Rose Princesses: Royal Banquet
Chapter 7
Mea berada di atas katilnya sedang tidur lena dibuai mimpi
yang indah. Hatinya berbunga-bunga apabila dapat bercerita dengan Luna
semalaman tanpa ada gangguan si kembar.
For the first time in my life, aku dapat dengar luahan Luna!
best nyer! She-devil cerita tentang si kembar dengan aku sambil melukis memang
epic! Jerit hatinya dengan gembira masih terbayang-bayang dalam mindanya sebaik
saja sedar dari tidurnya.
“hoi, pasal tu pun nak happy sangat ke?”
Matanya terbuka luas apabila terdengar suara yang sangat
dikenali berada berdekatan dengannya. “O… Onew!!” terbeliak matanya mengetahui
yang Onew sekarang berada di atasnya! Dengan baju kemeja putih yang tidak
berbutang satu.
“Morning my princess.” Katanya dengan senyuman yang menawan.
“Kau mimpikan kawan kau lebih dari aku. Kau memang kejam.”
Ahh!!! Get off! Got off me! Desis hatinya. mukanya merah
malu melihat wajah Onew yang dekat dengan mukanya. “Turun cepat!! Turun! Turun!
Turun!” Mea memukul dada Onew suruh di turun dari atasnya.
Onew menarik sengih dan memegang kedua tangan Mea. “Kalau
aku tak nak apa kau nak buat?”
Muka Mea semakin merah panas hingga ke telinga!! Jantungnya
berdegup kencang bagaikan jet roket!
Aku benci dia! Pervert! Gatal! Miang! Nampak matang dengan
semua orang tapi rupanya dia ni pervert!! Somebody help me!!
Onew tertawa mendengar rungutan hati Mea. Memang menggelikan
hatinya, sebab rungutannyalah. Mea dengan tidak sengaja telah mencuri hati
Onew.
“Aku boleh lepaskan kau kalau kau dapat lepas dari aku.
amacam nak try?” Soalnya dengan keseronokan menyakat pujaan hatinya.
Mea memandang sekeliling dan kembali kearah muka Onew. Dia
cuba melepaskan tangannya sambil menyumpah serana Onew dalam hati. Pervert!
Sengal! Tak guna! Gatal! Perverted old man! Miang! Tua!
“Kau ingat dengan memaki aku, kau boleh lepas?” Onew
menggenggam lebih erat tangan Mea. “Kau memang nak kena kan?”
Mea tersenyum tanpa membalas ayatnya membuat Onew terkejut.
“K… Kau kenapa?”
Mea menjelir lidah. “Aku dah menang!”
“Apa?”
Bunga yang tersedia di bilik Mea tumbuh dengan cepat dan
menggelut Onew. Membawanya jauh dari Mea.
Mea bangun dari katilnya dan terus berlari ke pintu. Dia
berpaling kearah Onew dan tersenyum bangga. “mulai hari ini, kau takkan sakat
aku cam tu setiap pagi lagi. Kau dengar tu? TAK AKAN!” Mea menutup pintu
biliknya dan berlari ke dapur. Yes! Akhirnya aku boleh lawan balik orang tua
tu! yeah!!
“Baru tua setahunlah!” Onew yang berada di bilik Mea tertawa
mendengar hati Mea bersorak gembira. “Kau dah menang dari awal lagi. Aku takkan
dapat tandingi kau.” Onew memandang sekeliling bilik Mea. “Okay… Di mana dia
letak gunting kainnya?”
XOXOXOXOX
Shinee berada di cafeteria sedang berkumpul sambil menunggu Rose
Princesses habiskan kelas mereka yang kebetulan habis pada masa yang sama.
Ramai para wanita sedang memerhatikan putera-putera raja yang rancak bercerita
sesama mereka.
Rose princesses
kelihatan dari luar cafeteria menuju ke tempat itu membuat perempuan dari dalam
cafeteria mula berbisik tentang mereka. kenapa perempuan tiga tu boleh bergaul
dengan Shinee? Dorang bukan anak bangsawan atau anak raja. Apa keistimewaan
dorang hah? Mesti perempuan tu ada kuasa hypnotize kan?
Onew memandang kearah perempuan yang sedang
memburuk-burukkan Rose princesses. “Watch your mouth!” katanya dengan nada yang
mengancam.
Mereka semua tergamam melihat wajah marah Onew. Ini pertama
kali mereka melihat Onew yang peramah lagi baik hati memberi amaran kepada
mereka.
Jonghyun tertawa. “Apa yang buat kau marah sangat sampai
bagi renungan tu dengan peminat kau hah?”
Onew mengangkat bahu buat muka innocent. “Nothing.”
“Afternoon guys!” Si kembar menyapa sebaik sahaja duduk
semeja dengan mereka.
“Apa citer?” Soal Mea meletakkan failnya di atas meja. Dia
menjeling kearah Onew masih marah dengan peristiwa pagi tadi. “First time
korang tunggu kami kat sini. Ada urgent inform ke??”
“Kita akan adakan royal banquet malam ni bab tu kami ambil
korang sekarang.” Teamin memasukkan sesuap Vanilla Ice Cream kedalam mulutnya.
Viola terus memandang Teamin. “Majlis apa? Hari jadi?”
“Kami kena join sekali?” Fiona menyoal tidak berminat dengan
majlis formal. “Majlis formal apa?”
“hari ulang tahun Elizabeth ke-24” Key menjungkit kening. “walaupun
dia dah tiada… ulang tahunnya tetap di sambut kerana dia keturunan sebenar di
Robella. Darah emas Robella.”
“Luna tahu pasal majlis ni ke?” Mea teringat tentang Luna
yang jenis tak suka menghadiri majlis Formal walaupun Luna seorang anak orang
terkaya di dunia.
Shinee menggeleng tidak tahu jika En Edward akan beritahu
Luna tentang perkara tersebut. Minho hanya berdiam diri sebab dia tahu
kemungkinan besar Luna tidak akan menghadiri kerana wajahnya yang mirip dengan
Eliza. Kalau orang lain salah faham yang Luna itu Eliza.. comfirm ada lagi
masalah timbul dalam majlis tersebut. tiada siapa tahu apa yang akan berlaku
time majlis itu.
Luna dan Eliza memang berbeza, tentu nama baik Eliza rosak
disebabkan sikap angkuh budak tu kalau dia hadir desis hati Minho.
Si kembar mengeluh kecil. Terfikir macam mana respon Luna
kalau dia tahu majlis formal akan diadahkan di istana malam ini. Dah lah Luna
tak suka majlis Formal. Nak dia join in… comfirm dia orang pertama larikan diri
sebelum upacara majlis dimulakan. Kalah Cinderella lari dari Ball.
Onew bangun dari tempat duduknya dan mengeluarkan phone. Dia
dah penat mendengar kerisauan hati mereka tentang orang yang sama setiap hari.
“Aku nak call driver, suruh dia ambil kita di cafeteria.”
Kata Onew dengan nada serius.
Mea hanya mencebik. Serius sangat, nak cover perverted attitudenya
lahtu desis hati Mea.
“Kamu bertiga tak akan jumpa Luna sehingga party nanti sebab
kamu akan di dandan untuk majlis malam ni.” kata Jonghyun memandang si kembar.
Masih mencari perbezaan mereka supaya senang nak bercakap dengan Viola.
“Kami pun kena join? Kenapa?” Soal Fiona. Baru je nak
rancang nak temankan Luna di biliknya semasa majlis berlangsung.
“Sebab kamu akan di perkenalkan kepada semua orang yang kamu
ialah Rose Princesses yang akan membantu melindungi Robella dari jatuh ke
tangan orang yang salah.” Key menyambung.
Viola mencebik. “Kami belum ada kuasa lagi dah nak hebohkan.
Cam mana kalau orang tanya apa power kami? Nak jawab apa hah?”
“Korang duakan pandai memanipulasikan orang lain.” Mea
menjungkit kening tiga kali. “Jadi,, buatlah rutin melarikan diri dari involve
dengan orang lain kamu tu.”
Si kembar tersenyum nakal. Nak switch tempat supaya
mengelirukan orang dan pergi dari tempat tersebut? Itu memang profession kami!!
Onew baru sahaja habis bertelefon dan memanggil mereka
semua. “Jom! Driver dah tunggu di luar.”
XOXOXOXOX
Aku berada di perpustakaan utama sedang mencari petunjuk
tentang kehadiranku di Robella, mengapa buku-buku yang berkaitan dengan Robella
dihantar ke rumahku, dan mungkin penyakit lupaku boleh di temui di sini.
Banyaknya buku nak dibaca…. Entah berapa hari aku patut
berkurung dalam bilik ni sehingga dapat jumpa petunjuk. Aku patut tanya mereka
tentang….
Pintu diketuk oleh salah seorang maids di Istana. “Maaf
mengganggu Cik Luna tapi.. En Edward ingin jumpa Cik Luna di biliknya.”
Aku hanya akur dan bergerak ke pejabat En Edward. Aku nak
sangat tanya dia tentang perkara ni tapi.. kenapa aku lidah ku keluh apabila
berdepan dengannya? Aku dapat rasakan yang dia tahu semuanya tentang benda ni.
Aku nak tahu… aku nak cari… aku nak bongkar semua persoalan yang membuat aku
rasa resah setiap masa. Mungkin aku akan jadi mangsa di Robella?
Luna mengetuk pintu dan masuk kedalam pejabat En Edward
setelah mendapat kebenaran darinya.
“Sila duduk Cik Luna. Saya nak berbincang tentang suatu
perkara dengan kamu.” Kata En Edward dengan serius. Kelihatan di wajahnya yang
dia sedang mengalami kesukaran.
Luna hanya duduk tanpa menanyakan apa-apa soalan walaupun
dia nak sangat menyoal. “Apa dia?”
En Edward mengambil satu gambar dari penjuru mejanya dan
ditenung lama. “Malam ini kami Mengadahkan Royal banquet sempena ulang tahun
Eliza ke-24 dan memperkenalkan Rose Princesses sebagai penjaga baru Heart of
Robella.” En Edward memandang tepat ke wajah Luna. “Saya nak minta tolong dari
kamu untuk menghadiri majlis ini….”
“Stop!” Jerit Luna menaikkan tangannya dihadapan En Edward.
“Aku tak nak terlibat dalam apa-apa majlis yang melibatkan dengan nama dan
maruah. Aku dah pedap dengan orang-orang kaya yang selalu mengkritik orang
lain.”
En Edward mengeluh kecil, dia dah agak yang Luna akan
menolaknya. Dia dah siasat tentang diri Luna di Dunia manusia. Dia sebagai anak
terkaya di dunia tentunya akan mendapat tekanan yang sangat berat oleh orang
disekelilingnya. Di pandang sebagai perosak nama keluarga kerana attitudenya
yang ganas dan tidak feminen. “Aku faham maksud kau tapi… Kau kena hadiri untuk
memerhatikan Si kembar yang selalu buat hal. Kau tahukan yang mereka suka buat
hal. Aku takut mereka akan rosakkan majlis yang mulia ini.”
Luna cuba memikirkan alasan En Edward. Betul yang Si Kembar
ni tiada manner dan selalu ikut hati mereka. takut juga kalau mereka akan
rosakkan majlis mereka sendiri apabila ada orang cuba menyakitkan hati mereka.
Mungkin dia patut menghadiri majlis tersebut hanya untuk mengawal keadaan.
“Baiklah. Aku akan hadiri majlis ni dengan ikut keinginan
kau dan memerhatikan attitude mereka berempat. Aku tahu yang Ann dan Mea juga
mungkin mengalami kesukaran.” Luna memandang wajah En Edward yang kelihatan
tenang. “Kau dah puas hati?”
En Edward menggeleng. “Aku tak kan berpua hati selagi aku
tak nampak hasilnya.”
Luna berdengus. Dia mula duduk kaki dan tangan bersimpul
setelah mendengar keraguan En Edward. “Kau jangan risau tentang semua ni. aku
akan pastikan semua akan baik-baik saja.”
“Jangan risau?” En Edward mempersoalkan ayat Luna. “Aku YANG
pastikan semuanya berjalan dengan baik dan kau pastikan yang mereka tak akan
buat benda yang memalukan.”
Jantung Luna tetiba berdegup dengan kencang apabila melihat
wajah En Edward yang menggerunkan apabila menyatakan ayatnya sebentar tadi.
Tangannya yang menggeletar di pegang erat.
Adakah itu real atau aku berkhayal tadi? Air Muka En Edward
sangat menakutkan seperti dia betul-betul tak akan biarkan majlis ini rosak.
Luna segera bangkit dan keluar dari bilik tersebut tanpa
berpaling kearah En Edward. Langkahnya dilajukan menuju ke bilik tidurnya
semula sambil memikirkan tentang kejadian yang sangat memeranjatkan.
Sebaik sahaja pintu di buka, kelihatan dua orang perempuan
sedang menunggu kedatangannya.
“Selamat petang Cik Luna. Kami akan menghiasi Cik Luna untuk
majlis malam ni.” Kata Meira, pengurus Luna.
“Kami harap Cik Luna akan bekerjasama dengan kami.” Sambung
Maya, Pendadan Luna.
Luna menarik nafas dalam dan tersenyum manis menyembunyikan kerisauannya.
“Terima kasih kerana menolong saya.”
Luna mendekati mereka dan dengan segeranya mereka berdua
mengurus diri Luna tanpa banyak cakap. Luna hanya biarkan dirinya di dandan
deperti sebuah boneka. Fikirannya melayang tentang En Edward yang sangat
mencurigakan.
Aku patut menghadiri majlis tersebut memastikan yang En
Edward tidak sakiti sesiapa terutamanya Mea dan si Kembar. Aku tidak tahu
kenapa.. tapi hatiku rasakan yang En Edward merancang sesuatu.
“Cik Luna prefer gaun colourful atau simple?” Soal Meira
sambil mencari baju didalam closet. Manakala Maya, sedang mendandan Luna.
Luna tersentak dari Lamunannya dan segera mengukirkan
senyuman. “Simple is fine.”
Meira mengangguk dan mengeluarkan sehelai gaun berwarna
peach. “Malam ini, Cik Luna akan menyerlah. Kita akan buat putera raja terpikat
dengan kecantikan Cik Luna yang sebenar.”
Luna dikenakan gaun tersebut dan diperbetulkan mengikut
ukuran badan. Maya juga mengurus rambutnya.
Luna terfikir sesuatu yang dia lupa sejak dari awal lagi.
“Tolong berikan saya phone tu..”
Maya mengambil phone Luna dan Luna segera mendail number
Viola. “Hello? Vee, loudspeaker.”
“dah. Kenapa Lu?” soal Vee didalam talian.
“Aduh! hati hati dengan rambutku!” jerit Fee yang merungut
dari dalam talian.
Aku dah agak dah desis hati Luna. “Vee, Fee. Aku minta
tolong dengan kamu.”
“Boleh! Apa kau nak?” kata si kembar dengan serentak.
Luna tertawa. “Aku nak kamu bersopan di Majlis malam ni
okay? kalau kamu buat cam tu, aku janji aku akan ikuti majlis ni sekali.”
“Okay! no prob!” talian terus dimatikan setelah mendengar
persetujuan dari si kembar.
Luna geli hati dengan perangai Si kembar yang selalu active
dalam semua hal. Dia terus mendail satu lagi number iaitu Mea.
“Mea…”
“Lu!!! Apa aku nak buat? Aku tak tahu cam.. bukan aku tak
tahu apa tu majlis formal!!” dengar tangisan Mea dari dalam talian. Luna ketawa
berdekah-dekah sehingga Meira dan Maya tidak dapat menghiasinya.
“Lu!! Hentikan!” jerit Mea.
“Okay-okay.” Luna menahan tawanya. “Apa yang kau perlu buat
ialah tersenyum dan jangan merungut! Kalau kau disoal, jawab dengan sopan dan
yakin. Jangan ragu-ragu. Kalau kau buat cam tu, aku takkan jadi Cinderella lari
dari Majlisnya, deal?”
“Kau ikut sekali? Betul?” Mea kedengaran sangat gembira.
“Okay! aku akan practice untuk kau! kau kena ikut sekali okay?”
Luna mengangguk. “Okay.” Luna mematikan talian dan
menghembus nafas lega. Akhirnya… dapat juga beritahu mereka perkara penting
desis hati Luna.
“Cik Luna dah ready!” Kata Meira dan Maya serentak. Mereka
berdua tergamam melihat wajah Luna dan memandang sesama sendiri. Apabila Luna
di lihat dari atas ke bawah, kelihatan seorang perempuan yang sangat dikenali.
“Kenapa kamu nampak aku cam tu?” Soal Luna dan terus
memandang wajahnya di cermin. Luna sendiri terkejut melihat dirinya di cermin
panjang. Dari hujung kaki ke hujung rambut, dia kelihatan sangat cantik bagai
bidadari dari kayangan.
Luna tertawa melihat wajahnya sendiri. Dia mendekati cermin
tersebut dan menyentuh wajahnya di cermin. “Dah lama aku tak nampak wajah ni.
selama lima tahun meninggalkan rumah, aku hanya nampak wajah yang seorang gadis
biasa dan malam ini… aku kembali ke Mansion di mana tempat aku sebenarnya
berasal.” Degupan jantung Luna tetiba menjadi laju apabila melihat sesuatu yang
sangat familiar. Tangannya menggeletar segera ditarik dari cermin tersebut.
Tak… aku takkan biarkan perkara ni mengganggu aku lagi. Aku
di Dunia lain dimana tiada siapa tahu siapa aku. Aku di sini sebagai orang
asing jadi aku kena yakin dengan diri yang aku akan dipandang baik oleh orang
lain desis hatinya apabila mengingatkan kritikan yang dilempar kearahnya
apabila berada di majlis formal.
Luna menarik nafas dalam dan mengukirkan senyuman di wajah
memandang Meira dan Maya. “Mari ke Royal Banquet.” Katanya walaupun tangannya
menggeletar.
Maya dan Meira hanya mengangguk walaupun mereka dapat lihat
yang Luna menggeletar.
Comments
Post a Comment