Axerialeth: SOD -The Forgotten Smile-


Bab 10

                NightBlue merenung tajam kearah Spring yang hanya tersenyum manis. Terlalu manis untuk NightBlue. “Dan kenapa aku patut ikut?” Soalnya memeluk tubuh di atas kerusi roda kelihatan sangat terdedah. Orang boleh serang dia dari pelbagai arah! Dan dia tak boleh lindungi dirinya dengan kerusi ini. “Urrrrgggghhh…. I hate this.”

“Now-Now, pesakit tak baik buat muka camtu. It’s bad for the heart.” Katanya dan menolak NightBlue. “Sebagai Nurse peribadi kau, aku akan jaga kau sehingga kau kembali sihat.”

“Dan kau nak bawa aku ke mana?” Soalnya sebaik sahaja mereka masuk ke dalam lift. “Tell me now Spring. I have a bad feeling about this.”

Spring tertawa kecil. “Jangan lah serius sangat. Aku bawa kau ke tempat paling menyeronokkan dalam dunia ini.”

NightBlue memutarkan bola matanya. Kalau dia boleh berjalan, dah lama dia melarikan diri, dia tahu apa yang Spring maksudkan seronok. Ia bermaksud, NightBlue akan bersama dengan Axerialeth Crew. Terutamanya Rick…

Pintu Lift terbuka membuat mereka berdua mendongak melihat siapa yang join in kedalam kotak kecil itu dan Mimpi ngeri NightBlue bermula.

“Speak of the Devil.” Kata NightBlue merenung tajam kearah Rick.

Rick masuk kedalam lift tersebut dengan senyuman menjengkelkan tertampal pada wajahnya.

Spring juga terdiam, matanya meliar memandang siling lift itu dengan jari-jemarinya bermain pada pemegang kerusi roda. Dia mengetap bibir menahan diri dari ketawa.

NightBlue Pula memeluk tubuh, mencebik di sebalik topengnya. Dalam kepalanya menyumpah seranah lelaki di sebelahnya itu. 1001 perkataan baru dia sebut di dalam hati dari setiap bahasa yang dia tahu. Ayat sumpahannya terhenti bila dia terfikirkan sesuatu. Dia menjeling kearah Rick yang menutup mulutnya tanpa sebab.

“Don’t… you…. Even…. Think about it.”

Segala perasaan yang di tahan akhirnya terburai. Rick dan Spring tertawa membuat NightBlue merungut panjang. Mukanya merah tahap gaban sekarang ni. Damn this wheel chair.

Rick berdehem setelah habis ketawa dan tersenyum nakal melihat muka merah Night. “Well, sekurang-kurangnya kau duduk diam.” Katanya membuat Spring tertawa kecil. “Kau selalu buat Spring risau, tak boleh ke kau fikir pasal perasaan Spring?”

NightBlue mendongak melihat Spring dan menyentuh tangannya. “Sorry.”

Spring tersenyum kecil. “It’s okay.”

Pintu lift terbuka dan mereka bertiga keluar ke Third Base menuju ke pintu keluar yang terbuka.

Jantung NightBlue berdebar-debar ingin mengetahui apa yang ada di luar sana. Cahaya yang terang menyilaukan pemandangannya untuk melihat. Dia pernah lalui situasi seperti ini dahulu, di dalam bangunan CR. Dia di ikat atas kerusi Roda, tidak bermaya, masuk kedalam bilik yang sangat terang. Ia menakutkan bagi Night melalui perkara yang sama sekali lagi. Dia tahu ia bukan bilik makmal tapi ia tetap buat NightBlue takut.

Dia memegang erat lengan kerusi roda itu dan menutup mata dengan erat.  

*Dup*Dap*Dup*Dap*

“Taa-daa!”

Night rasa angin lembut membelai wajahnya, Dia membuka matanya dengan perlahan dan melihat suasana padang lapang yang luas dengan tasik besar yang sangat jernih.

“Tasik Zucholget!!” Sahut Spring dengan riang dan berlari kearah yang lain yang dah turun dahulu sebelum mereka.

Mereka semua duduk di atas tikar picnic bersama dengan makanan, bergelak ketawa sesame sendiri seperti mereka tiada masalah langsung dalam dunia itu. Mereka semua memandang kearah NightBlue di depan pintu kapal.

“Yo Night!” Nuez melambai dengan senyuman.

Spring berputar-putar, menikmati suasana indah tersebut sambil tertawa kecil. Dia memandang kearan NightBlue dengan senyuman kecil. “Cantik tak tempat ni?”

Mereka semua terdiam bila melihat riaksi tak di jangka NightBlue.

Air mata mengalir dari mata umpama cahaya bulan itu, jatuh ke pipi dan di serap oleh topengnya.

“Ah! Night, sorry kalau kami sakitkan hati kau..” Spring segera berlari kearah rakannya, memeluk Night dengan erat. “Kamit takda niat jahat kat kau, Maafkan kami.”

NightBlue membalas pelukan Spring dengan lembut dan menggeleng. “No.. Aku patut minta maaf sebab menangis.” Dia tertawa kecil. “But, thanks.”

Spring memandang wajah NightBlue, hairan. “Untuk apa kau minta maaf? Dan thank you?”

NightBlue mencuit hidung Spring. “Maaf sebab buat korang fikir korang lukakan hati aku dan thanks sebab ingatkan aku betapa indahnya dunia ni sebenarnya.” NightBlue memandang kearah Rick yang juga terkejut.

Rick tak tahu samada dia tersenyum atau tidak. Susah sangat nak tahu kalau dia sentiasa bertopeng macam tu. “A-Apa?”

“Tak sangka Captain heartless ni sanggup patah balik ke kawasan ni hanya untuk ambil hati aku kan? It’s Entertaining to see you beg.” Katanya dengan senyuman nakal di sebalik topeng.

Rick terus naik merah menahan marah dan juga malu. Dia tak nampak senyuman tu tapi dia tahu ia sangat menyakitkan hati!

“Why you—”

“But… thank you.” NightBlue terus berpaling kearah lain, Dia tak nak Rick nampak muka malu dia. Jatuh maruah NightBlue sebagai Heartless Assassin. “Kerana bawa aku ke sini dan selamatkan aku.”

NightBlue membuka kain sifon yang Spring bagi untuk memeluk bahunya, mengoyakkan kain itu untuk di ikat menutup satu mukanya.

“N-Night kau buat apa ni?” Soal Spring hairan. Kenapa dia nak tutup satu muka pula?

NightBlue membuka topengnya di sebalik kain tersebut dan letakkan kedalam poket kerusi roda tersebut. Membuka jaketnya, membiarkan rambutnya terbuka untuk pertama kali dan jadikan jaket tersebut sebagai selimut menutup bahu. Dia memakai summer Hat yang Spring suruh dia pegang dari tadi.

Rick pun hairan lihat kelakuan Night tapi setelah lihat hasil tingkah lakunya yang pelik, Rick tersenyum kecil. “Okay semua, masa untuk nikmati hari korang ni!” Rick berlari turun dari kapal kearah rakan-rakannya.

Spring berlutut depan Night sambil memegang tangan rakannya itu. “You look beautiful.” Kata Spring dengan senyuman. “Walaupun kau tutup muka, aku boleh lihat kecantikan kau.”

NightBlue naik merah di sebalik kain tersebut dan berdehem. “A-aku nak juga nikmati tempat ni d-dan…. Stop looking at me like that, it’s imbaressing.”

Topi Pole terbang kerana angina kuat membuat Pole menjerit sedikit. Angin kuat itu juga menolak kain sifon Night ketepi menunjukkan wajah merah kerana malu Night.

Spring melihat wajah tersebut, terpukau. WOa… dah lama tak nampak muka M27, dia dah berubah… lebih cantik.

Spring tersenyum, dan menolak  NightBlue ke tempat yang lain. “Let’s have lots of fun today!”

Dan seperti apa yang Spring katakan, mereka menikmati hari mereka dengan gembira, penuh dengan keriangan. Terutamanya antara Rick dan NightBlue.

“Come on! Rick, giliran kau.” Kata Nuez setelah puas mentertawakan Manda. “Tongue twister words; Peter piper picked a peck of pickled pepper, a peck of pickled pepper that peter piper picked. If peter piper pick a peck of pickle pepper that peter piper picked.” Nuez sebut dengan laju sambil tersenyum nakal. “Say it Captain!”

Peter piper picked a peck of pickled pepper, a peck of pickled pepper that peter piper picked. If peter piper pick a peck of pickle pepper that peter piper picked.” Katanya dengan lancar. Hanya dengan sekali dengar, dia dapat pick up semua perkataan dan menyebutnya tanpa tergagap-gagap.

“Woaa…” mereka semua bertepuk tangan untuk Rick kecuali NightBlue yang dengan tenangnya minum tehnya.

Rick menarik sengih. Dia pandang rendah kat aku ke? “Night, Giliran kau pulak.”

NIghtBlue tersentak bila namanya di panggil. “A-Apa?”

Dia takut ke? Senyuman Rick makin lebar dari sebelumnya. “Say this. How much wood would a woodchuck chuck, if a woodchuck could chuck wood? He would chuck as much as he could, and chuck as much as a woodchuck would if a woodchuck would chuck wood.
     
           Secara automatic, semua kedepankan badan mereka kearah Night menunggu dia untuk ulang tongue twister words Rick. Namun, saat yang di tunggu-tunggu tidak datang. Tapi mereka dengar suara-suara halus dari Night. Spring dekatkan telinganya dengan NightBlue.

“How much wood woo—would a wol-eh-woodchuck chuck, if a woodchuck chuld-could couck-chuck wood?”

Spring menutup mulutnya menahan ketawa dengar NightBlue cakap hampir semuanya tunggang terbalik.

NightBlue terus naik merah. Gelas di tangannya pecah kerana di genggam kuat sangat. “Arrgh! I don’t wanna play!” katanya memutar roda kerusi rodanya pergi dari mereka yang mentertawakan dia.

Ben mengelap air matanya setelah puas ketawa dan melihat NightBlue dah pun jauh dari mereka. “Ouch… maruah NightBlue jatuh untuk kedua kalinya. Dia merajuk la pulak.”

Pole terus menyiku perut Ben. “Stop it Ben. Dia pesakit Manda, kau nak kena ketuk oleh Dotor dia ke?”

Ben menutup mulutnya tapi tertera kat mukanya yang dia rasa tak bersalah langsung.

Spring memandang kearah Rick yang ketawa tapi jangkaannya salah, Rick sedang memandang kearah NightBlue. “Kenapa ni Rick?”

Rick menggeleng. “Nothing.”

Spring memandang kearah NightBlue yang bersendirian menikmati pemandangan di tepi tasik itu. Dia tersenyum kecil. Night kelihatan seperti perempuan lumpuh yang cantik bila di lihat dari belakang. Dengan rambutnya yang di belai lembut, jaket pada bahunya, tak ubah seperti pesakit sebenar.

Yeah… she is a beautiful patient.

Mata Spring terbeliak bulat melihat Night cuba bangun dari kerusi tersebut. Tidak sampai dua langkah, kakinya mengalah dengan dia. “Ni—” Sebelum Spring habis bersuara, Rick dah pun bertindak berlari kearah Night, menyambutnya sebelum perempuan itu jatuh ke tanah.

Spring lega tapi pada masa yang sama hatinya rasa berlainan. Kenapa? Dia hanya lihat Rick menolong NightBlue bangun dengna riak wajah risau terpapar di wajah Captain itu. Its hurt… desis hati Spring tapi dia tak tahu kenapa.

NightBlue menolak pertolongan Rick dan cuba berdiri dengan sendirinya. Dia menjauhkan jarak mereka berdua. Kenapa? Tapi ia buat Spring gembira. Sekali lagi, kenapa?

Rick melihat NightBlue bergerak perlahan ke tepi tasik itu, melihat NightBlue mengingatkan dia kepada Miracle. melihat Assassin ini dari belakang kelihatan sama seperti Miracle. Ia sangat nostalgia, Miracle dengan Tasik tersebut.

“I Love you Ricky…”

“I love you too…”

Tanpa mereka semua sedari, NightBlue mengalirkan air mata memandang matahari terbenam di antara dua gunung. Meninggalkan keajaiban dengan kegelapan malam.

>X<
            
            Malam berlalu dengan cepat dan semua penghuni kapal itu telah pun di buai mimpi yang lena setelah menikmati hari mereka yang sangat menenangkan. Namun, tidak bagi Assassin ini. Dia berada di dalam biliknya yang gelap sambil menggigit kuku, menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak.
         
            Kakinya masih lagi belum sembuh sepenuhnya tapi dia dah boleh berdiri dan bertindak. Persoalannya berapa lama kakinya boleh bertahan? Night menggeleng tak nak fikir tentang tu.

Dia bergerak keluar dari bilik tersebut sesenyap bayang, memandang sekeliling, memastikan semua orang telah tidur dan tiada yang mengekorinya secara senyap. Setelah memastikan semuanya selamat, Dia keluar dari kapal itu dengan ‘meminjam’ Sky-Bike Nuez ke satu tempat di tengah-tengah hutan yang agak jauh dari kapal tersebut.

Dia membuka helmetnya dan memandang sekeliling. Yup, dia pasti di situlah tempat pertemuan mereka tapi masalahnya dia tak nampak lelaki tu di mana-mana.

Kepala Night berputar ke satu arah dan tersenyum sinis. “You actually came.”

Muncul seorang lelaki dari halimunannya dengan senyuman yang sama dengan NightBlue. Mata emas yang berkilau seperti emas yang telah di lebur. “Long time no see sister.”

NightBlue menarik sengih. “Sejak bila aku jadi kakak kau?”

LK54 hanya tersenyum sinis. “Tuan Zeloid arahkan aku untuk bawa kau kembali ke Base. Kau jadi anak yang nakal kepada Tuan Zeloid. Kau tak tahu betapa risaunya Papa kau dengan kau.”

NightBlue berdecis. “I’m not her daughter. Aku hanya experiment kepadanya. Jangan nak tunggang terbalikkan situasi LK.”

 “Oh tidak… bukan aku yang tunggang terbalikkan tapi kau sendiri yang menafikannya.” LK5 hilang dari pandangan mata membuat NightBlue mula berjaga-jaga. Dia memandang satu arah dan mengelak tendangan yang muncul dari udara.

NightBlue menarik sengih. “Miss me.”

“My sister is getting better.” Katanya terhibur. “Tapi sampai mana kau boleh bertahan dengan kecederaan kau tu?”

“Dan kau pula?sampai mana kau nak lawan aku?” Soal NightBlue pula. “Kau takkan bunuh aku kan?”

Senyuman lelaki itu hilang dengan serta merta. “Aku takkan bunuh kau.” Katanya dan senyumannya kembali. “tapi kalau kau berkeras jugak, aku akan terima kau bukan kakak aku dan bunuh kau kerana melanggar perintah Tuan Zeloid.”

LK54 terus menyerang NightBlue dan bermula lah pertempuran antara M27 dan LK54. Kedua-dua ada kelebihan tersendiri, LK54 kebolehan menghilangkan diri manakala M27 pantas dalam pergerakkannya. Dia juga lebih kecil memberi dia peluang untuk mengelak lebih mudah. Tapi itu tak bermaksud dia ada peluang untuk menang lawan lelaki tersebut.

M27 mengelak tumbukan LK54 dan nak tumbuk perut lelaki itu tapi dia menghilangkan diri. tidak sempat M27 ingin mengelak, LK54 dah muncul di belakangnya dengan back Punch membuat M27 bertiarap di tanah. M27 terus bertindak dengan menangkap kaki LK54 menggunakan kakinya dan pulas kaki lelaki itu supaya dia turut jatuh ke tanah. M27 bangun dan menjatuhkan tendangannya ke muka LK54 tapi sekali lagi lelaki itu hilang.

Experiment perempuan ini termengah-mengah sambil memandang sekeliling. Di mana dia menghilangkan diri lagi?

“kenapa kau melarikan diri?” suara LK54 datang dari belakang M27. Dia segera berpaling kearah suara tersebut. Di situ Lelaki itu berdiri tegak. “Kalau kau tak melarikan diri, K012 takkan mati.”

Ayat tersebut buat M27 terpaku. “D-Dia mati?” M27 mengambil langkah kebelakang. “M-Macam mana dia boleh mati? Dia bukan experiment physical—”

“Dia hack system Base untuk kau melepaskan diri!” jeritnya marah. Dia terus menyerang M27 yang tidak bersedia di bahagian tulang rusuk yang cedera membuat M27 menjerit kesakitan.

LK54 merenung M27 yang terbatukkan darah sambil memeluk perutnya. Ia sakit melihat perempuan itu kesakitan tapi hatinya menutup perasaan itu dengan marah membuat dia tidak hiraukan kesakitan M27. “Dia dapat tahu kau melarikan diri dari Base. Kau tahu yang kuasa CR tak berfungsi dalam Base tu kecuali bilik-bilik tertentu. K012 peras tenaganya untuk hack tempat itu untuk benarkan kau guna kuasa kau untuk melarikan diri. Sistem Base yang kuat telah merosakkan sel otaknya membuat otaknya tidak dapat berfungsi. Dia koma dalam beberapa bulan, kekadang bergerak tidak menentu. Seperti dia kena renjatan electric, mulutnya berbuih setiap kali  dia cakap benda sembarangan yang tak masuk akal sehingga satu hari dia dah tak bergerak, tak bernafas…” LK54 mengenggam penumbuknya di sisi menahan marahnya. “Ini semua di sebabkan kau…  Kalau kau tak beria sangat nak keluar, dah tentu K012 selamat!” Dia menendang kepala M27 membuat perempuan itu terbaring di tanah.

M27 tidak dapat bergerak. Dia kaku. Dia dapat tahu salah satu kawan experimentnya telah mati dan itu disebabkan dia. Dia langsung tak tahu yang K012 tolong dia bebaskan diri. matanya mula berkaca terfikirkan penderitaan K012. Dia korbankan diri hanya untuk perempuan pentingkan diri seperti M27. K012 seorang experiment yang lemah dari segi fizikal, dia tak sekuat mereka yang lain namun dia terkuat dari mereka semua. Dia sanggup menderita hanya untuk M27.

Berapa banyak nyawa yang dia sayangi perlu di korbankan? Kenapa semua ini terjadi?

LK54 meletakkan kakinya di kepala M27. “Di sebabkan kau, K012…. Dia lemah… dia tak kuat… apa experiment seperti dia boleh buat?” soalnya dengan nada menggeletar marah dan sedih pada masa yang sama. “He’s the gentlest person I’d ever met and you….” Dia menekan kakinya. “You kill our brother. Now you pay, Traitor.” Dia ingin menghancurkan kepala M27 tapi dia mengelak satu tendangan dari belakangnya.

Dia berputar melihat siapa yang mengganggunya dan menarik sengih. “Ketua kapal Axerialeth.”

Rick memandang LK54 dengan serius. “Kau lelaki yang buat perangkap tu kan. Tak sangka kita berjumpa lagi kan? Masa untuk tamatkan di mana kita mula.” Katanya buat posisi bersedia.

LK54 tersenyum sinis. “Kau takda chan untuk lawan aku. Lagipun kerja aku dah selesai di sini.” Dia memandang kearah M27. “Kita berjumpa lagi M27… aku harap kau terima padahnya.” Dengan itu LK54 hilang dari pandangan.

“Hey!—Chis.. dia melarikan diri.” Rick memandang sekeliling mencari kalau-kalau lelaki tu ada di sekitar kawasan itu tapi mengalah bila dia nampak M27 bangun dengan lemah. “Kau okay ke?”

M27 menepis tangan Rick. “I don’t need you help.” Katanya dengan dingin memandang tanah. “Pergi dari sini.”

“T-tapi luka kau—”

“Aku kata Pergi! Tinggalkan aku bersendirian!” jeritnya dengan kuat membuat gelombang menolak Rick jauh darinya.

Rick kembali bangun dan terus mengangkat NightBlue ke bahunya.

“Wha—Lepaskan aku! Turunkan aku!”

“Shut up! Aku tak tahu apa berlaku tadi tapi aku takkan tinggalkan kau di sini bersendirian. Nanti Spring risaukan kau.” Katanya menahan marah. Dia ke Sky-Bike Nuez, tekan return button yang membawa bike itu kembali ke kapal tanpa pemandu. Rick ke sky-bikenya pula dan kembali ke kapal.

Sebaik sahaja mereka tiba di kapal tersebut, Spring tunggu merereka di pintu kapal terus menyambut NightBlue, memeluk perempuan itu dengan erat.

“Thank goodness kau selamat.” Katanya lega. “Aku dapat rasakan kuasa LK54 jadi aku risaukan kau. Tak sangka kau akan kejar lelaki tu. Aku terus beritahu Rick.”

Jadi Spring lah punca Rick datang selamatkan dia. NightBlue memeluk Spring dengan Erat. Dia menangis dengan senyap dalam dakapan budak perempuan itu. “Kenapa kau tak beritahu aku..” katanya berbisik. “K012… dia dah tiada..” dadanya tambah sebak, membuat dia susah untuk bernafas.

Spring mendongak untuk lihat Rick tapi lelaki tu dah pun hilang. Nasib baik. “LK54 beritahu kau?” NightBlue mengangguk. “Apa lagi dia beritahu?”

“Aku bunuh K012. Dia mati di sebabkan aku.” Dia mula menangis dengan kuat tidak tahan rasa sakit dalam hatinya. “O-S…. Aku tak tahu yang dia dah mati.. kalau aku tahu aku takkan keluar dari tempat tu… aku takkan—ta—takkan…..” ayatnya mati di situ di ganti dengan tangisan yang sangat kuat. Dia menangis membasahi baju Spring. Memeluk perempuan itu seperti nyawanya bergantung pada Spring.

Rick yang berada di sebalik kotak-kotak tersebut hanya berdiamkan diri mendengar NightBlue menangis, total break down. Dia menyentuh dadanya yang rasa pedih. Kenapa dia rasa seperti itu? Itu tak penting. Yang penting ialah siapa lelaki bernama K012 sampai boleh buat Assassin tak berperikemanusiaan itu menangis seperti itu.

No comments:

Post a Comment