Nineteenth F.A.T.E

My Beloved

Hari ke lapan: Hansel dan Louis ketakutan. Rahsia mereka terbongkar menjadi punca Ivy berkurung didalam biliknya selama seminggu.

Hari ke Sembilan: Ivy kembali bercakap, hanya pada Charlotte dan meminta puteri kecil itu untuk sampaikan penanan kepada rakannya. Charlotte dapat rasakan kesedihan Ivy dari rantai disekeliling lehernya.

Hari ke sepuluh: Ivy hampir mengalah. Dia tidak ingin hidup lagi. Dia ingin berjumpa dengan Ayahnya. Dia tidak boleh buat pilihan.Tapi…..

~Sambungan~

Diaval dah tak tahan. Burung gagak itu dah tidak boleh duduk diam lagi!!

Semasa Diaval sedang mendengar Hansel mengulang ketakutannya pada Diaval di bawah jambatan Academy—di tempat itu mereka dapat privasi kata Hansel, kesabaran burung gagak hitam itu telah habis dan dia menyahut dengan nyaring pada Hansel, sambil kembangkan sayapnya. Lantaklah Hansel fikir Diaval marahkan dia. Diaval tak kisah, dia dah tak tahan kerana dia risaukan anak jagaannya dan dia tak boleh buat apa-apa langsung untuk Ivy! Selama 10 hari! Sepuluh. Hari.

Rekod Diaval tidak belasah anak jagaannya dari hari-hari Breakdown Ivy! Woohooo! Call the party master sebab kita akan buat party untuk Diaval dapat menahan kesabarannya!!!

Itu yang bermain dalam minda burung gagak itu, ayat itu yang Diaval katakan tapi jeritan nyaring yang keluar dari mulutnya dan bunyi seperti Diaval memarahi Hansel.

Diaval dah Fed up!! Anak jagaannya mungkin dah mati mereput didalam bilik tu dan semua orang fikir perkara ini normal bagi mereka melihat Ivy berkurung seminggu lebih.

Orang Enchanted ni semua terlalu positive dan ia merosakkan pemikiran Vicious Diaval!

Burung gagak itu terbang pergi dari Hansel, meluncur jauh dari academy itu sebelum patah balik ke jambatan academy, terbang lebih tinggi dari sebelumnya, separas dengan menara tinggi The Great Wizard Merlin dan ingin pecah masuk tingkap menara itu tapi sebelum dia dapat merempuh, badannya lenyap untuk seketika sebelum muncul di bahagian dalam tingkap itu dengan tahap kelajuan sama.

Diaval tidak boleh break mati sebab anginnya auto jadi dia berputar di sekeliling menara itu untuk beberapa pusingan sehingga kelajuannya menurun dan dia akhirnya mendarat di atas salah satu memory globe yang ada di tepi rak buku dalam menara itu.

Diaval menyahut dengan kuat, suara nyaringnya itu bergema didalam menara tersebut memanggil penghuni menara itu untuk muncul didepannya sekarang sebab Diaval ada perhitungan dengan orang tua kerepot itu!!

Jeritan Diaval berbaloi sebab rak buku di sebelah fire-place terbuka dan figura berjubah kelabu keluar dari pintu rahsia itu. Wajah Pengetua Merlin seperti budak-budak, tersenyum riang sambil makan biskut coklat dalam tangannya.

Ini buat Diaval tambah berang. Berani dia makan enak-enak di menaranya sedangkan Menteenya berada di asrama ingin membunuh diri! Is this old geezer even has rational thought in that farting brain of his??

Diaval terbang ke depan muka Merlin, menyahut dengan kuat hampir buat Pengetua Academy itu lemah jantung. Melompat seperti beruk sehingga semua biskut coklatnya jatuh diatas lantai.

“Oh boo-hoo, D, kau membasirkan biskut coklat yang sedap!” rungut orang tua itu dan menghentak kaki kearah meja kerjanya.

Diaval kaku untuk sementara waktu, hampir jatuh kerana terlupa untuk kepakkan sayapnya. Dia segera terbang ke meja kerja Merlin dan menyahut dengna kuat, memarahi Ahli sihir tua gila itu sekali lagi.

Pengetua Merlin memutar bola matanya dan bersuara. “Kau tak pernah berubah dari dahulu lagi D. tetap bising dari sebelum kau jadi Companion Maleficent then kau khianati saya dengan menjadi pengintip orang-orang saya.” Katanya menjentik paruh Diaval suruh dia senyap. “Oh shut it, kamu bernasib baik saya tak panggang kamu hidup-hidup selepas apa kamu buat semasa perang dua bilah tu.”

Pengetua Merlin menghayunkan jarinya kearah Diaval. “Into a human.” Katanya dan burung itu berubah menjadi manusia hadapan meja kerja Pengetua Merlin.

Diaval melihat tangannya dengan riak wajah terkejut dan perasan pemakaiannya yang berwarna kelabu gelap, berlainan dari seruan Ivy dan Maleficent yang menukar dia menjadi manusia dengan pemakaian serba hitam. Ini mungkin sebab magic baik Pengetua Merlin.

“How are you Diaval?” Soal Pengetua Merlin sambil mengusap dagunya, melihat lelaki gagak itu dari atas hingga bawah. “Kamu tak berubah langsung.”

Diaval merenung tajam kearah Merlin dengan senyuman pahit. “Well, tuan banyak berubah. Kedut dimuka tu tambah banyak. Not to mention janggut putih tu. Aging?” Soalnya dengan senyuman sarkastik, saja nak sakitkan hati Wizard Merlin tapi Diaval tidak mendapat apa yang dia jangkakan dari riaksi pengetua Merlin. Orang tua itu hanya ketawa sepenuh hati dari komen tersebut.

“Maleficent menjaga kamu dengan baik.” Katanya menepuk bahu Diaval membuat burung gagak itu rasa janggal. “Jangan risau, saya dah maafkan kamu berdekad lalu. Saya gembira mengetahui kamu jaga Maleficent dengan baik sedangkan dia suka jadikan kamu babysitter pada Ivy.”

“Well that’s my fucking job tapi Tuan—”

“Now-now… have a seat Diaval, have tea with me sementara kamu terjah saya dengan segala carutan kamu.” Katanya, melihat Diaval duduk dengan perlahan, mata tidak berhenti melontarkan renungan maut pada Merlin. Orang tua ini membuka topinya dan korek keluar kayu saktinya. “Hmm… this always coming handy!” sahutnya dengan riang dan menghayunkan kayu sakti itu untuk keluarkan seset tekoh dan makanan manis diatas meja kerjanya selepas semua kerja-kerja diatas mejanya di kemas dengan magic sekali sementara dia kembali duduk di kerusi kerjanya.

Diaval diamkan diri dengan kedua tangan digenggam diatas paha. Matanya mengekori gerak geri penghuni menara itu menyediakan teh untuk mereka, siap menuangkannya lagi ke dalam cawan secara magic.

Burung gagak itu mengangkat cawannya dan menghidu bau aroma teh tersebut. “Teh dandelion?” soalnya dengan kening terjungkit.

Pengetua Merlin mengangguk sebelum menghirup tehnya sendiri. “ia bagus untuk orang tua seperti saya.”

Diaval hanya menggangguk sebelum minum teh tersebut.

“I presume…. Maleficent sihat di Vicious memandangkan kamu kelihatan baik-baik sahaja.” Pengetua Merlin bersuara dahulu setelah dia meletak cawannya dengan perlahan kembali diatas meja kerjanya. “Apa riaksi Mal bila dia tahu anaknya Masuk Gracious Academy?”

“kenapa kita nak bercakap tentang Mistress saya? How about my Little Mistress??”

Merlin mengangkat tangannya, menahan Diaval dari meninggikan suara padanya. “Relax Diaval, we’ll get there. First thing first, saya dah agak kamu akan datang untuk Cik Ivy, saya tahu tentang keadaannya dan saya rasa bersalah padanya—

“You should be—

“But this is best for her. Kau patut tahu pasal ni Diaval.” Sambung Merlin dengan tenang. “Now, di mana kita? Oh yes, riaksi Mal.”

“Furious.” Jawab Diaval sepatah dan letakkan cawannya kebawah juga. “Dia hampir bakar satu rumah dan 10 meter radius di sekeliling rumah juga.”

Pengetua Merlin ketawa kecil. “Dia tetap panas baran seperti dulu. Dan…. Wajahnya?”

“Kenapa dengan wajahnya?” Soal Diaval dengan kening terjungkit sebelum dia faham maksud Merlin dan menarik bibirnya ke senyuman nakal. “Still deadly beautiful.”

Pengetua Merlin terngangah sedikit. “Aku kena tanya apa rahsia awet mudanya nanti.” Katanya mengetuk permukaan mejanya dengan lembut. “Uhm.. kamu rasa dia masih simpan dendam dekat saya ke?”

Diaval menahan dirinya dari ketawa pecah perut. Dia menggeleng fed up dengan perangai orang tua itu yang tidak pernah berubah dari dahulu lagi. sentiasa carefree and goofy. “Tuan rasa selepas jadikan Ivy pelajar Gracious, rasa dendam Mistress Maleficent pada tuan akan redah ke?” Diaval menggeleng. “perasaan dendam yang dah lama tertanam dengan sejarah perang itu bangkit semula.”

“Even after she married to Robin?” Soal Pengetua Merlin dan mengeluh. “That stubborn Witch. Dia kena terima kenyataan yang Ivy ada darah Enchanted dalam badannya. Budak tu bukan 100% jahat.”

Burung gagak itu menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. Tangannya bermain-main dengan hujung pinggan cawan, cuba menahan kesabarannya kali ini lagi. berharap tidak lama sangat. “That what Mistress want Ivy to be. Setelah mengetahui Ayah dia Belot ibunya, Maleficent menjadi tegas dan inginkan Ivy menjadi jahat. Taknak dia ada kena mengena Enchanted langsung atau mempunyai sifat seperti Ayahnya.” Diaval alihkan pandangan pada kaki meja kerja itu. “Sebab tu dia berang giler bila dapat tahu Ivy diterima ke sini. Dia jangka anaknya sendiri akan belot dia seperti mana Suaminya sendiri pernah buat.”

Pengetua Merlin mengangguk kecil, minum tehnya dengan senyap sebelum bersuara. “Bagaimana informasi tentang Robin menjadi messenger antara saya dan Jack Skellington boleh terbongkar? Kamu tahu tentang tu?”

Diaval menggeleng. “Maleficent tak pernah beritahu saya dari mana dia tahu. One day, she just burst into flame dan kata suaminya tipu dia selama ini. Kemarahannya menguasai mindanya sehingga dia….” Diaval tidak sanggup meneruskan ayatnya, memejamkan mata teringatkan kejadian yang tidak dijangka satu dekad lebih yang lalu. “Setelah itu, tiada siapa berani bangkitkan kejadian tu lagi. kami semua menganggap perkara tu tak pernah terjadi didalam rumah tu.”

“Dan Ivy?” Soalnya melihat Ivy yang berada di meja kopi, dah mula baring di sofa itu, seperti dia berad di rumahnya sendiri sambil membaca buku. “Dia bagaimana?”

“Scared for life.” jawab Daival. “Dia takutkan ibunya sehingga dia umur 12 tahun. Takut untuk bercakap dengan ibunya sendiri tapi dia Berjaya mengatasi takutan itu. selagi dia turuti arahan Maleficent dan buat ibunya bangga, dia rasa dia selamat. Sehingga sekarang.”

“Patutlah dia sentiasa mengikut arahan ibunya tanpa bantahan.” Pengetua Merlin bersimpati atas anak muridnya sendiri.

“Tuan, saya nak tanya sesuatu.” Diaval menarik perhatian Pengetua Merlin semula. “mengapa Tuan bawa Ivy ke sini? Saya tahu tentang sumpahan Morgana dan Sumpahan Losing heart tu. Saya juga tahu dua sumpahan ni ada kena mengena dengan hati rapuh yang terkandung dalam dada Ivy juga. Mengapa libatkan dia dengan masalah kamu?”

Pengetua Merlin menarik nafas dalam, tegakkan tulang belakangnya sebelum menyandar pada meja kerja dengan siku di atas meja dan jari jemari disimpul dihadapan bibirnya. Dia menghembus nafas panjang. “It’s rather a complicated story. Susah saya nak terangkan pada kamu.”

“Then tell me kenapa Tuan berikan hati rapuh itu kepada Ivy untuk dia menjaganya?” Soal Diaval juga kedepankan badannya, jari telunjuk menyentuh permukaan meja, meminta keterangan dari ahli sihir tua itu.

“Bukan saya yang berikannya.” Jawab Pengetua merlin dengan nada perlahan. “Hati itu sebenarnya sihat dan kuat semasa ia diberikan kepada Ivy semasa dia kecil, Ivy sendiri yang buat hati itu rapuh dengan perbuatannya sendiri. Berbuat jahat untuk ibunya mengendahkan nasihat Jack Skellington dan Sally, dia tetap merosakkan hati itu.”

“Apa? Kenapa? Siapa sanggup berikan hatinya kepada Ivy untuk dirosakkan? Siapa berikan hati dia? Putera George?”

Pengetua Merlin memandang Diaval dengan riak wajah terkejut. “Kamu tahu tentang hubungan mereka berdua?”

“saya syak mereka berdua ada hubungan. Jadi tekaan saya betul, mereka ada hubungan. Jawab soalan saya tuan, mengapa budak tu buat macam tu?”

Pengetua Merlin diam untuk seketika, kalau Diaval lihat bibir orang tua itu betul-betul, orang tua itu sedang mengetap bibir disebalik jambangnya. Sedang memikirkan sesuatu. “Maaf Diaval tapi saya dah berjanji untuk tidak bercakap pasal benda ni. Less people know the better.”

“Then tell me why? Apa tujuannya berikan hati tu kepada Ivy dan serabutkan minda dan emosi anak jagaan saya?”

“Dia berikan hatinya untuk Ivy gunakan. Supaya Ivy tidak merosakkan hatinya sendiri.” Jawab Pengetua Merlin membuat Diaval terdiam. “Setiap perbuatan baik, jahat yang Ivy lakukan akan memberi kesan pada hati itu dan hati sebenar Ivy tidak akan terganggu, sentiasa suci seperti hati bayi baru lahir. Hati kedua itu untuk memastikan hati Ivy bersih dari sebarang kejahatan. Sebab itu dia berikan hatinya pada Ivy. Memastikan Ivy sentiasa baik. Memandangkan Ivy membuang hatinya sendiri, hati Ivy sentiasa bersih dan hati kedua itu yang mengambil kesemua baik buruk yang Ivy buat.”

“That sound like a sacrifes.” Ayat tersebut terselit dari bibir Diaval tanpa sengaja.

“sebab itu semamangnya satu pengorbanan.”

“Mengapa?” Diaval masih tidak faham mengapa budak itu sanggup berikan hatinya dan apa kena mengena dengan semua sumpahan Enchanted dan losing heart itu. dia tak faham langsung apa yang sebenarnya berlaku sekarang ni.

Pengetua Merlin faham riak wajah Diaval dan menarik nafas dalam. “Dalam sumpahan Lady Morgana, dia ada mengatakan Enchanted akan musnah disebabkan orang Vicious. Satu lagi peperangan akan berlaku. Maleficent dapat membalas dendam pada saya sekali lagi.” katanya membuat penjaga Ivy ini terkejut. “Ya. Saya tahu apa yang kamu fikirkan, kami mengambil Ivy ke sini untuk memanipulasikan dia untuk berlawan dipihak kami. Saya tak nafikan ayat tu tapi tujuan sebenarnya bukan seperti itu.” orang tua itu berhenti seketika. “Tapi kamu lupa satu butiran kecil antara Ivy dan Putera George. You see… mereka dah lama kenal antara satu sama lain dari mereka kecil lagi. dari umur 8 tahun.”

“How—” Ayat Diaval mati bila dia teringatkan semasa Ivy kecil dia suka pergi ke hutan berdekatan dengan tembok berduri itu. Diaval tidak pernah mempersoalkan kerana berfikir Ivy cuba berlatih magicnya dengan membuat lubang di tembok tersebut kerana pada masa itu Ivy dasperate untuk banggakan ibunya dan Diaval tidak pernah melihat Ivy berlatih kerana dia menghormati privasi anak jagaannya itu. “Dia boleh buat lubang di tembok tu?”

Pengetua Merlin menggeleng. “Lubang itu sentiasa ada di situ untuk Ivy.” Katanya membuat Diaval buntu. “Hati Ivy suci Diaval, tembok itu akan membuka pintu untuk mereka yang berhati mulia dari tanah Vicous. Terima kasih kepada hati kedua tu. Dia masuk hutan mahligai dan berjumpa dengan Putera George. Semenjak dari hari itu mereka sentiasa berjumpa sehingga perasaan suka diantara mereka berdua muncul. Bila mereka dah besar, mengetahui betapa bahayanya hubungan mereka, Ivy berhenti berjumpa dengan Putera George. Setelah itu dia mengeluarkan hatinya sendiri kerana dia tidak boleh menghenti perasaannya sendiri.”

“Disebabkan dia keluarkan hatinya, perasaan itu tidak akan pernah move on. Hati itu tetap dalam keadaan seperti itu walaupun dia mengambil hatinya balik….” Bisik Diaval lebih pada diri sendiri, membuat konklusi sendiri sebelum melihat pengetua merlin mengangguk tanda meng’yakan teori Diaval.

“Rantai tu….” Mata Diaval membesar bila dia teringatkan rantai yang mengandungi hati Ivy. Dia memakai rantai tersebut semasa mereka berada di sini. Diaval tidak pernah persoalkan rantai tersebut dan bila dia terfikir balik tentang perasaan Ivy terhadap Putera George… Dia memakai rantai tersebut untuk merasakan perasaan itu terhadap putera itu semula. Perasaan yang dia rindui dan ingin merasakannya semula. Selama mereka di tanah itu, tanpa Diaval sedari mereka berdua kembali menjalinkan hubungan di belakang Diaval dan perasaan itu menjadi lebih dalam dari sebelumnya—

Damn it!!” Diaval menghentak penumbuknya diatas meja kerja, melepaskan geram pada dirinya sendiri kerana leka terhadap anak jagaannya sendiri. Tidak perasan tentang perkara kecil seperti itu. “Dia akan disakiti. Putera tu dah bertunang, Ivy akan disakiti sama seperti Maleficent!! I can’t see her broken!!”

Pengetua merlin melihat air dalam cawan mereka beralun dari kesan hentakan melepaskan marah Diaval. “Ia keputusan Ivy sendiri—

“Tapi aku boleh menghalangnya!” marahnya sekuat hati.

“you can’t always protect her. Kau tahu tu—

“Tapi aku dah berjanji dengna Robin aku akan melindungi Ivy—

“Robin juga tahu perkara ini akan berlaku.” Ayat Pengetua Merlin menarik perhatian Diaval. Nadanya kedengaran tegas dan serious pada kali ini. “Duduk Diaval, jangan buat hal ini tambah rumit. Budak yang miliki hati kedua itu datang berjumpa dengan Robin sendiri, beritahu dia segalanya seorang ayah patut tahu tentang masa depan Ivy. Robin bersetuju untuk melindungi Ivy. Dia tahu Ivy akan menghadapi saat sukar seperti ini tapi Robin percayakan Ivy yang anaknya boleh hadapi semua ni dengan baik. Boleh buat pilihan yang terbaik untuk masa depannya.” Pengetua Merlin berhenti seketika, melihat Diaval kembali duduk untuk mendengarnya semula. “Setelah kematian Ayahnya, Ivy tidak pernah buat sebarang pilihan dalam hidupnya, semuanya mengikut kemahuan dan arahan Maleficent. Dia kena buat pilihan macam mana dia nak jalankan hidupnya sendiri. Bukan diarah seperti robot. Kau pun nak Ivy menjalankan hidupnya dengan gembira kan?”

Diaval diamkan diri, bermain dengan kedua tangannya di atas meja dengan kening berkerut memikirkan informasi baru tentang Robin. Selama ini Robin tahu…. Lelaki tu tahu tentang nasib Ivy dan percayakan anaknya boleh buat pilihan yang tepat? Macam mana Ivy nak tahu pilihan mana yang terbaik? Macam mana kalau dia tersalah pilih? Robin tidak fikirkan semuanya tu ke? Kalau robin masih hidup dah lama Diaval belasah lelaki itu. sanggup dia buat anaknya hadapi semua seksaan ini. Diaval rasa macam nak gali kubur lelaki tu dan belasah dia sampai dia mati untuk kedua kali. Kalau boleh.

“Ivy patut berada di Vicious. Dia tak perlu berada di sini. That’s better for her.” Katanya dengan nada mengalah, kemarahannya telah lenyap dan segala tenaganya hilang dari kemarahannya sebentar tadi.

Pengetua Merlin mengangguk faham. “Saya pun berfikiran seperti itu tapi kami memikirkan yang terbaik untuk tanah Enchanted dan juga Vicious. Jika Ivy berada di Viciou menunggu peperangan berlaku di Enchanted, didalam diri Ivy dia akan cuba mencari Putera George dan dengan hati suci tu dia akan teragak-agak untuk membunuh Putera George. Dia mungkin akan khianati ibunya. You know what happen then…”

Diaval mengangguk dan menjilat giginya, rasa pahit dalam dadanya memikirkan apa yang Maleficent akan buat pada anaknya sendiri.

“Sekurang-kurangnya bila dia di sini dia dapat membuat pilihan macam mana dia nak jalankan hidupnya sendiri, buat kesilapan dan belajar dari kesilapan itu. mematangkan diri dan fikir baik buruk atas tindakannya sendiri. Bila masanya telah tiba, dia bersedia untuk membuat keputusan.”

Diaval mengangkat pandangannya pada Wizard Merlin dengna perlahan, jantungnya berdegup dengan kencang, gelisah, risau akan nasib anak jagaannya. “Macam mana kalau Ivy pilih untuk memihak ibunya? Apa kamu akan buat?”

Pengetua Merlin diamkan diri untuk seketika. Sebelum menghembus nafas berat. “Then we have to fight again. Saya akan berlawan Maleficent sekali lagi menghalang dia dari musnahkan tanah ini. Manakala Ivy….” Pengetua merlin mengalihkan pandangannya, berat untuk menyambung ayat yang seterusnya. “Dia akan melawan Putera George. Kerana hanya Ivy yang berupayah tumpaskan Pemerintah Enchanted.”

Diaval memejam matanya dengan erat, nafasnya singkat dan dia rasa bola matanya melantun didalam tengkorak kepalanya membuat ia rasa sakit yang amat. Dia mengerang kecil tidak dapat nak terima kenyataan, tidak ingin menerima penerangan Pengetua Merlin. memikirkan kemungkinan Ivy melawan Putera Goerge, bukan itu sahaja dia akan melawan hatinya sendiri; hancurkan hati sendiri.

Diaval tak dapat nak bayangkan apa akan jadi pada anak jagaannya jika itu berlaku. “Tapi dia takkan berlawan dipihak Enchanted juga. Hanya Ivy yang boleh mengalahkan Maleficent.”

Pengetua Merlin diamkan diri sekali lagi. “Sebab tu dia kena buat pilihan. Saya tidak boleh bunuh sesiapa dengan magic saya. That’s my vow dan saya rasa peperangan kali ini akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.”

Diaval segera berdiri dari tempat duduknya, membuat bunyi bising menarik perhatian Pengetua Merlin semula. Wajahnya tegang dengan kening bertembung menjadi satu. Kedua tangannya digenggam dengan erat disisinya sehingga menjadi pucat, menahan segala kemarahan yang meluap-luap didalam dadanya.

“Kenapa kau beritahu aku semua ni?” Soalnya dengan suara garau.

Pengetua Merlin mengeluh kecil. “Sebab saya ingin kamu tolong Ivy buat pilihannya. Bukan beri arahan, bantu dia. Diantara saya dan kamu, Ivy lebih percayakan kamu. You are her guardian.” Katanya dan lihat Diaval masih diamkan diri. “Robin kata kau boleh bantu Ivy dalam hidupnya, Dia percayakan kamu Diaval.”

Diaval merenggangkan penumbuknya, bukan rasa lega mendengar Masternya percayakan dia tapi tambah berang sebab lelaki yang dah mati itu percayakan burung tak berguna sepertinya. “Tapi saya tak—”

“I give you until sunset.” Pengetua Merlin bersuara dan Diaval terus melihat matahari yang dekat dengan horizon dunia dari tingkap menara itu. “It’s like Cinderella thing. Kamu boleh jadi manusia sehingga matahari terbenam dan bantu anak jagaan kamu. Right now, dia berkurung bukan sebab dia ingin bersendirian, tapi dia perlukan kamu. Namun… disebabkan kau dalam bentuk gagak Ivy tidak dapat nak buat apa-apa dan terpaksa bersendirian.” Katanya buat Diaval tergamam.

 Ivy perlukan dia?

Pengetua Merlin tersenyum melihat ekspresi wajah Diaval. “Go and comfort her Diaval. She needs a guardian. Not a fairy godmother.”

Diaval tak dapat tahan dirinya dari tergelak pada ayat itu, mungkin kerana dia rasa dalam dadanya rasa lega dan berbunga mendengar dia mempunyai peranan penting dalam hidup Ivy bukan sahaja sebagai burung penghibur hati anak jagaannya. A bird clown.

Diaval mengangguk, dia segera pergi ke tepi tingkap menara itu, mengambil seketul batu tersebut dan tanpa toleh kebelakang, dia lenyap dari pandangan mata. Sekali lagi meninggalkan Merlin seorang diri.

Tapi kali ini Merlin tersenyum.

“See? I told you, kali ini berlainan dari dahulu.” Bisik suara lembut dekat pada telinga Merlin.

Orang tua itu tersenyum kecil dan mengangguk.Sekarang pilihan Ivy berada di tangan Diaval.”

“How come?”

Ivy baru mula berdiri. Masih perlukan sokongan untuk berjalan dan akhirnya boleh berlari sendiri.” Katanya dan berpaling ke bahunya, melihat wanita bermantel merah tersenyum manis kepadanya. “And it’s your job too.”

“Aku ada persoalan Merlin sebelum aku pergi.” Kata Hood, berhenti seketika untuk memastikan Merlin mendengarnya. “Kau rasa bersalah atas nasib Ivy?”

“Dia tidak bersalah Hood. Kenapa dia kena terlibat?”

Dia juga terlibat Merlin, dia korbankan segalanya dan dia juga tak bersalah.” Merlin rasa sentuhan sejuk pada bahunya. “Semua orang ada peranan masing-masing dalam masalah ini. Cuma mereka yang menanggung peranan yang paling berat. Seperti apa yang kau katakan pada Penjaga Ivy, kita tidak boleh melindungi mereka selalu. Mereka kena buat pilihan sendiri.”

Pengetua Merlin tidak memberi sebarang respon, hanya diamkan diri memikir cara bagaimana dia ingin atasi masalah seterusnya. Kalau boleh, dia mengganti tempat mereka semua dari melihat anak-anak muda itu terseksa.

The world has a cruel way to give a lesson learn sometimes…

“Then, I better get going.” Kata Hood dan menghilangkan diri dari hujung penglihatan Merlin.

“Goodluck Diaval.” Kata Merlin kepada angin. Lepas itu Merlin tersedar sesuatu. “Did I say sunset??”

.


.

Diaval terus pecut sebaik sahaja kakinya memijak jambatan academy itu, lari sepantas yang mungkin kearah asrama, cuba mengelak pelajar-pelajar sekolah itu tanpa melanggar mereka.

Dia kena cepat… Diaval kena pantas.. kerana penjaga ini rasa tidak sedap hati tentang anak jagaannya.

Bila dia tiba di lobi asrama, dia tidak singgah di kaunter warden langsung membuat penjaga asrama itu terkejut melihat Diaval—dia ingatkan pelajar berlari di lobi asrama. “Don’t run in the loby!” jerit penjaga tua itu tapi diendahkan oleh Diaval.

Semasa Diaval merentasi lantai lobi asrama, burung gagak itu break mati—thank you friction, bila dia perasan Louis baru sahaja keluar dari laluan biliknya. Putera itu juga terkejut melihat Diaval.

You?!” Jerit mereka berdua. Diaval ingin berputar untuk belasah budak itu—sebab dia berani pikat anak jagaannya tapi terbatal kerana dia ada perkara yang lebih penting dia patut buat. Pastikan Ivy The Devil bernyawa.

Dia mengipas lelaki muda itu, melepaskan dia kali ini dan bergegas naik ke tingkat empat dimana Ivy berada.

Hey!!” Louis ingin mengejar lelaki itu tapi terbatal bila Putera Philipe mencapai lengannya.

“Dude, kita ada kelas.” Kata putera sado itu, juga hairan melihat pelajar yang dia tidak kenal bergegas naik. “Kau kenal mamat tu?”

“Yeah. Lebih kurang macam tu.” Kata Louis juga melihat kearah mana Diaval pergi dan dia pula pergi bertentangan arah. Berharap apa sahaja burung gagak itu buat dan punca dia jadi manusia ialah untuk kebaikan Ivy.

Sementara itu, Diaval macam ikan kurang air bila dia tiba di pengakhiran tangga tingkat empat, kakinya hampir tercabut! Dia tak pernah rasa sepenat itu dalam bentuk manusianya selama ini! Its better to be a bird than a weak human! Patutlah Ivy bencikan biliknya tingkat empat ini!

Noted; jangan perli Ivy bila dia naik ke biliknya lagi.

Setelah menarik dua, tiga nafas dalam, dia terus berlari ke pintu pertama di laluan tingkat empat itu. Dia ingin merempuh pintu itu, tapi bila dia pegang tombol pintu bilik tersebut dan memutarnya. Diaval terkejut ia tidak terkunci.

Mengendahkan persoalan mengapa, Diaval terus buka pintu tersebut tapi sesuatu yang menghalang pintu itu terbuka sepenuhnya. Burung gagak itu terkejut bila dia dengar sesuatu jatuh dari sebalik pintu tersebut seperti dia melanggar barang, dan ingin melihat barang apa yang jatuh.

Mata Diaval terbeliak bulat. Bukan barang, tapi manusia!

“Vivian!” sahutnya cemas, ingin menutup pintu bilik itu tapi terbatal dan berlari keluar dari bilik itu untuk mengambil sebakul buah tangan dan melontarkannya diatas katil Ezra sebelum tutup pintu itu dan berlutut di hadapan anak jagaannya; yang kelihatan sangat teruk dan tidak bermaya.

Diaval segera mengumpul perempuan muda itu didalam tangannya dan bawa Ivy ke atas katil, dengan anak buahnya itu didalam pangkuannya. “Oh Lord… Oh dear… Oh heaven! Nasib baik aku sampai tepat pada waktunya.” katanya dan segera mengambil botol minuman didalam bakul buah tangan itu untuk berikan pada Ivy. “Honey, drink this.”

Ivy menolak minuman itu dengan gelengan membuat Diaval cemas. Ahli sihir itu menatap wajah Diaval dengan lama sebelum mengangkat tangannya yang menggeletar itu untuk menyentuh pipi Diaval. Ingin memastikan jika dia tidak bermimpi, burung gagak itu dah bertukar menjadi manusia dan dia berada dalam pangkuan Diaval sekarang.

“Diaval?” dia inginkan kepastian dengan nada lemah itu.

Diaval meletakkan tangannya diatas tangan Ivy yang memegang pipinya. “Yes Little Mistress?”

Mata merah Ivy yang sembab, kering dari air mata itu kembali basah dan bergelinang air mata baru Cuma kali ini bukan kesedihan. Ahli sihir itu terus memeluk Diaval dengan erat. Seperti nyawanya bergantung pada burung gagak itu.

Diaval juga memeluk anak jagaannya dengan erat, memerangkap Ivy dalam tangannya seperti Ivy seekor pari-pari yang berharga dan dia sangkar yang mengurung Ivy dari dilihat oleh orang luar.

“I-I-I… I miss you…” bisiknya hampir tiada suara yang keluar dari kerongkongnya yang bengkak.

Diaval ketawa dalam tangisannya. Menghayun badannya kedepan dan belakang seperti mendodoikan Ivy. Diaval mengucup dahi anak jagaannya itu. “Me too Lit’miss. Me too.”

Mereka dalam posisi itu agak lama, mungkin sejam lebih sambil Ivy membebel tentang breakdownnya selama sepuluh hari itu, Diaval, setia mendengar Ivy bercakap dan juga menyuap Ivy seperti bayi dalam pangkuannya bila anak jagaannya sibuk bercakap.

Ivy akan pukul bahu Diaval, marah sebab sumbat biskut dalam mulutnya semasa dia tengah bercakap.

“Eat. Kau macam mayat hidup aku tengok.” Tegur Diaval tapi tetap tersenyum. Terlalu gembira untuk marah Ivy.

Setelah sejam lebih mendengar Ivy membebel, Diaval beri dia makan—paksa jugak. Ivy akhirnya duduk bersebelahan dengan Diaval diatas katil Ezra itu. sudah mendapat kekuatannya semula dan kembali degil. rasa duduk diatas pangkuan Diaval memalukan. Kali ini Diaval tidak berikan sebarang komen. Hanya mengusap rambut Ivy dengan kasar dan mendapat jeritan dari ahli sihir itu.

“Cantik renovation bilik.” Usik Diaval dan dengar Ivy berdengus. “kau tahu apa maksudnya ni?”

Ivy memandang kearah Diaval dengna tangan bersilang dan bibir dicebik. “Apa?”

“kau kena bermalam di bilik orang lain sementara bilik ni direnovate semula.” Jawab Diaval dengan senyuman nakal, terlalu suka melihat wajah pucat Ivy boleh menjadi lebih pucat dari sebelumnya.

“Damn… Kau betul..”

Diaval tergelak besar keudara. “Oh man, setiap semester kau pasti hancurkan bilik sendiri! Sem lalu kau bakar sekarang kau hancurkan. I wonder macam mana sem depan pulak!”

Ivy naik merah dan memukul kaki Diaval. “It’s not funny!”

Dan untuk beberapa minit mereka kembali usik mengusik, kutuk mengutuk dan maki memaki seperti mana mereka selalu buat setiap kali Ivy menukar Diaval menjadi manusia.

Setelah terkenang nostalgia itu, mereka kembali senyap. Tenggelam dalam dunia sendiri. Ivy teringatkan ‘pilihan’ yang menghantuinya sementara Diaval sengetkan kepala hairan melihat matahari sudah terbenam beberapa minit yang lalu tapi dia masih dalam bentuk manusia.

Merlin salah cakap atau aku tersalah dengar?

“Hey D?”

“Hm?” Diaval kembali memandang anak jagaannya. keningnya berkerut bila dia lihat Ivy menggigit kukunya, tahu itu bermaksud Ivy cemas.

“Apa patut aku buat?” Soalnya dan mengangkat pandangannya pada Diaval.

Diaval bunyikan lidahnya. That question again….. Diaval ingatkan dia rindukan persoalan itu tapi bila dia dengar balik, rasa meluat tu masih ada lagi. “Well…” burung gagak itu mengeluh. Dia tak tahu bila Diaval akan menjadi manusia balik dan tak tahu berapa lama lagi dia tinggal sebelum dia berubah menjadi burung. Jadi dia kena gunakan masanya dengan cermat.

Diaval turun dari katil dan pergi ke tepi katil Ivy, mengeluarkan bagasi ahli sihir itu untuk mengeluarkan seikat sampul surat didalam beg. Dia mengambil salah satu dari sampul surat tersebut dan berikan kepada Ivy.

“Apa ni?”

“Surat Ayah kau.” Katanya membuat mata Ivy membesar dan dia segera membuka sampul surat tersebut untuk membaca kandungannya.

Dear my beloved daughter Vivian,

Jika kamu dapat surat ini, itu bermaksud Ayah telah tiada di dunia ini—atau kamu terlalu bebal kerana takutkan ibu kamu dari mengikut kata hati kamu sendiri.

Ivy ketawa kecil, mengelap air matanya yang mengalir. Perasaannya melimpah keluar seperti air terjun bila dia baca surat tersebut.

Ayah minta maaf sebab terpaksa tinggalkan kamu bersendirian. Ayah ingin kamu tahu, walaupun Ayah seorang Enchanted.. or orang dahulu kata berhati Mulia, Ayah tidak pernah meragui perasaan ayah pada ibu kamu dan juga anak ayah sendiri atau ingin membelot kamu berdua.

Ayah pasti Diaval beritahu kamu tentang sejarah Ayah dan Ayah tidak akan minta maaf atas tindakan ayah sebagai double assassin. Malah Ayah bersyukur kerana dengan berbuat seperti itu, Ayah dapat seorang anak secantik kamu dan kamu membesar tanpa peperangan.

That’s all a father wants. For you to grow up beautifully.

Read this carefully. Ini bahagian serious. Ayah tahu kamu dalam kesulitan dalam memilih antara ibu kamu dan soulmate kamu—

Ivy memandang Diaval dengan pipi merah. “Ayah tahu pasal Louis—” Ivy segera menutup mulutnya.

Diaval faham mengapa Ivy tutup mulut dan bersuara; “Aku pun tahu jangan risau. Baca jelah surat tu.”

Ivy hanya mengangguk.

… Memilih antara ibu kamu dan soulmate kamu. Trust me, ayah pun seperti itu dahulu, memilih pihak antara Enchanted dan Vicious. Ibu kamu atau tanah kelahiran ayah.

Dan nak tahu apa ayah pilih? Kedua-duanya.—Ini buat Ivy menjungkit kening hairan—Just one step at the time. Ayah tahu ini kedengaran mengelirukan tapi percaya cakap Ayah.

Just follow your heart dan buat apa kamu rasa betul. Percaya pada diri kamu sendiri bila kamu buat keputusan. Kamu yang tentukan bagaimana kamu nak menjalani hidup kamu.

Jangan dengar kata ibu kamu selalu! That Witch Is a control freak sometime!—tapi, Jangan lupa, apapun kamu pilih, Ibu kamu akan tetap sayang kamu, walaupun ia agak susah nak yakinkan kepala batu ibu kamu tu.

Kalau Ayah boleh lembutkan hati ibu kamu, sudah tentu kamu pun boleh juga. Besides, you are my daughter. Bapak borek anak rintik kata Pengetua Jack Skellington.

That’s all I have to tell you loveness. Believe in yourselve and trust your heart.

With love,
Your father, Robin Hood

Ivy menutup surat itu dengan perlahan,senyuman manis terukir pada bibirnya dan dia mengelap sisa air mata di pipi sebelum memandang pada Diaval. “Hey D?”

“Hm?” Diaval hanya tenung wajah gembira Ivy. Dia lega melihat Ivy seperti ini.

“Apa patut aku buat?”

Daaaan senyuman Diaval hilang. “Arrggh! Seriously? Selepas apa ayah kau curahkan sepenuh jiwa dan perasaannya dalam surat tu supaya kau yakin pada diri kau sendiri tapi kau tetap tanya aku? Really? Aku tahu kau tiada hati tapi apa guna hati budak bebal tu?!”

Ivy ketawa pecah perut mendengar Diaval meletup dan terus memeluk penjaganya itu dengan erat. “I still need you. Walaupun aku dah tahu apa nak buat D, aku tetap perlukan kau.”

Ini buat Diaval cair. Aduh….. sejak bila pulak Ivy pandai bercakap manis macam ni? Diaval salahkan hati budak bebal itu.

“Hm, sure whatever.” Katanya melepaskan pelukan Ivy, cuba menyembunyikan rasa terharunya dengan awkward. “Putera raja kau ada di Perpustakaan.” kata Diaval membuat Ivy terkejut.

“Ya, aku tahu sebab ini hari giliran dia ambil tugas kau susun buku di perpustakaan.” Diaval melihat langit malam dari tingkap bilik itu. “Aku tak tahu bila aku akan bertukar. Baik kau cakap apa kau nak aku cakap sebelum aku jadi the annoying bird you love so much.” Katanya dengan nada sarkastik.

Ivy ketawa kecil. “Say you love me.”

Diaval buat muka janggal. “Excuse me?”

“Say it…” Ivy buat muka serious tapi gagal kerana senyuman nakal pada wajahnya.

Diaval memutar bola matanya dan picit dahinya dengan keluhan. “Menyesal aku tanya.” Katanya sebelum tersenyum nakal. “Fine… Kau manusia terpenting dalam hidup aku.”

“Hey! That’s cheating!”

“Villain don’t say that word.” Kata diaval dengan nada mengusik.

Ivy pula bercekak pinggang. “Fine. Jadi, kau pun penjaga terpenting dalam hidup aku jugak!” katanya tidak mahu kalah sebelum memberi kucupan di pipi Diaval membuat burung itu kaku untuk sementara waktu.

Ivy melompat turun dari katilnya dan mencapai salah satu kasut terdekat—iaitu ballad shoe Ezra untuk dipakai dan bergegas keluar dari Bilik itu meninggalkan Diaval keseorangan.

Mendengar jeritan gembira Ivy jauh di hujung koridor, burung gagak ini mengeluh dan rebahkan badannya diatas katil.

Sakit melihat anak jagaannya akhirnya membesar dan berlari pergi kearah lelaki yang dia suka.

Diaval pusing kepalanya untuk melihat kasut boot usang yang terletak diatas katil sebelah. Merenung tajam kearah kasut yang tidak bersalah itu.

Damn you robin… kau sepatutnya rasa sedih, bukan aku! Desis hatinya geram pada orang yang dah mati itu tapi sebenarnya… jauh didalam lubuk hatinya. Diaval berterima kasih kepada Ayah Ivy.

Dan setelah itu Diaval berubah menjadi burung semula.

.


.

Ivy hampir tersadung kerana kakinya yang masih lemah tambahan pula tapak kakinya yang menyengit kerana luka dari terpijak kaca.

Ivy tidak kesah, dia terlalu gembira, terlalu bebas untuk memikirkan kakinya itu dan teruskan berlari lalu jambatan academy  yang kosong itu dan masuk kedalam bangunan academic. Turun ke tingkat bawah Wing C, lalu taman mini Academy dan tiba di Lobi sekolah yang kosong itu. Dia segera naik ke perpustakaan mengendahkan rasa penat.

Dia tidak rasa apa-apa sekarang selain rasa seperti dirinya ingin terbang keudara. Dia tidak perasan yang academy itu kosong, Puan Camelia menjerit pada Ivy kerana berlari di dalam perpustakaan, atau mencari Louis didalam perpustakaan besar bapak nak mampus itu.

Hatinya yang membawa dia ke mana Louis berada dan hatinya mengatakan Louis berada di atas bumbung Perpustakaan

Sebaik sahaja dia membuka pintu perpustakaan itu, Ivy bertemu dengan sepasang mata biru yang besar, terkejut memandang tepat ke matanya juga. Ivy berhenti dihadapan pintu keluar itu. termengah-mengah dari berlari dari hujung asrama ke hujung academy.

Mata hijau dan mata biru itu hanya perhatikan satu sama lain. Si mata biru tidak dapat bernafas kerana terkejut melihat wanita yang dia fikirkan berada didepan matanya sementara si mata hijau termengah-mengah, hanya nafas dan degupan jantungnya sahaja dia dapat dengar.

Mereka berdua tidak bergerak.

Seperti masa juga berhenti untuk seketika untuk mereka perhatikan pasangan mereka masing masing. Memerhati dengan teliti pada setiap sudut badan mereka, sudut wajah dan memastikan jika ada perubahan selama 10 hari tidak berjumpa.

Ada perubahan?

Banyak.

Entah siapa yang bergerak dahulu, entah Ivy, entah Louis. Yang pasti, dalam sekelip mata mereka dah berlari kearah satu sama lain. Ivy tersandung di tengah jalan tapi Louis dapat menangkapnya dan mengangkat perempuan itu keudara. Mereka berdua ketawa dengan girang sama seperti hati mereka berbunga dengan mekar pada malam musim bunga itu.

Louis turunkan Ivy, hanya untuk mengucup bibir perempuan itu seperti mereka tidak pernah bercium selama ini dan memeluk pinggang wanita itu, tidak membenarkan kakinya mencecah lantai.

“I’m sorry… I’m so sorry for everything.” Bisik Ivy diatas bibir Louis sebelum mencuri satu lagi kucupan.

Louis ketawa sedikit hilang nafas kerana terlalu teruja dan menggeleng. “It’s okay…” Dia mencium dagu Ivy. “it’s okay.” Dan juga hidungnya. “I promise you, apapun terjadi aku takkan lepaskan kau. I vow to you that. With my heart and soul, Aku berjanji tidak akan lepaskan kau dari pandangan aku lagi.” Dia membawa Ivy berputar membuat Ivy menjerit riang. “Promise me will you be mine?… and I’ll be yours.” Bisiknya dekat pada bibir Ivy.

Ivy kebelakangkan wajahnya untuk menatap wajah Louis. Ketepikan rambut depannya, ingin melihat wajah Louis dengan jelas, membelai dahinya, tulang pipinya dan turun ke rahang dengan lembut. Mata terlekap pada sepasang mata biru yang bersinar dibawah rembulan malam. Memerhatikan mata itu untuk mencari kepastian, mengukir memori, menanam kenangan pada saat itu sebelum bibirnya pecah kepada senyuman paling Indah Louis pernah lihat sebelum dia mengangguk. “I promise.”

“I promise.” Ulang Louis dengan senyuman yang menyakitkan pipi sebelum mengambil haknya pada bibir manis Ivy sekali lagi.

Sementara itu di dalam bilik seorang puteri kecil, Charlotte memegang erat rantai yang berada di atas jantungnya, dapat rasakan kehangatan lembut dari rantai tersebut dan juga tersenyum lebar.

“She’s happy..” bisiknya pada Mr. whiskers dalam pangkuannya. “Ivy’s Happy again..”

“Ouch—ou-ou-ou-ou-ou-owwwwww….”  Ivy berdesir kesakitan bila dia rasa kakinya mula menyengit dan dia menggenggam erat bahu Louis sehingga kukunya tertanam.

Louis mula risau. “Kau okay? Kenapa ni?”

“—Jangan turunkan aku!” arahnya cepat bila dia rasa Louis nak lepaskan dia. “Kaki aku tercedera kena kaca dan—”

“Apa??” Louis kebelakangkan kepalanya dari Ivy dan perasan pergelangan Ivy yang luka sehingga paras siku dan juga perasan betapa ringannya ahli sihirnya itu. “Oh aku takkan turunkan kau.” Katanya dengan nada amaran.

Ivy pula menelan air liur kelat takut. “Apa—Hey!” tanpa amaran, Louis tukar posisi Ivy dalam tangannya, mengangkat Ivy bridal style dan bawa dia turun dari bumbung itu.

“Kita nak ke mana?”

“Bilik rawatan.” katanya dengan tegas tapi terdapat sedikit nada risau terselit didalam ayatnya itu membuat Ivy tersenyum.

Semasa mereka berjalan menuju ke bilik rawatan—dapat melepaskan diri dari terkantoi oleh Puan Camelia—sebab Louis enggan turunkan dia, Louis bersuara; “Ai.”

“Hm?” Ivy berpaling memandang Louis.

Dan Louis mengucup bibirnya dengan senyuman nakal. “I love you.”

Dan wajah pucat itu bertukar ke pelbagai jenis warna merah sehingga dia terkelu tidak dapat berkata apa-apa

Sementara itu…

Jack. Dia mengukirkan senyuman janggal yang menggerunkan pada bibirnya bila dia lihat dua pasangan itu dari jauh. Melihat mereka dari bilik kosong di Wing B, terhibur kerana dua kekasih itu akhirnya bersama.

Tapi tidak lama…

Jack rasa seseorang menyentuh bahunya. “So, that’s your plan?”

“Nope, ini baru sahaja permulaan. The fun part comes now.” Katanya dan mendapat tawa sinis dari orang di sisinya.

“I hope it’s miserably exciting.”

Jack juga ketawa sinister dengan rendah, bagai alunan ombak malam dan denturan petir di tengah laut. sangat misteri tapi mengujakan pada masa yang sama. “Oh it will.” Dia berputar melihat partner in crimenya dan keluarkan sebiji batu transportation, menggenggam batu tersebut untuk transportkan dirinya ke menara Merlin seorang diri.

Setiba sahaja dia di menara Merlin, dia melihat orang tua itu berada di atas meja kerjanya; kelihatan serius, merenung tajam bebola kaca yang bercahaya di atas meja, menunjukkan satu gambaran yang kabur dipenglihatan Jack.

Tapi Jack tidak perlu tahu apa yang Pengetua Merlin sedang tonton.

“It’s a beautiful Fairy tale love story isn’t it?” Soal Jack dengan senyuman sinis, mengambil langkah mendekati meja kerja Merlin.

Merlin hanya berdengung, mata tidak lepas dari gambaran dalam bebola kaca itu.

Jack tidak mempersoalkan respon Merlin. Dia menghayun tangannya keudara, mewujudkan sebuah buku kedalam tangannya dan lontarkannya ke atas meja Merlin. “Masa untuk lepaskan Ivy the Devil dari garinya.”

Merlin melihat buku fairy tale yang berjudul ‘Robin Hood’ diatas mejanya sebelum mengangkat mata melihat Jack.

“Jangan bagi aku riak wajah tu Emrys. Buat kerja kau dan aku buat kerja aku.” Katanya dengan senyuman pahit. “Kau nak Bakal putera Enchanted ni selamat bukan?”

Merlin menghembuskan satu nafas berat, berpaling muka dari lelaki muda itu. “As you wish.”

Ini buat senyuman Jack makin lebar. “Perfect.” Now, let the show begins…..

>X<

Bunyi loceng berdering diseluruh ruang tamu menarik perhatian seorang wanita yang berumur ratusan tahun, sedang tenung mangkuk cauldronnya yang telah dipindahkan dari bilik tidur ke ruang tamu atas kekosongan dan kesunyian rumah itu.

Ahli sihir kejam ini mengangkat pandangannya dari gambaran masa silam didalam cecair hijau yang berasap itu dan alihkannya pada pintu depan rumahnya.

Aku pasti aku telah beri amaran kepada seluruh tanah Vicious untuk tinggalkan aku bersendirian jika mereka terlalu sayangkan nyawa mereka….

Ahli sihir itu menghayunkan tanganya diatas mangkuk tersebut, menghentikan sebarang memori yang sedang dimainkan dan merentasi lantai ruang tamunya dengan penuh keanggunan dan kemegahan.

Dia berdiri beberapa meter jauh dari pintu dan menyeru tongkat saktinya didalam tangan. Mengetuk kaki tongkatnya untuk membuka pintu dua itu secara magic, memperkenalkan siapa tetamunya yang berani mati. Seorang lelaki pendek paras pinggangnya, berambut merah dan senyuman menjengkelkan yang menayangkan giginya yang tidak sekata.

Rumples… Apa kau buat kat sini?”

“Nice to be seeing you again too, Mistress Maleficent.” Sapa Rumpletiltskin dengan dengan topi didada dan tunduk hormat.

Riak wajah Maleficent menggelap. You have got to be kidding me….

Saya pasti Lady sedang tertanya mengapa saya berada di depan pintu The almighty Maleficent…” Rumpletiltskin memakai topinya semula dengan nada manis.

Bila Rumples ingin menjejak masuk rumah itu, lingkaran elektrik merenjat hujung kasut lelaki pendek itu memberi amaran untuk tidak mengambil sebarang langkah kedalam rumah tersebut.

“Saya jangka amaran saya tidak sampai ke telinga kamu atau kamu dah lama hidup didunia ni dan bersedia untuk mati.” Maleficent menyalakan batu yang menghiasi tongkat saktinya, seperti bersedia untuk bertindak. “Saya pilih jangkaan kedua.” Sebelum dia sempat nak hapuskan lelaki pendek itu, Rumpletiltskin mengeluarkan segulung kertas usang namun kelihatan baru didalam tangannya.

Sumpahan membunuh Maleficent terhenti. “Kenapa ada kontrak menyedihkan itu didalam tangan kamu?” soalnya dengan nada mengancam.

Rumpletiltskin cuba menyembunyikan rasa takut pada ahli sihir terkejam yang telah membunuh satu perkampungan dalam satu sumpahan itu. tapi titisan peluh tetap pecah di dahinya, mengalir turun membasahi kening. “Saya tahu Lady sekarang bersedih, patah hati yang Anak kesayangan Lady telah membelot—”

Go straight to the point.” Menyebut tentang anak perempuannya membuat kesabaran Maleficent menjadi senipis kain siffon.

Rumpletiltskin menelan air liur kelat. Ketakutan teserlah pada wajahnya. “Uhm… Err—This Contract…” lelaki pendek ini terdiam untuk seketika, cuba kembalikan keyakinannya kerana dia tahu perkara yang akan buat Maleficent meletup ialah bila orang sedang membuat penjelasan kepadanya memakan masa yang terlalu lama.

“Kontrak ini boleh mengembalikan Anak perempuan Mistress, Ivy the Devil kembali memihak pada Kegelapan.” Dia berterus terang.

“Dan kamu nak saya tanda tangan kontrak itu?” Maleficent menarik sengih. “You can’t fool me Rumples. I know your little twisted contract.”

Kali ini Rumpletiltskin tersenyum. Kelihatan yakin. “Tapi Mistress Maleficent… Mistress tidak perlu untuk tandatangan kontrak ni, sebab orang lain dah tanda tangankan kontrak ini untuk Mistress.” ayatnya menarik perhatian ahli sihir kejam itu. “Apa Mistress Maleficent perlu buat ialah teruskan perancangan membalas dendam Mistress dan tunggu sehingga peperangan antara Vicious dan Enchanted terjadi. And…. Saya pasti Mistress Maleficent ingin tahu mengapa kontrak ini istimewa sangat sehingga boleh membawa Ivy kesisi Mistress Maleficent kan?”

Maleficent mengecilkan pandangannya pada Rumpletiltskin, memberi amaran pada dirinya sendiri secara mental untuk berjaga-jaga dengan lelaki yang penuh hela itu.

Jangan sampai kejadian 15 tahun lalu terjadi lagi…

“Baiklah. Sila masuk.” Kata Ahli sihir itu, mematikan pelindung pada pintu rumahnya dan berpaling kebelakang, bergerak menuju ke dapur rumahnya. “Follow me.”

Rumplestiltskin pula akhirnya tersenyum. Senyuman kemenangan kerana semua telah mengikut rancangannya. Dia masuk kedalam rumah itu dengan kontrak misteri itu digenggam erat dalam tangan.

Let’s the curtain open and the play has begun…

~The End For F.A.T.E~

MUST READ!!!!

(A/N: Mesti korang tertanya… PANJANG LAGI KE CITER NI?!!! Yes… yes it is. Ia akan diteruskan dengan judul terbaru. L.O.S.T. aka Love on someone’s tears dan korang pasti terfikir, bila lah angah nak sambung The Chosen one dan NCK??? Jawapannya ialah selagi angah tak dapat ending sebenar untuk citer ni, selagi tu angah tak boleh move on dengan citer lain.

Angah rasa macam nak minta maaf kat korang tapi… hey, takkan angah nak minta maaf hanya sebab otak angah enggan nak lepaskan citer ni dan enggan nak move on citer lain kan? Besides, siapa suka citer tergantung sedangkan banyak lagi rahsia belum dibongkarkan? That is sooooo unprofessional!

Hahahaha, Next, Thank you sebab setia dengan citer angah! All your comment in every chapter really inspire me to write more!! Walaupun masa nak menaip dah singkat kerana kerja berlambak dan post chapter lebih slow dari sebelumnya! I want to cry because you all are so lovely to me!! (T____T)

Anyhow, harap sambungan cerita ini; L.O.S.T, korang akan support angah jugak seperti dua previous citer ni!! Maybe lambat post chapter tapi semangat nak menaip itu tetap ada hanya kerana korang komen in every chapter!!

Let me cry in the corner for a moment! Hahahaha, apapun…. See you in the next series of this e-novel!!

L.O.S.T. = Love on Someone’s Tears.

With eternal Love,
D.U.K


P/S: If Maleficent know about Louis and Ivy…. Those couple need more than Robin Hood’s will to help them from the wrath of an angry mother. When that mother is the evilest sorcerer in the centuries.

14 comments:

  1. huhuhuhuhuu angahhhh...muahahahah puasss... entry yang panjang....finally....hohoho bila tengok end of F.a.t.e ....ingatkan angah nk stop n ending dis story mcm ni je...hohoho nasib baik xmeroyan duluannnn....ha ha ha love u angah.....cecepatlaaaaaaa angah.... nak L.O.S.t...... terlalu bnyk misteri lagi la angah.... jack...?????? jahat ke baik sebenarnyeee...hu hu hu ..... n robin hood??? ohhh nooo di luar jangkaan...tahu x...da first ingat merlin bapaknye ivy...hahaha crazy rite.... :p :p :p keep it up angah... alway waitinggggg........

    ~ccc(,)(<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. *menggelabah bagi awak ubat* take a chill pill babe! Angah ter-excited jugak ni!! Hahahaha and no, NO WAY angah akan biarkan citer ni tamat cam tu je. So many question unanswered!!

      Yasssssss good luck for me on Writing L.O.S.T! HWITING! \(^^)/

      Delete
  2. Owhhh. Gitu ceritanya. Betulla tu angah. Kene ada sambungan cerita ni. Sapa Dark Lord yang mak Ivy perhambakan diri tu pun kami belum tahu lagi.
    Tapikan, kenapa Hood blh menjelma kat dunia tapi ayah Ivy tak boleh? dua2 dah meninggal kan?makin menarik.

    - minah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually there's no Dark Lord... Maleficent tu la the Dark Lord dlm tanah Vicious tu selain Jack Skellington.

      Maleficent and other villain hanya hamba pada kegelapan & kejahatan

      While Merlin and other berkhidmat utk cahaya & kebaikan.

      Understood honey?

      Delete
  3. robin hood bapa viv..

    dan kenapa pengetua jack skellilngton dan merlin mengutus surat lalu hood?


    dan kenapa merlin kena ikut kata JACK

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAHA persoalan tu angah xleh jawab, kena tunggu the future chapter!!! Heeeee *smile smile*

      Semuanya akam terjawab juga! Don't worry love and sentiasa setia dgn L.O.S.T pula (≧∇≦)

      Delete
  4. Ada kah hood dengan robin hood ni ade pertalian antara satu sama lain ? Sebab hood tahu macam2 tentang ivy . And again . Another sequel yeah . Harap2 mystery sume dekat fate cepat2 terbongkar .
    And DIA yang hood maksudkan tuh lady morgana kah ? Aduhh banyak nau persoalan nya . Harap2 angah sambung dengan cepat sebab nak taw sangat2 dalang dalam cite nihh . And please kalo bole banyakkan lagi scene ivy and louis . Hehehe .
    Apa2 pong terbaik ar cite angah nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, mereka adik beradik. Go back to chapter 22th L.O.V.E and Ivy ada sebut pasal ayahnya and red Riding Hood... But how RRH mati belum diterangkan lagi. U'll know in the future chapter!

      And of course babak Ivy n louis akan ada! Huhuhuhu and jack juga *smirk*

      Delete
  5. angah.....
    org dh baca bekali2 ni..tpi xde pn citer about robin hood dgn res riding hood... at 22 L.O.V.E pn just ckp the famous story about robin hood dgn kakaknye red riding hood.... n then..... tgantung penuh misteri.... Angahhh...banyk sgt misteri smpai jadi fenin utk cantumkan smuanya....hope angah akan bagi entry yg cleat up all the misteri.....huhuhuhu some part stop just like to be cntinue n cntinue with misteri yg lain n yg lain....mcm mn dgn alice yg hilang tnpa khabar berita...oh no.... im totally out.... pls... help me with the clearance....hehhehe dh mcm clearance sale nak raya kan angah....hikhikhik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaha yes, belum ada citer tentang adik beradik hood and dlm chapter 22th LOVE tu hanya sedikit hint tntang hubungan dorang.. Huhuhuhu

      But in the near future chapter akan angah ceritakan kisah dua beradik ni okay?? How he died and how she died too HAHAHAHAHAHA

      Terlalu bnyak persoalan y akan dijawab dlm chapter y sesuai. No worries, no worries! Angah akan clear kan segala persoalan awak!

      Huhuhu, just need time to write it *wink wink*

      Delete
  6. haaaa angah.,sbelum tlupa...ada lagi nie angah...it is jack sklengton & sally a good person.... huhuhu dorang pakat ngn merlin ke? aaaaaaa....org jdi cnfius ni angah. yang mana baik yg mana jahat...adoishhhhh gedebuk gedebak....i cant stop thinking all of dis....pls help me... teruk sgt dh nie....im sorry if i burden u with all my thinking.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaand about jack skellington and Sally pulaaak.... I dont want to spoil anything, like angah said, tunggu di future chapter And masa utk menaip chapter tu *wink*

      Harap awak bersabar dgn angah! And u don't burden me at all! Angah suka bila korang komen cam ni, ia tolong angah utk taip apa y korang persoalkan dlm citer ni. Makes thr story more interesting (≧∇≦)

      Delete