Rose Princesess: It's All a Lie
Chapter 15
Eliza dan Dutchess Rowena berada di dalam hutan pada tengah
malam untuk bersedia ke dunia manusia.
Eliza memegang erat tangan mamanya apabila melihat portal
atau dikenali sebagai jambatan ke dunia manusia dibuka oleh mamanya di depan
matanya.
“Mama, kita nak ke dunia lain ke?” Soal Eliza yang belum
tahu apa yang mamanya rancangkan.
Mamanya melihat Eliza yang masih berusia lapan tahun. “Kita
akan memulakan kehidupan yang baru di sebuah dimensi lain bernama dunia
manusia. Di sana kita tidak akan berjumpa dengan Lycant atau shadow lagi.” Kata
mamanya dengan lembut.
Eliza memandang ke belakang melihat istana Robella yang jauh
di sana. “Macam mana pula dengan mereka? Raja tahu ke kita nak ke sana?”
Dutchess Rowena menggeleng. “Mereka tidak boleh tahu. Ini
rahsia kita berdua sahaja. Di dunia manusia, kita tak boleh gunakan kuasa kita
kerana manusia di sana tidak mempunyai kuasa seperti kita. Jadi kenalah bergaul
seperti kita okay?”
Eliza tersenyum manis. “Okay…” Katanya akur dengan mamanya
yang tersayang. “Mama masuklah dulu, nanti Eliza ikut. Eliza nak lihat istana
ni buat kali terakhir.”
Dutchess Rowena tersenyum melihat anaknya yang senang
diatur. “Baiklah sayang. Tolong cepat sekit sebelum Shadow dapat kesan kita di
sini.”
Eliza hanya mengangguk. Dutchess Rowena memulakan langkahnya
masuk kedalam Portal tersebut.
Senyuman dibibir hilang sebaik sahaja mamanya masuk kedalam
portal. “Danny, datang sini!”
Danny muncul melalui lubang dimensi dan terus berlutut di
hadapan Eliza. “I’m here for you my princess.”
“Aku ada misi untuk kau. Aku tahu mama aku nak bawa aku lari
dari Robella dan Kau untuk keselamatanku dan juga masa hadapan Robella. Tapi,
Aku tak boleh biarkan Shadow berkeliaran di dunia ini sesuka hatinya dan
mencari cara mengalahkan Shinee. Walaupun mereka telah memperolehi kuasa mereka
sendiri.” Eliza memandang kearah portal tersebut. “Aku nak kau hantar sebanyak
buku yang boleh kepadaku. Aku tak boleh biarkan Robella jatuh ke dalam
tangannya.”
Danny mengangguk. “Baik Puteri. Adakah Puteri akan kembali
ke sini?”
Eliza menggeleng. “Aku tidak tahu lagi. Aku mungkin
mengambil masa yang lama di dunia manusia kerana aku sendiri ada misi di sana.
Jadi, tolong hantar buku-buku itu mengikut jadual faham?”
Danny hanya mengangguk. “Saya Faham.”
Eliza tersenyum. “Dann, time di dunia manusia, tak perlulah
kau panggil aku puteri dan bercakap formal lagi dengan aku sebab aku akan jadi
manusia biasa dan bukannya puteri di sana.”
Danny mengongak memandang wajah senyuman Eliza tetapi ada
sesuatu yang dia sembunyikan disebalik senyuman itu. “Puteri risaukan Tunang
tuan puteri?” Danny memandang kearah lain, cemburu. “Saya boleh hantarkan
pesana tuan puteri kepadanya setiap kali saya jenguk tuan puteri.”
Eliza mengusap matanya dengan baju suteranya. Dia menggeleng
dengan senyuman. “Tak perlu... Lebih baik dia anggap aku mati dari buat dia
menunggu kepulangan ku yang tidak tahu bila.” Eliza menepuk bahu Danny. “jumpa
lain kali Danny dan jangan lupa semua pesanan aku.”
Danny tunduk hormat. “Baiklah…. Eliza..”
Eliza tertawa. “Bukan… nama aku nanti Luna, bukan Eliza.”
Eliza berjalan mendekati portal tersebut. Eliza memandang keistana buat kali
terakhir, jatuh sebutir mutiara mata apabila terfikir bagaimana Ann nak hidup
tanpa dia, cam mana dia nak hidup tanpa mereka semua dan tidak dapat rasa
gembira tanpa ada Minho di sisinya untuk membuat dia sentiasa tertawa walaupun
mereka selalu berperang. “Selamat tinggal…. Minho..”
Eliza masuk kedalam dan portal tersebut hilang dengan serta
merta. Danny hanya melihat pemergian Eliza bersama mutiara matanya. “Puteri
berhak lebih gembira dari ini…. Dan saya akan pastikan di dunia manusia, Puteri
akan bahagia setiap masa.”
XOXOXOXOX
Majlis perkahwinan
Luna dan Danny diadahkan di Angel of Heart Fountain di mana tempat Danny
melamar Luna.
Hanya Rose Princesses, Shinee, dan Jessica sahaja yang
menghadiri majlis itu. En Edward pula sebagai
pembaca mengangkat sumpah.
Jesssica tersenyum lebar melihat Danny dengan tuxedo
hitamnya sudah bersedia untuk berkahwin dengan Luna.
Akhirnya!! Minho akan jadi milikku… tak perlu bersusah payah
untuk merebut Minho dari Luna lagi desis hati Jessice gembira tidak terkata.
Tetapi, lain cerita pula di pihak Mea dan Si Kembar. Mereka
berharap yang Perkahwinan ini akan dibatalkan kalau Mea dah nasihatkan Luna
tapi…. Tak juga berjaya.
Jonghyun perasan yang Mood Minho tidak berapa baik. Dari
tadi merenung ke tanah seperti tidak mahu lihat seniornya di hadapan. “Kau
kenapa?”
Minho mengeluh kecil. “Aku sendiri tak tahu. Hati aku sangat
sakit lihat Danny di depan sana, mau kahwin dengan Luna. Aku tahu Luna bukan
Eliza tapi, tak tahu kenapa hatiku sungguh sakit melihat semua ni.”
Jonghyun tersenyum nipis dan menepuk bahu Minho. “Kalau kau
nak tahu, itu namanya cinta. Kau cintakan Luna sebagai Luna sendiri bukan
kerana wajah yang mirip Eliza.”
Minho tersenyum mendengar kata-kata Jonghyun. “Kalau itu
betul, dah terlambat untuk sedari semua tu.” Minho menujukan kepada perkahwinan
Danny. Semuanya dah terlambat desis hati sedih Minho.
Tetiba, kedengaran suara perempuan tertawa membuat mereka
semua cemas dan memandang sekeliling. Suasana malam yang diterangi bulan mula
dipenuhi kabus yang tebal membuat mereka susah untuk melihat siapakah milik
suara yang ketawa itu.
Satu Figura seorang perempuan muncul dari langit bersama
Scepternya. “Time to destroy all of you!!” katanya dengan gembira. Kabus tebal
di sekelilingnya lari ketepi seperti memberinya laluan ke bawah disertakan
dengan sinaran bulan penuh.
Dia menyerang Danny dengan menghayunkan scepternya kearah
Danny. “DIE!!”
Danny mengelak serangannya dengan melompat kebelakang
mendekati yang lain. “What the…”
Perempuan itu terbang kearah Danny untuk menyerangnya sekali
lagi tapi dihalang oleh Rose Princesses.
“Luna! Apa kau buat ni?!” Soal Fiona yang menghalang Scepter
Luna cederakan Danny.
“bunuh kamu semua!” Katanya di sertakan dengan tawa.
“Apa dah jadi?” Viola rasa cemas dengan keadaan Luna dan
melepaskan satu das tembakan untuk bekukan Luna.
Luna memandang kearah peluru tempak Viola dan peluru itu
terhenti dihadapan Luna apabila matanya bercahaya merah. Peluru tersebut jatuh
ketanah.
Ann terus menyerang dengan melontarkan Test tubenya kearah Luna
tetapi terbantut apabila Luna memandangnya dengan senyuman yang menggerunkan.
Satu badannya kaku tidak dapat bergerak seperti sebuah patung. Jantungnya
terasa sangat berat dan susaj untuk bernafas. Tanpa disedari dia pitam dengan
serta merta.
Luna tertawa kerana menumpaskan Ann dengan senang. “NEXT!” Dia
menghayunkan scepternya di hadapan Fiona. Danny dan Fiona terlempar jauh
apabila terkena udara scepter tersebut.
Kuasanya bergantung kepada scepternya desis hati Mea cuba
meneka kelemahan Luna.
Mea mendepakan tangannya kearah Luna itu dan akar dibawah
tanah bangkit menyerang dan melilit dirinya dan membawa scepterjauh dari tuannya.
“Akhirnya..” Mea menghembus nafas lega.
Luna tertawa melihat orang di sekelilingnya lega melihat dia
terikat. “Korang memang bodoh! paling bodoh pernah aku jumpa!!”
Mereka semua hairan kenapa Luna berperangai seperti orang
gila. Yang lebih menghairankan lagi kenapa Luna mempunyai kuasa? Dia di rasuk
oleh Shadow ke?
Akar yang melilit badan Luna terbakar apabila mata Luna
bercahaya merah lagi dan dia lepas dengan senang.
Luna mendepakan tangannya kearah Mea dan matanya bercahaya
sekali lagi membuat Mea terlempar jauh dan tidak sedarkan diri. “pathetic!”
Semua Rose Princesses mudah dia kalahkan tanpa mendapat
calar di muka. Luna memandang Shinee yang kelihatan ketakutan. “And? Korang nak
lawan ke tak atau…” Luna menunjuk dirinya sendiri. “Kau nak budak didalam ni
mati disebabkan kamu semua terlambat untuk selamtakan dia?” kedengaran suara
Luna seakan-akan bergabung dengan suara lelaki.
“Shadow!!” Jerit En Edward apabila mendengar suara yang
dikenalinya.
Shinee turut terkejut mengetahui Luna di rasuk oleh Shadow.
Luna tertawa melihat riak wajah mereka berubah dengan begitu
cepat. “Itulah aku. Akhirnya dapat juga aku masuk kedalam badan budak ni…
terima kasih dengan cebisan memorynya yang terlepas.”
Luna menyeru
scepternya datang semula kepadanya. “Sekarang aku akan bunuh kau semua. Lepas
itu tunjukkan kepadanya apa yang tangannya telah buat.” Luna tersenyum sinis.
“Di situ, dia akan rasa lebih bersalah dan hilang akal, dan menghancurkan semua
apa yang ada di sekelilingnya!! Dia akan menjadi sebuah mesin membunuh! Robella
akan hancur disebabkan oleh penjaga Heart of Robella sendiri!”
Luna mula menyerang Shinee dan terjadilah sebuah pertempuran
yang sangat dasyat. Walaupun Luna berlawan bersendirian, tidak sedikitpun dia
terluka akibat serangan Mereka.
“Kamu tiada peluang untuk melawan!” jerit Luna sambil
memotong benang halus Key.
“Kembalikan Luna kami!” Jonghyun melemparkan satu penumbuk
angin kearah Luna dan Minho
upgradekan lagi penumbuk Jonghyun dengan renjatan
electrick.
Luna membelah penumbuk angin+electrick mereka dengan
senangnya. “Kacang putih!” mata Luna bercahaya dan mereka semua terlempar jauh
dan jatuh ketanah.
Minho bangkit dan memandang Luna dihadapannya. “Luna! aku
tahu kau didalam!” jeritnya dengan kuat. “Bangun dan Lawan jembalang hitam
ni!!”
XOXOXOXOX
Luna terbangun dari tidurnya apabila terdengar suara jeritan
yang sangat dikenali. Dia melihat sekelilingnya. gelap.
“Apa semua ni?” Luna memandang kekiri dan kekanan. Tiada apa
selain kegelapan dan ketakutan.
“Kenapa semua ni terjadi? Eliza? Kau di mana?” Luna mencari
kelibat Eliza kecil apabila dia teringat perkara terakhir di bilik persiapan.
“Kau penipu!” jerit Luna sambil mengeluarkan mutiara mata.
“Aku benci kau! benci semua ni!!!”
XOXOXOXOX
Teamin menarik nafas dalam sambil menyentuh lehernya dan,
dia melontarkan satu suara yang saaaangat kuat sehingga semua dihadapannya
terlempar jauh kecuali Luna yang hanya berdiri walaupun semua harta benda dan
pokok-pokok nak tercabut dari tanah.
“Key! Minho! cover me!” Jerit Onew ingin mereka
melindunginya dari serangan Luna. “Jonghyun! Teamin alihkan pandangannya dari
aku!”
Onew menyentuh mata kirinya dan bertukar warna menjadi
merah. Mata yang menjadi turun temurun dari nenek moyang Kerajaan Robella.
Luna menarik sengih menutup rasa takutnya. Walaupun dia juga
mempunyai mata merah seperti itu, dia patut rasa takut kerana mata itu ialah
mata Devil yang boleh buat apa sahaja. Merasuk, membunuh, mengawal, dan banyak
lagi. Yang lebih menakutkan, jika mata Devil dengan Mata Devil sendiri
berlawan.. antara mereka akan mati. Mata itu jugalah yang mengeluarkan Shadow
dari badan yang dia rasuk.
Walaupun Onew hanya ada di sebelah kiri, dia lebih tahu cara
menggunanya dari Shadow yang hanya tahu merasuk kedalam badan Luna. banyak
misteri yang terdapat pada mata Devil ini yang pemiliknya sendiri tidak tahu
apa rahsia disebalik mata merah itu.
‘Key.. belakang. Jonghyun bawah tanah. Teamin, distraction
dan Minho finishing touch.’
Mereka berempat mengangguk setelah mendapat arahan dari Onew
secara telapati.
Teamin berdiri di hadapan abang-abangnya dan melontarkan
satu lagi suara yang lebih kuat dari sebelumnya membuat Luna tidak dapat
melihat apa yang terjadi kerana angin yang sangat kuat membuat matanya tertutup.
Dengan itu, Key mengeluarkan benangnya bergerak mengikut
angin melimpasi Luna dan menjerat Luna dari belakang.
“Apa?” Luna terkejut apabila badannya di lilit dengan benang
halus Key dan ditarik keatas tanah.
Jonghyun menumbuk tanah
dan retakan tersebut menyerang Luna dan menanamnya.
“Kembalikan Luna!!” Minho terus menyentuh tanah dan
mengalirkan renjatan elektrick ke Luna.Tanah tersebut meletup dan Luna
berteriak kesakitan akibat renjatan elektrick Minho.
Luna termengah-mengah selepas serangan dari Minho. Luna
memandang kearah Onew menunggu serangan dari yang sulung. Berjaga-jaga dengan
serangan seterusnya.
Onew tersenyum. “Kau masuk dalam perangkap” kata Onew
apabila Luna melihatnya tepat di matanya.
Luna terasa seperti kepalanya ingin pecah dan susah untuk
bernafas. Jantungnya berdegup dengan kuat dan cepat sekali seperti ingin
meletup. “ARRGGGHH!!!”
XOXOXOXOX
“Hentikan!” Jerit Luna kesakitan seluruh badan. sebelumnya
terasa seperti ditiup angin yang kuat, selepas itu seperti di tanam hidup-hidup
dan di renjat dengan kuasa voltan yang tersangatlah tinggi. Sekarang dia rasa
sangat terseksa dengan kepala yang berdenyut, jantung yang rasanya nak keluar
dari dadanya dan kesesakan nafas.
“Tolong! Hentikan semua ni!!!!” Rayu Luna tidak tahan dengan
penyeksaan keatas dirinya.
XOXOXOXOX
Mea terasa sesuatu yang sangat kuat datang dari Luna dan
segera bangkit berlari mendekati Onew. “Onew! Hentikannya!” Mea segera menutup
mata Onew.
“Apa kau buat ni?!” jerit Onew terkejut kenapa Mea
menghalangnya untuk mengalahkan Shadow.
“Kau nak bunuh Luna ke?” Mea menahan tangisnya melihat Luna
berteriak kesakitan. “Dia dah tak berdaya dah!”
Luna berlutut diatas tanah, tercugap-cugap akhirnya dapat
juga dia bernafas setelah di seksa oleh Onew. Dia tidak dapat berdiri lagi
kerana tidak dapat merasa kakinya akibat kepenatan.
Luna memandang kearah mereka semua dengan pandangan yang
ingin membalas balik. “Aku takkan kalah selepas aku dah dapat badan ni!” jerit
Luna.
Dia tersenyum sinis. “Ini Akibatnya kau lawan aku….”
Luna memaksa dirinya untuk bangun dan
aura di sekelilingnya semakin kuat.
Mereka semua terkejut melihat Luna pulih semula dari segala
serangan mereka dan dia kelihatan lebih berbeza. Seperi seekor raksaksa.
“Aku… akan… bunuh kamu semua!!” jeritnya dan Aura hitam
merebak ke sekelilingnya
XOXOXOXOX
Luna rasa sangat lega apabila dia tidak rasa terseksa lagi,
tetapi masalah baru pula tiba. Terdapat tangan-tangan muncul dari kegelapan
menariknya lebih dalam kebawah.
Luna bergelut untuk melepaskan diri tapi, makin kuat dia
bergelut, makin banyak tangan-tangan hitam itu muncul dan menariknya.
“Tolong! Sesiapa tolong!” Jerit Luna menghulurkan tangannya
kehadapan harap ada sesiapa yang menyambutnya. “ELIZA!!!” Tetapi, Eliza tidak muncul menolongnya.
Luna terdiam, dia tidak bergelut lagi.
Tiada harapan…. Sebanyak manapun aku menjerit meminta
tolong, tiada siapa akan datang menolong ku… aku sentiasa keseorangan walaupun
mereka semua ada disekeliling….
Luna menangis mengeluarkan Mutiara mata. Dia memejamkan
matanya membiarkan dirinya ditarik kedalam kegelapan oleh tangan-tangan hitam
itu.
Biarlah…. Aku dah penat dengan semua ni.. mungkin aku memang
dah ditakdirkan untuk mati dalam keadaan yang menyedihkan cam ni…. Aku dah give
up dengan semua permainan mu… Eliza….
Tetiba, sepasang tangan kecil menyambut tangan Luna membuat
Luna membuka matanya semula. “Eliza!”
Eliza tersenyum manis dan dirinya bercahaya. “Aku takkan
give up walaupun kau ni kepala batu. Jadi, kau pun janganlah give up dari semua
kesensaraan kau.” Eliza menarik Luna keluar dari tangan-tangan hitam itu. Cahaya disekelilingi mereka membuat tangan-tangan hitam itu tidak berani
mendekati mereka.
“Apa kau buat di sini?” Soal Luna melihat perempuan yang
mengakibatkan dia terperangkap ditempat yang teruk itu.
“Masa tiga hari dah tamat. Sebab tu aku di sini.” katanya dengan
senyuman yang sangat manis. “Aku tak sangka kau akan tertipu dengan hela kecil
Shadow. Kau tak rasa pelik ke time tu?”
Luna teringat perangai Eliza semasa di bilik persiapan. “Ya,
memang ada. Kau boleh sentuh mutiara mataku, menyentuh aku dan beritahu
semuanya tentang diri kau.”
Eliza mengangguk. “Aku tidak boleh cerita tentang kisah
hidupku yang sebelumnya kerana aku hanya memory kau time lapan tahun. Dia
cerita kepada kau dari kecil hingga selepas umur lapan tahun.”
Luna masih tidak yakin. “Kau tahu mama dah mati?”
Eliza terkejut. “Sebab apa?!”
Luna menggeleng dan tersenyum. “AKu percayakan kau. Mama dibunuh
time…. Aku tak tahu yang penting bukan time umur aku lapan tahun.”
Eliza tertawa. “memory kau di ambil untuk jadi kunci lagi?”
Eliza menghulurkan tangannya kearah Luna. “Mari kita hentikan semua kesensaraan
kita dan menuju ke cahaya.”
Luna mengangguk dan menyambut tangan kecil Eliza. Cahaya
berwarna merah lembut menerangi diri mereka dan kegelapan di sekeliling mereka.
XOXOXOXOX
Luna tetiba terasa dirinya dalam kesakitan. “Tidak!!!”
jeritnya memeluk tubuh.
Onew dan yang lain rasa hairan kerana aura hitam
disekeliling Luna tetiba mengecil dan Luna pula mengerang kesakitan. Mereka tak
buat apa-apa pun.
“Vee…” Fiona memandang kakaknya menginginkan kepastian. “Kau
rasa apa yang aku rasa?”
Viola mengangguk. “Mari Fee.”
Si kembar perasan sesuatu dan segera mendekati Luna. mereka
mendepakan tangan mereka kearah Luna.
“Mereka….” Ann turut melakukan benda yang sama apabila
melihat Viola dan Fiona mengeluar cahaya biru mereka kearah Luna.
Mea turut mendekati Luna yang dalam kesakitan dan
mengeluarkan cahaya putihnya kearah Luna. “Harap ini membantu…”
Luna menjerit kesakitan kerana cahaya Rose Princesses. “Apa
kamu buat ni?! Hentikan semua ni!! Kamu nak bunuh kawan kamu sendiri ke!!”
Rose Princesses hanya berdiam diri mengalirkan cahaya mereka
kepada Luna. mereka harus yakin apa yang mereka buat ni untuk kebaikan Luna.
mereka kena pastikan yang Shadow keluar dari badan Luna dengan sendirinya.
“ARRGGGHHH!!!” Luna berteriak ke udara dan bayangan Shadow
keluar dari mulut Luna dan lenyap dari pandangan.
Mereka semua terkejut melihat Rose Princesses dapat
mengeluarkan Shadow dari badan Luna.
Luna menarik nafas panjang dan membuka matanya. Dia
tersenyum melihat Rose Princesses sedang membantunya untuk mengalahkan Shadow.
“Thank’s you guys…”
Mereka berempat tersenyum gembira melihat Luna kembali dan
memeluknya dengan erat. “Kau dah balik!!”
Shinee bersorak gembira melihat Luna dah kembali dan sempat
diselamatkan. En Edward juga turut gembira melihat Luna sebagai manusia masih
boleh bernafas setelah dirasuk oleh Shadow.
Danny yang berada jauh dari yang lain rasa sedikit kecewa
tetapi dia tumpang gembira melihat Luna bersama rakannya bergembira. “Aku dah
salah…. Maafkan aku Tuan Puteri..” Kata Danny tunduk hormat dan menghilangkan
diri.
Jessica pula mengetap bibir. Kenapa dia tak mati? Manusia
cam dia patutnya dah mati sebab tak boleh tamping kuasa hitam Shadow! Desis
hatinya tidak puas hati.
Luna memandang kearah bulan dan tersenyum. Thank’s Eliza….
Desis hatinya sambil memegang dadanya.
Terima kasih sebab berikan aku memory ku semula, membuka
mataku untuk menerima kisah silamku dan segala-galanya desis hatinya lagi.
Akhirnya segala persoalan dalam mindanya terjawab juga.
Siapa dirinya, penyakit pelupanya dan kenapa dia disini. Semuanya telah jelas!
Luna berputar kearah rakan-rakannya. “Aku dah kembali…”
Kelopak rose merah muncul dan mengelilinginya membuat mereka
semua terkejut beruk.
“Luna ialah Red Rose?!” Jessica tidak percaya apa yang dia
lihat.
Luna tertawa. “Ya Jessy. Dari dulu lagi aku Red Rose seperti
Ann.”
Two times the shock!
“Dari dulu lagi? Cam Ann?” Teamin tidak faham apa yang Luna
maksudkan.
Mata hitam Luna bertukar menjadi merah darah membuat mereka
lebih shock. “Aku Elizabeth…”
Comments
Post a Comment