Racing Heart: 21# Race

“Okay racers, start your engine!” jerit Leo dengan microphone di telinga sambil memegang Bendera Hijau yang besar. Penonton bersorak mendengar engine kereta meraung dengan kuat.

Leo mengira ikut lampu merah di hadapan pelumba. “5…4…3…2…1… GO!!!” sebaik sahaja 5 lampu merah itu bertukar warna ke hijau dan bendera hijau di kibarkan, mereka menekan pedal minyak mereka dan memecut laju meninggalkan garisan permulaan.

Sakura berada di hadapan tapi Shou hanya lebih kurang 5 meter jauh di belakangnya.

Sakura dah halaf, khattam peta perlumbaan mereka. Dia dapati terdapat 5 selekoh tajam, beberapa lengkungan jaan dan tak banyak jalan lurus. Sekarang dia di atas salah satu jalan lurus itu, dia menekan pedal minyak mengambil kesempatan sebanyak yang mungkin. Dia mengurangkan tekanan pada pedal minyak apabila dia bersedia untuk buat pusingan tajam yang ertama. Dia menekan pedal clutch dengan kuat dan shift ke gear lima. Sebaik sahaka dia masuk pusingan, dia lepaskan pedal clutch untuk lengkatkan shift dan putarkan tayar ke maximum untuk keluar dari putaran tajam itu. Sebaik sahaja dia keluar, dia terus memecut dan betulkan steeringnya di jalan lurus itu.

Beberapa meter lagi, Sakura melakukan perkara yang sama dengan satu lagi pusingan Tajam. Setelah dia Berjaya melakukan putaran itu, dia memandang kearah cermin sisi untuk melihat Shou. Dia tak terkejut apa yang dia nampak; Shou masih lagi di dekat di belakangnya.

Shou kagum. Sakura masih boleh kekalkan dirinya di hadapannya dan Shou pula mengalami masalah untuk mencari jalan untuk memotong dia. Kalau dia berlawan dengan orang lain, dah tentu Shou berada di depan sekarang ni tanpa ada masalah. Shou menggeleng tidak percaya. Sakura memang sesuatu.

Sejak kali pertama Shou jumpa Sakura, dia memang lain dari perempuan lain. Dia tak puji Shou seperti dia tu seorang dewa atau pengsan kalau nampak dia. Shou tersenyum. Malah, ia di sebaliknya. Sakura merenung tajam dan menjerit kearahnya setiap kali mereka berumpa. Mungkin dia punca sakura cam tu tapi hey! Shou sukakan cam tu. Ia buat dia rasa normal. Mungkin itu perkara utama kenapa Shou tertarik dengan Sakura, dengan sikapnya yang jujur, ikhlas dan modest. Dia seorang perempuan yang Shou nak kan. Dia ialah…. Shou menggeleng kepalanya. Sekarang bukan itu yang patut dia fikir. Dia ada perlumbaan untuk menang!

Shou cuba ingat jalan perlumbaan mereka di mindanya. Dia hanya ada tiga peluang untuk kalahkan Sakura. Dan dia masih mencari kesempatan dan juga cara yang ada di kepalanya memang berisiko tinggi. Tapi dia takda pilihan; ia satu-satunya cara untuk dia menang perlumbaan tu. Dia memerhatikan kereta Sakura dan jalan yang dia lalui dengan penuh berhati-hati. Dia kena cari ruang terbuka, sedikit pun jadi lah!

Dia memerhati tanpa berkelip dan kereta sakura mula masuk putaran. Shou terus menarik sengih. Dia dah jumpa, peluang pertamanya.

Dia menarik nafas dalam , Steadying his racing heart. Teknik yang dia guna akan di keluarkan, jika ia tak di buat dengan betul, Bencana jawabnya! Tapi dia tahu dia boleh buat. Shou kekalkan kakinya di Pedal minyak sementara menekan pedal clutch. Pada masa yang sama, dia naikkan gear. Sebaik sahaja dia naikkan gear, dia re-engaged pedal Clutch. Dia boleh rasakan satu bonggolan dalam pemecutan tapi itu cukup untuk planya menjadi. Selepas itu dia menekan pedal break setengah, Pedal Clutch terus ke lantai dan shift ke gear seterusnya. Dan lepaskan pedal clutch untuk lengkapkan Shift sebelum steering keretanya keluar dari putaran itu. Kereta hitamnya berputar tepat di sebelah Kereta Pink Sakura tapi mulut keretanya di depan. Sebaik sahaja dia keluar putaran, dia memecut dan betulkan steeringnya. Sekarang dia berada di depan.

Sakura ternganga bila dia lihat  kereta Shou meluncur di sebelahnya dan memotong kereta nya dari lorong dalam. Mustahil! Dia pasti dia tak bagi ruang untuk Shou! Dia tentu dah buat sesuatu… tapi apa? Magic? Pffft! Ye lah tu, ada ke magic di abad 21 ni… kan? Arrggghh!!

Sakura mula memikirkan dan gabungkan semua cara dan teknik yang Shou mungkin buat tapi… tiada satu pun yang padan!!! Apa Shou dah buat?!! Sakura mengomel sendiri rasa kecewa. Dia tak suka bila dia tak tahu sesuatu.

Dia menekan pedal minyak dan break, memutar steering kereta semasa dia drift di selekoh jalan. Tinggal satu lagi selekoh tajam. Jika dia tak jumpa cara untuk kalahkan Shou, dia… KALAH! Sakura menekan pedak minyak mengatahui jalan yang mereka lalui adalah lurus sehingga capai ke selekoh seterusnya.

Sakura cuba memikirkan cam mana dia nak putarkan roda meletakkan dia kembali ke atas dan Shou di bawah. Dia memikirkan apa nak buat di sekeloh tajam nanti dan mindanya kembali pada Shou. Dia tahu yang Shou sekarang marah padanya tentang penipuan tu. Dia hanya boleh berharap Shou berikan dia satu peluang untuk memberi penjelasan dan munkin, dia akan maafkan dia. Bunyi geseran tayar membawa dia kembali ke dunia yang nyata. Matanya terbeliak bulat.

What on Earth??!!! DAMN!!

Dia cepat-cepat putar steeringnya ke lorong kanan, hampir; HAMPIR! Terhempap di dinding dalam proses menukar lorong.

Kejap, bukannya lorong ni tiada ke? Eh? Takkan lorong ni muncul dari langit pula? Sakura terus memukul dahinya apabila teringat penerangan Leo. Ini lorong yang di tutup yang Leo cakapkan tadi tu. Aku harap tu je jalannya.

Dia berterima kasih kepada Shou sebab beri dia amaran dengan bunyi geseran tayarnya yang bising tu, dia pasti kalau bukan di sebabkan tindakan Shou tadi, dah tentu dia dan keretanya masuk muzium Shinto atau Tokyo. Ataupun, kedua-duanya. Dia terfikir setengah dari badannya di bawah ke jepun dan sebelahnya lagi di Shinto. Remang bulu romanya satu badan.

Namun hatinya masih lagi berdegup laju  dan tangannya menggeletar giler! Ini kali pertama dia rasa takut dalam satu perlumbaan. Perlumbaan Firstnya tak pernah sebegini takut! Abangnya yang takut time dia first time berlumba. Kalau Abangnya tahu tentang ni, tentu berdarah telinga Sakura dengar abangnya berceramah panjang lebar atau lebih teruk… *gulp* berhenti berlumba. Sakura menggeleng, Dia takkan beritahu kat abangnya pasal ni, takkan walaupun nyawanya jadi taruhan. Apa? Dia takkan risau kalau dia tak tahu kan?

Keluar dari mindanya yang merapu, dia kembali focus pada situasinya sekarang. Dia dah dapat cara untuk menang perlumbaan ini. Ya, tapi 50-50 untuk jayakannya, tapi dia kena cuba. Dia melihat kereta Shou berada di lorong yang berlainan. keretanya semakin dekat dengannya dan dua lorong itu bergabung menjadi satu. Sakura memecut sehingga keretanya berada di belakang Shou dan putar ke kanan, menekan pedal minyak pada masa yang sama cuba mengalahkan Shou. Manakalah Shou mengikuti gerak-geri Sakura, menghalang Sakura dari lambung dia. Sakura kembali di kedudukan asalnya dan begitu juga Shou.

Well, cara tu dah out from my list. Tapi jangan risau, aku ada banyak lagi hela yang belum di guna desis hatinya dengan senyuman ‘Demon Sibling’ apabila kereta mereka mendekati selekoh seterusnya. Dia tukar dari lorong tengah ke lorong dalam, mengetahui bila Shou mula berputar, Dia akan tinggalkan ruang di bahagian dalam. Dia gunakan peluang ni untuk kembali ke hadapan semula.

Sakura melepaskan dan menekan semula pedal meinya pada masa yang sama  menekan pedal clutch dan tukar ke gear seterusnya. Dia naikkan pendikit setelah menekan pedal clutch. Dia tukar gear ke neutral, satu ruang ke kanan, lepas itu tukar ke barisan atas. Dengan lancer, Dia lepaskan pedal minyak, membenarkan kelajuan engine sepadan dengan kelajuan kereta. Setelah itu dah selesai, keretanya meluncur dengan senang di sebelah kereta Shou. Namun, sebelum putarannya selesai, dia menakan pedal minyak, membuat keretanya memecut ke depan dan dia berada di hadapan (A/N:Yeay!!)

Sakura mengangkat kakinya dari pedal minyak apabila dia tiba di garisan penamat. Dia menekan break, membuat putaran 360 darjah sebelum dia berhenti. (A/N: Double Yeay!!)

Jantungnya berdegup dengan kencang dalam dadanya. Bunyi bising yang dia dengar ialah bunyi degupan jantungnya.

Aku Berjaya… Aku menang!!

Sakura hentikan dirinya dari menjerit dengan gembira dan keluar dari kereta dengan muka yang happy, sehappy-happynya. Penonton bersorak, menjerit, bersiul dan semuanya yang ada dengna kuat untuknya beberapa orang bersorak dan yang lain sedih yang Shinto Prince mereka kalah.

Sakura mula berjalan apabila dia rasa ada orang mengangkatnya dari tanah dan dalam dakapan orang.

“AKu tahu kau akan menang!” Ryo berputar dengan Sakura membuat Sakura tertawa.

“Thanks Ryo!”

Takeshi menepuk tangan sambil mendekati mereka. “Tahniah, kau dah jadi Queen yang sah!”

Sakura turut menepuk tangan lebih laju dari Takeshi. “Abang!” Sakura menjerit dan melompat ke dalam dakapan abangnya.

“Aku menang!!”

Yamato tersenyum dan mengusap kepala adiknya. “Good job, Baby squirt. Walaupun kau kalahkan dia dalam beberapa saat je.”

Sakura mencebik dan memeluk tubuh. “Dia bukan senang nak di kalahkan okay?”

>X<

Setelah perlumbaan itu tamat, Shou masih lagi dalam keretanya dengan hairan tapi bangga terpapar di wajahnya. Dia tersenyum nipis, Sakura sentiasa buat dia terkejut.

Dia keluar dari keretanya dan kaku. Senyumannya hilang menjadi marah apabila melihat Sakura berada di dalam dakapan lelaki lain, bercakap dan ketawa dengan lelaki meluat itu dan dua kawan lelakinya yang lain.  Dia menjadi marah, sangat marah. Dia membuat satu penumbuk di tangannya hingga tulang penumbuknya jadi pucat. Perasaan gembiranya berubah menjadi sebaliknya, fikiran nak bercakap dengan Sakura dah hilang dari ingatannya.

Dia melihat Sakura berhenti dan memandang kearahnya dan dia mula bergerak mendekati Shou dan berhenti di depan Shou.

“Umm… i-itu perlumbaan yang hebat” katanya dengan perlahan memandang bawah. Shou tak menjawab; hanya memandangnya.

Sakura mendongak dan terkejut. renungan mata Shou sangat dingin dan menggerunkan dari apa yang pernah dia lihat sebelumnya.

“A-aku—erm—”

“Tahniah.” Shou memotong tanpa ada perasaan. Sakura nak membalas tapi tak berkesempatan apabila Shou sambung ayatnya. “Kau Shinto Champion seterusnya…. Sakura.” Shou tamatkannya dan pergi.

Sakura kaku, matanya terbeliak bulat memandang kearah Shou yang bergerak pergi. dia hampir nak rebah akibat jantungnya berhenti berdegup tapi dia akhirnya tersentak dari lamunannya. “Tunggu, SHou!” Dia mula mengejar Shou. “Please tunggu!” Shou teruskan berjalan. “please… Shou!!” Jeritnya desperately. Air matanya mengalir dengan laju namun Shou teruskan berjalan mengendahkan panggilan Sakura. “S-Sho-” Sakura terjatuh, tunduk berlutut dan tangan di tanah. Dia kaku di situ dengan minda yang shok, tidak dapat berfungsi, jantungnya berdegup dengan kuat dalam dadanya, berdenyut di telinga, dia tak dengar apa-apa di sekelilingnya hanya denyutan jantung dan namanya di sebut oleh Shou. Sakura…. Sakura… dengan penuh marah dan dingin.

“Squirt?” Yamato berlutut di hadapan Sakura tapi dia tak mendongak. “Sakura?” Tiada respone, membuat abangnya cemas. Dia mengambil dagu Sakura dan dongakkan memandang kearahnya. Dia terkejut melihat mata terkejut sakura dan mengalirkan air mata. “Sakura…. K-kau-”

Sakura mula mengalirkan air mata lagi dan memeluk abangnya. Dia menangis sekuat hatiny. Tiga lelaki itu blur tidak tahu apa dah terjadi dan naik risau.

“Kenapa ni Sakura?” Yamato soal sambil mengusap belakang adiknya cuba tenangkan dia. Sakura hanya menjawab dengan meganggam erat pada baju belakang abangnya. Yamato cuba renggangkan pelukan mereka dan mendongak dagu sakura. Dia naik marah, ini perkara terakhir dia nak nampak pada adiknya setelah kematian mama mereka. Dia tolak perasaan marah tu ketepi dan mula menyoal benda yang sama.

“I-i-It’s over.. dia dah tahu! Semuanya dah berakhir!” katanya berulang-ulang kali.

“Apa yang berakhirm siapa tahu apa? Sakura Jawab!”

Sakura menggeleng tak dengar apa abangnya katakana. “Ia dah berakhir. D-d-dia dah pergi! salahku… semuanya salahku!”

“Hey, Kita kena pergi sekarang.” Sampuk Takeshi. Dia tahu dia tak patut buat cam tu tapi terpaksa, hatinya hancur nampak Sakura cam ni. Ini kali pertama dia nampak Sakura sesedih seperti ini.

Ryo berlutut di sebelahnya dan menggoncang badan Sakura. “QUEEN!! Snap out of it!” jeritnya. Tapi ia tak menjadi, Ini kali pertama dia rasa tak berguna. “Kau… kena ambil prize kau. Mereka dah panggil tu.” katanya dengan nada lembut.

Sakura menggeleng. “Aku tak nak ambil” katanya di antara tangisan kecil. “Aku nak pergi.” dia memandang kearah abangnya. “Boleh kita pergi sekarang? A-aku tak nak berada di sini sekarang..”

“Selepas kau dapat hadiah kau, kita pergi.”

Sakura duduk diam untuk beberapa saat sebelum mengangguk. “O-okay.” Yamato menolong adiknya bangun. Sakura berpaut pada lengan abangnya dengan erat dan mereka berempat bergerak ke tempat orang ramai berkumpul.

Leo memulakan ucapannya. “Terima kasih kepada semua yang datang pada hari ini, para peserta dan juga penonton, tak lupa kepada sponsor kita dan juga SRC. Di persilahkan si adik manis kita dari SRC untuk sampaikan hadiah kepada pemenang kita!” seorang perempuan datang dengan sejambak bunga, check wang dan juga piala Shinto.

“now, without further ado, please gives your hand together to our Shinto’s Champion, Cherry!”

Penonton memberi tepukan gemuruh dan bersiul dengan kuat. Yamato menolak Sakura untuk tampil kehadalan. Sakura akhirnya bergerak dan menarik topinya menutup muka. Selepas menerima hadiahnya, Leo memanggil pemenang kedua dan ketiga. Sakura kaku apabila Shou jalan melimpasinya dan berdiri di sebelahnya. Sakura nak sangat bercakap dengan Shou taoi badan dan mulutnya tak nak bekerjasama, Dia menarik nafas dalam dan lepaskannya, tenangkan hatinya yang gelisa. Sebaik sahaja Leo benarkan mereka pergi, Sakura berputar kearah Shou tapi dia dah pergi. Dia mengetap bibir cuba menahan dirinya dari menangis lagi.

“Hey Cherry, Tahniah!” Sahut Lei.

Sakura berikan dia senyuman kecil. “Thanks, aku kena pergi.” katanya dan turun dari pentas.

“Aku nak pulang sekarang.” Katanya. Dia berikan hadiahnya kepada Ryo dan bergerak pergi.

Yamato mengeluh. “Takeshi, bawa sakura ke kereta. Ryo, bawa kereta sakura ke hotel. Faham?”

Mereka berdua mengangguk. Takeshi mula mengejar Sakura manakala Ryo dengan barang sakura bergerak ke keretanya. Setelah mereka pergi, Yamato bergerak ke satu kumpulan yang sudah lama dia perhatikan.

>X<

Setelah Shou tinggalkan pentas, dia kembali kepada rakannya dan beritahu mereka yang dia nak pergi. Yui nak celebrate walaupun Shou dapat tempat ke dua tapi Shou menolaknya. Namun, sebelum dia ak pergi, namanya di panggil oleh seorang lelaki. Dia berputar dan menjadi tambah marah melihat lelaki di depannya sekarang ni.

“Apa kau cakap kat dia?” Soal Yamato marah. Dia lontarkan renungan tajamnya kearah Shou. Shou tak menjawab hanya memandang Yamato tanpa perasaan.

Yamato terus mencengkam collar Shou. “Apa kau cakap kat dia!” soalnya dengan marah.

“Bukan urusan kau.” Jawab Shou simple. Kawan-kawan Shou hanya menonton, nak masuk campur tapi dihalang oleh Shin dengan renungan tajamnya (First time Shinn buat muka tu haha!) Yui pula sakit hati nampak lelaki Siot tu mengencang dengan sepupunya tapi dia tetap mendengar. Tomoko pula lain dari mereka, dia memandang Yamato dengan penuh rasa minat.

Dia cam biasa nampak desis hati Tomoko dengan dahi berkerut cuba ingat dari mana dia nampak Yamato sebelum ini. Aku pernah nampak dia tapi…. Di mana ya?

Tomoko murung dan kecewa dia tak dapat ingat di mana dia pernah nampak muka tu dan namanya juga dia cuba ingat. Tomoko berdengus memeluk tubuh dan menghentak kaki marah, tak dapat ingat. Dia kembali tumpukan perhatian pada lelaki itu dan Shou.

“Apa-apa yang berkaitan dengan dia ialah urusan aku. Dan siapa buat dia menangis akan terima padahnya.”

Shou hanya berdiam diri. Yamato melepaskan Shou dan berikan dia amaran terakhir sebelum dia pergi. “Stay away from her.”

“Kenapa tu Shou?” Yui memandang kearah Yamato pergi dan kembali memandang sepupunya. Shou tak bersuara dan mula bergerak pergi tapi Yui menghalangnya. “Shou.”

Shou menolak yui ketepi, membuat Yui hampir terjatuh dan Shou bergerak pergi. Yui terkejut, dengan tindakan Shou. Dia naik marah dan nak mengejar Shou tapi di halang oleh Shinn. Lelaki itu menggeleng.

“Tapi-”

“Yui Lan, berhenti.” Kata Shinn dengan tegas.

Yui turut terkejut mendengar Shinn yang sentiasa riang, tegas seperti Shou. Yui menghentak kaki marah dan mengomel kenapa sepupunya ni pelik-pelik semuanya.

>X<

Dalam perjalanan ke kereta Sewa memang senyap. Sakura mengekori Takeshi di belakang sambil menunduk ke tanah. Takeshi boleh dengar tangisan-tangisan kecil dari belakannya dan mula memikir. Apa mereka borakkan sampai menyebabkan perubahan emosi sakura yang drastic cam ni?

Apabila mereka tiba di kereta, Takeshi membuka pintu belakang untuk Sakura masuk dan dia masuk ke kerusi pemandu, mereka tunggu Yamato kembali. Beberapa minit kemudian, Yamato datang membuka pintu belakang dan dapati adiknya dah tidur memeluk tubuh di kerusi belakang. Yamato, dengan perlahan mengangkat kepada Sakura supaya kepalanya di pangkuannya.

Hampir sejam, Takeshi parking di tempat parking kereta hotel tempat penginapan mereka. Yamato merengek Sakura yang tidur di belakangnya hingga ke biliknya dan lepas tu letakkan Sakura di atas katil, menarik selimut hingga ke paras bahu.

Yamato duduk di penjuru katil sementara Takeshi di kerusi. Masing-masing tenggelam dengan dunia mereka sendiri sehingga salah satu dari mereka bersuara.

“Patut kah kita—”

“Ya.” Jawab Yamato dah tahu apa yang Takeshi nak katakan. Itu yang terbaik untuk Sakura, jauh dari budak yang telah buat adiknya menangis.

>X<

Ianya 8 pm apabila Shou sampai di rumahnya. Dia teruskan bergerak naik tangga tapi di halang oleh Shinn, menunggu dia sambil memeluk tubuh.

“Kau ke mana Shou? Kami dah lama tunggu kau.” Yui bersuara, menyandari di dinding di dalam ruang tamu itu.

“Aku tak suruh korang tunggu aku. Ketepi Shinn.”

Shinn tidak berganjak. Shou merenung kearah Shinn, dan menolak Shinn ketepi tapi Shinn tak berganjak juga.

“Shou, kita kena bercakap, please.” Yui sambung.

“Tiada apa nak di cakapkan.” Kata Shou marah.

“Jangan nak berdalih Shou, aku tahu ada sesuatu yang tak kena.” Sahut Yui lagi. “Kau nak aku call sakur-”

“JANGAN sebut namanya!”

Kedua sepupunya terkejut. kenapa dengan Shou ni?

“Kenapa tak?” Soal Shinn. Dia dapat rasakan Sakura turut terlibat dalam masalah ni tapi… apa salah budak tu? dia tahu Shou takkan marahkan Sakura sampai cam ni.

“None of your business, stay out of it.” Kata Shou marah dan melontarkan renungan kepada Shinn.

“Ia business kami. Kau ialah sepupu kami. Shinn dan aku… kami risaukan kau Shou.” Nada Yui semakin lembut. “Kami hanya nak tolong, please.”

Shou mengeluh mengalah. Yui memang kepala batu. Dia tahu kalau dia tak bersuara, ketiga-tiga sepupu ni takkan dapat tidur malam. Dia mula bergerak ke biliknya dengan sepupunya mengekori di belakang.

Shou duduk di sofa tersedia dalam biliknya dan sepupunya duduk bertentangan dengannya.

“Apa dah jadi Shou? Siapa lelaki tu? kenapa dia marah kat kau? Dan siapa perempuan yang dia cakapkan tadi tu?”

Shou merebahkan dirinya di sofa dan menutup mata. “Kau betul-betul nak tahu ni?” Soalnya, emosi dalam dirinya sedang berperang sekarang.

“Ya.” Jawab mereka serentak.

“Aku baru je temui satu rahsia yang di sembunyikan dari aku…. Dar kita semua oleh seseorang yang kita percaya. Kau tahu aku tak suka penipu kan?.. well, seseoang ni telah tipu aku. Bukan itu saja dia…” Shou teringatkan gambaran Sakura tersenyum dan tertawa sementara memeluk lelaki itu.

“Siapa? Siapa yang kau maksudkan ni Shou?” Shinn menyoal.

“……Sakura.”

“Sakura? Kenapa dengan dia?”

“Dia taklah semanis mana yang kita sangka. Dia nak tipu kita semua. Dia Penipu! Dia…” Shou tak boleh sebut yang Sakura dah curang kat dia. “Aku tak patut… aku harap aku tak pernah jumpa dia.”

Yui terngagah. “Kau tak maksudkan tu!  cakap kat aku kau tak. kalau dia dengar tu… kau akan hancurkan hatinya!”

Aku cam mana?” Shou memandang kearah yui. Matanya menunjukkan dia penuh dengan kesakitan. Yui sekali lagi terkejut melihat Shou tunjukkan perasaannya kat mereka, ini kali kedua dia nampak Shou cam ni dan kali pertama ialah time papanya meninggal dunia. Yui terus duduk di sebelah Shou.

“Apa dah jadi? Apa dia dah buat? Tolong beritahu aku kenapa?” soalnya nak panic.

Shinn yang berdiam diri akhirnya bersuara. “Ambil masa mu Shou, kita ada sepanjang malam untuk kau berfikir.”

Shou menarik nafas dalam sebelum bersuara. “Aku ketahio yang… Cherry adalah sakura dan Sakura adalah Cherry.”

“Apa?” Yui menjerit tak percaya. “Kau pasti ke? Dia—Aku tak percaya!”

“Kau 100% pasti?”

“Ya, aku nampak dia dengan mataku sendiri.” Jawabnya menahan marah.

“Hmmm…. Masuk akal juga.” Kata Shinn menyentuh dagu membuat Yui memandang kearah Sepupunya lagi satu minta penjelasan.

“First, menurut dari  apa yang kau cakap pasal Sakura, pengetahuannya tentang kereta setanding dengan kami berdua.” Yui mengangguk. “kedua, kita tak pernah terfikir kenapa Sakura tak pernah muncul dalam satu perlumbaan apabila Cherry muncul? Third, matahari tak bersinar pada waktu malam, so kenapa Cherry pakai topi? Forth, kau tak pernah terfikir betapa peliknya suaranya? Ia suara palsu.”

“No, tak pernah terlintas kat kepala ku. So, jika Cherry tu Sakura….” Mata yui terbeliak bulat. “Jadi lelaki tu, yang sama Sakura kat race tu… adakah itu bermaksud Sakura dah curang kat Shou?” Shou kaku tapi tetap berdiam diri.

 “Aku takkan pergi sejauh tu dan cakap Sakura curang kat kau, Shou. Aku bukan expert dalam menilai orang tapi aku tahu Sakura bukan orang cam tu. Tomoko sendiri kata dia tu lurus dan dia Bestfriend Sakura dari kecil.”

“Aku… setuju dengan Shinn.” Katanya perlahan apabila dia teringat Tomoko pernah cakap yang Sakura dan dia berkawan dari kecil. “Betul kata Shinn, Tomoko takkan berkawan dengan Sakura dan panggil dia My Little Voodoo Doll kalau Sakura tu penipu dan cheaters. Sakura tentu ada sebab kenapa dia tak beritahu kita kebenarannya.”

“So, apa patut aku buat?” Soalnya tidak bermaya. Dia hanya memandang ke lantai bilik.

“Bagi dia kesempatan untuk bercakap sebelum kau buat sesuatu yang akan buat kau menyesal kemudian Shou.” Shinn berikan cadangan.

“Aku tahu ia sakit tapi ambil apa yang Shinn katakan sebagai satu nasihat. Sakura tu lain, dia unik, lain dari yang lain. Aku tak nak kehilangan dia di sebabkan korang dua tak boleh berkomunikasi. So please, talk to her.”

“Dia mungkin rasa sakit seperti kau sekarang ni.” Tambah Shinn. “kau dengarkan apa kata lelaki tu? dia cakap Sakura menangis. Kalau Sakura tak cintakan kau, kenapa dia menangis?”

Shou terfikir apa yang Yui dan Shinn katakana tadi dan ia betul. Tapi dia tetap rasa sakit. “Aku nak bersendirian. Aku perlu berfikir.” Katanya dan bergerak ke katil.

“Kau rasa dia akan okay ke?” Soal Yui berbisik sambil bergerak keluar dengan Shinn.

“Jangan risau. Keluarga kita keluarga kuat, terutamanya Shou kita. Dia takkan apa-apa, percayalah.”

“Aku harap kau betul.”

Pada malam itu juga, Yui call Tomoko dan beritahu segala-galanya. Pertama, Tomoko terkejut beruk dan mula tenang kembali. Dia kenal Sakura dari pakai pampers lagi. Dia tahu Sakura takkan sakitkan hati orang, terutamanya orang yang dia sayang.

Suasana menjadi ringan setelah Tomoko cakap tentang Sakura. Mereka menerima yang Sakura adalah seorang pelumba, PELUMBA YANG HEBAT LAGI TU!! mereka merancang nak lawat sakura pada esok pagi dan bawa dia keluar dengan girlfriend mereka yang lain. You know, Girl time!

>X<

Keesokan paginya….

“Maafkan saya tapi Sakura tak balik semalam.” Jawab encik Fujika kepada dua perempuan yang duduk di depannya.

“apa maksud encik dia tak balik?!” Yui menjerit dan melompat dari sofa.

“Yui Lan!” Tomoko menarik yui duduk.

“Maaf Encik Fujika.” Katanya malu.

Encik Fujika menggeleng dan tersenyum. “Jangan risau, Sakura terlalu penat untuk plang ke rumah dan tidur dengan Yamato.”

“Siapa?” Yui soal. Dia tak tahu sesiapa yang nama Yamato.

Tomoko pula lain, nama tu bermain di minda nya berulang-ulang kali. Aku tahu dia, aku kenal siapa dia tapi kenapa aku tak boleh ingat? Come on Think Tomoko, Think! Desis hatinya.

“Yamato anak saya, abang Sakura.” Katanya melihat muka blur dua perempuan di depannya. “saya tak terkejut kalau kamu tak ingat Yamato, Tomoko. Ia dah bertahun lamanya kamu tak jumpa dia.”

 “Oh ya… sekarang saya ingat. Sakura pernah cakap yang dia ada abang sebelum ni.” Yui menggaru pipinya yang tidak gatal.

Tomoko menampar otaknya secara mental. “Maafkan saya Encik Fujika, saya dah lupa tentang Yamato.” Katanya sedikit malu. “Umm… kalau Encik tak kisah, boleh kami nampak gambar Yamato yang sekarang?”

“Tentu saja, sebentar ya.” Encik Fujika pergi dan beberapa minit kemudian dia kembali dengan sebuah bingkai gambar di tagannya dan berikan kepada mereka.

Mereka berdua terkejut dengan mata terbeliak bulat melihat wajah lelaki dalam foto itu. dia lelaki time perlumbaan tu!!

“Oh m… Shou! Oh no, no! Tomoko kita kena pergi sekarang!”

Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada encik Fujika dan bergerak keluar dari rumah. Sebaik sahaja mereka masuk kedalam kereta Tomoko, Yui call Shou tapi gagal.

“Damn it! Dia matikan phone dia!” Dia tinggalkan voicemail kepada Shou sebelum melontar phonenya ke tempat begnya. Dia menyandar dengan rasa sakit hati dan tanpa di jangka, Yui, tertawa. Ya TERTAWA.

“Oi! Kau dah gila ke?” Tomoko memukul bahunya.

Yui menghabiskan sisa tawanya dan menarik nafas. “Semua…semua ni rupanya satu salah faham..” katanya masih tertawa kecil. “Sakura curang dengan abangnya sendiri?” Tomoko turut tertawa. “Oh god! Kasiannya Shou…”

“Kau tak boleh salahkan dia. Kalau kau berada di tempatnya, aku rasa kau pun fikir cam tu.”

“Hmm, betul. Aku setuju.” Yui mengangguk. “Okay, kalau aku…”

“Biar aku teka,” katanya sambil memandu. “Kau tampar muka dorang dan lepas tu maki kat muka mereka GO TO HELL!! Lepas tu kau minta penjelasan?”

Yui tertawa. “Yes!!” Yui dan Tomoko ber’high five. Mereka memang satu kepala. “Okay, no playing. Sekarang kita kena cari Shou sebelum dia buat sesuatu yang gila.”

Tomoko tertawa kecil. “oh, cba call Shinn, mungkin dia tahu di mana Shou.”

“Aku? Kenapa tak kau?” Soal Yui menjungkit kening. “Kau kan Girlfriend dia, takkan korang pun bergaduh.”

Tomoko memukul bahu Yui. “Ish…. Aku memandu kau nak kita kena saman ke?”


Yui tersengih-sengih. “Sorry, otak lambat respon. Aku call sekarang okay.”

No comments:

Post a Comment