Rose Princesses: The Next Owner
Chapter 30
Setelah Teamin membawa abang-abangnya ke kedai butik, bnyak
persoalan timbul di minda Key, Onew dan Jonghyun apabila Teamin, adik bungsu
mereka mengatur baju-baju mereka untuk majlis malam esok. Tambahan pula,
Apabila mereka tanya kenapa, Teamin hanya tersenyum dan teruskan kerjanya tanpa
menjawab soalan mereka.
Sekarang, ketiga-tiga putera raja Robella berada di bilik
jahitan utama(bukan Mea punya) untuk mencuba suit diraja mereka sekali lagi.
“Teamin, baik kau cakap sekarang kenapa kau yang aturkan
semua ini dan bukan Edward?” Jonghyun akhirnya bersuara hilang sabar melihat
Teamin hanya tersenyum di sofa menyilang kaki sambil menghirup teh madu
memandang mereka yang berhadapan dengan Cermin panjang.
Teamin memberi sedikit riaksi dan tersenyum semula. “Kalau
aku beritahu, korang takkan jumpa pakwe korang dalam beberapa hari ni.”
Onew berputar memandang adiknya dan cuba membaca fikirannya
tapi gagal, Teamin sedang menyanyi dalam minda dan hatinya. Dia pandai mengawal
rahsianya dari terbongkar. “Tea, apa rancangan kau yang sebenarnya?”
“Nak tahu sangat ke abang?” Teamin memandang mereka semua
termasuk Key yang kononnya membaca buku. “Kan untuk meraihkan kejayaan Rose
Princesses menyelamatkan Robella? Itu pun nak tanya lagi ke?” Mata Teamin masih
belum berganjak dari Key. Dia tahu yang Key akan bertindak kalau dia hilang
sabar. Itu perkara terakhir dia taknak terjadi.
Key menutup bukunya dan memandang kearah Teamin dan menarik
sengih. “Jadi, Fail apa yang tergantung atas kepalamu tu?”
Mereka bertiga memandang keatas kepala Teamin, fail nipis
terapung diudara dan melayang ke tangan Key. Dia membuka fail tersebut. “Kau
tak payah nak rahsiakan semuanya. Kami lebih tahu apa yang kami patut buat dan
kau sebagai adik sepatutnya memberi tanggung-” Mata Key terbeliak bulat dan
ayatnya yang terpotong di tengah jalan membuat Onew dan Jonhyun mendekati Key
ingin melihat apa yang terkandung dalam fail tersebut.
Seperti yang dijangka, Onew dan Jonghyun turut terkejut.
Mereka bertiga mendongak memandang adik mereka yang hanya tersenyum tanpa henti
sejak dari tadi.
“Oops, kantoi. Nampaknya tak payahlah aku rahsiakannya
lagi.”
“Bila? K-kenapa? D-Dan…” Jonghyun cuba mengumpul semula
nafasnya yang hilang hanya kerana sehelai kertas putih dan memandang kearah
Teamin setelah nafasnya kembali stabil. “bercakap sekarang.”
“Luna yang rancang. Dia dalangnya dan En Edward tidak tahu
apa-apa pasal semua ni.” Katanya ringkas hanya factor tanpa huraian.
Onew menggeleng kepalanya melihat perangai Teamin. “Jadi,
Jelaskan apa yang Luna rancangkan kali ni.”
“Kahwinkan korang bertiga dengan soul mate koranglah, apa
lagi? Onew dah kahwin tapi Key dan Jonghyun belum lagi. So, sekali dengan
upacara tradisional kamu bertiga di Green House esok pagi. Sebab tu Aku bawa
korang ke Butik dan buat suit diraja yang matching dengan gown Mea dan Si
Kembar.”
Mereka bertiga shock. Teamin, adik mereka yang paling manja
dan kadang kala clumsy, mengatur perkahwinan mereka bersama dengan Luna? Wah…
nampaknya Teamin dah buat satu tanggungjawab yang besar. Dengan responnya
apabila kantoi, dia tak gelabah seperti selalu dan menjawab dengan tenang
disertakan senyuman manis.
“Cincinnya?” Key menyahut memandang Teamin.
“bersama Ann. Tiada siapa boleh nampak cincin tu sehingga
esok dan sekarang Ann mungkin ada di bandar untuk… Well, buat pesediaan.”
Teamin bangun dari sofanya dan mendekati Abang-abangnya memberi sebatang pen
kepada mereka.
Jonghyun mengambilnya dengan wajah blur. “Untuk apa?”
“Tandatangan di atas kertas ni sebab nanti petang nak
dihantar dah untuk pengesahan.” Jawab Teamin. “Si Kembar dah tandatangan,
terima kasih dengan Ann menggunakan salah satu potion lalainya untuk
menghalusinasikan pandangan mereka tentang borang tersebut. Mereka ingatkan
borang petandingan music dan terus tandatangan tanpa bantahan. Hebat tak plan
kami dua?”
Mereka bertiga tertawa kecil dan Onew mengusap kepala
Teamin. “PErancangan kau memang bagus. Bekerjasama dengan Ann lagi. Kalau kau
jadi raja Robella yang seterusnya, tentu kau akan berjaya dengan Ann di sisi
mu.”
Teamin menggeleng. “Itu takkan berlaku. Kau kan yang akan
ditabalkan raja selepas berkahwin mengikut tradisional dengan Mea.”
XOXOXOXOX
Luna duduk di meja tetamu untuk perkahwinan tiga rakan sambil
memandang Ann bergerak keluar masuk keluar masuk, Depan belakang depan belakang
di dalam Green House tersebut. Nampaknya Ann telah mengambil alih
tanggungjawabnya dan sekarang dia hanya duduk menjadi penonton melihat
kesibukan Ann mengatur acara perkahwinan tersebut.
“umm… Ann, boleh ak-”
Ann menjeling kearah Luna sebentar
dan kembali menyambung kerjanya. Ia seperti satu amaran kepada Luna untuk tidak
masuk campur dalam acara perkahwinan tersebut.
Ini kali pertama Luna melihat Ann
bersungguh-sungguh buat perkara cam ni. Dahulu Ann tak yakin dan selalu meminta
tolong dari mereka tapi kali ni, dia dan Teamin buat semuanya sendiri.
Luna tersenyum nipis. DAh matang
dah mereka dua ni desis hati Luna.
“Kak El patut sibukkan diri dating
dengan Minho daripada termenung dan tersenyum sendiri cam orang gila.” Ann kata
selepas habis berbicara dengan salah satu pekerja di tempat itu untuk
menyiapkan tempat tersebut.
Luna mencebik. “Minho sibuk. Sebab
tu aku nak buat acara ni tapi kau pula yang ambil alih. Nak melukis takda mood,
nak membaca, haaa….” Dia mengeluh panjang. “Dah naik bosan. Tak boleh ke aku
tolong sikit?”
Ann menggeleng. “No. Sekarang ini
tanggungjawab Ann dan Kak El perlu rehat sebab Kak El masih dalam keadaan
kurang sihat. So, stay obidiently and keep off.” Ann bukannya tak nak minta
Luna tolong Cuma takut nanti plan dorang kahwinkan Luna dan Minho akan
terbongkar. Takkan tiga bestfriendnya je yang nak kahwin serentak kan? mesti ada ketua sekali. Kalau Teamin dan Ann tak
boleh sebab Ann masih umur belasan tahun plus masih sekolah. Bf kenalah kahwin
serentak baru best kan? jadi, Ann sebagai adik yang baik kena tolong Luna untuk
berkahwin serentak dengan Mea dan Si kembar. Muktamad. End of discussion.
“ELIZABETH!”
Pandangan mereka bertukar arah ke
suara yang menggerunkan dan melihat Minho menghentak kaki dengan wajah marah
masuk kedalam green house, mendekati mereka.
Woah… panjang umur desis hati Luna.
“Kenapa?”
Tanpa bersuara, Minho menarik Luna
keluar dari Green House dan bergerak ke dalam istana. Ann pula hanya melihat si
husband-to-be bawa lari bride-to-be nya dan mengangkat bahu setelah dua figura
tersebut hilang dari pandangan.
“Nampaknya tak perlulah aku paksa.
Rezeki.. rezeki.” Ann tersengih-sengih kerana tuah disebelahnya. Tak payahlah
dia bersusah payah untuk halau Luna keluar.
Manakala dibahagian dua couple ni
pula, Luna yang ditarik masuk hanya menurut tidak berkata apa-apa bila melihat
riak wajah Minho. Dia ingin menyoal tapi entah kenapa lidahnya kaku untuk
berkata-kata. Mungkin hal ni penting dan perlukan privacy. Dari riak wajah
Minho membuat Luna tambah yakin ia ada kaitan dengan masalah yang dia hadapi
sekarang.
Langkah mereka akhirnya terhenti di
bilik menunggu yang kosong. Minho memandang kearah Luna buat sementara waktu
cuba mencari ayat yang betul supaya Luna tidak dapat mengelak dari mengaku atau
membuat sebarang hela untuk memanipulasikan keadaan. Kali ini dia inginkan
kebenaran. Kebenaran dari mulut tunangnya sendiri.
“betul ke?” Luna blur, entah apa
yang Minho maksudkan. “Setelah kamu capai ke teringkat tera-” Ayat Minho
tergantung apabila dia terfikirkan semula tindakannya. Kalau dia soal tentu
Luna akan nafikan mati-matian dan dia sendiri tidak mahu perkara tersebut dari
terjadi. Sepanjang dia buat kajian tentang penjaga Heart of Robella, dia dapat
temui sesuatu tentang Rose Princesses semasa dia kaitkan penjaga Heart of
Robella dengan Rose Princesses. Tanpa tidak sengaja, dia temui sesuatu yang
sangat mengecewakan bukan untuknya sahaja tapi yang lain juga. Jika Luna, Mea
dan si kembar mencapai tahap terakhir Rose princesses, mereka akan pulang ke
dunia mereka yang sebenarnya dan takkan kembali lagi. Forever dan memory orang
Robella yang berkaitang dengan Rose Princesses akan lenyap seperti pertemuan
dengan mereka tidak pernah terjadi.
Tidak, aku tidak boleh tanya Luna
tentang ni. aku kena berdiam diri dan cari jalan supaya hal ini tidak akan
berlaku desis hati Minho mindanya mula liat berfikir langkah apa dia harus
lakukakan.
“Minho… MINHO!” Luna memukul kedua
pipi Minho apabila tunangnya tidak memberi sebarang respon semasa namanya di
panggil.
“Aduh! Sakit tau!” Minho mencubit
pipi Luna. “Tak boleh buat cara lain ke selain tampar aku?”
“Aduh-du-du-du! Lefhas!” Luna
memukul tangan Minho minta dilepaskan dan Minho turut. “Aduh…. koyak pipi aku
karang.” Luna menggosok-gosok pipinya yang rasa bengkak kerana Minho. “So, apa
yang kau nak cakapkan? Tertangguh di tengah jalan pula tu.”
Minho tersentak dengan soalan Luna.
Apa patut dia katakan? sebaik sahaja dia tahu pasal hal tersebut, dia terus
bergegas mencari Luna. Sekarang? Apa patut dia cakap supaya Luna tidak syak
apa-apa dari dia? “Errmm… Te-Tentang Heart of Robella… aku buat ka-kajian dan…”
Luna menjungkit kening. “Dan?”
kesabaran Luna semakin nipis apabila Minho teragak-agak untuk bersuara, slow
kalah siput berjalan.
“Heart of Robella…” Minho tersenyum apabila teringatkan
berita gembira yang dia juga temui semasa kajiannya. “Ia tak perlukan korban,
bermaksud kau tak perlu risaukan tentang nyawa atau takdir maut kau lagi.”
Luna mengerdip mata beberapa kali. “Itu je? Muka berang cam
beruang tadi sampai heret aku ke sini hanya nak cakap pasal berita ni? Serius?”
Minho meramas rambutnya dan terus memeluk Luna. Dia tak nak
Luna lihat wajah sedihnya, bukan itu yang dia nak katakan, bukan pasal penjaga
Heart of Robella tapi pasal Awakening ketiga mereka. “Aku happy…. Kau akan
sentiasa di sisiku.” Katanya berbisik.
Luna tertawa kecil dan membalas pelukan Minho. “Heart of
Robella perlukan korban untuk menanggung kuasanya apabila berlakunya kecemasan.
Dia takkan bunuh Golden Blood tapi kami yang akan bunuh diri kami sendiri jika
kami tak dapat kawal kuasa atau salahgunakannya.”
Minho mengangguk faham. “Kau tak perlu serap kuasa tu lagi
sebab Robella dah selamat. Bermaksud kau takkan ambil risiko yang boleh meragut
nyawa kau sendiri lagi. Jangan pernah tinggalkan aku lagi.”
“Yup!” kata Luna tapi matanya berkaca tanpa Minho sedari
yang Luna sedang menahan tangisannya. Maafkan aku Minho, aku takut aku tak
dapat tunaikan janji tu… maafkan aku… desis hati sedih Luna mengeratkan
pelukannya lagi.
XOXOXOXOX
Ann sedang bergegas menuju ke bilik Luna apabila mendapat
panggilan dari Luna. DIa memandang jam tangannya. 18:56 pm. Setelah itu
menyepak beberapa fail ditangannya tentang perancangan majlis dan acara
perkahwinan mereka. Woah.. banyak juga preparation yang Ann kena buat. first
time pila tu, harap-harap dia buat dengan extravegenza.
Ini mlam terakhir untuk empat anak dara ni jadi… well, anak
dara dan ni malam aku nak tanya Kak El suatu perkara. Entah kalau dia setuju
atau tak tapi, aku tetap akan lakukan juga! Desis hati Ann menari-nari
kegembiraan.
Dia mengetuk pintu Luna sebaik sahaja tiba dan membukanya
tanpa mendengar keizinan dari Luna. “Kak El….” Senyumannya mula pudar apabila
dia melihat satu figura di verenda bilik dengan wajah yang sayu.
Banyak persoalan dalam mindanya tapi di pendam apabila
melihat wajah sayu Luna memandang kearah dada langit yang dihiasi dengan
permata putih yang berjuta banyaknya dengan secawan purple tea yang dipercayai
boleh menghilangkan sakit kepala dan meredahkan stress di tangannya.
“Kak El? Kenapa ni?” Soal Ann sebaik sahaja masuk kedalam
bilik tersebut dan menuju ke verenda.
Luna tersentak dari lamunannya, memandang kearah Ann dan
menyuruh dia duduk disebelahnya. Dia menuang tea ke dalam cawan berukiran bunga
Rose dan memberikannya kepada Ann.
Ann mengambil cawan tersebut dari Luna dan menghirupnya.
Rasa sangat menenangkan apabila bersama Luna, minum teh sambil menghayati
pemandangan malam. Ann merenung ke dalam cawan memandang ukiran bunga rose
merah dalam cawan tersebut. Berfikir. Mengapa Kak El minum teh ni? dia ada
masalah ke? Semua persiapan Majliz Ann yang buat jadi kenapa Luna minum
sehingga dua cawan banyaknya? tentu dia bersedih sebab tak dapat sambut
weddingnya sekali dengan kawan-kawannya desis hati Ann.
“Kak El-”
“Aku nak bagi kau sesuatu.” Kata Luna memotong ayat Ann.
Ann mengerdip beberapa kali sebelum bersuara. “Apa dia? Satu
lagi perancangan ke?”
Luna tertawa kecil. “mungkin…. Tapi ini satu tugasan yang
kau akan jaga ke warisanmu yang terakhir.”
Senyuman Ann pudar sedikit apabila mendengar penyataan Luna.
Apa maksud Kak El ni? tugasan jenis pewarisan?“Ann tak faham… apa maksud Kak El
ni?”
Luna mencapai kearah kotak antic yang terletak di atas meja
bulat di antara kerusi mereka dan hulurkan kepada Ann. “Ini bendanya, Aku nak
kau buka sekarang juga.”
Ann mengangguk dan memandang kearah kotak antic tersebut.
Tetiba jantungnya berdegup laju tanpa sebab dan hatinya mula resah untuk
membukanya. Tidak tahu kenapa dia rasa seperti itu hanya kerana sebuah kotak
kecil. Setelah seminit merenung dan mengkaji kotak kecil tersebut, Ann cuba
membuka penutupnya tapi tidak berjaya. Ia tak boleh dibuka seperti kotak
tersebut di kunci tapi tiada lubang kunci.
Ann memandang kearah Luna. “Kak El suruh Ann buka benda ni?
confirm tak boleh. nak buka dengan potion ann ke?”
Luna tertawa kecil dan menggeleng. “Tak, cuba kosongkan
minda dan tumpukan pada kotak itu. Oh! Fikirkan perkara yang paling berharga dalam
hidup Anny.”
DAhi Ann berkerut tidak faham tapi dia akur dengan Luna.
Tanpa banyak soal, dia mengosongkan mindanya dan berikan sepenuh tumpuannya
kearah kotak kecil tersebut. Dia memejamkan mata dan memikirkan perkara yang
paling dia sayangi dalam hidupnya.
Apa lagi yang muncul dalam mindanya? Teaminlah! Lelaki yang
dia cintai dari kecil lagi dan insan yang selalu tolong dia apabila dia temui
jalan buntu. Dialah lelaki pertama yang telah mengajarnya erti sebuah cinta,
tidak jemu menemaninya dalam makmal selama berjam-jam walaupun dia tidak faham
satupun apa yang Ann lakukan. Ya, Teamin yang paling penting dalam hidupnya dan
thank to Luna, dia dapat bersatu dengan Lelaki periang ini.
Kening Ann bertembung. Tidak, Luna yang penting. Tanpa Luna,
dia takkan berjumpa dengan insan yang dia cintai. Luna selalu beri dia semangat
untuk berhadapan dengan Teamin dan selalu menolngnya untuk berduaan dengan
Teamin. Tanpa Luna, dia takkan berjumpa dengan Teamin, dia takkan jadi Ann yang
sekarang. Luna adalah factor yang dia dapat kehidupan yang menggembirakan ini.
Terima kasih kepada Luna. Luna adalah orang terpenting dalam hidupnya kerana
Luna adalah keluarga yang tinggal untuknya.
Nanti… Tanpa Robella, Ann takkan berjumpa dengan Luna dan
Teamin. Kalau bukan disebabkan Robella, Ann mungkin akan tinggal di luar
kawasan Robella dan takkan berjumpa dengan Teamin atau Luna. Robella jugalah punca
mereka semua bersama, jika Robella tidak dalam bahaya atau asset dunia, tentu
Ann takkan rapat dengan Shinee, takkan berjumpa dengan Luna lagi dan takkan
berjumpa Rose princesses. Jadi orang penting Robella sebagai pelindung Robella,
Blue Rose. Tanpa Robella, dia takkan berjumpa dengan Luna, bercinta dengan
Teamin, berjumpa rakan baru, menjadi Ann yang berani berlawan, dan Kuat untuk
mempertahankan Negara yang tercinta.
Ya… itulah jawapan, Robella adalah benda yang paling penting,
yang sangat dia hargai dan sanggup korbankan nyawa untuk kerajaan yang tercinta.
Robella, Negara yang telah menyatukan semula mereka semua, merapatkan
silaturahim antara Rose Princesses dan Shinee.
Ann membuka matanya dan cuba membuka kotak tersebut.
Berjaya! Tidak keras seperti yang sebelumnya.
Matanya terbeliak bulat apabila melihat apa isi
kandungannya. Ann memandang kearah Luna perlukan penjelasan.
“Ini adalah Cincin pusaka Robella dari nenek moyang kita,
Mama bagi aku time aku di dunia manusia dan aku nak bagi kau sebagai pemegang
seterusnya.” Sahut Luna dengan senyuman manis.
“Excuse me but WHAT??” Ann bertukar pandangan antara cincin
tersebut dan Luna. Masih tidak faham atau lebih tepat tidak dapat terima apa
yang baru sahaja Luna katakan. “You Got to be kidding me? Why?”
Luna menggeleng. “Nope! Ini kenyataannya dan…” Luna
mengambil cincin tersebut dan sarungkan pada ibu jari kanan Ann. “Sebab, siapa
lagi aku nak bagi selain kau? di dunia ni, Elizabeth dah disahkan mati dan dia
akan terus mati di dunia ni. Jadi, cincin ni akan turun ke tuan yang seterusnya
dan kau adalah pewaris perempuan yang terakhir. Aku dah tak berhak memakai
cincin ni dan lagipun, setelah semua ini selesai….” Luna menarik nafas dalam
memejam matanya. Tidak sanggup bersuara tentang masalahnya yang menyakitkan
kepala otaknya. “Lagipun.. Kak El akan pergi dari Robella ni nanti. Kak El…
bukan permaisuri dan berhak pergi kemana sahaja Kak El inginkan.” Katanya
dengan lembut, mengusap pipi Ann dengan lembut berharap bahawa Ann akan faham.
Ann tersenyum nipis. “maksud kakak… Nanti kakak akan keluar
dari istana ni setelah kakak kah… bukan selepas semua ni selesai?” sikit lagi
rancangannya terbongkar pasal perkahwinan Luna dan Minho. “Ann faham. Lagipun,
sudah menjadi tradisi kita yang salah seorang dari adik beradik raja kena
tinggal di istana sebagai back up jika ada apa-apa berlaku dengan raja. Jadi,
ini bermaksud Ann dan Teamin akan tinggal di istana sebagai bayang-bayang Mea
dan Onew ke? Ann kena tinggal sebab pewaris cincin nenek moyang kita?”
Luna mengangguk lemah. “Ann sanggup ke? mengambil
tanggungjawab yang sangat berat ni. ada akibatnya jika kamu jadi bayang-bayang
permaisuri dan Raja.”
Ann tertawa kecil. “Tentulah. Kak El dah mengalami perkara
yang lebih menyeksakan di dunia manusia dan juga Robella. Jadi, Ann nak ambil
semua beban tu dari Kak El dengan ambil tempat Kak El.”
Mea tak boleh mendapat cincin tersebut kerana dia bukan
keturunan Robella dan hanya perempuan keturunan Robella sahaja layak dari
permaisuri kerana ia sudah menjadi tradisi dan tradisi ini tidak boleh
dilanggar. Ia membawa tulah terhadap kerajaan mereka. walaupun tidak menjadi
Permaisuri, pewaris cincin ini harus kekal tinggal di Istana dan tidak menetap
di tempat lain secara kekal. Bermaksud, Ann tidak boleh keluar mencapai cita-cita
yang dia inginkan. Dia terpaksa tinggalkan semuanya untuk menjaga keamanan
Negara dan tinggal di istana seperti burung pipit yang tinggal di dalam sangkar
sehingga dia menghembus nafas terakhirnya
begitu juga nasib cucu- cicit Ann nanti jika pewarisnya masih tidak
ditabalkan sebagai permaisuri seterusnya di Robella.
Luna semakin sedih memikirkan nasib Ann. Dia memang selfish.
Dia sanggup buat Ann terseksa untuknya. Dia sanggup buat Ann menanggung beban
yang sepatutnya dia punya untuk menanggung. “Maafkan aku Anntoinette… maafkan
aku..” pintanya tanpa memandang tepat kearah mata Ann. Dia rasa sangat bersalah
kerana memberi tugasan yang berat ini kepada budak yang masih belum matang. DIa
akan rosakkan masa hadapan Ann.
“Kak El… jangan risau, Ann akan lakukan yang terbaik untuk
Robella. Macam kakak juga, sanggup buat apa sahaja untuk Robella. Ann pun akan
buat cam tu juga, akan tuang toksin di muka sesiapa jak yang nak menceroboh. No
Mercy.” Kata Ann dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
Luna tertawa kecil walaupun matanya berkaca memandang
semangat Ann. “Pabo… siapalah yang buat kau cam ni. Kalau kau jadi permaisuri
seterusnya…” Luna ketawa tiga dekah. “tentu musuh pun takut nak dekat. Tapi, no
mercy tu bukan satu keputusan yang bagus.”
Ann tertawa sengih. “Ann tahu… kan comel Kak El tertawa cam
ni. barulah Kak El yang Ann kenal.”
(A/N: Jeng.. Jeng… Jeng… Apa rancangan Luna sebenarnya? Apa
kan jadi bila awakening ketiga tiba? Haaah…. Kalau nak tahu… cubalah teka n
komen lah sikit… dah bersawang kotak komen angah tu kat bawah ni… ^___^)
Comments
Post a Comment