The Chosen One: Chapter 15
Bab 15
Dipuncak pergunungan Acursed mountain, di mana Dark dan
Angelica berada sedang membuat persiapan untuk membangkitkan Black dari
tidurnya.
Awan hitam mula berkumpul dipuncak Acursed mountain, Petir
sambar menyambar, angin bertiup kencang disertakan suara-suara roh yang tidak
tenang keluar menjerit ketakutan membuat suasana lebih menyeramkan kepada
sesiapa yang datang kesana.
Angelica hanya melihat Dark melakar runes circle diatas
tanah sambil mulutnya berkumat kamit membaca satu jampi penyeru.
Hish… kenapa dia yang kena seru Lord Black bukannya aku?
saja nak ambil hati Lord Black latu desis hati Angelica sakit hati lihat Dark. “Berapa
lama lagi?”
Dark terhenti dan menjeling kearahnya. Remang bulu roma
Angelica melihat renungan maut Dark. Dark menyambung kerjanya yang tidak
selesai selepas memberi amaran kepada Angelica.
Selasai membuat rune circle, Dark mendepakan tangannya
kearah bulatan tersebut sambil membaca satu lagi jampi menyeru Black keluar
dari penjara dimensinya.
Cahaya berwarna ungu muncul di atas bulatan tersebut
disertakan dengan satu figura lelaki berdiri gagah dihadapan mereka.
Angelica tergamam melihat Black berdiri dihadapan mereka
dengan aura hitam disekelilingnya. Segera dia tunduk takut melihat wajah Black
apabila Black memandang kearahnya.
Dark berlutut dihadapan Black. “Selamat kembali Lord Black.”
Black ketawa berdekah-dekah kerana dia sudah bebas dari
sangkarnya. Sudah beribu tahun dia menunggu kebebasannya dan akhirnya dia dapat
bangkit semula tanpa gangguan Permaisuri Biru. “Perempuan itu memang bodoh! Dia
ingatkan dia boleh kurung aku buat selamanya? Sekarang sudah tiba masanya zama
kegemilangan kita bangkit di dunia ini!” jeritan Black membuat sekumpulan
burung gagak datang beterbangan diatasnya membuat satu putaran seperti
menyambut kedatangannya.
Black memandang pengikut setianya. “Mari kita bayar hutang
yang telah lama tidak dibayar di Xanvera Academy.”
XXX
Cloud dan yang lain berlari mencari Aoi di sekitar sekolah.
Mereka berlari ke library dimana tempat Aoi kemungkinan berada.
“Cam mana kau tau Aoi bertukar jadi Permaisuri biru?” Soal
Luhan sambil mencari bersama dengan Sora.
Sora mengelap air matanya. “Night yang tulis beritahu aku.”
Air matanya tetap bergelinang turun walaupun dia cuba menahannya. Aoi, mana
kau? Desis hati Sora.
Mereka terserempak dengan Elli dan Hyomin dalam perjalanan
ke library. Cloud terus memegang bahu Elli membuat Elli terkejut. Hatinya mula
rasa resah apabila wajah phoenix kelihatan risau termasuk Sora yang menahan
tangisannya.
Hyomin mendekati Sora memegang tangannya cuba menenangkan
dia. “Kenapa ni Senior?”
“Elli, ada Aoi di Library tak?” Suara cloud naik volume dua.
Elli menggeleng. “Kenapa? Kenapa dengan Aoi??”
“Damn! Di mana budak ni?”
Hyomin memandang Sora meminta penerangan kenapa mereka
seniornya kelihatan risau mencari Aoi. ada perkara yang berlaku dengan Senior
Aoi ke? Desis hati Hyomin.
“Aku tahu di mana Aoi….” Sora tetiba mendapat idea dimana
lokasi Aoi. “Dia pasti di asrama tak syak lagi!”
Tanpa membuang masa mereka berputar kea rah asrama. Elli dan
Hyomin mengekori mereka tanpa banyak tanya. Mereka tidak tahu apa yang berlaku
sekarang tapi mereka harap Aoi tidak apa-apa.
Bunyi deringan phone Jun berbunyi dan segera diangkat.
“Hello? Kamu jumpa
Aoi?” Alex kedengaran kehilangan nafas tapi masih berlari.
“Belum. Dia tiada di taman ataupun bersama ketua yang lain.”
Jawab Jun. “dan…”
“Aoi, Kau….”
Bunyi pintu dibuka terdengar dari lubang phone Jun membuat
Jun berhenti berlari. Yang lain juga berhenti.
“kenapa Ju…..”
“Shh…”Jun menyuruh Luhan senyap sekejap apabila Alex tidak
habiskan ayatnya. Tiba-tiba bunyi benda jatuh kedengaran membuat Jun rasa
cemas. “Bunyi apa tu? Alex kau okay
ke?!”
Mereka semua tidak enak rasa mendengar ayat Jun yang cemas.
“Hello? Alex? Kau kenapa? Answer me!!” Jun terus mematikan
dail apabila tiada respon dari Alex. Dia memandang kearah rakannya. “Pasti
diasrama. Jom pergi!”
Mereka teruskan langkah mereka secepat yang mungkin ke Asrama
Thunder. Hentakan kaki mereka bergema di ruang jalan ke bilik Aoi. perasaan
takut semakin menjadi-jadi setiap langkah kea rah bilik 104. Jatung berdegup
lebih kencang, darah pekat mengalir dalam badan rasa seperti mencair.
Apabila mereka tiba didepan pintu 104, mereka terkejut
melihat seorang wanita serba biru membongkok dihadapan Alex yang berlutut
menangis, menyentuh bahunya cuba menenangkan Alex.
“Maafkan saya, Lord Alex.” Suara merdu Permaisuri biru yang
membuat bulu roma remang satu badan. “Tapi, ini ialah pilihan Aoi. Tolong
fahami situasi sekarang.”
Permaisuri Biru membuke cincin ditangannya dan memberikan
kepada Alex. “Maafkan saya.”
Alex menggenggam cincin Aoi dengan erat sedih kerana
kehilangan Aoi. Aoi, kenapa kau pergi desis hati sedih Alex.
Permaisuri biru juga ingin membuka rantai di lehernya tapi
dihalang oleh Alex. “Please do me a favour. Tolong pakai rantai ni. For my
sake.”
Permaisuri tersenyum dan mengangguk. “baiklah.”
Cloud memeluk Sora yang menangis teresak-esak melihat Aoi
sudah berubah. Dia mencium kepala Sora cuba menenangkan kekasihnya.
Hyomin dan Elli terkejut melihat Permaisuri Biru berada di
bilik Sora dan Aoi. banyak persoalan dalam minda mereka tentang kehadiran
wanita yang telah menjadi sejarah berada dihadapan mata mereka.
Permaisuri Biru mendongak kepalanya dan tersenyum melihat
mereka yang terkejut melihatnya. Dia segera bangun dan tunduk sedikit tanda
hormat. “Saya berbesar hati berjumpa dengan kamu semua My Lords.” Permaisuri
Biru beralih pandangan kearah Elli. “Lord Thunder, tidak sangka masih ada lagi
dari Kaum yang terhormat ini. Saya harap kamu akan bekerjasama dengan saya
sepertimana nenek moyang kamu.”
Jantung Elli berdegup kencang mendengar ayat yang keluar
dari mulut Permaisuri Biru. Tadi.. baru jak tadi, ayat terakhir tu seperti
suara Aoi desis hati Elli. Elli hanya mengangguk teragak-agak. Kenapa
Permaisuri Biru ada disini? Mana Aoi? Takkan dia ni Aoi?
Permaisuri Biru memandang keluar tingkap melihat bayangan
hitam yang datang ke sekolah mereka berebut-rebut ingin masuk kedalam sekolah mereka.
Kedengaran tapak kaki berlari ke bilik tersebut membuat
mereka memandang kearah Pintu termasuk Permaisuri Biru.
Aily membuka pintu tanpa mengetuk dan mendekati Permaisuri
Biru dengan personality keduany. Dia bernafas dengan laju mendapatkan udara
selepas berlari dari kelas ke asrama sebaik sahaja dia rasakan ikatan antara
Aily dengan Aoi terputus. “Aku dah agak Aoi dah pergi. Tapi, kenapa?” Matanya
berkaca melihat Kakaknya yang telah berubah menjadi Permaisuri Biru. “Tolong
beritahu aku kenapa Kak Aoi pergi….”
Permaisuri Biru mengusap kepala Aily menengangkan dia. “Ini
kemahuan kakak kamu.” Permaisuri Biru memandang wajah setiap seorang yang
berada dibilik.
“Saya tidak tahu bagaimana nak tenangkan hati sedih kamu
kerana kehilangan Aoi. tetapi, Aoi ada pesanan untuk kamu semua.” Permaisuri
tersenyum memandang mereka. “Dia minta kamu jangan lupakan dia. Berjuang
mengalahkan Black untuk Aoi bukan untuk saya. Kamu samua sangat menyayangi Aoi
dan hanya satu permintaan saya. jangan tinggalkan rasa kasih sayang tu dari hati
kamu, itu boleh…..”
Bunyi siren kecemasan sekolah berbunyi menandakan masalah
menimpah sekolah mereka.
Luhan segera berlutut dihadapan Permaisuri Biru. “Kami sedia
menolong.”
Cloud dan Jun juga turut berlutut. Alex memakai cincin Aoi
di jari kelingkingnya dan berlutut. “Kami the Four Lords akan berkorban nyawa
untuk membantumu.”
Elli yang tidak faham situasi sekarang turut berlutut
dihadapan Permaisuri Biru kerana keadaan mendesak. “Saya The Lord of the
Thunder turut serta.”
Mereka berlima terus bertukat menjadi diri mereka sebenar.
Mereka mendongak kepala memandang permaisuri Biru.
“Saya hargai pertolongan kamu.”
“S.. Saya akan beritahu perkara ni kepada ketua yang lain.
Senior Jom.”
Sora mengangguk. Dia meletakkan Nightwalker ke atas lantai
dan mereka berdua bergegas keluar melaporkan perkara tersebut kepada yang lain
untuk memberi kerjasama.
“Mari pergi.” Tongkat sakti Permaisuri biru bercahaya dan
mereka berenam termasuk Nightwalker hilang dari bilik Aoi meninggalkan Aily
bersendirian.
Aily bergerak ketingkap bilik dan melihat keadaan diluar
sekolah. Benteng sudah mula retak kerana bayangan hitam menolak benteng
tersebut secara paksa. Permaisuri Biru dan yang lain berada di depan bangunan
sekolah menunggu masa untuk berperang dengan bayangan hitam. Ketua-ketua
sekolah juga turut keluar membantu Permaisuri Biru. Nightwalker pula berada
disebelah tuannya yang sebenar dengan bentuk badanya yang sebenar.
“Semua pelajar telah dihantar ke tempat yang selamat…..”
“Kau pun patut pergi juga. Berat kau tau.” Kata Messe yang
tertindis oleh Aily
Aily terkejut melihat beg yang Aoi selalu bewa tiba-tiba
ketawa. “HANTU!!” Aily melempar beg tersebut ke lantai. “Jangan dekat! Aku ada
magic!” Aily menghalakan wandnya kearah Messe.
“Adui! Kau ingat aku ni apa? Barang dibuang ikut suka hati
nenek kau jak hah?!”
Kau memang pun barang desis hatinya. Aily memandang Messed
an mengangkatnya seperti mengangkat benda yang menjijikkan. “Kau ni apa? Mana ada
beg bercakap.”
“Hei, Hei! Aku ialah Messe, beg yang menyimpan semua barang
yang penting dan hilang selama beribu tahun. Kau patut hormat aku!”
Aily buat muka. “Dengar cam pencuri je. Cam mana aku nak
percaya kau bukan pencuri?”
Messe membuka lidah begnya dan melidahkan buku kecil coklat
ke Aily. “Itu buku yang kamu mati-mati cari. Aku simpan supaya Aoi tak buat
macam-macam dengan buku tu.”
Aily membelek muka surat buku tersebut secara rawak. Pening
kepalanya melihat tulisan Runes yang tahap professional. “Aku tak faham sangat.
Tapi….” Aily menarik sengih. “Thanks ya! Aku boleh tolong Luhan kalahkan Black.
Tentu dia bangga dapat awek cam aku!”
“Woi! Buku tu tak akan terima orang biadap cam kau. Hanya
orang yang rendah diri, baik hati dan ikhlas sahaja yang dapat diterima menjadi
pemegang buku ni!”
Aily tersenyum hingga ketelinga. “Tak jadi masalah!” Aily
pemalu mengambil alih dan segera meletakkan Messe dengan perlahan ditepinya.
“Maaflah, personalityku yang lagi satu ganas sangat.”
“Apa dah jadi?”
XXX
Di medan perang pula mereka semua bertungkus lumus mengumpul
bayangan hitam dalam satu kumpulan besar dan menggunakan Kuasa Lords
mengembalikan mereka ke jasad mereka masing-masing. Terima kasih kepada Elli,
mereka akhirnya tahu cara mengembalikan mereka tanpa terpaksa membunuhnya.
“SOPHIA!!” Black bergerak dengan pantas menuju ke Permaisuri
Biru sebaik sahaja dia lihat Permaisuri biru berada di medan peperangan.
Permaisuri Biru membaca satu spell defence, melindungi
dirinya dari serangan maut Black. “Black, sampai bila kau nak teruskan
rancangan kau ni?”
Black tersenyum sinis. “sehingga impianku tercapai. Dunia ni
perlukan sedikit perubahan dengan bangkitkan black magic ke dunia semula, semua
orang akan tunduk kepada ku biar mereka tahu siapa yang berkuasa!”
“MATI!!” Alex melontarkan bebola api kearah Dark dan kena
tepat didadanya.
Dia terlempar jauh kebelakang. Rasa sakit di dada ditahan
dan cuba untuk bangun. Baru sahaja dia angkatkan tongkatnya, serangan kilat
menyambar Dark hingga hangus mati.
“Jangan ego sangat. Ingat pasal bayangan hitam tu juga.”
Elli salute slamber kearah Alex dan sambung menyelamatkan bayangan hitam
tersebut.
Jun dan Cloud pula berhadapan dengan Angelica si ahli sihir
penyumpa yang sedang menyerang tanpa henti.
“Mati lah!” Jerit Luhan pedap dengan serangan rawak
Angelica.
Cloud mengelak serangan maut Angelica dan mendekati Luhan.
“Luhan, kalau cam ni sampai esok pun tak habis. Jom buat Stunami Tornado?”
Cloud mengangkat kening tiga kali.
“With pleasure.” Luhan membalas dengan senyuman nakal.
Hujung wand mereka bersentuhan dan kelihatan air dan udara
bergabung. Wand mereka dijarakkan dan diantaranya wujud satu Stunami Tornado.
Semakin jauh jarak wand mereka, semakin magic mereka.
Wand mereka dihalakan kearah
Angelica dan secara automatic pusaran air tersebut mula menyedut sasaran
mereka.
Angelica cuba sedaya upaya untuk menghapuskan pusaran
tersebut tetapi semua serangannya disedut kedalam dan akhirnya Angelica di
sedut masuk kedalam pusaran tersebut dan hancur didalamnya seperti diblender.
Alex melihat Angelica masuk kedalam pusaran tersebut dan
segera melontarkan bebola api kedalam tersebut melenyapkan magic Luhan dan Clous serta cebisan daging
Angelica.
Luhan dan Cloud memberi thumbs up kepada Alex kerana peka. “Thanks!”
Tiba-tiba satu cahaya berwarna kuning lembut muncul di
tengah medan perang tersebut dan figura seorang wanita land di atas tanah
dengan elegantnya menarik perhatian The Lords.
“Aily?!”
Aily tersenyum dan mengangkat buku kecil berwarna coklat
ditangannya. “Aku minta tolong dari kamu semua.” Katanya dengan lembut. “Pergi
ambil perhatian Black semantara aku dan Ka.. Permaisuri Biru buat persiapan di
hadapan hutan larangan.”
“Okay!” Kata Jun dan mereka bergegas kearah Black dan
melawannya tanpa bantahan.
Black yang berlawan dengan Permaisuri Biru terkejut melihat
lawannya melarikan diri. “Wha.. Tak guna!” Black cuba mengejar permaisuri Biru
tetapi dihalang oleh The Lords dari mendekatinya.
Ini peluang Permaisuri Biru dan Aily membuat Runes Circle
untuk menghapuskan Black dari muka bumi ini.
Black dapat tangkap rancangan mereka dan berlawan dengan The
Lords sedaya upaya. “Tidak!!” jeritnya melarikan diri tetapi the Lords tidak
membenarkannya.
Permaisuri berdiri disatu tempat, menutup matanya biar Aily
menjampinya. Mulut Aily berkumat kamit membaca satu jampi didalam buku kecil
itu dan tangan kirinya kearah Permaisuri Biru. Cahaya berwarna putih muncul
dari bawah permaisuri Biru dan circle rines terukir dari cahaya tersebut. Tangan
permaisuri Biru didepakan kearah Black dan secara automatic, Black tertarik
kearah wanita tersebut.
“Tak! Jauhkan diri kau dari aku!” Dia cuba melarikan diri
tetapi tarikan tersebut lebih kuat dari yang disangkakan.
“Aku perlukan kamu sekarang, cepat mengelilingi bulatan ni!”
Jerit Aily kearah mereka.
Kelima-lima mereka bergerak mengelilingi bulatan tersebut
dan mendepakan tangan mereka memberi pertolongan kepada Aily.
By potestate cantatis
librum,
Regina libenter immolabat se occidere Black,
Auxilio Domini ab igne, aqua, terra et tonitrua,
Malum exitium euanescere aperiam porta a mundo!
Regina libenter immolabat se occidere Black,
Auxilio Domini ab igne, aqua, terra et tonitrua,
Malum exitium euanescere aperiam porta a mundo!
Black dan permaisuri Biru terangkat keudara dan cahaya
berwarna putih memancar ke langit dari curcle runes tersebut menyelubungi
mereka berdua.
Bayangan hitam yang berkeliaran di seluruh sekolah lenyap
dari pandangan kembali ke jasadnya. Ketua-ketua sekolah memandang kearah cahaya
yang memancar ke langit.
Cahaya tersebut mula menipis dan kelihatan sekujur badan
jatuh dari langit dengan laju.
“Itu.... Kak Aoi!” Jerit Aily menunding kearah kakaknya yang
tidak sedarkan diri jatuh bagaikan bom atom.
“Apa?” Tanpa teragak-agak, Alex
segera menangkap Aoi dalam dakapannya.
Alex melihat wajah Aoi dan mengusap wajahnya dengan lembut. "Please come back..." Dia memeluk Aoi dengan erat takut Aoi tidak sedarkan diri.
Comments
Post a Comment