NCK: Bab 9
Accel menggeliat didalam tidurnya mencari tempat yang selesa dan
memeluk sesuatu yang hangat. Dia dapat rasakan sepasang tangan memeluk
pinggangnya dengan erat membuat dia ras selamat dalam tidurnya.
“Good Morning Beater..”
Accel tersenyum kecil mendengar nada suara lembut itu dan memeluk si
pemilik suara lebih erat dari sebelumnya. Dia tidak pernah rasa tenang dalam
tidurnya semasa dia terperangkap dalam permainan ini. Semasa dia berada di
dalam kurungan Izumi, dia tidak dapat tidur kerana takut Izumi akan lakukan
sesuatu keatasnya. Setelah keluar dari tempat itu, dia masih tidak dapat tidur
kerana takut nanti sotong lintah Izumi jumpa dia dalam NCK dan membawa Accel
kembali ke dalam bilik kurungan Izumi. Dia takut kalau-kalau Izumi betul-betul
akan sakiti dia.
Sekarang, dengan adanya Toshiro memeluknya dengan erat. Dia rasa
selamat untuk teruskan tidur tanpa memikirkan Izumi dan konco-konconya.
Toshiro tertawa kecil melihat Accel cuba tidur semula. “Accel, Dah
nak jam 8 ni.”
Accel membuka matanya dengan perlahan dan mendongak memandang
Toshiro. matanya menunjukkan sedikit kekecewaan. “Really? Okay, time untuk
bangun…” Accel melepaskan pelukannya dan nak berputar tapi tidak boleh kerana
Toshiro masih lagi memeluk pinggangnya dengan erat. “Lepas, kita lambat nanti.”
Toshiro murung. “Yang lain belum sampai lagi, kita tunggu cam ni
sampai dorang datang okay?”
Accel tertawa kecil dan menolak Toshiro untuk bangun dari katil.
“Jangan nak mengada, kita kena bersedia—ahh!” Tohiro terus menarik tangan Accel
membuat Beater ini jatuh kembali di katil. Accel meniup rambutnya yang jatuh di
mukanya dan memandang Toshiro di tepinya. “What gives?”
“I love you.”
Accel menjadi kaku. “N-Nani?”
Toshiro tertawa kecil dan putar badanya kearah Accel. “Aku kata I.
Love. You.” Katanya sebutir-sebutir
Accel baru perasan, selepas apa yang terjadi kelmarin, mereka berdua
belum pernah luahkan isi hati mereka.
Si beater ini tersenyum manis. “I love
you too….”
“Awwww… comel nya.”
Dua couple ini terus berputar memandang ke pintu bilik dan tiga
avatar yang di kenali tersenyum nakal, bersedia untuk menyakat mereka.
Accel terus bangun dari katil dengan muka merah menyala masuk
kedalam bilik air meninggalkan tiga rakannya yang tertawa pecah perut.
Toshiro menjeling kearah mereka. “kena ke korang masuk campur?”
Medeis bercekak pinggang. “dan Nampak korang lovey-dovey atas katil
sepanjang hari sampai lupakan misi? No. lepas hentikan Izumi baru lah korang
boleh berjiwang karat sehari suntuk.”
Accel keluar dari bilik air dengan baju lawannya. Muknya masam
mencuka kerana malu dan sakit hati kerana kawannya tak pandai mengetuk pintu.
“Dah-dah! Jom gerak.” Sahutnya melimpasi tiga rakan rapatnya. Dia sempat
mengambil Cyril dari dakapan Hades. “Aku bawa Cereal keluar.”
Hades berdecit. “Cereal… cereal… dah dua tahun kita kenal, kau masih
lagi tak pandai sebut namanya!!”
Accel tertawa dan menjelir lidah kearah Hades sebelum berlari
keluar.
><><><><><
Izumi Log in dalam NCK dan berada di dalam bilik utama sedang
memerhatikan pemain sotong lintahnya sedang analisis otak-otak pemain.
“Berapa persen lagi?” Soalnya sudah tidak sabar. Dari semalam dia
tidak dapat tidur kerana tak sedap hati tentang plan nya ini. Dia dapat rasakan
sesuatu akan berlaku dan rancangan nya selama berbulan akan hancur dalam
sekelip mata.
“60% lagi. Kita perlukan NOG untuk lengkapkan proses ini, tapi Tuan
biarkan dia lepaskan diri. Sekarang nak buat apa?” Soal si sotong lintah sambil
menganalisis salah satu 300 otak hologram dalam bilik itu.
Izumi tersenyum sinis. “Jangan risau… biarkan dia nikmati hari
terakhirnya di sini. Setelah proses ni selesai, aku akan ke hospital dan
akhirkan seksaan perempuan tu. Ayaka… Ayaka.. Kumiko kita boleh selamat kalau
kau tak bagi NOG tu kepada nya.” Dia tertawa kecil tidak rasa simpati walau
sedikit pun. “Budak tu tak bagi aku pilihan lain, semua ni takkan jadi begini
kalau dia dengar cakap ku dan jadi budak baik. tapi taaaak, dia terlalu kepala
batu untuk dengar cakap.”
Sotong lintah itu tertawa. “Setelah projek ini di aktifkan, kita dah
boleh jualkan kepada orang America tapi kenapa mereka nak kawal minda manusia?
Bukannya mereka dapat apa-apa untung pun.”
“Siapa kisah apa mereka nak buat? Kalau proses pengawalan minda
manusia ni Berjaya, mereka boleh mengawal minda pemain dan gunakan untuk buat
kerja kotor mereka. Kalau permainan ni di kembangkan ke luar Negara, dah tentu
mereka dapat kawal minda pemain dari luar Negara dan dapatkan maklumat tentang
Negara mereka. Ini cara baru untuk berperang. Menggunakan technology.”
Mereka berdua tertawa kecil memikirkan apa jadi kepada 300 pemain
ini setelah proses mengawal otak telah selesai. Mereka akan mengikut semua
kehendak si pencipta game tanpa bantahan. Mereka boleh gunakan magsa pemain ni
menjadi bala tentera untuk menakhluk dunia.
“65%”
><><><><><
HDe’O dan Black Warrior dalam
perjalanan ke Nura Castle dengan Toshiro menunggang Cyril bersama Hades, Scy
bersama Medeis; terbang menunggang penyapu terbang, manakala Accel terbang
menggunakan Holo-wingsnya.
Mereka tiba di atas istana terapung itu, melihat setiap sudut untuk
memastikan di mana mereka kena pergi.
“Bilik utama ada di menara barat. Aku kena ke sana untuk hentikan
experiment Izumi. Korang dah bersedia?” Soal Accel memandang kawan-kawannya.
Mereka mengangguk. Accel memandang kearah Toshiro memberi signal.
“Medeis, mantera.” Toshiro terus memberi arahan dan keluarkan pedang
Screaming death dari belakangnya.
Medeis mengangguk dan berdiri di atas penyapunya dan depakan
tangannya. Dia mula membaca mantera yang terdapat dalam Anchient Scroll.
Pelindung halimunan itu mula tunjukkan warna seperti sebuah belon warna oren
menandakan yang pelindung itu dalam keadaan lemah dan tanpa buang masa Toshiro
terus lompat turun dari Cyril dan memecahkan pelindung itu menggunakan
pedangnya dengan senang.
“Yes!!” sahut mereka semua dan turun ke tanah istana terapung itu.
“Alright, everyone follow me.” Kata Accel dan bergerak masuk ke
dalam istana menggunakan pintu utama.
Mereka semua perasan yang tiada Guardian Angel muncul untuk
menyerang mereka tapi di endahkan kerana menyelamatkan 300 pemain lebih penting
dan tiada lawan lebih menyenangkan misi mereka.
Apabila mereka masuk kedalam menara Barat, mereka terus naik tangga
berputar untuk ke atas tapi tertangguh bila Scy menjerit membuat mereka
berputar memandang Gun-Woman itu.
“Scy!”
Scy melepaskan tembakan berdas-das kearah sotong lintah warna oren
yang menjijikkan yang menangkap kakinya. “Lepas! Lepas!
Ew-ew-ew-ew-ew-ew-ew!!!!!” Namun sotong lintah itu enggan melepaskan.
Sotong tersebut tertawa kecil tidak cedera dari peluru Scy. “Avatar
ku di programkan seperti Jelly-jelly, tak boleh mati. So, beritahu aku..”
katanya sambil sesungutnya naik ke paha Scy. Beritahu aku,macam mana Pemain
seperti kamu boleh sampai ke sini?”
“Aaaahhhh!!!!” Jeritan Nyaring Scy tambah kuat. “D-Dia b-b-b-leh
bercakap!!! Sesiapa tolong bunuh
menatang gatal ni!!”
Accel terus mengeluarkan pedangnya dan memotong sesungut menatang
pelik itu dan menendangnya membuat ia berguling jatuh dari tangga. Accel segera
menolong Scy bangun. “Kau okay??”
Scy merenung tajam kearah Accel. “Tak! Aku tak okay! Aku kena raba
oleh menatang menggelikan tu dan rasa nak muntah sekarang ni! Kenapa kau tak
cakap pasal menatang tu!”
Accel tak dapat tahan dari tersenyum. “Kan aku dah kata pasal sotong
lintah tu semalam. Kau tak dengar ke?”
“Tapi aku tak tahu ia menjijikkan cam tu sekali, plus GATAL!! Kau
tak Nampak ke cam mana dia raba kaki ku? Ewwwwww…..” katanya sambil mengusap
kakinya. “Beritahu aku hanya dia je yang ada dalam menara ni.”
“Penceroboh! Jangan bergerak!!”
Mereka bertiga memandang ke bawah tangga, melihat beberapa ekor
Sotong Lintah yang pelbagai warna menjerit kearah mereka membuat empat
perempuan ini pucat berabis.
“Ewwww!!!! Lari!” Sahut Hades yang pertama mengatur langkah naik
tangga dan di ekori oleh yang lain.
Bila mereka tiba di satu bilik, terdapat lebih banyak sotong lintah
mengawal tangga untuk ke puncak membuat empat perempuan ini berdengus. Toshiro
hanya tertawa melihat muka geli mereka.
“Accel, tiada jalan lain ke?” Soal Medeis remang bulu romanya
melihat sotong-soton itu berputar memandang mereka.
Accel Menelan air liur 3 lari dan menggeleng. “Nope. Sedia untuk
lawan korang?”
Scy menggeleng laju. “Tak, tapi tiada cara lain so…” Scy mengangguk
kecil. “Let’s d-do it…”
“Penceroboh! Siapa? cam mana korang boleh naik ke sini?!” soal salah
satu sotong lintah itu. “Semua, tangkap mereka!”
Medeis memutarkan bola matanya. “Dah lah jijik… meluatkan pula tu.”
Toshiro menggeleng, terhibur lihat muka mereka dan keluarkan
senjatanya. “Accel, bilik tu ada di atas kan? Kau naik sendiri. Biar kami yang
lawan mereka semua, selepas uruskan menatang ni baru kami join kau.”
Accel memandang Toshiro dan tersenyum. “Baiklah, hati-hati okay?”
Toshiro dan yang lain mengangguk.
Mereka semua berlawan dengan menatang itu cuba mengalihkan perhatian
mereka dari Accel supaya Beater ini boleh naik ke atas dengan senang.
Accel menghayunkan pedangnya kearah sotong yang cuba menghalangnya
dan teruskan berlari ke tangga dan naik ke atas. Dia memandan grakan-rakannya
buat seketika berharap mereka akan selamat sebelum masuk ke atas dan tiba di
dalam bilik Utama.
Seperti yang dia agak, 300 otak pemain berbaris rapi di dalam bilik
itu dan majority dari warna otak hologram itu telah berubah warna dari Hijau ke
merah.
“Aku belum terlambat..” bisiknya pada diri sendiri dan terus berlari
ke mesin system utama untuk menghentikan apa saja yang Izumi sedang lakukan
kepada otak manusia yang tak bersalah ini.
Semasa dia sibuk mencari cara untuk hentikannya, dia tidak perasan
yang ada seseorang sedang berjalan sesenyap semut mendekatinya dari belakang.
Accel baru perasan kehadiran seseorang bila dia berdiri dekat di
belakangnya. Dia berputar dengan segera dan melihat sepasang mata marah membara
menandakan bahaya kepada Accel.
……
“Aaaaaahhhhh!!!!”
Toshiro dan yang lain mendengar jeritan itu dari tingkat atas dan
tahu hanya seorang sahaja yang boleh menjerit di atas itu.
“Toshiro! kau naik bantu Accel!” sahut Hades dan memanah 3 sotong
sekali gus. “Dia mungkin dalam bahaya!”
Toshiro memandang tiga perempuan yang sedang berlawan dengan sotong
lintah yang tidak boleh mati itu. Dia tahu yang mereka geli dengan sotong ni.
tambahan pula sotong-sotong ni semua gatal dan kuat meraba.
“Pergi! Jangan risau pasal kami!” Jerit Medeis. Dia membaca satu
manter pelindung melindungi diri mereka dari di tangkap oleh menantang jijik
itu. “Kami selamat dalam ni.”
Setelah mendapat kepastian yang mereka akan selamat, Toshiro
bergegas naik ke tingkat atas. Langkahnnya terhenti bila dia Nampak Accel
tergantung di udara dengan tangannya di ikat di atas kepalanya dengan seorang
lelaki sedang menyentuh badan Accel. Ini buat Toshiro naik berang.
“Jangan sentuh dia!!” Jeritnya sambil berlari nak menyerang lelaki
itu.
Lelaki yang menyentuh Accel di bahagian tulang lehernya terus
mengambil pedang di sisinya dan menghalang pedang Toshiro. Mereka saling tolak
menolak pedang. Lelaki itu tersenyum sinis melihat wajah marah Toshiro.
“Oh… biar aku teka..” Dia menepis pedang Toshiro dan arahkan pedang
kearahnya. “Kau ada hati dekat Kumiko?” Senyumannya lebar bila Nampak Toshiro
lebih marah dari sebelumnya. “Oh my, berapa banyak lagi lelaki nak fall dengan
kau, my Angel?”
Accel memandang wajah Izumi dengan jijiknya. “lepaskan aku Izumi!!”
Toshiro tersenyum bila dengan lelaki di depannya ni ialah Izumi. Dia
akhirnya berjumpa dengan lelaki yang telah buat Accelnya terseksa selama
berbulan-bulan. “Kau akan menyesal sebab kurung dia di sini…”
Izumi menjungkit kening, kagum mendengar budak di depannya berani
mencabar pembuat game NCK. “Itu maksud kau nak lawan aku ke?” Soal Izumi dengan
senyuman sinis.
Toshiro turut tersenyum seperti Izumi. “Ya, nampaknya kau ni taklah
sebodoh mana yang aku fikirkan.”
Izumi berdecit. “Jaga mulut tu budak. Kau tak nak Crush kau
tercedera kan?” Dia menggores pedangnya di perut Accel membuat Accel merintih
kesakitan.
“Berhenti!” sahut Toshiro marah. “Kau lawan aku, bukan dia.”
“Diam budak, kau tak perlu jadi hero dalam permainan ni. hanya aku
Hero Kumiko. bukan kau dan bukan Ayaka.” Katanya memberi amaran. “Kau hanya
bertepuk sebelah tangan sebab Kumiko aku punya.”
Terdengar Accel tertawa kecil di antara kesakitannya membuat kedua
lelaki ini memandang kearah Accel. Dia menarik sengih memandang Izumi. “Dia
bukan Crush aku… dia boyfriend aku.”
Katanya membuat Toshiro tersenyum gembira. Hey, siapa tak gembira bila
perempuan yang dia cintai mengaku dia boyfriendnya kepada orang yang juga
sukakan Accel? YEAY!
Tapi bagi Izumi ayat itu bagaikan racun baginya. “Boyfriend?” Dia merenung
tajam kearah Toshiro. “Kau tahu tak berapa lama aku tunggu untuk dapatkannya
semula?” Dia membuka main system gema dan naikkan satu volume yang tidak di
ketahui sebelum tutup screen maya itu. “dan kau datang ke sini dan mengambilnya
dari aku dalam sekelip mata?” Dia arahkan pedangnya kearah Toshiro. “OVER MY
DEAD BODY, YOU BRAT!!” Dia terus berlari kearah Toshiro bersedia untuk
menyerang lelaki yang telah buat segala kerja kerasnya menjadi sia-sia.
Toshiro dengan senang hatinya berlawan dengan Izumi tapi bagi Accel
pula tidak, dia lihat volume apa yang Izumi naikkan ke volume tertinggi, pain volume. Tahap kesahitan yang
tertinggi yang boleh memberi kesan kepada badan sebenar dan juga neuron otak!
Matanya terbeliak besar bila Nampak Izumi hayunkan pedangnya.
“Thoshiro, hati-hati—!!”
“Aaarrghhh!!!!”
“Toshiro!!” Accel menjerit ketakutan bila Nampak Toshiro terkena
pedang Izumi di bahagian dadanya. Toshiro berlutut di lantai sambil memegang
dadanya dan mengerang kesakitan yang teramat.
Izumi tertawa terbahak-bahak melihat musuhnya terseksa. “Kau ingat
kau boleh menang berlawan dengan pembuat game ni?”
Toshiro mendongak memandang Izumi. “Apa tadi tu?”
Izumi menarik sengih. “Aku naikkan pain volume permainan ni. setiap
serangan yang kena pada badan memberi kesakitan yang 10 kali ganda sakit dari
sebelumnya. Ia juga memberi effect kepada tubuh di dunia reality.” Senyumannya
makin lebar, matanya menunjukkan dia akan buat sesuatu yang menakutkan.
Dia dekatkan dirinya kearah Toshiro dan menghayunkan pedangnya
sekali lagi tanpa memberi amaran ke muka Toshiro. Black Warrior ini tidak
sempat untuk mengelak dan pipinya tercalar sedikit tapi sakit seperti pipinya
melecur. Toshiro menjerit kesakitan sambil memegang pipinya, dia segera bangun
dengan pedang di tangan. Dia takkan mengalah begitu sahaja.
Ini buat Izumi tertawa sekali lagi. “Kau memang nak mati kan? Kau
tahu taka apa akan jadi kalau kau berterusan kena serang?”
Toshiro tersenyum menggalakkan Izumi untuk menyerangnya. “Tak, apa?”
“Heh… Brain malfunction… mati.”
Katanya membuat Accel terkejut. Dia nak bunuh Toshiro? tidak.. dia takkan
benarkan Izumi bunuh satu lagi orang yang dia sayang. Accel mula bergelut cuba
melepaskan diri dari ikatan pada tangannya.
“Sayang, takda gunanya kau bergelut. Ia dah di programe untuk tidak
akan terbuka kecuali orang lain membukanya.” Izumi tertawa kecil melihat muka
hampa Accel. “Jangan risau, selepas aku hapuskan lelaki ni, aku lepaskan kau
dan kita akan bersama selamany—Aaarrrghhh!!” Izumi tidak dapat habiskan ayatnya
bila dia rasa kesakitan di perutnya.
Toshiro mengambil kesempatan dalam Izumi bercakap dengan Accel
dengan menghayunkan pedangnya ke perut Izumi. Sekarang lelaki kurang waras itu
mengerang kesakitan di lantai.
“Aku bukan pemain lain yang kau boleh pandang rendah, aku melalui
banyak pengalaman dalam game ni selama 2 tahun. Mengalahkan lelaki seperti kau
ialah kacang putih bagiku.” Katanya dengan marah dan menendang perut Izumi
membuat lelaki itu menjerit kesakitan.
Toshiro berputar kearah Accel dan melihat setiap sudut badannya,
terutama muka Accel. “Kau okay ke? Dia ada buat sesuatu kat kau?”
Accel menggeleng dengan senyuman nipis. “Tak, aku okay—Belakang
kau!”
Toshiro terus berputar 360 darjah sambil menghayunkan pedangnya
kearah Izumi membuat pedang di tangan Izumi terlempar jauh. Toshiro arahkan
pedangnya ke muka Izumi dan merenung tajam memberi amaran kepada musuhnya. “Kau
main kotor dalam perlawanan, sebab tu kau takkan dapat Accel.” Toshiro
menghayunkn pedangnya sekali lagi kearah Izumi dan terpotong tangannya kerana
Izumi melindungi dirinya menggunakan tangan.
Izumi menjerit kesakitan bila tangan kanannya telah lenyap dan
kesakitan yang tidak dapat di bayangkan. Dia memandang Toshiro dengan ketakutan
melihat wajah Toshiro yang menggerunkan memberi amaran kepadanya.
“Itu untuk menggunakan 300 pemain sebagai bahan eksperiment tak guna
kau tu.” Dia menghayunkan pedangnya lagi memotong tangan Izumi membuat lelaki
itu menjerit sekali lagi.
Izumi mengambil beberapa langkah kebelakang bila Toshiro melangkah
menghampirinya. “Itu untuk kurung Accel.” Toshiro berputar 360 darjah untuk
membuat satu tendangan di kepala Izumi membuat lelaki itu mencium tanah sambil
merasakan kesakitan 10kali ganda kena tendang di muka.
“Itu untuk mengambil kebahagiaan Accel.” Dia memutar pedangnya dan
menyucuk belakang Izumi membuat lelaki yang tidak bermaya tu menjerit sambil
mengalirkan air mata.
“H-have mercy…” katanya sukar untuk mengeluarkan suara. “K-Kau
tak-takkan bunuh a-aku kan?—Aaarrrggghhh!!!” Toshiro menolak Pedangnya lebih
dalam di belakang Izumi membuat ia tembus ke perutnya.
“Bukan aku tentukan ajal kau…” bisiknya dan menarik pedangnya keluar
dari badan Izumi membuat dia menjerit untuk yang kesekian kali. “Aku beri kau
peluang untuk keluar dari permainan ni, lari sejauh yang mungkin dan jangan
pernah kembali. Aku takkan jadi pembunuh seperti kau.”
Izumi tersenyum lega dan mengangguk laju. “B-baiklah… baiklah aku
akan pergi dan aku berjanji kau takkan pernah dengar pasal aku lagi. Aku
bersumpah.” Dengna itu dia segera log out secara automatic an lenyap di depan
mata Toshiro.
Toshiro menarik nafas dalam dan menghembusnya, lega akhirnya semua
ini telah berakhir. Dia terdengar satu tangisan kecil di belakangnya dan segera
berputar, berlari mendekati Accel. Dia segera membuka ikatan tangan Accel dan
memeluknya. “Sshhhshh…. Jangan risau, kita dah boleh keluar dari tempat ni..
jangan lah menangis.”
Accel menggeleng kecil cuba menahan tangisannya. “Arigatou….
Arigatou Toshiro..”
Toshiro merenggangkan pelukan mereka dan tersenyum nipis. Dia
menepikan rambut depan Accel yang Cuba menyembunyikan wajah manisnya. “Iiek…
Arigatou Accel.” Dia memberikan satu ciuman di bibir kepada Accel.
><><><><><
Izumi yang membuka mata baru keluar dari permainannya sendiri rasa
kepalanya sakit tahap gaban akibat kesan serangan Toshiro. Dia ingin bangun
dari katilnya tapi gagal kerana dia melihat dunianya berputar dan kakinya tidak
ingin bekerja sama. Tangannya juga rasa kebas.
“Walaupun kau seorang yang berpengalaman dalam permainan maya, kau
tetap seorang budak.” Katanya dan tersenyum sinis. Setelah penglhatannya kembali
stabil, dia segera bangun dan keluar dari rumahnya dengan sebilah pisau dapur
didalam jaketnya.
Dia tersenyum dari telinga ke telinga dan tertawa hilang waras bila
dia memandu ke hospital dengan kelajuan
tinggi hingga melanggar lampu isyarat jalan.
“Kau ingat kau boleh kalahkan aku?! Tidak!! Aku tidak boleh di
kalahkan! Tiada siapa boleh kalahkan aku, bukan Ayaka! Bukan budak Yuki tu! dan
Bukan KAU!! TIADA SIAPA boleh dapatkan Kumiko melainkan aku seorang!” Dia Break
mati di depan pintu hospital dan berlari masuk kedalam menuju ke bilik Accel.
Dia tertawa kecil tapi dengan nada gila bila terfikirkan
rancangannya. “kalau aku tak boleh dapatkan Kumiko, tiada siapa boleh!”
Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Kumiko, sebuku penumbuk
melayang ke mukanya membuat dia terlempar ke dinding dengan hidung berdarah.
Hades mengipas tangannya yang sakit kerana menumbuk muka lelaki yang
paling dia benci selepas Akira. “Ouw—ow—ow—ouch.. aku tahu yang kau tu kepala
batu tapi taklah sampai kepala kau sekali keras cam batu.” Katanya mendekati
Izumi yang ketakutan di lantai. Hades meletakkan kakinya di tepi muka Izumi
dengan wajah yang boleh buat orang terkencing di seluar tiga kali. “Heh… betul
kata Toshiro, kau takkan berhenti walaupun kau dah kalah.”
Izumi memandang Hades dengan wajah yang teramat marah. “Aku takkan
pernah kalah—!”
PACK!! Satu tendangan di muka diterima dari Hades. Semua orang
memandang kejadian ini, jururawat, pesakit dan juga doctor. Tiada siapa berani
menghentikan Hades kerana takut. Termasuk dua rakan Hades yang berdiri depan
pintu bilik Accel, hanya melihat Hades melepaskan semua kemarahannya dengan
popcorn di tangan.
“Listen here buddy. Kau tak faham ke erti kalah? Semuanya dah
berakhir, kau dah mati.”
Izumi meludah darah di mulutnya. “Selagi orang-orang ku masih
berdiri—”
“Mereka dah kena tangkap.” Potong Medeis dengan senyuman lebar bila
Nampak Izumi terkejut beruk. “Yuki dan yang lain dah selesai tumpaskan semua
anak catur kau beberapa jam yang lalu.. Sekarang..”
“Checkmate.” Kata mereka bertiga dengan tawa besar bila Nampak muka
pucat Izumi.
Scy segera tampil ke hadapan dengan gari di tangannya. Dia segera
memutar badan Izumi bertiarap di lantai dan menggari tangannya di belakang.
“Izumi Naoka, kamu telah di tangkap kerana telah membunuh Ayaka Nigoshi,
membuat uji kaji yang keatas manusia, memerangkap 300 pemain, menyalahgunakan
perminana maya, blackmail keluarga Minamoto dan rancangan untuk mencuba
membunuh Kumiko Minamoto.”
Izumi cuba bergelut untuk melepaskan diri tapi tidak Berjaya kerana
perempuan kecil di atasnya lebih kuat dari apa yang dia bayangkan. “Lepaskan
aku! Kau tiada hak untuk hentikan aku! Kau siapa hah budak!!”
“Hanya seorang askar tambahan yang telah di tugaskan untuk memantau
gerak-geri mu. Kau ingat kau selamat selepas kematian Ayaka? Kau ingat pihak
polis tak syak kau ke? Fikir balik kawanku.” Katanya dengan nada menggerunkan
membuat Izumi berhenti bergelut.
Hades dan Medeis terkejut. Mereka tak tahu yang Scy dalam penyamaran
untuk menangkap Izumi!
Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis datang dan membawa Izumi
pergi. Seorang inspector perempuan mendekati mereka bertiga dan tersenyum.
“Terima kasih Shizuka. Kakak tahu kau boleh di harapkan.”
“Kakak?!” soal dua rakannya memandang kearah Scy.
Scy mengangguk. “Jadi cam mana aku boleh jadi pengintip Izumi kalau
bukan kakak aku yang suruh.” Scy tertawa melihat muka terkejut kawannya yang
masih belum redah. “Korang semua, meet my older sister, Shizumi Hemiko!”
“Scy, Hades, Medeis!” mereka berempat berputar memandang suara yang
memanggil dan melambai. Tepat pada waktunya.
“Izumi ada datang kan?” Soal Toshiro termengah-mengah.
Medeis mengangguk. “Betul apa kau cakapkan pasal lelaki tu. dia akan
datang ke sini untuk bunuh Accel.”
“Jangan risau, Accel tak apa-apa. Kau patut Nampak cam mana Hades
buat kat Izumi tu.” kata Scy dengan semangat. “Sebaik je Izumi buka pintu… PAP!
Hades terus tumbuk mukanya sampai hidungnya berdarah!”
Mereka semua tertawa mendengar aksi lasak Hades. “Baguslah. Yuki dan
yang lain di mana?”
“Mereka sekarang berada di mahkamah menjadi saksi atas perbuatan Izumi.
kita pun kena ke sana juga.” Hades melihat wajah Toshiro menjadi murung dan
tersenyum. “Kita ada saksi yang cukup, kau boleh tinggal di sini dan jaga
Accel. Jom korang.” Hades terus menarik Scy sebelum dia membantah. Walaupun Scy
ni dah ada pakwe, Hades tahu yan Scy tetap akan melekat dengan Toshiro.
Medeis menepuk bahu Toshiro. “Good luck.” Dengan itu dia mengejar
Hades dan Scy.
Toshiro menghembus nafas lega kerana dia tak perlu bersuara untuk
tinggal di hospital. Nasib baik Hades seorang yang memahami.
Dia masuk kedalam bilik Accel dan lihat yang Accel masih terlentar
di atas katil tidak sedarkan diri walaupun hamuspherenya telah mati dengan
sendirinya.
Toshiro membuka hamusphere itu dari kepala Accel dengan perlahan dan
letakkan di tepi. Dia mencium dahi Accel dan berbisik di telinganya. “Aku akan
tunggu sampai kau bangun.”
Sebelum Toshiro keluar dari
NCK dia diberitahu oleh Accel yang walaupun dia dah boleh keluar dari permainan
tu, dia mungkin belum boleh sedarkan diri kerana kesan sampingan kerana
berpindah ke permainan MMO lain tanpa sedarkan diri ke dunia reality. Ini
kerana dia kepenatan secara mental atas semua yang telah dia lalui selama dua
tahun dan otaknya perlukan rehat secukupnya.
“Bila kau akan sedar?” soal
Toshiro memandang wajah Accel yang sedih..
Accel mengeleng kecil. “Aku
sendiri tak tahu.”
Toshiro mengusap pipinya
dengan menggunakan ibu jarinya dan tersenyum. “Aku akan tunggu. Ambil selama
man kau nak untuk kembali, aku akan sentiasa menunggu.”
(A/N: Kita tunggu apa akan jadi di bab terakhir… berapa lama yea
Toshiro akan tunggu Accel untuk bangun? :D)
Comments
Post a Comment