Extended Episode I (FDO) -Between Classes Food-


87th Floor, Paradise Village. –Between Classes Food-

Accel berada di sofa dengan keadaan tunggang terbalik, kaki di udara dan kepla di tanah. Dia memandang rakan-rakannya yang sedang membuat kerja sendiri. Scy berada di kerusi rehat, menggilap senapangnya(walaupun tak berhabuk, entah kenapa dia gilap Accel tak tahu), Medeis membaca senaskah b buku yang mempunyai tulisan pelik pada kulit buku itu. Magic spell kot? Mungkin? Entah lah. Manakala Hades berada di meja makan sedang memberi makan Naga kesayangannya Cereal.

Ini hari mereka tidak merancang untuk keluar membuka pintu baru atau berlawan naikkan level. Mungkin sekarang ni musim tu dah tiba tak? Musim malas… Accel perasan tadi pagi semasa membeli bahan masakan yang semua pemain di P.V kelihatan sangat tidak bersemangat melakukan kerja harian mereka. Malah, hanya segelintir pemain Accel lihat yang keluar dari perumahan mereka.

Mata Accel masih tertumpu pada Haiwan kesayangan Hades. Seekor naga yang tersangat lah rare di dalam permainan itu. Ia bukan monster, kerana boleh di jinakkan dan bukan juga haiwan liar yang boleh di jadikan bahan makan.

Perut Accel tetiba berbunyi membuat dia menyentuh perutnya. Mata Accel terbeliak bulat bila terfikirkan Cyril sebagai makanan. Cyril boleh kena makan ke? Perutnya berbunyi sekali lagi sepertinya menjawab persoalan dalam minda Accel.

Tiga lagi Rakan Accel tertawa kecil dengar perut Accel berbunyi. “Accel, kalau kau lapar, pergi la keluar makan atau masak.” Kata Medeis memandang Accel yang upside down. “Aku malas nak masak ni hari.”

Accel mengangguk tanpa mengalihkan padangannya pada Cyril. Dia tak makan dari tadi pagi lagi dan perutnya menginginkan makanan yang sangat special. Tak nak daging yang standard. Kalau boleh yang S class punya daging. Eh? Kejap… Cyril haiwan Super Rare kan? Bermaksud Cyril tu S class food lah kan?

Scy menjungkit kening melihat Accel memandang kearah Hades dengan pandangan yang sangat pelik, siap menelan air liur lagi. “Kau dah kenapa Accel? Terlalu lapar untuk bergerak ke?”

Accel menggeleng. Dia bangun dari sofa tersebut dan bergerak mendekati Cyril. Medeis, Scy dan Haes hanya melihat kelibat pelik Accel.

Hades memegang badan Cyril sepertinya dia dapat rasakan yang Accel inginkan sesuatu dari naga kesayangannya. Dia asyik pandang Cyril je, Accel nak apa ni? Desis hatinya hairan.

Accel yang menyentuh bibirnya dengan jari telunjuk menelan air liur ke tiga kali, dalam fikirannya beratus jenis masakan yang dia boleh buat dengan dagind Cyril tapi dia kena pastikan sesuatu dahulu.

“Cereal boleh di makan ke?”

“NANI?!!” Medeis dan Scy menjerit terkejut dengan soalan Accel manakala Hades terus memeluk naganya dengan erat.

 Accel tersenyum seribu makna. “Come on Hades, kau pasti ke Cereal ni bukan jenis makanan S Class?”

“You Nuts!! Cyril ni K9 Companion bukan makanan. Medeis, Scy! Beritahu Accel yang dia dah hilang akal!”

Scy dan Medeis saling berpandangan hairan dengan persoalan pelik Accel yang tetiba cakap yang Cyril tu makanan. Tapi bila di fikir balik, mereka tak pernah dengar system companion dalam permainan ni. Apatah lagi K9 Companion. By the way, bukan K9 tu untuk anjing je ke? Anyways, mungkin Cyril itu ialah makanan S Class… Jika di fikir Logic, Cyril bukan lah Monster… mereka tak tahu kalau ada haiwan liar jadi companion… tapi.. kalau takda, itu bermaksud, Cyril, Ialah, Haiwan, S, Class.

Terukir senyuman meleret dari hujung ke hujung telinga Medeis dan Scy, memandang Hades membuat Hacker ini kecut perut. Memeluk naganya dengan erat. “K-Korang… kenapa dengan riak wajah cam tu?” Dia melihat ke mana tiga rakannya memandang, Cyril, dan menelan air liur. Oh No….

>X<

Toshiro tiba di Transportation gate sambil merenggangkan badannya yang sakit dari berlawan seekor raksasa di tingkat 76. Membunuh raksasa itu agak susah kerana kelajuan dan kelicikan haiwan tersebut yang boleh bersembunyi dengan persekitarannya. Walaupun Toshiro hamper give up mengalahkan hiwan tersebut, dia dapat jumpa kelemahan haiwan tersebut dan menghapuskannya secepat yang mungkin. Oh, dan tak sangka Drop raksasa tersebut sangat lumayan. Class Food Ditector; dengan ini Toshiro tak perlu bersusah payah nak cari daging S class lagi, dan suruh Accel masakkan untuk dia.

Sebut pasal masakan Accel membuat perut Toshiro berbunyi. Dia dah tangkap beberapa haiwan S Class, Dia nak pergi ke Rumah HDe’O dan suruh Accel masak untuknya! Of course dia akan kongsi dengan Scy dan yang lain tapi dia kena ambil bahagian yang sedap.. hehe.

Dia teruskan perjalanannya ke rumah empat perempuan ini dengan hati yang riang tidak sabar ingin merasakan masakan extravaganza Accel yang tiada tandingannya. Yup, kalau mereka keluar dari permainan maut ni, adakah masakan Accel sesedap dalam permainan itu? Dia berharap sangat Masakan Accel dalam dunia reality nanti sama dengan masakan dalam permainan itu. Boleh lah Accel masakan dia setiap hari. Haha, Impian yang sangat tinggi untuk seorang Hero yang sendiri tidak pasti jika dia boleh keluar dari permainan itu.

Senyuman Toshiro kian pudar bila memikirkan perkara itu. Dapatkah mereka keluar dari tempat tersebut? Dia segera menggeleng laju. Tak, dia tak boleh fikir cam tu. Dia kena keluar dari permainan tersebut dan cari Accel yang sebenar. Dia ada niat terpendam terhadap Accel dan dia nak beritahu kepada Accel setelah mereka keluar dari permainan tersebut.

Toshiro tiba di depan pintu rumah HDe’O dan menekan loceng pintu rumah tersebut. Tiada yang menjawab.

“eh? Takda orang dalam rumah ke?” Toshiro pasti yang Scy beritahu dia mereka akan lepak di sini ni hari. Takkan mereka pergi memancung Monster pulak?

Toshiro menekan loceng itu sekali lagi untuk memastikan ada penghuni dalam rumah itu. Kali ni dia dengar suara-suara halus, tertawa kecil dengan jeritan. Mereka ada dalam rumah. Takkan mereka tak dengar loceng kot?

Dia menekan Loceng tersebut sekali lagi dengan perasaan tak puas hati. Belum habis dia menekan loceng, Pintu rumah tersebut dah terbuka luas oleh Hades yang kelihatan sangat pucat dan menangis?
Hades menangis? Woaa.. First time aku—Eh bukan sekarang Toshiro..

“Kenapa ni Had?” Soal Toshiro.

“A-Aku… M-Mereka… A-Acce-Accel dia… C-Cyril…. M-Mereka—” Hades kelihatan seperti nak bersuara tapi setiap ayat yang nak keluar dari mulutnya mati di tengah jalan.

Mereka berdua memandang kearah dapur rumah tersebut terdengar tiga perempuan tertawa riang dan muka Hades tambah pucat dari sebelumnya. “HELP ME!” dia terus menarik Toshiro masuk kedalam rumah dan menuju ke dapur.

Mata Toshiro terbeliak bulat melihat Accel, Scy dan Medeis mengelilingi periuk besar yang mendidih dengan Cyril di dalam periuk tersebut di ikat, bergelut minta di lepaskan. Medeis sedang menggaul periuk itu dan menolak naga itu masuk ke dalam periuk bila makanan mereka hendak melarikan diri.

Accel pula memotong sayur sambil menyanyikan lagu yang merdu, menandakan hatinya sangat senang dapat makan makanan S Class. Dia memasukkan semua bahan kedalam periuk besar itu.

Medeis melihat naga itu bergelut ingin keluar dari periuk segera bersuara. “Scy tutup!”

PAP! Scy menutup periuk itu dengan penutup periuk, kedengaran naga itu di hentak dengan kuat dengan penutup itu.

“Ahhh!!” jerit Hades melihat naganya di seksa.

Toshiro juga menjadi pucat melihat gelagat tiga rakan itu. Apa yang mereka buat ni?

Accel memandang kearah Hades dan perasan yang Toshiro ada dalam dapur tersebut. “Oh Toshiro! Lunch akan siap tak lama lagi. Tunggu kejap ok?”

“L-Lunch?” mereka nak makan Naga tu? “ARE YOU ALL NUTS?! GET CYRIL OUT OF THERE!”

>X<

Akira tiba di depan rumah HDe’O baru dapat mesej dari Toshiro sejam yang lalu yang Toshiro dapat daging S Class dan minta Accel masakkan daging tersebut untuk dia. Walaupun Toshiro dan Akira Rival, Toshiro tetap ajak Akira untuk makan bersama, entah kenapa Toshiro baik dengan dia walaupun mereka cuba mendapatkan perempuan yang sama. Ah! Lantak lah, yang penting dia dapat rasa masakan Accel.

Dia menekan Loceng pintu rumah tersebut namun tiada siapa yang menjawabnya. Ini buat Akira hairan. Dia terus memulas tombol pintu dan dapati rumah itu tidak berkunci.

Mereka ada dalam rumah?

Tanpa segan silu, dia masuk kedalam rumah itu dengan mata meliar ke sekeliling rumah tersebut. “Anybody home?”

“Kat dapur!”

Akira tersenyum bila dia dengar suara Toshiro memanggilnya. Mereka dah masak ke daging Toshiro bawa tu? Akira bergegas ke dapur dan ingin menjerit ‘aku dah datang’ tapi lain pula jadinya. Matanya terbeliak bulat melihat periuk besar di dalam dapur itu dengan Hades membuka ikatan tali pada naga kesayangannya. Dia juga melihat Tiga perempuan sedang duduk berlutut di lantai sambil tangan di angkat ke udara. Kelihatan dari wajah Toshiro yang marah, dah sah-sah tiga perempuan ni buat hal lagi.

Lihat dari sekeliling mereka Akira dapat faham situasi mereka sekarang. “Korang tiga nak masak Cyril ke?!”

Tiga perempuan ini tambah tertunduk dari sebelumnya membuat Akira menepuk dahi terkejut. “Korang dah kenapa?”

“Nasib baik Toshiro datang tepat pada waktunya kalau tak, dah tentu Cyril jadi makanan tengahari korang.” Hades memeluk erat naganya dan menjeling kearah tiga yang sepatutnya menjadi kawannya. “kan aku dah kata Cyril bukan makanan.”

Toshiro mengeluh. “Kalau bukan di sebabkan Class Food Ditector tu, dah tentu Aku termasuk nak makan Cyril. Aku dah lama terfikir yang Cyril tu sejenis S Class Food.”

Hades juga menjeling kearah Toshiro. “Kau pun berniat nak makan Cyril? Gosh! Takda ke dalam bilik ni yang tak fikir Cyril ni makanan?” Soalnya keudara.

Akira tersengih-sengih. “Actually, aku pun pernah terfikir jugak yang Cyril tu jenis makanan.” Katanya menggaru pipi yang tidak gagal.

Hades terngangah dan menggeleng. “Unbelievable… korang semua ni tak boleh di percayai.”

Accel tersengih-sengih. “Sorry, tapi aku lapar.. Cereal kau Nampak sedap sangat tau tak.” Katanya sedikit rasa bersalah dan sedikit mengusik.

Hades berdecis kearah Accel. “Dah beratus kali aku dah kata, Cyril. Bukan CEREAL. C-Y-R-I-L. Sekarang korang dah tahu yang Cyril ni bukan S Class. Jangan pernah-pernah fikir nak makan dia lagi!”

“Sekarang, korang tiga minta maaf kat Hades dan Cyril sebab nak makan Naga Hades dan masak Cyril hidup-hidup.”

Mereka bertiga mencebik sedih sambil memandang satu sama lain sebelum berputar kearah Hades dan Cyril. “Gomenasai Hades-san.. Gommenasai Cyril..” kata mereka sambil tunduk.

Tetiba perut Accel berbunyi membuat semua orang dalam bilik itu memandang kearah Beater. Hades pula memeluk erat Naganya.

“Aku lapar…” Accel rebah di atas lantai tidak bermaya.

Terukir senyuman kecil di hujung bibir Toshiro dan swipe open akaunnya, mengeluarkan tiga jenis daging S Class di atas meja. “Aku dapat ni dalam perjalanan balik ke sini. Kau boleh masak daging ni dari masak Cyril.

Accel dan Medeis bangun dari berlutut, melihat Daging-daging S Class itu. “Woaaaa! S Class Food!”

“Jangan risau! Leave this to us!” sahut Medeis dengan salute, bersemangat untuk masak, Accel pula dah mula mengeluarkan bahan untuk masak daging itu.

>X<

Mereka semua tertawa dengan gelagat mereka sendiri, dengan wajah merah padam Accel.

“Seriously, kalau Toshiro takda Device tu. Mungkin Cyril betul-betul dah kena makan oleh korang semua.” Kata Hades sambil tertawa. Dahulu ya, dia sakit hati tapi bila terkenangkan balik semasa mereka terperangkap dalam permainan tu, ia sangat melucukan.

“Muka Accel memang priceless bila dia nak rasa daging Cyril.” Scy juga tertawa sambil memeluk perut.

Accel memeluk tubuh tidak puas hati. “Alaa… time tu aku dah dasperate sangat. Aku lapar dan nak makan Daging S Class, tambahan pula Cyril ada kat situ, baik masak dia dari keluar cari daging yang sememangnya Rare tu.”

Medeis tertawa kecil. “Bila fikir balik, kita tiga time tu dah macam cannibal. Makan kawan sendiri. Walaupun Cyril tu bukan manusia. Lain kali, aku takkan terfikir lagi nak makan Cyril.”

Akira menggeleng melihat gelagat mereka dan memeluk bahu Hades. “VRMMORPG baru dah keluar, tak silap aku Nirvana Enchantia Online. Korang nak try main tak game tu?”

Scy menjungkit kening. “NEO? Keluaran syarikat Papa Accel tu ke?” Akira mengangguk. “Entah lah, aku dah fed up dengan permainan cam ni. Accel, kau nak main lagi ke?”

Accel menggeleng, merebahkan kepalanya di bahu Toshiro. “Mungkin tak. Aku dah stuck dalam dunia game lebih 2 tahun lebih dan masuk ke dalam dunia maya sekali lagi aku akan pass. Aku nak nikmati dunia reality dan pupuk balik apa yang aku ketinggalan selama 2 tahun ni.”

Toshiro mengusap rambut Accel dan mengangguk. “Aku pun sokong. Accel perlukan banyak rehat. Doktor sendiri tegaskan untuk Accel banyak berehat dan jauhkan diri dari permainan tu. Doktor kata ia menjejaskan lagi badan Accel.”

Medeis menarik sengih. “Cheh, risau dengan tunang sendiri Nampak. Mentang Parent korang dah setuju hubungan korang, jangan nak berlovey-dovey sangat kat sini okay? Go find a room.”

Toshiro menjungkit kening kearah Accel. “Jom?”

“ke mana?”

“Find a room.”

Accel memukul bahu Toshiro dan menjelir lidah. “mengadah. Oh, By the way, Yuki dan Loky akan masuk dalam permainan tu untuk pantau permainan tu. Game tu masih belum lengkap, takut kalau something happen, Yuki dan Liam ada dalam tu membantu pemain dalam masalah.”

“Kalau cam tu aku nak join sekali.” Sahut Hades. “Mana boleh Yuki dan Loky je yang berseronok dalam tu. Aku pun nak jumpa Cyril juga.”

Scy mengangkat tangan. “Hades pergi, Scy pun pergi.”

“Bukan kau kata kau tak nak ke?” Soal Akira hairan.

Scy hanya tersenyum manis. “Saja. Ada kawan kan best.”

Medeis juga mengangkat tangan. “I’m in. korang perlukan aku dalam misi nanti, wizard, senang membantu dalam MP dan HP. Plus, tak best la kalau korang je.”

Akira memandang kearah Toshiro. Kedua-dua menjungkit kening double jerk seperti memberi signal. Kedua lelaki ini mengangkat tangan. “Count us in.”

Accel memandang semua rakan mereka mengangkat tangan dan tertawa kecil memandang kearahnya. “What really?? Oh come on! Korang tahu aku tak boleh main sekali kan? Are you testing me??”

Mereka semua tertawa melihat Accel mencebit tidak puas hati. “Sorry Accel, kami nak juga kau join in tapi…”

“Kesihatan kau lebih penting.” Sambung Medeis kepada ayat Hades.

Accel mengeluh panjang. Nampaknya dia takkan masuk ke dalam permainan itu lagi. “Fine..”


(Hmmm… terdetik dalam hati pulak nak sambung cerita ni selepas buat Extended Episode. Patutkah di sambung??)

10 comments:

  1. Angah . Sambung la lagi . Best la cite nih . Buat lah toshiro n accel kahwin . Heheh

    ReplyDelete
  2. Hehe (^A^") Thank you and Akan di usahakan ^_~

    ReplyDelete
  3. Yes...yes....ada sambungan FDO...Thanks angah utk sambungan. ...sambung lg, please. ...

    ReplyDelete
  4. Hehe.... you welcome love :* glad you enjoy it ^^

    ReplyDelete
  5. ohhhh noooo!!!! mcm mn org xperasan entry ni...plssss uplod la new entry..sambung la smbung laaa....sound like i'm totally crazy...aigooo .....smbung plssss angah...<kelip2 mata penuh dgn kecomelan< ...... cik cekelat ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  6. mungkin terpencil kat bawah tu kot?? hahahaha You not Crazy honey! u r awesome! \(^A^)/ Angah usahakan for FDO come back jika everyone wants a continuation for this novel! ^_^

    ReplyDelete
  7. cerita ni ada sambungan lagi tak?. macam best plak baca ni..

    ReplyDelete
  8. Huhuhuhu.... mungkin selepas L.O.V.E angah akan sambung cerita ni. I have to think of an awesome plot dan Online Game yang sesuai untuk O.G NEO. currently,, online game angah main tak segempak FDO dan NCK But! We'll wait and see okay? have hope in this novel (>A<)

    ReplyDelete
  9. ohhh nooooo...xtau dh berapa puluh kali ulang baca....rewind n rewind rewind again....hohoho xpernah jemu ni angah....angah letak spell ape kat cerita2 angah....im lost in ur story.....crazy meh....really hope idea dtg mencurah..dicurah...tercurah kat angah utk cntinue cerita nie.... im always waiting n waitin new entry coming up for this story n not to forget the choosen one toooooooo .... ^_^
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohohohohohohohoh *Bangga sikit sebab di puji*

      Hehe, All my story is made of love, passion and support dari korang semua! angah happy dapat tahu korang masih sukakan cerita angah setelah sekian lama semua cerita angah tamat.

      Blame my life sebab terlalu busy and my brain for being too lazy to write beberapa minggu ni. Hahahaha Plot masih tercari-cari untuk The chosen one and NCK. Quality plot is most important to me bila nak buat cerita. ^___^ angah harap korang bersabar dengan angah and setia dengan Blog Mystery In Tales!!

      ^___________^

      P/S: Angah ni kekadang pemalas jugak. maaf sebab mengambil masa yang lama untuk makbulkan hasrat korang T_T *Cries*

      Delete