New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Monday, 28 April 2014

Unexception: One


Raven bermain dengan petung beruangnya di dalam bilik seorang diri. Dia hanya menggerakkan tangan patung itu dengan penuh kebosanan. Dia mengangkat patung tersebut searas dengan wajahnya dan di tenung mata merah patung hitam itu.

“Hey Crow, Mama takkan pernah cari aku kan?” soalnya tapi patung itu tidak membalas. “Die…”

Mata Raven bercahaya dan kepala patung itu terus meletup di depan matanya. “Don’t like this.” Katanya membuang patung itu kearah pintu biliknya yang terkunci. “Aku perlukan patung baru!”

Beberapa minit kemudian, pintu biliknya terbuka dan seorang lelaki baju bertemakan hitam masuk  dan mengambil patung hitam di kaki pintu. Dia memandang Raven dengan renungan yang sangat mengerikan. “Berapa banyak ‘kawan’ kau nak hancurkan?”

Raven buat muka tak kisah dan merebahkan dirinya di katil. Dia memandang siling bilik bertemakan warna kelabu yang kosog. Dia kelihatan sangat bosan, tersangat bosan sehingga tidak tahu apa tujuannya untuk hidup. “Sampai bila aku kena berada di dalam ni?”

“apabila kau capai 12 tahun.” Kata lelaki itu memeluk tubuh di tepi pintu yang terbuka sedikit.

Raven memandang lelaki menggerunkan itu dan memandang siling semula. Dia mengeluh panjang. “lamanya lagi….” Dia memejam matanya rasa seperti nak naik gila menunggu masa begitu lama untuk keluar dari bilik kosong, gelap dan kecil itu. “Kau…. kau pandai mengajar ke?”

Lelaki itu tersenyum sinis. “Kau nak aku ajar kau ke?”

Raven mengangguk. “sehingga aku keluar dari tempat ni.”

Lelaki itu mendekati katil Raven dan memandang budak kecil itu. “Sebelum itu, panggil namaku.”

Raven membuka matanya melihat wajah lelaki itu dan berpaling ke tepi. Memandang dinding bilik. “untuk apa?”

“kebaikan kau.”

Raven menjeling kearahnya buat seketika. “Tuan Claw.”

Lelaki itu menggeleng dengan tawa sinisnya. “Bukan yang tu.”

Raven mengeluh dan memejamkan matanya. “Kau boleh mengaku aku keluarga kau kepada orang lain dan aku boleh berlakon menjadi keluarga kau. tapi, aku takkan mengaku kau adalah keluarga aku. Aku tiada dan tak layak ada keluarga.”

Claw mencebik sambil mengangguk dan mengankat bahu. “That’s good enough. Esok kita mulakan cara untuk menjadi Devil sebenar.”

Claw berputar kembali keluar dari bilik Raven. “Oh ya, aku akan bagi kau patung baru esok. Latihan pertama kau, jaga patung tu esok sehingga kau mati.” Katanya sebelum mengunci Raven semula dalam bilik kecilnya.

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

1000 tahun akan datang….

Dua Angel terbang meluncur laju bak cahaya melimpasi garisan penamat membuat semua orang bersorak gembira.

“Yeah! Great job Light!” puji Breeze kepada seorang lelaki berambut emas.

“Taklah, Sky lebih hebat!” Light tersenyum malu. “So, siapa menang?”

Sky mengangkat bahu dan mereka bertiga memandang kearah pengadil yang berada di atas tingkat atas Coliseum tempat di mana Elder Angel berada.

“Pemenangnya adalah, Sky!” mereka semua bersorak lebih kuat dari sebelumnya dan rakan-rakannya terus memeluk Sky. Mereka dah agak anak kepada Elder Angel akan menang dalam pertandingan ini.

Lord Firold tersenyum bangga melihat anak lelakinya, Sky menang Obstacle Test dan pencapaian ini patut di banggakan kerana bukan semua Angel boleh menang dalam semua rintangan itu tanpa ada kemalangan. Nampak dari Sky, dia bersih dan tiada kesan calar di badannya menandakan dia tidak mengalami sebarang kesukaran dalam Ujian ini. Lainlah Light, dia tercedera pada kaki kanannya, mungkin Sky telah menolong dia dalam ujian tersebut. Memang patut di banggakan, seorang Angel patut mempunyai hati yang suci.

“Light, kaki kau okay ke?” Sky terus menyoal apabila kemenangannya sudah dinyatakan.

Light mengangguk. “jangan risau. Aku okay je.” Dia memandang kearah matahari yang hendak terbenam dan menjadi risau. “Kau rasa mereka yang lain akan okay ke?”

Sky turut menjadi risau dan begitu juga Breeze. Breeze sebaya dengan mereka tapi dia tidak menyertai Obstacle test kerana dia mengambil kerjaya hanya di dalam Heaven.

“Harap mereka semua akan selamat.” Light kata.

Sky pula berasa ragu tapi apa yang dia boleh buat? Tentu Lord Firold marah kalau dia keluar menolong Angel selepas matahari terbenam. Dia memandang kearah papanya yang berdiri di tingkat Elder yang turut memandang kearahnya.

Lord Firold menggeleng memberi amaran kepada anaknya untuk tidak keluar dari tempat itu. Tak, dia belum bersedia melawan mereka. Masanya akan tiba jua Sky, kau patut bersabar desis hati Lord Firold yang memang masak dengan perangai anaknya.

Sky menggenggam erat tangannya rasa sangat kecewa. Dia tahu dia boleh lakukannya tapi papanya tidak percayakan dia. Dia memandang pintu masuk coliseum itu dengan penuh rasa bersalah.

Breeze perasan riak wajah risau Sky dan memegang tangannya. “Jangan risau, Angel berpengalaman ada di sana mengawasi keselamatan mereka.” Katanya dengan senyuman yang lebut.

Sementara itu, seorang Angel terbang laju melimpasi gunung maut yang merupakan salah satu Challenge Test mereka. Dia terbang dengan terujanya kerana sikit lagi dia akan tiba di garisan penamat.

“Aku akan pass test ni!!!” jerit Lay dengan gembira. Dia mengelak batu-batu besar yang jatuh dari kepala gunung dengan Smooth nya. “Piece of cake!-eh?” dia break mati apabila dia terdengar ada seseorang budak sedang menangis tidak jauh dari tempatnya. Dia mula mencari hingga masuk kedalam gua yang agak gelap.
Lux” keluar cahaya di tapak tangannya membantu Lay memandang sekeliling bilik itu. “Siapa di sana?”

“Tolong…. Sesiapa tolong aku.” Kata budak kecil itu dengan tangisan teresak-esak. “Aku takut…”

Lay terlihat seorang budak perempuan menangis dalam gua, kotor dan kelihatannya dia dah sesat di gunung ni. Lay mendekati budak itu. “Jangan risau, aku ada di sni untuk menolong.”

Apabila perempuan itu berputar memadang Lay, dia tersenyum sinis. “Got you!”

“Yeeeeeahahahaha!”

“Kita ada mangsa! Kita ada mangsa!”

Datang dua devil masuk kedalam gua tersebut membuat Lay kecut berabis. “Ap- kau devil!”

Perempuan itu tertawa bangga sambil mengeluarkan sayap kelawarnya. “That’s me! Sekarang, prepare for your doom!! Dark! Fury! It’s time to play!!”

Mereka terus menyeru magic gelap mereka dan mengerjakan Lay didalam bilik gelap itu. Pergaduhan antara Angel dan tiga Devil berlaku.

“Give up lah Chicken! Kami nak nyawa kau untuk balang Destiny kami!” kata Dark sambil tertawakan Lay yang sudah tidak bermaya tapi masih lagi ingin berlawan.

“Balang Destiny?” Lay buntu. Balang apa tu? Walaupun dia dalam sesi persoalan dalam minda, dia juga memandang kekiri dan kekanan jika ada apa-apa dia boleh buat untuk melepaskan diri dari tempat itu. Pintu gua hanya ada di hadapannya tapi tiga devil menjadi penghalang.

Sly perempuan kecil itu tersenyum sinis dan mendepakan tangannya kearah Lay. “Say good bye Angel…”

“GOODBYE!!!” datang satu cahaya dari belakang tiga devil itu membuat mereka terbang mengelakkan diri.
Lay menutup matanya kerana silau, satu bilik itu bercahaya putih dan trust me, ia boleh membutakan mata. Tetiba Lay terasa ada sepasang tangan menolong dia bangun dengan meletakkan lengannya di sekeliling bahu si mistery ini.

“Sorry lambat.” Kata suara lembut itu membuat Lay lega. Bloom terus membawa Lay keluar dari tempat itu sebelum kuasa cahayanya malap.

Sly sudah dapat melihat sekeliling dan ta-da!! “Chis! Dorang dah lari, Bodoh! Cepat cari Durjana tu!!”

Dark dan Fury mencebik tapi tetap mengikut perintah, mereka keluar mencari dua angel itu.

“Nampaknya kita dah tinggalkan mereka di belakang.” Kata Blossom dengan lega. Dia memandang wajah Lay yang Cedera parah.

Lay hanya memandang kebawah tidak mahu bersemuka dengan Blossom sekarang. Dia baru sahaja mengalami situasi yang menyeramkan dan tentunya dia perlukan masa untuk bertenang. “Kau rasa kita akan selamat?”

Blossom mengangguk dengan senyuman nipis. “Jangan risau, Kita dah sampai dalam Zone selamat. Kawasan ni tiada Devil boleh masuk kecuali Angel.”

“Aku takkan rasa yakin sangat kalau aku jadi kau.”

Mereka berdua terus memandang di pintu gerbang coliseum yang tidak jauh dari pintu masuk Coliseum terdapat seorang perempuan berambut hitam sedang menyandar pada pintu gerbang tersebut dengan senyuman sinisnya.  Dia kelihatan mudah dari tiga Angel yang mereka baru berdepan di Gua tadi.

“Macam mana kau…”

Perempuan itu memeluk tubuh, matanya penuh dengan rasa ingin membunuh sekarang, senyumannya lebar seperti pemangsa baru jumpa mangsanya. Dia lapar, sangat laparkan Angel Soul!

“Bila singa sudah lapar, semua halangan dia boleh tempuhi.” Perempuan itu terus berlari kearah mereka dan menarik mereka berdua jatuh ke tanah. Dia menahan Blossom manakala membiarkan Lay melihat pertunjukannya kearah Angel perempuan di bawahnya.

Blossom meronta-ronta untuk melawan tapi apakan daya, Devil di atasnya itu terlalu kuat. Sangat kuat untuk seorang Devil kecil.

“Hey White Rooster, apa kau akan buat jika aku….” Devil kecil itu menarik rahang Blossom memaksanya untuk membuka mulut. “Mengambil nyawa your little hen?”  dia mendekatkan mulutnya dengan mulut blossom dan menarik nafas. Muka Blossom menjadi pucat dan cahaya putih keluar dari mulutnya.

“Berhenti!!”

Sky tiba terbang kelajuan cahaya dan menolak Devil kecil itu jauh dari rakannya mengakibatkan Devil itu terheret di tanah(? Atau awan?).

Sky berputar semula kearah Blossom, mengambil nyawanya yang ingin terbang tinggi dan masukkan dalam mulutnya sendiri. Dia sentuhkan bibirnya dengan bibir Blossom dan menghembus roh Bossom ke jasadnya semula.

Blossom membuka matanya dan tersenyum nipis. “Sky….”

Sky tersenyum manis. “Kau selamat.”

“Thank you…”

 “Hoi Angel hero. Kau ni, kacau daun lah.” Devil itu bangun dan membersihkan dirinya.

Sky bangun dan berdepan dengan Devil kecil itu. “Cam mana seekor devil boleh menjejakkan kaki di Holy ground?”

“Hmm? Holy?” Sky melihat dia tertawa berdekah-dekah. “Awan gebu cam gula-gula kapas ni holy sangat ke sampai devil tak boleh menjejakkan kaki?”

“Ya, Makhluk sekeji kau hanya layak di bawah kerak bumi. Tempat di mana tiada makhluk inginkannya.” Kata Sky dengan tegas.

Devil kecil itu mengangguk slamber dan bergerak ke hujung awan tersebut. Dia berputar memandang tiga Angel itu. “Tapi tempat tu tak terima makhluk sekeji aku. Sebab…. Aku lebih keji dari seekor devil dan lebih merbahaya.”

Mereka bertiga terkejut mendengar ayat tersebut. Lebih merbahaya? Dia tidak diterima?

“Kau siapa sebenarnya?” Sky terus menyoal mula rasa risau.

Devil kecil itu menuding jari kearah Sky. Jari telunjuk bertukar ke ibu jari menunjuk kearah dirinya. Jari telunjuk mengambil alih sekali lagi dan di letakkan pada bibirnya. “That’s our little secret now…”

Devil itu merebahkan dirinya kebelakang sengaja jatuhkan diri ke bumi. Sky berlari ke hujung awan itu dan memandang devil tersebut terjun sehingga awan menutupi penglihatannya.

Apa maksud kau dengan isyarat tu? Desis hati Sky keliru.

+=+=+=+=+=+=+

Claw yang terbang di udara sedang menghisap rokoknya dengan penuh kebosanan. Ini dah jadi rokok keduanya, kalau dia perlu sedut satu lagi rokok, dia akan pulang kerumah.

Claw tetiba mendengar geseran antara tujah dan gravity tidak jauh darinya. Dia terus mendongak mencari dimana geseran itu berlaku. Tepat di atas kepalanya. Claw mendepakan tangannya dan jasad budak kecil jatuh dalam dakapannya. 

“Beratnya kau..”

Devil kecil itu, Raven memeluk leher Claw dan menutup mukanya. “Shut up.”

Claw tertawa kecil dan terbang kebawah. “Kau dapat jumpa dorang?” Raven mengangguk. “kau… nampak ‘dia’ ke?” Raven memeluk Claw dengan lebih erat dari sebelumnya. “Kau gagal?”

“Just shut the hell up.”

Claw mengangguk faham maksud Raven. Akhirnya mereka tiba di depan veranda sebuah condominium dan Claw turunkan Raven di situ. “kerja kau akan mula esok so…. Sleep well, okay?”

Raven berputar masuk kedalam condonya dan menutup pintu tersebut serta langsir. Claw tertawa kecil melihat gelagat Raven yang masih dingin dengannya walaupun sudah 800 tahun dia jaga budak itu.

Rin, apa aku nak buat dengan budak kau ni? Desis hatinya sedih. Dia memetik jari dan lenyap dari tempat itu.

Sementara di sebalik langsir yang tertutup, Raven duduk memeluk kaki.

“Sangat berbeza.” Dia bangun dan lontarkan dirinya ke sofa. Dia rasa lemas yang teramat selepas berjumpa dengan para Angel di holy ground itu. Dia tidak patut berdepan dengan mereka. Dia tidak patut. Dia menjadi lebih sedih kalau dia jumpa dengan para Angel tapi hatinya berkeras untuk berdepan dengan makhluk suci itu. “Sangat berbeza dari aku….”


*^*^*^*^*^*^*
(A/N: Well, what do you think??)

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales