New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Sunday, 14 April 2013

Rose Princesses: The End is Near


Chapter 24

“KAK EL!!” Pintu dibuka dengan kasar membuat tuan bilik terbangun dari tidurnya.

Luna berputar kearah pintu dan membuka mata yang tersengatlah berat. “Hmm?” dia bersuara melihat Ann dengan senyuman gembira terukir di bibir kecilnya. Luna kembali melelapkan mata dan menutup mukanya dengan selimut. Tangannya keluar dari bawah selimut dan menghalau Ann keluar dari bilik.

Ann mencebik dan terus menghempas punggungnya dikatil. “Bangun! Bangun!”

Eeee!!! Luna bangun dari baringnya dan menggenggam bahu Ann. “What! Apa kau nak?!” Suara Luna naik Volume tiga sakit hati tidurnya diganggu. Dah lah semalam dia tak dapat tidur, di kasi bangun pula awal pagi? Hukuman apa lagi dia akan dapat lepas ni? hah?

Ann terdiam mendengar Luna menjerit. Tangannya mencapai ke poket sweaternya dan menunjukkan  test tube yang mengandungi liquid pink kepada Luna. “Dah selesai.” Katanya dengan nada happy tapi lembut. Ann memandang wajah Luna dengan dekat memerhatikan mata Luna yang masih mengantuk “Dan… kak El tidur jam berapa? Ada kesan hitam bawah mata ni…”

Luna mengeluh kecil. “Trust me… kau tak nak tahu. Kau pasti yang Ubat ni berhasil?” Soal Luna inginkan kepastian. Takut pula bila guna potion ni tertukar jadi katak atau haiwan pelik yang memang dia tak mahu jadi.

Ann mengangguk yakin. “Jangan risau.. dengan ini, masalah Kak Al akan selesai.”

Luna mengambil test tube tersebut dari tangan Ann dan memeluk sepupunya dengan erat. “Thank Anny… kau memang the best!”

Ann membalas pelukan Luna dan tersenyum manis. Gembira dapat tunaikan permintaan Luna. “anything for you..”

Luna melepaskan pelukannya dan memandang wajah Ann. “Panggil yang lain dan berjumpa di bilik mesyuarat.”

“Okay..” Ann mengangguk setuju dan terus bergerak keluar.

“Eh.. Anny, kecuali Onew. Faham?” Ann hairan dan ingin menanya tapi Luna memotong ayatnya. “Jangan banyak soal buat je. Nanti aku beritahu okay?”

Ann mengangguk sekali lagi dan melangkah keluar dari bilik itu.

Luna terus merebahkan badannya dan mengangkat test tube ke atas kepalanya. Memerhatikan liquid pink yang bercahaya seperti gel dengan lama. “Tak lama lagi aku akan berjumpa dengan Devil sekali lagi.” Luna mengeluh kecil. Sekarang baru dia rasa gemuruh, walaupun dia yakin dengan plannya dia tetap takut untuk berhadapan dengan makhluk yang menakutkan itu.

Tangannya meraba di bawah bantal kepalanya mencari di mana phonenya di sembunyikan. “Tak guna punya mamat sengal! Aku dapat tidur tak sampai tiga jam akibat di kacau sepanjang malam.” Dia mengeluarkan phonenya dan melihat nama Minho terpapar di skrin. -6 miss call(s)-.

Sepanjang malam, selepas Luna menerangkan rancangannya Minho buat hal lagi hingga dia lari masuk bilik. Lari dari di usik oleh putera giler. Belum aman lagi hidup Luna, time dia mahu tidur Minho terus menerus miss call dia membuat dia hampir melontar phonenya ke dinding. Apa kes dengan lelaki ni? tak boleh ke dia tak usik aku sehari jak? Hanya sehari cukuplah desis hati Luna.

Mahu tak mahu dia terpaksa juga call lelaki durjana ni minta bantuan darinya. Dia sudah kesuntukan masa, tidak tahu kenapa tapi dia dapat rasakan yang Devil akan bertindak dalam masa yang terdekat. Dia tidak boleh lagi duduk diam bermain teka-teki dengan mereka. Sekarang masa untuk bertindak, masa untuk berhadapan dengan ketakutannya.

“Hello? Minho aku nak beritahu kau sesuatu ni…” Katanya sebaik saja mendengar suara Minho dari lubang suara phonenya. Luna bangkit dari katil dan memakai sweater nightgownnya dan bergerak keluar dari bilik dengan phone masih melekat di telinga.

“Keluar dari bilik kau dan tunggu aku di depan bilikmu okay?” Luna terus mematikan dailannya tanpa mendengar respon dari Minho. jantungnya mula berdegup dengan laju apabila masanya untuk berjumpa dengan Devil semakin dekat. Lebih cepat lebih bagus walaupun hatinya belum bersedia.

Minho berada di depan biliknya masih berbaju tidur menunggu Luna memberitahu hal mustahak apa sampai suruh dia tunggu depan pintu bilik. Dia menguap beberapa kali kerana jam masih menunjukkan jam 5 pagi.

“Minho.” Sapa Luna di bahu apabila melihat Minho menguap sambil menunggunya. “Morning.. best tidur?”

Minho berdengus. “Kau fikir tidur tiga jam cukup ke?” Soalnya balik.

Luna menarik sengih bersedia untuk membalas dendam. “Salah siapa call aku sampai lewat malam?”

“Kau tak jawab call aku apa hal? Belum habis lagi aku cakap kau dah kasi mati… apa kes?” Minho masih sakit hati pasal kejadian semalam. Dia belum habis discuss pasal plan mereka sudah dia call off. Di call lagi, tak di angkat pula? Siapa tak sakit hati cam tu?

Luna tersenyum nakal. “Lain kali selesaikan dulu masalah baru buat hal. Ini akibatnya tak ambil serius dengan keadaan sekeliling. Dah jom.” Kata Luna menyuru Minho mengikutnya.

Minho mengekorinya tanpa bantahan. “Apa hal mustahak yang kau nak katakan?” Minho tahu yang bukan hal tadi yang Luna ingin katakan. Dia tahu ia pasti pasal rancangan Luna untuk selamatkan Onew dari Devil.

Luna mengeluarkan Test tube Ann dari poket sweater nightgownnya dan tunjukkan kepada Minho. “Cara untuk aku ke dimensi Devil dah dapat. Sekarang untuk lancarkan rancangan kita.” Katanya dengan suara yang sedikit menggeletar.

Minho perasan yang Luna sekarang ketakutan untuk menghadapi Devil dan memeluk bahunya seolah-olah memberi dia sedikit semangat. “Kau takut ke?” soal Minho dengan nada yang lembut dan tenang.

Luna mengangguk perlahan. “tipulah kalau aku cakap tidak kan?” Luna menyandar di bahu Minho, jejaka yang dicintai yang mungkin dia takkan jumpa lagi selepas bertemu dengan Devil. “Kita ke bilik Onew. Aku nak lihat cam mana keadaan dia sekarang.”

“Dia makin teruk ke?”

Luna menggeleng tidak tahu. “Kita akan tahu bila kita masuk ke dalam biliknya.”

Mereka tiba di depan bilik Onew dan tanpa membuang masa, Minho mengetuk pintu bilik Onew meminta izin untuk masuk kedalam sekali, ingin tahu jika Onew akan membuka pintu. Kalau dia membuka pintu bermaksud dia masih berdaya untuk melawan kuasa Devil tapi, jika tiada respon.. dia mungkin dah sampai ke limitnya.

Seperti yang di jangka, tiada respon dari dalam bilik. Ini membuat Minho memandang Luna buat seketika untuk kepastian dan Luna mengangguk juga rasa seperti mana Minho rasakan. Minho terus membuka pintu bilik Onew dan mereka melihat Onew terlentang diatas katilnya tidak bermaya. Wajahnya pucat dan kelihatan dahinya berkerut bahawa dia masih bergelut didalam dirinya menahan kuasa Devil dari menguasai dirinya.

“Kita dah kesuntukan masa” Kata Luna menjerit seolah-olah berbisik mendekati Onew. Dia berpaling ke Minho. “Tolong ambil tempat aku berjumpa dengan yang lain beritahu apa yang patut mereka buat.”

Minho mengangguk. “Apa arahan kau?”

Luna memandang semula ke wajah Onew yang seolah-olah terseksa. “Beritahu mereka untuk menghalang Onew sampai ke bandar dan di lihat oleh rakyat. Jangan bunuh dia. Kalau ada sebarang perubahan pada Onew, suruh Fiona masuk ke dalam fikiran Onew kerana dimensi Devil terletak didalam diri Onew. Beritahu Mea juga untuk menenangkan diri Onew dari menjadi bertambah gila. Aku rasa pertarungan kami akan menjadi sangat sengit.”

Minho faham dan segera melangkah keluar meninggalkan Luna di dalam bilik Onew. Luna memandang wajah Onew dengan sedih. “Kau telah buat yang terbaik Onew. Sekarang aku pula akan ganti tempat kau menghadap Devil.”

Luna mengeluarkan potion tersebut dan memandangnya dengan lama, berharap potion ini menjadi. Tangannya menggeletar apabila ingin buka penutup botol tersebut seperti tangannya tidak ingin membukanya. Setiap kali dia ingin menarik gabus tersebut jarinya pasti terlepas dari membuka gabust tersebut kerana tangannya basah akibat keringat.

D*mn! Kenapa tangan aku ni? Luna sendiri geram dengan jarinya yang tidak mahu beri kerja sama. Kalau dia lambat tentu Onew tak dapat di selamatkan.

Dia terdengar tapak kaki berlari menuju ke bilik Onew membuat Luna berpaling ke pintu bilik dan melihat Minho mendekatinya dengan cepat.

Luna terkejut apabila Minho memberi sebuah ciuman di bibir dan berkata. “pastikan kau menang, okay?” dengan suara yang perlahan Minho ingin Luna berjanji padanya untuk pulang dengan selamat.

Wajah Luna bertukar merah dan mengangguk malu. Sempat lagi dia buat seperti itu time genting sekarang ni? apa yang Minho fikirkan? Desis hati Luna tapi dia gembira kerana Minho masih mencintainya walaupun mereka tidak berhubung selama berlasan tahun.

Minho memeluk Luna dengan erat seolah memberi semangat kepadanya, yakin dan percaya yang Luna akan berjaya menumpaskan Devil. “Aku pergi dulu dan akan tunggu kau di sini.” Dia melepaskan pelukannya dan mula melangkah semula keluar bilik Onew dan berlari ke bilik mesyuarat.

Luna hanya kaku melihat Minho pergi walaupun bayangannya hilang dari pandangan. Dia masih tidak sangka yang minho akan berbuat sedemikian kepadanya dalam saat-saat yang penting ini. Kenapa? Kenapa dia buat cam tu?

Luna tersenyum sendiri apabila mendapat jawapannya. Sekarang, kalau dia mati pun, dia takkan menyesal kerana kesetiaan cinta minho terhadapnya sudah terbukti. Serta memberi dia semangat untuk tidak mati dalam pertempuran bersama Devil. Semangat baru dari jejaki yang dia cintai dan sayangi.

Luna berpaling semula ke Onew dan membuka tutup test tube itu, haruman liquid itu sangat kuat membuatkan Luna menjadi tenang dan tidak teragak-agak untuk meminumnya. Ia seperti Sleeping beauty yang dirasuk untuk meletakkan jarinya di jarum mesin jahit tapi ini seperti merasuk Luna untuk minum Liquid itu tanpa ragu-ragu.

Dan dia meminumnya mengakibatkan dia serta-merta rebah ke lantai tidak sedarkan diri.

XOXOXOXOX

Rose Princesses dan Shinee berada di dalam bilik mesyuarat menunggu Minho dan Luna tiba. mereka semua melihat kerusi yang kosong di hujung meja mesyuarat itu. Persoalan timbul dalam minda mereka. Mana Onew? Kenapa dia lambat? Selalunya kalau pasal Robella atau masalah penting, Onew selalu datang awal sebelum mereka tiba. ini memang pelik. Sangat pelik hingga Mea sendiri tidak senang duduk.

Pintu bilik di buka oleh Minho dan mereka semua terus tumpukan kepada Minho yang berjalan ke meja mesyuarat dan duduk bersama mereka. mukanya tegang seperti ada sesuatu bermain dalam fikirannya. Apa yang Minho fikirkan lagi ni?, mereka tak tahu apa tapi mereka pasti siapa, Luna. tak di syak lagi Luna yang menyebabkan Minho membuat muka seperti itu.

“Mana Kak El?” Ann terus menyoal apabila dia tidak melihat kehadiran Luna masuk ke dalam bilik itu.
Minho menarik nafas dalam. Dia tidak tahu bagaimana nak terangkan kepada mereka yang Luna nak dia hantarkan pesanan ‘terakhirnya’ kepada mereka. “Dia tak dapat datang.” Katanya dengan nada sedikit sedih. “Jadi, aku akan beritahu kamu semua rancangan Luna sekarang. Luna simpan rahsia ni dari kita semua sudah sekian lama sejak dia menjadi Red Rose dan ia ada kaitan dengan Onew..” Katanya rasa berat untuk bersuara. “Tanpa membuang masa kerana masa dah suntuk.. Luna merancang untuk menghancurkan Devil yang sedang menguasai badan Onew. Sebab itulah dia minta Ann buat potion yang boleh ke dunia lain. Dia ingin berdepan dengan Devil sendiri dan menghalang Devil mengambil alih badan Onew sekali gus menguasai Robella.”

Shinee terkejut mendengar apa yang baru sahaja Minho katakan. Devil nak ambil alih badan Onew? Jadi, apa yang akan berlaku kepada Onew? Sebab itu ke dia tak datang meeting sekarang?

Di bahagian Rose Princesses pula, mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang tapi ada satu yang mereka pasti. Luna bertindak sendiri lagi! Kenapa Luna selalu tanggung semuanya sendiri tanpa meminta bantuan dari mereka? bukankah Rose Princesses juga bertanggungjawab dalam melindungi Robella dari jatuh ke tangan yang salah? Kenapa Luna tak trust mereka?

“Aku tahu apa yang kamu fikirkan sekarang ni. Luna memang selfish suka ambil spotlight. Sebab kamu di panggil ke sini sebab Luna perlukan kita. Dia nak kita kawal keadaan sementara Luna berlawan dengan Devil. Onew akan kena kesan pertarungan mereka dari segi mental dan fizikal. Dia tidak sedarkan diri tapi menghancurkan semua apa yang dia lihat di sekelilingnya jadi Luna perlukan kita untuk menghalang Onew bergerak ke bandar dan di lihat oleh rakyat. Dia ialah pewaris seterusnya dan bila rakyat nampak dia seperti itu, tentu kepercayaan mereka terhadap Onew akan hilang.”

“Macam mana kalau dia kalah lawan Devil? Apa akan jadi pada Luna?” Viola terus menyoal jika Luna akan selamat atau sebaliknya.

Minho menggeleng. “Aku sendiri tidak tahu tapi kita tak boleh berfikiran negative dan percaya dengan Luna yang dia dapat selasaikan masalah ni.”

“Kita tak ada peluang nak lawan kuasa Devil. Dia lebih berkuasa dari kita.” Ann pula menyatakan pendapatnya.

“Kita tak perlu lawan Onew. Kita hanya perlu halang dia dari sampai ke Bandar, di lihat oleh Rakyat. Luna percya yang kita akan berjaya, jadi yakin dan jangan hampakan mereka.” Suara Minho naik satu volume. “kalau Luna kalah, Dia nak Fiona, kamu masuk ke dalam dimensi Devil dan membawa dia keluar dari tempat tu. Dimensi Devil berada dalam badan Onew jadi senang untuk kau masuk ke dalam betul?”

Fiona mengangguk. Betul, dia boleh masuk kedalam diri seseorang tapi dia tidak pasti jika dia boleh bawa Luna keluar bila Devil sendiri mungkin tak nak lepaskan Luna pergi.

Mea hanya berdiam diri tidak tahu apa nak di katakan. Dia masih rasa bersalah atas apa yang dia telah lakukan terhadap Luna. menengking dia tanpa sebab. Mungkin Luna tak perlukan aku lagi lepas apa yang aku buat kepada dia… Luna mungkin takkan maafkan aku desis hati Mea sedih.

Minho melihat wajah Mea yang murung. “Jangan risau Mea. Luna akan selamatkan Onew untuk kau. dia juga nak minta tolong dari kau untuk mengawal Onew. Dia percayakan kau untuk meredahkan kegilaan Onew.”

Mea tersentak. Tidak percaya apa yang dia dengar. “Dia masih perlukan aku? betul ke?”

“Tentulah Luna perlukan kita. Lagipun dengan awakening kedua kita…”

“…tentu lebih senang nak kawal keadaan.” Fiona sambung ayat Viola.

“Aku pun dah dapat awakening kedua… jadi aku pun dapat menolong Kak El lagi!” Ann juga gembira menyatakan yang dia sudah di awakeing kedua.

XOXOXOXOX

Luna terbangun dari tidurnya dan terkejut besar apabila melihat situasi di sekelilingnya. Dia sekarang berada di tempat lain yang sepastinya bukan di Robella. Lantai berpetak hitam putih yang dia pijak dan berlubang, terdapat serpihan lantai yang berlubang terapung di udara seperti tiada gravity walaupun kakinya melekat di lantai. Terdapat rantai besi berkarat terikat pada lantai tersebut dan pada hujung rantai mengikat sebuah sangkar besi yang usang dan berkarat.

Tidak syak lagi yang Devil berada di dalam sangkar itu dan tanpa membuang masa dia bertukar menjadi Red Rose membuat Devil rasa kehadiran Luna di dimensinya.

“Ah… Elizabeth… tak sangka kau akan lawat aku… sebelum aku datang melawat kau…” Katanya memandang Luna dengan mata yang menakutkan. Mata merah di antara cahaya hijau didalam sangkar itu sangat menggerunkan membuat remang bulu romanya dari atas ke bawah. Dia tahu, kalau dia takut dengan mata merah itu, tentunya Devil akan senang mengalahkannya dengan hanya memandang tepat pada matanya.

“Aku datang ke sini untuk menghapuskan kau sebelum kau buat malapetaka pada kami semua.” Luna menghalakan scepternya kearah Devil.

Devil tertawa besar di dalam sangkarnya melihat keberanian Luna menghalakan senjatanya kearahnya. “Apa… kau boleh buat… dengan senjata kecil kau tu?” Devil sedikitpun tidak takut dengan Luna walaupun dia penjaga heart of Robella. Gelaran itu tidak akan menakutkan dia kerana Luna belum dapat bersatu dengannya. Dia anggap Luna bagaikan seekor semut kecil yang senang dikalahkan dengan hanya satu pijakan di kaki.

Luna menarik sengih melihat Devil didalam sangkar itu. “Kau sendiri apa kurangnya? Kau tak dapat keluarkan kuasa kau selagi kau di dalam sangkar itu. Rantai ini bertindak sebangai penyerap tenaga kau untuk membentuk lantai ini. Selagi rantai besi ini melekat di sangkar kau, selagi itu ia meresap kuasa kau sedikit demi sedikit untuk membentuk dimensi dan sangkar kau sendiri.” Luna berkata dengan nada yakin. “Walaupun kau keluarkan kuasa yang banyak untuk bebas, rantai ini akan menyerap semuanya dan membuat sangkar yang lebih kuat lagi supaya kau tidak akan keluar. Kuasa nenek moyang kami memang hebat hingga boleh buat penjara yang tiada tandingannya. Sesuai untuk makhluk yang tidak berhati perut seperti kau.”

Devil tertawa besar melihat Luna yakin dengan ayatnya. “Kau fikir... baik-baik Elizabeth… Aku lebih berkuasa-”

“Aku tahu!” Luna memotong ayatnya. “Kau mungkin lebih berkuasa dari kami semua tapi kau tidak boleh kalahkan kami jika kau dalam sangkar tu.”

Tetiba lantai yang di pijaknya bergegar, tekanan kuasa yang dia rasakan membuat Luna menjadi takut. Dia melihat Kuasa Devil keluar dari dirinya dan di serap oleh rantai besi itu.

“Apa… Apa kau buat ni?!”

Lantai mula retak dan beberapa rantai besi itu putus dari lantai akibat retakan lantai. Luna menjadi cemas melihat kekuatan Devil.

“Setiap benda ada kelemahannya…. dan penjara ini juga ada kelemahanya..” Kata  Devil sambil mengalirkan kuasanya dari dirinya. “Walaupun penjara ini boleh meresap kuasa aku… ia tidak boleh meresap semuanya sekali gus… kerana.. ia tidak dapat menampungnya dan… membuatkan ia over load.” Katanya lagi dengan tawa. Kuasanya mengalir semakin banyak setiap saat seperti kuasanya tidak ada penghujungnya.

Luna semakin takut dan hilang imbangan apabila lantai itu mula berkecai jadi serpihan kecil dan terapung keudara. Ia lebih dasyat dari apa yang Luna jangkakan akan berlaku. Dia takkan sangka kuasa Devil sebegini kuat hingga penjara itu boleh repuh akibat over loading kuasa. Apa akan terjadi kalau ia berteruskan begini? Adakah Luna akan selamat?

Rantai besi tersebut terputus dari lantai dan Devil bebas bergerak kemana sahaja dengan sangkarnya.

“Tak guna…” Tanpa rantai besi, devil sudah boleh menggunakan kuasanya untuk berlawan dengan Luna. yang lebih menakutkan ialah… Devil mungkin ada rancangan yang akan buat dia bebas dari dimensi dan ke dunia luar.

“Masa untuk…. Menghancurkan kau dari pandanganku…” terbentuk dua kepala tengkorak (Skull salve) yang bersaiz dua kali ganda besar Luna dari kuasa Devil dan mula menyerang Luna.

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales