NCK: Bab 8

Accel dan Lady Quinn berada di meja bulat dalam rumah agam Puak Umbra bersama beberapa Pemain yang di percayai.

“So, apa rancangan kau untuk hentikan mereka dari serang kita?” soal Lady Quinn melihat Accel yang duduk di sebelahnya.

“Apa yang aku dengar ialah tiga puak inil—tak silap aku—Domitor,Sylph dan Medical—”

“Mediocris.” Salah satu dari pemain Puak Umbra membetulkan ayat Accel.

“—ah! Ya, Mediocris bekerja sama untuk menyerang korang. Aku pasti esok mereka akan mengadakan meeting untuk membuat strategy mengalahkan kamu semua. Jadi, kita kena back fire plan mereka!” katanya dengan semangat.

Lady Quinn tertawa kecil melihat keyakinan Accel. “cam mana?”

Senyuman Accel makin lebar dan matanya membara, bersemangat dalam plan ambush mereka. Dia memandang setiap seorang pemain dalam bilik itu. “First, aku dah suruh Lyca untuk menyamar menjadi Puak lain dan cari lokasi pertemuan mereka. Terima kasih atas kerja kerasnya, kita dah dapat!” mereka semua tersenyum lebar tapi Accel tidak. “Malangnya mereka buat di tempat bukan element korang. Di kawasan Puak Med—mediocris, kan?” soalnya kalau ayatnya betul kali ni dan mereka mengangguk tapi tidak lagi tersenyum.

“Tapi jangan risau, aku pasti yang time mereka meeting kita boleh serang empat Ketua ni dan pengawal mereka dengan senang kalau kita bawa semua pemain kita untuk serang mereka; Walaupun nilai serangan korang berkurangan.” Katanya cuba menaikkan semua semangat mereka.

“Nanti dulu. Empat ketua? Bukannya tiga Puak je ke?”

“Oh ya. Pasal tu, Lord Crumb juga ada untuk tumpaskan korang. Aku rasa dia buat cam tu supaya dia tak di syak dan korang tiada bukti untuk menuduh dia curi Anchient Scroll tu.”

Lady Quinn naik merah tahan marah. Dia berdiri dan menghentak tangannya di meja “What!! Berani dia buat cam ni setelah kami tolong dia?!”

Accel mengangguk dan menarik Lady Quinn duduk semula. “Kita boleh balas dendam esok. Kau hentam lah jantan durjana tu. dia kau punya. Aku hanya tolong planning dan strategy. Serta sedikit berlawan.”

Lady Quinn menarik nafas dalam unuk beberapa kali sebelum bersuara. “Kau pasti ini semua akan Berjaya.”

“Kan aku kata anggap aku ni penganti Beater. Beater takkan pernah kalah.” Katanya dengan nada tahan ketawa. Dia masih lagi terpaksa sembunyikan dirinya yang sebenar dan bermain watak Accel palsu untuk keselamatannya sendiri.

Lady Quinn tersenyum dan mengangguk. “Kami berterima kasih dengan kau Accel. Tentu kau buat ni dengan harapkan ganjaran kan?”

Accel meletakkan sikunya di meja dan tangannya menanggung dagu. Dia tersenyum sambil mengangguk. “Of course. Aku nak Anchient Scroll tu. amacam?”

Lady Quinn tertawa melihat ketenangan perempuan ini. “It’s a deal.”

><><><><>< 

Esok pagi….

Mengikut perancangan Accel, mereka semua tiba di tempat pertemuan antara empat Ketua ini dan bersembunyi si sebalik semak samun sehingga mendapat signal dari Ketua mereka, Lady Quinn.

Mereka semua tiba di tempat tersebut semasa Lord Cytrus sedang bentangkan plan peperangannya kepada ketua lain. Accel yang berbersembunyi di sebalik tanah tinggi, jauh sikit dari yang lain terlihat lapan lagi pemain yang tidak di kenali berada di meja panjang. Mungkin mereka orang kuat mereka tapi kenapa pemain Umbra ada di situ? PEMBELOT!

Accel pantang dengan pembelot. Lelaki itu adalah makanannya! Hatinya membara hanya melihat pemain serba hitam itu berada di meja panjang dan memberi strategy berlawanannya.

“Baiklah, first. Kita boleh declair peperangan je. Lagipun empat Puak lawan satu? Itu memang peluang yang tipis bagi mereka.” Kata pembelot itu dengan serius. “Tambahan pula pemain berpengalaman… aku pasti mereka takda peluang. So, begini cara aku berlawan.”

Accel berdengus, pemain berpengalaman? Puak Umbra takda peluang? Fikir balik buddy, Accel A.K.A The Beater is here!!

“Kita mempunyai pemain ahli sihir yang boleh membatalkan setiap hela licik mereka. Korang boleh Nampak penipuan dalam perlawanan kan?”

Accel menjungkit kening, lelaki ni pandai buat plan. Accel tak boleh pandang rendah dengan lelaki ni.

Si pembelot menyambung. “Good, senang hentikan mereka bila mereka menipu. Next. Kita ada Puak Fortis dan Littera. Korang pakar dalam berlawan, korang boleh menyerang mereka dengan senang kalau mereka tidak menipu. Ia takkan sesusah mana. Akhir sekali Puak Mediocris.Korang pakar dalam perubatan dan mereka boleh bantu kita dalam menyembuhkan Pemain yang tercedera sebelum kena penalty. Plus, korang boleh mengawal nature.. kalau mereka bersembunyi, gunakan kuasa nature korang untuk menangkap mereka.”

Perempuan tak dikenali dari Puak Sylph bersuara. “Jadi… itu bermaksud kita akan berlawan di hutan?”

Si pembelot mengangguk. “Di Hutan Gelap. Kita berlawan sehingga kita dapat ketua mereka dan mengambil Scroll tersebut balik. Tamat cerita. So? Amacam?”

Accel tersenyum nipis. Dia kagum mendengar rancangan si pembelot itu malah ia buat Accel nak sokong dia. Dia tak sangka ada pemain amatur boleh buat strategy sebegitu terperinci dan mungkin ada 80% peluang untuk menang.

Accel kena bagi si pembelot ni sedikit penghargaan dan tanpa banyak fikir dia terus keluarkan holo-wingnya dan terbang ke depan jurang sambil bertepuk tangan, menarik perhatian mereka.

“Wah… wah! Rancangan yang hebat!” kata Accel dengan senyuman bangganya. Dia tak marah, dia rasa sangat bersemangat sekarang ni! sangat-sangat bersemangat untuk hancurkan rancangan mereka!

Accel tertawa kecil melihat muka terkejut mereka. “Surprise! Surprise! Can I crash the party? Jangan risau, aku bawa kawan sekali.” Katanya dengan nada riang. “Kan my friend?”

Itu signal untuk Lady Quinn, dia keluar dari tempat persembunyiannya dan berdepan dengan mereka semua.
“Yes, betul tu.”

 “Lady Quinn!!” sahut Lord Crumb, secara automatic dia terus berdiri.

Lady Quinn menjeling kearah lord Crumb dengan penuh jijik. “Hello, Pembelot.” Katanya dengan dingin dan kembali memandang semua orang yang ada di depannya. Dia melihat pengawal dalam posisi sedia dan begitu juga yang lain. “Aku di sini untuk hentikan peperangan tak guna ni. Kalau korang rasa korang kuat sangat, apa kata kita lawan sekarang. Kita lihat siapa akan menang.”

Medeis menjungkit kening. Berlawak ke perempuan ni? dia berada di kawasan bukan elementnya dan 2 lawan mereka semua? “Kau dan dia..” Medeis menuding jari kearah perempuan yang terbang. “Lawan kami semua?”

Lady Quinn tertawa kecil dan mengeluarkan pedang nipisnya. “Tak, kami semua.” Dengan ayat itu, semua pemain Puak Umbra keluar dari tempat persembunyian dan mengepung mereka semua.

Lapan pemain handal ini terus keluarkan senjata mereka masing-masing dan terus dalam posisi mereka. Medeis dan Hades melindungi Scy yang menggunakan dua senapang berat.

Luciey dan Loky yang sudah biasa berlawan bersama membelakangnya sesame sendiri.

Manakala Toshiro dan Akira menarik sengih. Mereka lebih suka berlawan untuk diri sendiri dari berkumpulan seperti mereka.

“Lady Quinn!” mereka memandang kearah perempuan serbah putih yang mendarat ke tanah dan keluarkan pedangnya. Dia buat posisi bersedia dengan senyuman nakal hingga ke telinga. Dia tak sabar nak berlawan! Ini lah part yang dia suka dalam game ini. “Lets dance!”

Puak Umbra terus menyerang dan bermulalah perlawanan yang dasyat ini.  Lady Quinn terus berlari kearah Lord Crumb dan senjata kapak dan pedang telah bersilang dan saling tolak menolak.

“Kau tikam aku dari belakang setelah kami tolong kau dapatkan Scroll tu..!” Lady Quinn berdesir sambil bergelut mengalahkan lawannya.

Lord Crumb menarik sengih. “Aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni.”

Lady Quinn naik berang dan mula menyerangnya secara bertubi-tubi, dia melepaskan semua marahnya dengan setiap serangan kearah lawannya sehingga hanya membuat Lord Crumb mengelak. Tidak dapat menyerang.

Toshiro yang berlawan dengan Puaknya sendiri dengan senang terlihat Lord Crumb nak tumpas dan dengan sepantas kilat dia berlari kearah mereka tapi terhalang bila perempuan yang dia tak kenali muncul di depannya dan hayunkan pedang ke kepala Toshiro.

Black Warrior ini terus mengelak serangan tersebut dengan melompat back flip. Setelah mendarat membuat putaran kebelakang, dia berlari kearah perempuan itu dan menyerangnya dengan pedang yang telah dia cas.

Musuhnya dapat tangkis serangannya dengan mudah membuat Toshiro sendiri terkejut. “What the…” tiada siapa boleh lawan pedang Accel, siapa perempuan ni? dia lebih kuat dari apa yang Toshiro jangkakan.

Accel tersenyum sinis melihat wajah terkejut si pembelot. See! Kau tak boleh kalahkan Beater! Katanya dengan bangga dan mula menyerang Toshiro. Mereka bersilang pedang dengan pantas membuat orang lain nak melihat cara mereka berlawan. Ya, mereka berdua menarik perhatian yang lain.

Medeis yang melindungi Hades dan Scy menjeling melihat perempuan rambut merah itu. Dia Nampak Familiar. “Scy! Kau Nampak lawan Toshiro!”

Scy berhenti menembak dan melihat musuh abang angkatnya. Mata membara itu mengingatkan dia kepada seseorang. Hatinya tetiba rasa berat. “Dia Nampak…”

Classier yang dengan semangatnya berlawan dengan musuhnya terdengar Scy bersuara dan memandang kearah mana makwenya Nampak. Matanya terbeliak bulat melihat cara perempuan itu berlawan. Hampir sama dengan dia!! “What the…” dia tak sempat bersuara bila dia di serang dan mula berlawan semula.

Hades yang akhirnya memandang kearah Toshiro yang sedang berlawan menjungkit kening. Firasatnya menyatakan ada sesuatu akan berlaku, dia nak tahu apa yang akan berlaku so… “Kalahkan mereka semua cepat!!”

Mereka sambung berlawan dan mengalahkan kebanyakan musuh mereka meninggalkan api biru yang di kenali sebagai penalty. Medeis dan Luciey segera masukkan kedalam balang supaya penalty musuh mereka semakin panjang dari 30 saat ke 5 minit.

Lady Fairie dan Lord Cytrus juga bertukar menjadi api biru dan di tangkap oleh Puak Umbra yang terselamat.

Lady Quinn akhirnya dapat tumpaskan Lord Cytrus dan memerangkap api birunya dalam genggamannya. Sekarang dia berlawan dengan pengawal musuhnya.

Semakin sikit orang yang berlawan dan beberapa pemain X-FDO dah mula boleh rehatkan diri berlawan dengan musuh yang semakin sikit.

Accel berlawan dengan penuh semangat kerana lawannya sangat kuat dan dia suka berlawan dengan pemain yang kuat. Dia kembali merasakan keseronokan bermain dalam permainan maya itu, dia rasa seperti seorang Beater yang sebenar! Dia berlawan seperti Beater! Accel sebenar!

Accel mengecas tenaga di pedangnya dan menyerang Toshiro membuat pedang nya terangkat ke atas kepalanya dan Accel mengambil peluang ini untuk membuat tendangan 360 darjah di perut. Toshiro terheret di tanah akibat tendangan kuat itu.

Accel berlari kearah lelaki tersebut dan melompat keudara, bersedia untuk menikamnya di dadah.

“Toshiro!!”

Accel kaku di atas Toshiro bila dengar kawan si pembelot ni panggil namanya ‘Toshiro’. pedang berada di atas kepalanya terhenti untuk menikam lelaki di bawahnya. Dia tak dapat menikam lelaki ni. Dia memandang pedang musuhnya membuat matanya terbeliak bulat. ‘screaming death?’

Toshiro yang ingat dia akan kalah terkejut musuhnya kaku dan ambil kesempatan ini untuk menendang dia dari atasnya membuat Accel terjatuh di tanah.

Toshiro segera bangun dan nak menyerang tapi hairan kenapa Accel tidak bangun. Dia hanya memandang Toshiro dengan riak wajah terkejut.

Accel rasa jantungnya dah berhenti buat seketika. Dia masih lagi dalam proses menerima lelaki di depannya yang dia 100% ingat pembelot ialah Toshiro. The Black Warrior.. lelaki yang… yang… Yes! Dia cintai!

Accel bangun dengan senyuman gembira membuat Toshiro kecut perut. “Aku akan kalahkan kau.” Katanya dengan nada menyakat tapi Toshiro ingat ia satu ancaman.

Accel terus berlari kearah Toshiro dengan sepantas kilat sambil mengecas sepenuh tenaga pada pedangnya.

Toshiro juga mengecas tenanganya dan menghayunkan pedangnya untuk menyerang lawannya yang buat jantungnya berdegup dengan kencang.

Accel segera menepis pedang Toshiro dengan pedangnya membuat kedua pedang mereka terlepas dari genggaman mereka. Sebaik sahaja itu berlaku, Accel terus melompat, memeluk Toshiro dan memberi sebuah kucupan di bibir dan kedua mereka terjatuh di tanah dengan Accel di atas Toshiro.

Hades dan yang lain melihat aksi ini terngangah luas termasuk pemain lain. Mereka tak tahu yang perempuan itu akan buat cam tu! apa ni! apa dah jadi sebenarnya ni!!!

Toshiro yang terbeliak bulat, terkejut di cium oleh musuhnya hanya terdiam sehingga lawannya berhenti cium dia dan memandang Toshiro dengan mata berkaca.

Accel tersenyum gembira. Kerisauannya tidak pernah berjumpa dengan Toshiro dah berakhir kerana dia ada di depan matanya. “Toshiro….” dia menutup mulutnya cuba menahan dirinya dari menangis tapi air mata jatuh ke muka Toshiro. “I-I miss you…” katanya dengan nada menggeletar.

Mereka berdua kembali duduk bertentangan dengan Toshiro masih dalam mode terkejut. “A-APa?” dia hanya melihat perempuan di depannya hanya menangis sambil menggosok matanya seperti budak kecil.

Lady Quinn yang melihat babak ini mengerdip mata beberapa kali sebelum dapat pick up semuanya. Accel nak dirinya di anggap seperti Beater FDO, dia berpengalaman, dia kenal Toshiro…. dia cium Toshiro… bermaksud… dia ialah Accel yang sebenar!! Mereka pernah dengar cerita yang Black Warrior ada hubungan dengan Beater!

“Oh my…. What a reunion…” Lady Quinn menggeleng dengan senyuman gembira. Dia tak pernah Nampak aksi romantic sebegini.

Classier yang asyik melihat dari mereka berlawan terkejut sekali lagi bila dengan perempuan itu menangis dengan posisi begitu dan menarik nafas tersekat sekat. Dia kenal cara orang menangis tu, dia selalu buat kakaknya menangis di rumah.

“Kakak?!”

Scy terngangah. “Accel!!”

Ini membuntukan. Mereka semua terngangah seperti Scy. “Accel?!! Dia??!!”

Toshiro turut terkejut. Dia memandang wajah musuhnya. “K-Kau Accel?” soalnya dengan nada berbisik.

Accel mengelap air matanya dan mengangguk kecil. “Baka… Toshiro kau bodoh, jadi siapa lagi—” Accel tak dapat habiskan ayatnya bila Toshiro menarik Accel dan menciumnya di bibir.

Toshiro dah pastikan yang dia ialah Accel, nenek kebayan-nya bila Accel panggil dia ‘Baka’. Hanya Accel jak orang yang berani panggil dia bodoh, hanya dia yang sebut dan hanya dia sahaja yang boleh sebut.

Toshiro memandang wajah Accel dan tersenyum gembira. “Akhirnya aku jumpa kau…”

Accel tersenyum nipis dan mengangguk. “ya…”

Wajah mereka semakin dekat untuk sebuah lagi ciuman tapi terbatal bila seseorang menarik Accel dari dakapan Toshiro.

“Berhenti cium Kakak aku!!!” Classier melindungi Accel dari Toshiro dan merenung tajam kearah lelaki itu. “Jangan kau berani sentuh kakak aku…”

“Kakak?” mereka saling berpandangan dan jatuh ke wajah Scy minta kepastian.

Scy mengangguk. “Yup. Itu adik Accel.”

“Yuki?” Accel memutar badan Classier dan terus memeluknya.. “Yuki!!! Rindunya kakak dengan kau! Kau sihat ke? Mama dan papa cam mana? Tingginya sudah kau?! Kenapa muka kau lain—oh kita dalam game!” Accel menepuk dahinya sendiri. “Kau kata kau tak nak main game ni sebab buang masa, jadi apa kau buat di sini?!”

Yuki terkejut mendengar soalan bertubi-tubi dan not to mention semangat kakaknya. Dia terkejut kerana dia Nampak Accel kelihatan tak bermaya di katil hospital tapi di sini, dia seperti kakak yang menjengkelkan; semangat dan bising. “A-Aku—”

“Dah-dah! Lovers reunion dah tamat! Family reunion dah tamat! Sekarang kami lagi!” Hades menarik Accel berputar kearah mereka bertiga dan memeluk Accel se-erat yang mungkin

Mereka menjerit keterujaan. “Aaahhh!!!! Aku dah agak dah kau masih hidup” “Aku gembira jumpa kau lagi!” “Aku Tak sangka kau ada di sini!”

“WE MISS YOU!!” sahut mereka bertiga tapi senyuman mereka hilang. “KAU MENYAMAR LAGI!!”

Accel rasa telinganya berdarah mendengar tiga perempuan yang hyper ini menjerit. “Nanti-nanti.. Hades?” Dia menuding jari kearah pemain yang memegang panah. “Medeis?” menuding jari kearah pemain memegang tongkat magic. “Dan Scy?” dia menuding kearah perempuan terakhir yang serba baju tentera.

“Ya!!” jawab mereka serentak.

“AAAAHHHH!!!!!” mereka berempat menjerit dengan riang dan memeluk sesame sendiri.  Mereka mula bercakap secara serentak dengan nada nyaring seperti burung tak cukup makan selama sebulan..

Pemain lelaki hanya menggeleng melihat telatah mereka. Perempuan…. Memang banyak mulut.

“Okay-Okay…” Accel memotong semua kekecohan mereka berempat. “Siapa lagi ada di sini?”

“Akira, Luciey dan My Boy” mereka berempat tertawa bila Medeis menuding jari kearah Loky.

Accel tersenyum gembira dan berlari kearah mereka bertiga dan memeluk mereka dengan erat. “Oh my gosh! Aku gembira jumpa korang!!”

Akira mengangguk dan mengusap rambut Accel dengan kasar. “Kau masih hidup rupanya.”

Accel menepis tangan Akira dant tersenyum. “Of course lah!”

Akira tertawa kecil. Dia memandang wajah Accel dan rasa perasaan terhadap Accel telah berubah. Dia tak rasa cemburu semasa melihat babak ‘shocking kiss’ antara Accel dan Toshiro. Adakah itu bermaksud dia tak cintakan Accel seperti dulu lagi?

Matanya bertukar ke Hades. Tak-tak…. Tak mungkin… kan?

Accel memandang kearah mana Akira pandang dan tersenyum. “masih banyak masa lagi, Akira.”

Akira kembali memandang Accel dengan muka terkejut. “kau tahu?”

Accel memutarkan bola matanya. “Semua orang dah tahu! Korang je tu yang slow.”

Setelah mereka habis melepaskan rindu dan menjerit senyaring yang mungkin, mereka akhirnya beredar dari tempat tersebut dengan Anchient Skrol sebagai hadiah dari Lord Cytrus untuk Beater kerana menyelesaikan masalah mereka. Lord Crumb pula akan menerima hukuman yang setimpal oleh Polis NPC.

Kesemua X-FDO ini sekarang berada di dalam sebuah hotel 5 bintang di dalam Bandar Nura dan duduk berkumpul di ruang tamu berkongsi segela persoalan untuk di jawab.

“Jadi, kita tak perlukan skrol ni lagi lah.” Scy meletakkan scroll itu di tengah-tengah mereka. “Sebab kita dah dapat Accel.”

“Jadi apa kita nak buat dengan skrol ni? jual?” Soal Classier pula. Dia sememangnya tak berminat dalam permainan ni. pasal Noble Tribe lagi lah tak kesah.

Accel mengambil skrol itu. “Tak, aku masih perlukannya. Seseorang kena naik ke Nura Castle untuk hentikan rancangan Izumi.”

Medeis menarik sengih. “Aku dah agak dah. Apa yang dia rancangkan?”

Accel mengangkat bahu. “entah tapi ada kena mengena dengan 300 mangsa tu. dia nak buat sesuatu dengan mereka. Apa jua rancangannya kita kena hentikan dia sebelum membunuh 300 pemain tu.”

“Sebab tu kau kejar benda ni?” Soal Hades dan Accel mengangguk. “Alright. Aku dah lama tak buat misi maut cam ni semenjak keluar dari FDO. Aku Join!” Dia mengangkat tangannya dengan senyuman.

Medeis dan Scy direct mengangkat tangan. “HDe’O takkan lengkap tanpa semua member.” Mereka berempat tertawa kecil.

“Medeis masuk, aku masuk.” Kata Loky mengangkat tangan dan Luciey juga mengangkat tangan turut ikut serta.

“Kakak aku perlukan perlindungan. Aku join.” Classier mengangkat tangan.

“Tak perlu. Aku ada.” Toshiro kata tanpa perlu mengangkat tangan. Dah tentu dia akan join in.

“Bukan dari Izumi tapi kau.” Classier melontarkan renungan mautnya. “Aku kena lindungi kak Kumiko dari kau!”

“Aku? Kau siapa nak menghalang?!”

“Eherm!” mereka terus tumpukan perhatian pada Akira yang juga mengangkat tangan. “Aku takkan kalah dengan Hades. Aku join.”

Accel tersenyum nakal. “Really? Atau kau takut Hades tercedera nanti?”

Akira terus naik merah. Bukan dia sahaja, Hades juga naik merah. Kenapa? Accel sahaja yang tahu.

Accel tertawa kecil. “Alright! Semua dah setuju. So, Ini rancangannya. Kita akan terbahagi kepada 2 kumpulan. Kita bukan sahaja perlu hentikan Izumi di dunia maya tapi juga di dunia reality. Jadi Yuki, kau ada access ke bangunan Izumi kan?” Yuki mengangguk. “Good, pastikan kau masuk kedalam bangunan tersebut dan tangkap Izumi sebelum dia lepaskan diri. Aku pasti jika kita dapat kalahkan Izumi, dia akan cuba melarikan diri dan kau kena bersedia.”

“Okay, aku perlukan pertolongan. Loky dan Akira korang join aku?”

Loky mengangkat ibu jarinya kepada Classier. “Roger.”

Accel memandang kearah tiga rakan HDe’Onya. “Aku perlukan kamu untuk menang dalam Ujian ini. Boleh aku percayakan korang?”

Hades tertawa kecil. “Ujian? Apa kita perlu buat ialah sampai di atas dan guna skrol tu untuk buka pelindung halimunan tu kan?” Hades mengusap badan Cyril yang tidur di bahunya. “Cyril boleh terbang ke sana dengan senang.”

Accel bertepuk sekali gembira mendengar berita itu. “Perfect lebih senang kerja kita. So, Medeis… pastikan kau boleh buka pelindung tu sebab kita hanya ada satu peluang je. Sekurity di istana kayangan tu ketat tahap Dewa.” Katanya. “Plus, bukan senang nak masuk kedalam kerana sotong lintah menjijikkan tu.” remang bulu roma Accel teringatkan raksasa hodoh itu. “Mereka bersekongkol dengan Izumi dan pastinya akan menghalang kita dan sampai ke bilik utama. Di sana ialah tempat 300 pemain di jadikan bahan ekperimen. Di dalam bilik itu ada mesin system utama yang membolehkan aku matikan semua ekperimen itu.”

Toshiro menarik nafas dalam. “Kita kena buat ni esok pagi. Jam?”

“Jam 8 pagi korang kena log in.” jawab Classier. “Izumi selalunya log in jam sepuluh pagi.”

Accel mengangguk dan bergerak ke biliknya. “Baiklah, Jumpa korang berempat esok pagi. Oh, Yuki.” Dia memandang adiknya dan tersenyum. “Kali ni kau memimpin di dunia reality. I’m counting on you.” Dan dengan itu dia masuk kedalam biliknya.

Setelah perbincangan itu, mereka semua juga beredar dan kembali ke bilik masing masing, kecuali Toshiro. dia sedang berdiri di depan bilik Accel sekarang dengan beberapa persoalan dalam mindanya. Semasa mereka sedang berbincang, ada sesuatu yang mengganggu fikiran Toshiro tentang Accel, Dia sembunyikan sesuatu dari aku.

Toshiro mengetuk pintu bilik Accel. “Accel? Aku nak bercakap dengan kau.”

“masuk.” Setelah mendapat kebenaran, Toshiro masuk kedalam bilik Accel dan melihat perempuan yag dia sayangi sudah tukar baju ke baju Pijama warna biru langit. “Aku nak Tanya kau sesuatu.”

Accel terseyum nipis. “Apa dia?”

“Kau dah terlepas dari Izumi beberapa hari sebelumnya, kenapa kau tak terus log out je?” soalnya membuat senyuman Accel hilang.

Dia diam seketika dan menggeleng. “Aku tak sempat activekan self-log out. Aku hanya boleh log out menggunakan main machine system yang ada di NUra Castle.”

Toshiro memandang kearah Accel dengan cemas. “Jadi kau di sini sendiri? Aku temankan kau.”

Accel tersenyum gembira dengar Toshiro ambil berat terhadapnya. “Tapi kau perlu tidur. Jangan risau, aku pun boleh tidur di dunia maya.”

Toshiro memandang tepat ke mata Accel, berat hatinya tinggalkan perempuan yang dia cintai sendiri di dalam hotel besar itu tanpa kawan-kawannya mengawasi Accel. “Tapi—”

“Toshiro…” nadanya sedikit tegas membuat Toshiro mengeluh. Dia tak nak Toshiro jaga dia… Accel perlukan Toshiro esok dengan sepenuh tenaga.

“Kalau cam tu aku akan log out setelah kau tidur—No but!” Toshiro terus bersuara bila Accel nak memprotes.

Accel mencebik. “Alright. Jom masuk tidur.”

Mereka bergerak ke katil Accel dan rehatkan badan mereka di atas katil Queen size itu. Mereka saling berpandangan, kedua-dua tidak memejam mata. Mereka tak ingin pejamkan mata kerana rasa rindu antara mereka berdua masih belum habis lagi. Mereka memandang setiap sudut muka masing masing dan tersenyum sendiri bila teringatkan memori silam mereka di FDO.

“Kenapa kau tak log out?” Soal Accel memandang Toshiro dengan risau.

“kan aku kata sampai kau tidur. Sekarang pejam mata.”

Accel mencebik membuat Toshiro tertaw kecil. Accel akur dan menutup matanya. “lepas ni kau log out okay?”

“okay..” Bisiknya. Dia memandang wajah Accel sehingga perempuan di sisinya tertidur. Toshiro belum lagi log out kerana masih belum puas menikmati wajah tidur Accel. Dia sedang berfikir. Kalau dia log out sekarang, dah tentu dia akan rindui muka ini kalau dia kembali ke dunia manusia. Tapi kalau dia tinggal di sini, dah tentu dia kena marah oleh Accel kerana tak tidur sepanjang malam.

Dia menarik nafas panjang . Perkara jiwang karat seperti ini kena di ketepikan dahulu kerana esok mereka akan berhadapan dengan Izumi. Misi mereka kali ni lebih merbahaya dari dalam permianan FDO. Nyawa 300 pemain ada dalam tangan mereka sekarang, jika Toshiro tak dapat tenaga yang secukupkan untuk berlawan, dah tentu dia menjadi beban dan tak dapat tolong Accel. Dia tak nak itu berlaku jadi dia log out.

Toshiro dekatkan dirinya dengan Accel dan mengucup dahinya. “Good Night My Love…” setelah itu dia swipe open akaunnya dan tekan butang log out.

Comments

Popular Posts