The Chosen One: Chapter 7
Bab 7
Aoi hanya mengangguk. tidak dapat berkata-kata. Alex melepaskan
dakapannya dan menyelap air mata Aoi. Mencium dahinya dan sarungkan sebentuk
cincin 1.4 carat dijari manis Aoi. “Will you be with me for eternity?”
Aku berada di bilik bersendirian, tengah mengumpul maklumat
tentang The Black Hole. Walaupun sedikit ia
tetap memadai.
Aku mengeluh dan streaching di kerusi berodaku. Sakit juga
pinggang ni dua jam tunduk menghadap buku di meja. Apa yang dapat ditemui
ialah, permaisuri biru tidak dapat mengalahkan Black, that’s for sure. Plus,
aku juga sedari yang Black sekarang mencari dark heart dari hati manusia untuk
mengembalikan kuasanya yang telah hilang begitu lama.
Siapa tahu berapa banyak mangsa sudah dibahammnya. Dua
pelajar yang menjadi mangsa kelihatan ketakutan apabila sedar dari tidur
mereka. Satu diserang di library dan satu lagi diserang selepas Nightwalker
serang dia, kesian budak satu ni, sudah jatuh di timpa tangga pula. Mereka
berdua tidak dapat menjelaskan bagaimana bentuk bayangan tersebut tetapi dari
reaksi yang mereka beri, tentu menyeramkan. Seseram mana benda hitam itu, tentu
ia mempunyai rupa kerana reaksi mereka menunjukkan mereka telah melihat suatu
rupa yang tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa.
Dari gambar dan petunjuk dari buku-buku ini. Black tentu
mencari lebih dari kuasa. Kuasa mutlak? Mungkin, atau lebih?
“Boo…”
“Aaaahhhh!!!!” Aoi melompat dari tempat duduknya dan jatuh
ke atas lantai. Dia melihat Alex yang tersengih melihat Aoi terduduk diatas
lantai. “Alex!!”
Alex menjungkit keningnya dan menghulurkan tangan. Aoi menyambutnya
dan ditarik naik berdiri. “Serius Nampak. Apa benda yang boleh buat Aoiku ni tak
comel hah?” Alex menunjuk kening Aoi yang berkerut dari tadi.
Sweetnya… tapi tetap sengal desis hati Aoi. “Bukannya
sekarang ada kelas ka?” Aoi cuba mengubah topic, dia tidak mahu sesiapa tahu
tentang penemuannya.
“Yup, tak best kalau Aoi tiada di kelas. Terasa sunyi.” Alex
tersenyum manis melihat Aoi.
Jantung berdegup laju apabila melihat senyuman Alex.
Selalunya tak terkena, kenapa sekarang baru ada effect hah? Desis hati Aoi.
“Sunyi sebab tiada orang yang nak diusik betul kan?”
Alex mengangguk. “I really miss you and can’t get my eyes of
you.”
Dui!!! Dia mengayat pulak! Nak copot jantung ni desis hati
Aoi. “I… Is that so?” gugup pulak apasal?! Janganlah nurveous Aoi! Relax cam
selalu!
Alex duduk di katil Sora sambil merelaxkan badannya. “Aoi
dapat cuti dari ketua pelajar. Menakjubkan. Tak sangka Senior Zack akan bagi Aoi
cuti.” Wah, sejak bila dua kapel ni panggil Aoi alex ni? Sebelum kapel aku kau,
aku kau dengan kasar! Sekarang lebih lovey-dovey (>w<)b
Aoi menggaru pipinya yang tidak gatal. “Sebenarnya…. Ada tujuan
disebalik beri cuti ni hari…”
Alex yang melihat sekeliling bilik terus berfocus kearah Aoi
dengan pandangan yang serius. “Apa dia nak? Tidak yang bukan-bukan, kan?”
Aoi mencebik. “bukan-bukan?” Aoi memukul bahu Alex kerana
berfikiran kuning. “Sembarangan jak! Aoi kena temankan Senior Zack ke Bandar untuk ‘assigment’ dia.”
Alex memandang tepat kearah Aoi. Tidak senang dibuatnya
apabila awek sendiri keluar dengan lelaki lain. “Alex nak join in sekali.”
Aoi agak terkejut dan terus gelak terbahak-bahak. Muka Alex
merah menahan marah. “Aoi gelak apa hal?”
“Alex cemburu yea???” Aoi menahan tawanya. Menahan perutnya
yang sakit dari ketawa besar.
“Siapa yang tak cemburu. Plus, tak mungkin Alex akan biarkan
Aoi keluar dengan Senior Zack yang kononnya ada feeling terhadap Aoi.” Alex tak
memandang Aoi kerana malu.
Aoi tersenyum nipis kerana Alex amat menyayanginya. Tanpa
disedari air mata keluar membasahi pipi. Terasa sebak didada tidak dapat
ditahan.
Alex segera mengekati Aoi dan memegang pipinya. “Aoi
kenapa?”
“A… Aoi harap… dapat stay dengan Alex hingga keakhirnya. M…
maafkan Aoi… maafkan Aoi…..” Aoi tambah menangis kerana takut dia akan hilang
meninggalkan Alex. Kuasa permaisuri biru telah mengalir didalam badannya lebih
banyak setiap hari dan apabila waktunya telah sampai, permaisuri biru akan
mengambil jasad Aoi untuk mengalahkan Black.
Alex memeluk Aoi cuba menenangkan dan memberi Aoi semangat.
“Alex akan pastikan Aoi berada disisi Alex. Jangan sesekali berfikir yang Aoi
akan pergi tinggalkan kami semua. Ingat tu.”
Aoi terkejut, tak sangka Alex akan propose dia. Aoi hanya
tergamam tidak tahu apa mahu buat. Mukanya merah hingga ke telinga.
“Aoi??” Alex sedang menuggu jawapan Aoi.
“Eeerrrr… nanti, nanti, nanti…. Tak boleh!” Aoi menahan mukanya
yang merah. Alex terkejut lamarannya ditolak. “Kita masih 16 tahun, masih
pelajar, belajar! Mana boleh married awal-awal. Kena fikir masa depan kita
juga. Cam mana nak raise anak kalau pekerjaan tak bagus? Nanti k… kalau nanti…”
Alex ketawa pecah perut mendengar kata-kata Aoi. Dia
ingatkan lamarannya ditolak rupa-rupanya Aoi saja yang lembab. “Alex lamar
tunang lah! Jari kanan untuk tunang bukan kahwin!” Alex menahan ketawanya.
Tak sangka Aoi yang bijak, otak kalah Elbert Einstein
kadang-kadang lembab juga. Tak boleh beza antara tangan tunang dan kahwin.
Aoi menahan malu. Cham mana tak keliru? Alex sarungkan
cincin membuatkan dia fikir yang bukan-bukan.
“So, what’s your answer?” Alex mengenggam tangan Aoi dengan
erat mengharapkan jawapan yang positif.
“Yes. Abosolutely yes!”
XXX
Aoi bangun tepat pada jam tujuh pagi tanpa dibangunkan oleh
penggera phonenya. Dia menggeliat sedikit dan bangun dari baringnya.
Nightwalker tidur dibakul kecilnya di tepi pintu closetnya.
Nightwalker telah diberi kebenaran oleh pengetua untuk
menjaganya dengan bantuan Alex. Disebabkan Nightwalker besar, Pengetua telah
mengenakan Nightwalker satu jampi yang boleh mengecilkan badan Nightwalker.serta
merahsiakan identity Nightwalker yang sebenar sebagai serigala salji. Haiwan
tersebut boleh berubah ke bentuk asalnya jika ia mahu.
Aoi segera bangun dari katil dan bergegas masuk kedalam
bilik air. Dia taidak mahu lambat kerana dia tidak mahu Senior Zack
menunggunya. Sudah masak dia dengan perangai ketua palajar yang strict dan
selalu tepati masa. Motto senior merekka ialah masa itu emas dan another day
another dollar. Mata duitan betullah lelaki ni.
Entah assignment apa yang diberi kepada senior Zack sehingga
Aoi turut terlibat. Plus, kemungkinan besar Alex akan ikut mereka sekali.
Tambah rumitlah keadaan apabila anjing dan kucing bertemu. Alex yang suka skip
kelas selalu sahaja dipanggil berjumpa dengan Zack. Bila pertempuran telah
berlaku, tiada siapa yang ingin mengalah. Mesti ada orang yang akan meleraikan
pergaduhan mereka. Salah satunya ialah… Aoi.
Aoi keluar dari bilik air dan segera masuk ke dalam closet.
Memilih baju untuk keluar sekolah. Usai mengenakan baju yang sesuai. Dia
terlihat Nightwalker yang sedang merenungnya dari bakul tidur.
Aoi tersenyum manis. Mungkin Nightwalker boleh tolong aku
desis hati Aoi.
Aoi mendepakan tangannya kearah nightwalker. “Night, jom kita
keluar?” Nightwalker terus berlari kedakapan Aoi. “Good boy..”
Aoi menulis satu nota kecil dan letakkan di pintu closet
Sora. Pemberitahuan yang dia ada kerja yang berkaitan dengan jawatannya. Dia
sendiri tidak pasti apa tapi harap-harap penting.
XXX
Distesen kereta api. Aoi dan Alex sedang menunggu Senior
Zack tiba ditempat tersebut. Nightwalker pula berada didalam elbowbag Aoi. Aoi
sedang kusyuk membaca buku kecil berwarna coklat yang dijumpa di enchanted
library.
Alex menguap beberapa kali menahan mengantuknya. “Tak sangka
Senior Zack akan tempah tiket pada awal pagi.” Dia memeluk bahu Aoi dan landing
kepalanya diatas kepala Aoi. “Masih mengantuk. Sempat bergaduh dengan mamat tu
semalam.” Alex menguap sekali lagi.
Aoi beralih pandangan kearah Alex apabila mendengar Alex
bergaduh dengan ketua pelajar lagi. “Alex jumpa Senior Zack semalam?” Dahi Aoi
berkerut. “Buat apa?”
“Kereta api datang pada waktu outing je. Ketua pelajarkan
ada kuasa dalam membeli tiket jadi Alex minta Senior Zack tempahkan satu lagi
tiket untuk Alex. ” Alex menjungkit kening. “Kami sempat bergaduh tapi akhirnya
Alex dapat juga tiket tu.” Alex mengeluarkan tiket kereta api tersebut dari
poket belakang seluar jeansnya dan tunjukkan kepada Aoi.
Senior Zack muncul secara magic dihadapan mereka. Baju
ala-ala hip hop dengan style rambut yang sepadan. Aoi terkejut melihat Senior
Zack berubah menjadi cool dan macho.
“Amacam?” Senior Zack mengenyit mata kearah Aoi. Aoi blush.
Senior Zack memandang Alex dengan muka menyampah. Tak sangka yang dia akan
tolong Alex dalam masalahnya. Ini disebabkan Alex sanggup bayar dua kali ganda
harga tiket untuk keluar.
“Alex, kau keluar buat apa?”
“Itu aku tentukan sendiri. Yang penting aku dapat apa yang
aku mahu.”
Kening Zack berkerut dahi tidak faham dengan penyataan Alex.
Pasti ada yang dirancangkan oleh budak sengal ni desis hati Zack.
Mereka merenung antara satu dengan yang lain. Mata yang
menyakitkan hati dan tidak puas hati.
Aoi mengeluh dan menarik telinga mereka berdua. Jemuh
melihat dua mamat didepannya berperang tiada kesudahannya. “Kalau nak lawan
mata baik buat di asrama korang.”
“Aduh, ampun, ampun!”
“Aoi, lepas please. Telinga gajah nanti!!” Senior Zack
sempat berlawak dengan Aoi.
“Ha-ha. Baguslah. Biar dengar sikit korang berdua ni.” Aoi
melepaskan telinga mereka. “dalam train nanti jangan nak berperang pula. Entah
apa-pa perangai korang dua ni, sakit hati je tengok.”
Kereta api akhirnya tiba selesai sahaja Aoi memberi ceramah.
Tanpa membuang masa, mereka segera naik
kedalam dan teruskan perjalanan.
Apabila sampai dipekan kecil bernama Allyway. muka Senior
Zack dan Alex bengkak ditampar Aoi dan dicakar oleh Nightwalker.
“Aduh.. kalau memukul tu agak lha sikit.” Senior Zack
mengusap pipinya yang perit. Dia melihat haiwan kecil di kepala Aoi yang
menunjukkan riak wajah yang happy. “Anjing kecil kau ni ganas sangat!”
“Takkan Alex juga yang kena.”
“Aoi dah kata jangan bergaduh tapi kamu tak nak dengar. Ini
akibatnya orang tak dengar cakap.” Aoi memeluk tubuh memandang Alex dengan
tajam.
“Aoi tak faham perasaan Alex lah!”
“Kenapa pula? Alex yang keras kepala.”
“Apa?!”
Dah mula pertengkaran antara dua kekasih ini. Senior Zack
hanya melihat gelagat mereka berdua bertengkar
antara satu dengan yang lain.
Terdetik rasa cemburu didalam hati melihat kemesraan mereka.
“Dah-dah, jom teruskan perjalanan kita!” Senior Zack memegang
lengan Aoi dan tarik dia jauh dari Alex.
“Macam pasangan kekasih pula kamu
berdua ni.”
Alex dan Aoi hanya tergelak kecil kerana Senior Zack belum
tahu hubungan mereka. Ya… betul tu, bukan semua orang yang tahu mereka
menjalinkan hubungan hanya phoenix, Sora dan Violet sahaja yang tahu.
Setelah
selesai dengan assignment mereka, Aoi dan Alex ingin memberi tahu rakannya yang
Alex melamar
Aoi. Tentu yang lain bersorak kegembiraan,
Aoi berada ditengah-tengah melihat senarai yang diperlukan
dalam assignment Senior Zack.
“Black bones, lime roses, pixie eggs, fairy blood? Red ginger
root?... Senior untuk apa semua ni?” Aoi membaca senarai tersebut beberapa
kali. Semua bahan-bahan tersebut amat sukar untuk dicari.
Senior Zack hanya tersenyum manis. “Sebab tu aku panggil kau
sekali. Kau selalu dapat barang yang jarang di jumpai.” Zack ingin memeluk bahu
Aoi tetapi Nightwalker menghalangnya.
“Bark! Bark!” Nightwalker menggong-gong melarang Zack
mendekati Aoi.
Zack menarik balik tangannya, terasa di hati yang Nightwalker
tidak menyukainya. “Janganlah marah Night.”
Zack cuba menngambil hatinya tetapi
tidak berkesan. Mala Nightwalker bertukar kepala dari Aoi ke Alex. Memberi
signal yang Nightwalker suka Alex lebih dari Zack.
“Heh…” Alex tersenyum sengih sambil mengusap badan kecil
nightwalker yang berada diatas kepalanya.
“Give up lah. Night dah buktikan aku
lebih baik untuk Aoi.”
Aoi yang berada ditengah-tengah tidak mendengar pertengkaran
jejaka dua kerana kusyuk dengan senarai barang yang perlu dicari.
“Asal kau tahu, Aku dan Aoi dah….” Ayat Alex terbantut
apabila Aoi berjalan masuk kedalam satu kedai tanpa member tahu mereka. Alex
dan Zack hanya mengekorinya.
Kedai kecil yang usang dan kelihatan nak roboh bila-bila
masa, Aoi dan yang lain masuk kedalam.
“Selamat datang…” Suara seorang nenek tua kedengaran tapi
tidak tahu dari mana. Mereka melihat ke kaunter dan lihat seekor kucing hitam
sedang melihat kearah mereka.
“Weird?” Zack mendekati kucing hitam tersebut kerana haiwan
itu kelihatan mencurigakan.
“Kau ingat kau boleh pegang dara sesuka hati kau ke?” Kucing
itu menyahut dan bertukar menjadi nenek tua yang pendek aras pinggang Alex. Dia
memegang lengan Zack dengan erat. “Kau hensem juga untuk jadi laki aku.”
Remang bulu roma Zack dengar lamaran orang tua tu. Mak oi!
Aku tak nak kahwin dengan nenek kebayan ni desis hati Zack.
Aoi menahan tawanya apabila mendengar rungutan hati Zack.
Dia pergi kebelakang alex dan ketawa sesenyap yang mungkin kerana tidak tahan.
Alex hanya tersenyum melihat Aoi senyum gembira.
Nenek tua itu beralih pandangan kearah Alex dengan renungan
yang tajam. Alex rasa tak senang hati dengan pandangan tersebut.
“Kamu…. orang muda!!!” Orang tua itu mendekati Alex dengan
muka yang mengerikan dan mata hitamnya tidak kelihatan.
“K… Kenapa nek?”
“Kamu mempunyai hati yang sangat.. SANGAT istimewa.” Nenek
tua itu menunjuk kearah dada Alex.
“Jaga hati ini, jangan biarkan ia menjadi
hitam dan jangan biarkan hati hitam itu sakitinya.” Kata nenek tua itu
seolah-olah berbisik.
Alex hanya mengangguk. tidak tahu kenapa dia tedak sedap
hati dengan ayat nenek itu. Jantungnya berdegup kencang dan rasa resah
menguasai perasaannya.
Aoi yang sedang melihat sekeliling terjumpa salah satu
barang senarai Senior Zack. “Nek, berapa harga seikat red ginger root ni?”
Riak wajah nenek tua itu berubah menjadi ceria apabila ada
orang ingin beli barangnya. “Ia hanya berharga 50 ringgit seikat. Ia jarang
ditemui dan harganya sangat murah. Sebagai balasan kebaikan nenek ni, kamu
boleh bagi lelaki hensem tu. Cam mana, deal??” kelihatan tertulis di muka orang
tua itu yang dia mata duitan.
Aoi tergelak kecil. Matilah Senior, kena kahwin dengan nenek
ni desis hati Aoi. Aoi memandang kearah Zack yang kelihatan pucat.
“Begini lah nek. Kami ambil seikat dengan harga RM60.
Ditambah dengan wang lepas nikah, Rm 70. Bagaimana?” Aoi menjungkit kening.
Wajah nenek tua itu bersinar-sinar mendengar tawaran Aoi.
“Baiklah!”
Zack tersengih. Tak sangka Aoi akan pertahankan dia. Zack
mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan wang RM130 dan berikan kepada nenek tua
itu. “Ini wangnya.” Kata Zack acu tak acu memberikan wang tersebut dengan nenek
tersebut.
Orang tua itu mengira wang itu takut-takut ia tidak cukup.
Harap lebih desis hati orang tua itu.
Aoi hanya menggeleng kepala mendengar kata hati nenek tua
itu.
“Bagus. Lagipun kau bukan hensem sangat pun.” Nenek tua itu
meletakkan wang pendapatannya dalam poket kirinya.
Cheh! Tak guna punya orang tua, tadi bukan main nak aku,
sudah dapat duit bukan main sombong! Desis hati Zack lagi.
“Dahl ah Senior Zack.
Jom cari bahan yang lain lagi sebelum hari petang.” Aoi menarik lengan Zack
yang membuat muka hampa. “Jom, Alex, Night.” Aoi menyapa Alex dan Alex
mengangguk tersenyum.
“Tunggu anak muda…” Nenek tua itu menahan Alex untuk pergi.
“Kenapa?”
Aoi dan Zack berada diluar kedai. Aoi melihat senarai barang
yang perlu dicari. “Empat lagi bahan.” Aoi melihat sekeliling jika ada kedai
yang mungkin ada barang ini. “Senior…”
Zack melihat kedalam kedai itu. Dia terlihat nenek tua itu
member seutas rantai kepada Alex.
“Senior… dengar tak?”
Zack beralih pandangan kearah Aoi. “Apa dia?”
“Aku kata, bahan ini untuk apa?” Aoi memandang muka Zack
yang kelihatan resah.
“Untuk…. Untuk membuat benteng sekolah.” Kata Zack sambil
melihat Alex yang kelihatan serius bercakap dengan nenek tua itu.
Aoi memandang kearah mana Zack memandang dan melihat Alex
bersalam dengan nenek tua itu dan keluar dari kedai tersebut.
“kau apa hal?” Alex memandang Zack yang mempunyai riak wajah
yang tiidak senang hati.
Zack memandang kearah lain dan teruskan berjalan. Mukanya
sangat serius seperti orang marah.
“Kenapa dia tu?” Alex seolah-olah berbisik dengan Aoi.
“Entah.” Aoi hanya mengangkat bahu.
Alex menggenggam tangan Aoi dan tersenyum manis. “Alex
takkan tinggalkan Aoi.”
Muka Aoi berubah menjadi malu. “thank’s.” Aoi menggenggam
erat tangan Alex.
Alex tersengih dan mereka sambung berjalan dibelakang Zack
berpegangan tangan secara senyap.
“Aoi, apa senarai seterusnya?” Zack soal tanpa melihat
kebelakang.
“Ermm, Fairy blood. Selalunya kalau berkaitan dengan blood
tentunya Vampire.” Kata Aoi. “Tapi, di
Allyway aku tak tahu mana-mana vampire
kecuali di bandar.”
“Aku rasa aku tahu.” Zack mengeluarkan phonenya dan mendail
satu nombor.
Setelah beberapa minit. Zack tersenyum memandang Aoi dan
Alex. “Fairy Blood beres. Seterusnya?”
“Black bones, pixie eggs dan… lime roses.” Kata Aoi sambil melihat senarai. “Ah! Pixie
eggs tentu ada pada Grum.”
Alex mengambil senarai tersebut dan tersenyum. “Kalau lime
roses, Luhan ada pelihara satu pokok di dalam green house.”
Zack berdengus kecil, cemburu melihat keakraban mereka.
“kalau begitu, tinggal Black Bones.” Zack menarik senarai tersebut dari tangan
Alex.
“Kamu berdua ada apa-apa ke ni?” Zack akhirnya bersuara, dia
perasan kemesraan mereka tetapi menafikan hubungan mereka.
Muka Aoi merah secara tiba-tiba. Apa kes Senior Zack soal
pula nie? Desis hati Aoi.
Alex tersenyum sinis. Dia memeluk bahu Aoi dan mengucup
dahinya di hadapan Zack. “She’s my wife-to-be.” Alex mengenyit mata kearah
Zack.
Muka Aoi bertambah merah. Dia menutup mukanya dengan kedua
telapak tangannya cuba untuk menyembunyikan rasa malu. “Alex bodoh…” Aoi berkat
seolah-olah membisik.
Riak wajah Zack berubah. Dia cuba menahan marahnya yang
membara di jiwa dengan menarik nafas dalam.
“Kita selesaikan dalam padang nanti
Alex.” Zack memeluk tubuh memandang Alex dengan wajah yang serius.
“Aku dah agak dah.” Alex mengangkat kening. Khabar angin Ketua Pelajar
ada hati dengan penolong setia The Four Lords adalah benar. “Boleh. Jumpa jam empat petang nanti.”
“Apa kamu berdua merapukan ni?” Aoi memandang muka dua lelaki
di hadapannya. Muka mereka kelihatan lebih serius dari sebelumnya.
Alex hanya tersenyum manis memandang Aoi. “Ini urusan
lelaki. Kaum perempuan dilarang masuk campur.”
Aoi mencebik. Ish, itu pun nak berahsia desis hati Aoi.
Tiba-tiba, Aoi terasa ada seseorang yang memperhatikan mereka dan memandang
kearah tersebut. Tetapi tiada. Hatinya berdegup kencang perasaan yang tidak
senang menguasai dirinya. Dia tahu ada seseorang memandangnya dengan mata yang
dingin. Sepasang mata yang berniat untuk berbuat sesuatu yang jahat. Soalannya
siapakah orang itu?
“A…Alex” Aoi menarik sleeve Alex. “Jom balik sekarang.” Muka
Aoi pucat, seperti orang baru Nampak hantu.
Zack perasan riak wajah Aoi yang ketakutan. “Alex, bawa dia
balik. Tolong kumpulkan lime roses dan pixie eggs di sekolah dan berikan kepada
Leiya.”
Alex mengangguk. “Kami balik dulu Senior.” Alex memimpin Aoi
balik ke stesen kereta api.
Zack tidak tahu kenapa dia rasa
ada sesuatu yang mereka sembunyikan darinya. Walau apapun rahsia itu, Zack akan
cari dan dia akan dapaat rahsia itu dari Alex sendiri serta rantai yang diberi
oleh nenek tua itu.
Comments
Post a Comment