FDO: Bab 3
23rd floor, North-Pole. 24 Descember 2024….
Sudah tiga
minggu aku tak jumpa kumpulanku. Dah lama nak cristmast nampaknya aku akan
sambut cristmast seorang diri. Sedih kan? Tapi aku layak sebab ini satu hukuman
untukku menyembunyikan perkara sebenar dan membunuh rakan seperjuangan sendiri.
Aku nak tebus
kesalahan aku. Aku tak nak lari dari masalah yang aku dah timbulkan dan ia
memang membebankan.
“So, kau nak ke
sana ni malam?” Soal seorang perempuan berhoodie menutup wajahnya. “Kau tahu
yang hanya pemain level 40 keatas sahaja yang ada chan untuk menang lawan ia
kan?”
Medeis
mengangguk. “Aku terpaksa. Aku perlukan drop dari raksasa tu.”
Dia menjungkit
kening kirinya dengan senyuman sinis. “Bola nyawa tu? bola yang boleh
mengembalikan nyawa pemain yang telah mati? Hmmm… aku nak join boleh?”
Medeis memandang
kearah perempuan di sebelahnya. “Apa? Tapi aku takkan bagi kau-”
“Aku tahu” jawab
perempuan itu memotong ayatnya. “Aku nak nampak siapa yang kau nak hidupkan
semula. Tak salah kan? Lagipun, kau nak sangat benda tu kan? Kau perlukan aku
kalau kau nak pastikan kau tak mati nanti.”
Medeis tertawa
kecil lebih kepada memandang rendah terhadap perempuan berhoodie ni. “Apa kau
boleh buat? kau sendiri tak bole-”
“Nak ke tak
nak?” Soal perempuan tu dengan serius. “Hanya satu peluang dalam hidup. Hanya
satu peluang yang datang, kau nak tolak ke?”
Medeis mencebik
dan swipe open akaun usernya. Tap ‘friend’ button, tap ‘Add party’.
Muncul mesej
maya dihadapan perempuan berhoodie dan perempuan itu tap butang ‘X’. “Aku tak
cakap nak se’party dengan kau. aku hanya nak tolong, bantu tanpa ada talian
dengan kau. Just for jun.”
Medeis rasa
sangat marah dan berdiri. “Whatever. Aku nak pergi sekarang.”
Perempuan
berhoodie itu tertawa kecil dan mengekori Medeis dari belakang; jauh di
belakang.
Medeis rasa
hairan kenapa perempuan tu tak jalan seiringan dengannya dan tak mahu berparty
juga. Dia memandang kearah cursor di kepalanya, nak nampak kalau-kalau dia ni
penjahat atau tidak. Warna hijau, kalau dia penjahat tentu warna oren kan? Ini
tidak. Entah tapi dia tahu perempuan di belakangnya tidak boleh dipercayai.
Mereka bergerak
keluar bandar itu dan ke hutan. Apabila jauh kedalam hutan yang diliputi salji
itu, barulah perempuan berhoodie tu mendekati Medeis.
“Kita dah tak
lama sampai.” Kata Medeis kepada perempuan itu. Dia tak nak tanya kenapa
perempuan ni nampak berhati-hati bila berjalan. Dia rasa itu tak penting,
hutangnya terhadap Black Caith lebih penting dari segalanya.
“Hmmm-Hmm~~~”
katanya dengan senyuman nakal. Kenapa? Budak ni penjenayah ke?
Tetiba langkah
perempuan itu terhenti dan diikuti dengan Medeis. “kenapa?”
Perempuan itu
mengeluarkan pedangnya dan buat posisi sedia. “Okay, korang dah boleh keluar
sekarang.”
“Apa?” Medeis
melihat kawasan sekelilingnya dan muncul sedozen orang pemain bercorsur oren
dan juga dua-tak tiga pemain bercorsur merah. Mereka ni penjenayah! “Kau trap
aku ke? Kau siapa?!”
Perempuan
berhoodie tu menggeleng. “Tak, mereka semua ni mengekori aku. kau takda kena
mengena dalam hal ni.” Kata perempuan itu kepada Medeis. “Nampaknya aku tak
boleh join in sekali dengan kau.”
“Jadi kau cam
mana?” Soal Medeis turut dalam posisi sedianya.
“Aku?” perempuan
itu ketawa sedekah. “Kau kata kawan kau lebih penting kan? Jadi pergilah, hal aku
aku uruskan, hal kau… lantaklah apa kau nak buat. tapi pastikan kau hidup
okay?”
Medeis
menurunkan senjatanya dan memandang kearah perempuan berhoodie itu. “Kau pun
kena hidup kalau aku kembali.”
“Ok. Aku tunggu
kau di sini.” Kata perempuan itu dengan senyuman nakal.
Medeis
mengangguk memungutk senjatanya ditanah dan dia lenyap dari tempat itu
meninggalkan perempuan berhoodie itu sendiri dengan limabelas pemain yang
berwatak jahat.
“Dia tu beta
Tester juga ke?” soal salah seorang pemain cursor merah.
“Yup. So, siapa
yang nak lawan aku dulu?” Soal perempuan tu dengan yakin.
Sementara di
bawah pokok cristmast besar pula, Medeis muncul ditempat itu dan melihat ke
langit. Kelihatan cahaya yang bergerak laju dari kiri dan kekanan. “Apa tu?”
matanya terbeliak besar melihat satu monster turun dari langit.
BOOM!!
Ia jatuh tepat
di hadapan Medeis. Santa claus Monster dengan ketinggian 50 kaki. “Hohoho!!
Merry Cristmas and happy to see you die!!” katanya dengan nada yang
menyeramkan.
Medeis mengetap
bibir, senjata di pegang erat. Walaupun sengeri mana pun menatang ni, dia tetap
akan lawan. Dia perlukan rewardnya! Dia perlukan Mondou hidup semula dan rasa
bersalahnya akan hilang. Rasa marah rakannya terhadapnya akan hilang!
“Sedia untuk
mati!” jerit Medeis dan mula menyerang habis-habisnya.
Di bahagian
perempuan berhoodie pula. Dia sudah tamat berlawan dengan limabelas pemain yang
bahaya itu. Semua sudah di ikat dengan rapid an life bar mereka berada di zon
kuning. What? Dia tak nak bunuh penjenayah sebab dia sendiri tak nak cursor dia
bertukar menjadi oren atau lebih teruk merah.
“Korang semua
memang tak kenal erti mengalah kan? Aku tak nak bunuh kamu so aku hantar korang
ke Royal Blood je lah ye? Aku rasa dorang tahu apa nak buat dengan pemain giler
cam korang ni. Hukuman yang setimpal dengan perbuatan korang.” Dia mengeluarkan
big transportation stonenya dan arahkannya kepada mereka. “Transport 15th
player to Floor 28, Royal Blood Guild!” batu itu bercahaya dan lima pernjenayah
itu hilang dari pandangan. Manakala batu transport itu pula pecah lenyap. “Dah
siap.”
Terdengar tapak
kaki mendekatinya dan dia berputar kearah pemain itu. “So, how’s it goes?”
Soalnya.
Medeis berjalan
seperti orang tidak bermaya, putus harapan dan melontarkan bola nyawa tu kepada
perempuan Hoodie. “Kau gunakannya. Aku rasa kau lebih memerlukannya dari aku.”
Perempuan Hoodie
itu berasa hairan dan tap bola nyawa itu untuk melihat kenyataannya. “Sorry…”
kata perempuan itu bersimpati atas nasib Medeis.
Medeis
menggeleng. “Tak perlu… Sayonara.”
“Hai, Sayonara.”
Perempuan itu melambai kearah Medeis yang pergi entah ke mana dia sendiri tak
tahu. “Oh! Jangan kau bunuh diri!”
Medeis berpaling
memandangnya dengan senyuman tawar. “Takkan, aku masih berhutang.”
Perempuan
berhoodie tu mengangguk faham dan melihat Medeis pergi. Dia memandang ke
kirinya dan bergerak ke bawah salah satu pokok yang berada di tempat tu.
“Woah…. Tumbuhan S class. Boleh masak sedap ni malam!” katanya dengan riang.
Dalam fikirannya dah macam-macam makanan boleh buat dengan tumbuhan tu.
(A/N: sorry lambat, very busy sejak dua tiga hari ni ^^)
Comments
Post a Comment