Racing Heart: 6# Race
Selepas
perlumbaan, empat hari yang lalu, Sleeping Forest dan Yui Lan, terutamanya
Tomoko mula ingin tahu tentang Si pemilik Pink Spider, Cherry. Tiada siapa tahu
siapa si Cherry ini, atau dari mana datangnya. Apa yang mereka tahu ialah, ia
perlumbaan Cherry yang pertama, di Shinto… mungkin.
YUi
dah berkali-kali beritahu kepada Tomoko untuk lupakan pasal si pemandu misteri
ini dan sejarah bersamanya; mungkin minah tu bertuah jak dapat kalahkan dia.
Tapi Tomoko lebih tahu; malam tu… kemenangan Cherry bukan sebab nasib baik, dia
sememangnya berbakat! Perempuan misteri ni, Cherry, dia tahu apa yang dia
lakukan.
“Tomoko?
Helloooo? Earth to Tomoko, sila jawab!” Ren melambai tangannya dimuka Tomoko
kerana mereka memanggil namanya banyak kali tapi tiada respon.
Tomoko
tersentak dari lamunannya dan mengerdidip beberapa kali sebelum bersuara. “Huh?
Apa?”
Jue
mengeluh kecil melihat kawannya yang satu ni. “Kau fikirkan pasal race tu lagi
kan? Betul kan?”
Tomoko
mengangguk dan menyandarkan badannya di kerusi. “Ah-aah… Aku tak boleh
keluarkannya dari kepalaku.”
“Buat
je apa Yui suruh: ‘berhenti fikirkan pasal perlumbaan tu, nanti giler kau
dibuatnya’” Yumi mengulang nasihat Yui, ini masuk ke tiga kali kepada Tomoko.
“Ok, Aku cuba.” Tomoko tersenyum tawar.
“Good.”
Tomoko
baru perasan sesuatu dan memandang sekeliling kelas mereka. “Mana Sakura?”
“Ke
tandas kot.” Jawab Yumi sendiri tidak tahu kemana rakan mereka lagi satu.
Tomoko
mengangguk tanda faham dan memandang jam tangannya. lima belas minit lagi
balik, dan dia dah tak sabar!!
Lima
minit kemudian, Sakura kembali kekelas dan mengambil tempat duduk memandang
kearah empat kawannya. “So, Nanti petang kereta aku akan keluar, betul?” Dia
memulakan pembicaraan.
“Yup!
Aku tak sabar nak lihat kau bawa kereta tu.” Ren menepuk tangan gembira melihat
kawannya akhirnya ada kereta sendiri. Baru best setiap seorang ada kereta,
boleh show off kat bandar nanti!
Sakura
mengangguk kekok. “Umm…. Ya?”
“Jangan
risau Sakura, Ren selalu cam tu kalau babak-babak kereta. Dia ni gila kereta.”
Yumi kata menurunkan tangan Ren.
Ren
menarik tangannya dan memukul bahu Yumi. “Sorry sikit… aku tak obesses okay.”
Tomoko
menjelir lidah jauh dari muka Ren. “Yelah tu….”
“KOrang…
KOrang kejam!” Ren mencebik memeluk tubuh menunjuk perasaan.
Sakura
dan yang lain tertawa melihat muka murung Ren.
=X=
“Jack!
Get your *ss out here NOW!!” Yumi menjerit dengan penumbuknya di pinggang.
Rakannya, Sakura, Jue, Rend an Tomoko hanya melihat Yumi menjerit nama Jack
macam seorang hamba dipanggil oleh permaisuri Cleopetra.
Yumi
memandang kearah kawannya yang merenung kearahnya dengan muka shock. Yumi
mengangkat kening kanannya. “Apa?”
“JACK
MA---”
Kedengaran pintu
garage terbuka membuat suara Yumi tertangguh di tengah jalan. “Geez, sabar lah
wei.”
Mereka perasan
yang baju dan rambut Jack kusut masai seperti baru habis wrestling Cuma tiada
calar balar di badannya. Jack menguap dan mengusap lehernya menandakan dia baru
bangun tidur.
“Aku naaak sangat
tahu apa kau buat malam semalam tapi aku rasa aku tak patut tanya.”
Jack tersenyum
nakal memandang Yumi. “Pilihan yang tepat. Trust me, kamu tak ingin tahu.”
(A/N: Trust me, Even I don’t want to know :v)
Jue berdehem.
“Ehem. Change subject!” Kalau diteruskan, bala jadinya. “Kereta Sakura dah siap
ke?”
Jack memandang
kearah Sakura dan mengangguk. “Dah. Jom, ia dalam garageku.”
“Stop!!” Langkah
mereka semua terhenti apabila terdengar Tomoko menjerit.
“Kenapa?” Soal
Ren, entah kenapa Tomoko nak tangguhkan masa lagi.
Tomoko memandang
kearah Sakura dan terus ke Jack. “Garagemu… err… well, ia bersih kan? Sebab
Sakura ni jenis lurus.”
Jack memandang
kearah Tomoko dengan riak wajah tidak faham dan akhirnya dia tertawa besar.
“Tentulah, semuanya bersih.” Dia mengenyit mata kearah Tomoko dan bergerak
masuk kedalam garage. Tomoko pula blushing dan mulutnya berkumat kamit berbisik
menyumpah serana Jack.
Sakura hairan apa
yang Tomoko maksudnya dan memandang kearah yang lain. “Apa yang Tomoko cakapkan
tu?”
Mata mereka
terbeliak dengar ayat yang keluar dari mulut Sakura dan menggeleng dengan
senyuman. Akhinrnya senyuman tersebut berubah ke ketawa kecil
“Kau memang lurus kan? Patutlah kau tak faham.” Ren
menarik Sakura masuk ke garage.
Jue memeluk bahu
Sakura dan tersenyum manis. “Kau tak perlu risau pasal semua tu. tak important
sangat pun.”
“Oh… Okay…” tak
tahu kenapa tapi dia dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Tapi apa yang tak
kenanya?.
Jack membawa
mereka ke satu bahagian garagenya dimana Jack meletakkan Mazda hitam Sakura.
“Ini ke?” Soal
Tomoko melihat Kereta Sakura sama dengan jenama keretanya walaupun modelnya
lain.
“Yup.” Sakura
orang pertama mendekati kereta barunya dan membuka bonnet kereta tersebut. Dia
dah agak dah dalamnya dan menyembunyikan senyuman gembiranya.
Sakura bergerak
ke pintu driver dan masuk kedalam kereta. Dia menyentuh steringnya dan melekat
pada stering itu seta merta. Dia menekan paddle minyak dan break untuk
merasmikannya. Dia tersenyum dan keluar dari kereta tersebut.
“Kau buat kerja
yang hebat dengan kereta ni Jack.” Sakura menepuk badan kereta tersebut.
“Tentulah.” Kata
Jack dengan bangga. “So, You like it?”
Sakura
mengangguk. “Suka sangat.”
“Kau tak nak test
dulu ke Sakura?”
Sakura menggeleng
tapi tetap tersenyum. “Tak, tak perlu.”
“Oh Okay.” Mereka
memandang Sakura dengan penuh persoalan. Jack pula tertawa membuat kelima
perempuan memandang kearahnya. Kenapa dia ketawakan mereka? lucu sangat ke?”
“Kau orang kedua
cakap cam tu pasal kereta ku.”
Yumi menjungkit
kening hairan. “Siapa orang pertama?”
“Budak Bebal”
Katanya dengan senyuman.
=X=
“Jumpa esok,
Tomoko!” Sakura melambai kearah Tomoko yang keluar dari kereta barunya.
Tomoko
menundukkan diri melihat Sakura. “Okay dan thanks for the ride.”
Sakura
mengangguk. Setelah melihat Tomoko masuk kedalam keretanya, Sakura meneruskan
plannya yang utama. Plannya ialah untuk membawa kereta mazda barunya
jalan-jalan sekitar bandar. Nak biasakan diri dengan kereta barunya dan
menerokai bandar baru bersamanya. Dia hidupkam music dan bernyanyi sekali
sambil memandu sekeliling bandar.
Sakura memandu di
jalan kawasan pusat bandar dan buat pertama kali, Sakura perasan terdapat
banyak jalan dan banyak selekoh di tempat tersebut.
Aku patut drive
di sini lebih kerap lagi desis hati Sakura dengan senyuman di wajahnya.
Tetiba, entah
dari mana seekor anjing putih berlari dihadapannya. Sakura menekan breaknya,
dan mengelak dari terlangkar anjing putih tersebut tapi nasib bukan
disebelahnya kali ini apabila ada kereta hitam bergerak laju mendekatinya.
Cr*p!
Sakura memutar
keretanya kembali ke bahagian jalannya tapi dia tidak laju. Dia mendengar bunyi
break dari kereta hitam yang lagi satu dan melihat kereta tersebut mengelak
dari bertembung dengan Sakura. Sikit lagi… Siiiikit lagi. Sakura menghembus
nafas lega dan memarking keretanya ketepi. Dia menutup matanya, bersyukur dia
masih boleh bernafas.
Black bukan
warnaku desis hati Sakura rasa menyesal memilih kereta hitam sebagai kereta
barunya. Hitam memang membawa malang dalam hidupnya. Kereta hitam bertembung
kereta hitam. Tak kau malang namanya tu?
Sakura membuka
matanya semula dan bersedia untuk kembali ke jalan raya. Tetapi, ada seseorang
berdiri didepan keretanya membuat niatnya terbatal. Dia keliru dengan orang
didepannya jadi dia mengambil keputusan untuk keluar dari kereta.
“What the hell
were you thinking?”
“Apa---”
“Kalau kau nak
sangat mati, pergilah terjun jambatan sana!”
Blur. Sakura
tambah tidak faham dengan pakcik.. bukan, abang? Dia nampak sebaya dengan
Sakura. Memakai kasut leather hitam, seluar hitam dan baju-t putih. Ada lambang
warna merah, lambang sekolah mungkin, di poket bajunya. Rambut berwarna perang
dan mata perang gelap. Lebih lama Sakura memandang kearah mata tersebut; dia
rasa seperti ditarik lebih kedalam.
So deep and
mysterious desis hati Sakura. pink muda muncul Pipinya.
“Kau dengar ke?”
Sakura tersentak
dari lamunannya dan blushing. “Huh? Oh, sorry.”
Lelaki tersebut
mengeluh panjang, meramas rambutnya. “Sebab ini aku benci perempuan.”
Sakura menjungkit
kening kanannya. “Excuse me?”
Dia memandang
kearah Sakura dengan mata dingin. “Perempuan memang annoying, menyusahkan, suka
buat hal dan tak pandai memandu.”
Sakura menjadi
marah dan menjeling kearah lelaki di hadapannya. “Look, bukannya aku sengaja
keluar litar, ada anjing di depanku tadi. Aku bukannya sengaja nak bertembung
dengan kau. Sorry okay?”
“Alasan, Alasan…
itu saja kamu semua boleh fikirkan.” Lelaki yang menyakitkan hati itu
menggeleng kepala seperti dia kecewa dengan perangai perempuan.
Sakura mengetap
bibirnya, dia dah nak meletup dah ni. Sakura, Sakura Hinamori tidak pernah
marahkan orang seperti ini. Memang out of character kalau Sakura tetiba naik
berang dengan seseorang. Lelaki ni….
D*mm*t!!
“Fikirlah apa yag
kau nak fikirkan, itu kebenarannya.” Kata sakura dengan tenang tapi matanya
menunjukkan sebaliknya. Matanya kata; betullah sengal! Apa kes susah sangat nak
maafkan orang dan pergi je?!
Lelaki tersebut
menarik sengih. “Yelah tu.”
“Okay! Ka-”
Sakura ingin memulakan ceramahnya tapi terpotong oleh lelaki tersebut.
“Aku takda masa
nak main dengan kau, little girl,
mungkin lain kalilah.” Dia mengenyit mata dan mula berjalan pergi tapi
langkahnya terhenti seketika memandang kearah Sakura. “Oh, jangan cuba bunuh
diri lagi okay?” Dia masuk kedalam kereta hitamnya dan bergerak pergi.
Anak mata Sakura
mengekori kereta hitam tersebut pergi sehingga hilang dari penglihatan. Dia
menggenggam erat tangannya membuat satu penumbuk sehingga tulang penumbuknya
mula menjadi pucat. Dia menghembus nafas meniup rambutnya yang jatuh dimukanya
dan kembali masuk kedalam kereta. Dia menutup pintu keretanya dengan kuat.
Duduk didalam keretanya buat seketika. Tapi tidak lama kemudian dia
memukul-mukul stering keretanya memikirkan siapa mamat sengal tu.
“SENGAL kau mamat
bodoh bongkak!!!”
=X=
Keesokan harinya,
Sakura pergi ke sekolah dengan moodnya yang semalam. Dia menyapa kawannya
“morning” dengan wajah muram dan menjatuhkan punggungnya di kerusi. Kawannya
mula risau melihat keadaan Sakura yang selalunya happy-go-lucky tetiba bad mood
hingga cakap Morning pun tak larat.
Mereka ingin
menanya tapi tertangguh apabile guru kelas mereka masuk kedalam kelas memulakan
pelajaran mereka.
Masa berlalu
dengan cepat dan masa rehat telah tiba di HK high. Sakura melandingkan
kepalanya di atas meja dan memejamkan matanya. Sepanjang dua subjek didalam
kelas, satupun tak masuk kedalam kepalanya. Kalaulah ini berterusan dan
abangnya dapat tahu dia tak dapat concentrate time sekolah hanya sebab mamat
durjana tu… tentu dia terbang ke sini dan langgar dia hingga lenyek cam smashed
potato.
Eh? Mungkin itu
perkara yang bagus. Biar Yamato belasah dia hingga hatiku puas dengan mamat
sengal tu tapi…. Yamato boleh masuk penjara disebabkan aku desis hatinya
mengeluh.
Tomoko menyentuh
bahu Sakura. “kenapa ni sakura?”
“Nothing.”
Yumi menyekak
pinggang. “Yelah tu. cepatlah angkat kepala tu dan beritahu kami.”
“Hal kecil je…”
Jue melabuhkan
punggung di depan Sakura dan mengangkat kepalanya. “Jelaskan.”
Sakura mengeluh
dan kembali duduk seperti biasa. “kelmarin selepas aku hantar Tomoko pulang,
aku bawa keretaku di sekeliling badar. Time tu… ada sedikit kemalangan dan aku
jumpa mamat sangal.”
Mata Tomoko, Yumi
dan Jue terbeliak. “Kemalangan?” manakala Jue kata: “mamat sengal?” pada masa
yang sama. Mereka kecuali Skura menjungkit kening kearah Yumi dan dia hanya
tersengih-sengih dan menyuh sakura untuk teruskan.
“seekor anjing di
depan tu, jadi aku cubalah mengelak dan hampirlah bertembung dengan sebuah
kereta lain hala.” Mereka menarik nafas terkejut.
“Oh Gosh, Kau
okay ke? Kau tak sakit kan? Aku tak nak My Little Puppet cedera!” kata Tomoko memanstikan
badan, tangan dan terutamanya MUKA sakura dalam keadaan selamat. Muka penting
sebab muka blur Sakura adalah benda yang paling Priceless dalam dunia.
Sakura memegang
tangan Tomoko dan mengangguk. “Aku kata hampir. Jadi aku okay.”
“Thank goodness”
mereka berempat menghembus nafas lega.
“So, siapa mamat
sengat tu?” Yumi terus menanya ingin tahu.
Sakura menggeleng
tidak tahu tapi dia tetap menyambung ceritanya. “Pemilik kereta tu… dia
ingatkan aku nak bunuh diriku sendiri dan tak percaya apa aku cakapkan pasal
anjing tu.” Sekarang… temperature Sakura mulai naik semula apabila teringatkan
lelaki tersebut. “Argh!!fikirkan dia sangat buat aku naik GILA! Aku nak tolak
dia ke jalan raya dan minta bulldozer langgar dia dua tiga kali biar sampai
badannya lenyek macam smash potato dan bagi makan anjing jiran rumah sebelah!”
Rakan Sakura
terkejut beruk mendengar apa yang bari sahaja keluar dari mulut Sakura. Ini
kali pertama mereka dengar Sakura cakap buruk cam tu dengan seseorang.
“Kau tak suka dia
sangat kan?” Jue menyoal.
“Tak suka dia? Oh
tak, tak, tak. Aku benci dia!” jeritnya
naik okta tiga; mereka mula takut dan bergerak jauh dari Sakura untuk
berbincang,
“Ini kali pertama
aku nampak dia cam ni.” Kata Tomoko berbisik sesenyap yang mungkin.
“Lelaki tu mesti
dah buat atau cakap sesuatu yang teruk kepada Sakura kan?” Soal Ren dan mereka
berempat mengangguk setuju.
“This is
Perfect!” Tomoko jerit mendapat Idea dan matanya bersinar-sinar bak mentari.
Yumi memandang
riak wajah Tomoko dan menggeleng. “Kau rancangkan sesuatu giler kan?”
“Hoohohoho” Itu
sahaja yang Tomoko balas, master plannya memang hebat dan ia sangat hebat
hingga ia mungkin akan berjaya.
“APa? Apa plan
kau?” Ren menarik sleeve jaket sekolah Tomoko.
“Kita akan main
matchmaking!!”
Tak kau terkejut
beruk mereka bertiga dengar plan ‘bijak’ Tomoko. “Kau dah giler ke?!”
“kau tak dengar
ke? Sakura Benci lelaki tu!” kata
Jue memberi amaran kepada Tomoko yang sememangnya keras kepala.
“Hohohohoho!”
Tomoko mengendahkan rakannya dan mula merancang dan ketawa sendiri-sendiri.
Selepas sekolah,
Sleeping Forest membawa Sakura ke Clow’s Café. Mereka beritahu kepada Sakura
yang mereka nak makn cake tapi sebenarnya mereka nak ceriakan Sakura sahaja.
Mereka tahu yang Sakura takkan tolak makan yang ada benda manis didalamnya dan
mereka juga berharap Sakura aka lupakan lelaki tersebut.
=X=
“Ulang balik,
kenapa aku di sini?” Satu suara menyoal dengan nada sakit hati.
“Sebab Aku lapar
dan aku nak makan cakes! Baaanyak cake!”
“dan kenapa dia pun ada juga?” Soal si nada menyakitkan
hati.
“Sebab.. ke mana
kau pergi, aku pergi.” Jawabnya dengan senyuman di wajahnya.
Kereta hitam itu
memberi signal dan parking di tempat parking lot Clow’s Café.
“Oh! Itu Kereta
Tomoko dan yang lain kan?” Yui menuding jari kearah lima buah kereta parking
sebaris dihadapan kereta mereka.
Shinn tersenyum
gembira. “Aku tahu datang ke sini idea yang bagus. Oh rindunya aku dengan Tomoko ku!”
Shou memutarkan
bola matanya dan mereka bertiga keluar dari kenderaan tersebut, bergerak ke
Clow’s Café. Shou melimpasi kereta Mazda warna hitam dan perasan sesuatu.
Kereta ni… cam
pernah nampak desis hati Shou.
“Kau tak masuk
sekali ke Shou?” Yui memanggil Shou yang berdiri di hadapan kereta Mazda hitam,
Yui dan Shinn menunggu Shou di depan pintu masuk ingin masuk bersama-sama.
“Yeah..” Katanya
cuba melupakan apa yang dia fikirkan tadi.
Apabila mereka
masuk kedalam Café, Yui memandang sekeliling dan tersenyum apabila terjumpa apa
yang dia cari. Dia mula bergerak ke bahagian belakang café dan diekori oleh
Shinn dan Shou.
“Hey Girls!” Yui
menyapa dengan mengetuk meja mereka membuat mereka semua terkejut.
“Yui!” Kata
mereka dengan serentak, gembira dapat jumpa bestfriend mereka lagi satu.
“Boleh tak kami
join in sekali?”
Sebelum sesiapa
ingin membalas, satu suara menyelit masuk.
“Good afternoon
my dear Tomoko and Girls…” Sapanya kepada mereka semua tapi matanya tertumpu
pada Tomoko.
“S-Shinn?” Tomoko
terkejut melihat jejaki idamannya dihadapnnya dan mula blushing. Mereka semua
tertawa kecil
“Kau boleh duduk
di sini Shinn.” Kata Sakura bangun dari tempat duduknya dan memberikan kepada
Shinn.
“Arigato
Sakura-san….” Katanya dalam bahasa jepun dan duduk tanpa segan silu.
“You are
welcome!” Sakura menepuk bahu Shinn dan mengenyit mata kearah Tomoko yang
merenung kearah minumannya tidak berani memandang kearah Shinn.
Sakura ingin
menyembunyikan tawanya dan ingin duduk disebelah Shinn apabile dia terlanggar
seseorang.
“Oh Sorry.” Katanya dan
berputar kebelakang.
Mata coklat gelap
yang penuh mistery.
“KAU!”
temperature Sakura terus naik mendadak dan menuding jari kearahnya.
Lelaki tersebut
tersenyum nakal. “Kita berjumpa lagi, Little
Girl.”
(Akhirnya! dorang dua berjumpa juga setelah 5 bab terhurai... first time buat novel hero n heroine lambat jumpa... penat tapi berbaloi ^_^)
sambung please...teruja ni...suka sangat citer pasal race...
ReplyDelete