Racing Heart: 15# Race
“Queen Cherry! WHERE R YOUUU???!!!” suara
Ryo berbunyi seperti siren kereta polis. Dia melihat kearah Ruang tamu dan
Bingo! Segera dia duduk di sebelah budak yang tengah baca majalah. “Di sini kau
rupanya!”
“Apa?”
“Aku ada berita baik untuk kau!”
Sakura turunkan majalah dari mukanya dan
memandang Ryo nak tahu, rasa teruja sama seperti Ryo sekarang. “Apa dia? Apa
dia?”
“Well… kau tengah baca apa tu? Vogue? Kau
baca majalah jijik perempuan tu?!”
“kalau kau tak perasan… aku ni perempuan!”
Ryo buat mulut ‘o’. “Selama kita kenal… aku
ingatkan kau ni lelaki!”
Mata Sakura terbeliak dan mula memukul Ryo
dengan majalah tu.
“Oww! Joking, joking! Ouch No stop! Tabek
tuanku, tabek tuan!” sakura akhirnya berhennti memukul dan berikan renungan
mautnya. Ryo pula mengusap lengannya yang sakit di hentam oleh majalah wanita.
“God Woman, you’re such a violent little thing!!”
Sakura tambah sakit hati. “Nak di ulang
tayang ke?” Ryo terus menggeleng. “Good.”
Ryo mengeluh senyap dan berbisik. “adik
beradik sama je ganasnya. Keluarga demon.”
“Apa kau cakap?”
“Nothing.” Ryo segera menjawab. Sakura
mengangguk, dia tahu Ryo menipu tapi dia biarkan benda tu dulu.
“So?”
“huh?”
Sakura memutarkan bola matanya. “Kau nak
beritahu aku sesuatu kan?”
“Apa? Oh ya! Esok malam ada perlumbaan
antara Spider dan Knight. Dan, adik beradik Flash cabar abang kau lagi.” Ryo
menggeleng. “Aku sumpah dua lelaki bebal tu tak tahu maksud mengalah. Mereka
perlukan Tuah yang banyak untuk kalahkan King!”
Sakura menjerit riang. Dua race dalam satu
minggu? Hebat! Hebat! Hebat! Hebatnya!
“Jadi siapa?” Soal Sakura setelah berhenti
menjerit gembira.
“Yours truly…” Ryo tersenyum dengan nada
menyakatnya seperti selalu.
“Really? No way!”
“Yes Way!”
“Oh my Gawsh! That’s fantastic!!” Sakura
menjerit gembira. Majalahnya entah ke mana terbangnya time dia melompat
gembira. “Dah lama aku tak Nampak kau berlumba! Ooooh! Sabar aku nak Nampak the
Truly Shadow King beraksi!!”
“So, nak keluar date dengan aku tak?”
Sakura terus memukul Ryo. “Jangan nak
mengadah sana!”
Ryo tertawa tapi dalam masa yang sama sakit
akibat pukulan Sakura di mana perempuan tu baru pukul tadi. “Patutlah korang di
panggil Demon Sibling! Dua-dua ganas tahap gaban!”
Sakura naikkan lagi tangannya bersedia
untuk memukul dan Ryo segera buat defence guna tangannya. “Sorry-sorry, kau
baik.. lemah lembut, sopan santun dan wanita ayu terakhir! Please don’t hit
me!”
>X<
“Yo! Lama tak Nampak batang hidung korang.”
Seorang lelaki menyapa Shinn yang tengah lepak di bar bersama sepupunya.
“Ya. Dah lama kita tak jumpa.” Shinn
mengangguk dan mengajak lelaki itu duduk bersama mereka.
“So, mana his royal pain in the ass?” Shinn
tertawa dan beri signal orang di belakangnya.
“Dia di belakang ku kan?” lelaki itu
berputar dan melihat wajah sakit hari Shou yang memeluk tubuh sepertinya dia
cuba tahan dirinya dari belasah dia cukup-cukup. “Sup Shou, muka kau cam dah
minum satu botol cuka. Hows your day?”
Shou menumbuk bahu lelaki itu dan duduk
di kerusi kosong. “Teruk, selepas aku jumpa kau kat sini.”
“Aduh…” lelaki itu menyentuh dadanya. “aku
rasa kau dah hancurkan hatiku.”
“Shut it Takeshi, berhenti jadi Drama
Queen, rimas aku Nampak.”
Lelaki itu,
Takeshi tersenyum lebar. “So, sampai bila korang kat sini?”
“Mungkin untuk 4 hari lagi.” Jawab Shinn
membuat Takeshi mengangguk.
“Good. Korang bertuah ni hari.” Kata
Takeshi membuat Shou naikkan keningnya minta penjelasan. “Esok malam ada race.”
“Team?”
Knight dan… Spider.” Katanya tersenyum
bangga.
“Team kau?” Soal Shou.
“Yeah dan pelumba rare yang akan beraksi.”
“Demon king dan Shadow king?” soal Shou
lagi minta kepastian. Oh, Yamato bukan sahaja di panggil Tokyo king malah demon
king juga sebab personalitynya yang menakutkan dan hanya teamnya sahaja tahu
cam mana perangai demonic Yamato.
“Yup. Korang mungkin akan jumpa Queen
sekali.”
Kedua mereka menjungkit kening. “Queen? Aku
tak tahu ada pelumba nama Queen, setahu aku Princess je.” Kata Shinn hairan.
Takeshi menepuk bahu kedua rakannya.
“Korang akan jumpa juga dia nanti.”
>X<
Akhirnya, hari yang di tunggu-tunggu telah
tiba.
Sakura baru je habis mengenakan baju
‘biasa’nya. Ini malam dia guna top tank warna askar, jaket hitam, jeans ketat
warna pudar dan topi nike warna hitam yang match dengan kasut nike warna hitam
yang dia pakai. Dia turun dari tingkat
atas dan melihat abangnya dah tunggu dia. Mereka berjalan seiringan ke kereta
black Spider abangnya dan melompat masuk kedalam kereta itu. Yamato memecut
laju ke destinasi mereka.
20 minit kemudian, adik beradi Kinamoto ini
tiba di destinasi mereka, Tokyo street. Seperti biasa, tempat tu dah penuh
dengan ramai penonton. Sebaik sahaja kereta itu berhenti, Sakura melompat
keluar dan mendekati Ryo.
“RYO!”
“Queen! Apa khabar mu pada malam yang indah
ini My Queen?”
“Excited!” Sakura melompat gembira. “Bila
korang start race?”
Ryo memandang kearah ja tangannya.
“kira-kira 20 minit lagi.”
“GREAT!”
“Hello King!” sapa Ryo melihat Yamato
berdiri di sebelah adiknya. “Woah… kerabat di raja Racer Hinamori dah
berkumpul.” Katanya kagum.
“Kau tahu apa kan jadi kalau kau kalah kan?”
Soal Yamato beri amaran. “Dan kenapa kau panggil Sakura Queen?”
Mata Ryo terbeliak. “Kau belum tahu ke?”
Shadow king tu memandang kearah Sakura yang menggeleng kecil suruh Ryo berdiam
diri. “ah…..Sebab Adik kau ni dah merantau jauh ke HK, dia dah ada tanah yang boleh
ditakhluk untuk jadi Queen di kerajaannya kan?” tanah yang semeangnya dia dah tawan dengan menjadi pemain nombor satu
di Shinto desis hati Ryo.
“Aku tak benarkan dia tawan mana-mana
negara. Dia di bawah jagaan aku.” Katanya memeluk bahu adiknya. “Dan, kalau kau
kalah, kau tahu apa maksudnya kan?”
Ryo menelan air liur tiga kali. “Ala King…
have mercy please??”
Sakura tertawa kecil, dia tahu apa yang
Yamato akan buat kat Ryo kalau Shadow king tu kalah. Siapa tak kenal Demon King
ni?
“Aku takkan jadi hamba abdi semua member
Spider!” jerit Ryo mengingatkan memori gelapnya. Kena basuh kereta SETIAP
member! Kena cuci baju dorang yang urgh! Pelbagai warna dan bau! Tambahan pula
di suruh-suruh benda yang memang memalukan! Tak nak Ryo kena cam tu lagi, di
tambah pula dengan seksaan Demon king? Mati aku
“Kalau cam tu jangan kalah.” Kata Yamato
tegas. Dulu, semasa Ryo kalah dengan kumpulan yang tak di kenali, Yamato
maafkan dia dan beri amaran yang King akan hokum dia kalau dia kalah lagi.
Tentulah Ryo tak kisah dan bila dia kalah lagi, hokum di jatuhkan suruh Ryo
cuci kereta. Time tu Yamato baik hati dia hanya suruh Ryo cuci 20 kereta by
hand je. Namun pabila dia kalah lagi, Tanduk Yamato dah muncul dan suruh Ryo
jadi hamba abdi kepada semua team Spider selama sebulan. Selepas seksaan
panjang itu, Ryo dah ambil serius dengan amaran keras keramat Yamato. Dia dah
di buku dengan luas.
Sakura memandang sekeliling dia rasa
seseorang takda di situ. “mana Takeshi?”
“katanya dia nak pick up kawan.” Jawab
salah seorang member Spider.
“Ryo, bersedia untuk perlumbaan ni dan
berhenti merajuk.”
“Aku tak merajuk lah! Perempuan je yang
merajuk.”
“Hey!” marah Sakura.
Yamato memutar bola matanya dan bergerak
pergi meninggalkan adiknya dengan Ryo.
Sakura menepuk-nepuk bahu Ryo cuba
tenangkan hatinya yang takut. “Dah-dah… jangan risau kau akan menang punya.”
“Thanks… aku patut pergi sebelum King bunuh
aku betul-betul.” Katanya dengan nadanya kembali.
“That’s the spirit.” Kata Sakura. “So,
pastikan kau menang! Kalau kau kalah…” Sakura menumbuk-numbuk tangannya. “Ada
habuan kedua dari aku Ryo… Shadow king dari Spider tak boleh kalah!”
Ryo menelan air liur 3 kali. Adik beradik
Hinamori memang menakutkan. Layak dapat gelaran Demon sibling dari pelumba lain.
“Jom! Jom!!” Sakura menarik Ryo ke
keretanya dengan riang. Ini hari dia akan Nampak Ryo berlumba dah lama dia tak
saksikan kehebatan Shadow King. Happynya dia!!!
Yamato sedang bercakap dengan ketua Knight.
Riak wajah King tegas seperti biasa tapi Sakura tahu yang abangnya sekarang
sakit hati dengan lelaki di sebelahnya. Ryo dan Sakura berdiri di sebelah
Yamato dan mendengar pembicaraan baik mereka.
“Seperti yang aku cakap…. King” kata lelaki itu seperti memanggil
Yamato King umpama racun di mulutnya. “Team kami nombor satu di Kyoto dan pasti
akan mendapat nombor satu di sini juga.” Katanya dengan angkuh.
Sakura memandang lelaki di depannya dengan
rasa jijik. Dia ingatkan dia siapa, bercakap kat Tokyo King cam tu? Sakura nak
membalas ayat sadis lelaki itu dan Ryo pun rasa nak buat cam tu tapi
tertangguh.
“Apa kata… kita buat sedikit taruhan untuk
buat permainan ni lebih menarik.”
“Kami tak main taruhan, Hiroshi.” Kata
Yamato ringkas.
“Oh come on Yamato…” Sakura rasa nak
lempang lelaki biadap tu berani panggil nama abangnya. Dia King, korang kena
hormat dan panggil dia KING!! “-taruhan kecil takkan sakit. Hanya buat
perlumbaan kita lebih seronok.”
“Boss, aku rasa Spider ni semua baka-baka
pengecut.” Salah satu dari member Knight tu bersuara saja nak tuang minyak
keatas api.
Hiroshi menarik sengih. “now-now, kita kena
hormat Tokyo King kita, walaupun dia
ni pengecut.”
Ryo mengetap bibir, menganggam erat
tangannya menjad sebuah penumbuk rasa nak belasah je lelaki di depannya. Berani
betul menatang ni! Bukan sahaja
Yamato tapi Team Spider pun dia Hina!
“Kami terima.” Ryo mengerdip mata terkejut dan memandang kearah orang yang terpendek antara mereka
semua.
“Dan kau siapa nak masuk campur urusan
orang besar, little girl?” Seorang dari Kumpulan Knight menarik sengih.
Yamato dan Ryo memandang kearah Sakura
sangat terkejut. mereka Nampak Sakura tersenyum manis kepada mereka tapi, dua
lelaki ni kenal sangat siapa Sakura sebenarnya. Mereka tahu hati Sakura sedang
membara.
“Apa syaratnya, Hiroshi?” Sakura menyebut nama lelaki itu dengan jijiknya.
Hiroshi tersenyum dan rasa tercabar pada
masa yang sama. “Little girl wanna play… Spider kena mengaku kalah dan
mengisytiharkan yang Knight lebih hebat dari Spider. Yang paling penting ialah
Spider akan jadi pengikut Knight selama setengah tahun.”
“Nanti dulu kau---”
“Tu je?” Soal Sakura masih lagi dengan
senyuman paksanya.
“Well, itu syaratnya sebelum kau muncul di
sini.” Katanya “kalau Spider kalah, Kau
menjadi hak milik Knight.”
“HAK MILIK?! Kau ingat kau siapa hah
setan!” jerit Ryo meletup.
Mengendahkan jeritan Ryo, Sakura memandang
kearah abangnya dengan mata yang penuh keyakinan.
Yamato mengeluh, mengalah. Sakura dah buat
keputusan dan tiada siapa boleh ubah keputusan tu termasuk abangnya sendiri tak
boleh halang dia. “Kami setuju.”
“Bagus!” Kata Hiroshi dengan senyuman puas
hati.
“Jangan nak excited sangat buddy. Apa jadi
kalau korang kalah?”
“Kami menjadi hamba abdi Spider untuk
setengah tahun di mana kami takkan biarkan itu berlaku.” Jawabya dengan yakin.
Sakura tersenyum manis, sangat manis untuk
Ryo. Queen itu berputar memandang Ryo, tapi expressi mukanya
bertukar menjadi gerun dan menakutkan. Demon Princess- bukan. Demon Queen dah
muncul. “Kick their stinking Ass..”
“Kalau kau kalah Ryo… dunia kau akan
berakhir malam ni juga.” Kataya dengan nada yang menggerunkan membuat Ryo
menelan air liur 3 kali. Siapa tak kenal Tokyo King yang juga mempunyai gelaran
Demon King sebelum dia jadi pelumba nombor satu di Tokyo? Di tambah pula adiknya
jadi taruhan, kalah bukanlah satu pilihan.
>X<
“Wow banyaknya orang!” sahut Shinn melihat
kereta parking di tepi jalan tanpa ada penghujungnya.
Takeshi mengangguk slamber. Dia dah biasa
Nampak penonton ramai cam ni.
“Spider mesti popular di sekitar sini kan?”
Soal Shouwan melihat sekeliling.
Takeshi tersenyum bangga. “Apa boleh buat?
Kami ada dua King di dalam Team kami. Di tambah pula Queen dah balik, tentu
orang nak Nampak tiga kerabat di raja ni muncul.”
Shou mengaku terdapat banyak penonton
datang ini malam dan SANGAT ramai bilangannya. Di Shinto, mereka takkan dapat
penonton ramai sebegini kalau dia berlumba.
“Okay, kita dah sampai.” Kata Takeshi
parking di tempat Teamnya. “Jom, aku kenalkan korang dengan King.”
Tiga lelaki itu keluat dari kereta dan
bergerak ke tempat di mana Yamato berada. Mereka dapat rasakan situasi yang
tegang di sekeliling mereka.
“Woah… susah nak bernafas kat sini ni.”
Sahut Takeshi slamber. “kenapa ni King? Dan mana budak dua tu?”
“Dala keretannya.”
Takeshi mengangguk faham. “Oh ya, Yamato,
Ini kawanku dari HK, Shou Lan dan Shinn Long. Guys, ini Yamato AKA King, ketua
Spider.”
Yamato memandang kedua lelaki muda di
depannya. Shinn tersenyum manis cuba menjadi friendly tapi budak berambut
coklat di sebelahnya pula… Yamato menjeling kearah budak tu. Ada sesuatu
tentang lelaki ni buat dia tak senang hati. Yamato tak suka pasal budak ni. Dia
tak tahu kenapa tapi dia benci semuanya tentang lelaki yang tidak di kenali
itu.
“So, apa kes situasi tegan cam ni?
Kekurangan oksigen dah aku rasa ni.” Kata Takeshi melihat sekelilingnya.
“Aku terima taruhan.”
Takeshi tersentak dan memandang Yamato.
Sesaat
Dua saat..
Dia tak salah dengar kan? Yamato cakap dia
– “Cakap lagi?” kali ni dia memasang telinga.
“Knight ada buat taruhan dan aku—bukan, Princess terimanya.” Katanya menekan
gelaran Sakura dengan nada marah.
“Kau Bertaruh?” soal Takeshi sekali lagi
tidak percaya.
Yamato memutarkan bola matanya. “Ya.
Terimalah kenyataan. Bukan aku yang buat pilihan tapi, Princess tu.”
Takeshi mengangguk masih blur. Dia masih
lagi dalam proses menerima kenyataan. Yamato Hinamori benci berjudi lebih dari
segala-galanya. Kawan rapatnya pernah berjudi dan mati di bunuh oleh kumpulan
mafia sebab tak Berjaya bayar balik hutang dia.
“Tolong jelaskan. Aku masih tak percaya
ni.”
Yamato mengeluh dan mula menerangkan dari
mula.
“Oh cam tu… patutlah Queen terima sebab
Knight tu buat dia sakit hati.” Takeshi akhirnya faham situasi. “Dia betul
cakap ‘Kick their stinking Ass’?” Yamato mengangguk kecewa, dari mana dia
belajar bahasa tu? ini buat Takeshi tersenyum luas. Bukan selalu Nampak Queen
Cherry masuk campur dalam urusan Spider di tambah pula adiknya jadi bahan
taruhan.. “Ini tentu seronok.”
Satu pemikiran yang sama di dalam minda
Shou dan Shinn. Siapa sebenarnya princess ni? Princess dan Queen orang yang
sama ke?
Pada masa itu, mereka terdengar satu suara
wanita menjeri riang berlari kearah mereka berempat membuat Shou dan Shinn
terkejut.
“Takkie! Kau sampai juga akhirnya, Yamato
dah--”
“Yup, dia dah beritahu. SAtu konklusi dari
aku, this is one hell unforgettable race for a century!” Sakura mengangguk
setuju 100%. Dia masih tak perasan dua jejaka muda yang berdiri di sebelah
Takeshi.
“Aku rasa kasihan kat Ryo pula. Maksud aku, tekanan
dalam perlumbaan ni dan juga taruhan berat. Tapi, aku tahu dia boleh buat, aku
percaya kepada Shadow king kita!”
Takeshi mengusap kepala Sakura. “That’s our
Queen. Sentiasa hyper seperti selalu.”
“Dia tahu dia tak boleh kalah sebab tentu
Yamato…” Takeshi memandang kearah Yamato
yang mempunyai aura gelap di sekelilingnya. “Let just say he’s dead meat.”
Sakura nak bersuara apabila dia perasan dua
jejaka muda berada di sisinya. Sakura terkejut beruk.
“Shou? Shinn? Apa korang buat kat sini?”
soalnya dengan nada rendah. Melihat kedia lelaki itu denga rasa gementar. Harap
mereka tak perasan dia dia… please jangan buat mereka tahu dia siapa!
“Kau kenal ke mereka ni sa--”
“Cherry!” jeritnya sedikit kuat membuat
orang lain memandang kearahnya. This is bad.. really- really- really! Really
bad! “y-ya aku kenal mereka di HK.” Dia cuba cover rahsianya.
Takeshi perasan yang Cherry sedan
sembunyikan sesuatu dan tersenyum. “oh cam tu. jumpa ‘Cherry’ di sana. Anyway,
meet Queen Cherry, baguslah korang dah kenal dia. Dulu nama dia princess tapi
sebab dah---- Dia pernah ke HK, dia naik pangkat ke Queen.” Kata Takeshi
mengenyit mata kepada Sakura sebab dia tahu Sakura tak nak Yamato tahu yang
Sakura ialah pelumba wanita nombor satu kat Shinto.
Sakura rasa cam nak lempang ke muka
Takeshi. Kenapa dia buat nada cam tu?! Sakura menjeling kearah dua lelaki di
tepinya dan menghembus nafas lega mereka tak musykil terhadapnya. Walaupun, itu
tak bermaksud Sakura takkan pukuk Takeshi dan dia buat.
“Aduh! What was that for?!”
Sakura melontarkan renungan mautnya sebelum
menjawab. “Terasa nak lempang orang.” Sakura menjeling secara senyap kearah
Shou membuat dia perasan betapa rindunya dia dengan Shou dan usikannya.
Yamato yang memerhatikan Situasi itu
perasan riaksi muka adiknya pabila memandang kearah wajah dua lelaki HK itu.
Cam mana dia sampuk ayat Takeshi dengan nama samarannya. Not to mention cara
dia melihat lelaki berambut coklat tu. Yamato dah buat pilihan yang dia tak
suka cara Sakura melihatnya. Terutamanya di tambah dengan blushing di mukanya.
Tak, tak sama sekali.
Dia pasti ada sesuatu yang tak kena antara
Sakura dan bebal HK tu dan dia akan cari hingga ke lubang cacing sekali pun!
Dia terfikir tentang Scarf merun Sakura yang ada sulaman SL. SL maksudnya Shou
Lan ke?
“It’s time.” Kata Yamato dan melontarkan
renungan amaran kearah Shou dan menarik Sakura pergi ke garisan permulaan jauh
dari dia budak HK itu. Shinn memandang Shou dengan rasa confuse manakala Shou
hanya berdengus. Takeshi pula hanya tersenyum secara mental dah dapat agak
situasi yang berlaki sekarang ni.
“Good luck Shou.” Takeshi menepuk bahu Shou
umpama bagi dia semangat untuk marah kehadapan dan bergerak ke garisan
permulaan.
“UNtuk apa? Dan kenapa Takeshi cakap kat
kau good luck? Kau tak race pun ni malam.”
Shou mengangkat bahu malas nak tahu tapi entah
kenapa renungan maut Yamato buat dia sakut hati.
>X<
“Cam mana kau boleh kenal dorang?”
Sakura berdengus. Dia sayang abangnya
sangat-sangat tapi kekadang dia jadi abang yang overprotective memang
menyeksakan.
“aku dah cakap, di HK. Dorang sepupu kawan aku
dan dia perkenalkan dorang dua kat aku.”
“Sakura…” bisiknya memberi amaran.
“Fine.” Sakura mengalah. “Dorang tahu aku
sebagai Sakura dan Cherry. Sakura sebagai rakan mereka manakala Cherry sebagai
lawan.” Yamato masih berdiam diri meunggu adiknya untuk sambung. “Okay…! Aku
pernah berlumba dengan team dorang sebelum ni dan---”
“Beritahu aku… cam mana Sakura boleh kenal dorang.” Potong
Yamato. Dia tak nak dengar pasal Cherry, dia nak Sakura. Adik dia berkawan
dengan lelaki yang dia tak suka.
“Yes, please tell. Aku pun nak tahu.” Kata
Takeshi join in permainan soal jawab antara dua beradik ni.
Sakura memutarkan bola matanya. “Kan aku
dah kata, kawan aku kenalkan dorang kat aku. Sepupu mereka. Dan Shinn ialah
Boyfriend Tomoko—ingatkan kawan sepermainan aku dulu tu sebelum dia berpindah
ke Hk? Hah, Shinn dan Shou adalah sepupu dan kami lepak sama-sama beberapa
kali. Tu je, muktamad, end of story.”
Yamato menjungkit kening masih lagi tak
puas hati. “Beritahu aku lebih lanjut pasal budak bebal china rambut coklat
tu.”
“Shou bukan Bebal!!” Sakura menjerit.
“So… panggilan dia Shou huh?” Takeshi
tersenyum dari telinga ke telinga. “Setahu aku, budak tu takkan benarkan orang
panggil namanya kecuali mereka rapat. Selalunya, Prince’s of Shinto cam tulah.”
Kata Takeshi saja jadi batu api.
Yamato memandang kembali ke muka adiknya
memerlukan penjelasan tentang tu.
Sakura telan air liur tiga kali. “Urmmm…
aku kena jumpa Ryo, aku belu ucap selamat Berjaya lagi. Bye!” Zuup! Dengan laju
Sakura berlari kearah kereta Ryo di garisan permulaan meninggalkan abangya yang
tak puas hati dan Takeshi yang terhibur.
The King memandang kearah Takeshi. “Spill
it.”
“Shou Lan budak yang baik. Dia Nampak je
dingin dan menjengkelkan tapi dia jujur dan boleh di percayai. He never cheat in any kind of circumtances
dan tak pernah mengurat mana-mana perempuan kecuali…” terukir senyuman hiburan
Takeshi. “dia sukakan kat Queen.”
“Dia seorang pelumba juga, Prince of Shinto
dan ketua pada Team Eperor. Dengan gelaran prince dia tu, dia dah tentu pelumba
lelaki nombor satu kat sana dan Team terkuat kat HK. Skill, teknik dan strategi
memandunya memang Pergh! Hebat. Dia nampak menggerunkan kat lawan dia… cam
kau.” Takeshi buat muka perasan dan mengetuk tapak tangannya. “oh! Korang
banyak persamaan lah.”
Yamato meluat dengar ayat terakhir Takeshi
tapi dia mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut kawannya tentang budak
bernama Shou Lan tu. dia berfikir hingga dia dapat satu konklusi.
“Aku tak suka budak china bebal tu.”
Comments
Post a Comment