NCK: Bab 1


“Permainan Fantasy Dream Online, Air Gear dan segala ciptaan Programe Doktor Ayaka Nigoshi telah di haramkan oleh pihak kerajaan kerana telah membunuh sebanyak 2000 orang dan sekarang terdapat 300 pemain FDO yang masih tidak sedarkan diri di hospital atas sebab-sebab tidak di ketahui. Apa yang kita perolehi ialah Pemain yang masih terperangkap dalam dunia maya ini telah mendapat rawatan sebaiknya sehingga langkah seterusnya di umumkan.

Selain itu, kami dapati bahawa Doktor Ayaka telah mati beberapa hari yang lepas, menggantung diri di dalam pejabatnya dengan meninggalkan mesej pada computer pejabatnya yang menyatakan ‘It’s Not Over. Walaupun aku telah mati di dunia ini, masalah kamu tidak akan selesai selagi ‘DIA’ tidak berhenti.’ Persoalannya sekarang… siapakah Dia? Adakah orang yang Doktor katakana ini orang yang menyambung kegiatan jahatnya atau mempunyai muslihat lain kepada 300 pemain yang masih terlantar di atas katil hospital?

Berita seterusnya, pemain yang Berjaya melepaskan diri dari permainan—”

Toshiro matikan TV tidak tahan dengar berita buruk itu. “Dia takkan berhenti dari buat masalah walaupun dia dah mati. Orang tua gila…” bisiknya sambil relaksnya badannya di sofa sambil memandang siling rumahnya.

Dah dua bulan dia bebas dari permainan maut itu tapi berita tentang doctor ayaka masih lagi hangat di pasaran. 

“Accel….” Dia menghembus nafas lelah masih tidak jumpa perempuan yang dia telah jatuh cinta sehingga kini. “Tiada siapa tahu tentang perempuan tu. Search di internet pun tak jumpa. Melihat gambar mangsa yang terkorban; Accel tiada dalam tu.”

Dia pasti ada sesuatu yang tak kena, mungkin Accel masih hidup atau kematiannya di sembunyikan atas sebab-sebab tertentu. Apa dia patut buat? Semua dah dia buat untuk cari perempuan itu sampai sekarang dia tak jumpa.

*Tling!

Toshiro melihat phonenya yang berdering di coffee table dan check siapa yang sms dia.

From: Akira
Texts: Jumpa tempat biasa, kami jumpa sesuatu.

Toshiro segera mengambil jaketnya dan pergi ke sebuah Pub dengan Bike hitamnya. Dia harap penemuan Akira kali ni lebih baik dari sebelumnya.

Dia melompat turun dari motorsikalnya sebaik sahaja dia parking dan masuk kedalam Pub itu. “Apa kau jumpa?”

Akira yang duduk di bar sambil berborak dengan Herculies terhenti dan memandang kearah Toshiro.

Dia tersenyum. “Jangan nak terburu-buru sangat. Meh duduk sini.” Dia tepuk-tepuk kerusi di sebelahnya.

Toshiro tersenyum nipis dan duduk sebelah Akira. “Okay, boleh beritahu aku apa kau jumpa sekarang?” Dia memandang kearah Herculies. “Herculies, apa dia?”

Herulies tertawa kecil. “Aku dah kata aku dah give up dengan nama tu.” Dia menghulurkan segelas air sirap kepada Toshiro. “Nama aku Ryu.”

Toshiro menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Gommen, dah lebih setahun aku kenal kau sebagai Herculies.”

“Takpa, lain kali jangan salah lagi.”

Toshiro mengangguk dan memandang kearah Akira. “So, apa yang kau jumpa?”

Akira mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya dan tunjukkan kepada Toshiro. Sebuah Permainan maya yang bernama Nura Celestia Kingdom.

Toshiro mengambilnya dan periksa information tentang game itu. Matanya terbeliak bulat. “Game MMORPG yang baru?”

Akira mengangguk. “Aku tahu tentang ni dua hari lepas time aku tengah cuci mata di kedai CD di Bandar. Aku dengar benda ni dah di lancarkan seminggu selepas total Shut down FDO dan teka siapa pencipta NCK?”

Toshiro membaca nama pengasas game itu. “Izumi Naoka. Siapa tu?”

“Apprentice Ayaka.”

“Nani?”

Herculies mengangguk. “Aku rasa lelaki orang yang Ayaka katakan yang akan teruskan rancangan jahatnya.”

Toshiro mula berminat dengan kajian mereka. Akhirnya ada peningkatan atas pencarian mereka. “So, mungkin lelaki ni tahu tentang Accel kan?”

Akira mengangguk dan memakai semula topi Fedoranya. “Hai. Sekarang apa yang kita patut buat ialah jumpa lelaki ni di Syarikat Easter dan mulakan soal jawab dengan dia.” 

Toshiro mengangguk dan mereka berdua bangun serentak.  “Kita akan ke sana sekarang.”

Herculies tersenyum nipis melihat semangat dua lelaki ni. mereka tetap bekerjasama mencari Accel, Walaupun cintakan perempuan yang sama.

Setelah mereka keluar dari permainan maut itu. Toshiro memulakan pencariannya mencari salah satu dari pemain FDO dan orang pertama yang dia jumpa ialah Herculies yang sedang membuka semula Pub nya. Dari sini, Toshiro meminta pertolongan dari herculies untuk mencari Accel dan apa-apa maklumat tentangnya. Namun pencarian mereka gagal kerana rekod kematian Accel tiada dalam list mangsa FDO dan tiada dalam senarai nama mangsa yang masih stuck dalam permainan maya itu.

Beberapa minggu kemudian, Mereka berjumpa dengan Akira di salah sebuah syarikat Multimedia yang ada kaitan dengan pelancaran FDO.

Rupa-rupanya, Akira seorang pereka fashion avatar game mereka dan masuk FDO kerana inginkan inspirasi dari permainan itu sebab dia kebuntuan idea tentang fashion avatar perempuan. Tak nyer sedihnya dia bila di panggil pondan oleh hades…

“Oh baru aku ingat.” Toshiro memandang kearah Akira. Mereka sekarang berada di dalam teksi dalam perjalanan berjumpa dengan appreantise Ayaka.

“Apa?” Akira yang menghayal memandang kearah Toshiro.

“Kau dah jumpa Hades tak?”

Akira menarik sengih. “Nak buat apa cari budak gila tu? Telinga aku aman dan tenteram tanpa dengar dia membebel tentang aku jadi pondan. Kau tahu tak betapa sakitnya telinga ku ni? BERDARAH telingaku kalau aku dengar suaranya lagi, kau tahu?”

Toshiro tertawa. “Betul ke kau taknak jumpa dia lagi? Dari apa aku dengar dari medeis korang ada something.” Toshiro menjungkit kening double jerk.

Akira mengeluh. Okay, dia dah jumpa Hades a.k.a Yui Yamamoto dan di mana dia tinggal. Masalahnya takkan dia nak berdsemuka dengan perempuan gila tu? Entah jin mana yang rasuk dia setiap malam supaya tomboy tu meliar-liar di dalam mindanya sampai dia tak senang duduk. Bila dah jumpa di mana dia… Mak Oi! Happy bebenor tapi masalahnya dia stuck di situ. Apa dia nak cakap denga hades—eh—Yui? Nak cakap ‘Hi! I’ve been looking for you’ atau ‘yo! Long time no see!’ Dah tentu Hades karate dia time tu jugak.

Dalam prinsip lelaki tulen(Yang sememangnya dia tulen dan bukan pondan) Perempuan ialah complicated human being bagi seorang lelaki. Tambahan pula perempuan ni T.O.M.B.O.Y, Cam mana dia nak berdepan dengan spisis wanita yang songsang ni hah?

Mereka tiba di depan sebuah bangunan yang tingginya 45 tingkat dan mereka pergi ke kaunter pertanyaan.

“Boleh saya bantu?” soal pekerja perempuan itu dengan senyuman professionalnya.

“Kami ada appointement dengan Encik Izumi pada jam dua ni.” Kata Akira dengan professional membuat Toshiro menjungkit kening.

Bila kita buat appointment?

Pekerja itu mengangguk dan melihat pada skrin monitornya mencari orang yang membuat appointment dengan Izumi Naoka. “Oh, Encik Akira Shinn. Sila pergi ke tingkat 12 dan bertemu dengan secretary yang ada di sana.”

Akira mengangguk dan mula bergerak ke lift diekori oleh Toshiro. Sebaik sahaja pintu lift tertutup, Toshiro bersuara; “Arigato…”

Akira tertawa kecil. “Tak perlu. Lagipun aku buat ni dengan tujuan yang sama dengan kau.”

Suasana menjadi senyap dan tegang. Tiada siapa pun yang bersuara kerana memikirkan perasaan mereka masing-masing.

Betul, Akira sukakan Accel juga dan tak mustahil lah dia buat semua ni untuk mencari Accel. Tapi kenapa dia nak bekerjasama dengan aku untuk cari Accel? Dia mempunyai peluang besar untuk selamatkan Accel sendiri tapi kenapa dia beritahu aku? Kenapa dia nak aku tahu tentang keberadaan Accel juga?

“Kalau kau fikir kenapa aku beritahu kau tentang ni aku beritahu kau.” Toshiro memandang kearah Akira yang tumpukan perhatian pada nombor lift. “Sebab aku sendiri keliru sekarang.”

*Ting!

“Oh, kita dah sampai. Jom pergi.”

><><><>< 

Seorang lelaki berumur 16 tahun sedang berbual dalam talian dengan seseorang dengan wajah yang tegang, tak suka dengar apa yang keluar dari mulut si pemanggil.

“Okay… Hai… Tapi—Alright! Okay, Yuki faham mama, semuanya akan okay. Yuki faham.” Katanya sambil mengeluh. “Baiklah.” Dia matikan talian dan menghentakkan kembali di tempatnya.

Tak guna! Semua orang tak percaya desis hatinya dan bergerak naik ke tingkat atas. Dia berhenti di depan bilik seorang perempuan yang sangat dia sayangi. “Kenapa tiada siapa percaya…?” lelaki itu membuka pintu bilik itu dan melihat setiap sudut bilik itu dan mengeluh. “dua tahun…. Senior memang gila sampai sanggup korbankan nyawa Kumiko.” Dia menutup pintu bilik itu. Kenapa? Apa lagi dia nak buat kat Kumiko? Kenapa dia tak keluar dari permainan maut tu dan jadi mangsa?

Yuki ambil keputusan untuk berjumpa dengan perantis Ayaka kerana dia tahu lelaki tu ada kena mengena dengan semua ini.

><><><>< 

Toshiro dan Akira duduk berdepan dengan seorang lelaki awal 20-an, bersuit kelabu dengan spect mata nipis memandang kearah dua remaja ini dengan senyuman nipisnya.

“Apa boleh saya bantu?”

Akira membalas senyuman Izumi. “Saya dapat tahu yang game MMORPG yang terbaru Nura Celestia Kingdom ni ialah tiruan dari game MMORPG pertama, Fantasy Dream Online. Betul?”

Izumi mengangguk dan rehatkan badan di kerusi bergeraknya. “Betul. Game ini di lancarkan dua minggu lalu dan mendapat sambutan hangat.”

Toshiro menjungkit kening. “Kami hairan cam mana kamu boleh lancarkan game ini tak lama selepas total shut down game rekaan Doktor Ayaka—” Toshiro perasan riaksi Izumi semasa dia menyebut nama pembuat FDO. “—dan bagaimana kamu cepat sangat tiru game itu dalam masa tersingkat. Melainkan kamu ada hubungan dengan Doktor Ayaka.”

Akira mengangguk. “Kami tahu yang kamu perantis Doktor Ayaka dan kami nak tahu—”

“Ya, saya meniru permainan MMORPG Senior.” Katanya dengan jujur. “Tapi saya pastikan kepada kamu semua yang saya takkan buat benda bodoh seperti Senior saya buat.”

Toshiro dan Akira saling berpandangan dan kembali kearah Izumi. “Bukankah Nerve Gear dah di haramkan? Adakah kamu dah buat device baru untuk log in dalam permainan MMO ni?”

Izumi tertawa kecil mendengar penerangan hebat Toshiro. “Nampaknya saya berjumpa dengan bekas Pemain FDO. Kamu takut perkara berlaku akan terjadi sekali lagi kan?”

“Ya.” Jawab akira tapi dalam hatinya; lebih kurang cam tu.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya takkan buat perkara yang bodoh seperti Senior Ayaka dan Ya, Nerve Gear telah di haramkan kerana mempunyai fungsi yang boleh merosakkan neuron otak. So, saya telah meniru prototaip hamusphere yang hanya ada dua dalam dunia ni.” Dia mengeluarkan alat yang kelihatan seperti spect-mata  dari laci meja kerjanya dan letakkan di atas meja. “Ini adalah hamusphere No.1. benda ni istimewa dari Nerve gear kerana ia mengawal system game dan menyimpan memori avatar serta mempunyai banyak kelebihan dalam permainan MMO.”

Akira memandang hamusphere itu dan mendongak memandang Izumi. “Mana hamusphere No.2?”

Izumi merenung kearah alat itu sementara waktu sebelum memandang kearah mereka. “Pernah dengar pemain bernama Beater?”

Mereka berdua terkejut. Toshiro teringatkan tentang Accel boleh buka System Programe semasa badannya di tusuk oleh Ayaka. Accel boleh kawal permainan MMORPG.

Mereka makin hampir dalam membongkar keberadaan Accel. “Hai.” Jawab mereka serentak.

“Hamusphere No.2 mungkin ada dengan dia. malangnya saya tak dapat mengambilnya dari dia kerana lokasinya yang saya tidak ketahui.”

Toshiro dan Akira mula kecewa. Jadi Izumi juga tak tahu tentang keberadaan Accel sekarang maksud dia tak tahu Accel hidup atau mati.

“Saya dengar yang dia dekat dengan Senior Ayaka dan saya dapat rasakan Ayaka berikannya kepada Beater kerana janji.”

“Janji?”  Akira menjungkit kening.

Izumi mengangguk. “Semasa saya dan Senior sedang menjalankan projek MMORPG ni, dia pernah beritahu saya sebab dia bersungguh-sungguh sangat dalam membina game maya ni. Rupanya dia berjanji kat perempuan tu yang dia akan jadikan dia Permaisuri dalam permainan MMORPG.” Izumi tertawa kecil. “Cinta… memang buta.”

Mereka mula memikir ayat Izumi. Jadi selama ni Accel dah tahu yang dia akan jadi permaisuri dalam permainan FDO tapi akhirnya melawan Ayaka kerana kerja gilanya memerangkap mereka dalam permainan maut itu.

Dua remaja itu terkejut apabila mendengar jeritan dari luar bilik pejabat Izumi.

“Minamoto-san tunggu Naoka-san ada—”

“Urusai!”

Pintu itu di buka kasar dan masuk seorang lelaki muda mendekati mereka dengan wajah tegang. “Izumi…”

Izumi menjungkit kening. Wajahnya yang tenang turut berubah menjadi gelap. “Apa kau buat di sini?”

Yuki memandang dua lelaki yang ada appointment dengan Izumi hairan. Kenapa ada dua remaja datang jumpa lelaki tu? tapi dia endahkan persoalan itu dan tumpukan kepada Izumi.

“Seperti selalu. Beritahu aku kenapa Kumiko tak sedarkan diri sehingga sekarang? Kau cakap kau dah selamatkan dia tapi dah dua bulan dia tak sedarkan diri!”

Toshiro dan Akira saling berpandangan. Jadi budak ni ada kaitan dengan mangsa 300 orang tu.

Izumi mengeluh. “Yuki, kan aku dah kata aku buat sebaik yang mungkin untuk kembalikan kakak kau. Sekarang please let me settle it.”

Yuki menarik sengih. “Kau ingat aku tak tahu ke rancangan kau?”

“Yuki, aku ada tetamu.”

“Kalau kau buat sebaik yang mungkin kenapa kau—”

“Yuki Minamoto!”

“—nak berkahwin dengan Kumiko tanpa tunggu dia sedarkan diri?” Yuki endahkan namanya di panggil tanda amaran. Dia tak takut dengan lelaki tu walau sikit pun. “Apa sebenarnya rancangan kau hah?”

Izumi mengeluh. “Akira-san, Toshiro-san boleh tak kita tamatkan perbualan ni di sini? Saya nak berbincang dengan lelaki ni sekarang.”

Akira dan Toshiro mengangguk dan keluar dari bilik itu dengan penuh persoalan dalam minda mereka.

><><><>< 

Dalam sebuah permainan yang terkenal selepas total shut down permainan FDO, dua remaja sedang terbang dengan peyapu terbang mereka menuju ke Puak Sylph yang terletak di bahagian Selatan Nura Land.
Salah Seorang Witch yang muda setahun dari kawannya bersuara; “Medeis! Kau pasti ke Lord Cytrus tak marah kita pergi ke Puak Umbra?”

“Luciey, Of course dia takkan marah.” Luciey tersenyum lega. “—kalau dia tak tahu, kan?”

“Medeis!”

Medeis tertawa besar melihat muka Luciey yang cemas. “Jangan risau, kalau dia Tanya kita dari mana, jawab je aku ajar kau beberapa spell magik kita.” Katanya sambil mengenyit mata.

Medeis dan Luciey kelihatan lain dalam permainan NCK ini kerana dalam FDO mereka menggunakan wajah mereka sendiri tapi di NCK pula tidak. Di sini mereka buat Avatar mereka sendiri yang berlainan dari wajah sebenar mereka.

Medeis memakai pakaian Witch yang bertemakan warna merah seperti selalu Cuma wajah dan rambut yang agak berlainan. Rambutnya dalam permainan ini warna hitam, lurus hingga paras siku dan warna matanya ialah almond.

Luciey pula sekarang bukan pakai armour seperti dalam FDO, dia dah berpakaian Witch bertemakan wakna kuning dengan rambut bewarna emas dan anak mata hijau.

Setelah keluar dari FDO, mereka dapat berita tentang pemainan baru yang sama seperti rekaan Ayaka dan mengambil keputusan untuk join dalam permainan itu kerana mereka takut kalau-kalau ia satu perangkap lagi dan mereka yang berpengalaman boleh menyelamatkan mereka yang newbie dalam permainan MMORPG ni kalau masalah terjadi seperti Permainan Maut Ayaka. Nampaknya setelah dua minggu lebih main game ini, tiada masalah yang menimpa pada pemain kecuali masalah dalam buat misi.

Mereka akhirnya mendarat di tengah Kota Sylph dan menuju ke café berdekatan.

“So, Cam mana pembelajaran magik kau?” Soal Medeis sebaik sahaja mereka memesan minuman mereka pada pelayan Player di café itu. “kenapa kau tak ambil Puak Fortis atau Puak Domitor cam abang kau?”

Luciey mengangkat bahu. “First rancang nak ambil Puak yang sama dengan abang tapi….”

“Lucy, perhatikan Medeis okay? Abang dah pujuk dia masuk Puak Domitor tapi… dia suka sangat dengan watak ahli Sihirnya dan berkeras ambil Puak Sylph,”

Luciey teringatkan permintaan Loky dan terpaksa akur. Lagipun dia rasa lebih best bersama Medeis dari abangnya yang over-protective tu.

“tapi apa?”

Luciey tersentak dari lamunannya dan tersenyum. “tapi lebih best kalau main dengan perempuan dari abang.”

Medeis tertawa kecil. “Betul tu. Oh ya, kau ada jumpa dengan yang lain ke?”

Pelayan datang memberikan minuman mereka dan berjalan pergi sebaik sahaja mereka berdua mengucapkan terima kasih.

Luciey menjungkit kening. “Siapa? Hades—eh—Yui dan yang lain?”

Medeis mengangguk. “Aku dapat berhubung dengan Scy—eh—Shizuka sekali dan aku dapat tahu dia rupanya tinggal di army base yang di rahsiakan. Nampaknya kita takkan jumpa dia lagi.”

“Hades.. urm… Yui pula tinggal jauh di hujung Bandar Nedeshiko, susah nak contact dengan dia.”

Mereka diam buat sementara waktu sebelum tertawa kecil.

“Nampaknya kita lebih senang panggil dorang dengan nama Game dari nama real kan?”

Luciey mengangguk setuju. Tetiba, dia teringatkan sesuatu membuat dia mengeluh. Tak sangka dua bulan dah kematian Accel berlalu dan sekarang nama Accel sebagai Beater si Pembelot dan berubah menjadi Beater si Penyelamat dan di kenali oleh ramai orang di dunia reality. Malah, permainan MMORPG yang baru ni pun tahu tentang Beater.

Medeis melihat Luciey mengeluh dan mula risau. “Kenapa ni Luce?”

Luciey tersentak dan menggeleng. “Nothing, aku terfikir pasal Accel. Kalau dia masih hidup sekarang ni mungkin dia ambil Puak Fortis kan?”

Medeis tersenyum tawar. “Ya, itu pun kalau dia nak main MMORPG lagi.” Dia bermain dengan Straw minumannya. “Sampai sekarang, aku tak tahu siapa Accel sebenarnya. Siapa nama dia, umur dia, tempat tinggalnya, dan banyak lagi. Umpama dia tu hero dalam sebuah mimpi, hanya datang untuk menyelamat dan pergi setelah kita sedarkan diri.”

Luciey mengangguk. Walaupun dia kenal Accel sebagai Azusa, dia juga tak seberapa kenal perempuan Beater tu. “Kau rasa Toshiro dah jumpa dia tak?”

Medeis mengangkat bahu. “Mungkin Beater hanya menjadi sejarah dan kenangan bagi kita semua.”

“Di sini kamu rupanya. Puas aku cari korang.”

Medeis dan Luciey memandang kearah suara yang menegur mereka dan tersenyum. “Lord Cytrus.”

Lelaki yang kelihatan pertengahan umur dengan robe witchnya yang kelihatan high class mendekati mereka dengan beberapa pemain yang lain.

“Aku dengar korang cerita tentang Beater?” Dia berdiri di antara mereka dengan tegas. “Adakah kamu, X-FDO kenal wira perminan maya tu?”

Medeis dan Luciey saling berpandangan. Mereka dikenali sebagai  X-FDO di permainan NCK ni dan di pandang tinggi oleh pemain di tempat itu. Apatah lagi pemain yang mempunyai sejarah besar seperti Beta tester, pembuka pintu tingkat dan gelaran besar. Pemain yang terkenal ialah, HDe’O, Black Warrior, Knights, member dari Royal Blood oath dan dah tentunya Beater.

Luciey mengangguk. “Dia agak rapat dengan kami.”

Lord Cytrus tersenyum mendengar berita itu. Nampaknya  mereka ada orang kuat di sebelah mereka, sesiapa yang ada hubungan dengan beater, mereka percaya yang pemian itu turut hebat seperti Beater.

“Kenapa Tuan ke sini?” Medeis menyoal dengan slamber. Pelik, kenapa orang penting dalam Puak Sylph ni datang berjumpa dengan mereka?

“Kita perlu adahkan perbincangan di bungunan Magica tentang peperangan dengan Puak Umbra.” Katanya dengan tegas. “Saya ternampak kamu di sin dan terus beritahu kamu sekarang. Nanti, jam 7 pm log in dan jumpa di bangunan Magica faham?”

X-FDO ini tunduk hormat tanda faham dan Lord Cytrus beredar pergi.

Luciey memandang kearah Medeis. “Aku dah kata Puak kita tak bersefahaman dengan Puak Umbra. Kenapa kau nak berjumpa dengan pemain Umbra hah?”

Medeis tersenyum nakal. “Well, tabiat aku sebagai Beta Tester dah tak boleh di buang dan tujuan utama aku ke tempat tu untuk mendapat beberapa maklumat tentang Nura Castle tu. Semua orang tahu yang Puak Umbra ialah puak yang paling licik dalam mana-mana 8 pauk ni dan mereka ada je jalan untuk mendapat maklumat sulit tentang istana di atas tu.”

Apa yang Medeis katakan ialah, terdapat sebuah istana terapung di tengah-tengah tanah pulau Nura itu yang di gelar Nura Castle dan mengikut program yang telah di tetap kan oleh pereka permainan ini, Puak mana yang Berjaya tiba di istana itu dan berjumpa dengan raja, Puak mereka akan menjadi Puak yang berkuasa di tanah Nura dan boleh tinggal di Nura Castle.

Luciey menjungkit kening. “Kau nak tahu pasal apa Istana yang jauh nun di atas tu? Tiada siapa yang Berjaya tiba di istana tu sehingga sekarang.”

Medeis mengangguk. “Aku tahu tu tapi baru-baru ni aku dengar dari pemain Umbra yang Puak Mediocris hampir Berjaya sampai di sana tanpa ambil Ujian Noble Tribe.”

Mata Luciey terbeliak bulat. “Cam mana? Orang terkuat dari Puak Domitor pun tak pernah lulus ujian naik ke Nura Castle, cam mana Puak Mediocris boleh hampir sampai tanpa ambil ujian tu pula?”

“Mereka buat strategy ladder.” Terang meddeis. “Puak Mediocris kan memegang watak Fairy dan mempunyai sayap, so, mereka buat party sebanyak empat orang dan setiap satu  duduk di bahu kawan mereka membuat satu tangga. Pertama, orang pertama akan terbang keatas membawa tiga kawannya dan bila sampai ke limitnya, orang yang di atas orang pertama akan mengambil alih dan membawa dua lagi naik keatas sehingga orang ke empat di lancarkan naik ke Nura Castle tapi tak dapat kerana tak ambil ujian tu. Nura Castle di lindungi dengan bebola kaca halimunan di mana tiada siapa boleh masuk tanpa menjalani ujian.”

Luciey kagum mendengar strategy mereka. “Woa… cam pelancaran roket lah tu kan? Berperingkat.”

“Yup.”

“Tapi kan, kalau dorang guna strategy tu dalam Ujian dah tentu mereka akan capai tempat tu.”

“Ya, tapi jangan lupa dengan halangan ujian tu. Angel Guardian sekuat big boss FDO dan banyak pula tu. strategy ladder takkan berhasil kalau menatang besar tu menghalang mereka.”

“Nampaknya kena tunggu hingga ada orang yang betul-betul kuat untuk permainan ni lah kan?” Luciey menyandar di kerusi sambil menghirup jus buahnya.

><><><>< 

Yuki berada dalam perjalanan ke satu bilik peribadi dalam hospital itu setelah bertengkar dengan perantis Ayaka/bakal suami Kumiko. Dia kena pastikan yang tiada siapa yang mengekorinya ke hospital tu kerana dia pasti yang Izumi ada rancangannya sendiri jika dia tahu di mana keberadaan Kumiko.

Dia masuk kedalam bilik pesakit yang dia ingin lawat dan melihat Kumiko yang terlentar tak bermaya dengan semua hos dan wayar di sekelilingnya. Dia nampak lemas dan  tak bermaya.

Yuki memegang erat tangan perempuan itu seperti beri semangat kepadanya untuk bertahan.

Dia tahu Izumi sedang merancangkan sesuatu kat kumiko dan dia pasti, ia bukan sahaja nak ambil Kumiko dari dia, perusahaan keluarga mereka malah mangsa 300 yang masih stuck dalam permainan maya itu.

“Yuki, aku tahu kau tak terima kenyataan yang aku akan berkahwin dengan Cik Kumiko tapi kau tak boleh tuduh aku sembarangan tentang 300 pemain tu. Aku dan Ayaka dah berpisah setahun sebelum FDO di lancarkan dan mustahillah aku tahu cam mana nak kawal permainan FDO tu cam mana Senior Ayaka buat.”

Yuki menggenggam erat penumbuknya rasa marah. “Jadi cam mana kau boleh tiru cara permainan Ayaka? Boleh kau terangkan tu?”

Izumi tertawa kecil membuat Yuki meluat. “Aku perantis dia dah tentu aku tahu beberapa perkara tentang permainan MMORPG ni.” Izumi memandang Yuki dengan senyuman sinisnya. “Kau tahu adik beradik tak boleh bercinta kan?”

Yuki menggeleng keras cuba melupakan ayat terakhir itu. Dah tentu dia tahu yang dia dan Kumiko tak boleh bercinta dan dia dah cuba sedaa upaya untuk lupakan perasaan mengarutnya. Ada sahaja hela Izumi untuk buat dia kelu dan buntu. “Aku benci kau Izumi…. Aku benci hidupku.”

Yuki melihat Hamusphere yang berada di kepala Kumiko dan mengeluh. “Kumiko, aku tahu kau ada di dalam tu.. somewhere… please wake up. Aku tak nak nampak kau kahwin dengan lelaki sengal tu minggu depan…”

….

Sepasang mata yang tertutup akhirnya terbuka apabila terdengar suara-suara halus berbisik sedih di telinganya dan dia dapati yang dirinya berada di tempat lain. Di sebuah bilik serbah mewah atau lebih tepat bilik kaca?

Aku di mana ni?

Dia melihat dirinya yang berpakaian gaun serbah putih dengan rambut yang di sanggul rapi di kepalanya. “Apa ni?” pemandangannya kabur apabila dia melihat kedua tapak tangannya.

“Akhirnya Permaisuri kita dah bangun dari tidurnya..” Perempuan itu berputar kearah suara tersebut, melihat ia masuk melalui pintu kaca slide. Dia tak dapat lihat wajah lelaki itu sehingga dia dekat sekitar 5 meter darinya.

“Kau siapa?”

Lelaki itu mendekatinya membuat dia cemas, lelaki itu duduk di tepi katil menyentuh bahunya dengan lembut. “A-Apa…”

“Shhhsshhh…” DIa menyentuh bibirnya dengan jari telunjuk. “Kalau kau buat hal kau akan menyesal.

Matanya terbeliak bulat melihat si lelaki itu tersenyum sinis. Dia tepis tangan itu. “Get your hand away from me!”

Lelaki itu tertawa melihat wajah cemas tahanannya. “Kumiko sayang, takda gunanya untuk menolak. Kau akan jadi milikku jua.”

Perempuan bernama Kumiko itu berdengus. “Aku di mana? Setahu aku, aku berada di dalam istana bersama Ayaka dan… dia—” matanya terbeliak teringatkan Ayaka hilang dari penglihatannya dan dia log out berapa minit entah sebab apa dan akhirnya terlihat wajah seorang yang di kenali sebelum pitam akibat paralyze system on. “Kau Izumi?”

Lelaki itu tersenyum bangga. “It’s a pleasure to meet you my Queen.”

“Aku bukan budak-budak lagi, perkara istana dan menjadi permaisuri buat aku meluat.”

Izumi menggeleng dengan senyuman sinisnya. “My love, bagi aku.. kau ialah budak 17 tahun yang berimiginasi tinggi dan Berjaya bunuh Crush kau sendiri di permainan FDO. Tak sangka kau akan dapat nama yang agak terkenal dalam dunia maya ni. Beater si penyelamat.”

Kumiko A.K.A Accel menarik sengih, tunjukkan dirinya berani walaupun hatinya berdegup laju kerana takut. “Beater si Penyelamat? Aku dah di panggil pembelot semasa aku hidup tapi bila aku mati baru mereka cakap aku ni penyelamat? Please lah.”

Izumi bangun dari katil tersebut dan mendekati coffee table yang tersedia di penjuru bilik itu. “Mati?” dia menuang the ke dalam cawan. “Sayang, kau masih hidup dan dalam masa seminggu kau akan kahwin.”

“Kahwin?” Soal Accel buntu. “Apa maksud kau? Cam mana aku boleh hidup dan akan berkahwin? Dengan siapa?”

Izumi berputar memandang Accel. “Dengan aku dan Hamusphere yang kau guna untuk main Permainan MMORPG tu lain dari Nerve Gear. Senior Ayaka takkan bunuh orang yang dia cintai hanya kerana dia fanatic sangat nak buatkan kau dunia hanya untuk kamu berdua.”

Accel terkejut. Hamusphere…. Oh ya, Ayaka kata dia mendapat prototaip hamusphere yang belum di keluarkan lagi dari Ayaka, jadi itu bermaksud selama dia di FDO dia tak perlu risau tentang nyawanya kerana dia takkan mati. “Jadi, mana Ayaka? Apa jadi pada dia?”

“Dia mati semasa aku culik kau ke sini.” Katanya dengan slamber. “Atau lebih tepat aku bunuh dia time dia guna hamusphere untuk jumpa kau.”

Accel naik berang dengar ayat yang keluar dari mulut Izumi dengan slambernya. “Kau gila.”

Izumi tertawa kecil. “Girl. Aku gila di sebabkan kau.”

2 comments:

  1. Cam citer SAO ( Sword Art Online ) lah lak .

    ReplyDelete
  2. haha... Ya, cuma di ubah sikit jadi 'versi Angah' hehehe ^_^

    ReplyDelete