New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Tuesday, 26 March 2013

Rose Princesses: Gemini's Love Trap


Chapter 16

Sudah tiga hari Luna tidak boleh duduk diam didalam istana. sebab? Danny tak datang time sia summon servantnya lah! Selepas kejadian di majlis perkahwinan mereka yang tidak jadi, Luna dah tak nampak batang hidung Mr. D lagi.

Si Kembar yang duduk di sofa, dari tadi sedang memerhatikan Luna berjalan ulang-alik memikirkan Danny dengan phone di tangan akhirnya rasa bosan juga lihat Luna cam ni berterusan selama tiga hari.

“Kau serius ke kalau kau kahwin dengan Danny, dunia ni akan hancur? Hanya di sebabkan contract antara Kerajaan Ageha dan Robella?” Viola menyoal untuk memastikan penjelasan Luna yang sudah berlalu beberapa hari lepas.

“Perjanjian Master dan Servant tu hanya untuk melindungi kau dari dibunuh oleh penjahat. Kenapa sampai nak hancur dunia segala?” sambung Fiona dengan persoalan Viola.

Luna berhenti dari melangkah dan memandang si kembar yang dari hari-hari yang lepas penuh dengan soalan. “Ya… ya, dan  manalah aku tahu. Itu yang tertulis dalam buku sejarah Kerajaan Robella.”

“Jadi? Apa jadi dengan Danny kalau dia tak jumpa kau?” Sambung Viola.

“Dia akan terima hukuman yang berat dari segi fizikal. Aku sendiri tak tahu jenis cam mana hukumannya sebab Danny tak pernah bantah aku.” Kata Luna dengan serius sambil menekan-nekan butang di phonennya.

“Apa kau buat tu? Call Danny?” Fiona memanjangkan lehernya melihat apa yang Luna tengah buat.
Luna mengunci phonenya dan diletak kedalam pocket. “Korang dua memang banyak songeh! Penat mulut aku menjawab semua soalan kamu yang tak henti-henti.” Luna memandang si kembar dengan dekat. 
“Goodbye..” Katanya dan mata bercahaya merah buat seketika. Si kembar hilang dari pandangannya.

“Akhirnya!!!” Luna merenggangkan badannya dan land di atas sofa. “dapat juga aku rehat dari detective dua tu.” tidak lama kemudian, Luna sudah tidur dibuai mimpi.

XOXOXOXOX

Viola muncul di taman Istana bahagian bunga-bunga Tulip. Viola memandang ke kiri dan kekanan. Berdengus.

“Luna!!! aku belum habis soal lagi kau dah halau aku?!!” jerit Viola ke udara. Burung yang hinggap di pokok, semua beterbangan kerana takut dengan suara Viola.

“Hoi! Agaklah suara tu.” Tegur Jonghyun dari belakang. Agak terkejut juga apabila dengar orang tetiba teriak di taman tu.

Viola berpaling kebelakang. “Kau lagi? Apa kau buat di sini? setiap kali aku bersendirian, mesti kau ada. Kau ni stalker ka?”

“Kau nak aku hancurkan muka kau tu ke?” Jonghyun rasa sangat menjengkelkan dengan perangai Viola yang tak senonoh. “Aku di suruh pi sini oleh Luna….” Jonghyun terhenti bercakap apabila mood Viola tambah down. “Kau kenapa?”

Viola menarik nafas sedalam yang mungkin. “Ingat! Dia SMS kau ke sini bukan sebab aku nak jumpa kau tapi kerana kebetulan. Aku di sini sebab Aku nak tenangkan diri dan bersendirian tanpa Fiona. Aku tak boleh selalu melekat dengan Fiona 24/7, walaupun kami kembar kami tetap perlukan privasi juga dan…”

“Luna halau kau ke sini dan perangkap kita berjumpa kan?” Jonghyun menjungkit kening dapat teka apa yang Viola sembunyikan.

Viola tersentak. “M… Mungkin..” Viola tetap menafikan sebab Jonghyunlah lelaki yang paling dia tak nak jumpa.

Jonghyun tertawa. “Kau elak cam mana pun tetap berjumpa juga.”

Viola mencebik. “Whatever! Aku blah dulu.” Katanya dan bergerak pergi.

Tetapi, ayat tu masih belum selesaikan masalahnya sebab Jonghyun ada di belakangnya sedang mengekori Viola.

Viola buat tidak tahu dan teruskan berjalan. Mamat stalker! Baliklah ke istana sebelum aku tembak tengkorak engkau! Desis hati Viola tak tahan dengan Jonghyun.

Viola menarik sengih. Dapat Idea yang giler. Dia hentikan langkahnya dan tersenyum sendiri. Dia tentu berhenti desis hatinya lagi.

Jonghyun berjalan melimpasi Viola membuat dia terkejut. Jonghyun hanya berjalan tanpa berpaling melihat Viola.

Kau ingat aku boleh malukan aku dengan hela tu? desis hati Jonghyun.

Viola menghentak kaki rasa sangat malu. Tak guna! Lantaklah, aku tak kisah dah desis hatinya marah. Viola bergerak semula tetapi di arah yang sebaliknya.

Jonghyun terhenti apabila dia tidak dengar suara tapak kaki Viola. Dia berpaling kebelakang dan melihat Viola berjalan bertentangan darinya.

Jonghyun tertawa kecil. “Dia tak nak mengalah.” Katanya berbisik. “Hei! Kau nak ke mana?” Soal Jonghyun dari jauh.

Apa hei, Hei? Aku ada namalah ngok! Desis hati Viola. “Aku nak jalan-jalan buat sementara.. kenapa?”

Jonghyun mendapat idea untuk mengenakan Viola. “Aku dengar di hujung jalan tu ada satu kubur lama nenek moyang Kami. Kalau kau ke sana tanpa kebenaran kami, kau akan dihantui sehingga kau mati dan kuasa kau akan di makan sedikit demi sedikit buat kau terseksa hingga nafasmu yang terakhir.”

Viola memandang kearah jalan yang dia ingin lalui. Rasa takut untuk ke sana. Mahu tak mahu terpaksa dia mendekati Jonghyun. “Jom pergi…” katanya dengan perlahan.

Jonghyun tertawa. “Sure… tak sangka kau ni penakut juga kan?” mereka berdua berjalan seiringan.
Viola blushing. “So what? Kau nak ejek aku sebab aku takut hantu?”

Jonghyun menggeleng. “Aku happy sebab aku dapat tahu yang mana Vee dan yang mana Fee.”

Viola mencebik. Pembohong, tiada sapa boleh teka siapa kami kecuali Luna desis hatinya. “Aku ni siapa?”

“Vee.” Katanya dengan yakin.

Viola terkejut. Jantungnya tetiba berdegup dengan laju. Tak… Dia teka jak tu desis hatinya lagi. Dia menjelir Lidah. “Salah! Aku Fee…”

Jonghyun menjentik dahi Viola. “Pembohong! Kau boleh tipu orang lain tapi bukan aku. Kau lebih active dari Fee, lebih bersemangat, lebih banyak idea gila, kau penentu segala keputusan lebih dari Fee dan kau ni LEBIH cerewet dari Fee.”

Muka Viola merah. Jantungnya berdegup lebih kencang dari sebelumnya. “Kau saja reka semua tu kan? Kau saja buat jantungku berdegup….” Viola menutup mulutnya. Bodoh! mulut tak bertapis! Desis hati Viola. Selalunya Fiona menyambung ayatnya sekarang dia bersendirian tak tahu apa nak cakap.

Jonghyun terkejut. “Apa? Kau cakap apa? Aku buat jantung kau berdegup apa? Lebih cepat?”

Viola menggeleng. “No! please lah, orang cam kau is not my taste!!”

Jonghyun tersenyum nakal. “Aku nak buktikan.”

Aku tak suka senyuman tu desis hati Viola. “A… Apa maksud kau?”

Jonghyun tidak menjawab tapi memberi satu ciuman di bibir. “Dah terbukti.”

Viola kaku. Seperti skru di kepalanya sudah tercabut akibat suhu mukanya yang naik mendadak.

“Hello? Viola to earth?” Jonghyun hairan kenapa Viola belum bergerak selepas mendapat ciuman dari Jonghyun. “Jadi, betullah kau suka aku kan?”

Viola tersentak dari lamunannya. “Mana kau tahu?”

Jonghyun tertawa. “Kau masih nak nafikan? Kau nak aku cium kau lagi ke sampai kau terima kenyataan?”

Viola menjelir lidah dan bergerak ke depan. Setelah tiga meter jauh dari Jonghyun, Viola berputar memandangnya. “Aku tak cakappun aku nafikan.”

Jonghyun tersenyum dengan perangai Viola yang tidak mahu mengalah. “Baguslah sebab…” Jonghyun mendekati Viola dan memeluknya dengan erat. “I love you too…”

XOXOXOXOX

Fiona muncul di dalam bilik Music dan jatuh diatas lantai. “Aduh!! tepos punggung aku..” Fiona bangun dan mengusap punggungnya yang sakit.

“Mana Viola? Luna pisahkan kami lagi untuk apa kali ni?” Fiona dapat meneka plan Luna tapi tak tahu apa tujuannya. Fiona melihat Piano yang terdapat dalam bilik itu dan segera mengambil posisinya tanpa banyak berfikir.

“Wah! Dah lama aku tak pegang piano ni!!” Fiona terus bermain sebuah karya Beethoven. Dangan penuh perasaan, Fiona mainkan lagu tersebut dengan merdunya dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.

“Kau main selalu merdu.”

Fiona tersentak sehingga menekan key yang salah apabila terdengar suara yang sangat-sangat dikenali. Mukanya merah menahan malu kerana menekan key yang salah apabila di puji.

Key tertawa. “Baru di puji dah melayang?” Key mendekati Fiona dan menekan kekunci yang terakhir. “Jangan tekan key yang salah… takut nanti ‘key’ yang sebenar tak dapat di temui.”

Muka Fiona tambah merah. Apa maksudnya tu!!!! Key yang salah? Key? Dia ka? Desis hatinya keliru walaupun dia tahu maksudnya.

“A… Aku takkan tekan sembarangan Key, sebab aku selalu berhati-hati dalam melihat Key yang betul.” katanya tersipu malu.

“oh ya?” Key duduk disebelah Fiona. “Nak main lagu four arm lagi?” Key tersenyum manis sambil tangannya bersedia untuk bermain. “Kalau kau tahu lagu ni aku beritahu kau satu rahsia.”

Fiona mengangkat kening double jerk. “Okay! tapi ingat, aku tahu banyak piece dari yang kau ingatkan.”

“Bagus. Kalau kau tahu lagu ni kau kena main sekali dengan aku kalau kau tahu, Okay?” Key memulakan bermain piano tanpa menunggu jawapan Fiona.

Fiona mendengar lagu tersebut dengan teliti. Lagu apa ni? aku pernah dengar lagu ni tapi dimana ya? Desis hati Fiona memikirkan piece yang Key mainkan. Fiona tersenyum akhirnya dia ingat piece apa yang Key mainkan.

Fiona bersedia untuk bermain tinggal tunggu Q nya untuk bermain. “Aku dah tahu dah…”

Key tersenyum melihat keyakinan Fiona. “Betul ke?”

Fiona mengangguk. Q nya tiba akhirnya dan mereka bermain piece tersebut dengan merdunya dan sangat serasi. Jari-jemari mereka menari diatas kekunci piano dengan rancaknya. Mereka tertawa sambil bermain piece tersebut.

Sebuah Piece yang mengisahkan sebuah cerita romantic tentang seorang lelaki telah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang sangat jelita pada malam majlis formal. Hanya dengan pandangan pertama, lelaki itu tahu yang perempuan itu ialah teman hidupnya.

Key berhenti dari bermain di last part piece tersebut membuat Fiona hairan. “Kenapa k….”

Sebuah ciuman diberi oleh Key apabila Fiona memandang kearahnya. Fiona terkejut sendiri apabila Key berbuat sebegitu.

“Itulah ending lagu ni…” Kata Key seolah-olah berbisik. “Dia akhirnya mendapat cinta hatinya seperti aku dah dapat kau, Fiona.”

Jantung Fiona berdegup laju kalah kelajuan rocket ingin kebulan. Nak tercopot jantungnya akibat ‘serangan’ maut Key. Fiona tergelak.

“Apa kes kau ketawa?” Soal Key hairan dengan perangai Fiona.

Fiona menggeleng. “Aku dah jumpa ‘Key’ yang paling sesuai untukku.”

XOXOXOXOX

Luna tersenyum melihat plannya menyatukan dua pasang burung berjaya dengan cemerlangnya. Mata merah Luna hilang disertakan dengan senyumannya.

Luna bangun dari Sofa dan bergerak keluar dari bilik menunggu dan menuju ke dapur. Dalam fikirannya ialah hanya Danny. Apa akan terjadi pada Danny? Dia akan okay ke? Harap Danny tak apa-apa desis hatinya risau dengan keadaan Danny yang menghilang tiada siapa tahu di mana Dia berada.

No comments:

Post a Comment

Savior of Tales