NCK: Bab 2

Jam dinding dah menunjukkan jam 9 pagi dan seorang lelaki belum lagi bangun dari tidurnya akibat semalaman bermain dengan game MMORPG; Nura Celestia Kingdom.

Pintu biliknya di ketuk beberapa kali tapi tiada yang menjawab. Luciey mengeluh. “Abang, bangun!”

“five minutes!!” jeritnya dari dalam bilik membuat luciey mengeluh.

“Nasib baik Medeis tak serumah dengan kita kalau tak dah tentu abang kena karate oleh budak tu.” katanya berbisik dan turun ke bawah sambung menyiapkan sarapan untuk mereka berdua.

Beberapa minit kemudian, Loky turun dan duduk di meja makan bersama adiknya. “Ohayo.”

“Ohayo Onii-chan. So, ini hari kita akan lawat Medeis.” Katanya dengan senyuman manis.

Loky mengangguk. “So, cam mana dengan meeting korang dengan Lord Cytrus tu? bila korang akan serang Puak  Umbra?”

“Well, mereka kata mereka akan buat perangkap dengan jadikan salah satu dari pemain dari Puak Umbra sebagai tahanan dan secara perlahan menarik Puak gelap tu keluar dari sarang mereka. Tapi…”

Loky tahu nada tu dan tersenyum nakal. “Medeis tak setuju dengan plan tu kan?”

Luciey mengangguk dengan kecewanya. “Entah apa yang Medeis nak buat kat Puak gelap tu. Dia ada plan tersendiri dan pastinya ada kena mengena dengan Nura Castle tu.”

Loky menjungkit kening mula berminat dengan misi persendirian Medeis. “Kau rasa dia masih syak dengan permainan ni ke?”

“Mungkin. Tahu lah empat sekawan ni rapat sangat dan tak dapat terima kematian Accel yang sia-sia. Aku pasti bukan je Medeis yang nak bongkar rahsia yang tersimpan rapi malah tentu Scy dan Hades sedang berupayah mencari Accel sekarang ni.”

Loky tertawa kecil. “Ingat kita ada dua orang lagi cari beater. Toshiro dan Akira; aku pasti mereka dua tu pun tengah cari di mana Accel sekarang.”

“Oh ya bang, cam mana dengan idola Puak Domitor tu? ada berita baru?”

Loky tersenyum terhibur teringatkan idola Puak mereka. Semasa dia baru masuk permainan itu, dia dapati ada seorang pemain handal dalam memanah dan mempunyai Companion yang tiada tandingannya. Pemain ini sangat di sanjungi di dalam Puak mereka hingga dia di panggil Idola. Loky tak pernah jumpa dia tapi dari apa dia dengar dari pemain lain, dia pasti pemain itu memang handal. “Seperti biasa, sombong dan loner.”

><><><>< 

“Ah—Choo!!”

Naga putih itu menggelengkan kepala sepertinya dia terkejut mendengar tuannya bersin. Ia melihat Tuannya yang menggosokkan hidung sambil menyumpah serana orang yang mengumpatnya. “Cyril, kita kena cuba lagi sekali ni hari.” Katanya mengusap badan naga besarnya bernama Cyril.

“Kita akan jadikan Puak kita Noble Tribes dan tumpaskan Puak yang lain.” Katanya dengan senyuman sinis. “daaaaan….. gantikan tempat Beater. Aku nak balas dendam kat minah satu tu sebab tak tunaikan janjinya kat aku.” Katanya lagi sambil tertawa kecil. “Accel, kau janji akan cari aku di dunia reality tapi kenapa kau mati? Kali ni biar aku jadi heroine dalam permainan ni lagi.”

“Hades! Kami perlukan kau di bangunan Roger segera!” jerit pemain yang rapat dengan Hades dalam permainan NCK itu, Maya.

Hades mengangguk dan naik Cyril yang dah 10x ganda besar dari sebelumnya. “Alright. Beritahu Lord Filly aku akan tiba di sana selepas aku tinjau kawasan kita.”

Perempuan itu mengangguk dan melihat hades terbang pergi menjalankan rutin hariannya. Dia kagumi pemain yang bernama Hades tu kerana dia tahu banyak perkara tentang NCK dari merek semua dan mempunyai companion yang terkuat dari mereka semua. Maya sendiri mempunyai helang yang tidaklah sebesar atau sekuat kawan Hades yang bernama Cyril tu. malah, Companion Lord Filly pun tak lah setanding Hades punya.

Memang layak dia jadi Idola mereka tapi kenapa Hades tak nak ganti tempat Lord Filly dan pimpin mereka? Dia dah layak untuk menjadi pemimpin puak tapi dia tolak mentah-mentah tawaran Programe.

Mengapa Hades buat cam tu? sebab dia sendiri ada idola. Accel a.k.a Beater. Dia Soloer dan tak pernah join mana-mana group dan hanya memimpin dirinya sendiri. Accel tak pernah anggap dirinya sebagai ketua dalam kumpulan HDe’O mereka tapi mereka anggap Accel ketua kerana dia pandai merancang strategy perlawanan walaupun dia tu kekadang shellfish dan bertindak secara drastic dalam bila berlawan, dia tetap tak risikokan nyawa orang bawahannya.

Hades nak jadi seperti itu, seorang yang tiada kelemahan dan cacat celah, serta mempunyai matlamat yang kuat dalam misinya. “Accel, kalau kau masih ada dan masuk NCK.. Aku pasti kau pilih Fortis atau Umbra dan Puak kita akan berlawan.” Hades tersenyum tawar memikirkan mereka akan berlawan menentukan siapa yang lebih hebat. Beater atau Hacker. Tapi semua tu hanya hayalan yang takkan pernah tercapai.

“Cyril, tinggi lagi.” Bisiknya pada Naga putih itu dan mengikut arahan, Cyril terbang lebih tinggi dari sebelumnya. Setelah naik hingga keatas awan, Hades akhirnya dapat lihat Nura Castle dari jauh.

“Itu dia…. Istana kayangan.” Katanya kagum melihat bangunan di atas awan itu. Cyril boleh terbang lebih tinggi dari istana dan mendarat di tanah tersebut dengan senang tapi cara untuk masuk Istana tu ialah dengan mengambil Ujian Noble Tribe. Ujian tu sememangnya mustahil untuk para pemain Lulus kerana Guardian Angel yang banyak dan sekuat Big boss tingkat 99 dalam permainan FDO.

Tanpa mengambil ujian, Istana tu takkan dapat di capai atau masuk kerana ia di lindungi dengan dinding halimunan yang menghalang pemain dari main tipu dalam mengambil pangkat Noble Tribe.

Hades mendekati Istana itu dan menyentuh dinding halimunannya. “Kalau ada sesuatu tajam yang boleh pecahkan shield ni…” dia teringatkan pedang seseorang. “Pedang Accel…”

Tetiba dia terdengar bunyi Siren dari dalam istana itu dan mula cemas. “Tak guna!” Hades melihat guardian Angel muncul secara programe data dan mula menyerang Hades kerana mendekati Istana itu.

Cyril segera jauhkan diri dari tempat itu dan terjun selaju roket melarikan diri dari terkena serangan Guardian Angel yang kuat Gila tu. Mereka akhirnya Berjaya larikan diri dari pengawal Istana itu dan mendarat di atas bangunan Roger.

“Arigatou Cyril.” Katanya sambil mengusap lembut badan naga kesayangannya. Cyril tetiba berubah menjadi size mini seperti size dalam permainan FDO dan berehat di bahu Hades.

Hades mengusap kepalanya. “Jom masuk.”

><><><>< 

Yuki tak senang tidur akibat memikirkan nasib Kakaknya yang terlentar di hospital dan terperangkap dalam dunia maya. Di sebabkan tak boleh tidur, dia berada di bilik latihan Judo dan berlatih bermain pedang seorang diri, berlawan dengan musuh halimunannya. Kekadang dia akan bayangkan wajah Kakaknya yang selalu temankan dia berlatih.

Setiap kali dia dan Kumiko berlawan, dah tentu Yuki kalah. Teringatkan pasal Kumiko dia terfikir tentang ayat Izumi. Adik beradik tak boleh bercinta.

“Tak guna!” Dia memotong lawan halimunannya sepenuh tenaga melepaskan geram. “Aku tahu tu dan aku cuba lupakannya tapi aku tak boleh biarkan dia kahwin dengan lelaki cam kau!” Dia buat posisi menikam pula dengan pedang buluhnya. “Kau tunggu Izumi. Kau akan menyesal kerana buat Kumiko cam tu!”

><><><>< 

“Jadi apa plan kau?”

Toshiro memandang Café latte nya memikirkan cam mana dia nak cari keberadaan Accel. Cam mana? Izumi sendiri tak tahu di mana Accel berada dan dia sendiri tak tahu jika Izumi ada niat jahat atau ada kena mengena dengan 300 mangsa Pemain yang masih terlentar di hospital.

“Aku sendiri tak tahu. Kita hanya perlu cari di mana Accel dan tujuan Izumi dengan permainannya tiada kena mengena dengan kita tapi…” Toshiro tak sedap hati dengan permainan NCK ni.

Akira faham maksud Toshiro dan mengangguk. “Ya, Aku pun rasa cam tu. Ada sesuatu yang tak kena dengan permainan tu. Mesej terakhir Ayaka tentu ada kena mengena dengan Game dia. Izumi mempunyai jenis game MMO yang hampir sama dengan Ayaka dan mustahil Ayaka tak cakapkan tentang dia. mesti dia ada kena mengena dengan 300 mangsa pemain.”

“Persoalannya sekarang; apa dia nak buat kat mereka?” Toshiro mengeluh. “Apa faedahnya tahan 300 pemain tu? Izumi nak sambung rancangan jahat Ayaka ke?”

“Mungkin. So, apa kita patut buat wahai Black warrior?”

Toshiro tertawa kecil, sempat lagi mamat ni buat lawak. “Kalau Accel, Dah tentu dia akan masuk kedalam permainan tu dan mula membongkar rahsia mereka. Jadi….”

Akira tersenyum nakal. “Apa lagi? Jom beli CD dan Hamusphere tu.”

Mereka berdua bangun dari tempat duduk mereka dan keluar dari Café tersebut. Misi mereka sekarang ialah membongkar rahsia yang ada di dalam game NCK itu.

><><><>< 

Seorang gunwoman sedang bersembunyi di sebalik semak sambil membidikkan senapangnya kearah satu menatang NPC. Dia melihat melalui teropong senapang itu dan….

“BANG!!”

“Ahh!!” si penembak itu terkejut mendengar jeritan di telinganya dan berputar memandang lelaki berbaju serba merah seperti rambutnya juga. Matanya terbeliak besar melihat si Swordsman yang dia amat kenali berada di sini. “Classier! Apa kau buat di sini? Kau nak kena tangkap ke?!” jeritnya membisik.

Classier tersenyum nakal dan menyandar di pokok berdekatan dengan machonya. “Jangan risau, aku ada belajar beberapa jenis spell dari puak Sylph. Kalau mereka jumpa aku, aku baca jampi dan Poof! Aku hilang dari penglihatan.”

“Halimunan?”

Classier menggeleng. “Transportation. Oh, jom ke Nura City, aku dengar di sana ada festival. Mana tahu kita dapat sesuatu berbaloi tentang Nura Castle tu.”

Gunwoman itu mula memikir. “Kenapa aku nak tahu pasal Nura Castle. Aku main game ni sebab aku nak hiburkan diri, bukan misi Noble Tribe tu.”

Classier tertawa kecil. “Come onlah, kami semua tahu X-FDO ada misi tersendiri dalam game ni. Korang nak bongkar rahsia game ni kan? Tentu kau berminat kat istana mistery tu kan?” pujuk Classier kepada Lolita gun-girl itu. “Aku tahu kau takkan duduk diam tentang kematian Beater, kan Scyntilla dari kumpulan HDe’O?”

Scy berdengus dan membidik senjatanya ke kepala Classier. “Aku tak tahu cam mana kau tahu tentang aku ni member HDe’O dan kematian Accel tapi aku takkan bekerjasama dengan orang yang tiada pengalaman dalam main game ni.”

Classier tersenyum sinis. Dia dah agak perempuan ni ialah Scyntilla yang pernah di sebut oleh seseorang dalam tidurnya. “Aku mungkin mentah dalam bermain game ni tapi aku sehandal perempuan yang bernama Beater tu dan aku tahu banyak perkara tentang game ni dari orang pertama masuk tempat ni.  So, tujuan kita sama, iaitu mengetahui Istana kayangan tu so… kau join in ke out?”

Scy mula memikir. Siapa lelaki ni? Kenapa dia tahu tentang game ni asalkan dia masih mentah dalam bermainan permainan MMORPG? Sehandal Accel? “Jangan nak buat aku gelak lah Classier, Cam mana aku nak percaya yang kau tu sehandal Accel hah?”

Classier mendekati Scy dan memeluk tubuh. “Nak bukti? Kau yang judge kalau cara aku berlawan sama seperti Accel.” Classier menghulurkan tangannya kepada Scy. “SAmbut dan kau akan tahu.”

Dengan rasa ragu-ragu dia menyambut tangan Classier. Lelaki itu mula membaca mantera dan mereka hilang dari tempat itu, muncul di tengah-tengah hutan yang gelap.

Scy memandang sekelilingnya yang kelihatan menyeramkan. “Kita di mana?” Scy memandang kearah Classier dengan penuh curiga. “Kau jangan nak buat sembarangan pula. Aku tembak kepalamu kalau kau —”

“Tak hingin aku.” Katanya sambil tertawa membuat Scy naik merah dan memukul bahu Classier. “Aku bawa kau ke sini supaya kau nampak aku berlawan dengan raksasa di tempat ni.”

Scy mencebik. Kenapa lelaki ni beria-ia sangat nak buktikan dia sehandal Accel. Walaupun Accel tu rival dia, Scy tetap anggap Accel tu pemain terhebat dalam permainan maya.

“Cam mana kau nak cari raksasa dalam hutan besar ni?”

Classier menarik keluar pedang di pinggangnya dan menumbang pokok berdekatan hanya dengan satu hayunan. Ini buat Scy sedikit kagum tapi dia tak tunjukkan. “Aku pun boleh tumbangkan pokok tu dengan satu tembakan—”

*Waaaaarrrrggggghhhh!!!!!!

Classier tersenyum sinis. “Itu caranya untuk bangunkan penjaga hutan ni.”

Mata Scy terbeliak besar melihat raksasa yang muncul pada mulanya dari code-code nombor dan akhirnya menjadi raksasa hutan yang menggerunkan di hadapan mereka.

Classier terus melompat kearah raksasa itu dan mula menyerang sebelum Scy sempat menarik senapang di belakangnya dan kagum melihat cara Classier berlawan.

Classier mula dengan menyerang kakinya membuat dia berlutut dan meraung kesakitan. Ia nak pijak lawannya tapi Classier lebih laju dan mengelak kan diri dari kaki besarnya. DIa berlari kearah Ekor raksasa itu dan naik kebelakang raksasa itu, dia mula mencucuk belakangnya setelah mengecas tenaga pada pedangnya dan mengheret pedang tersebut naik keatas kepala raksasa itu. Serangan terakhirnya dia mencucuk kepala raksasa itu sekuat tenaganya sehingga lifa bar haiwan itu habis dan pecah menandakan Classier dah Berjaya menumpaskan haiwan itu.

Classier mendarat di depan Scy dengan pedang di angkat ke bahu. “So, Cam mana? Percaya?” Soalnya dengan senyuman bangga.

Scy kaku dengan matanya terbeliak besar kerana masih dalam mode terkejut. semasa Classier berlawan, dia terbayangkan Accel berlawan dengan raksasa itu dengan senyuman sinis terpapar di wajahnya dan bila Classier mendarat di tanah, dia melihat Accel yang tersenyum bangga dengan mata yang membara.

Dia berlawan sama seperti Accel, atau rindunya terlampau mendalam terhadap Accel hingga dia bayangkan Classier berlawan seperti Accel? Itu tak mustahil kan?

Classier menjadi cemas apabila melihat Scy jatuhkan air mata. “Ka-Kau kenapa?”

Scy tersentak dari lamunannya dan menyentuh pipinya yang basah. Dia segera mengelap air mata yang jatuh dan menggeleng. “Nothing.” Dia menarik nafas dalam cuba tenangkan hatinya yang sedih. “Kau sebenarnya siapa?”

Classier tersenyum nipis tahu apa yang Scy rasakan sebab dia juga rasakan seperti itu. “Classier. Siapa lagi?” Classier tertawa kecil melihat Scy mencebik. “Jom ke Nura City dan bongkar rahsia game ni.”

><><><><>< 

BAM!!

Accel mengusap bahunya yang sakit akibat berterusan cuba memecahkan dinding kaca itu. DIa kena keluar dari tempat ni, dia tahu keluarganya tentu fikirkan dia da mati atau apa-apa jelah! Dia tak nak buat orang risau lagi, dia nak jumpa dengan yang lain, dia dah tak tahan terperangkap di dalam bilik ini seperti orang yang tak bermaya.

Dia Beater for god sake! Pecah kan kaca benda yang paling senang baginya tapi kenapa dia tak boleh pecahkannya?

Tapi, dia tak berputus asa. Sekali lagi dia mengambil jarak dari kaca itu dan berlari kearahnya cuba memecahkannyatapi tak Berjaya. Hanya bahunya sahaja yang berasa sakit akibat berulang kali menghentak badannya kearah kaca itu.

Dia jatuh terduduk, kecewa dan sedih kerana rasa dirinya tak berguna. “Stupid! Kenapa kaca ni tak nak pecah? Pecah lah!!” dia memukul-mukul kaca tersebut dengan sekuat hatinya tapi tak Berjaya. Matanya mula berkaca sambil dia memukul kaca itu. “Break you Idiot!!”

Dia mula menangis dan merebahkan dahinya pada dinding kaca itu. Dia tak nak tinggal di sini dan hanya duduk diam menunggu perkara buruk akan berlaku. Dia taknak perasaan ni menguasai dirinya dan buat dia kelihatan lemah.

Dia sebenarnya takut… takut bersendirian, takut menjadi lemah, takut apa yang akan terjadi, takut sebab dia tak tahu dia sebenarnya di mana. Perkara yang dia paling takutkan ialah dia takkan jumpa kawan-kawannya terutamanya Toshiro.

“Oh my, kenapa Permaisuri kita menangis?”

Accel mendongak melihat Izumi masuk melalui pintu kaca slide itu dengan senyuman sinisnya. Dia segera perpaling. “Apa kau nak lagi?”

Izumi berlutut di hadapan Accel, menyentuh dagunya membuat Accel memandang kearahnya. “Tsk. Tsk. Tsk…. Kau tak cantik kalau kau menangis sayangku.” Izumi mengusap air matanya yang jatuh.

Accel menepis tangan Izumi dengan perasaan Jijik dan marah. “Adakah aku di dalam bilik hologram?”

Izumi menjungkit kening tidak faham maksud Accel. “Apa?”

Accel menjeling kearahnya. “Aku berada di mana? Benda ni.” Dia mengetuk kuat kaca di tepinya. “Kenapa aku tak boleh pecahkan nya. Hanya satu sebab aku tak boleh pecahkannya iaitu aku dalam bilik Holo dan langgar dinding keras selama ni.”

Mata Izumi terbeliak besar dan tertawa mendengar teori Accel. “My-my, kau ada imaginasi yang tinggi tapi my love, tekaan kau salah. You see, kaca ni... senang pecah.” Izumi menumbuk dinding kaca itu dan dengan senangnya ia pecah meninggalkan bulatan kecil membuat Accel terkejut. “Di sebabkan kau tak dapat pecahkannya kerana aku dah buat avatar kau 90% lebih lemah dari avatar biasa. So, you are as weak as an ant.”

Dia selemah seekor semut? Dia bangun dan memandang kearah luar tingkap. Penglihatannya sangat kabur. “Jadi, Grafik penglihatanku pun kau lemahkan sebab tu aku rabun.”

Izumi mengangguk. “Aku buat benda ni sebab nak pastikan kau takkan keluar dari tempat ni.”

Accel menjadi tambah marah. Dia tak suka bila orang buat dia cam tu. dia tak suka di kawal cam tu. tiada siapa boleh kawal dia dan buat dia seperti anak catur yang di gerakkan sesuka hati mereka. “Kenapa kau tak bunuh aku je kalau kau nak kurung aku di sini tanpa buat apa-apa seperti orang bodoh?”

Izumi tersenyum terhibur dan menggeleng. “Aku tak boleh bunuh bakal isteri ku sendiri. Aku perlukan kau untuk perkahwinan kita minggu depan.”

“Kau tahu aku takkan berkahwin dengan lelaki gila cam kau.”

“Ya, aku tahu. Sebab tu aku tinggalkan kau di dunia maya ni dan berkahwin dengan jasad kau yang terlentar di hospital tu. setelah perkahwinan kita, aku akan ambil alih syarikat keluarga kau dan teruskan plan aku.”

“Apa. Kau. Nak.. buat dengan perusahaan keluarga aku?” soalnya tahan marah yang amat.

“Simple. Ada duit, kembangkan permainan Nura Celestia Kingdom ni dan buat lebih banyak pemain. Itu je.” Katanya dengan slamber.

“Tujuan kau hanya untuk kembangkan permainan apa?” Accel mula tak sedap hati. “Kau nak kurung pemain seperti Ayaka buat ke?”

Izumi menggeleng. “Tak, aku ada plan yang lebih menguntungkan dari orang gila tu.” Izumi mula bergerak pergi ke pintu keluar.

“Kau gila Izumi… Gila!” jerit Accel marah.

Langkah Izumi berhenti di depan pintu kaca dan memandang Accel dari bahunya. “Kumiko, orang yang cintakan kau semua gila. Kau tak perasan ke?” Dia tap pada pintu tersebut dan muncul keypad pada pintu kaca.

Accel cuba melihat apa kod kunci pintu itu tapi apa yang dia lihat hanyalah cahaya kabur dari numbor yang dia tekan. Accel berdengus melihat Izumi berjalan keluar dari tempat itu sekali lagi mengurungnya di bilik kaca.

Accel rasa lemas satu badan bila dia memikirkan apa yang Izumi katakan tadi dan menyandar pada dinding kaca itu. “Apa lagi rancangan mereka ni? Ayaka, kau kata semuanya dah berakhir… tapi apa semua ni? Beritahu aku!” katanya berbisik.

Accel tetiba teringatkan kata-kata Ayaka selepas dia di bawa ke istana idaman mereka.

“Kumiko, suatu hari nanti ada sesuatu yang buruk akan berlaku dan aku sudah tiada untuk tolong kau.” Kata Ayaka dengan tenang memandang perempuan yang bergaun serbah mewah.

Accel menjungkit kening tak faham maksud Ayaka. “bukannya kau cakap semuanya dah berakhir ke?”

Ayaka mengangguk. “masalah aku dah berakhir tapi masalah baru akan datang dan kau kena ada pada masa tu untuk menghentikannya.” Katanya sedikit tegas. “Kumiko, kau harapan pemain nanti. Kau adalah kunci bagi mengalahkan dia.”

“Siapa si Dia ni?” soal Kumiko tak sedap hati. Dia tahu Ayaka tak jahat Cuma terlalu taksub dengan rekaannya saja. “Orang yang kita kenal.”

Accel memandang lubang yang ada pada dinding itu dan mengeluh. “Cam mana aku nak hentikan Izumi kalau aku tak boleh keluar dari sini?”

><><><><>< 

“Alright, aku pakai namaku time di FDO. Aku tunggu kau di sana okay?” kata Toshiro dalam talian kepada Akira. “Bye.”

Mereka baru saja dari kedai electronic untuk beli hamusphere dengan CD Nura Celestia Kingdom. Setelah beli barang yang mereka perlukan, dua rival ini balik ke rumah untuk memasangnya dan berjumpa di dalam permainan MMO itu.

Toshiro tiba di biliknya dan mengeluarkan Hamuspherenya untuk di chas pada computernya. CD Nura Celestia Kingdom pula di install dalam computer. Sementara menunggu alat itu di chas dan di install, dia memandang kearah Nerve Gear rekaan Ayaka yang tersimpan rapi di atas rak buku.

Dia terus mengambilnya dan mula teringatkan kenangan di dalam permainan maut itu. “Tempat di mana aku jumpa Accel.” Katanya sambil tertawa kecil. Semua kenangan manis, bergaduh dengan Accel di ulang tayang dalam mindanya sekali lagi.

Sayangnya Nerve Gear dah di haramkan dan di tutup oleh pihak berkuasa kerana ia membunuh. Toshiro mengangkat bahu dan membuka kotak memori Nerve gear itu dan mengluarkan satu chip yang telah di beritahu oleh Wartawan untuk membuangnya. Toshiro mematahkan chip kecil itu dan buang ke dalam tong sampah. Dia memakainya sekali lagi. Ia dah di tutup bermaksud, benda tu dah tak berfungsi lagi tapi tanggapannya salah. Sebaik sahaja dia pakai helmet itu, Nerve Gear hidup secara automatic membuat Toshiro terkejut.

‘Welcome back to XXXXXXX XXXXX XXXXXX.’

Tertulis ayat tersebut pada screen helmet itu. “XXX?” Toshiro melihat duduk di katilnya dan tekan butang log out menggunakan mindanya yang ada pada screen itu membawanya ke screen utama di mana ada beberapa icon pada screen itu. Toshiro menjungkit kening. Salah satu Icon yang ada pada screennya iaitu E-mail bernyala menandakan dia ada mesej.

Tanpa membuang masa dia segera baring di atas katil dan membuka email tersebut. Dia terus di hantar ke dalam dunia maya di mana sekelilingnya serbah putih.

Toshiro memandang kedua tangannya. “Aku di mana?”

Tak lama kemudian, code computer berkumpul dan membentuk satu figura yang sangat di kenali oleh Toshiro. “Ayaka?”


“Kita berjumpa lagi, Black Warrior.”

2 comments:

  1. Mesti ayaka nak Toshiro tolong Accel...angah cerita makin menarik...sambung lg please...

    ReplyDelete
  2. Haha... thanks, Mungkin juga Ayaka nak minta pertolongan Toshiro but, kita tunggu dan lihat ^_^

    ReplyDelete