Rose Princesses: Unexpected encounter
Chapter 8
Disebalik pintu masuk untuk ke dewan tari menari, Luna
sedang menenangkan fikirannya untuk masuk ke dewan tersebut. Prepare dari segi
mental dan fizikal.
“Lu…… Lu….. Luna!”
Luna yang sedang menghayal tersentak dan memandang Mr. D.
“What? What is it?”
Mr. D tersenyum sambil menggeleng, sudah masak dengan
perangai Luna yang selalu gementar sebelum masuk ke dalam majlis formal.
“Aku nak beritahu kau yang aku sentiasa di sisi kau kalau
kau sendiri di dalam majlis formal. Kau tak perlu takut, jangan fikirkan sangat
tentang kritikan orang lain.” Mr. D mengenggam tangan Luna dengan erat
seolah-olah memberi semangat kepada Luna.
Luna mengangguk. “Aku tahu. Cuma, aku nak sangat kelihatan
elegant dan feminine di hadapan orang ramai. Tapi..” Luna tertawa kecil tetapi
kelihatan sedih. “Sebanyak mana pun aku cuba, pandangan mereka semua terhadap
aku tak akan berubah, kan?”
Mr. D menggeleng kepala menafikan ayat Luna. “Walaupun
mereka tidak sukakan kau…” Dahi mereka bersentuhan. “Aku akan tetap suka dan
cintakan kau sepenuh hatiku dan itu tak akan berubah walau sedikit pun.”
Wajah Luna bertukar merah malu dengan ayat jiwang Mr. D.
“Kau tahu aku dah ada Bf kan? Kenapa kau masih cam ni?”
Mr. D tertawa dan memeluk Luna dengan erat. “Aku tak kisah
siapa lelaki pilihan kau kerana pada akhir cerita puteri akan berkahwin dengan
putera raja bukan orang biasa, kan?” Mr. D memandang tepat kearah mata Luna.
“Aku tahu kau cintakan aku juga tetapi kau sembunyikan kerana kau takut
reputasiku akan jatuh kalau aku bercinta dengan She-Devil, perempuan yang
paling biadap dalam dunia. Betul kan?”
Luna berpaling kearah lain. Tidak mahu memandang wajah Mr. D
yang selalu melemahkan dia untuk sembunyikan kebenaran. “Kalau dah tahu jangan
tanya lagi.” Luna berdepan dengan pintu masuk dewan sambil memegang erat tangan
Mr. D. “Kau janji takkan buat aku rasa di pulau dalam majliskan? Jadi setiap
majlis aku pergi, kau mesti ada okay?”
Mr. D mencium tangan Luna. “It will be my pleasure.. My
Luna.”
“Luna… Luna.. Cik Luna.. Cik Luna…”
Luna tersentak dari lamunannya. Tidak sangka sebelum masuk
ke dalam dewan tari menari sempat lagi teringatkan kisah lama.
“Cik Luna dengar ke cam mana nak masuk kedalam majlis ni?”
Soal Meira yang mengatur entrance Luna kedalam Majlis tersebut sebagai tetamu
istimewa.
Luna mengangguk hanya berdiam diri. Dia menarik nafas
sedalam yang mungkin. Nampaknya aku akan masuk secara solo buat pertama kali.
Mr D ku dah tiada untuk comfort aku di sini desis hati Luna sedih.
Maya memegang bahu Luna. “Saya tahu Cik Luna pasti takut
sekarang tapi tolong jadi seorang yang elegant dan feminine seboleh mungkin.”
Luna mengukirkan senyuman di bibir cuba meyakinkan mereka
yang dia akan okay. “Jangan risau. Saya takkan hampakan En Edward.” Luna
memegang langsir sutera mera di hadapannya rasa sangat gementar langsir
tersebut akan dibuka tidak lama lagi. “Aku kena tunjukkan semua apa yang aku
ada kepada mereka!” kata Luna seolah-olah berbisik.
Meira kagum melihat keberanian Luna. “Cik Luna… saya nak
beritahu sesuatu yang En Edward rahsiakan.”
Terbeliak mata Maya mendengar Meira ingin bocorkan plan En
Edward. “Mei…”
Meira menggeleng. “Dia patut tahu tentang semua ni. En
Edward tak patut mengenakan orang yang tidak bersalah.” Meira memandang Luna
dan menerangkan rancangan En Edward terhadapnya.
Luna terkejut mendengar plan licik En Edward. Riak wajahnya
bertukar ke senyuman sinis. Kita akan tengok, siapa akan terkejut nanti… desis
hati Luna ingin merosakkan surprise En Edward.
XOXOXOXOX
Fiona
& Viola
Ann
Mea
Bayangkan mereka
berempat pakai gaun cam ni okay?? ^_^
Mea bersama dengan Si Kembar dan Ann sedang berborak di
dalam majlis sementara menunggu pengumuman dari En Edward.
Ann sedang rancak berborak dengan golongan bangsawan dan
kerabat diraja sementara Si kembar dan Mea hanya melayan diri mereka sendiri.
Rasa tercicir juga apabila mereka tidak dilayan dan hanya di tenung seperti
orang asing. Tapi, semua itu kena ditahan dalam hati sehingga pengisytiharan
tentang kehadiran mereka sebagai Rose Princesses.
Kelihatan juga Shinee sedang berborak dengan golongan
bangsawan yang lain, sedang melayan tetamu dan untuk menjaga maruah mereka dari
di umpat dan di pijak.
Mea hanya melihat kelibat Onew yang kelihatan segak dengan
baju formal Robella berwarna putih emas bersama dengan Jonghyun yang juga
berpakaian formal berwarna putih biru langit seperti adik beradiknya yang lain
Cuma mereka berlainan tema warna.
Cheh! Pervert tetap pervert! Jerit hati Mea. Onew memandang
kearah Mea dan mengenyit mata kearahnya dan kembali berborak dengan tetamunya.
Mea menjadi sangat malu kerana mengejek Onew. Shish! Time
sekarang pun dia sempat buat hal desis hati Mea.
Si kembar mendekati Mea dengan sopan santunnya. Mea hanya
menahan gelak melihat si kembar bergerak tanpa melompat dengan active.
“Kau rasa Luna akan datang ke?” Fiona terus menyoal
seolah-olah berbisik.
Mea mengangguk yakin. “Luna takkan mungkir janji, kau Fee
kan?”
Fee menggeleng. “Bukan. Aku Vee.” Fiona menjungkit kening
tiga kali.
Viola tertawa sopan, kawal attitudelah gitu… “Kali ni jangan
tersilap okay?” Viola mengenyit mata.
Mea mengangguk mengingatkan jenis gaun mereka berdua supaya
tidak tersilap lagi. “Okay.. no more mistake again.”
Si kembar tersengih-sengih melihat Mea ditipu bulat-bulat
dengan hela mereka. sempat ber’high five lagi si kembar.
Ann menghampiri mereka dengan senyuman yang sangat ceria.
“Evening you girls.” Sapanya dengan sopan. “Korang tahu ke apa yang En Edward
nak umumkan nanti?” Soal Ann dengan mesra.
Viola dan Fiona rasa sakit hati melihat watak comel Ann. Tsk..
so much drama desis hati Viola.
Whatever desis hati Fiona pula. Mereka berdua memandang
kearah lain malas nak layan Ann.
Mea hanya menggeleng melihat reaksi si kembar. “Tak juga.
Aku ingatkan kau tahu?”
Ann menggeleng. “Aku tak sempat tanya dengan En Edward.
Shinee sendiri tak tahu apa benda penting tu.”
Kedengaran bunyi petikan jari dari tangga utama majlis
tersebut. Kelihatan En Edward dengan senyuman mesranya seperti biasa.
“Selamat malam ladies and gentlemen. Saya harap majlis
sempana ulang tahun Puteri Elizabeth ke-22
akan berjalan dengan lancar malam ini!” kata En Edward dengan semangatnya.
Tetamu didalam dewan tersebut memberi tepukan dan juga
berharap majlis tersebut berjalan tanpa ada sebarang gangguan.
En Edward tunduk hormat dan terimah kasih untuk tepukan
gemuruh tetamu. “Oh… hampir terlupa.” En Edward tertawa dengan kesilapannya
sendiri.
Key hanya menggeleng melihat telatah En Edward yang
bersemangat setiap tahun tentang majlis ulang tahun Eliza. “First time aku
nampak Mr. perfection buat kesilapan.”
Minho tertawa. “Everybody makes mistake.”
En Edward memetik jarinya dan lampu di sepanjang pagar
tangga hidup seolah-olah memberi laluan kepada seseorang. “Ini hari, saya ada
tetamu istimewa dari seberang ‘jambatan’ dunia….”
Mereka terkejut mendengar ayat En Edward membuat mereka
berbisik sesame sendiri. Seberang jambatan dunia? Dunia mana? Bagaimana En
Edward boleh melimpasi jambatan tu?
“Calm down my loyal friend” Kata En Edward cuba menenangkan
keadaan. “Seperti yang saya katakan tadi. Gadis ini datang dari dunia lain merantau
ke dunia kita untuk melawat Robella dan….”
“Woah… budak baru.” Teamin memeluk tubuh rasa teruja ingin
melihat siapakah gadis tersebut. “harap dia peramah dan mudah di bawah kawan.”
Key dan Minho hanya mengangguk setuju, Rasa ingin tahu juga
Gadis seperti mana En Edward katakan ini.
En Edward tersenyum sinis. “Saya persilahkan, Cik Luna…” Dia
memetik jarinya dan langsir sutera merah yang berada di puncak tangga terbuka
dan kelihatan seorang gadis yang tersenyum dengan menawannya membuat semua
orang dalam dewan tergamam melihat gadis tersebut termasuk Shinee dan Rose
Princesses.
En Edward hairan kenapa tiada tepukan di terima dan dia segera
berpaling ke belakang. “Will you look at that?” Katanya sendiri terkejut
melihat kejelitaan Luna.
Luna tunduk hormat dengan sopan kepada semua orang dalam
dewan disertakan dengan senyuman yang sangat menawan.
Luna memandang sekeliling. Ramai juga tetamu malam ni,
baiklah Edward, kau nak kenakan aku kan? Sekarang aku yang prank kau.
Mentang-mentang wajah aku sama dengan Eliza, kau ingat itu boleh buat aku takut
ke? Desis hati Luna.
En Edward menghulurkan tangannya kearah Luna menyuruh Luna
mendekatinya. Luna hanya mengikut isyarat En Edward dan turun tangga bergerak
ke sisi En Edward.
Shinee dan Ann tergamam melihat wajah Luna dan memandang
sesama sendiri. Tidak sangka Luna yang jenis tidak suka bermake-up dan
berfashion terserlah kejelitaannya di malam itu. Yang lebih mengejutkan ialah
wajahnya sangat mirip dengan Eliza apabila dia di hias bagai puteri raja.
Mea dan Si Kembar ber’high five secara senyap rasa gembira
melihat Luna akhirnya tiba di majlis formal dan dikhaskan jadi tetamu khas.
“Dah lama aku tak nampak Luna pakai gown.” Kata Fiona kagum
melihat kecantikan Luna.
Datang sekumpulan waiter masuk kedalam dewan memberi segelas
wain kepada mereka untuk merasmikan majlis tersebut.
Luna mengambil gelas wine yang lain dari yang lain. Dia
melihat wine berwarna silver, sangat unique.
“Kau sebagai perasmi majlis ni.” kata En Edward berbisik.
Luna hanya mengangguk. dalam hatinya rasa seperti nak
larikan diri seperti selalu tetapi dia tetap kuatkan semangatnya untuk berdepan
dengan semua orang walaupun menggerunkan.
Luna memandang semua orang. “Ladies and gentlemen. It’s been
an honour for me untuk menjadi perasmi majlis ulang tahun Puteri Eliza yang
ke-22. Saya tidak tahu bagaimana rupanya atau sifatnya tapi yang saya tahu,
Puteri Eliza seorang yang sangat di sayangi oleh kamu semua.” Kata Luna degan
senyuman yang berniat. Luna memandang En Edward dan tersenyum sinis. Luna
memandang kehadapan semula apabila riak wajah En Edward berubah menjadi takut.
Seorang lelaki di dalam kalangan orang bangsawan tersenyum
melihat Luna yang kelihatan yakin berucap di hadapan orang ramai.
Mata Luna tertumpu kepada lelaki tersebut apabila terasa
kehadiran orang itu sehingga membuat ucapannya terhenti. Tak mungkin… Itu…
Luna segara memotong ucapannya yang belum tamat.“errmm…
anyway, Long live Robella!” Luna memberi ucapan terakhir dengan giving a toast
mempercepatkan perasmian majlis.
“Long Live Robella!” yang lain juga turut mengikut Luna dan
minum wine mereka.
Luna hanya menyentuh air tersebut dengan bibirnya tanpa
menghirupnya. Tidak tahu kenapa dia tidak ingin minum wine tersebut. Mungkin
kerana rasa curiga dengan En Edward? Atau kerana lelaki tu?
Sebaik sahaja perasmian majlis tamat, para tetamu mula
bersuka ria sesama mereka dengan menari berpasangan di dance floor, berborak
dan menjamu selera di buffet.
Luna menuruni tangga secepat yang boleh dengan cara elegant
dan mula mencari kelibat lelaki tersebut.
Tak mungkin dia kan? Mungkin kembar nya? Aku kena cari dia
desis hati Luna mencari Lelaki tersebut.
“Lu!” si kembar memeluk lengan Luna dengan gembira.
“Tak sangka kau akan datang!” jerit Fiona dengan gembiranya.
“Jadi tetamu khas lagi tu. memang epic!” Viola memuji
kehebatan Luna sebagai tetamu istimewa.
Luna hanya tersenyum nipis. Matanya masih mencari-cari
lelaki tersebut. “Thanks you guys.”
Mea mendekati Luna dan menepuk bahu Luna. “kau pasti takut
kan? Nampak dari muka kau aku dah tahu yang kau ketakutan tadi.” Mea mengangkat
tening double jerk. “acting cool tapi menggeletar satu badan. tak makan beb!”
Mereka berempat tertawa.
Luna memegang tangan Viola. “Vee, kau perhatikan En Edward
okay?” Luna beralih ke Fiona. “Fee pula, keep Princes Shinee busy, Okay?”
Viola dan Fiona mengangguk setuju sebaik sahaja mendengar
arahan Luna. “leave it to us!”
Luna mengangguk dan si kembar beralih. Luna memandang tepat
ke wajah Mea dengan riak wajah yang risau. “Mea…”
Mea mengangkat tangannya. “Aku tahu, tak perlu cakap.
Pergilah kalau kau nak. Aku coverkan kau dari sini.”
Luna tersenyum dan memeluk Mea. “Aku percayakan kau.” Luna
segera berlari anak meninggalkan Mea dan mulakan pencariannya.
Mea hanya tersenyum melihat Luna yang sedang bersungguh-sungguh
mencari seseorang. “Good luck finding Mr. D.” Katanya seolah-olah berbisik. Dia
dapat tahu dari reaksi wajah Luna, air muka yang menunjukkan dia terjumpa
pujaan hatinya.
Luna akhirnya jumpa lelaki tersebut dan tersenyum. Dia tidak
jauh dari tempat dia berdiri. “Don…” Luna menutup mulutnya. Sikit terlepas
cakap.
Lelaki tersebut memandang kearah Luna dan tersenyum. Luna
terkejut melihat senyuman Mr. D memberi singnal kepada Luna untuk
mengekorinya ke veranda dan tanpa bantahan Luna mengekorinya dari jauh .
Langkahnya terhenti dari keluar dari veranda apabila seorang
perempuan muncul dihadapannya. “Evening Cik Luna…” Kata perempuan tersebut
dengan nada yang tidak puas hati. “Atau.. patut aku kata Duplicator Eliza?”
Luna tersentak dengan ayat perempuan tersebut dan segera
mengundur selangkah darinya. “Kau siapa?”
Perempuan itu memandang ke kiri dan ke kanan. Dia terus
menggenggam pergelangan tangan Luna dan membawanya keluar dari dewan tersebut
tanpa ada sesiapa yang tahu.
Comments
Post a Comment