Rose Princesses: A High Risk Plan


Chapter 23

Di sebuah ruang dimensi dimana Onew sedang berdiri diatas lantai bercorak catur hitam putih. Terdapat lantai yang berlubang dan serpihannya terapung di udara bagaikan pulau  kecil, ditambah pula dengan rantai besi yang banyak terikat ketat di lantai dan pada hujung rantai tersebut pula mengikat sebuah sangkar kecil yang terapung di udara dan isi di dalam sangkar yang berkarat itu terdapat cahaya berwarna hijau menerangi ruang dimensi itu.

Onew hanya melihat sangkar itu dari jarak jauh. Dia sudah serik beranikan diri untuk berhadapan dengan devil dari dalam sangkar itu dari jarak dekat.

Onew menendang seketul batu kecil dan cahaya hijau itu menyala terang apabila tersengar bunyi batu berguling.

“Putera Sulung Robella…. Tak sangka.. Kau dah menjadi penakut sekarang..” Katanya slow-slow tetapi jelas dan menakutkan. Suaranya yang garau dan menyeramkan membuatremang bulu roma Onew naik seluruh badan.

Onew hanya berdiam diri menunggu Devil didalam sangkar itu bersuara lagi. Dia tahu yang bukan itu sahaja si Devil ni nak cakap.

“Kau tak risau ke yang badan kau…. akan jadi milik ku esok?” kata Devil itu dengan ketawa yang hanya berdekah tiga kali. “Dan… kuasa kau dah hilang?”

Onew tersenyum memprotes Devil yang didalam sangkar itu. Dia mula berdiri dengan slamber dengan memasukkan tangan kirinya dalam poket seluar dan rambutnya di tolak belakang. Dia mengeluarkan keluhan. “Aku dah tak takut ancaman kau… tapi aku ada satu berita baik untuk kau tapi betul ke berita baik?” Onew tertawa kecil.

Sangkar Devil itu tetiba terbang mendekati Onew dengan laju. “Apakah yang kau maksudkan itu?!”

Angin marah Devil membuat Onew tertolak kebelakang sedikit tapi Onew tetap menguatkan diri untuk menyembunyikan rasa takutnya dari Devil itu. Dia mengalihkan pandangannya dari Devil itu kerana dia dapat lihat wajah hodoh devil dari dalam cahaya hijau itu. Sangat menggerunkan sehingga Onew tidak mahu lihat untuk kedua kalinya.

“Pemegang kontrak sebenar dah kembali…” Kata Onew dengan nada yang perlahan.

“APA?” Devil itu tertawa terbahak-bahak dan terbang jauh dari Onew. Rasa sangat gembira apabila mengetahui yang Elizabeth, Golden Blood Robella telah kembali. “Ini memang menarik… tentu dia tahu pasal mata kiri kau kan? Tentulah dia tahu, mustahillah Golden Blood tidak tahu rahsia yang ada di dalam Robella ini.”

Onew tersentak. Apa maksudnya dengan rahsia? Rahsia apa lagi yang Luna tahu yang mereka putera Robella sendiri tak tahu. “Apa maksud kau tadi?” Akhirnya soalan di dalam mindanya terkeluar dari mulut.

“Huh? Kau tidak tahu ke yang Golden Blood tahu semuanya tentang segalanya?” Devil tertawa kecil. “Sebanyak mana pun kau sembunyi, dia tetap akan tahu tentang rahsia yang berkaitan dengan Robella.”

“Jadi? Kau akan kembali ke rancangan asal kau ke?” Onew terus menyoal tujuan sebenarnya masuk ke dalam dimensi si Devil. Dia bukannya nak Devil tu kembali ke Luna tapi dia risau…. Devil sudah beribu tahun terperangkap dalam sangkar tu dan ingin bebas sekali gus mengambil alih Robella. Majoriti semua pemegang Devil Eye tidak dapat hidup lama kerana mereka tahu tujuan si Devil memilih mereka. sebelum si Devil ambil alih badan mereka, mereka bertindak lebih awal dengan membunuh diri mereka sendiri. Target utama Devil Eye ialah pemegang tahta di raja yang seterusnya.

“Aku… tidak dapat kembali… ke badannya walaupun…. dia mungkin akan jadi… pewaris seterusnya.”
Onew menghumbus nafas lega. “Baguslah… eh? Nanti..” Katanya apabila perasaan sesuatu dari ayat Devil itu. “Kau tidak dapat kembali? Kenapa pula?”

“Kalau aku… beritahu… tentu permainan ini… tidak seronok kan?”

Mata Onew terbuka laus dan segera bangun dari baringnya. Keringatnya mengalir dari dahinya turun ke pipi dan di lap. Dia cuba mengambil nafas yang telah hilang sebaik saja bangun dari tidur. Sememangnya pergi ke dimensi Devil memang membuat dia kehilangan nafas. 

Dia mendongak melihat jam yang melekat didinding biliknya di sebelah rak buku. 10.45 malam. Dia mengeluh kecil dan kembali baring diatas tilamnya yang bersaiz King. Dia memejamkan matanya dan cuba untuk tidur tapi… timbul pula masalah Mea dan Luna dalam mindanya.

Apalah nasibnya sekarang ni… dah lah dia ada masalah dengan Devil, timbul pula lagi satu masalah. Pasal perempuan pula tu. masak lah dia kali ni nak layan karenah mereka berdua.

Kalau Mea senang sikit dia nak handle walaupun kuasanya sudah tiada. Yang menjadi masalah ialah Luna atau lebih Onew kenali.. Eliza, seorang perempuan yang memang explode kalau dia marah. Walaupun dia kelihatan elegent 24 hours, tetap ada ketomboyannya didalam dirinya. Kalau dah marah tak kan dia maafkan orang tu walaupun kau berlutut di hadapannya. Devil… dia lebih Devil dari si Devil. Dia… She-Devil.

Onew risau dengan keadaan dua perempuan itu dari keadaannya sekarang. Onew mengeluh nafas panjang.

XOXOXOXOX

Minho mengeluh nafas panjang. Dia melihat jam tangannya. 10.47 malam. Dah tiga jam dia duduk di dalam library bersama Luna yang sedang khusyuk membaca buku sambil mencatat entah apa di atas kertas putih tu.
Dia ingatkan dia dapat penjelasan dari perempuan yang menyakitkan hati dalam dunia ni kalau dia tinggal lebih lama di library. Nampaknya harapannya hanya tinggal mimpi dalam tidurnya.

“Sampai bila kau nak biar aku tunggu hah?” Soal Minho acuh tak acuh. Hampa dengan perangai Luna.
Tangan Luna berhenti dari menulis dan mendongak melihat Minho yang sedang bersimpul tangan dengan keningnya di jungkit sebelah kiri.

Luna berdehem sambil mengemas kertas catatannya dan di longgokkan bersama buku-bukunya di tepi. “Kalau kau dah penat menunggu baik kau pergi masuk tidur. Dah nak jam 11 ni.”

Budak ni.... nak sangat si Minho tengking dia kerana selalu sembunyikan rahsia dan tidak pernah berkongsi. “Kau dah janji nak ceritakan rancangan kau. jadi mana janji tu?”

Jari telunjuknya di hayun ke kiri dan ke kanan sambil Luna tersenyum nakal dan menggeleng. “I make no such promise.”

Minho meramas rambutnya sudah pedap dengan Luna. Dia bangun dari kerusinya dan menghentak meja tanda protes.

“K… Kau kenapa?” Soal Luna terkejut melihat riaksi Minho tetiba menghentak meja dan mendekatinya. Minho menggenggam pergelangan Luna dan menariknya untuk berdiri dengan paksa.

Luna cuba melepaskan diri dari genggaman Minho tapi semakin dia bergelut, semakin kuat genggaman Minho. “Ah… sakit lah!”

Minho menarik Luna kepadanya dan mata mereka bertentangan. Renungan maut bertemu dengan renungan keramat. Petir sambar menyambar di antara renungan mereka. berlawan petir siapa akan menang.

Muka serius Minho berubah menjadi senyuman nakal membuat kepala Luna secara automatiknya kebelakang sedikit.

Dalam mana-mana senyuman yang Luna kenali, senyuman Minho yang jenis cam ni lah yang membuat Luna surrender sebelum berlawan. Trust me you don’t want to know.

Minho melepaskan tangan Luna tapi bertindak dengan memeluk pinggangnya supaya dekat dengannya. Luna terus mencover dadanya dengan tangan. dah tahu apa yang Minho akan buat selepas senyuman nakal atau lebih tepat senyuman maut(tanggapan Luna) yang sememangnya di kenal sejak azali lagi.

“Nak cakap sekarang? atau nak aku tolong kau bercakap?” Soal Minho dengan nada menyakat. Sempat lagi dia menjungkit kening tiga kali.

Nak tolong Luna bercakap? apa maksudnya tu? OMG ayatnya lagi pervert dari Onew! Adik dan abang sama juga pervertednya.. mungkin tabiat turun temurun tak? Mungkin…. Mangkat Raja Alexander pun ada dua isteri, mustahil lah anaknya tak pervert juga kan?

Luna mengalihkan pandangannya dari Minho kerana dia dapat rasakan yang mukanya sudah merah hingga ke telinga. Jantungnya berdegup dengan laju. Bodoh punya jantung! Nanti Minho dengar cam mana? dia nanti kenakan aku lagi! Desis hatinya tidak dapat mengawal jantungnya yang berdegup kencang setiap kali Minho menyakatnya dengan cara…. You know how lah!

“Alright-Alright! Aku beritahu…” Katanya cuba menyembunyikan rasa malunya dengan suara geram. “Lepaskan aku dulu. Tak tau malu.. Pervert! More pervert than his own brother!”

Uish…. Melawan nampak desis hati Minho. ikutkan hati nak jak dia tertawa dengan perangai Luna yang selalu sembunyikan perasaan sebenarnya dengan nada marah.  Heh.. jangan pandang rendah dengan anti.. ops.. ex-anti-perempuan ni. hanya satu saja perempuan yang dia masak dengan perangainya iaitu Luna a.k.a ELIZABETH.

“Heh..” Minho menarik sengih. “Nak buat apa malu dengan TUNANG sendiri? Hmm? Dari kecil lagi kita peluk-peluk cam ni kan?” Minho memeluk Luna dengan erat. “Pernah tidur sebilik lagi.”

OMG!! OMG!! Oh… MY… Gucci! Chennel! And… and… Whateverlah! Apa kes dia ni?! desis hati Luna. Jantungnya berdegup lebih laju dari sebelumnya. “I-i-I itu time kita kecil! B-b-b-belum tahu apa-apa lagi lah!”

Minho tersengih-sengih apabila Luna tergagap-gagap macam orang sawan. Apa lagi, time to tune up the volume lah! Dah tahu kenapa dia gagap, dapat dengar lagi degupan jantung Luna dalam bilik yang sememangnya sunyi. LIBRARY! Tempat paling sunyi dalam dunia, hingga nafas orang pun kau boleh dengar. Hah! Dah tahu apa perasaan Luna untuknya… teknik yang licik… sangat-sangat licik..

Minho berdehem cuba menyembunyikan rasa terujanya. “Jadi? Kau nak beritahu rancangan kau atau nak aku sambung di mana kita stop tadi?”

Muka Luna tambah merah apabila ayat terakhirnya di sebut. No! jerit hatinya. “Aku nak selamatkan Onew….” Katanya dengan perlahan.

Mata Minho terbeliak bulat, segera melepaskan pelukannya dan memandang wajah Luna. “Apa maksud kau nak selamatkan Onew? Dia sakit ke? Dia okay je aku nampak.” Dia memenggang bahu Luna dengan Erat minta lebih penjelasan dari Luna.

Luna sendiri terkejut dengan riaksi yang dia dapat dari Minho. Woah… risaukan abang desis hati Luna memuji semangat Minho.

“Kau tau cerita Devil Eye kan?” Luna menyoal Minho balik, supaya senang dia ceritakan.

Minho mengangguk. “Aku dapat tahu disebabkan kau juga. Kenapa?”

“First… lepaskan dulu aku boleh tak? Rasa cam nak tercabut lengan aku ni…”

Minho terus lepaskan tangannya dari bahu Luna. mereka bergerak semula ke meja dan duduk secara berdepan.

Luna menarik nafas panjang cuba memikir dari mana dia nak mulakan. Dia tak biasa dengan penjelasan semua ni. dia lebih kepada bergerak solo dari berkumpulan. “Macam ni…” Dia mulakan dengan ayat ringkas. “Ada satu perkara yang kamu semua tidak tahu tentang Devil Eye ni. Kau tahu kan setiap keturunan Robella tak akan hidup lama kalau ada Devil Eye kan?” Minho mengangguk. “Tahu tak kenapa Devil sanggup buat perjanjian dengan nenek moyang kita walaupun dia telah di tangkap oleh nenek moyang kita sendiri? Sebab dia nak balas dendam dan sekali gus menakhluk Robella seperti mana Shadow nak. Jadi, dia buat perjanjian dengan nenek moyang kita dengan memberi kita Devil Eye dan Devil sendiri akan pilih siapa yang dapat dan… kalau kau fikirkan balik, semua keturunan sebelumnya yang dapat Devil Eye pastinya akan mendapat tahta raja selepasnya, betul?”

Dahi Minho berkerut, kurang pasti tentang yang itu. DIa mula berfikir dan bila difikirkan semula, ada betulnya kata Luna. mereka di jamin untuk mendapat tahta seterusnya tetapi mangkat sebelum di tabalkan sebagai raja. Tapi apa kena mengenanya Devil nak takhluk Robella? Bagaimana dia nak takhluk asalkan dia dah di kurung dan hanya kuasanya di guna? “Cam mana dia nak menakhluk kalau orang yang dia pilih akan mati sebelum ditabalkan jadi raja? Jelaskan?”

“Cheh.. cam wartawan. Baiklah Encik Minho, begini ceritanya… Kuasa Devil Eye ni memang berkuasa tapi ada kesan sampingan dalam menggunakan kuasa ini. Akibatnya, ia akan memakan kuasa sebenar kita setiap kali ia digunakan dan apabila kuasa sebenar kita lenyap dalam diri kita, pada saat itulah Devil mengambil alih badan kita sebab Kuasa kita ialah pedinding antara Devil dan diri kita. Ada faham?”

Minho mengangguk faham. “Jadi apa rancangan kau nak selamatkan Onew? Hanya kau boleh berdepan dengan Devil. Kenapa kau perlukan yang lain?” Minho tidak faham. Setahu dia pemilik Devil Eye boleh berhadapan dengan Devil. “Aku tahu kenapa kuasa kau tak lenyap. Ini sebab kau berada di dunia manusia dan tak pernah gunakannya. Jadi Devil berpindah ke Onew tapi kenapa dia tak pindah balik kepada kau time kau guna Devil Eye time… kau tau bila.” Malas Minho nak cakap pasal kejadian yang menyakitkan hati tu. perkahwinan antara Danny dan Luna memang tak boleh dimaafkan. Kalau Minho yakin yang Luna tu tunangnya.. dah lama dia panggang Danny hidup-hidup. BBQ ála Minho.

“Dia tak balik kepada aku sebab aku penjaga Heart of Robella. Kan aku dah kata aku guna kuasa Heart of Robella untuk mengelakkan Devil Eye dari menguasai diri aku. Bermaksud, dia takkan dapat apa-apa untung kalau dia dengan aku. Plus, disebabkan Kuasa Heart of Robella… Aku dah tak boleh berjumpa dengan Devil.” Luna menghembus nafas lelah. “Sekarang.. kita hanya boleh berharap dengan Anny supaya buat potion tu sebelum terlambat. Kalau tidak aku terpaksa…. Bunuh Onew.”

Dahi Minho berkerut sekali lagi. “Potion? Apa pula lagi tu?” Kenapa tunangnya terlampau banyak rahsia ni? adakah lagi rahsia yang dia simpan dari dia lagi?

“Ubat yang boleh bantu aku ke dimensi Devil. Aku nak settlekan hal ni dengan dia face to face. So, Root for me, okay?” Luna tersenyum manis dengan signal okay dekat mukanya.

“Aku belum habis tanya lagi. Kau ingatkan buat muka cute tu boleh hentikan aku menyoal ke?” Minho berdehem dengan muka yang sedikit blush. “Cam mana pula Si kembar? Kenapa kau perlukan mereka?”

Luna mencebik. “Aku perlukan kamu semua. Perlukan Rose Princesses dalam awakening kedua. Jadi senang sikit kawal keadaan. Aku berada di dimensi lain berlawan dengan Devil tapi ia memberi kesan fizikal dan mental terhadap Onew. Dia mungkin menghancurkan segalanya jadi kamu semua kena kawal dia dan jangan biarkan rakyat tahu tentang ni. faham?”

“Kalau kau kalah cam mana?” Bukan Minho tak percayakan Luna, dia cuma risau tentang keadaan Luna yang selalu bertindak gila dari orang lain. Sanggup risikokan diri sendiri demi orang lain. “Eh? Kalau kau menang cam mna kau nak keluar pulak?”

Luna tersenyum dan mengangkat bahu, sendiri tak tahu cam mana. “Well, kalau aku kalah aku ada back up plan dan kalau aku menang pun tentu kamu cari cara untuk keluarkan aku kan? So, no worries.”

XOXOXOXOX

Sementara itu di makmal private. Ann berada di sofa merehatkan diri selepas berfikir panjang seharian.

“Nah..” Teamin menghulurkan secawan kopi kepada Ann. “Perlukan sedikit tenaga sebelum sambung kerja kan?” Teamin dapat lihat yang Ann dah penat peras otak seharian tapi dia tetap berkeras untuk selesaikan kerjanya. Dia tahu perangai Ann ni, bergantung je pada dia.. dia takkan hampakan orang tu.

Ann tersenyum nipis dan bangun dari baringnya dan mengambil caran tersebut dari tangan Teamin. “Aku tak fahamlah… cam mana ia tak menjadi walaupun formulanya dah betul? campuran formula portal dan formula transportation. Kenapa ia jadi black hole?” Ann mengeluh kecil dan menghirup kopinya.

Teamin melabuhkan pungung di sebelah Ann dan memeluk bahunya. “Sabarlah… mungkin bukan nasib kau kali ni. apa kata kau rehat untuk malam ni dan sambung esok?”

Ann menggeleng. “Selagi aku tak dapat formula tu, selagi tu aku tak nak rehat. Luna tengah tunggu ubat ni… aku tak nak buat dia hampah…”

Teamin meramas rambutnya dan memandang wajah Ann. “Kau…” Dia menjentik dahi Ann. “Kepala kau dah kusut di dalam ni. kalau kusut sampai esok pun kau tak jumpa. Lagipun, Luna mungkin dah tidur time ni. past midnight, doh. Kau pun patut tidur, kalau kau sakit cam mana? sapa susah? Aku juga…”

Ann tertawa walaupun sedikit sakit hati bila di panggil doh(bodoh). Ann terhenti ketawa apabila dia terfikir sesuatu yang boleh membantu formulanya. “Mungkin… Mungkin!” Jeritnya dengan gembira. Dia meletakkan kopinya di atas meja coffee table dan bergerak ke meja experimentnya. “Teamin aku minta pertolongan kau.”

Teamin tertawa kecil. Ini tabiat Ann paling dia suka, kalau dia ada jalan penyelesaian tentu melompat kegembiraan cam sekarang ni lah. “Apa dia?” Teamin bangun dan bergerak ke tepi Ann memerhatikan Ann yang sedang gabungkan dua formula kedalam test tube kecilnya. Selepas itu diberikan kepada Teamin.

Tak kau terkejut di beri test tube Ann ke Teamin. Orang yang tak tahu apa-apa. “Untuk apa ni?”

Ann tertawa kecil. “Aku nak kau nyanyi satu lullaby song dan gabungkan kedalam liquid ni. boleh kan?”

“Cheh, mentang-mentang kuasa aku miracle voice.” Teamin mengambil test tube Ann dan letakkan di bawa dagunya. Dia baru sahaja ingin bersuara tapi terbatal apabila Ann melihatnya dengan tekun. “Kau nak tertidur juga ke? pakai headphone tu.”

“Oh! Ya…” Ann segera mengambil Headphone Teamin di tepi meja dan memakainya supaya dia tidak tertidur apabila terdengar lagu lullaby Teamin. Dia kembali menumpukan perhatian kepada Teamin.

Teamin tersenyum melihat keterujaan Ann dan mula nyanyikan Lullaby dan suaranya bergema di makmal itu walaupun suaranya merdu lagi perlahan.

Mata Ann terbeliak melihat liquid dalam test tube itu berubah warna dari hijau lumut ke merah pekat. “Ia menjadi! Yes!” Jerit Ann membuat nyanyian Teamin terhenti.

“Itu je ke?” Soal Teamin melihat test tube tersebut.

Ann menggeleng. “Belum lagi.” Ann mengambil test tube tersebut dari tangan Teamin dan tersenyum manis. “nak nampak apa kegunaan kuasa aku yang sebenar?”

Teamin mengangguk. “Cam mana?”

Ann menghembus nafas dari mulut dan menangkap nafasnya di udara. Dia memandang Teamin dan tersengih kecil. “Nampak cam mana magic berlaku..” katanya sedikit berbisik. Dia memejamkan matanya dan hatinya berbunga-bunga percaya dan yakin yang formulanya akan berkesan kali ini.

Cahaya berwarna pink muncul di sekelilingnya dan wangian bunga rose lembut terhidu dari tangan yang menggenggam.

Sebaik sahaja Ann membuka mata, tangan genggamannya diletakkan di atas mulut test tube dan membuka sedikit ruang dari tangannya dan serbuk berwarna pink berkilat jatuh dari tangan Ann dan larut dalam liquid merah pekat tersebut. Lama semakin lama, warna merah pekat itu bertukar ke warna pink muda.

Ann terus melepaskan genggamannya apabila warna liquid itu memuaskan hatinya. “Dah siap!” Ann terus mengambil penutup gabus dan menutup mulut test tube itu. Di letakkan di tempat simpan tube.

“Time untuk tidur atau beritahu Luna?” Teamin terus menyoal. Dari riak wajah happy Ann, dia tahu Ann teru inform ke Luna.

Ann menguap kecil. “Tidur… kau sendiri cakap yang Luna dah tidur time ni. jadi esk pagi jelah aku beritahu kat dia.”

Teamin mengusap rambut Ann dan mengucup dahinya. “Good Girl.”

Ann terkejut apabila mendapat kucupan dari Teamin. Mukanya merah menyala segera di tutup dengan dua tangannya. malu + gembira bercampur aduk dalam hatinya.

Comments

Popular Posts