Racing Heart: 12# Race
Dah hampir dua minggu setelah perlumbaan
Cherry dan Yui Lan. Dengan itu, popularity si mistery Cherry semakin naik dari
sebelumnya. Hal ini kerana, Identiti yang di rahsiakan dan misteri itu
merupakan satu puzzle bagi mereka nak selesaikan di daerah Shinto. Cherry, the
number one female racer Shinto adalah pelumba yang sangat di kehendaki oleh
pelumba lain! Tambahan pula, identity Cherry telah menarik perhatian the one
and only Emperor’s King – Shou Lan.
Jadi kawan dari dengan orang –orang Emperor
ada kelebihannya sebab mereka dapat tahu cam mana si Cherry ini beraksi dan Yui
rancak bercerita tentang perempuan cherry itu. Dia dah kata yang Shou berminat
dengan Cherry. Taklah secara romantic. Tapi, itu tak buat hati sakura tenang
sebab dia dan Shou boleh di katakana rapat. Ini buat dia lebih susah untuk
sembunyikan ‘watak Cherry’ nya dari Shou. Dia mungkin akan rasa musykil kat
sakura bila dia cakap pasal kereta.
Kenapa dia tak jadi Sakura je dan tak payah
guna nama Cherry? Ini sebab dia tak suka jadi perhatian pda orang ramai. Semasa
first time dia lawan racing di jepun dan menang membuat orang kata adik Yamato
seorang yang genius, dia tak suka di pandang agung oleh orang lain. Tak selesa
langsung.
Ke dua; dia lebih suka berdiri di belakang
dan tak di harap tinggi oleh orang sekeliling. Dia tak suka kecewakan orang lain
kalau dia kalah atau lakukan kesilapan sebab dia tahu yang dia tu selalu buat
silap.
Ketiga; abangnya. Yamato tak nak adiknya
menjadi perempuan gedik yang bangga dengan kedudukan mereka tentang racing car
dan bangga dengan nama mereka. Ini untuk kebaikan Sakura juga tapi Yamato tak
halang adiknya buat apa yang dia nak.
Tapi rancangan Sakura dah makan dirinya
sendiri. Si Cherry pula yang jadi popular tahap dewa. Apa riaksi mereka kalau
mereka tahu yang di clumsy Sakura adalah si Almighty Geniius Cherry? Adakah mereka akan terima Sakura seadanya
atau benci dia kerana menipu?
“Hello? Yumi ke Sakura… boleh dapat
rangkaian ke?” Yumi melambai tangannya di muka Sakura dan malangnya tiada
respon. “Dia tiada di sini.” Katanya risau.
“Apa
yang buat dia menghayal cam ni?” Soal Jue pula cuba kembalikan Sakura yang
mengelamun jauh dengan menggoncang badannya dengan lembut. “Sakura… come back.”
“Mungkin pasal lelaki berambut coklat
tak?” mereka berlima tertawa kecil.
Yui berdiri dan menjungkit kaki ke belakang
sakura. Dia suruh rakannya diam dan cuit pinggang Sakura.
“Ahhh!” Sakura terus berdiri dari kerusinya
membuat yang lain ketawa pecah perut. “Yui!” jeritnya malu sambil melontarkan
renungan mautnya kearah Yui yang duduk semula.
“Kau tak ambil perhatian sakura, so, kami
kena kembalikan kau ke sini dari mana saja kau pergi.”
Sakura mengerdip mata beberapa kali dan
blush. “oh, sorry.”
“Tak pa. So…. Apa atau Siapa yang kau tengah fikirkan sampai tak ingat dunia hah?” REn
menyiku perut Sakura sambil menjungkit kening 3 kali.
“Adakkah Raja dari kerajaan Emperor?”
Katanya dengan nada mengusik
Tomoko menahan ketawanya. “Yang bernama….”
“Shou Lan?”Yui menyambung ayat Tomoko
membuat yang lain tersenyum lebar kearah perempuan yang muka merah tahap gaban.
“Itu… a-aku… anyways,” Sakure segera tukar
topic. “Cam mana kau dengan Shinn, Tomoko? Kau belum cerita lagi tentang Date korang.”
“Oh…. Yaaa…” semua mata tumpah ke Tomoko
pula membuat perempuan itu blushing.
“Well, hanya date biasa je. Nothing
special.”
“Huraikan ‘date Biasa’ kau tu.” kata sakura
fire balik usikan yang pernah Tomoko kenakan kearahnya. Hwahwa.
“Umm…” Jari Tomoko bermain di permukaan
meja, rasa malu. “Dia bawa aku nonton movie, lepas tu makan di taman. Kami
bercerita untuk beberapa jam dan lepas tu kami dinner bersama. Pastu bawa aku
balik.”
“Itu je?” Soal Yui tidak puas hati. Dia
tahu ada part yang missing tentang Shinn. “Tiada Kiss?”
Tomoko terus naik merah. Mereka boleh
Nampak kepalanya meletup akibat suhu badan yang panah bak lava nak keluar dari
gunung berapi. “Err… ada… tapi!” dia menyambung sebelum kawannya beri respon. “hanya goodnight kiss. That’s all.”
Ren mengangguk dengan senyuman nakal. “Dia
ada cakap bila date korang seterusnya? Eh bukan-bukan. Dia ada Tanya ke nak
ambil kau jadi Girlfriend dia?”
“Aku… ermm…..” Tomoko mengangguk tidak
tahan rasa malu tahap gabannya.
“Awwwwww……..” kata mereka berlima.
“Ah ha! Aku dah agak dah! Tahniah Tomoko
kerana tak lama lagi kau akan jadi Tomoko Long!” katanya sambil berjabat tangan
dengan Tomoko yang tambah merah dari sebelumnya. Yang lain juga mengucapkan
tahniah kepada Tomoko dengan nada mengusik mereka.
“Shinn memang cepat bertindak kalau pasal
ni, tak macam sepupu aku yang lagi satu tu. cam siput sedut, tak ambil langkah
walau satupun.” Katanya memandang kearah Sakura dengan kecewa.
“Apa?” Soalnya blur tidak dapat tangkap apa
yang Yui cuba katakan.
“Nothing.” Dia menggeleng kepalanya membuat
yang lain ketawa kecil.
Sejam kemudia, mereka kembali dengan cerita
utama iaitu tentang Cherry. Sakura terus berdengus dan jatuhkan kepalanya di
atas meja malas nak dengar dirinya di puji… lagi. Bukan dia tapi Cherry.
“Betul ni. Shou memang nak tahu siapa
Cherry. Dia kata ‘budak Cherry tu memang menarik’. Korang tahu kan betapa
peliknya Shou akhirnya berminat dengan racer perempuan? Jarang benda ni
berlaku!” katanya dan segera menambah lagi. “But jangan risau lah Sakura, dia
bukannya berminat dengan Cherry kearah Itu.”
“Itu bermaksud dia nak berlumba dengan dia
ke?” Sakura terus berdiri tegak memandang kearah Yui dengan penuh harapan.
“aku tahu tahu juga. Tapi aku rasa mungkin.
Maksud aku dia perempuan pertama- kau faham maksud aku kan?- Shou ambil minat.”
“Kenapa tak?” Soal Sakura sedikit kecewa.
“maksud aku, kau sendiri cakap dia bagus kan? Kenapa Shou tak berminat nak race
dengan dia? Kalau aku…. Aku nak.”
Yui mengangguk setuju. “Cherry bagus tapi
Shou lagi hebat.” Sakura menggigit bibirnya cuba untuk tidak membalas. Darah
Yamato yang pantang di bandingkan mengalir dalam badannnya. Dia tak boleh
meletup…. Sabar Sakura, sabar
“Aku taklah puji Shou tapi itu
kebenarannya. Cherry mungkin dan kalahkan aku tapi jarak driving skill aku
dengan Shou jauh bezanya..walaupun mesti best kalau dorang race tapi secara
personal, aku tak fikir dia boleh menang lawan Shou.”
“Jadi, kenapa tak beritahu dia yang dia
cabar Cherry dalam race dan Nampak jika dia boleh menang atau tak?” katanya
sedikit marah seperti satu arahan. Jangan nak kritik orang kalau kau sendiri
tak tahu tentang dia!
“Wow babe, chill.” Kata Yui tak tahu kenapa
Sakura tetiba naik angina. “Itu memang Idea yang bagus tapi cam mana nak
contact dengan dia?”
Marah sakura terus jatuh. “Apa kata
tinggalkan nota?” katanya. Sakura, kau korek kubur kau sediri…. “Mungkin dia
akan reply.” Berhenti sakura, berhenti bercakap!
“Dan di mana kau fikir kita nak tinggalkan
nota tu? Aku tak tahu satu pun pasal dia jadi susah sikit.” Sambung Yui.
“How about here?” katanya dengan cepat
membuat kawannya terkejut dan sakura cepat-cepat cover. “m-maksud aku, Clow
cafekan popular dan mana tahu dia akan muncul… kan?” please jangan curiga… please
jangan curiga… please jangan curiga… desis hatinya risau.
“hmmm, betul juga tu. nanti aku Tanya Shou
cam mana.” Kata Yui dengan senyuman teruja.
Sakura mengangguk dan mengeluh secara diam
kerana kawannya tak syak apa-apa tentang perangainya. Sakura Hinomori, kau kena
kawal tabiat kau tu, kenapa kau kutip perangai buruk abang kau tu hah?
>X<
“No.”
“Tapi… Tapi kenapa? Bagus apa Idea tu!”
kata Yui memeluk tubuh dan rebahkan dirinya di sofa yang tersedia dalam bilik
Shou.
“Sebab aku tak berminat.” Jawab Shou
slamber dan duduk bertentangan dengan sepupunya.
“Tapi kau sendiri cakap yang ‘budak Cherry
tu memang menarik’. Bukannya itu ada maksud ke?”
Shou mengeluh. “Walaupun, itu tak bermaksud
aku nak race dengan dia. Ya, dia memang menarik tapi hanya kerana dia misteri.
Fikir yang dia muncul entah dari mana dan menjadi pelumba nombor satu. Tak kau
rasa itu menarik dan nak tahu siapa dia dan dari mana dia datang?”
Yui mencebik. “Ya… tapi..”
“Okay, aku mengaku skill dia bagus tapi itu
je yang aku boleh katakan.”
“Kau tak patut pandang rendah terhadapnya
Shou. Plus, Dia Dah kalahkan aku.
Kau dan Shinn yang ajar aku teknik memandu. Anyway, kau hanya Nampak dia
berlumba sekali dan itu dengan aku, kau tak patut kritik dia.” Kata Yui berada
di pihak Cherry pula.
“betul.” Shou berdengus. “Tapi itu tak
bermaksud aku nak race dengan dia.”
Yui mengeluh mengalah. “Okay-okay. Aku
faham. Tentu Sakura kecewa nanti.”
Shou terus memandang kearah Yui dengan
kening terjungkit. “Sakura kecewa? Kenapa?”
Yui mengangkat bahu. “Tak tahu juga kenapa
tapi dia Nampak excited bila aku cakap kau nak ambil tahu pasal Cherry.”
“Pelik. Dia tak Nampak cam perempuan yang
suka racing. Dia Nampak terlalu lurus untuk racing.”
“Ah tapi jangan hanya pandang pada luarnya
my cousin. Sebab, aku rasa Sakura expert dengan kereta.” Shou memandang kearah
Yui tidak percaya. “Betul ni, dia tahu beberapa perkara tentang kereta. Aku
sendiri terkejut sebab aku sendiri tak tahu pasal inner cars and engines dan
aku racer.”
“Interesting…” katanya sambil mengusap
dagunya.
Suasana bilik tidur itu senyap seketika.
Mereka berdua sedang memikir tentang Sakura dan Cherry. “Hey Shou…” Yui
bersuara. “Kalau okay? Kalaulah Sakura tu racer,
apa kau akan buat?”
“Aku…. Tak tahu..”
Mereka senyap semula dan mula berfikir
tentang pembicaraan mereka sebelumnya.
Mustahil ke kalau Sakura tu sememangnya
sorang pelumba? Pengetahuannya tentang kereta memang hebat walaupun abangnya
yang ajar dia tentang kereta. Tapi, kalau sakura tak berminat dengan kereta,
dia dah tentu tak tahu banyak cam aku. Pemahamannya tentang kereta membuat Shou
dan Shinn terkejut. bayangkan kalau Sakura ialah Racer dalam penyamaran…. Yui
menggeleng menolak theorynya. Dia kena berhenti berimaginasi yang bukan-bukan.
“Aku harap aku tak mengganggu.” Satu suara
memecahkan suasana sunyi itu dari pintu bilik.
“tak, kami Cuma berfikir.” Kata Yui.
“Really? Wow, aku tak sangka kau boleh
berfikir.” Katanya mengusik.
Yui terus melontar cushion tapi di tangkap
oleh target. “Shut up Shinn. Pandangan kau tak di alu-alukan.”
Shinn tertawa dan duduk di sebelah Shou.
“Kenapa dengan lappy tu?”
“Sini-sini.” Shinn menepuk tempat duduk di
sebelahnya membuat yui memutarkan bola matanya.
“AKu bukan anjing kau boleh suruh-suruh.”
“Ye ke? Selama ni aku fikir cam tu lah.”
Yui memukul bahu Shinn, kuat. “Sengal
lu.”
“God woman, that’s hurt!” sahutnya sambil
mengusap bahunya yang berdenyut.
“bagus. Aku nak ia sakit. Nak lagi?” Yui
dah sedia mengangkat tangan atas kepala.
Shou pula menggeleng. Budak-budak zaman
sekarang… “So, apa kau nak beritahu kat kami?”
“Oh ya.” Dia membuat laptopnya. “Aku tengah
surfing enternet untuk Nampak beberapa perkara---”
“seperti, chatting dengan perempuan. Aku
patut beritahu Tomok pasal ni.” Sampuk Yui.
“—Daaan… aku check web Shinto’s Racing.”
Katanya mengendahkan usikan Yui. “nampaknya hari di nanti-nantikan dah nak
tiba.
Shou dan Yui memandang Shinn dengan muka
blur.
“Aku takda mood nak main teka-teki lah
Shinn.” Kata Shou.
“Kau tak pernah ada mood dalam apa-apa
perkara pun!” katanya mencebik.
Yui tertawa kecil. “Lain je bunyinya tu.
Ada sesuatu ke yang aku patut tahu?” katanya menjungkit kening double jerk.
Dua lelaki itu memandang satu sama lain dan
segera jauhkan jarak antara mereka berdua.
Sejauh yang mungkin.
“oh God Yui! Apa yang kau fikirkan dalam
kepala hotak kau tu?”
“Sebenarnya.. dia tak berfikir.” Shou
senyuman kecil. “Biar aku buat kau faham. Aku. Suka. Lelaki.” Shinn hanya
mengangguk laju.
“Wow… aku belajar benda baru ni hari,”
katanya dengan senyuman nakal.
“Yui Lan, kau jangan fikir yang bukan-bukan
pula.” Shou memberi amaran.
“Okay… itu memang pelik. Mesti di lupakan.
Delete dari mindaku. Delete. DELETE!” kata Shinn sambil memegang kepalanya.
“Argh… nasty image. Nasty!” Shinn menggeleng keras. “So, seperti aku katakana
tadi, pasal web Shinto’s Racing”
“Kenapa?” Soal YUi menelan sisa tawanya
yang tinggal. Usik sepupunya memang best! Tak boleh lupa pasal kejadian ni
sebab kena ceritakan kat mereka tentang pembicaraan seronok mereka ni.
“Pertandingan tahunan lumba kereta kawasan
Shinto. Ia akan diadahkan kurang dari sebulan.”
“OMG! IA DAH TIBA! IA DAH TIBA!” Yui tepuk
tangan dengan gembira.
“Cam selalu ke?” Soal Shou pula lebih cool
dari Yui.
“Tak, tahun ni aku rasa mereka buat
inter-region relationship or something like that lah. Tuen mun pun join sekali
dalam acara tahunan ni.”
“Apa?”
Shou melihat kearah skrin Laptop itu.
“Bermaksud kita ada lebih banyak pesaing dari sebelumnya.”
“Yup. Cam tulah.” Angguk Shinn.
“Kita tak tahu pasal dorang kan? Aku dengar
ada beberapa orang ada skill yang hebat. Betul ke Shou?”
“malangnya ya.” Kata Shou. “AKu pernah
nampak antara mereka berlumba bila kau lawat kat Tuen Mun. mereka hebat… sangat
hebat.”
“Well, berita baiknya ialah, Shinto 500 dan
Tuen Mun hanya 100 peserta yang boleh. So, kita ada chan nak menang. Nampaknya
orang dalam Shinto masih lagi waras tak nak Shinto’ cup jatuh kedalam tangan
orang Tuen Mun.”
“Berapa orang satu team?” Soal Shou.
“10, dan yang lain boleh solo.”
“Boleh tahan.”
Shou mengangguk setuju. “Kita perlu adahkan
meeting. Shinn, beritahu pada yang lain.”
“aye-aye sir!”
Dengan itu Yui berdiri dan nak bergerak
pergi. “Kau nak ke mana pula tu?” Soal
Shou.
“nak call Tomoko dan beritahu pasal ni. Aku
tak rasa mereka tahu pasal ni.”
“Kalau cam tu tolong sampaikan salam
sayangku kat Tomoko my dear sweet cousin?” Shinn merayu dengan puppy facenya.
“Nampaklah kalau aku ingat.” Dan dia keluar
dari bilik tersebut sambil kepalanya berfikir kenapa Tomoko suka kat Shinn yang
gila tu?
>X<
Ianya 20 minit selepas bertelefon dan Yui
dah ada di dalam bilik Tomoko sedang
minum coca-colanya. Ren pula duduk di sebelah kiri dan Tomoko sebelah
kanan Yui. Sakura di sebelah Tomoko dan Jue sebelahnya. Yumi baru je keluar
dari bilik air dan duduk di tempat kosong tengah Jue dan Ren. 6 budak perempuan
ini duduk membulat dengan makanan dan minuman di tengah-tengah.
“So, acara Shinto’s Racing dah tiba.”
Tomoko mulakan pembicaraan.
“yup.” Sahut Yui. “Tapi aku tak seberapa
tahu tentang acara ni. Selepas bercakap dengan dorang aku terus call korang dan
aku disini.”
“Cam tu. Tomo, pinjam Lappy kau kejap.”
Tomoko mengangguk dan mencapai Laptopnya di atas meja dan berikan kepada Ren.
“Acara lumba apa?” Soal Sakura yang tak
tahu apa-apa.
“Setiap tahun, Daerah Shinto ada acara
lumba kereta di mana semua pelumba, samada ber’team atau solo, boleh join dan pemenang akan mendapat Trophy dan hadiah.
Malangnya, tahun lalu prize untuk pemenang taklah gramour sangat sebab masalah
kewangan.”
“Cam seronok je bunyinya.” Kata Sakura nak
tahu lebih lanjut.
Tomoko yang makan biskut dan mengangguk.
“memang pun. Ini salah satu acara lumba kereta yang paaaling aku suka. Ia lebih
baik dari perlumbaan biasa.”
“Ni dia!” sahut Ren yang surfing internet.
“ia cakap disini peserta dari Shinto boleh masuk seramai 500 orang manakala
Tuen Mun 100 orang je.”
“Ye ke? Berita baru ni.” Sahut yumi cuba
melihat web tersebut.
“Ya, ini kali pertama Shinto Racing nak
buat event dengan Tuen Mun.” Jue setuju.
“Hmmm… kata Shinn dorang nak promot
inter-region konon.”
Sakura memandang mereka semua. “Tentu best
kan?”
“mungkin juga.” Tomoko mengangguk setuju.
“Tapi itu bermaksud lebih banyak pesaing dan Tuen Mun ada banyak pelumba
hebat.”
“Yup-yup-yup!” Jue mengangguk.
“Tapi itu yang buat acara ni lebih seronok!
Maksud aku, korang kena buat yang terbaik untuk menangkan?” Katanya dengan
teruja membuat yang lain memandangnya dengan penuh rasa kagum dan terkejut.
“Kan?” aduh dia buat lagi! Sakura segera mengambil jus orennya dan minum
hilangkan rasa takut.
Yui menggeleng tidak percaya dengan Sakura
dengan senyuman. “Kau buat aku kagum dengan apa yang kau cakap Sakura. Bunyinya
cam kau ni pun berlumba.”
Sakura tersedak mendengar Yui cakap dia
berlumba. “Kau okay ke?”
Sakura mengangguk. “Y-ya, jus orenku masuk
ke tube yang salah. Jangan risau.” Katanya mengelap keringat yang nak jatuh.
Menakutkan betul!
“So as I was saying.” Ren sambung. “Setiap
team bila register sampai ke 10 orang, manakalah yang lain boleh buat solo. Dan
100 penyertaan untuk Tuen mun. Fair enough.”
“bila hari pendaftaran tu? Tomo, kita perlu
ada meeting.” Sahut Yumi semakin serius dan bersemangat.
“Yup. Kita perlu.” Tomoko mengangguk.
“Register seminggu dari sekaang.” Kata Ren
melihat di screen laptop itu. “hmm.. peraturannya ialah… ada pusingan pertama
ialah pusingan penyingkiran dengan acara Time Race, dalam masa seminggu cam
tulah, hanya tinggal 100 peserta di Shinto, manakalah Tuen Mun hanya di ambil
separuh. Pusingan ke dua pula 150 peserta dari dua daerah akan di gabungkan
untuk Tag Race. Pusingan seterusnya, Qualification roung again dengan final 50.
Then, final round ialah drag Race untuk 10 peserta terakhir dan ini akan
tentukan pemenang Shinto Racing tahun ni.”
“mak oi! 600 ke 100? Dan 150 ke 50? 50 ke
10?? Kena berusaha lebih ni kalau tak nak kalah!” rungut Jue tak menyangka
acara tahun ni lebih susah.
Mereka yang lain mengangguk setuju. “Yup….
Mengerikan.”
“So, berapa lama acara ni diadahkan?” Soal
Sakura nak tahu lebih lanjut.
“selalunya ambil masa sehari atau dua,
bergantung pada cuaca dan kekadang tak juga. Itu untuk yang layak jelah. Bukan
semua peserta nak masuk tempoh penyingkiran. Tiada yang menyeronokkan kalau
berlawan dengan orang yang sememangnya lemah.” Hujar Yui.
“Ah cam tu… cam mana pula prosesnya?”
“Simple.” Kata Tomoko. “setelah kau
mendaftar. Kau di beri nombor dan nombor tu ialah ID kau untuk acara tu nanti.
Kalau peratuan tak di ubah cam tahun lalu, dalam hari perlumbaan tu, sebelum
mula kau akan di bagi nombor ID dan sticker nombor untuk di lekatkan pada
kereta.”
“Nama peserta akan di tulis dalam laman web
ni. Kepada siapa yang kalah, nama mereka akan di pangkah atau di potong dalam
ni. Aku rasa cam tulah caranya kita berlawan. Secara rawak.” Ren pula sambung
penerangan Tomoko.
“Wow… jadi apa rewardnya?” Sakura semakin
teruja dari sebelumnya.
“Soalan yang bijak! Ren, apa hadiahnya?”
mereka tertawa melihat Yumi yang mata duitan.
“Let see… Prize… prize… ah ni dia! Pemenang
aka mendapat trophy, sejambak bunga of course.”
Jue memutarkan bola matanya. “Cliché
sangat.”
Mereka ketawa dan Ren menyambung. “oh, ada
duit. 1000USD? Wow… dan nama korang akan di papar pada pertandingan tahun
depan. A.K.A wajib masuk.” Ren membacanya lagi dan tersenyum. “Ada mysterious
prize lah korang… apa agaknya ye? Apapun, tempat ke dua dan ke tiga akan dapat
sejambak bunga kecil, 500USD dan 300USD. Seperti biasa.”
“Woah… aku nak duit tu. macam-macam boleh
beli kalau aku dapat 1000.” Kata Yumi emmbuat yang lain mengangguk setuju. Hey,
perempuan ada duit dalam tangan, apa korang akan buat?
>X<
Sekitar jam 11 malam Sakura kembali ke
rumahnya. Naik ke biliknya untuk tukar baju ke PJ nya. Selepas menyikat rambut,
dia rebahkan badannya di atas tilam empuk. Dia cuba fikirkan semua informasi
tentang Shinto’ Racing itu di rumah Tomoko.
Of Course lah dia akan Join acara tu. Ada
bonusnya ialah dia MUNGKIN akan berlumba menentang Shou! Kalau tuah
menyebelahinya lah. Dan selain itu, dia akan berjumpa dengan Lei lagi. Dia
pasti 100% yang Lei akan join acara tu sebab Tuen Mun tempat tinggal Lei. Ya,
dia dah tahu nama tempat tu dengan betul. Lei tentu akan berusaha untuk sampai
ke final kan? Dengan senyuman terpapar di wajahnya, dia akhirnya di bawah arus
mimpi ke dunia yang penuh ceria.
Dan untuk beberapa minggu ni, dia akan jadi
Sangat Buzy!
Comments
Post a Comment