First L.O.V.E
My Second Graduation
Merenung keluar jendela melihat
akar berduri di hujung hutan Mahligai yang menjadi dinding yang memisahkan
tanah Enchanted dan Tanah Vicious. Memisahkan dua jenis manusia yang mempunyai
hati yang berlainan. Berhati jahat dan Berhati Mulia.
Seorang gadis berusia 19 tahun
terkenangkan kisah lama yang tidak mudah untuk dia lupakan. Tersimpan rapi pada
hujung kotak mindanya sehingga tiada siapa dapat tahu apa yang si gadis ini
fikirkan sebenarnya. Memori yang tersimpan di dalam kotak kecil, di kunci
dengan rantai besi dan di pagari dengan akar berduri yang beracun. Sama seperti
pagar berduri di hujung Hutan Mahligai itu.
Dia membuka mulutnya dengan
perlahan dan tanpa dia sedari, dia menyanyikan satu lagu yang telah bermain di
dalam mindanya untuk bertahun lamanya;
A
million miles away and I'm still thinking 'bout my babyAin't misbehavin', no, you don't need to worry
I'm having a good time, oh oh
And I've had one too many
But you're the only one on my mind~~~
Oh
but I—
Lagunya tertangguh bila seekor
gagak muncul di tingkap jendelanya, bersahut dengan nyaring hingga berdengung
satu biliknya yang kecil.
“Oh you killa joy!” Dia menolak
gagak itu jatuh dari tingkap dan bergerak ke meja make upnya yang bertemakan
hitam hijau, mempunyai ukiran burung gagak dan serigala berwarna hitam pada
tepi cermin meja make upnya. Dia duduk di depan cermin tersebut untuk membetulkan
make up pada wajahnya.
Burung gagak tersebut menyahut
sekali lagi tanda dia marah akan perempuan tersebut dan terbang kearahnya;
duduk di atas cermin tersebut.
Ivy yang membetulkan maskaranya
menjeling kearah gagak yang juga merenung kearahnya. Mereka melawan mata untuk
beberapa saat sebelum Ivy menghembus nafas mengalah. “Turn into a human.”
Ivy menghayunkan jarinya dan burung
tersebut berubah bentuk menjadi seorang manusia berdiri di sebelahnya. “Ivy…”
sahutnya seperti sebuah racun dalam mulutnya. Sama seperti maksud nama Ivy.
“Diaval..” Ivy sambung meletak
lipstic purple pada bibirnya, hanya memandang Diaval melalui cermin. “Ibu
hantar kau ke sini?”
“Kau skip kelas lagi.” Marah Diaval
tapi tidak ditinggikan suaranya. “Ini dah masuk ke dua minggu kau tak masuk
kelas. Kau nak graduate ke tak hah?”
Ivy menjeling kearah Diaval,
jelingan tersebut boleh buat Diaval bertukar kembali menjadi burung kerana
takut tapi dia kuatkan hatinya untuk berdepan dengan anak ahli sihir terjahat
di Kerajaan Vicious.
“Kau tak nampak ke aku tengah sibuk
ni?” Soalnya memegang lipstic dalam tangannya.
“Ivy…” sahutnya dengan rendah lebih
kepada merayu. “Kau tak boleh ulang setahun lagi sekolah menengah. Kau kena
graduate jugak.” Bila tidak dapat respon dari Ivy, Diaval mengeluh.
“Sekurang-kurangnya datang ke majlis graduation kau malam ni. Ambil sijil kau
dan kalau kau nak blah. Blah la.”
Ivy memutarkan bola matanya fed up
dengan Diaval yang suka sangat paksa dia buat apa yang dia tak suka. “Fine. In
one condition.”
“Apa dia?”
“Aku taknak masuk collague.”
“Ivy!” Marah Diaval. Sekarang dia
tinggikan suara. “kau boleh tak minta sesuatu yang mustahil! Kau akan masuk
collgue juga walaupun kau tak nak. Peraturan ni dah di tetapkan oleh
Pari-pari—”
“into a bird.” Ivy menghayunkan
tangannya mengubah Diaval ke bentu asalnya dan Burung gagak tersebut terbang ke
atas meja make upnya. Menjerit dan mengepak-ngepak sayapnya tanda dia tak habis
marahkan Ivy.
Ivy memutarkan bola matanya dan
menolak Diaval hampir jatuh dari meja make upnya. “Shut up you stupid bird.”
Gagak tersebut menyahut sekali lagi
di udara tanda dia bagi amaran kepada Ivy sebelum dia terbang keluar dari
tingkap bilik.
Bila biliknya kembali senyap,
barulah Ivy dapat bernafas dengan tenang dan letakkan lipsticnya ke bawah. Dia memandang
dirinya di depan cermin dan berdecis. Ada sesuatu yang kurang.
“Oh I know.” Dia mengusap tepi
matanya membuat ia berkilau seperti bintang-bintang yang berkelipan Cuma ia
berwarna hijau. “Hmmm… Purrrrfect.”
Dia bangkit dan ke almari bajunya,
membuka dengan geram untuk melihat jubah graduation yang tergantung rapi di
dalam almari tersebut. Dia kerutkan hidungnya tidak suka melihat jubah
tersebut. Ia terlalu panjang hingga meleret diatas tanah. Bukan gabungan warna
kegemaran Ivy. Hitam di luar dan dalaman warna maroon. Tambahan pula ia hampir
sama dengan design baju Ibunya.
Dia merungut panjang sebelum
mengambil jubah graduation itu. “Kenapa aku rasa Ibu nak aku kelihatan seperti
dia time graduation ceremony ni malam?” Soalnya memandang jubah di dalam
pegangannya.
Dia hanya menggeleng malas nak
fikir dan memakai jubah tersebut. Bila dia berdiri di depan cermin panjangnya.
Dia dah agak dia kelihatan serupa dengan Ibunya. Cuma wajah Ibunya lebih tajam
dari wajahnya.
“Alright. Lets get this over with.”
Bisiknya dan mencapai kayu saktinya yang tergantung di tepi tingkap dan
masukkan ke dalam beg sandangnya. Dia bergegas turun ke tingkat bawah. Tidak
langsung melihat sekeliling rumahnya kerana dia tahu tiada siapa di dalam rumah
itu kecuali dia. kalau ada pun mungkin bayang-bayangnya. Ibunya sentiasa keluar
dan jarang berada di rumah. Atau dia berperap di bilik bawah tanahnya. Ivy tak
pernah tahu di mana ibunya selalu berada dan dia tak nak tahu langsung.
“IVY!!”
“Aahh!” Ivy hampir jatuh terduduk
bila seorang perempuan tercegat di depan pintu rumahnya sebaik sahaja dia
membuka pintu. “Caramel! Apa kau buat depan rumah aku?!”
“Huh?...OH!!Akusedangberjalansepertibiasadanakunampakburunggagakkaukeluardaritingkapbilikkaudanakufikir’OhmestiIvynakkegraduationceremony’soakutunggukaudisiniuntukpergidenganKAU!—”
“Caramel! Caramel Breaths!” Ivy
menyentuh kedua bahu Caramel dan suruh dia menarik nafas dalam bersamanya untuk
beberapa kali. “Kau curi manisan mak kau buat lagi ke?” Soal Ivy dengan
perlahan.
“Tak!” sahutnya dengan girang.
“W-well, akusebenarnyamakantingkapbilikakusotakkiradicuri—”
“Sugar rush much!” potong Ivy
sambil menutup mulut caramel dengan jari telunjuk. “Kalau mak kau tahu kau
makan perabot rumah lagi tentu kau kena hukum tinggal di bilik besi bawah
tanah…. Lagi”
Caramel menutup mulutnya rasa cuak.
“Apapatutakubuat?”
“Shut up.” Arahnya.
“Selagi kau tak buka mulut kau tu, kau akan selamat. Sehingga sugar rush kau
jadi sugar crash. Okay?”
Caramel mengetap bibirnya dengan
erat dan mengangguk faham.
“Good. So, kau kata kau nak pergi
dengan aku ke graduation ceremony kan?” Caramel hanya mengangguk. “Tunggu apa
lagi? Jom.” Dia turun tangga beranda rumahnya, lalu sebelah Caramel dan selepas
itu budak sugar rush itu mengekori Ivy dari belakang.
Suasana di Kerajaan Vicious tidak
serupa dengan Kerajaan Enchanted yang penuh dengan kehidupan. Terdapat
keindahan di kerajaan penuh kegelapan itu. Cuma definisi keindahan mereka tidak
sama seperti kerajaan sebelah. Mereka lebih gemar dengan pokok-pokok mati yang
kelihatan seperti dah terbakar. Rumput yang tidak segar dan tumbuh
lalang-lalang yang panjang dari bunga-bunga pelbagai warna tumbuh di tepi
jalan. Haiwan pula mereka lebih pilih haiwan malam, haiwan yang melambangkan nasib
buruk dan kejahatan.
Semua ini boleh di ringkaskan
sebagai kehidupan penduduk kerajaan Vicious. Yang paling utama ialah matahari.
Tiada matahari pernah masuk ke kerajaan mereka kerana Magic hitam yang di
gunakan untuk mengumpul awan hitam di atas kerajaan itu. Melindungi kerajaan
mereka dari matahari yang menyilaukan mata.
Ivy tak pernah merungut tentang
kehidupannya di Kerajaan Vicious. Dia tak pernah terfikirpun nak ubah
kehidupannya. Apatah lagi menginginkan kehidupan di Tanah sebelah atau orang
Vicious kata Tanah musuh.
Ivy juga tidak mempunyai sebarang
dendam dekat tanah sebelah. Tiada siapa tahu apa yang Ivy sedang fikirkan
kerana Ivy sangat mysterious bagi mereka. Dia tidak meluahkan perasaannya
kepada sesiapa. Sentiasa menyendiri dan jika mereka berkumpul. Ivy tak pernah
buka cerita tentang dirinya kecuali benda yang mereka boleh lihat. Pandai
menggunakan sihir dan mysterious. Itu sahaja.
Tiada siapa tahu yang Ivy pernah ke
hutan Mahligai, tiada siapa tahu Ivy mempunyai rakan dari Tanah Enchanted. Ivy
menggemari bunga Lavender. Sukakan Tasik biru dan rehatkan diri di bawah pokok
rendang yang tumbuh dengan subur. Tiada siapa juga tahu yang Ivy pernah
menyukai seorang lelaki berhati mulia dari tanah musuh.
Dan tiada siapa akan tahu tentang
perkara itu kerana ia dah menjadi sejarah dan Ivy tidak perlu bangkitkannya
lagi. tiada siapa patut tahu dan tiada siapa akan tahu rahsia terbesarnya ini.
Ivy kembali ke dunia reality bila
Caramel menyentuh bahunya. Dia menuding kearah pagar utama sekolah menengah
mereka yang mempunyai banner yang menyeramkan; tertulis ‘Happy Graduation day’
yang di perbuat dari sarang laba-laba gergasi dan tulisan tersebut di perbuat
dari tisu tandas. Oh, laba-laba gergasi tu masih lepak di tepi pagar sekolah.
Ia masih menyiapkan sentuhan terakhir pada banner tersebut.
“Really Classy.” Puji Ivy dengan
nada mendatar.
“Come on darling, bergembira la
sikit. Ini… kira graduation kau yang kedua kali.”
Ivy merasakan sepasang tangan yang
berbulu memeluk bahunya dan dia menjeling perempuan yang berada di sebelah
kirinya.
“Dottie!”sahut Caramel dengan
gembira.
“PolkaDot…” Ivy pula berdesir tidak
sukakan perempuan bercoat kulit beruang di sebelahnya ini. Dia menepis tangan
perempuan itu.
“Dottie.” Perempuan bercoat haiwan
itu menegur sambil menuding shishanya kearah Ivy. “Kau tahu aku tak suka nama
tu kan?” katanya sebelum mengisap shishanya dan menghembusnya dari mulut. “Aku
tak tahu apa yang mama aku fikirkan namakan aku PokaDot. Dia terlalu obsess
dengan anjing-anjing tu—Anyways, Ivy..” Dia segera tukar tajuk malas nak fikir
pasal asal-usul namanya. “look at you… all dress up like your mother..” puji
Dottie memegang collar jubah Ivy yang di reka seperti api membara. Dengan
sedikit magic Ivy, ia seperti api sebenar. “Akhirnya kau ambil keputusan untuk
graduate. Apa buat kau ubah fikiran?” Soalnya sambil menyiku perut Ivy.
Ivy tunjukkan muka meluatnya.
“Korang rasa?”
Dottie memandang kearah Caramel.
“Ibu dia?” Caramel hanya mengangguk.
Dottie tersenyum simpati kearah
Ivy, kesihankan perempuan yang dikawal ketat oleh ibunya dari kecil. Ye lah,
menjadi anak kepada ahli tersihir terkuat dalam Kerajaan Vicious ni tentu lah
ada expectation yang sama dari orang sekeliling. Ivy menjadi ahli sihir jahat
seperti Ibunya.
“Well, Dah sampai masanya untuk kau
tunjukkan siapa berkuasa!” sahut Dottie dengan senyuman lebar. “Dari kita
tercegat kat sini. Apa kata kita masuk ke dalam.”
Ivy hanya mengangguk seperti
Caramel, dah malas nak bercakap, ikut sahaja Dottie masuk ke dalam perkarangan
sekolah dan berjumpa dengan rakan sekolah mereka.
Ivy tak semangat nak jumpa
rakan-rakannya kerana kebanyakan pelajar graduation setahun muda dari dia. Ya
lah, seperti Caramel dan Dottie, setahun muda tapi Ivy tak kisah mereka lepak
dengannya. Entah kenapa mereka berdua nak lepak dengan perempuan yang
sememangnya taknak lepak dengan mereka. Bukan Ivy tak sukakan rakan-rakannya
Cuma… hmmm, dia rela bersendirian dari berkumpulan.
Perhiasan majlis graduasinya
kelihatan agak mewah dari tahun lalu. bertemakan sarang labah-labah dan penuh
dengan mimpi ngeri. Patung gargoyle hidup dari tidurnya sebaik sahaja matahari
terbenam dan salah satu dari gargoyle itu terbang ke pentas DJ, memainkan lagu
Epic untuk memulakan majlis tersebut.
“Wooohhooo!!!!” Dottie dan Caramel
mengangkat tangan mengikut serta pelajar lain yang menikmati lagu rancak
gargoyle itu.
“Are you ready to get out from this
rat hole?!” Soal gargoyle itu dengan suara garau yang boleh menghantui
malam-malam budak kecil.
“Yeah!!”
“I CAN’T HEAR YOU!!!”
“YEAH!!!”
“That’s what I’m talking about!!”
Jerit gargoyle itu melalui speaker dan menyalak sekuat hatinya.
“Ini lebih hebat dari graduation
tahun lalu!” jerit Dottie cuba bersuara melepasi irama lagu berdentum itu.
“I KNOW!!” jerit Caramel sekuat
hati.
Dottie tertawa besar. “Babe! Kau
Sugar rush lagi ke?!”
Caramel mengangguk laju.
“Justalittle!!!”
“A little my ass.” Sahut Ivy dengan
senyuman sinis tapi senyumannya pudar bila dia lihat seseorang datang mendekati
mereka bersama geng-gengnya. “Oh no, bukan sekarang..”
Dottie memandang kearah mana Ivy
lihat dan tertawa. “Lihat siapa yang datang. Azhul and the four thieves.”
Lelaki bernama Azhul itu tersenyum
bangga dan tundukkan diri kepada mereka bertiga. Mencapai tangan Ivy dan
mengucupnya. “Good evening my lady. Gembira kamu dapat datang.” Sapanya dengan
loghat Arabianya.
Ivy segera menarik tangannya dari
Azhul tapi tak tunjukkan muka meluat dengan lelaki tersebut. “of course. Now
will you excuse me, saya nak ambil air.”
“Oh no worries my lady, biar saya
ambilkan untuk kamu bertiga.” Katanya dengan senyuman yang menawan tapi bagi
Ivy meluatkan. Dia bagi signal kepada empat konco-konconya untuk ikut dia ke
bahagian makanan untuk mengambil air.
“Wait Azhul.”
Langkah Azhul terhenti bila Ivy
memanggilnya dan berputar kembali. “Ya My princess of the dessert?”
Ivy menggeleng menahan dirinya dari
ketawa. “Bagi balik kayu sakti aku.” Katanya menghulurkan tangan.
Azhul tersengih-sengih. Menyiku
perut salah seorang kawannya untuk bagi dia kayu tersebut. “Macam mana kau
tahu?” Soalnya dan serahkan kayu tersebut kepada tuannya semula.
Ivy masukkan semula kayu tersebut
kedalam beg sandangnya. “Dari awal tahun lagi kau nak curi kayu sakti aku
Azhul. Kau ingatkan aku tak tahu ke kenapa kau dekat dengan aku?” Soal Ivy
sambil memeluk tubuh. “Tiada siapa berani mendekati Aku melainkan dia menempah
maut.” Dia berdesir seperti ular dengan senyuman sinisnya.
Azhul mengangkat kedua tangannya
keudara tanda mengalah. “Woop! Okay, I get the massage Oh lord Nastiness.”
Azhul tertawa dan mengenyit mata. “Baik kita pergi sebelum Ivy the Devil sumpah
kita jadi katak.” Katanya dengan nada berlawak tapi mereka semua tahu itu satu
amaran. Ini kerana bila Ivy marah, dia akan sumpah mereka dengan sihir
gelapnya. Dia tak teragak-agak untuk menjatuhkan sumpahan keatas mereka. Tapi
itu tak bermaksud mereka jauhkan diri dari Ivy, malah, mereka ingin
mendekatinya kerana magicnya yang luar biasa. namun, seperti yang Ivy katakan,
siapa mendekatinya hanya menempah maut. Jangan pernah buat hal dengan Ivy
kerana dia akan bertindak jika mereka buat hal.
“Wooaaahahaaaaa…. Damn girl, kau
hampir buat Azhul dan empat badigul tu terkencing dalam seluar dorang!” Puji
Caramel sambil ketawa. “Patut lah mereka panggil kau Ivy the Devil. Heartless
little Devil!!”
Kening Ivy terjungkit. “Dah tamat
sugar rush?” soalnya mengendahkan komen Caramel.
“Tunggu Sugar Crush je.” Caramel
kenyit mata dengan senyuman nakalnya.
“Good, sekarang korang berdua kena
ikut aku menari.” Sahut Dottie bersemangat dan tarik mereka berdua tapi Ivy
menepis tangannya. “Ivy? Come on, kita kena berseronok sebelum Principle Count bangun
dari tidur siangnya.”
“Errmm… No thanks. Aku rela berdiri
di sini dari menari dengan…errr” Ivy menuding kearah pelajar-pelajar yang
menari dengan liar. “Korang pergi berseronok.”
Dottie mengangkat tangan. “Okay….
Aku takkan paksa tapi kau tahu nak cari kita di mana kalau kau ubah fikiran
okay?” Dottie mengenyit mata dan menarik Caramel kedalam kalangan pelajar
menari.
Ivy melambai sambil miming ‘have
fun’ kepada mereka. Bila mereka telah hilang di dalam lautan pelajar yang
menari, Ivy menghembus nafas panjang. Ini babak yang dia tak suka bila ada
party. Tinggal bersendirian. Taknak menari, taknak bermain dan taknak buat
apa-apa. Apa guna pergi tempat keramaian macam ni kalau taknak berseronok
dengan rakan-rakan?
“Aku patut tinggal di rumah je.”
Katanya sambil mengeluh melihat Dottie dan Caramel menari dengan sexynya.
Dia kembali memandang kayu saktinya
yang usang. Dia dapat kayu sakti tersebut semasa umurnya 13 tahun. Ibunya bagi
dia kayu tersebut sebagai hadiah hari jadinya dan kayu sakti itulah hadiah
pertama dari ibunya. Setelah itu tiada lagi hadiah dari Ibunya.
Dia berharap dia boleh dapat kayu
sakti yang lebih kuat dari kayu sakti kanak-kanak itu. Ia tak boleh berikan dia
magic yang lebih kuat seperti yang dia inginkan. Dia tak boleh buat jampi besar
seperti Ibunya selalu buat dan hanya jampi-jampi kecil. Ia menyedihkan. Bagi
rakan-rakannya jampi yang Ivy buat dah cukup menakjubkan tapi Ivy ia tetap
menyedihkan.
Ive merasakan sepasang tangan
memeluknya dari belakang dan mengangkat dia ke udara. “Ivy!!”
Ivy tergelak bila sepasang tangan
tersebut menggelitik perutnya. “Wha—Hahahahahaha—Hansel!!” Ivy menepis tangan lelaki berambut perang itu dan memukul
bahunya. “Kau tahu aku tak suka surprise attack kan? Isshh kau ni—”
“Okay.. Okay!” Hansel melindungi
mukanya bila Ivy mengangkat tangannya ingin memukulnya lagi. “Okay… chill
babe.” Katanya bila Ivy dah turunkan tangan. “Tak sangka kau akan datang.”
Ivy memutarkan bola matanya.
“kenapa semua kena tegur aku macam tu? Salah ke aku datang?”
Hansel mengangkat bahu selamba.
“Hey, Ahli sihir terkejam dalam sekolah ni jenis tak suka tempat banyak orang. Apatah lagi party. Tentu timbulkan
persoalan.”
Ivy memeluk tubuh sambil menjungkit
kening. “Aku kena graduate juga nanti. kau nak aku stuck jadi high school
student sampai aku kerepot ke?”
“Hmmm…” Dia mengusap dagunya sambil
pandang ke atas, sepertinya dia sedang memikir. “Mungkin… mungkin…” Satu lagi
pukulan di bahu sampai ke bahu Hansel. “Ow!”
Ini adalah Hansel. Seorang lelaki
yang seumur dengan Ivy dan dah graduate tahun lalu. Dia juga pelajar terbaik
sekolah ni tahun lalu, sebab tu dia ada pada graduation ceremony ini untuk
berikan ucapan kepada budak graduation baru.
Satu-satunya manusia di Kerajaan
Vicious yang Ivy tak rasa meluat. Hansel je lah yang menemani Ivy bila dia
perlukan teman dan tahu apa yang Ivy perlukan. Kalau Ivy malas nak ke sekolah
tapi Ibunya paksa dia pergi, dia akan lepak dengan Hansel sepanjang hari dan
annoy lelaki itu sehingga Hansel halau Ivy.
Ivy suka lepak dengn Hansel mungkin
sebab Hansel pernah tinggal di Tanah Enchanted. Ye lah, kebanyakan remaja di
tanah Vicious tidak pernah lihat bagaimana rupa tanah musuh yang sebenarnya.
Hanya orang-orang tua sahaja yang tahu dan mereka enggan menceritakannya kepada
mereka kerana membencikan orang di tanah sebelah. Hansel jelah yang sentiasa
beritahu tentang keindahan dan kecantikan yang ada di tanah tersebut.
Hansel tiba di tanah Vicious semasa
mereka berumur 10 tahun. Ia agak sukar bagi Hansel untuk menyesuaikan diri di
tanah tersebut tapi terima kasih kepada Ivy, dia akhirnya salah satu penduduk
Tanah Vicious. Dan sehingga sekarang mereka menjadi kawan yang sangat rapat.
Sekarang mereka berdua berada di
atas pokok bersembunyi dari semua orang yang sedang berseronok di bawah. Hansel
berikan sebiji epal kepada Ivy tapi Ivy teragak-agak.
Hansel tertawa. “Jangan risau. Aku
tak racunkannya.”
Ivy menjelir lidah dan mengambil
epal tersebut. “Aku tak risau pasal itu. Aku risau…” Ayat Ivy terhenti untuk
seketika bila dia lihat Hansel masukkan sebatang lollipop kedalam mulutnya.
“…itu.”
“Ini?” Hansel keluarkan lollipop
tersebut dari mulutnya sebelum masukkan semula. “Meh… dah jadi habit.”
Ivy hanya menggeleng melihat
perangai Hansel. “Kalau mak Caramel boleh melihat, dah lama dia tangkap kau dan
makan kau.”
Hansel kerutkan hidungnya dengan
senyuman nakal. “Nasib baik dia buta kan? Dan Caramel tak kenal aku.” Hansel
menyandar pada batang pokok tersebut dan memandang ke bawah di mana party
menari telah berhenti kerana President Count telah datang. “Nampaknya mereka
dah nak mulakan majlis graduasi. Kau nak turun ke?”
Ivy juga memandang President Count
yang menjerit, memarahi pelajar-pelajar graduasi kerana berparty teruk sangat
sampai pecahkan air pancut sekolah. Ivy tertawa sambil menggeleng. “Nah….
Mungkin tak. terlalu ramai orang.”
Hansel mengangguk. “Yea… aku akan
turun bila mereka perlukan aku.”
Ivy alihkan pandangannya kearah
Hansel. Memandang lelaki itu dengan lama sebelum bersuara; “Macam mana kau
boleh sampai ke sini sebenarnya? Kalau bukan sebab kau hampir bunuh Mama
Caramel?”
Hansel tertawa mendengar soalan
Ivy. “Kau nak tahu ke?”
Ivy mengangguk laju. Mereka dah
berkawan selamamana yang Ivy boleh ingat dan persoalan itu sentiasa bermain di
fikirannya. Dia nak tanya Hansel tapi takut Hansel akan menjauhkan diri
darinya.
Hansel mengeluarkan lollipop dari
mulutnya. Memandang gula-gula itu sebelum bersuara; “Aku buat perjanjian dengan
rumpelstiltskin.” Dia mendongak melihat wajah terkejut Ivy. “Shocking right?
Adik aku sakit sebelum aku datang ke sini. Aku dapat berhubung dengan Rumpels
melalui magic hitam, meminta dia sembuhkan adik aku. Dia boleh buat tapi
sebagai balasan aku kena berikan nyawa aku kepadanya.”
“Sebab tu kau berada di sini?” Soal
Ivy.
Hansel menggeleng. “Merlin dapat
tahu aku gunakan dark magic, buat perjanjian dengan Rumpelstiltskin. Dia suruh
aku batalkan perjanjian tersebut kerana Rumpelstiltskin tak boleh di percayai.
Aku koyakkan kontrak kami dan kesannya kesihatan adik aku menjadi teruk. Aku
desperate masa tu, akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan dia. Jadi aku…”
Hansel menarik nafas dalam sebelum meneruskannya. “Aku curi Tongkat sakti salah
seorang Fairy di raja. Ia terletak di memorial muzium di tanah Enchanted dan di
situ jugalah Aku bunuh salah seorang tiga pari-pari tersebut dan the rest is
history.”
Ivy menutup mulutnya, terkejut. “Adik
kau macam mana?”
“Dia sihat. Aku sempat sembuhkan
dia sebelum mereka dapat tangkap aku.” Hansel tersenyum pahit kepada Ivy dan
alihkan pandangannya ke bawah. “Oh, pengetua dah habis berucap. Dia nak
sampaikan sijil graduate kepada pelajar. Kau pasti kau taknak turun?”
Ivy memandang kebawah, melihat
pengetua memanggil nama-nama pelajar untuk naik kepentas. “Nah… aku turun bila
giliranku dah tiba.”
Hansel mengangguk faham. “Aku turun
dulu.”
Ivy mengangguk dan melihat Hansel
terjun ke bawah dengan mudah. Ivy menyandar pada batang pokok tersebut dan
memegang erat epal dalam genggamannya. Dia sebenarnya rasa simpati keatas
Hansel. Dia hanya nak selamatkan adiknya, satu-satunya keluarga yang tinggal di
dunia ini dan di sebabkan tindakan selfishnya tidak ingin melepaskan adiknya…
terdetik niat jahat di dalam hatinya sehingga membuat perjanjian dengan
rumpelstiltskin dan juga sanggup curi tongkat sakti pari-pari. Bila dia tiba di
Tanah mereka, Hansel tak nampak menyesal pun. Tak menangis atau meraung, merayu
untuk kembali ke tanah musuh.
Ivy memuji keberanian Hansel.
Mungkin sebab itu Ivy suka berada dekat dengan Hansel. Ia buat Ivy rasa tenang
dan selesa.
Ivy kembali memandang majlis
graduasi yang sedang dilangsungkan sambil menunggu namanya di panggil. Beberapa
minit kemudian, hanya tinggal empat sijil sahaja yang berada di atas pentas.
Ivy mula tak sedap hati kerana juga empat pelajar yang tinggal tidak dapat
sijil.
Nanti dulu…. mereka tak masukkan
namanya ke? Ivy yakin Dia graduate tahun ini sebab pengetua sendiri yang cakap
kalau dia datang graduation ceremony dia akan graduate.
Dia tunggu sehingga namanya
terakhir di panggil dan keempat-empat sijil itu bukan miliknya.
“Oh this is a disgrace!” marahnya
menghancurkan epal dalam tangannya. Dia mengeluarkan kayu saktinya dari beg dan
hayunkan ke kiri dan kekanan dengan bibirnya bergerak membaca mantera.
Pengetua Count bersalaman dengan
pelajar terakhir yang menerima sijil dan melihat pelajar tersebut turun dari
pentas. Dia alihkan pandangannya kepada semua pelajar yang duduk di depannya
dan bersuara; “Tahniah kepada semua pelajar yang Berjaya graduate pada tahun
ini. saya, Count Dracula, pengetua sekolah menengah Vicious sangat berbangga
kamu menjadi pelajar yang memuaskan hati pada saya dan Berjaya—” Ayat Pengetua
Count terhenti bila dia lihat kehadiran di belakang pelajar-pelajar dan muncul
satu figura dari kegelapan.
Ivy muncul dari bayang-bayang
pelajar. Aura sekelilingnya pecah seperti api merah meletup, menarik perhatian
semua orang di majlis tersebut.
Ivy membuka mata dengan satu
renungan kepada semua orang tapi berubah menjadi senyuman sinis. Dia simpulkan
tangan dengan rapi di hadapannya. “Well…. Well… what a grand ceremony.” Puji
Ivy dan berjalan menuju ke pentas dengan semua mata tertumpu kepadanya. Dengan
perasaan takut dan menggerunkan.
Ivy marah.
Macam mana mereka tahu? Mata hijau
Ivy berkilau seperti cahaya neon yang memukaukan.
“kemeriahan….” Dia tujukan kepada
dekorasi majlis tersebut. “keseronokan…” dia tujukan kepada DJ gargoyle yang
mengecut di belakang system music kerana takut dengan jelingan Ivy. “Oh
kerosakan pun ada.” Ivy tertawa pahit melihat air pancut yang hancur. DIa naik
atas pentas, berdepan dengan pengetua untuk seketika sebelum berputar menandang
pelajar. “My… my… kamu semua tahu cara untuk berseronok dalam majlis graduasi
kamu… atau patut saya kata… kita.” Diamenjeling kearah pengetua
sebelum bersuara dengan nada tenang; “Saya agak sedih kerana tak dapat sijil
saya.”
“Saya ingatkan kamu tak datang, Cik
Ivy.” Kata pengetua dengan tenang. Tidak getar dengan kemarahan Ivy.
“Tak… tak datang?” Ivy tersenyum
sebelum tertawa terbahak-bahak.
Caramel dan Dottie saling
berpandangan, takut apa yang Ivy akan buat. Dia kelihatan tenang tapi
sebenarnya dia berang. Sangat berang. Dah lah Ivy terpaksa datang ke graduasi
tu lepastu sijilnya tiada pula.
“Hmmm… this is awkward.” Dia
berpaling memandang pengetua dan depakan tangannya kearah pengetua Count. Ivy
tersenyum sinis bila dengar rakan-rakannya menarik nafas tajam takut apa yang
Ivy akan buat pada pengetua Count. “Saya tahu pengetua ada simpan sijil saya
kan?”
Pengetua yang tenang, tersenyum dan
mengangguk. “You have quite an entrance little miss. Walaupun kamu lambat ke
majlis graduasi kamu sendiri.” Katanya dan keluarkan sijil Ivy dari poket
suitnya. Dibungkus rapi di dalam sampul surat dan hulurkannya kepada Ivy.
Sampul surat itu berganti tangan
dan Ivy berikan senyuman nakalnya. “Sebenarnya saya ada di majlis ni dari mula.
Cuma saya lebih suka sembunyikan diri.”
“Ah…. Kalau macam tu saya minta
maaf Cik Ivy.” Kata Pengetua itu dan tundukkan kepalanya sedikit.
Ivy juga tundukkan kepala kerana menghormati
orang tua yang berumur 2000 tahun itu. “Saya turun dulu, pengetua.”
Sementara Hansel di belakang pentas
hanya menggeleng melihat gelagat Ivy. Betul lah apa yang mereka katakan.
Apabila Ivy marah, dia kelihatan seperti Devil. Mommy’s little devil. Walaupun
dia marah, dia tak tunjukkan secara langsung, dia tunjukkan dengan kuasanya.
Memberitahu mereka untuk tidak bermain dengan dia. Ivy akan pastikan mereka
akan menyesal jika mereka berani buat hal dengan Ivy.
Sama seperti Ibunya.
Angah...sambung...
ReplyDeleteOMG baru perasan Comment Salmi (,,O_o,,) Sorry salmi, dah ada chapter 4 so enjoy baby :*
ReplyDeletebaru perasaan cerita terbaru...nampak sangat tak peka dengan dunia... hehehe.. writer cerita ni sangat awesome.. kipidap ...
ReplyDeleteHey Fathiyah, its okay ketinggalan sebab u boleh ke next chapter tanpa tertunggu-tunggu bila bab suspen muncul.. huhuhu BTW, thanks sebab sudi baca ^_^
ReplyDelete