FDO: Prologue

First thing first....

sebelum korang baca pembukaan cerita ni... korang akan dapati cerita FDO ni akan ada sedikit persamaan dengan cerita anime SAO... to whose had watch it tolong faham okay??? my inspiration is from that Anime dan if you want to flame me go ahead... if you have any question, shoot it on the comment box... 

Kalau korang tak terima yang angah buat cerita FDO sama seperti SAO.... kenapa Horizon log boleh buat cam SAO, dan angah pula tak boleh? hehehehe..... just asking don't shoot me in the head... anyways... 
enjoy everyone!!! ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Prologue
Nadeshiko, Navy. 12 Ogos 2024….

Umur 14 pada bulan May ini. Dah tinggalkan seni mempertahankan diri dua tahun lalu setelah naik gred 5 disebabkan aku tak seberapa minat dengan benda lasak ni. aku lebih berminat pada bidang computer dan technology. Dengan itu, aku sanggup hilang kasih sayang atuk dan berpindah sekolah ke kawasan bandar iaitu Nedeshiko, ibu kota Navy. Kembali tinggal bersama Mama dan adikku.

“Akak! Saya jalan dulu.” Terdengar jeritannya dari tingkat bawah. Aku bergerak ke window sil bilik dan melihat dia bergerak pergi meninggalkan perkarangan rumah dan ke sekolah untuk aktiviti sekolah, dia president kendo kat sekolah. Dulunya tak, aku yang president tapi setelah aku letak jawatan, Yuki yang ambil alih tempatku. Dia mungkin bencikan aku sekarang, Yuki lebih suka belajar dari aktiviti sekolah. Disebabkan kemahuan selfish aku, dia terpaksa mengganti tempatku.

Semua dah keluar, tinggal aku sendiri di rumah. Aku kembali ke tempat asalku iaitu di depan tiga monitor computerku. Mencari maklumat dan informasi tentang Game terbaru yang akan di lancarkan beberapa jam lagi. 2 jam dari sekarang.

Permainan Virtual Reality Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (VRMMORPG) yang bernama Fantasy Dream Online telah dilancarkan. Dengan menggunakan Nerve Gear, Helmet Maya Reality yang merangsang lima deria pengguna melalui otak mereka. Dengan Ini, pemain boleh mengalami dan mengawal avatar dalam game dengan menggunakan pemikiran mereka.

Si bijak yang mencipta game terhebat ini ialah Ayaka Nigoshi. Seorang pakar dalam permainan game online dan berjaya membuat sesuatu yang mustahil. Dia memang patut dijadikan Idola. Aku tabik dengan pancapaiannya ini. Dia dah capai apa yang dia inginkan selama ni.

Melihat  kearah Amusphereku pemberian dari Ayaka; berada di tepi katil bersambung dengan PC, di cas. Aku nak mengalami bagaimana rasanya menjadi watak dalam suatu permainan. Bagaimana rasanya berlawan dan menerokai dunia game FDO ni.


Aku membuka buku FDO yang aku telah terima dari Ayaka, Dia dah janji yang aku orang pertama akan dapat prototaip Amusphere dan tahu tentang FDO ni, dapat mengetahui selok-belok dunia FDO. Aku kira sukarelawan jugalah sebab dah di pilih untuk cuba FDO ni secara percuma tapi, special sikit. Okay, Sukarelawan hanya untuk 100 orang sahaja dan aku adalah salah seorang yang terpilih dari 10,000 member FDO. 99 orang lagi aku tak tahu tapi kami semua bertuah kerana dapat terpilih. Kami semua adalah Beta Tester.

Tu-lit!

Bunyi alarm persediaan telah berdering di Amusphere ku  memberi maksud FDO akan bermula dalam masa 10 minit. Aku segera bergerak naik atas katilku dan memakai Amusphere. Baringkan diri dan memandang kearah Jam yang terdapat di penjuru  cermin ini. -2.55pm- battery; plugged in.

Lima minit lagi, aku akan melihat dunia FDO yang dibina oleh Ayaka Nigoshi. Ini lah saat yang ku tunggu-tunggu. Pergi ke dunia lain dan menjadi seseorang yang tiada siapa tahu siapa diri kita.

Kelihatan ayat tertera di screen. Aku tersenyum gembira. “LINK START!” dengan itu, permainan bermula. Aku masuk kedalam bilik bulat bertemakan hitam dan line berwarna biru seperti aku berada dalam system computer.

Muncul satu mesej maya di hadapanku.
                      
                                         
Aku tap butang ‘female’ dan keluar satu lagi mesej maya. Menyoalku nama Characterku. Aku taip menggunakan keyboard maya yang berada di bawah mesej tersebut. _Accel_

Dia soal lagi. Confirm? Aku tap butang ‘Yes’.

Cahaya putih menyeliputi sekelilingku; Silau! Aku menutup mata. Hati berdebar-debar tidak sabar dan gementar dalam masa yang sama untuk menjadi pemain FDO.

Apabila aku buka mata… aku melihat ramai orang berkumpul di sekelilingku cuma bukan memandangku tapi berkenalan dengan satu sama lain. Aku?? Aku melihat kedua tapak tanganku. Bersarung?

“Oh…! Aku dah masuk!” aku memandang kekiri dan kekanan memastikan aku berada di tempat yang betul. “Ini  ialah First Floor. Starting city.”

Tanpa berlengahkan masa lagi, aku pergi ke central market dan masuk ke dalam kedai menjual senjata; Lavy Swords.  Cam kenal jalan je walaupun baru first time aku datang kan? Sebab aku dah baca, hafal, tamat, khatam, masak dengan semua bandar dan di setiap tingkat bangunan ni. Oh! Untuk pegetahuan korang semua… bangunan yang aku maksudkan ialah Aircraft. Ia terapung di udara dan sesiapa sahaja jatuh dari bangunan ni dah di kira mati. Well, tak lah mati terus… dapat penalty lah dan boleh main semula setelah waktu penalty tamat.

Aku menggunakan wang yang sedia ada untuk membeli pedang yang mempunyai Attack: 13, Damage: 15. Berharga 320 Vyler.  Okay…. mahal juga. sekarang duit aku tinggal 180 Vyler. Kena berjimat ni kalau nak beli Healer dan transportation Stone.

Hmm… aku rasa setiap pemain dah diberi Healer percuma 3 botol dan small transportation stone 2. Rasa itu dah cukup buat sementara waktu ni.

“Ok! Time untuk test pedang ni!”Aku terus berlari keluar dari Starting City dan mencari haiwan, Monster atau apa-apa jelah yang boleh menjadi bahan experiment untuk pedang ni..

Aku ternampak… hehe, Khinzir hutan lvl 1. Piece of cake! Aku terus menyerang tiga ekor baby hutan tu dengan satu hayunan. Yeah!

Okay… FYI tiada darah betul yang keluar, hanya Liquid merah hologram sahaja dan luka? Ia menunjukkan nombor system data base. No daging yang menggelikan. Cara menatang ni mati? Ia bercahaya dan akhirnya pecah seperti kaca. Lenyap begitu sahaja.

“boleh tahan. Item? Apa yang aku dapat yea?” aku membuka akaun user dengan swipe di depanku dan melihat bahagian Item. Dua Healer dan satu Small Transportation stone. Okay. itu cukup memuaskan. Dan tambah 75 Vyler… ish sikit nyer…

“A-Ano….” Aku berputar kearah suara yang menegurku. Seorang perempuan bertubuh kecil berambut pendek hingga bahu. “Ne Onee-chan, boleh ajar saya cam mana nak main? Eh- maksud saya lawan.”

Dia nak minta tolong dengan aku? hmm… cam mana yea? Aku bukannya pandai sangat nak bercakap ni.. “Err… umm.. o-okay.” 

Dia tersenyum gembira dan tunduk 90 darjah. “Arigatogosaimasu!” 

Kami terus memulakan sesi latihan kami. Seperti yang ku jangka dari perempuan kecil ni…

“Onee-chan! Tolong! Dia kejar saya!!” jeritnya sambil berlari mengelilingiku dengan khinzir hutan tu mengejarnya.

Aduh…. “Jangan risau, kau takkan rasa sakit punya. Kau kena beranikan diri dan berhadapan dengan haiwan ni.” aku memandang mereka berdua main kejar-kejar. “cuba beranikan diri berdepan dengan menatang tu. untuk bunuh ia dengan satu swing; loadkan tenaga di bahagian dagger dan serang. Lebih lama kau kumpul tenaga, lebih kuat damage kau buat. tapi, untuk menatang ni…”

Dia akhirnya berputar berdepan dengan Khinzir hutan tu. daggernya bercahaya apabila dia cuba mengumpulkan tenaga di bahagian tu dan Slash! Dia berjaya membunuh dengan satu serangan.

“Yeah! Onee-Chan, saya berjaya!” katanya sambil menunjukkan jari piece.

“Omedeto… so, dah boleh lawan tanpa guide lagi?” soalku memandang kearah lain. Sebenarnya aku ni jenis yang tak biasa berborak. Nak kata pendiam… boleh lah juga, atau lebih tepat tak pandai buat kawan baru.

Dia mengangguk. “Ne onee-chan… errm… boleh saya tanya sesuatu?” aku memandang kearahnya dan mengangguk. “Errmm… sebelum tu..” Dia menghulurkan tangan. “Akira… Onee-chan plak?”

Aku mengambut tangannya. “Accel. Salam perkenalan.”

Kami tersenyum seiras. Dia memandang kearah pemandangan senja. “Ne Accel-nee… awak suka ke Game MMO ni? Maaflah kalau rude sangat tapi… dari pandangan saya, saya dapat lihat dari mata awak yang…”

“yang aku so into dengan Game ni?” soalku kepadanya. “Ya. Aku suka dengan game MMO ni sebab kau boleh jadi seseorang tanpa orang lain tahu siapa kita sebenarnya. Kita boleh jadi orang lain, dan tak perlu risau tentang menjadi buah mulut orang lain di dunia sebenar.”

Akira mengangguk faham dan mengeluh. “Saya rasa menyesal.” Aku terus memandang kearahnya. Matanya kelihatan seperti orang yang menyesal. Kenapa? Aku tak faham.

Dia menggeleng seperti dia tahu apa yang ada dalam kepala hotakku. “Well, kita jumpa esok ok? Dah jam 5.00ptg ni. saya dah pesan Pizza dan kan datang 5.30ptg. So, See’ya?”

Aku mengangguk. tak sangka budak ni senang nak bawa kawan. “Ok, jam berapa nak log-in?”

“hmm… Jam 11 pagi esok?”

“Ok. Jumpa esok.”

Dia swipe open akaun usernya. “Eh? Tak ada??” dia memadang kearahku dengan wajah cemas. “onee-can, button Log-out tiada..”

“Apa?” aku swipe open akaun userku dan mencari butang log-out. “Tak ada…. Itu tak mungkin.”  Setahu aku di bawah Soud Mode ada Log-out button, kenapa tak ada pulak ni??

“Cam mana ni? Pizza ku dah nak datang!!” Sweet lovey dovey perempuan ni dah hilang bila fikir pasal makanan? Giler…. “Mungkin ada sedikit masalah kot dengan system game ni? kan first time di lancarkan?”

Aku menggeleng. “kalau ada masalah, kita dah di keluarkan secara automatic atau kita dah diberi amaran awal.” Ini memang pelik. Ayaka tidak buat kesilapan seperti ini.

Tetiba cahaya datang menyeliputi kami dan kami tiba di central city. Semua pemain berada di sini kenapa? Apa dah jadi ni? “Semua orang dah hantar kesini dengan self Transportation? Kenapa?”

“Accel-chan, apa dah jadi ni?” aku menggeleng sendiri tidak tahu. Aku sendiri cemas dalam situasi ini, kebanyakan Pemain turut berasa takut. Mungkin Malfunctioning kot? Tapi kenapa kami semua di kumpulkan di sini?

Muncul kotak merah warning di langit dan membentuk satu benteng dengan banyak menutup Central City. Semua jalan keluar dah di halang. Muncul makhluk berjubah hitam besar di hadapan kami semua membuat kami tambah cemas.

“itu Nigoshi-san ke?” “kenapa dia nampak cam nak bunuh orang..” “Atau ia virus?”

Mereka semua bertambah takut, seperti aku. dua pasangan pemain yang baru dah menjadi couple dah berpelukan ketakutan. Ayaka…. Apa yang kau rancangkan ni?

“Abang, apa dah jadi ni?” soalnya berpaut pada lengan hubbynya.

“Jangan risau. Abang boleh lindungi kamu.” Kata Lelaki itu. Ishh… kalau kau ada level tinggi tak pa lah juga ini tidak, baru Lvl satu cam yang lain, termasuk aku.

“Para Pemain…. Selamat Datang ke Dunia yang telah aku cipta.. Fantasy Dream Online. Seperti kamu semua tahu bahawa kamu tidak jumpa butang log-out di dalam Akaun kamu betul? itu di sebabkan setelah kamu masuk ke dalam FDO kamu tidak akan keluar selagi kamu tidak menang dalam permainan ini.” Apa? Itu bermaksud…. “Kamu kena habiskan semua 100 tingkat dalam Aircraft ini untuk keluar dari FDO. Kamu telah menerima satu Item dalam storage kamu.”

Aku segera swipe open akaun ku dan pergi ke Item … cermin? Untuk apa? Aku tap open dan menerima cermin tersebut di tanganku. “untuk apa?” aku memandang kearah Akira. Dia sendiri tak tahu.

Aku memandang semula kearah refleksi muka ku(avatar yang aku buat) dan tetiba…. Aku? kenapa aku tetiba bertukar menjadi diri aku sendiri? Apa semua ni?

Begitu juga yang lain turut berubah menjadi diri mereka yang sebenar. Yang peliknya, kebanyakan pemain perempuan bertukar menjadi lelaki? Adakah itu bermaksud lelaki menggunakan avatar perempuan untuk main FDO ni? kenapa nak cross-dressed?

Jap, yang couple tu??

“Kau tipu pasal kau jadi budak 17 tahun!!”

“Kau lebih teruk! Kau ambil avatar perempuan apa hal!” jerit budak yang sebaya dengan aku. what the… jadi, lelaki tu ialah perempuan tadi dan budak yang sebaya dengan aku ialah… abang kesayangannya? Teruknya!!

Nanti dulu, Akira pula… Aku mencari kelibat-kelibat Akuta tapi tak jumpa.. mana budak ni?”

“Accel ke?” Aku mendongak dan melihat lelaki berambut silver memandang kearahku.

“A-Akira?” dia mengangguk. What???!!!

“Pasti kamu semua tertanya kenapa kamu semua berubah menjadi diri kamu sebenar kan? Ini disebabkan Nerve Gear boleh scan diri kamu menggunakan data dalam minda kamu. Sebab itu diri kamu dapat di bentuk semula. Kamu kena ingat, apabila kamu mati dalam permainan ini… kamu serta merta akan dilenyapkan bukan sahaja dalam permainan malah di dunia sebenar.”  Apa? Itu tak logic! Tapi cam mana?  “Nerve Gear mengawal minda kamu dan apabila kamu mati di FDO, Nerve Gear akan bertindak dengan membunuh sel dalam otak kamu. Bermaksud… Jika kamu nak hidup.. kamu kena sampai ke tingkat 100 dan kalahkan big boss.”

“Kawan aku ada di rumah tak lama lagi, so.. kalau aku lama sangat main tentu dia akan bukakan helmet aku. Tentu akan selamat! Aku takkan mati di bunuh Monster !” kata salah seorang pemain yang aku sendiri tak tahu. Oh ya, pemain lain menggunakan Nerve Gear untuk log in dalam FDO ini, Aku je sedikit canggih dari mereka.

“Maaf tapi, kalau sesiapa sahaja membuka Nerve Gear kamu, Kamu akan mati juga.”

Mula dengar orang menjerit ketakutan. Tak mungkin… mahu tidak mahu… kami semua akan mati di sini? tiada siapa yang berjaya naik tingkat dua. Apatah lagi berjumpa Big boss. Lawan monster biasa dah berterusan mati apatah lagi Bog Boss… Pemain dah tiada harapan! Kami semua akan mati di sini… ini adalah satu…. Abyss… Ini ialah Abyss! Ayaka kau gila!!

“Jadi, cam mana dengan keluarga kita? Kita kan terbunuh kalau mereka buka helmet kita…” kata Pemain entah siapa lagi…

“Jangan Risau, Sekarang Navy telah di informkan tentang perkara ini dengan kematian 200 pemain akibat membuka helmet. Sekarang, Kerajaan telah memberi amaran kepada penduduk untuk tidak membuka helmet kamu.”

 Muncul banyak screen maya mengelingi kami menunjukkan situasi yang berada di dunia sebenar. Betul, rumah pemain telah di crosskan menjadi kawasan dilarang masuk, Pemain yang menjadi mangsa pula di bawa ke hospital untuk soal siasat dan… Tak mungkin, Mama dan Adik berada di luar rumah? Mereka takkan cabut Amusphere tu dari kepala aku.. bermaksud, aku ada harapan untuk hidup atau mempunyai peluang yang besar untuk dibunuh secara ngeri di FDO? Kebanyakan pemain tak tahu bagaimana ngerinya Monster dan Big Boss setiap Peringkat. Tiada siapa tahu kecuali Beta Tester. Hanya kami 100 orang sahaja tahu betapa kami semua berada dalam situasi yang sangat-sangat.. *gulp*

Jadi, kamu selamat dan Semoga berjaya Pemain FDO… Mari kita mulakan permainan kita!!”  dengan kata-kata itu, dia lenyap dari pandangan dan shield warning hilang dengan serta merta. Semua orang berlarian keluar dari Central City entah pergi mana aku tak tahu. Aku hanya berdiri di tempatku berfikir apa patut aku buat? aku nak keluar dari tempat ni… aku nak tinggalkan tempat neraka ni… tapi, kalau aku nak keluar aku kena lawan.. lawan? Bermaksud berisiko tinggi dan mungkin mati… Apa patut aku buat? Ayaka….

“Yo, Accel. Kitorang dah nak jalan, kau nak join sekali?” Aku tersentak dari lamunanku dan memandang kearah Akira.

Aku menggeleng. “T-Tak-tak…. A-Aku kena keluar dari tempat ni. Akira, Jom kita pergi.. bersama ke tingkat dua dan cari jalan nak keluar dari tempat ni.. ne? Ne?”

Kelihatan riak wajah kecewa Akira. “Maafkan Aku Accel tapi.. aku tak boleh sebab aku dan geng aku dah berjanji yang kami akan berkumpul. Baru je dapat text dari mereka dan… Eh? Apa kata kau join kitorang sekali? lebih banyak member lebih bagus!”

Apa? Jadi… dia nak aku join group dorang? “T-Tak, Aku.. tak….” Aku memandang kearah nyawa Akira dekat cursornya. Sudah setengah. Mereka semua adalah beginner dan aku tak nak… bukan aku tak sanggup nak selamatkan mereka semua yang tak tahu selok-belok FDO ni…. lagipun, Aku nak jalan ni hari juga, aku nak keluar cepat tapi kalau bersama Akira.. terpaksa bawa kawan dia sekali tambah pula perjalanan yang selalu tertangguh. Tak, aku nak keluar cepat. lebih cepat lebih bagus… Mama dan Adik tengah risaukan aku…

“Tak pa.. aku boleh jalan sendiri. So, kita jumpa di lain tempat ok? Pastikan….” Aku menarik nafas dalam. Dia kawan pertama aku di FDO… aku tak nak cari baru lagi aku takut mereka tak terima aku… Aku memandang Akira dengan senyuman. “Pastikan kau hidup buat sementara tu okay?”
Kelihatan Akira rasa bersalah atas keputusannya. “Accel.. kau betul-betul…”
Aku berputar membelakangkan Akira. Tak, aku tak boleh nampak muka dia. Aku memandang ke life barku yang berada di sudut atas kiri pandanganku.

Aku sendiri tak yakin kalau aku boleh lindungi Akira kalau hanya kami berdua sahaja pergi, apatah lagi berkumpulan. Aku kena bergerak solo. Aku kena tinggalkan Akira. “Bye Akira… Aku pergi dulu.” Aku terus mengatur langkah berlari pergi meninggalkan Akira di Central City. Aku keluar dari Starting city dan teruskan berlari meninggalkan tempat itu.

Aku kena cari tangga, laluan untuk ke atas, tingkat dua. Langkahku terhenti apabila terjumpa dengan serigala hitam level 3… aku dah keluar dari kawasan perkampungan rupanya…

Aku mengeluarkan pedangku dan membuat posisi sedia untuk menyerang. Aku mengumpul tenaga di bahagian pedangku dan tunggu…. Tunggu menatang tu menyerang baru aku… SEKARANG!!

Sebaik sahaja ia berlari kearahku aku terus menyerang dan membelah dua serigala tersebut. mati dalam satu Serangan. Aku terus berlari pergi menyambung perjalananku yang kau tak tahu nak ke mana.
Muncul satu mesej maya di hadapanku.


Aku akan keluar dari tempat ni. aku akan jadi kuat, akan menang dan teruskan naik level hingga aku menjadi pemain yang terkuat dalam FDO ni. dengan itu, aku tak perlu risaukan tentang ajal mautku.. aku tak perlu risaukan tentang big boss tingkat 100. Kau tunggu aku di puncak sana, aku akan datang, kau kena beri aku penjelasan yang munasabah orang tua! Kau tunggu, Ayaka!

Comments

  1. Gempak!! he he he.. best la jarang ada org nak buat cerita cam ne.. angah memang ada daya imaginasi yang sgt tinggi! nak lagi.. (OvO) peace!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts