Axerialeth: SOD -Where the moon meet the Sun-

Bab 8

Siang berganti ke malam dan Bulan mula menguasai malam yang gelap. Semua orang dalam kapal sudah tidur lena di dalam bilik mereka masing-masing.

Ben di dalam bilik yang penuh dengan barang bujang dan juga peralatan gym. Tidur mati, kalau pencuri masuk pun dia takkan bangun tapi dia tidak risau, sebab kawalan keselamatan kapal itu sangat ketat, tiada siapa boleh masuk.

Nuez juga di dalam biliknya, tertidur di atas meja kerja kerana terlalu penat nak selesaikan mesin peninggalan Miracle. Sehingga sekarang dia tak dapat huraikan kerumitan mesin tersebut dan juga apa pungsinya.

Pole juga tidur di dalam bilik yang penuh dengan warna pink dan cuteness. Serta sedikit tema sexy. Dia tidur memeluk bantal guling di dalam selimut bersama penutup mata membantu dia mendapat tidur yang lena.

Manda pula belum tidur, dia berada di bilik latihan yang berada di tingkat dua Third base, sedang merenggangkan ototnya, tidak lama lagi mereka akan berhadapan dengan organisasi Crow Reign dan dia tak nak sebarang masalah berlaku nanti.

Begitu juga dengan ketua mereka, Rick. Dia masih lagi di dalam bilik peta sedang merancang strategy berlawan. Dia dah lihat bangunan Organisasi Clow Reign dan ia buat dia teringatkan Miracle. Perkara ni sama seperti situasi Miracle. 100% sama.

Mungkin dia perlu ikut strategy dahulu tak? Ya dia patut buat ambil rancangan Strategy itu. Rick bergerak ke almari fail dan mengeluarkan salah satu fail dalam almari tersebut.

Dia meletakkan di atas meja dan mula merancang semua strategy yang telah terbuku di dalam minda bertahun lamanya.

Kalau aku tak boleh selamatkan Miracle guna plan ni, sekurang-kurangnya aku boleh selamatkan Spring….

Sementara Rick sibuk dengan master plannya, Bilik rehat yang berada di second base terdapat satu Figura tidak di kenali berdiri di depan dinding kaca melihat tangga ke tingkat dua di mana bilik orang kapal berada.

Dia kali ni pakai mask oksigen khas, berjaket sleeveless kerana dia telah koyakkan lengan baju yang penuh dengan darah. Dia tetap berhoodie seperti biasa.

Bagaimana dia boleh masuk kedalam kapal itu satu misteri tapi cecair misteri yang telah di suntikkan dalam badannya telah membantu dia untuk masuk tanpa alarm kapal berbunyi. Mata peraknya bersinar-sinar, kesan daripada cecair tersebut. Dalam mindanya hanya satu, dapatkan Off-Spring dan hapuskan perkara yang tidak dingini.

Lebih cepat lebih bagus desis hatinya; sebab luka di tangannya belum lagi sembuh, masih lagi merah. Hanya mengambil selangkah kehadapan, dia; sepantas kilat dah tiba di depan bilik Spring.

Aku dapat rasakan nafas kuasa Clow Reign dalam bilik ni bisik hatinya lagi. Dia memutar tombol pintu itu dan masuk kedalam bilik tersebut.

Spring rasa cahaya memancar di wajahnya membuat dahinya berkerut sedikit tapi cahaya itu akhirnya hilang. Pada mulanya Spring ingat ia biasa sahaja tapi bila logic masuk ke dalam mindanya, dia tahu itu bukan perkara biasa berlaku pada waktu malam.

Dalam diam, dia rasa tilamnya tenggelem di depannya. Segera dia membuka mata dan melihat satu figura, mata bercahaya seperti pantulan cahaya bulan pada air memandangnya.

“Ah—Mmpppphhh!!”

Rick mengangkat tangannya keudara sambil menghembus nafas kasar. “Aaarrrrrhhhhh!!! Sakit belakang di buatnya benda ni..” Dia menutup semua fail tersebut dan letak di almari semula.

“Cukup untuk ni hari.” Katanya pada diri sendiri dan turun ke second base menggunakan lift kapal. Rick mula memikir balik tentang planning yang dia buat tadi.

Walaupun berisiko tinggi, mereka tetap kena jalankan untuk bebaskan manusia jadi mangsa eksperimen itu. Kali ini dia takkan beritahu Spring sebab dia takut perkara yang sama berulang lagi seperti Miracle.

She gives in and everything back to square one….

Pintu Lift terbuka tanpa dia sedari dan terdengar suara-suara halus datang dari tingkat bawah. Dia menjungkit kening. Siapa bangun jam 1 pagi cam ni?

Tanpa banyak soal, dia bergerak ke tangga turun ke tingkat satu tapi terhenti di tengah jalan bila suara-suara halus itu semakin jelas kedengaran.

“Off-Spring, kita kena keluar dari sini sekarang juga!”

“Tak! A-Aku tak nak, tolong jangan bawa aku pergi…”

Mata Rick terbeliak bulat. Itu suara Spring, siapa lagi satu tu? Takkan lah…. Rick terus mengatur langkah berlari dan melompat turun dari tangga bersedia untuk selamatkan Spring.

“Lepaskan dia!”

NightBlue dan Spring berputar melihat Rick di belakang mereka dengan sepucuk pistol dalam tangan.

NightBlue segera tampil di hadapan Spring. Nampaknya dia kena berlawan dengan Rick lagi.

Rick agak terkejut berjumpa dengan assassin merbahaya ini dalam masa terdekat ini. Dia pasti yang luka dia tinggalkan di lengan NightBlue akan sembuh dalam lima ke enam hari. Nanti…

“Cam mana kau boleh tahu di mana kapal ni berada dan cam mana kau masuk tanpa bunyikan alarm kami?”

NightBlue tida bersuara. Hanya berdiri di hadapan Spring, dia memegang tangan eksperimen CR itu dengan erat supaya dia tak melepaskan diri.

Rick naik berang bila perempuan itu tak bersuara. Dia melihat Spring dalam tangan NightBlue. “Lepaskan dia kalau kau nak hidup.”

Namun NIghtBlue enggan. Genggaman di lengan Spring bertambah erat.

“A-Auch…. Sakitlah.” Kata Spring menahan sakit.

NightBlue terus berputar memandang Spring dan lepaskan genggamannya. Dia nak bersuara tapi terbatal bila dia dapat rasakan orang di belakangnya bergerak.

Spring terkejut melihat assassin itu berputar sepantas kilat menendang Rick di perut membuat ketua kapal itu terheret jauh hingga ke Sofa bulat.

“Rick!” Spring nak berlari mendekati Rick tapi di halang oleh NightBlue.

“Stay put.” Bisiknya memberi amaran keras.

Rick bangun sambil memegang perutnya yang sakit. Dia menarik sengih memandang NightBlue. “Kau boleh bercakap rupanya.”

“Aku tak pernah cakap aku ni bisu.” Balas lawannya. “I’m warning you. Aku akan tinggalkan kamu dengan aman kalau eksperimen Off-Spring ikut aku.”

Rick menggeleng. “Tak. langkah mayatku dulu.”

“T-Tak Rick! Kau tak tahu siapa kau lawan ni!” sahut Spring ketakutan.

“Aku tahu siapa dan aku juga tahu yang aku boleh kalahkan dia. Jangan risau Spring, aku selamatkan kau walau nyawaku terkorban sekalipun.”

NightBlue agak terkejut dengar ayat Rick. Begitu rupanya….

“As you wish…” katanya menahan marah yang amat. Tanpa amaran, dia terus menyerang Rick di perut.

“Ufffggh!”

Rick memeluk perut mengerang kesakitan dan NightBlue terus menyiku belakang Rick membuat dia jatuh berlutut di lantai.

Spring melihat NightBlue ingin menendang muka Rick, dia segera masuk campur dengan menarik lengan NightBlue. Hampir buat Assassin ini jatuh.

“Off-Spring!” dia menepis tangan Spring membuat buruannya jatuh di lantai.

“Spring!” Rick memaksa dirinya untuk bangun. “Jangan kau berani sentuh dia!!”

Mereka berdua mula berlawan, menyerang satu sama lain tanpa henti, tiada siapa ingin beri lawannya ruang untuk menyerang. Peluang untuk menang sangat tipis bagi mereka berdua.

Spring yang melihat pergaduhan mereka bertambah cemas. Muka mereka mula lebam-lebam dan darah mengalir dari muka masing-masing.

“R-Rick.. S-sudah la tu—ahh!” dia menutup mulutnya bila dia lihat NightBlue terlontar ke dinding kaca. “K-Korang sudah—Jangan!” namun mereka berdua tidak dengar rayuan Spring. Dua musuh ini tetap berlawan hingga salah satu dari mereka tumpas.

Rick memulas tangan NightBlue yang sebelumnya jadi penumbuk ke belakang NightBlue dan bawa dia ke mencium dinding. Rick ingat dia dah menang tapi NightBlue menyerang kepalanya ke muka Rick membuat ketua kapal ini melepaskan musuhnya dan mengambil langkah kebelakang.

NightBlue mengambil kesempatan ini dengan berputar 180 darjah untuk buat tendangan kuat di muka tapi Rick segera menangkap kaki NightBlue. Memulas kakinya pula membuat musuhnya jatuh bertiarap di lantai. NIghtBlue pula segera bertindak sebaik sahaja dia jatuh di lantai dengan kaki lagi satu menendang kepala Rick membuat lelaki itu jatuh di lantai. Dia Segera bangun dan mengeluarkan pistolnya mengacuhkan ke arah NightBlue.

Si assassin yang masih di lantai melihat Rick keluarkan pistol dan dia juga mengeluarkan kedua pistolnya dan acuhkan ke arah Rick.

Akhirnya mereka berhenti. Tercungap-cungap kehilangan nafas dari berlawan setengah mati mengalahkan lawan mereka.

Dari melihat kepenatan mereka berdua, NightBlue kelihatan lebih teruk, keringatnya membasahi satu badan dan nafasnya tak sekata. Dia kelihatan seperti cuba memaksa diri untuk bertahan.

“Give up?”

NightBlue menarik sengih disebalik topeng. “Not yet—Darn.” Dia dapat rasakan sesuatu yang tajam di belakangnya.

“letakkan pistol tu ke lantai dan bagi kepada Rick.” Manda beri amaran sambil menyucuk belakang NightBlue guna Dagger.

Assassin itu letakkan pistolnya secara perlahan di lantai dan melontarnya ke kaki Rick. Ketua Kapal itu mengambilnya dan letak di poket belakang.

Si Assassin mengangkat tangan dan bangun dengan perlahan. “Now what?” soalnya tahan marah.

Manda menarik sengih. “This.” Dia mengambil kedua tangan NightBlue memulas kebelakangnya dan hempas dia mencium dinding kaca. “You are in trouble little miss.”

NightBlue mengerang kesakitan kerana tangannya yang sakit. “Big Trouble.”

Rick segera mendekati Spring yang jatuh terduduk di lantai. “Kau okay ke? Dia ada buat apa-apa kat aku?”

Spring menggeleng lemah. “T-Tak.. aku tak apa-apa.”

Ben, dan yang lain akhirnya keluar dari bilik mereka dan melihat siapa tetamu tak di undang yang datang pagi-pagi buta seperti ini.

“NightBlue? macam mana dia boleh naik atas kapal ni??” soal Nuez berlari turun dari tangga dan mendekati Rick.

“Entah, kita akan tahu tak lama lagi.” Dia menolong Spring untuk bangun dan duduk di sofa bulat.

Pole pula mendekati Manda dengan tali dalam tangan untuk mengikat NightBlue. setelah itu, NightBlue di paksa duduk di kerusi yang berdepan dengan sofa bulat di mana enam penghuni kapal itu duduk. Spring berada di tengah-tengah di sebelah Manda dan Ben. Dia hanya tunduk ke bawah takut memandang renungan tajam NightBlue.

“Siapa upah kau untuk tangkap Spring?” Soal Rick yang duduk paling hujung sofa tersebut. Dekat dengan NightBlue supaya senang tangkap perempuan ni kalau dia cuba melarikan diri.

NightBlue hanya diamkan diri. Renungannya tetap di tumpukan pada Spring. Mata tu sepertinya nak makan Spring hidup-hidup.

“Jawab!!” marah Rick bila si banduan tak bersuara.

“Rick, bukan NightBlue ni Bisu ke?”

“Aku tak bisu.” NIghtBlue segera menjawab soalan Nuez. INi buat semua orang terkejut kecuali Spring dan Rick.

“Jadi jawab soalan aku, Organisasi Clow Reign ke yang hantar kau ke sini?”

Si assassin itu menarik sengih di sebalik topengnya. “Organisasi Clow Reign? Biar aku teka, misi korang nak selamatkan semua mangsa dalam organisasi tu? Why?”

Ben rasa sakit hati dengan keangkuhan perempuan ni. Berani dia soal mereka? “What’s it to you?”

“To me?” Soal NightBlue dan ketawa mengejek. “Everything. Aku salah satu eksperimen mereka yang terlepas.” Melihat mata mereka terbeliak bulat hampir terkeluar dari kepala hotak mereka, NightBlue bersuara. “Tak percaya tanya eksperimen O-S.”

Semua mata beralih ke Spring minta penjelasan dari budak tundukkan diri ini. Spring memandang mata mereka satu persatu dan mengangguk. “Y-ya… kami satu bilik semasa di dalam bilik kurungan.”

Mereka saling memandang antara dua wanita ini. Dari Spring ke NightBlue, balik ke Spring dan kembali ke NightBlue. You got to be kidding me!!!!

“Jadi apa tujuan kau ambil Spring dari sini?” Pole terus bersuara setelah semua itu di proses dalam kepalanya.

“Aku di upah untuk menangkap kamu tanpa sebab dan bila aku tahu Spring jadi punca buruan kamu, aku teruskan misiku bukan sebab nak bawa kamu semua ke Organisasi CR tapi untuk ambil Spring pergi dari kamu.”

Spring mendongak terkejut. “T-Tapi kau kata—”

“Diam O-S.” arah NightBlue membuatkan Spring segera terdiam. “Kita akan keluar dari tempat ni dan urus masalah kita sendiri. Aku tak pernah suruh kau minta bantuan dari mereka ni.” NightBlue lontarkan renungan maut ke Rick.

“Hey-Hey. Kau pandang rendah kat kami ke?” Manda dekatkan mukanya dengan NightBlue. “Setengah dari hidup kami menolong mereka yang minta tolong dan kami akan tolong Spring apa jua kuasa kami boleh buat.”

“Itu yang aku takutkan.” Kata NightBlue jujur. “O-S..”

“Spring. Nama aku Spring.” Spring betulkan ayat NightBlue. O-S bukanlah namanya tapi gelaran oleh saintis di dalam organisasi itu. Dia tak nak di panggilan tu sebab ia buat dia fikir tentang seksaan yang dia terima dulu.

NightBlue agak terkejut. “Suit yourselves. Jawab persoalan aku dengan jujur; Kau nak tinggal di sini?”

Spring sentiasa takut melihat mata NightBlue. itu renungan yang paling menakutkan pernah dia lihat dari kawannya. Spring mengangguk kecil. “Y-ya.”

“Fine.” NightBlue membuka sampul ikatan di tangannya dengan mudah dan berdiri. “Pulangkan pistol aku.” katanya pada Rick.

“Untuk apa? Bunuh Spring sebab tak dengar cakap kau?”

Tak, bunuh kau desis hatinya marah. Tapi dia hanya diamkan diri, kalau dia tak nak beri, tak usah. Dia tak perlukan sangat pistol tu.

NightBlue berputar membelakangkan mereka dan bergerak ke pintu keluar Second Base. “Jaga Spring untuk aku.”

Mereka semua terngangah. Dia pergi begitu je? jadi masalah mereka dah selesai lah kan?

“Tunggu!”

NightBlue berputar memandang Spring. “Apa?”

“Kau patut tinggal di sini.”

“Apa?!” sekali lagi Apa??? Bukan sahaja orang kapal bersuara malah NightBlue.

“M—NightBlue, kau yang rancang nak bebaskan mereka semua, kenapa kau tak join in sekali?” cadangnya dengan nada merayu.

NightBlue menjungkit kening dengar Spring panggil dia dengan nama panggilan yang orang lain beri padanya dari panggilan code eksperimen. Mata NightBlue melihat Rick seketika sebelum kembali pada Spring.

Dia harap Spring boleh lihat dia tersenyum nipis di sebalik topeng gasnya. “Maaf, aku tak nak ambil risiko.”

“Please,” sekarang Spring tunjukkan muka rayuannya. “Kau sahaja yang aku ada sekarang ni, kalau kau pergi aku tak tahu nak buat apa. Please, untuk sekali ni, join in bersama kami untuk selamatkan yang lain. Bukan untuk aku tapi untuk mereka. Tolonglah, NightBlue.”


NightBlue rasa nak cair nampak mata Spring yang bulat sedang merayu dengannya. Dia kena belajar cara nak kata tidak dengan mata tu. Dia mengeluh. “Baiklah. Tapi dengan syarat.”

No comments:

Post a Comment