan mengekori Vyle dari belakang. “Kau tahu ke nak pergi ke mana?”

Vyle mengambil jadualnya dari tangan Sky dan tersenyum nakal. “Thanks sebab jadi tour guide aku. Bye Sky Fullbuster!” Vyle terus berlari anak meninggalkan Sky.

“H-Hey—” Suaranya tenggelam dalam deringan loceng sekolah yang menandakan waktu rehat telah sampai. Sky menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Dia tahu ke sekarang waktu rehat?”

>X<

Ean bergerak keluar dari kelas dan menuju ke cafeteria dengan mindanya sibuk memikir tentang figura misteri yang boleh buat jantungnya berdegup kencang. “Issh… aku mungkin mengantuk sebab tu menghayal.” Katanya meyakinkan diri sendiri.

Tapi kata-katanya mengkhianati Ean bila perempuan yang sama berlari kearahnya tanpa memandang depan.

“Hey!”

Tidak sempat Vyle ingin berhenti, dia terlenggar bahu Ean. Dia hilang imbangan dan hampir terjatuh tapi Ean sempat menangkap pinggangnya.

Mata mereka saling bertemu dan kedua-dua kaku dalam posisi mereka. Amber bertemu Crystal yang bersinar seperti langit biru.

Vyle terus naik merah. “Sorry… Sorry..” dia kembali berdiri menolak tangan Ean dengan perlahan. Dia menolak rambutnya yang menutup mata dan tersenyum kepada Ean. “thanks sebab tangkap aku. Now will you excuse me…” Vyle ingin bergerak pergi atau lebih kepada melarikan diri tapi Ean segera menangkap lengan Vyle.

“Kau nak ke mana?” soal Ean membuat Vyle terkejut. Ean masih rasa seperti matanya mempermainkan dia. Adakah ini perempuan itu? Perempuan yang bertanggungjawab atas kekosongan dalam hatinya?

Vyle tersenyum kecil. “Nak cari bumbung sekolah.” Dia memandang tangan Ean memegang pergelangan tangannya. Dia rasa sesuatu jauh di dalam hatinya, ada sesuatu yang buat dia gembira dengan sentuhan tersebut.

Vyle melepaskan tangannya dan menggenggam tangan Ean. “There. Now that’s suit better right?”

Ean melihat tangan mereka sekarang yang bersimpul. Mustahil, perempuan ini tak mungkin kenal dia tapi pada waktu yang sama Ean juga berharap seperti begitu. Dia mendongak memandang Vyle yang hanya tersenyum manis.

“Come on!” Vyle mula menarik Ean, kedua mereka berlari dengan pelajar lain memandang mereka.

“Hey! Kita nak ke mana?” soal Ean. Menarik tangannya, tapi tidak melepaskan genggaman mereka supaya Vyle berhenti dari berlari. “Kalau nak ke Bumbung sekolah bukan jalan sini.” Dia berputar kea rah bertentangan dan menarik Vyle sekali. Mereka tidak berlari, hanya berjalan dengan laju.

Setelah naik empat tingkat bangunan sekolah, Ean dan Vyle akhirnya tiba di atas bumbung sekolah.

Agak susah nak buka pintu tersebut kerana angin yang sangat kuat. Vyle memandang pandangan pagi yang sangat indah membuat senyumannya lebih lebar dari sebelumnya.

“Woah! Cantiknya pemandangan di sini!” katanya dengan nada berbisik.

Vyle mula depakan tangannya dan merasakan angin bayu membelai wajahnya dan bermain-main di celah rambutnya. Dia tersenyum kecil. Dia suka angin kuat… ia buat kerisauan dan kekosongan dalam hati Vyle hilang buat sementara waktu. Dia rasa seperti dia boleh terbang kalau dia bersama angin.

Ean hanya memandang gelagat perempuan yang dia tidak kenali ini. matanya jatuh ke tangan mereka yang masih bersimpul. It’s warm… it’s warm his heart. Memenuhi kekosongan dalam hatinya.

Vyle akhirnya membuka mata dan memandang Ean dengan senyuman kecil. “Aku pernah jumpa kau ke sebelum ni? You look familiar.”

Ean membalas senyuman Vyle dengan senyuman tawar. Dia menggeleng lemah. “Siapa nama kau?”

Vyle terdiam untuk seketika, dia pasti dia pernah lihat wajah lelaki ni. Mungkin sekadar terserempak tak? Vyle tersenyum manis. “Vyle Lorde.”

“Ean Wilston.” Katanya pula.

Mereka berdua tersenyum sesame sendiri menikmati waktu rehat mereka dengan senyap tanpa menyedari tangan mereka masih lagi tersimpul.

Vyle tenggelam dalam mindanya sendiri tidak selesa dengan jawapan Ean. Betul ke dia tak pernah jumpa Ean? Vyle memandang wajah tidur Ean dan tersenyum tawar. Kenapa dia rasa sedih tidak mengetahui siapa lelaki ni?

Vyle kembali duduk seperti biasa dan rebahkan kepalanya di bahu Ean. Walaupun dia tidak kenal Ean, dia rasa sangat selesa bersamanya. Ini buat keraguannya tambah tinggi. Akhirnya, dia di bawah arus mimpi lena dan mereka berdua tertidur bersama dalam masa yang singkat itu.

Hanya itu masa mereka rasa mereka saling mengenali, di samping satu sama lain, menikmati mimpi indah dengan tangan bersimpul. Kebahagian dan ketenangan yang di perlukan oleh Fallen Angel yang tidak dapat tidur selama berjuta tahun.

At last, Fallen Angel may rest in peace but the obstacles in another life just began.

~The End For Unexeption~

            
    (Oh my God…. Lamanya baru nak siap… makan masa setahun O_o Hehehe, Anyways, the next novel is up dan doakan update new stories lebih cepat dari ini huhuhu) 

P/S: Jom sama-sama dengar lagu Katty Perry - The one that got away dan kaitkan dengan kisah Vyle dan Ean.(Screaming loadly!)✧ *:・゚(☻ᴥ☻)*:・゚✧

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales