NCK: Bab 4
Mentari pagi menyinari alam menandakan satu lagi hari baru yang akan
di lalui oleh mereka untuk membongkar rahsia yang mereka sendiri takkan ketahui
dalam dunia mereka. Tapi bagi Accel, dia semakin dekat untuk mengetahui rahsia
besar itu. Sangat dekat umpamanya ia hanya ada di depan mata.
“Morning my love..”
Mata Accel terbuka luas mendengar suara seseorang yang paling dia
benci sekarang berada di sebelahnya. Accel segera bangun dan memeluk tubuh.
“A-apa kau buat di sini?”
Izumi tertawa kecil melihat Accel cemas. “Salah ke aku berjumpa
bakal isteriku?”
Accel nak melompat turun dari katil tapi Izumi lebih pantas dengan
menariknya baring dan berada di atas Accel. Perempuan itu mula bergelut untuk
melepaskan diri tapi mengalah bila melihat wajah marah Izumi.
“L-lepaskan aku!”
“lepaskan?” Izumi tersenyum sinis. “Kau tahu tak dah berapa kali aku
lepaskan kau? Aku lepaskan kau dengan Senior Ayaka sebab aku sambungkan
pelajaran di luar negara. Bila aku balik untuk kau, aku terpaksa lepaskan kau
sekali lagi sebab kau lebih suka dengan Senior Ayaka dan sekarang kau nak aku
lepaskan kau lagi? Tak Kumiko. Senior dah tiada untuk aku lepaskan kau lagi.
Siapa lagi kau ada untuk main game ni selain aku? Adik kau?” Izumi menarik
sengih melihat riaksi terkejut Accel. “Jadi kau tahu Yuki ada perasaan kat kau?
Berapa lama?” Izumi tahu Accel takkan jawab soalannya. “So, kau hanya ada aku
untuk ceriakan hidupmu. Sebab tu aku takkan lepaskan kau lagi, melihat kau
terseksa di sebabkan Senior memang tak di maafkan.”
Terseksa? Cam mana dia tahu
aku terseksa? Kau tak tahu apa yang aku dah hadapi dalam permainan tu! desis
hatinya marah tapi Dia tak boleh lawan balik sebab dia tahu kalau dia lawan,
it’s the end of her life, literally.
Izumi turun dari Accel dan bergerak pergi dari bilik tu. “Kalau kau
buat hal cam kelmarin, jasad kau di dunia reality akan terseksa atau lebih
teruk…. Kau mati.”
Accel melihat Izumi pergi dengan wajah marah tertampal pada mukanya.
Accel akhirnya tersenyum sinis. “Jangan pandang rendah kat aku. Perbezaan kau
dengan Ayaka ialah, Kau anggap aku lemah tapi Ayaka anggap aku lebih hebat dari
apa yang orang sangkakan. Sebab tu aku rimas dengan kau.”
><><><><><
“Apa? Sekolah? Bila?” Soal Toshiro dalam talian. “Kerajaan dah
tentukan bila mangsa permainan maut tu bersekolah ke?”
“Yup. Kita kena turun
setahun untuk graduate.” Akira tertawa mendengar Toshiro berdengus. “Bukan
lama, setahun sekolah lepas tu graduate dan teruskan ke kolej. Anyways, dua
minggu dari sekarang sekolah tu akan di buka dan nama kita secara automatiknya
dah di masukkan dalam sekolah tu.”
“Nama sekolah?”
“Tak silap aku Sekolah
menengah Nadeshiko. Pelajar di sana dah di alihkan ke sekolah lain supaya
pemain di bawah umur yang stuck di FDO belajar di tempat tu tanpa rasa hina
atau terganggu. Oh dan, semalam kau di mana hah? Kan kita dah janji nak
berjumpa tapi kenapa aku tak dapat contact kau?”
Toshiro mengeluh. “semalam aku guna nerve gear untuk masuk ke dalam
permainan tu dan aku ada panduan pixie yang paling menyakitkan hati dalam
dunia. Dia tak pandai berhenti bercakap dan hanya mengajar aku lima saat je,
lepas tu dia merapu.” Toshiro mendengar Akira tertawa lagi. Lelaki ni memang
happy-go-lucky ke? “Oh kau masih ingat tak lelaki muda yang serbuh masuk time
kita ada appointment dengan Izumi?”
“Budak pelik tu? Ya, kenapa
dengan dia?”
“Aku rasa dia adalah langkah pertama kita untuk ketahui di mana
Accel berada.” Toshiro bergerak turun
dari tingkat atas dan bergegas keluar rumah.
“Cam mana kau tahu?”
Toshiro menghidupkan enjin motornya. “Dari mesej maya Ayaka. Jumpa aku
di tempat Herculies dan aku beritahu kau semuanya.”
“Already on it.”
Toshiro mematikan talian, melompat naik ke atas motornya dan
meluncur pergi ke destinasi di amna mereka akan bertemu.
Yuki Minamoto…. Apa hubungannya dengan Accel?
><><><><><
Medeis memeluk tubuh merajuk kat Loky atas sebab-sebab tertentu
membuat Luciey yang duduk di antara mereka mengeluh berat. “Korang boleh tak
jangan bergaduh pasal game sekarang ni? Hades akan sampai dalam beberapa minit
dan tak baiklah nampak dua pasangan bercinta ambil dia dengan muka masam cam
ni.”
Medeis menjeling kearah Loky. “Aku dah kata Puak Umbra tak ambil
Scroll kami. Ia Puak lain.”
Loky menjungkit kening masih tak percaya. “Cam mana kau tahu tentang
ni?”
Medeis berpaling muka dari Loky. “Non of your beezwaxz! Yang penting
peperangan ni tak di luluskan. Understand???”
Luciey menggeleng kepala kecewa dengan dua lovebirds ni. Dia sendiri
nak tahu kenapa Medeis menolak cadangan serang hendap kat Puak Umbra tapi siapa
tak kenal perempuan bernama Medeis? Dia gila dan selalu ada plan tersendiri dan
hanya kongsi dengan orang yang terdekat dengannya iaitu Scy, Hades dan Accel.
Masalahnya ialah Scy dan Hades tak main Nura Celestia Kingdom manakala Accel
pula, jangan nak fikir lagi. Dah ternyata dia tiada lagi di dunia mereka.
“Korang!!”
Medeis memandang kearah suara yang sangat dia kenali dan berlari
kearah perempuan yang melambai itu. “Hades!!!” Dia memeluk kawan rapatnya
dengan erat.
Hades tertawa dan renggangkan pelukan mereka. “Sakura, aku dah kata
jangan panggil aku Hades kat sini.”
Medeis bercekak pinggang dengan senyuman nakalnya. “Sorry but aku
suka panggil kau Hades dari Yui. So, H.A.D.E.S, panggil aku Medeis kalau kau
nak.”
Hades menggeleng sambil tertawa kecil melihat ahli sihir beta tester
ni suka buat apa je dia nak buat. “Suit yourselves.” Dia memandang dua adik
beradik di belakang Medeis dan tersenyum manis.
“Luciey, Loky, Korang apa khabar?”
“Fine as always! Tapi dorang dua tak.” Luciey menuding jari kearah
dua lovebirds di depan dan di sebelahnya.
Hades tersenyum berminat. “Kenapa?”
Luciey mengangkat bahu tapi senyuman nakalnya terpapar jelas di
wajahnya. “Biasa lah, Isu rumah tangga.”
Loky berdehem. “That’s enough.” Katanya menyampuk sebelum adiknya
mula menyakat mereka. “So, Hades, kau tinggal di mana sementara tunggu asrama
sekolah buka?”
Hades memeluk bahu Medeis dengan machonya. “the one and only makwe
kesayangan kau lah. Siapa lagi yang paling gengerous dan satu kepala dengan aku
kat Bandar ni selain Medeis?”
Medeis turut memeluk Hades di leher. “That’s right! So, jom balik
rumah. Loky, bawa barang Hades.” Katanya dengan dingin bila bercakap dengan
Loky dan bergerak pergi.
Hades hanya tertawa kecil melihat gelagat Medeis terhadap Loky.
Entah sebab apa mereka bergaduh dan Hades akan bongkar puncanya sebaik sahaja
mereka tiba di rumah!
Sebaik sahaja mereka tiba di Rumah Medeis, mereka teruskan planning
mereka dengan mengemas barang Hades di bilik tetamu.
Luciey dan Hades di bilik mengemas manakala Medeis dan Loky di
dapur. Medeis sedang membuat minuman sambil ‘berborak’ dengan Loky.
“Loky, kalau kau nak bercakap tentang Scroll tu boleh tak nanti?”
Soal Medeis sambil menuang jus oren kedalam jug.
Loky menggeleng. “I know, Aku nak Tanya tentang benda lain.” Medeis
memandang kearah Loky. “Pasal pembuat game Nura Celestia Kingdom ni. Kau tahu
siapa dia?”
Medeis mengangguk, kerjanya terhenti dan wajahnya makin serius.
“Perantis Ayaka. Kau rasa dia ada plan cam Highlifth ke?”
Loky mendekati Medeis dan menyandar pada Counter dapur. “Yup. Kalau
dia perantis Ayaka, dah tentu dia tahu juga tentang Accel kan?”
“Masalahnya kita takda bukti yang dia ada kena mengena dengan Accel.
Walaupun dia perantis Ayaka.” Medeis memandang kearah Loky balik sambil memeluk
tubuh.
“Baby, itu tak bermaksud kita tak boleh syak dia. Kita dah check
nama Accel sebagai mangsa korban FDO dan mangsa 300 pemain yang masih tak
sedarkan diri, tiada nama Accel dalam tu atau gambarnya.” Loky melihat wajah
sedih Medeis dan mengusap pipinya cuba tenangkan dia. “Mungkin dia masih
terperangkap dalam dunia maya dan kalau Perantis Ayaka ada hubungan dengan
Accel, kemungkinan besar Accel ada di dalam game NCK tu.”
Medeis memegang tangan Loky yang mengusap lembut pipinya dan
mengangguk. “Kalau dia ada dalam permainan tu, di mana dia di letakkan?”
Loky tersenyum. “Tempat yang tiada pemain akan sampai.”
“Nura Castle?”
“Bingo.” Bisiknya sambil muka mereka semakin dekat.
*Click!
Loky dan Medeis memutarkan kepala memandang kearah Hades yang
tersenyum nakal dengan camera di tangannya. “Well not bad kan?” Hades tunjukkan
gambar mereka di screen camera.
Dua couple ini segera berjauhan dengan muka yang merah padam.
“Hades…. Apa kau nak buat dengan gambar tu?”
Hades mula mengusap dagunya pura-pura berfikir. “hmm…. Patutkah
aku—Yea, tentu best.” Dia mengangguk sendiri membuat mereka berdua kecut perut.
“Apa kau nak buat?!” jerit mereka berdua risau.
Hades mengambil langkah kebelakang. “Di sekolah ku dulu, aku boleh
di kategorikan sebagai pembuli dan bila sekolah kita dah buka, hari pertama aku
nak buat ialah….” Hades angkat camera itu separas dengan mukanya dan mengenyit
mata.
“Nooooo!!!!”
Hades mula cabut lari bila Medeis menjerit dan mengejarnya. Mulalah
permainan kejar-mengejar antara dua kawan rapat ini.
Luciey yang berada dalam bilik Hades terkejut bila mendengar kaki
berderap dari luar di sertakan tawa Hades dan jeritan maut Medeis. Luciey
menggeleng. “Hades dah mula dah….”
Dia menyambung kerjanya yang mengeluarkan barang Hades dalam kotak.
Tak sangka yang Hades ni ada banyak buku tentang Computer dan yang berkaitan
cam tu lah. Patutlah dia pandai hack computer…..
“Eh?” Luciey terjumpa kotak bersaiz kecil dalam kotak barang itu
yang mempunyai cover gambar hamusphere. “Takkanlah….”
“HADES!!! Bak mari benda tu!”
Hades bersembunyi di belakang sofa sambil menahan tawanya. Bukan
selalu buat Medeis meletup cam ni, tak salahkan renggangkan kepala nya sekali
sekala… kan?
“Ha-hah!” Kepala Medeis muncul di atas sofa memandang Hades dan
merampas camera itu dari tangannya. “Dapat pun!”
Hades terus memanjat dari belakang sofa menarik Medeis dari larikan
diri dan mereka berdua mula bergelut di atas sofa untuk dapatkan Camera yang
berharga itu.
“No!! Aku takkan bagi kau!” marah Medeis cuba menolak Hedes dari
atasnya.
Hades menahan kedua tangan Medeis di atas kepalanya dan tersenyum
nakal. “Aku lebih kuat dari kau sayang. Jangan nak cuba-cuba nak lawan.
Medeis mengetap bibir cuba memikirkan cam mana nak kalahkan budak
tomboy lagi kuat ini. “Baik kau lepaskan aku sebelum kau menyesal.” Katanya
memberi amaran dengan nada menggerunkan.
Hades tertawa besar. “Menyesal? Hah! Tak menjadi Medeis!”
“Hades—Ahhh!! Apa korang buat tu!”
Hades dan Medeis memandang ketangga rumah dan melihat Luciey yang
terkejut beruk. Mereka memandang sesame sendiri, baru perasan posisi mereka
sekarang segera duduk di sofa seperti biasa.
Loky yang mendengar adiknya menjerit segera keluar dari dapur.
“Kenapa ni luce?”
Luciey menggeleng laju tak nak abangnya tahu tentang perkara tadi.
“N-nothing…. Jatuh tangga je.”
“Oh… ingatkan apa tadi.”Loky tak percaya dengan ayat adiknya sebab
selepas dia menjerit ada ayat ‘apa korang buat tu’. Dia pasti dia dengan ayat
tu selepas Luciey menjerit.
“Luciey, Apa kau nak dari aku?” Soal Hades cepat bila lihat muka
musykil Loky.
Luciey memandang kearah Hades buat sementara waktu sebelum
teringatkan apa yang dia nak cakap kat Hades. “Oh ya!” Dia berlari anak dan
duduk bertentangan dengan mereka berdua. “Aku jumpa Hamusphere di dalam kotak
mu. Kau main NCK ke?”
Hades terkejut begitu juga yang lain. Loky segera duduk di sebelah
Luciey memandang kearah Hades minta penjelasan. “Kau pun main NCK?”
Hades mengangguk. “Korang pun? Untuk apa?”
Medeis tak percaya apa yang dia dengar. “Untuk apa? Cari Accel lah!”
“Accel masih hidup?!” mata Hades terbeliak besar. “Cam mana dia
boleh hidup asalkan dia Nampak di tikam oleh Ayaka Siot tu depan mata kita?”
“Hades, kau tak tahu ke yang Kematian Accel tak di rekodkan dalam
mangsa FDO atau mangsa 300 pemain yang masih tak sedarkan diri?”
Hades menggeleng. “Aku tak cari siapa Accel sebenarnya sebab aku
tahu Accel tak nak kita semua risau. Jadi, kau nak cakap yang Accel tu
kemungkinan besar masih hidup? Korang pasti ke?”
“Tak juga tapi setelah kami buat kajian tentang NCK, kami dapati
yang pembuat game baru ni ialah perantis Ayaka bernama Izumi Naoka. Dia mungkin
tahu di mana Accel berada dan kalau Accel masih hidup, dia tentu terperangkap
dalam dunia maya juga seperti pemain yang lain dan—”
“Chop! Cam mana kau tahu Accel terperangkap dalam dunia maya?” Hades
potong ayat loky.
Loky mengeluh. “Duh! Di mana lagi tempat yang paling bagus untuk
sembunyikan Accel selain dunia maya? Kalau tentang badannya di hospital, dia
mungkin di kategorykan mangsa 300 orang tu. Kan?” Hades mengangguk setuju. “So,
in conclusion… Accel terperangkap dalam dunia maya di mana Perantis ayaka buat.
Iaitu Nura Celestia Castle.”
Luciey menjungkit kening dan mula memikir. “So, setiap penjuru pulau
Nura dah di claim oleh setiap Puak bermaksud, sembunyikan Accel di pulau memang
bukan Idea yang bagus. Tempat yang paling sesuai…”
“Nura Castle!” sahut mereka semua. Loky dan Medeis menyatakan
manakala Luciey dan Hades dengan nada terkejut.
><><><><><><
Nadeshiko here I am!!! Jerit hati Scy sebaik sahaja dia tiba di
tengah Bandar Nadeshiko dari Airport. Pertama pertama dia buat di Bandar ni ialah
pergi kerumah uncle dan untie nya sebelum mereka pergi ke Base tentera yang di
rahsiakan selepas itu pergi ke market untuk beli barang keperluan.
Scy melihat suasana Bandar di sekelilingnya d dalam teksi dan
menghembus nafas lega. Dia Berjaya juga keluar dari Base tentera tu setelah dia
habiskan sepanjang hidupnya membesar di tempat tu. Setelah kematian kedua
pakcik dan makciknya, orang atasan di base tu melepaskan dia dari tempat
tersebut dengan syarat merahsiakan semuanya tentang tempat tersebut.
“Sheeesh, lelaki tua tu terlampau risau sangat. Cam je aku kisah
sangat tentang base tentara tu.” Katanya berbisik.
“Cik kita dah sampai.”
Scy tersenyum manis dan berikan wang kepada teksi itu sebelum keluar
dari teksi dengan bagasinya. “Woah… ini ke rumah mereka!” Scy melihat bangunan
condominium setinggi 42 tingkat. Dia segera masuk dan menekan tingkat 34 di
dalam elevator di mana rumahnya berada.
Setelah tiba di tingkat yang dia ingini dia melihat terdapat hanya
dua pintu dan salah satunya dia punya. Dia berdir di pintu pertama yang dekat
dengan lift. Yup, bilik 325 dia punya.
Scy menekan kod nombor rumah itu dan masuk kedalam. Sekali lagi dia
kagum melihat isi rumah itu. “Yes! I love this house!!!”
Dia segera ke master bedroom dan mengemas barang yang patut dengan
perasaan yang penuh dengan kegembiraan. Tak lama lagi dia akan mula sekolah dan
dah pastinya dia akan berjumpa dengan kawan-kawannya! Yeay! Betapa rindunya dia
dengan yang lain setelah mereka keluar dari permainan maut tu.
“aku nak enjoy Bandar Nadeshiko ni sendiri dan elakkan diri dari
berjumpa dengan yang lain sehingga buka sekolah. Tentu best Nampak muka
terkejut mereka bila Nampak aku di sekolah.” Scy tertawa sendiri apabila
terbayangkan riak wajah mereka melihat dia di sekolah.
Dia teringatkan Accel bila dia bayangkan wajah mereka semua dan
murung. “lelaki Classier tu tentu tahu di mana Accel berada sebab cara dia
berlawan sama seperti Accel. Aku kena cari siapa lelaki tu untuk pastikannya.”
Scy segera mengemas barangnya secepat yang mungkin dan bergerak ke
dapur. Dia membuka peti sejuk mendapati tiada apa-apa di dalamnya. “Sheeesh…
kena beli barang dapur ni.”
><><><><><
Yuki dalam perjalanan ke hospital untuk melawat kakaknya seperti
hari-hari biasa tapi hari ni dia tak sedap hati sebab tu dia lajukan langkahnya
masuk ke dalam hospital menuju tingkat di mana bilik kakaknya berada.
Setelah buat beberapa kajian tentang permainan Izumi tu sendiri, dia
dapati yang banyak pemain FDO syaki permainan NCK ini di bina sama seperti
tujuan Ayaka Cuma lebih teruk dari lelaki gila tu. Ini bermaksud kalau ada
apa-apa berlaku dalam NCK, Yuki tak seberapa risau sebab pemain FDO bersedia
untuk menyelamatkan mangsa baru dalam permainan itu. Ada juga setengah dari
pemain baru main game tersebut ada kaitan dengan 300 mangsa. Mereka percaya
yang 300 mangsa pemain tu ada kena mengena dengan pemain NCK dan begitu juga
tanggapan Yuki.
Kalau lah betul 300 pemain ada kaitan dengan permainan ni, dah tentu
Izumi ada niat jahat dan kalau Kumiko ada kena mengena dengan semua ni… kenapa
dia perlukan kakaknya? Ini buat Yuki sakit kepala memikirkannya.
Dia membuka masuk kedalam bilik Kumiko dan terkejut melihat siapa
yang melawat kakaknya sekarang ni. “Mama, papa…..” wajahnya menjadi gelap
melihat seorang lagi pelawat. “Izumi….”
Izumi memandang kearah suara yang memanggilnya dan tersenyum sinis.
“Oh hi Yuki.” Sapanya dengan senyuman manis tapi Yuki tahu ianya palsu.
“Yuki, cam mana keadaan kakak kau? Ada perubahan?” Soal papa tirinya
dengan nada perlahan.
Yuki mengeleng perlahan membuat Mamanya tambah risau. “Aku dah
beritahu dia permainan cam ni hanya bawa masalah tapi dia tak dengar sekarang
Nampak apa dah jadi..”
Papa Yuki memeluk Isterinya yang menangis cuba tenangkannya. “Apa
patut kita buat Abang? Kumiko dalam bahaya…”
Papa yuki memandang kearah Izumi. “Tolong buat apa sahaja untuk
selamatkan Kumiko. kami akan tolong apa sahaja yang boleh.”
Izumi mengeluh. “Say akan buat cuba sedaya upaya saya untuk Kumiko
tapi kewangan untuk software ni sangat mahal dan kami tiada modal untuk kembangkannya.”
Yuki berdengus. Jadi itu tujuannya nak kahwin dengan kakaknya. Wang. Kalau Kumiko tahu dah tentu dia
menolak mentah-mentah tapi kalau dia tak sedarkan diri…. Izumi tiada masalah
untuk dapatkan harta mereka.
Yuki melihat jari Kumiko bergerak sedikit dan tersenyum. “mama papa!
Jari Kumiko bergerak!”
Mereka bertiga segera mendekati perempuan itu dengan senyuman lega.
“Dia ada harapan untuk hidup. Kumiko sayang, bertahanlah.” Bisik Mamanya
melihat satu-satunya anak perempuannya dengan penuh harapan.
Yuki memandang kearah papanya. “Pa, ini bermaksud Kumiko akan sedar
tak lama lagi.”
Papanya mengangguk setuju dan memandang Izumi. “Kita tangguhkan
perkahwinan kamu sehingga anak saya sedar.” Itu bukan satu pilihan tapi arahan.
Tiada siapa boleh melawan orang berpengaruh seperti Papa Yuki.
Yuki tersenyum puas bila Nampak wajah Izumi yang gelap mendengar
berita buruk itu.
Izumi pula yang tak berganjak dari kedudukannya menyumpah seranah
dalam hati. Tak guna punya perempuan, Berani kau buat hal di tempat ku sendiri.
/Flashback/
Izumi melihat semua 300
otak hologram pemain yang ada di dalam bilik khas dalam istana Nura itu dan
tersenyum. “Berapa lama lagi analisis ni selesai?” Soalnya kepada sotong lintah
yang pernah tangkap Accel melarikan diri.
“mengikut kajian…. Dalam
masa 10 hari lagi kita dah dapat baca setiap neuron otak 300 pemain ni setelah
itu kita teruskan ke fasa seterusnya.”
Izumi tersenyum puas.
“Setelah misi mengawal minda manusia ni selesai. Aku akan kaya! Negara lain
tentu akan beli programe kawal minda ni dengan harga billion dollars dari aku.
Heh… tapi aku akan gunakannya dulu kepada 20,000 pemain NCK. Siapa dapat teka
apa yang aku boleh buat dengan 20000 manusia dalam kawalanku.”
Sotong lintah itu menggaru
kepala melihat screen maya di depannya. “Tuan tahu kan kalau kita tak dapat NOG
seed Ayaka, misi kita takkan Berjaya?”
Senyuman izumi hilang
dengan serta merta dan memukul kepala sotong itu. “Kau memang ruining the mood.
Aku tahu apa aku buat. Setelah aku kahwin dengan Kumiko, aku akan bunuh dia dan
selongkar memory hamusphere no.2.” katanya marah. “Aku pasti Ayaka berikan NOG
tu kat perempuan tu sebelum dia mati.”
Izumi terdengar sesuatu
dari pintu laluan ke bilik kaca Accel. “perempuan tu memang kepala batu. Dia
nak larikan diri lagi ke?” Lelaki itu segera ke bilik Accel dan melihat Accel
tidur di atas katil. Jadi apa yang dia dengar tadi tu?
Cheh…. This is interesting.
Lets play a little game.
Izumi berdiri di tepi katil
itu dan melihat Accel tidur lena dengan wajah yang tenang. Lelaki tu duduk di
tepi katil dan nak menyentuh pipi Accel tapi tak boleh, tangannya tembus
melimpasi wajahnya.
“What the….”
Izumi segera menarik
Selimut tu dari badan Accel dan menyentuh satu badannya. Tak boleh. “Ia
hologram… Arrrgggghhh!!!!”
Izumi melontar selimut itu
kelantai sekuat hatinya. “Dia dah lari! Shit how!” dia teringatkan bunyi yang
dia dengar tadi. “Jadi betullah dia melarikan diri tadi tapi cam mana?” Izumi
bergerak ke dinding kaca memandang kearah pulau di bawahnya. “selagi kau tak
keluar dari permainan ni aku tak berapa risau.” Izumi bergerak kembali ke bilik
khas itu dan membuka main system yang mengawal semua game dalam tempat itu,
termasuk avatar Accel.
Dia menulis nama Accel
sebagai pemain NCK dan tap masuk kedalam Akaunnya. Malangnya, senyuman sinis
Izumi bertukar menjadi wajah marah yang amat. “Dia kunci akaunnya sendiri? That
stupid brat!!!”
Izumi cuba masukkan kata
laluan yang dia tahu tapi tak boleh. “Damn
that kid…. Dia lebih bagus dari apa yang aku jangkakan.”
/end flashback/
Izumi menggenggam erat tangannya di sisi rasa marah yang amat.
Kumiko, walaupun kau tiada dalam istana sekarang ni, aku pasti dalam
masa terdekat kau akan kembali ke istana ni sambil berlutut merayu denganku
desis hatinya. Accel takkan dapat keluar melainkan Izumi benarkan.
><><><><><
Sementara di dunia maya…..
Maya yang dari Puak Domitor sedang menjalankan misinya di dalam
hutan berdekatan dengan Bandar Nura iaitu mencari herba S class yang di
perlukan untuk peperangan menentang Puak Umbra.
Dia mengeluh berat kerana sampai sekarang dia masih belum jumpa
tumbuhan yang dia cari. “Harap Eagle jumpa tumbuhan tu…”
Maya teruskan pencariannya di dalam hutan tersebut tanpa mengenal
erti mengalah. Dia cari di atas pokok, di bawah pokok, di semak samun dan
banyak tempat lagi tapi tak jumpa jumpa.
“Sebenarnya herba ni cam mana bentuknya dan apa namanya? Uggh! Tak
boleh ke pilih herba lain selain herba yang jarang di jumpa tu?”
Maya melihat burung helangnya terbang di atasnya memberi signal
untuk ikuti dia. Maya tersenyum, Eagle dah jumpa!
Dengan senang hatinya perempuan ini mengikuti Companionnya masuk
lebih ke dalam hutan. Maya melihat helangnya mendarat di atas batu besar dan
Maya segera mencari herba yang mereka cari selama ni tapi malangnya tiada. “Hey
Eagle, mana da herba tu kat sini.” Dia melihat Eagle terbang tinggi ke udara
membuat Maya hairan. Ke mana burung tu nak pergi pula?
Maya baru perasan yang Helang tu bukan tujukan kepada herba tapi
sesuatu lebih menarik turun dari langit!
Matanya terbeliak besar melihat seorang perempuan bergaun panjang
terbang menggunakan holo-wingsnya mendarat di depan matanya.
Sayap perempuan itu pecah meninggalkan kerlipan cahaya cantik
mengelilinginya. Maya tak pernah Nampak sesuatu yang sangat cantik seperti itu
dalam hidupnya.
Nanti, adakah ini salah satu Rahsia Pulau Nura?! Adakah dia ni NPC
angel??”
Perempuan bergaun putih itu memandang tepat kearah Maya membuat dia
terkejut. “Di mana ni?”
Eh? Dia boleh bercakap! “err… umm…. Hutan gelap berdekatan dengan
Bandar Nura.”
“Nura?” soal Angel itu sambil menyengetkan kepala.
Maya mengangguk. “Ya, Nura Celestia Kingdom…”
Angel itu mengangguk dan tersenyum sendiri. “Permainan baru
rupanya…”
Maya pula blur. “Ummm…. Kau ni NPC ke?”
Angel itu terseyum terhibur dengar soalan Maya dan menggeleng. “Tak,
aku Beta tester.”
“B-beta tester?!” Maya nak mendekati perempuan itu tapi terbatal.
“Setahu aku tiada beta tester dalam permainan ni. Kau serius ke?”
Angel tu mengerdip mata beberapa kali sebelum tertawa janggal.
“Eherrm….. let just say aku ni pemain baru yang suka cakap sembarangan okay?”
Maya hanya mengangguk walaupun dia tak seberapa faham. “Kalau cam
tu…. Kau dari puak mana?”
“Puak? Kenapa permainan ni nak puak pula?”
Maya menepuk dahinya. Tentu pemain ni tak baca manual book sebelum
masuk permainan ni. “Kau ni memang pelik. Kau datang dari mana hah?”
Angel itu menuding jari keatas membuat Maya mendongak melihat apa
yang dia tunjukkan. “Nura Castle?”
Angel memandang keatas melihat tanah terapung di atas mereka dan
menarik sengih. “Stupid. Aku dah faham semuanya.”
“Stupid? Siapa yang bodoh?” Maya tambah blur dari sebelumnya. Siapa
perempuan ni? kenapa dia cakap sembarangan???
Angel itu memandang semula kearah Maya dengan senyuman nakalnya.
“Say, can you do me a favor?”
Maya menjungkit kening. “Apa dia?”
“Tell me everything about this game.”
Comments
Post a Comment