Unexception: Five


“Mama! Mama!” jerit seorang budak berumur 6 tahun mendekati seorang wanita yang sedang membaca buku. “Mama, Rose boleh terbang cam burung tu ke?”

Budak bernama Vyle itu menuding jari kearah sekumpulan burung terbang tinggi di udara. Mamanya tersenyum manis dan mengangkat anaknya di pangkuannya. “Vyle nak terbang seperti burung?”

Vyle mengangguk. “Ya! Boleh ke Heaven jumpa Angel! Vyle nak jadi Angel cam mereka dia atas sana, tentu best tolong orang lain!”

“Tak perlu jadi Angel untuk terbang.” Seorang lelaki datang menyapa dan duduk di sebelah mereka. Dia mengucup dahi Mama Vyle.  “Nak jadi baik tak semestinya jadi Angel.”

Vyle mencebik. “kenapa papa? Angel kan baik.”

Mama Rose tertawa kecil. “Tak juga sayang. Kalau nak jadi baik, kita kena jaga hati kita dan terbang tak semestinya ada sayap. Kalau nak tahu cam mana rasanya terbang, hati kita tentulah rasa gembira dan bebas dari segala masalah yang membebankan kita. Takda gunanya ada sayap kalau kita tak rasa kebebasan dan tak semestinya kita bebas mempunyai sayap. Faham kan?”

Vyle mengerdip matanya beberapa kali dan menggeleng. “Mama cakap apa sebenarnya.”

Papa Vyle tertawa dan mengusap lembut rambut Vyle. “Suatu hari nanti kamu akan faham. Kamu akan sedia untuk tempuhi halangan dengan tabah.”

Vyle tersenyum gembira. Senyuman manis seorang budak seorang 6 tahun membuat hati sesiapa sahaja cair dan ingin mencuitnya teserlah tetapi dengan sekelip mata senyuman itu bertukar menjadi satu tangisan teresak-esak mengejar sesuatu menjerit tapi tidak dapat di dengar.

Sedikit demi sedikit suara budak menangis sambil berlari itu kedengaran. “Mama! Mama! Jangan pergi mama!”

Vyle terjatuh mencium tanah dan berdiri semula tetapi tiada lagi tangisan di dengari. Dia mendongak memandang dengan mata yang penuh rasa marah dan dendam. “Aku benci kau… jangan pernah lagi jumpa aku, kau perempuan jijik!”

Sepasang mata terbuka luas dan segera bangun terduduk memegang dadanya yang membuat hentaman kuat akibat jantungnya berdegup laju  disebabkan sebuah mimpi ngeri. Dia menyentuh dahinya yang berkeringat. “Sekali lagi, mimpi yang sama.” Katanya dan bangun keluar bilik dan menuju ke dapur.

“Cyrus? Kau tak tidur lagi?” sapanya melihat seorang lelaki sedang duduk di kaunter dapur sambil menyelak beberapa helai laporan.

Cyrus terkejut dan mendongak melihat suara perempuan yang menegurnya. “Oh mama, Ya… aku tengah buat research tentang kegiatan Devil sekarang ni. Masih tak dapat di selesaikan.” Katanya mengeluh panjang. “mama pula? Masih mengalami mimpi ngeri, atau memori manusia?”

Perempuan itu duduk disebelah Cyrus. “Tentang sebuah keluarga….”

Cyrus terus menumpukan perhatiannya kepada perempuan di hadapan matanya. Dia boleh masuk kedalam memori seseorang semasa dia tidur tapi kadang kala, dia akan mengalami mimpi ngeri. Itulah kelebihan seorang Elder, Angel of Caring, Lady Rya.

“tiga keluarga yang bahagia. Si suami, si isteri dan anak perempuan lingkungan 6 tahun. Budak tu namanya Vyle, dia inginkan sepasang sayap dan terbang bebas ke sini dan menjadi seperti kita, menolong orang lain tapi mamanya beri dia nasihat menolong tak semestinya menjadi Angel dan banyak lagi, tentang terbang, dan kebebasan.”

Cyrus tersenyum nipis mendengar cerita pendek mamanya. “Dengar seperti keluarga bahagia, kalau mama mimpikan tentang tu, tentu perkara buruk akan berlaku atas mereka kan?”

Lady Rya mengangguk. “sepertinya mama budak ni akan tinggalkan dia dan kedengaran dari segi tangisan budak tu, mamanya takkan pernah kembali lagi dan....” Lady Rya menarik nafas panjang teringatkan renungan dendam budak itu. “Dia menangis teresak-esak tanpa henti.”

“Sedihnya.” Kata Cyrus rasa simpati atas kehilangan budak itu. “harap dia akan okay.”

Rya mengangguk kecil. “Ya, Harap dia sentiasa Okay.”

<><><><><><><><><><> 

Blossom sedang memandang bulan penuh di Paradise Park. Ia nampak sungguh cantik, hatinya berbunga sehingga dia tak dapat tidur. Dia gembira melihat dua pasangan kekasih akhirnya menjalinkan hubungan. Ean dan Raven. Dia suka nampak apabila cinta mereka berbalas.

“Kenapa tersenyum sendiri ni? Ingatkan Pakwe ke?”

Blossom tersentak dari lamunannya dan melihat siapakah gerangan yang menyapanya dengan penuh ‘sopan-santun’ . “Sky…. APa kau buat di sini?”

Sky terus melabuhkan punggungnya di sebelah Blossom. “Aku? Saja nak hirup udara luar. Kau pula?”

Blossom tersenyum manis dan kembali memandang bulan penuh. “Hey Sky, kau ingat tak time kita belajar sejarah di Academy tentang Forbidden Encounter?”

Sky mengangguk. “pasal manusia bertemu dengan Angel dan jatuh cinta tu?”

Blossom mengangguk. “kesian mereka tak dapat bersama sebab ianya tulah. Aku tak faham kenapa mereka bantah sangat dengan percintaan lain jenis ni.”

“Sebab nak seimbangkan ‘circle of life’” jawab Sky ringkas dengan senyuman nipis. “Jika kita dan manusia boleh menjalinkan hubungan, tentu kucar-kacir jadinya. Siapa akan jaga manusia? Siapa nak di jaga nanti? Bagaimana nak seimbangkan heavens dan dunia manusia kalau kebanyakannya half blood? Kalau semua berdarah Angel, buat apa lagi Angel sebenar wujud?”

Blossom mengangguk setuju. “Ya kau betul.” Blossom memandang wajah  Sky dan menghembus nafas lelah. “200 tahun lagi…”

Sky menjungkit kening memandang Blossom. “Kenapa?”

Blossom menggeleng sambil tertawa, dalam hatinya risau. “Sky, ada tak Angelica yang tempah hati kau?”

Sky memikir memandang atas dan menggeleng. “Tak setahu aku belum ada lagi.”

Blossom tersenyum manis dan sekarang dia menjadi tak. Kenapa? “ Errrrmmm…. Sky, bo-Boleh aku tempah tempat tu?”

Sky sedikit terkejut mendengar ayat tersebut dari mulut Blossom tapi dia akhirnya tersenyum manis. “Dah tentu boleh.”

Blossom yang tadi risau akhirnya tersenym gembira.

“Tapi, kau boleh tunggu tak? Sebab aku nak selesai sesuatu dan bila semua masalah dah selesai, I take your hand as mine. Okay?”

Blossom mengangguk gembira. “Aku akan tunggu Sky. Thank you.”

Sky mengangguk dan menyentuh pipi Blossom. Sangat lembut and warm. Wajah mereka semakin dekat, 
dan dekat setiap detik berlalu, bibir mereka hampir bersentuhan tapi…

“Sky!” mereka berdua terus memandang kearah suara yang memanggil. Cyrus terbang kearah mereka dan memeluk tubuh. Di tangannya penuh dengan laporan.

“Seluruh Heaven aku cari kau. begini ke bakal appreantice aku?” Dia melihat posisi mereka dan tersenyum nakal. “Aku mengganggu ke?”

Sky segera bangun dan meminta maaf. “Kenapa Tuan?”

Cyrus menggeleng sambil mentertawakan mereka. “Aku tahu lah umur aku 800 tahun lebih tapi tak perlulah kau panggil aku Tuan, panggil Cyrus sudah.”

“Baik Mr. C.” kata Sky slamber. “Kenapa cari aku?”

“Ini laporan terbaru tentang Claw, Kita dah tahu di mana tempat dia selalu lepak.” Katanya dengan gembira. “Kali ini Devil besar tu akan mati di tangan kita.”

Sky tersenyum gembira. “dia berada di mana sekarang?”

“Mengikut kiraan aku, dia mungkin akan menyertai suatu misi besar sebab dia kuat jadi aku ramalkan dia akan muncul dalam misi malam ni.” Kata Cyrus hulurkan sehelai kertas kepada Sky. “malam ni ada pergaduhan besar di pelabuhan Container. Tentu dia akan ke sana. Kita akan join Zehel Angel ke tempat tu dan kau di perlukan sekali.”

Sky mengangguk. “baiklah. Jom pergi.”

“Eaaappp! Nanti dulu, kau taknak cakap apa-apa kat makwe kau tu ke? cakap apa yang patut dan aku tunggu kau di heaven gate. Jangan terlampau lama sudah. Faham?” Cyrus mengenyit mata dan terbang pergi meninggalkan Sky dan Blossom dalam keadaan malu.

Sky berputar memandang Blossom dan menggaru kepalanya yang tak gatal. “Errm… Well, aku pergi dulu. Jumpa kau esok ok?”

Blossom mengangguk segan. “Um.. o-okay.” Sikit lagi… kenapa Tuan Cyrus kena kacau? Desis hati Blossom kecewa.

Sky menghembus nafas dan tersenyum nipis mendengar keluhan hati Blossom. “Tutup mata kau.”
Blossom terkejut sedikit tapi akur. Dia menutup matanya.

Sky mendekati Blossom dan ingin menciumnya tapi dia teringatkan cukupan Half Devil itu. Dia naik mencium dahi Blossom. “See you later.” Katanya sebaik sahaja Blossom buka mata. Sky terbang pergi ke Heaven gate.

Blossom menyentuh dahinya dan tersenyum gembira. Jantungnya berdegup dengan laju bak kelajuan cahaya dan mukanya merah, dia dapat rasakan kepanasan mukanya naik seperti suhu gunung berapi. Mimpinya akhirnya menjadi kenyataan, Sky dan Dia… Kyaaaa!!!!

<><><><><><> 

Di Sebuah Condominium pula, Raven berada di bilik kosongnya sedang memerhatikan bulan penuh yang memancarkan sinarannya kedalam bilik gelap itu memberikan sedikit cahaya kepada half blood yang tidak bermaya.

“Rav~~~!!! Buka pintu ni…. Misi kau akan terlepas nanti!” jerit Miey dari sebalik pintu. Raven tidak menjawab hanya mengeratkan pelukan kakinya dan menyembunyikan mukanya.

Dia dah penat, dia betul-betul dah penat buat semua ni. Selama dia hidup, dia hanya menyakiti, menipu, berbuat jahat kepada orang di sekelilingnya, termasuk manusia yang dia cintai… Ean. Bagaimana dia nak cintai Ean kalau dia hidup dalam pembohongan? Dia akan terus menipu Ean tentang dirinya, dia memang worthless… tak berguna… baik mati saja!

Tetiba, Raven terdengar pintu Balconynya terbuka kuat dari luar.

“Claw? Nya!!! Jangan masuk!” kedengaran Miey menghalang Claw masuk kedalam bilik Raven.

BAM!!!

“Raven! Kita ada misi baru! Ini kali kita buat sama-sama!!” katanya dengan senyuman gembira. Tapi senyumannya pudar apabila melihat Raven buat tabiat yang Claw tidak suka. Memeluk lutut dan duduk di suatu tempat penjuru dengan wajah sedih.

Dia mendekati Raven dan menarik collor bajunya mencekik Raven. “Kan aku dah kata aku benci muka tu…” katanya memberi amaran. Suara riangnya bertukar ganas bagai Devil yang sebenar.

Raven hanya berdiam diri memegang tangan Claw yang mencengkam collor lehernya. “Aku… tak nak buat misi lagi.”

“Apa?” Claw melepaskan collor Raven dan memandang wajah Half Blood itu. “Sebab apa? Adakah sebab kau fikirkan perempuan tu lagi?”

Raven menggeleng. “Aku dah penat jadi Devil, Claw. Aku dah tak tahan lihat orang kena tipu disebabkan aku.”

PACK!

Claw menampar Raven. “Aku dah kata dari dulu lagi, aku tak nak nampak bahagian Soft kau tu. Kau seekor Devil dan akan menjadi Devil! Kau ingat tu!”

Raven menyentuh pipinya yang kena tampar dan dia membalas serangan Claw dengan menampar Claw juga tapi di halang oleh Miey.

“Tidak! Rav tak boleh tampar pak cik Rav sendiri!”

Claw mengeluh dan meramas rambutnya. “Aku ingat latih kau selama ni, setangah personality kau yang ada dari perempuan tu akan hilang, malangnya masih lagi ada dengan kau.” Claw memegang lengan Raven dengan erat. “Listen here. Nama kau Raven, seorang Devil anak kepada Rin abang aku. Tak kurang dan tak lebih. Faham?”

Raven menarik tangannya dari genggaman Claw. “Aku tahu! Tapi aku takkan cakap aku ni Devil.”

Claw tertawa sinis. “Jadi kau apa? Angel? Manusia? Setelah kau buat jahat lebih 1000 kali, kau tak layak di panggil keduanya.”

Raven mengambil Miey dan sumbat kedala mulut Claw. “Shut the F*ck up! Aku akan ikut kau dalam misi tu. Takda cara lain ke nak pujuk aku selain buat aku rasa bersalah dan tersinggung hah?!”

Claw meludahkan patung beruang bercakap itu dan meluku kepala Raven. “Tahu pun! Sekarang kita nak buat misi di Pelabuhan besar. Tempat container-container di simpan. Di sana akan ada pergaduhan besar antara mafia besar dan polis manusia. Banyak nyawa akan melayang dan aku perlukan bantuan kau supaya kerja kita cepat siap sebelum para Ayam putih tu datang.”

Raven mencebik dan meniup rambutnya yang jatuh ke muka. “Alright! Aku join sekali. Kau memang licik, hampir semua kerja jahat kau aku buat dan kau dapat nama sebagai Devil terkuat dalam Underworld. Teruk kau ni!”

Claw tersenyum bangga. “Devil berusia 4000 tahun cam aku ni patut dapat nama dan kau selalu bantu aku, sebagai hadiah aku izinkan kau tinggal di dunia manusia dan jauh dari Devil yang lain. Kira samarata lah tu kan?” 

Raven menumbuk bahu Claw. “Samarata kepala hotak engkau! Itu namanya sambil menyelam minum air! Dahlah, dari aku bertikam lidah dengan kau, baik kita ke sana sekarang.” Raven keluar dari biliknya ke balcony. “Cepat angkat aku!”

Claw mengeluh. “kenapa tak guna sayap kau je?”

“Jangan nak mula. Aku tak da sayap.”

Claw mencebik. Ye la tu takda sayap desis hatinya terbang ke atas Raven mengangkatnya bridal style dan terbang ke destinasi mereka. 

Semasa mereka terbang pergi dari condominium Raven, sepasang mata sedang memerhatikan mereka. “Oh, begitu rupanya Claw boleh dapat nama. Dia ambil manusia sebagai Appreantice dia. Hmm…. Kita akan nampak sekuat mana Pawn kecil Claw ni..” katanya tersenyum sinis. Devil itu terbang pergi dari tempat persembunyiannya.

<><><><><><><><><><> 

Jarum jam dinding menunjukkan pukul 3 pagi dan Miey dah mengantuk menunggu Raven di rumah. Dia menguap. “kenapa Rav-rav buat misi lama sangat ni???” matanya semakin berat, dah tak boleh nak terbuka dah ni…. Dia akhirnya terlena di sofa rumah dan bertukar menjadi Teddy bear biasa.

Beberapa minit kemudian, Raven akhrirnya tiba di rumahnya dan melambai Claw sambil ucapkan selamat malam.

“Tidur, esok kau ada kedai nak jaga.” Kata Claw mengusap kepala Raven. Raven menepisnya.

“Aku tahu lah! Baik kau pergi sebelum ada orang nampak kau di sini.”

Claw mengangguk. “Biadap punya budak. Okay aku pergi dan kau pergi tidur, esok aku datang jenguk kau bawa Seeds yang kau nak tu. Bye Twirp!!” katanya terbang pergi sambil mentertawakannya.

“Jangan Curi Seeds tu tau! Beli!!” Jeritnya kepada Claw dan Claw membalasnya dengan signal ‘OK’

Raven menggeleng melihat perangai Claw. “Devil tetap Devil.” Dia melangkah masuk kedalam rumahnya dan menutup pintu Balcony.

Raven melihat Miey dah menjadi patung di sofa. Miey dah tidur. Raven memetik jari dan muncul balang di tangannya yang mempunyai beberapa roh manusia. “4 roh untuk satu malam. Boleh tahan.” Dia memandang kearah roh dalam balang tersebut.

“maafkan aku korang…. Suatu hari nanti, aku akan balas jasa korang semua.”

Tetiba, Pintu balcony terbuka bersama Angin kuat masuk membuat balang di tangan Raven jatuh pecah melepaskan Roh melayang di dalam ruang tamu itu.

Kepala Raven terhentak pada dinding dan tangannya di angkat ke atas kepalanya. Raven terkejut melihat siapa yang berbuat sedemikian kepadanya sepantas kilat. Melihat mata tajam yang menggerunkan bersama dengan senyuman sinis yang menandakan dia terjumpa sesuatu yang ‘berbaloi’

Raven juga melihat sayap Kelawar. Kelawar? “K-Kau…”

Sulfur tertawa sinis. “No wonder you look so delicious whenever I look at you….” Katanya mendekatkan mukanya dengan Raven.

Raven memandang tepi, dia cuba melepaskan diri dari genggaman Sulfur tapi tak lut. “Lepaskan aku!”

Sulfur menggeleng. “Why? Kami Devil tidak akan lepaskan sesuatu yang ‘berbaloi’ dan kau sangat berbaloi. Plus…” Claw memandang Raven dari atas ke bawah dan tumpukan pada dadanya. “Kau Pawn Claw. Kau buat perjanjian dengan Devil untuk dapatkan Kuasa Devil kan? Sebab tu kau takda sayap untuk terbang, hanya Contractor sahaja boleh buat cam tu atau tak pun… Kau Half Blood.”

Raven tidak menjawab hanya berdiam diri. Tiada gunanya dia beritahu Sulfur siapa dirinya sebenar, ia hanya membawa balah.

Sulfur tertawa kecil melihat kedegilan Raven. Dia mendekati leher Raven dan mambuat tanda. Raven tersentak Devil itu berani buat cam tu kat dia dan segerak menarik tangannya sekuat mungkin dan menolak Sulfur jauh dari dia.

Sulfur agak terkejut juga mengetahui Raven agak kuat melepaskan diri dari genggamannya. Dia menjilat mulutnya semakin teruja dengan Raven. “Apa akan jadi bila Underworld tahu yang Claw ambil manusia menjadi Pawn dia?” katanya mengugut.

Raven menutup lehernya yang ada tanda. “Don’t you dare!”

Sulfur tersenyum sinis dan menarik Raven dalam dakapannya. Raven cuba bergelut tapi pelukan Sulfur di pinggangnya sangat kuat. “Boleh, dengan satu syarat. Sleep with me….”

Apa?!

PACCKKK!! Satu tamparan sampai di wajah Sulfur. Raven melepaskan dakapan jijik Sulfur dan menolak Sulfur keluar ke balcony rumahnya. “Get OUT!!!”

Raven menutup pintu balconynya, di kunci dan menutup langsir sekali. Dia jatuh terduduk di lantai sambil menyentuh lehernya. Dia rasa nak menangis, tangannya bergetar akibat ketakutan. Apa akan jadi kalau Underworld tahu tentang kewujudannya? Adakah dia akan di hapuskan? Adakah Heaven akan mengetahui pasal benda ni juga? Apa akan jadi bila kedua pihak mengetahui tentang dirinya? Tentu pertempuran besar akan terjadi….

“Hey Contractor.”

Raven terkejut mendengar suara Sulfur. Dia masih ada di sini? “PERGI!!!”

“Dengar apa aku nak cakap ni. Aku takkan beritahu Underworld tentang kau.”

Raven terkejut dan segera membuka langsir balcony itu memandang Sulfur masih berdiri di sebalik cermin. “Apa?”

Sulfur terkejut melihat mata Raven  yang berkaca dan dia rasa bersalah. “Aku takkan beritahu sesiapa tentang kau jadi Contractor, Pawn Claw. Jangan risau, aku sebenarnya dah tak kisah sangat pun.”

Adakah ayat yang keluar dari mulut Sulfur itu satu mimpi? Raven tersenyum nipis dan bangun dari duduk berlutut. “Betul ke ni”

Sulfur menarik sengih. “Tapi aku tak buat tu secara percuma.”

“Huh?” Sekarang Raven tak faham, dia nak habuan ke?

Sulfur menuding kearah leher Raven. “Itu upah pendahuluan untuk simpan rahsia kau.”  Raven menutup tanda itu balik dan Sulfur tertawa kecil. “Hari-hari seterusnya akan jadi satu Neraka untuk kau. Tunggu dan lihat.”

“G-go away!” Raven menutup langsirnya semula.

Sulfur nak je buka pintu tu tapi terbatal apabila dia perasan sesuatu pada pintu itu. Magic Shield, dia dah jampi pintu tu supaya makhluk cam mereka tak boleh masuk.

Sulfur tertawa kecil “Oh well, hari-hari seterusnya tentu menyeronokkan.” Katanya berbisik pada dirinya sendiri. “Hey Contractor! See you Tomorrow!”

“Aku cakap pergi!! Nak aku tendang kau ke baru kau nak Blah!!”


Sekali lagi Sulfur terkejut. Heh, boleh tahan juga Pawn satu ni desis hati Sulfur bertambah menginginkan Raven untuk dirinya sendiri.

Comments

Popular Posts