New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Monday, 21 December 2015

Seventh L.O.V.E

old secret meeting

Kalau cahaya di tongkat sakti patung tu sumber kehidupan Enchanted dan di kawal oleh The Wizard Merlin. Bermaksud, The Great Wizard Merlin tu lebih berkuasa dari apa yang kita jangkakan. Kau tahu apa maksudnya tu kan?

Ivy mengeluh dan jatuhkan kepalanya di atas lutut. “Mustahil aku boleh dapatkan tongkat tu apatah lagi mengawalnya.”

Dia terlalu kuat! Untuk kau menguasai tongkat tu makan 5 ke 6 tahun Ivy, itupun membenarkan kau mengunakannya sekali. Kau sendiri tahu ia mustahil untuk budak 19 tahun mengawal tongkat yang berusia 116 tahun.

“Arrrggh!!” Ivy menendang rumput sekuat hatinya dan rebahkan diri, merenung ke dada langit biru lagi cerah. Awan putih berarak pergi dengan perlahan tanpa ada tanda-tanda awan mendung akan tiba.

For Heaven’s sake! Satu benda pun Ivy tak dapat buat sepanjang dia berada di Academy itu. Tak boleh elakkan diri dari menjadi tumpuan orang, tak dapat peluang untuk tunjukkan kepada mereka yang Ivy ni boleh di percayai, malah tak dapat nak buat Gretel percayakan dia apatah lagi bercakap dengannya! Sekarang, dah dapat tahu betapa kuatnya Magic Merlin, Dia langsung takda harapan untuk dapatkan tongkat tersebut! Dia tiada chan nak selesaikan misinya!—Apa tu?

Ivy kembali duduk bila dia dengar bunyi pergerakan berdekatan. Dia segera berdiri dan mematah-matahkan jari jemari dan lehernya. Bersedia untuk melepaskan geram kepada seseorang yang dah lama dia tak jumpa.

“Ivy?” hansel muncul di sebalik semak dan tersenyum lebar bila dia lihat Ivy dah pun menunggunya di tepi tasik itu tapi senyumannya hilang bila Ivy berlari kearahnya sambil mengangkat penumbuknya kebelakang kepalanya.

“You son of a—”

Jeritan Hansel bergema di dalam hutan itu hingga menakutkan burung-burung berdekatan dengan mereka. Pixie yang berada di sempadan Hutan Mahligai juga terkejut melihat burung-burung yang terbang pergi secara tiba-tiba.

“What was that?” Soal Pixie yang berpakaian daun hijau dan rambut emas yang diikat sanggul.

Pixie yang berambut hitam panjang diikat satu hanya mengangkat bahu tidak tahu. “I don’t know, Kau nak kita pergi periksa ke?”

“Naaah… mungkin Pegasus buat hal lagi.” katanya masih memandang kearah darimana burung itu terbang. “Tiada lagi jeritan. Jadi, tiada masalah.”

“Tink! Tink! Kamu kat mana?”

Kedua Pixie ini memandang kearah lelaki berbaju hijau terbang di udara mencari salah satu dari mereka.

“Uuuu…. Kekasih gelap kau tengah mencari tu.” Usik si rambut hitam dengan senyuman nakal.

Muka tinkerbell naik merah. “Vidia!! Dia kawan aku!—Coming Peter!!” marahnya dan terbang kearah Peter Pan meninggalkan Vidia yang mentertawakan dia.

Sementara itu, kembali kepada dua orang rakan baik yang salah satu telah mendapat tumbukan maut dari kawan perempuannya, jatuh terduduk di atas rumput sambil memegang rahangnya. “What was that for?!”

Ivy duduk di perut Hansel dan mencengkam collar baju Hansel. Merenung tajam lelaki itu dengan perasaan marah yang menggeledak dalam dirinya. “Why you never told me how big this land is?!”

“Apa?”

“Kau tahu aku tiada chan nak dapatkan tongkat sakti tu. Kau tahu The Wee Wizard Merlin tu 10 kali ganda berkuasa dari aku dan Ibu aku, Kenapa. Kau. Rahsiakannya. Dari. Aku?!” Ivy menghentak lelaki itu di atas tanah dengan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya. “You’re an *ssh*le!” Suara Ivy kelihatan serak dan dia segera bangun dari badan Hansel, duduk di sebelahnya.  “I… Hate you…”

Hansel segera bangun, melupakan rahangnya yang sakit melihat Ivy bersedih, menahan dirinya dari mengalirkan air mata. “I’m sorry… I’m so-so-so-so sorry.” Pintanya dan menarik Ivy kedalam dakapannya. Mengusap belakang Ivy sambil berbisik maaf di telinganya berulang-ulang kali.

“Kau tak tahu apa aku alami selama seminggu ni. Aku tak dapat buat apa-apa pun di sini!” sahutnya memeluk Hansel seperti nyawanya bergantung pada lelaki itu. “Semua orang benci aku, hindari aku. Aku dah tiada harapan langsung nak dapatkan tongkat tu dan aku tak boleh bawa adik kau ke sini!” tangisnya. “Dan—dan.. dan—” Aku tak dapat berjumpa dengan Louis langsung. Air matanya mengalir lebih deras dan menangis sekuat hati di bahu Hansel membasahi bajunya.

“Shhhshhhs….” Berat hati Hansel melihat Ivy seperti ini. Kali terakhir Hansel lihat Ivy menangis lima tahun lalu dan Hansel tak tahu kenapa Ivy menangis pada hari itu. “Aku tak patut bebankan kau tentang aku dengan adik aku. Maafkan aku Ivy…. Kau tak perlu yakinkan adik aku kalau kau taknak. Aku takkan paksa kau.”

Ivy menggeleng. Dia bangun dari bahu Hansel dan mengelap air matanya. “Tak… Aku tak boleh buat macam tu.”

“Tapi Ivy—”

“Jangan risau.” Katanya dengan senyuman. “Oh god I look ugly when I cry—Apapun, aku dah janji aku akan bawa adik kau ke sini kan? Mungkin lebih susah dari apa yang aku jangkakan….” Bisiknya sambil memikir sebelum pandang Hansel semula. “Aku dah janji kan? Next time aku pasti akan bawa dia ke sini.”

Hansel menghembus nafas panjang, hanya tersenyum melihat Ivy kembali yakin setelah mengalami break down kurang seminit yang lalu. “How? Bukan aku ragu-ragu kebolehan kau, Cuma… ye lah. Baru seminggu kau dah break down macam ni—ow!” Hansel mengusap dadanya yang kena tumbuk oleh Ivy dan tertawa. “Apa? Kau nak nafikan ke?”

“Bukan break down. Aku meluah perasaan.” Dia tuding jari kearah Hansel, merenung tajam memberi amaran kepada kawannya itu. “Salah kau jugak sebab tak bagitau aku awal-awal tentang kuasa Merlin. Sekurang-kurangnya aku boleh prepare secara mental or plan awal-awal cam mana nak hadapi dia.”

“Errr… sorry?” Hansel mengangkat bahu dengan senyuman sengih membuat Ivy memutarkan bola matanya.

“Sorry-Molly!” Ivy tukar tempat duduk ke sebelah Hansel berhadapankan tasik biru itu. “So, macam mana first day in collague?  Azhul and the four thieves tu tak buli kau ke? macam mana dengan Caramel? Dia tak con—” Ivy segera menutup mulutnya hampir tersasul sesuatu yang dia tak patut cakap.

Hansel menjungkit kening hairan. “Kenapa dengan Caramel?”

“C-Caramel?—err—Ah! Ya, Caramel tak rindukan aku ke? Dottie?”

Hansel memerhatikan Ivy untuk seketika, rasa musykil dengan soalan Ivy sebab sebelumnya dia ada sebut ‘con’ dan sekarang ‘rindu’. Tapi Hansel lepaskan Ivy dan mengangguk. “Ya. Aku dengar mereka asyik merungut korang bertiga berpisah. Habis telinga aku dengar Caramel menjerit setiap kali dia sebut nama kau.” Katanya tunjukkan telinganya. “Aku tak tahu sejak bila aku berkawan dengan dorang tiga ni. Sekolah menengah mereka taknak rapat dengan aku pun tapi lepas kau tiada, aku ni umpama pengganti kau cuma aku ni hanya tempat meluah mereka. They were like ‘Oh Hans, kalau Ivy ada sekarang ni tentu dia buat ini dan buat itu dan macam ni dan macam tu….’ Ataupun ‘Dude, kau kenal Ivy, dia pasti akan belasah budak-budak berlagak tu kalau dia lihat mereka macam tu kat kita.’ Or… ‘Oh my gosh! Ivy pasti suka ragged jeans ni! Hans! Kita kena beli jeans ni untuk dia dan bagi surprise present untuknya!’… Euuggghh… mereka bawa aku shopping sekali. It’s a nightmare.”

Ivy tertawa kecil. Tak sangka dua rakannya itu rupa-rupanya merinduinya. Ivy ingatkan mereka berdua tu dekat dengan Ivy hanya sebab gelaran Ivy. Mungkin Ivy dah salah anggap tentang Caramel dan Dottie. “Yeah… aku pun rindukan dorang.”

“So….” Hansel kembali memandang Ivy, merehatkan badannya dengan tangan menjadi tongkat di belakangnya. “Kau tak suka mereka bencikan kau? Hidari kau? Apa dah jadi kepada Miss mysterious loner kita?”

Ivy menjeling kearah Hansel. “Shut your trap sebelum aku sumbat lumpur tasik ni kedalam mulut kau. Aku tak cakap aku tak suka mereka bencikan aku. Aku perlu buktikan yang aku ni ‘baik’ dan bukannya ‘the evil witch’. Aku tak dapat nak tunjukkan kalau mereka tak bagi peluang untuk aku berlakon depan mereka dan adik kau tak membantu langsung.

“Asal dengan Gretel pula? Jangan cakap dia buli kau.” Katanya mengusik.

“Kau dan adik kau sama je tapi dia lebih keras kepala dari kau.” Katanya menyucuk bahu Hansel. “Aku cuba bercakap dengan dia baik-baik dan tahu apa dia buat?” Ivy melihat Hansel mendongakkan kepala menyuruh Ivy teruskan; “Dia menjerit hingga satu sekolah dengar! She said ‘get away from me you filthy villain!! Bloody creature like should never be here at the first place’… Dan baru-baru ni dia kata aku ‘bangang’ dan takkan bagi aku peluang langsung. So, technically semua orang yang mendengarnya fikir aku ni teruk sangat dan jauhkan diri dari aku. All thanks to your beloved sister.”

“Kau cakap macam adik aku yang jahat dan kau mangsa.” Tegur Hansel dengan sarkastik.

“Oh dalam keadaan ni aku memang mangsa.” Ivy tersenyum nakal. “Kau ada tips tak macam mana nak dekati adik kau? Manatau kau tahu kenapa dia benci sangat villain macam kita ni?”

“kita?” Soal Hansel dengan senyuman.

“Hey, kau pun orang Vicious juga…. Kan?” Hansel tersenyum dan mengusap rambut Ivy. “Hey! Kau ingat senang ke nak buat rambut aku ni? It takes hours to make it perfect!” marahnya menepis tangan Hansel.

“Well, I am honoured tergolong salah satu kumpulan anda.” Hansel menyentuh dadanya seperti dia terharu dan menjungkit kening dua kali. “Little heartless witch, lepas ni kau nak buat apa?”

“tentang plan aku?” Hansel mengangguk. “Easy. Selasa ni subjek sejarah, kami akan ke memorial muzium.” Katanya sambil memandang kuku jarinya dan tersenyum sinis. “Teka apa aku akan buat kat muzium bersejarah tu nanti?”

Hansel menggeleng tidak faham maksud Ivy sebelum matanya terbeliak bulat. “Kau nak curi kayu sakti the Royal Fairy?” Ivy tersenyum lebar dan mengangguk. “That’s a death wish!!” marah Hansel membuat senyuman Ivy berubah menjadi murung.

“Hey! Kau pernah curi salah satu kayu sakti mereka, tentu aku boleh jugak. Bayangkan apa aku boleh buat dengan kayu tu…. Kayu sakti yang lebih kuat dari kayu sakti aku! Aku boleh gunakannya untuk lawan Merlin!”

“Tapi Ivy, semasa aku nak guna kayu sakti tu pun aku rasa nak mati untuk selamatkan Gretel!”

“Kau nak kata magic aku tak kuat sangat nak kawal kayu sakti tu ke?—”

“No! Aku tak maksud kan tu—”

“Jadi apa kau maksudkan?!”

“You are heartless!—Look, kau cukup kuat untuk guna kayu tu cuma…” Hansel menarik nafas dalam. “Selepas aku pernah curi kayu tu, pasti mereka kawal tempat tu lebih ketat dari sebelumnya. lagi susah untuk kau curi. Jadi sebelum kau masuk ke sana, kau kena tahu macam mana ketat pengawalan di sana. Find a way dan jangan bertindak terburu-buru—A-ah, sebelum kau nak membantah.. semua orang tahu kau suka bertindak tanpa berfikir.” Hansel tersenyum nakal. “Just as impatient as your mother.”

Ivy terngangah dan tertawa kecil. “Aku tak rasa kau akan tahu begitu banyak tentang aku.”

Hansel mengangkat bahu, bangga. “Meh, aku habiskan satu dekad dengan kau. Dah tentu aku tahu semua perangai, tabiat dan telatah kau. Cuma dua perkara je aku tak tahu…” Hansel menuding ke kepalanya. “Apa yang kau fikirkan sebenarnya dan…” dia menumbuk dadanya dengan perlahan. “Apa yang kau rasakan sebenarnya.”

Ivy terdiam untuk seketika dan alihkan perhatiannya dari Hansel, memandang ke tasik biru di hadapan mereka. Apa yang aku fikirkan? Hancurkan Tanah Enchanted ini. Apa yang aku rasakan sekarang? I feel…. Empty.

“So..” Hansel berdehem menarik perhatian Ivy semula. “Macam mana kau boleh sampai sini tanpa guardian bird kau tahu?” Ivy menjungkit kening kearah Hansel membuat dia tertawa. “Aku tahu kau tipu dia. persoalannya macam mana kau boleh di sini tanpa Pixie-pixie tu halang kau?”
Ivy memberikan senyuman tayang gigi kepada Hansel. “Potion class. Invisibility Potion.”

>X<

“Kau lenyap sepanjang hari ni.”

Ivy sekali lagi memberikan senyuman tayang gigi kepada penjaganya yang kelihatan marah.

“Ivy, aku takkan termakan dengan senyuman tu.” Tegur Diaval memeluk tubuh sambil menyandar pada meja belajar Ivy. “Sebelum roommate kau balik, baik kau terangkan kat aku ke mana kau menghilang pagi ni.”

Senyuman Ivy terus hilang di ganti dengan rungutan senyap. “Fine, aku bagi tahu. Aku berada di library.”

Little Miss, nama kau dan perkataan Perpustakaan mustahil di satukan dalam satu ayat. Sejak bila kau masuk library ni hah?”

“You know, aku lebih suka kau pantau aku bila hari nak malam dari pantau aku 24/7.” Rungut Ivy sambil kerutkan hidung. “Salah ke aku masuk library?”

“Tak salah, Cuma pelik.”

Ivy memutarkan bola matanya. kenapalah Diaval ni busybody sangat? “Ada perkara lebih pelik dari itu Di. For Example; punca sebenar aku di sini. Aku akan menjadi baik sebab aura-aura cerah di sekelilingku. Paling pelik ialah; Kau tak buat kerja kau langsung.”

“Hey, kerja aku ialah jaga kau di tanah Enchanted. Bukan jadi hamba abdi kau! I don’t listen to no one except my Master.” Katanya dengan tegas.

“Oh yes. So loyal to you master. Ibu aku suruh kau bantu aku kalau aku mempunyai masalah, bukan pantau aku dan terbang pergi ikut suka hati kau.” Marah Ivy dengan muka merah, menahan diri dari menjerit.

“Aku dah cukup bantu kau. Apa lagi kau nak??”

Ivy ingin meletup tapi dia menarik nafas dalam dan memejam matanya sambil mengira sampai 10. Dia takda masa nak bergaduh dengan Diaval sekarang ni. “Fine. Pergi, berseronoklah menikmati Kerajaan Camelot ni. Jangan risaukan aku.” Katanya dengan nada riang tapi melalui gigi yang di ketap. “Just tell me, kau dah pergi tengok muzium memorial tu ke?”

Diaval mengeluh panjang. “Ya dan kau takkan suka apa yang aku lihat di sana.”

Ivy memejam matanya dan menarik nafas dalam. “Amuse me.

“Guards… magic wards. Pixie guards…. Sprites. Tempat tu di kawal terlalu ketat. Guards di setiap bilik pameran. Magic wards melindungi bilik-bilik penting. Pixie Guards bersembunyi di setiap bilik. Sprites…” Diaval perasan dahi Ivy berkerut tanda dia mula dapat sakit kepala tapi dia tetap teruskan. “Mereka menghantui setiap dinding muzium tu. They have ears and eyes everywhere.” Katanya. “Ivy, Mustahil kau nak dapatkan kayu sakti tu tanpa terkantoi oleh mereka. Melainkan kau dah ada plan?”

Ivy mengurut dahinya yang dah rasa berdenyut kerana memikirkan plannya yang sumpah berisiko tinggi. “I hope I have one—Turn into a bird!” dia segera menukar Diaval menjadi burung bila dia dengar tombol pintu biliknya di pulas dan dia berpaling kearah Pintu.

Ezra masuk kedalam bilik dengan keluhan panjang dan melontar brief casenya ke atas meja sebelum menyusuli duduk. “Kau takda perjumpaan kelab?” Soal Ezra tanpa memandang Ivy sambil membuka kasut bootnya.

Ivy menjungkit kening. “Kau bercakap dengan aku.”

“Then be greatfull.” Marahnya sedikit dan berpaling kearah Ivy. “Kenapa muka kau pucat?”

Ivy tersenyum nakal. “Kau risaukan aku pula?”

Ezra memandang keatas sambil menggeleng. “Unbelievable. Lupakan apa aku cakap tadi. aku nak keluar—”

“Aku tiada kelab dan aku pucat sebab sakit kepala. Dah aku dah jawab.” Katanya dengan nada terhibur dan merebahkan badan di atas katilnya. “Sekarang aku nak rehatkan badan. Goodnight.”

Ezra hanya memerhatikan Ivy menarik selimutnya sampai bahu dan mencari kelesaan atas katil itu untuk tidur. Ezra mencapai jubah mandinya dan masuk ke dalam bilik air.

“Oh dan Ezra?”

Langkah Ezra terhenti di depan pintu tandas, memandang kearah Ivy.

Ivy tersenyum kecil dengan mata kuyu. “Thanks for asking.”

Ezra kaku di pintu tandas, melihat Ivy sehingga roommatenya itu tertidur. Ezra menggeleng laju dengan badannya geli geleman. Villian ucapkan terima kasih… Sangat pelik desis hatinya dan masuk ke dalam tandas.

Sementara itu, Diaval yang berada di tiang rehatnya hanya perhatikan Ezra dan Ivy. Matanya di kecilkan kearah anak jagaannya. Betul kata Jack Skellington, Perempuan ni boleh memanipulasikan orang dengan senang desis hatinya, rasa lebih kepada risau dari kagum dengan Ivy.

“Diaval…” Ivy memanggil dalam bisikan dengan mata yang tertutup. “Kita bincangkan nanti malam.”

Ivy mendengar Diaval menjawab dan menutup satu badannya dengan selimut, mencapai sesuatu di bawah bantalnya. Sekuntum ros putih yang telah dijampi untuk mengekalkan kesuburannya. Kelopak bunga bunga itu berkilau kerana jampi Ivy.

Dia membelai kelopak bunga itu dengan lembut dan memegang erat rantai pemberian Louis yang dekat pada hatinya; Hati yang sudah hilang.

Apa yang dia rasakan sekarang? She feels… empty. Longing to fill the emptiness again.
Longing for Louis.

>X<

“Kita tak boleh benarkan dia masuk muzium! Godmother, apa yang awak fikirkan ni?” Soal salah satu pari-pari Merah sebaik sahaja dia mendengar berita tentang lawatan ke muzium.

“Betul Godmother, dia datang dari tanah Vicious! Dia akan ambil kayu sakti kita!” pari-pari biru bersuara sambil kembungkan pipinya.

“Now, now dear… kayu sakti kita selamat. Dia takkan berani ambil kayu sakti kita.” Kata Fairy godmother dengan senyuman manis. “lagipun, The Great Wizard Merlin dah bagi kebenaran untuk buat lawatan ni. Bermaksud semuanya akan baik-baik sahaja.”

Flora dan Maryweather saling berpandangan sebelum memandang Fairy Godmother. “Tapi Godmother—”

“Listen ladies, ada sebab Cik Ivy di tanah kita. Wizard Merlin takkan buat perkara seperti ini main-main. Seperti apa yang Wizard Merlin fikirkan, saya pun rasa Cik Ivy seseorang yang baik. Mungkin tidak berhati nurani. Tapi kebaikan masih wujud dalam dirinya.”

“As you say Godmother, tapi tak salah kita berjaga-jaga nanti. Siapa tahu apa akan jadi hari selasa nanti.” Flora tetap risau. “Can we atleast minta Sprites pantau dia?”

Godmother memandang wajah rayuan kedua fairy di raja itu dan mengangguk. “Baiklah. Kita akan pantau dia sepanjang kunjungan ke museum—tapi kamu berdua tidak boleh datang hanya sebab Cik Ivy di sana. Faham? kamu ada kelas sendiri untuk di jaga.”


“Baiklah Godmother.” Kedua pari-pari diraja ini akur dengan keluhan.

>X<

4 comments:

  1. thankssss 4 new entry.... ^_^ ....nak lagiiiiiiii ...sabar penuh menanti bila ivy nak jumpa louis...haaaaaa >cik cekelat<

    ReplyDelete
  2. You welcome cik chekelat <3 <3 Angah pun tak sabar nak temukan Ivy dengan Louis ni but I make no promises perjumpaan dorang gembira atau tak... huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. plot cerita semakin menarik... x sabar nak tahu cerita selanjutnya..
    kipidap writer..

    ReplyDelete
  4. Awww thanks Fathiyah <3 <3 stay tuned untuk chapter seterusnya sebab ia akan keluar esok or lusa ^_^

    ReplyDelete

Savior of Tales